Salah
satu nikmat yang paling besar yang dikecapi oleh penduduk syurga ialah mereka
dapat melihat dan menatap wajah Allah SWT. Allah berfirman dalam Surah al
Qiamah ayat 22-25: “Pada hari akhirat kelak, muka (orang-orang yang beriman
kelihatan) berseri-seri; justeru mereka dapat menatap wajah Tuhannya. Sebaliknya
muka (orang-orng kafir) serba muram dan pucat hodoh justeru mereka yakin akan
menghadapi seksaan yang berat dan dahsyat.” Namun bagi orang yang bernasib
malang mereka tidak akan dapat masuk syurga dan menatap wajah Allah . Golongan
yang tidak akan dapat menatap wajah Allah yang mulia ialah:
1.
Orang yang menjual janji setianya dengan Allah dengan harga yang tidak seberapa
daripada habuan duniawi yang fana ini.(Orang bersumpah palsu) Allah berfirman: Sesungguhnya
orang-orang yang mengutamakan keuntungan dunia yang sedikit dengan menolak
janji Allah dan mencabuli sumpah mereka, mereka tidak akan mendapat bahagian
yang baik pada hari akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka
dan tidak akan memandang kepada mereka pada hari Kiamat, dan tidak akan
membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang
tidak terperi sakitnya
2.
Pemerintah yang menjauhkan diri dari suka duka rakyat, tidak peduli kepada
penderitaan mereka dan tidak kasihan terhadap kemiskinan dan keperitan hidup
yang dihadapi oleh mereka. Abu Mariam al Azadi R.A. meriwayatkan bahawa
Rasulullah pernah bersabda: “Siapa yang memikul apa-apa jawatan atau tugas
menguruskan orag Islam namun dia gagal memenuhi tanggongjawab dan dia mengelak
daripada menyelesaikan keperluan mendesak, kepentingan, kemiskinan dan kepapaan
umat Islam nescaya Allah akan mengelak (menjauhkan diri) daripadanya pada hari
kiamat kelak daripada menyelesaikan keperluannya yang mendesak, kepentingan, kemiskinan
dan kepapaannya pada hari tersebut.” Hadith Sahih riwayat Abu Daud dan dianggap
berstatus sahih oleh al Albani.
3.
Orang Tua yang Berzina. Abu Hurairah R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW.
pernah bersabda: “Tiga orang Allah enggan bercakap-cakap dengan mereka pada
hari kiamat kelak. Allah tidak sudi memandang muka mereka, Allah tidak akan
membersihkan mereka daripada dosa (dan noda) . Untuk mereka disiapkan seksa
yang sangat pedih. (Mereka ialah ): Orang tua yang berzina, pemerintah yang
suka berdusta dan fakir miskin yang takabbur.” Hadith ditakhrijkan oleh Muslim.
4.
Pemerintah Atau Kerajaan Yang Suka Berbohong (Dusta)
5.
Orang miskin yang takabbur
6.
Orang yang tak sudi menolong walau dengan mengajukan seteguk air. Dalam Hadith
riwayat Abu Hurairah ada disebutkan prasa berikut: ..orang yang enggan memberi
lebihan air minum (yang dia miliki kepada orang yang keputusan air minum).
Sehingga Allah bersabda: Pada hari ini Aku akan menghalangmu daripada mendapat
lebihan kurniaKu, persis sepertimana kamu menghalang orang lain daripada
mendapat kurniaan yang bukan tangan kamu yang menciptanya.
7.
Pembai’ah dan pengundi pemimpin kerana kebendaan. Dalam hadith riwayat Abu
Hurairah bahawa Rasulullah pernah bersabda: “Tiga orang Allah tidak akan
bercakap cakap dengannya pada hari kiamat kelak. Malah Allah tidak akan menoleh
(memandang) kepadanya, Allah tidak akan menyucikan dirinya (daripada dosa) .
Sebaliknya disediakan untuknya seksa yang sangat pedih.
Pertama;
orang yang mempunyai bekalan air yang banyak di suatu kawasan lapang atau
sahara tapi ia enggan untuk memberi minum ”Ibnu al Sabil” para musafir (yang
kehabisan bekalan minuman ).
Kedua;
orang yang menawar untuk membeli barangan selepas asar dengan bersumpah atas
nama Allah; bahawa dia akan membeli atau mengambil barang itu dengan harga
tertentu. Janjinya itu dipercayai benar oleh penjual. Pada hal dia sebenarnya
langsung tidak berniat untuk membelinya.
Ketiga;
orang membai’ah pemimpin (mengundi dan memilih atau melantik pemimpin)
semata-mata kerana perhitungan keduniaan (kebendaan). Kalau orang yang
dipilihnya itu memberikan janji habuannya maka barulah dia akan menunaikan
kewajibannya. Kalau tidak ia akan bersikap enggan (atau ingkar).” (Hadith
Muttafaqun ’alaihi)
8.
Penderhaka Ibu Bapa. Rasulullah bersabda: Abdullah Bin Omar R.A. meriawayatkan
bahawa Rasulullah pernah bersabda: “Tiga orang Allah tidak akan sudi memandang
wajah mereka pada hari kiamat kelak: Penderhaka kepada dua ibu bapanya, wanita
yang berlagak lelaki yang meniru kaum jantan dan golongan orang Daiyuth. Hadith
sahih ditakhrijkan oleh Ahmad dan Nasaii
9.
Wanita yang berlagak seperti lelaki (Tomboy).
10.
Orang Lelaki yang Dayyuth. Suami atau bapa yang tidak lagi mempunyai rasa
cemburu dan maruah diri sehingga membiarkan isteri berjahat dengan orang lain
tanpa rasa cemburu dan marah. Apabila perasaan cemburu yang positif ini sudah
tidak ada lagi dalam diri seseorang ; maka tidak ada usaha untuk menentang kemungkaran
terhadap maruah keluarga atau diri sendiri. Dengan itu kejahatan akan
bermerajalela.
11.Pengamal
Budaya Kaum Luth. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW. bersabda :
Allah tidak akan sudi memandang wajah orang yang menyetubuhi lelaki atau
mendatangi isterinya di duburnya. Hadith sahih ditakhrijkan oleh al Turmuzi
12.
Pengamal Seks Abnormal. Golongan ini termasuk kalangan yang bernafsu terhadap
binatang dan tergamak melakukan hubungan jenis dengan binatang.
13..
”Al-Mannan” atau pemberi yang suka mengungkit-ungkit pemberiannya; baik lelaki
mahupun perempuan. Abu Zar meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Tiga orang
Allah tidak akan bercakap-cakap dengan mereka. Allah tidak akan membersihkan
mereka daripada dosa (dan noda) malah disiapkan untuk mereka seksa yang sangat
pedih. Baginda mengulang prasa itu tiga kali. Lalu (kata Abu Zar) aku pun
menambah, malang , kecewa dan rugilah mereka ; siapakah mereka itu wahai
Rasulullah?. Beginda menjawab al Mannan atau orang yang suka mengungkit-ungkit
pemberiannya, orang yang melariskan barang jualannya dengan sumpah (palsu) dan
orang suka melabuhkan pakaiannya ( kerana-menunjuk-nunjukan kekayaan ). Hadith
di takhrijkan oleh Muslim.
14.
Orang suka menunjuk-nunjuk kekayaan dengan pakaian labuh menyapu tanah dan
berjalan di muka bumi dengan angkuh atau “Orang melabuh-labuhkan pakaian
(menunjuk-nunjuk kekayaan dengan sikap boros) yang berjalan dengan cara
bermegah-megah dengan diri sendiri.”
15.
Penjual yang melariskan barang jualannya dengan cara berdusta dan membohong. Abu
Zar meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: Tiga orang Allah tidak akan
bertutur kata dengan mereka. Allah tidak akan membersihkan mereka dan untuk
mereka disediakan azab yang sangat dahsyat… penjual yang melariskan barang
jualannya dengan sumpah palsu.
16.Isteri yang tidak
berterima kasih terhadap suami. Abdullah Bin Omar R.A. meriwayatkan bahawa
Rasulullah SAW. pernah bersabda: “Bahwa Allah tidak akan memandang muka isteri
yang tidak berterima kasih (kufur nikmat) kepada suaminya. Pada hal dia sendiri
tidak boleh tidak memerlukan kepada suaminya itu.” Hadith sahih ditakhrijkan
oleh al Nasasii dan di anggap sahih oleh al Albani. - Ustaz Ghani Shamsudin
No comments:
Post a Comment