Sudah
menjadi kebiasaan, bila kita tidak dapat mengawal emosi, sering kali kita
bertindak di luar kawalan. Itu yang menyebabkan kita sebenarnya terlepas pandang
dan menghamburkan kata-kata tanpa berfikir panjang meskipun terhadap ibu bapa
sendiri dalam sesetengah keadaan. Setiap orang boleh marah, tetapi tahap
kemarahan adalah berbeza mengikut individu. Jika kita gagal mengawal emosi
negatif tersebut, akibat mungkin merugikan diri sendiri dan keluarga tersayang.
Kemarahan boleh menjadi punca membalas-dendam, mengfitnah, membunuh, bercerai
atau peperangan. Keupayaan mengawal emosi negatif adalah suatu seni hidup yang
sangat berharga dan ia membolehkan seseorang memegang tugas yang lebih
mencabar. Sebaliknya, seseorang yang cepat marah sering menjadi mangsa pada
persekitaran dan gagal meneroka bidang kerja yang lebih tinggi.
Untuk
membolehkan seseorang meningkat daya tahan kemarahan, jiwa seseorang perlu
ditenangkan terlebih dahulu. Fikiran yang kusut dan kerunsingan serta ketegangan
emosi adalah punca cepat marah. Bila emosi telah menjajah pemikirannya,
kewarasan menilai dan membuat keputusan pun hilang. Tidak ada sesiapa yang
boleh membantu kita mencari ketenangan iwa jika diri kita tidak berusaha
untuknya.
Berikut
ini disenaraikan rukun-rukun ketenangan jiwa. Ia membantu kita melegakan jiwa
yang bergelora dan bertindak dengan penuh kematangan.
Pertama:
Mengenal setiap cetusan emosi diri
Ini
bermaksud kita boleh membaca emosi sendiri pada setiap masa. Bila masa kita
marah, kita berkata “saya sedang marah”. Bila kita takut, “Kita berkata saya
takut”. Bila kita boleh menangkap setiap perasaan kita , kita akan dapat
mengawalnya dengan baik. Sering-kali emosi negatif timbul tanpa kita sedari.
Akibatnya, kita mungkin melakukan sesuatu yang melulu dan menyesal kemudian.
Kita mungkin berkata “Mengapalah saya tidak tahan sahaja emosi saya?” Kata
pepatah ” Menyesal kemudian tidak berguna”.
Kedua:
Memberi masa bertenang
Setiap
pergolakan emosi biasanya reda dalam masa dua jam ke tiga jam. Ada juga
individu yang dapat meredakan emosinya dalam masa beberapa hari. Bila kita
merasa panas darah dan hendak marah, alihkan diri dari situasi tersebut dan
berikan diri kita beberapa jam untuk bertenang. Ini akan membolehkan kita
memikirkan kejadian tersebut dengan lebih menyeluruh. Masa bertenang akan
membolehkan kita memikirkan punca kemarahan serta mencari jalan untuk
menyelesaikannya.
Ketiga:
Saya juga bersalah
Kemarahan
biasanya memuncak bila kita memikirkan kesilapan orang lain. Tetapi , jika kita
dapat menerima hakikat bahawa diri kita juga perlu memikir tanggungjawab dalam
kejadian tersebut , kita tidak akan terlalu menyalahkan orang lain. Katakan
dengan diri sendiri , “Saya juga bersalah dalam hal ini. Kalaulah saya ……. kejadian
ini tidak akan terjadi.” Bila kita mula sedar dengan peranan dan tanggungjawab kita
, kemarahan dapat dikurangkan.
Keempat:
Bukan serangan peribadi
Bila
kita menerima tekanan atau teguran dari orang lain, jadikan itu sebagai suatu
pesanan yang membawa kebaikan kepada diri sendiri. Beritahu diri kita ,”
Syukurkan kerana dia beritahu saya tentang kesilapan saya” “Majukan saya amat
mengambil berat dengan prestasi diri saya, itulah sebabnya dia memberitahu saya
supaya jangan buat negini.” “Saya gembira dengan pesanan kita, saya tahu kita
mahu saya menjadi seorang yang baik.” Semakin kita menghargai sesuatu kejadian,
perasaan negatif akan mula hilang.
Kelima:
Mengenal perasaan orang lain
Bila
kita mempertahankan pendirian diri, kita akan gagal memahami mengapa orang lain
berbuat sesuatu yang menyakitkan kita. Setiap individu mempunyai sebab yang
tersendiri waktu dirinya melakukan sesuatu. Jika kita gagal menilai makna di
sebalik perbuatannya, kita akan terus menuduh dan menyalahkan orang lain. Dalam
hal ini, masalah bukan sahaja tidak diselesaikan; sebaliknya permusuhan dan
rasa tidak puas hati akan berlarutan. Bila kita tahu masalah yang melkita dirinya,
kita akan berkata “tidak apa, saya maafkan kita”. Saya tahu kita buat begini
dalam keadaaa yang terpaksa dan saya faham diri saya juga mungkin akan
melakukan perkara yang sama jika diri saya terjebak dalam keadaan yang sama.”
Keenam:
Mendekatkan diri kita dengan agama
Setiap
agama menyeru umatnya untuk berdamai dan bersahabatan antara satu sama lain.
Jika diri kita mengenang kembali setiap seruan agama, kita akan lebih mudah
menerima sikap individu yang kurang menyenangkan. Sebenarnya, tiada manusia
yang dikatakan sempurna. Kalau diri kita hendakkan insan yang memuaskan emosi
dan hasrat kita sahaja, kita tidak akan mempunyai kawan. Yang penting, kita
mencari kelebihan dan kesamaan setiap insan dunia. Akhirnya, dirinya juga akan
terpedaya oleh kesopanan dan kemuliaan kita. Kata pepatah “Setiap corak
komunikasi yang kita dapat adalah suatu gambaran dari komunikasi diri sendiri.”
Bagaimana kita melayan orang , begitu jugalah orang lain akan melayan dengan
diri kita.
Ketujuh:
Kemarahan membawa restu
Sebenarnya
kemarahan mempunyai kebaikan jika kita mengolahkan dengan nilai-nilai yang mulia.
Contohnya, guru memarah pelajar dengan tujuan untuk menyedarkan dirinya dari
kesilapan. Guru akan selitkan unsur-unsur pendidikan yang membawa kebaikan kepada
masa depan anak. Sebaliknya, kemarahan yang hanya dengan tujuan untuk
mengoyakkan air muka kawan tanpa sebarang unsur pendidikan adalah suatu yang
membawa keruntuhan. Cuba arahkan kemarahan kita kepada jenis yang positif dan
elakkan sama sekali corak kemarahan negatif. Bila kita dapat mengenal makna
disebalik kemarahan, kita akan mula menghargainya. Sememangnya, kemarahan
bukannya satu cara yang wajib dalam pendidikan , tetapi ia merupakan salah satu
pendekatan yang boleh diamalkan bila keadaan mengizinkan.
Kelapan:
Elakkan individu yang bermasalah
Cara
terbaik untuk mengelakkan diri kita dari kemarahan ialah dengan mengasingkan
diri kita dari individu yang tidak seiras dengan perjuangan kita. Contohnya, jika
kita merasai seseorang mempunyai nilai hidup dan sikap yang memang bercanggahan
dengan citarasa kita, elakkan sahaja. Jangan rosakkan perasaan kita. Jika diri kita
masih kecil dan kita tidak dapat melarikan diri dari sikap ibu bapa yang bermasalah,
belajar memaafkan mereka. Ingat, setiap individu yang bermasalah adalah cermin
kepada hidup kita sendiri. Katakan dengan diri sendiri , saya tidak mahu
menjadi orang sepertinya. Kita juga boleh berdoa, “Semoga orang yang bermasalah
ini akan sedarkan diri suatu hari. Kalau tidak, hidup dirinya juga tidak akan
sampai ke mana.” Rasakan bangga kerana kita mempunyai keperibadian yang jauh
lebih mulia darinya.
Kesimpulan
Jadikan
kemarahan sebagai punca kesedaran diri. Belajar dari emosi diri kita dan
berusaha mendapat ajaran dari setiap pergolakan emosi. Kata pepatah ” Emosi kita
adalah guru yang paling baik’. Setiap perasaan memberitahu kita tentang kualiti
hidup kita sendiri, samada yang baik atau yang jahat. Amalkan semua pendekatan
diatas dan kita akan dapat mengawal hidup lebih lebih berkesan. Dengan erti
kata lain, kita adalah tuan pada hidup kita sendiri. Ilmu pengawalan emosi juga
dikenal sebagai Ilmu Penguasaan Diri (Self Mastery). Semakin kita dapat
mengawal diri sendiri, semakin tinggilah kualiti motivasi hidup kita.
10
TIPS UNTUK MENGAWAL EMOSI ANDA
1.
Selalu berfikiran positif,dan logik.
2.
Selalu menenangkan fikiran daripada diganggu.
3.
Selalu memberikan senyuman terhadap orang lain walaupun menerima sebarang
respon.
4.
Membaca petikan, kata-kata, cogankata,peribahasa dan lain yang boleh
memotivasikan diri.
5.
Sentiasa memaafkan orang lain.
6.
Selalu berdoa.
7.
Elakkan dari hidup yang sentiasa tertekan.
8.
Selalu bersenam.
9.
Elakkan dari berucap dengan nada yang tinggi.
10.Mempunyai
rehat yang cukup.
Dapatkah
kita amalkan? Cubalah, kita pasti akan merasai kesan positifnya. Selamat
mencuba semuga kita mampu melalui kehidupan ini dengan mudah dan penuh
kemuliaan.
2 comments:
Apakah kebaikan mengawal kemarahan dn huraiannya?
Rasa tenang dan rasa lebih tenang
Post a Comment