DOA

‘Ya Allah, rahmatilah pembaca blog ini, sihatkan ia, ampunilah dosa-dosanya, berkatilah amalannya, janganlah Engkau balikkan hatinya setelah Engkau beri petunjuk dan hidayah kepadanya dan Ya Allah masukkanlah ia dan keluarganya kedalam syurga FirdausMu serta jauhkanlah ia dan keluarganya dari azab nerakaMu. Sesungguhnya Ya Allah, hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau sahajalah kami meminta pertolongan. Ya Allah jika rezeki pembaca blog ini masih diatas langit, turunkanlah ia, jika rezekinya di dalam bumi, keluarkanlah ia, jika rezekinya jauh, dekatkanlah ia, jika rezekinya haram, sucikanlah ia dan jika rezekinya sukar, Engkau permudahkanlah ia” Ya Allah kurniakanlah kepada kami segala kebaikan sebagaimana yang Engkau kurniakan kepada hamba-hamba Mu yang soleh.'

Friday, March 29, 2013

Mencari Penghargaan Sebenar


Apabila seseorang itu membuat kebaikan atau pun sebarang pekerjaan, adalah normal kalau dirinya terasa berguna apabila dihargai. Lagi-lagi kalau pekerjaan yang dilakukan itu dengan sungguh-sungguh, disambut pula dengan penghargaan yang baik, maka akan berbungalah hatinya. Itu biasa, bahkan akan mendorong dirinya untuk buat yang lagi terbaik pada masa hadapan. Tetapi, manusia akan rasa sedikit ‘turun’ apabila usaha yang dilakukan dengan sedaya upaya itu tidak dihargai bahkan diperkecil-kecilkan. Itu juga adalah biasa bagi makhluk yang bernama manusia. Malah kadang-kadang akan membuatkan seseorang itu merasa tidak berguna dalam apa jua pekerjaan yang dilakukannya.
Ada ketikanya penghargaan diperlukan untuk seseorang meneruskan perjuangan dalam merempuh perjalanan yang panjang dalam kehidupan. pun begitu, tidak semua manusia di atas muka bumi ini akan menghadiahkan penghargaan hatta sahabat baik pun kekadang lupa untuk memberikan "penghargaan" kepada sahabatnya sendiri. apatah lagi jika ada dalam kalangan suami yang sengaja tidak memberi "penghargaan" kepada isteri yang menyebabkan wanita itu menagih "penghargaan" di luar rumah khususnya di tempat kerja dengan rakan-rakan sekerja. Senario memberikan penghargaan kepada sesiapa sahaja sebenarnya merupakan perkara yang molek untuk dilaksanakan. sementelah pula di tempat kerja yang memerlukan komitmen yang tinggi dalam melakukan tugasan seharian. lantaran itu, menjelangnya akhir tahun, pasti ada anugerah untuk pekerja cemerlang sebagai tkita penghargaan kerana pencapaian dalam menguruskan kerjaya masing-masing.

Justeru, pasti ada kisah yang membahagiakan dan tidak kurang kisah yang mendukakan yang terjadi kepada setiap “penghargaan” manusia maka, muncullah "ketidakadilan", "keprotesan", "kemarahan" dan pelbagai emosi kitai manusia tidak dinilai dan tidak diberi penghargaan yang selayaknya. Begitu berharganya nilaian "penghargaan" dalam diri seseorang untuk meneruskan perjalanan dalam kehidupan. barangkali dalam hidup ini, "keadilan" itulah yang sukar ditemui, dan banyak manusia yang ingin melihat orang lain tersungkur daripada membangunkannya daripada rebah. dan yang paling hiba kitai orang yang berbahagia melihat orang lain rebah itu merupakan dalam kalangan sahabat-sahabat yang "bermulut manis", tetapi lain lagaknya bila di belakang dan kisah tragis pastilah berlaku terhadap sesiapa yang sudah lama berkhidmat, tetapi tidak pernah sekalipun dianugerah atau diberikan penghargaan oleh majikannya.

Antara penghargaan manusia dengan penghargaan Yang Maha Pencipta, sudah pastilah penilaiannya berbeza. "Banyakkan bersabar. orang yang sabar tentu sahaja ganjarannya besar." itu sahaja ungkapan yang selayaknya kepada mereka yang memiliki mulia jiwa. Bila kita tidak dinilai dengan penghargaan manusia, usah kecewa. setelah berkerja keras atau melakukan kebaikan sepanjang hidup, maka ketepikan duka. kalaupun di atas dunia ini semua manusia tidak pernah menghargai usaha yang telah dilakukan, pun, semarakkan jiwa bahawa Yang Maha Pencipta akan tetap menghargainya sampai akhir nafas usia. justeru, hayatilah Surah at-Taghaabun, Ayat 17 yang bermaksud bahawa: "Jika kamu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya Allah melipat gkitakan pembalasannya kepadamu dan mengampuni kamu. Dan Allah Maha Pembalas Jasa lagi Maha Penyantun." antara penghargaan manusia dengan penghargaan Yang Maha Pencipta, tentu sahaja kita harus melemparkan senyum bahagia setelah sepanjang masa mengharung sarat duga dan kerenah manusia! Wahai jiwa yang tenang..Kembalilah kepada Allah…berharaplah kepada Allah..
Kita sudah terlalu lama meletakkan pengharapan kepada manusia, menyangka manusia boleh membahagiakan kita, rupa-rupanya tidak..bagaimana harus meminta kepada manusia sedangkan mereka juga lemah seperti kita.. Apabila kita buat sesuatu kebaikan, kita buat pekerjaan dan menolong orang lain dengan sedaya upaya. Dengan harapan, moga dengan apa yang telah kita usahakan, orang lain itu akan lebih baik keadaannya. Tetapi, sebaliknya pula berlaku. Orang yang kita tolong itu sudah dalam keadaan yang baik, namun kita pula disisihkan jauh-jauh seperti orang yang tidak dikenali. Tidak cukup dengan itu, ada pula yang akan memusuhi kita seolah-olah kita itu pernah membunuh ahli keluarganya. Maka, janganlah merasa hairan dan sedih. Sifat manusia memang pelupa dan suka melupakan sesuatu. Apabila dibelek-belek kembali lembaran sejarah dan kejadian yang berlaku dimuka bumi ini, banyak sejarah mencatatkan perkara seperti ini. Sebagai contoh, ibu bapa yang penyayang dan telah mengasuh anak-anaknya dengan penuh kasih dan sayang. Memberikan pendidikan dan menempatkan di sekolah yang baik. Akhirnya, apabila si anak itu tadi berjaya, lupus segala jasa kedua orang tua dalam dirinya. Jelik sungguh sifat sebegini. Kita rasa, apa perasaan kedua ibu bapa itu tadi? Sedih dan kecewa, sudah tentu.

Kisah lain, seorang guru sedaya upaya membimbing anak didiknya menjadi seorang yang berguna. Hampir pada setiap masa memikirkan anak muridnya dan setiap kali sujud terakhir, ada doa diselitkan untuk anak didiknya. Tetapi, esok-esok telah berjaya, maka anak murid itu tadi akan melupakan sang guru serta menghinanya pula. Dan, janganlah hairan sekiranya seorang sahabat sanggup bersusah payah demi sahabatnya yang lain, tetapi akhirnya, sahabat yang dibantu itu akan memulaukan kita malah mencaci kita pula. Ditambah lagi, kita pula difitnah dengan bermacam-macam fitnah yang satu pun kita tidak buat. Kecewa? Memang ada. Hebat sungguh manusia dalam bab tidak menghargai.

Kenapa patut ada rasa kecewa? Sedangkan pada mula-mulanya, sudah memasang niat untuk buat sesuatu itu kerana Allah. Maka, penghargaan dari Allah itulah yang perlu dipandang dengan lebih. Kenapa? Kerana penghargaan dari manusia bermusim. Sedangkan penghargaan dari Allah itu sentiasa ada, hatta untuk penzina sekalipun. Begitu juga seperti kasih sayang diantara manusia, ada pasang surutnya, sedangkan, kasih sayang Allah itu sentiasa pasang bagi orang-orang yang dalam hatinya masih ada perasaan kasih. Makanya, apabila berhadapan dengan manusia macam ini. Rawatan awal yang kita boleh buat, adalah dengan, senyum.
Mari, pujuk hati. Banyak benda boleh melukakan hati manusia. Dan ini adalah salah satunya. Maka, adalah tidak berguna bila kita bersedih dengan perangai manusia yang mahir dalam bab tidak tahu menghargai. Biarkan ia berlalu bagaikan angin. Sebenarnya, kita tidak perlu pun merasa sedih apabila kita tidak dihargai. Sebab disisi Allah sebenarnya, kita sudah mendapat penghargaan yang lebih besar sekiranya kita memang ikhlas melakukan sesuatu pekerjaan kerana Allah SWT. Apa yang penting bagi kita adalah, jangan kerana orang-orang yang tidak tahu menghargai segala usaha kita, maka kita pula akan berhenti memberi kebaikan kepada orang lain.

Masih ingatkah kepada sirah dakwah Nabi SAW? Baginda SAW melakukan segala usaha untuk membawa manusia pada zaman itu untuk kembali pada akidah yang benar. Semua yang dilakukan oleh Baginda SAW adalah kerana sifatnya yang kasih pada umatnya. Tetapi, Baginda SAW juga mendapat tentangan, diasingkan, tidak dihargai malah diburu untuk dibunuh oleh musuh-musuh agama. Kita ingin dapat ketenangan dalam setiap pekerjaan? Maka, fikirkan Allah! Kita mencuba untuk melakukan segala apa yang kita hendak lakukan dimulai dengan niat, melakukan kerana Allah SWT. Dengan itu, kita akan merasa tenang hatta ada orang yang dengki dengan segala perbuatan kita. Sebab apa? Sebab, kita dilindungi oleh Allah dari perasaan yang resah akibat gangguan dari orang lain. InshaAllah.

Kita pernah mendengar kata-kata seperti, “tangan yang berada di atas, lebih baik dari tangan yang berada di bawah”, “tangan yang memberi, lebih baik dari tangan yang menerima”. Saya pasti dengan ayat-ayat ini. Orang yang memberikan atau melakukan sesuatu kerana Allah, dan kerana perikemanusiaan, pasti akan merasa tenang. Kerana, keberkatakan daripada perbuatan sangat cepat dirasai apabila manusia mendidik hati untuk lebih ikhlas dan tidak mengharapkan pujian orang semata-mata.

Professor Dr Muhaya berkata, “" Mana Yang KitaPilih... Penghargaan Manusia atau Redha Allah" Andai kita buka aib orang.., Allah akan buka aib kita. Mungkin bukan sekarang, Tapi Mungkin akan datang.. Mungkin akan terkena pada anak cucu kita! Ingatlah! Tujuan hidup kita ialah mencari Redha Allah. Hidup tidak akan stress andai kita bergantung kepada Allah semata-mata. Andai kita mengharap akan Penghargaan Manusia, Kita akan stress ! Kita akan suka bila dipuji.. dan bila tidak dipuji Kita pasti akan merasa kecewa. Tujuan hidup kita ialah mencari Redha Allah.. Kerana hati akan Tenang bila hidup kita bergantung kepadaNya semata-mata. Jadi.. Betulkan niat dalam segala kerja buat kita semata-mata kerana ALLAH.
MAN JADDA WAJADA….siapa yang bersungguh sungguh pasti berhasil
MAN SHABARA ZHAFIRA,,,,siapa yang bersabar akan beruntung…..

No comments: