DOA

‘Ya Allah, rahmatilah pembaca blog ini, sihatkan ia, ampunilah dosa-dosanya, berkatilah amalannya, janganlah Engkau balikkan hatinya setelah Engkau beri petunjuk dan hidayah kepadanya dan Ya Allah masukkanlah ia dan keluarganya kedalam syurga FirdausMu serta jauhkanlah ia dan keluarganya dari azab nerakaMu. Sesungguhnya Ya Allah, hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau sahajalah kami meminta pertolongan. Ya Allah jika rezeki pembaca blog ini masih diatas langit, turunkanlah ia, jika rezekinya di dalam bumi, keluarkanlah ia, jika rezekinya jauh, dekatkanlah ia, jika rezekinya haram, sucikanlah ia dan jika rezekinya sukar, Engkau permudahkanlah ia” Ya Allah kurniakanlah kepada kami segala kebaikan sebagaimana yang Engkau kurniakan kepada hamba-hamba Mu yang soleh.'

Monday, March 4, 2013

Jangan Menjana Dosa (Pembawa Fitnah)


Dalam kehidupan sehari-hari, kita sering mendengar berita yang tidak jelas asal-usulnya. Kadang kadang isu kecil di perbesarkan dalam berita yang di edarkan atau sebaliknya. Kadang kadang berita itu berkait dengan kehormatan seseorang. Bagaimanakah sikap kita terhadap berita yang belum tahu kebenarannya dan bersumber dari orang yang belum kita ketahui kejujurannya. Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kita seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kita tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kita (mengenainya) sehingga menjadikan kita menyesali apa yang kita telah lakukan. (surah al-Hujuraat ayat 6)
Dalam kehidupan kita, kita mendapat pelbagai maklumat dan cerita. Apa yang diajar adalah:

1. Mendengar tanpa memberi reaksi negatif. Iaitu mendengar dengan tenang dan berterima kasih kepada pembawa cerita atau berita.

2. Membuat siasatan dengan teliti. Jika mendapat berita atau cerita contohnya anak-anak terlibat dalam perbuatan tidak baik, maka buat siasatan seperti mengekori anak tanpa ia menyedari kita mengikutnya. Ambil gambar dan jadikan bukti untuk menasihati anak agar tidak mengulangi perbuatan tersebut.

3. Jika cerita yang diberikan adalah betul, berterima kasihlah kepada pembawa berita. Jika cerita rekaan atau palsu,janganlah dimarah pembawa berita kerna mungkin mereka hanya mendengar mulut ke mulut.

4. Jika seseorang dikenali terkenal dengan kisah dan cerita rekaan dan setelah siasatan dibuat ianya adalah palsu dan rekaan semata-mata, jauhilah manusia sedemikian agar kita tidak terus menerus mendapat kisah palsu.

5. Jangan sampaikan sesuatu cerita atau kisah yang kita dengar atau baca jika masih meragui kesahihannya terutama sekali cerita negatif atau kisah yang dibawa mulut ke mulut.

6. Hadis mempunyai jutaan dan kita perlu merujuk kitab muktabar agar tidak terpengaruh dengan hadis palsu. Hadis palsu banyak tersebar dalam internet dan buku-buku. Sebaiknya bacalah buku hadis sahih seperti buku hadis Imam Bukhari dan Muslim dan buku-buku hadis Imam lain yang mempunyai tahkik. Tahkik adalah buku yang dibuat penelitian dan pengesahan oleh Iman hadis muktabar. Contohnya buku Riadussalihin ditulis oleh Imam Nawawi dan ditahkik oleh Imam ALbany dan beliau menulis daftar hadis,manakah sahih,hasan dan daif.

7. Apabila teman atau jiran membawa cerita negatif berkaitan orang yang kita kenal, nasihatkan mereka agar menjauhi kisah negatif kerana ianya umpatan dan bertambah dosa jika ianya fitnah pabila cerita tersebut adalah palsu. Ia mendapat dua dosa iaitu kisah palsu dan umpatan.

8. Banyakkan istighfar jika mendapat cerita negatif manusia lain. Selalu fikirkan dosa sendiri akan menghalang kita sibuk menceritakan keburukan orang lain.

9. Bacalah buku-buku dari ulama’ muktabar seperti kisah para nabi yang ditulis Imam ibnu Kathir. Mmebaca buku dari Imam muktabar akan menjauhkan kita dari trpengaruh dengan kisah palsu.

10 .Dalam buku Imam Ghazali banyak hadis palsu dan dhaif. Buku tersebut banyak mengandungi hadis palsu kernana imam Ghazali bukanlah ulama’ yang pakar hadis dan beliau tidak sengaja memasukkan hadis palsu dan dhaif. Sebaiknya bacalah buku tersebut yang mempunyai tahkik iaitu pengesahan daftar hadis sama ada sahih, hasan, dhaif mahupun palsu.
11. Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kita; janganlah kita menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kita, bahkan ia baik bagi kita. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat).

12. Sepatutnya semasa kita mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri dan berkata: Ini ialah tuduhan dusta yang nyata.

13. Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta.

14. Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kita di dunia dan di akhirat, tentulah kita dikenakan azab seksa yang besar disebabkan kita turut campur dalam berita palsu itu; -

15. Iaitu semasa kita bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kita, dan memperkatakan dengan mulut kita akan sesuatu yang kita tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya dan kita pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.

16. Dan sepatutnya semasa kita mendengarnya, kita segera berkata: Tidaklah layak bagi kami memperkatakan hal ini! Maha Suci Engkau (ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli rumah Rasulullah)! Ini adalah satu dusta besar yang mengejutkan.

17. Allah memberi pengajaran kepada kita, supaya kita tidak mengulangi perbuatan yang sedemikian ini selama-lamanya, jika betul kita orang-orang yang beriman.

18. Dan Allah menjelaskan kepada kita ayat-ayat keterangan (hukum-hukumNya); kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
Kita mendapat pelbagai berita setiap hari dan tapislah berita dan kisah tersebut agar kita tidak berdosa menyebarkannya kepada orang lain. Banyak implikasi berlaku dalam sebuah keluarga dan masyarakat akibat berita palsu dan khabar angin. Berita palsu banyak menjadikan suami-isteri bergaduh, begitu juga jiran-jiran. Hubungan teman juga keruh. Berita palsu yang berunsur fitnah seakan-akan menjadi perkara biasa dalam masyarakat.

Kita lihat banyak berlaku pergaduhan dan pertengkaran dalam masyarakat dan keluarga akibat cerita palsu dan fitnah. Manusia beriman perlu menjauhi sikap suka memfitnah atau menyebarkan fitnah. Dosa fitnah adalah amat besar dan Quran mengatakan “fitnah itu lebih besar dari membunuh”.

Dalam apa jua lapangan kehidupan,fitnah dan kisah palsu adalah mainan lidah manusia Munafik dan jika tidak mahu bergelar Munafik, jauhkan kisah dan berita palsu. Selidikilah berita atau kisah sebaiknya. Munafik adalah berbahaya dan masuk Neraka tanpa ada peluang ke syurga sedangkan manusia fasik hanya dibakar di neraka bertempoh mengikut dosa, pabila telah tamat tempoh, diberi peluang ke syurga.

Jika tidak mahu menjadi Munafik, awasilah setiap kisah dan berita.... .Adalah rugi menjadi manusia solat lima waktu, berpuasa Ramadhan, mengerjakan haji, bersedekah dan membuat jariah namun tergolong dalam Munafik akibat tidak meneliti berita dan tidak menjaga lidah dengan baik.

No comments: