NABI
ADAM A.S
Dikatakan
hidup lebih kurang 930 tahun merupakan manusia pertama yang bergelar khalifah
Allah SWT dimuliakan dan ditinggikan darjatnya menjadi nabi yang pertama.
Baginda diutuskan kepada anak cucunya agar menyembah Allah, Tuhan Yang Maha
Esa. Maka diantara mereka ada yang taat dan ada pula yang membangkang.
NABI
IDRIS A.S
Merupakan
keturunan Nabi Sits AS. Diutus oleh Allah kepada anak cucu Qabil agar bertaubat
dan menyembah Allah SWT, namun mereka terus menerus membangkang perintah Allah SWT
NABI
NUH A.S
Merupakan
keturunan Nabi Idris as. yang diutus Allah kepada kaum kafir. Baginda menyeru
supaya semua manusia menyembah Allah, tetapi ajakan Nabi Nuh ditolak, akhirnya
orang-orang yang ingkar atau kafir itu tenggelam dalam banjir yang besar.
NABI
HUD A.S
Adalah
keturunan Yafit bin Nuh, bertempat tinggal di Hadharal Maut Utara. Baginda
diutus Allah kepada kaum Aad kerana bangsa itu menyembah patung. Kemudian Nabi
Nuh menyuruh mereka supaya menyembah Allah, tetapi mereka ingkar, akhirnya
mereka menerima seksaan dengan ditimpa badai dan udara yang sangat dingin
selama tujuh hari lapan malam.
NABI
SALLEH A.S
Merupakan
keturunan Sam bin Nuh yang diutuskan Allah kepada bangsa Tsamud disebelah
selatan Palastin. Kebudayaan mereka sudah tinggi tetapi mereka menyembah dewa
dan patung, kemudian Nabi Saleh menyuruh kepada mereka agar menyembah Allah,
sebahagian besar bangsa Tsamud menolak untuk memeluk agama Allah. Mereka ingkar
kepada larangan Nabi Saleh. Pada hari pertama muka mereka berwajah kuning, hari
kedua menjadi merah,hari ketiga menjadi hitam, akhirnya mereka disambar petir.
NABI
IBRAHIM A.S
Juga
keturunan Sam bin Nuh yang diutuskan Allah kepada kaum Namrud di negeri Babilon
lebih kurang 4000 tahun sebelum Masehi. Kaum Namrud menyembah berhala bahkan
akhirnya Namrud menganggap dirinya sebagai Tuhan. Nabi Ibrahim juga menyerukan
ajaran tauhid atau Islam kepada mereka namun mereka tetap ingkar, akhirnya
Allah mendatangkan kepada mereka tentera nyamuk sebagai balasan, maka musnahlah
kaum yang ingkar. Begitu halnya dengan
NABI
LUTH A.S
Adalah
bersaudara dengan Nabi Ibrahim yang diutuskan kepada kaumnya di negeri Sadum,
supaya kaumnya menyembah Allah SWT, namun mereka ingkar. Allah SWT membalas
keingkaran mereka dengan dibalik bumi Sadum sehingga musnah negeri tersebut.
NABI
ISMAIL A.S
Adalah
anak Nabi Ibrahim melalui perkahwinannya dengan Siti Hajar. Baginda diutus
kepada bangsa Arab di negeri Yaman, kerana mereka belum kenal dengan agama
tauhid atau Islam. Mereka juga diperintahkan supaya berpuasa, membayar zakat
dan menunaikan haji. Baginda mempunyai 12 orang anak lelaki yang seluruhnya
disebut dengan Bani Ismail atau Adnanniyun. Dari keturunan inilah lahirnya suku
Quraisy yang melahirkan Nabi Muhammad SAW.
NABI
ISHAK A.S
Adalah
anak kandung Nabi Ibrahim melalui perkahwinan dengan Siti Sarah. Baginda diutus
oleh Allah di negeri Kan'an untuk menyembah Allah, mengajarkan tauhid, menyuruh
membayar zakat, berpuasa dan menunaikan haji. Nabi Ishaq berkahwin dengan Rifka
dan mendapat anak kembar iaitu ish dan Ya'kub. Nabi Ishaq wafat dalam usia 170
tahun dan dimakamkan di Baitul Maqdis daerah Palastin.
NABI
YAAKUB A.S
Diutus
oleh Allah SWT di negeri Kan'an kerana penduduknya telah ramai menyembah
berhala. Nabi Ya'kub mengajar kaumnya supaya menyembah Allah, Tuhan Yang Maha
Esa. Baginda wafat dalam usia 148 tahun dan beliau mempunyai 12 orang anak
lelaki.
Anak
Nabi Ya'kub as yang diutus sebagai nabi kepada bangsa Mesir untuk mengajarkan
agama tauhid iaitu agar menyembah Allah, Tuhan yang Maha Esa. Disamping baginda
seorang nabi ia juga seorang raja dengan dasar pemerintahannya adalah Islam.
Beliau wafat dalam usia 120 tahun dan dimakamkan ditepi sungai Nil
NABI
AYYUB A.S
Anak
Amus bin Tarikh bin Rum bin Ish yang diutuskan oleh Allah SWT ke negeri Rom
untuk mengajarkan agama tauhid iaitu menyembah Allah SWT. Beliau wafat dalam
usia lebih kurang 93 tahun dan dimakamkan di suatu tempat di daerah Itali.
NABI
DZULKIFLI A.S
Adalah
anak Nabi Ayub as. diutus oleh Allah SWT ke negeri Rom. Disamping beliau
seorang nabi juga seorang raja yang tetap mengajarkan agama tauhid iaitu supaya
menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa. Beliau menyeru kepada kaumnya supaya
meninggalkan penyembahan berhala dan melaksanakan syariat Islam supaya solat
dan membayar zakat. Beliau wafat dalam usia 95 tahun dan dimakamkan di Napoli,
daerah Rom Selatan.
NABI
SYUAIB A.S
Keturunan
Nabi Luth as, diutus oleh Allah ke negeriá Madyan, Palastin Selatan agar
mengajar agama tauhid iaitu menyembah Allah SWT. membayar zakat dan berlaku
jujur kepada kaumnya. Ramai kaumnya yang tidak beriman, akhirnya ditimpa
bencana daripada Allah berupa gempa bumi dan kepingan awan panas daripada
langit.
NABI
MUSA A.S
Diutus
oleh Allah SWT kepada kaumnya Bani Israil supaya menyembah Allah, membayar
zakat, berpuasa dan berlaku jujur. Bani Israil ramai yang ingkar sehingga
mereka menyembah patung anak sapi yang dipelopori oleh Samiri. Nabi Musa as.
mendapat kitab Taurat daripada Allah SWT dan diberi mukjizat.
NABI
HARUN A.S
Diutus
oleh Allah SWT kepada kaumnya Bani Israil supaya menyembah Allah, membayar
zakat, berpuasa dan berlaku jujur. Bani Israil ramai yang ingkar sehingga
mereka menyembah patung anak sapi yang dipelopori oleh Samiri. Nabi Musa as.
mendapat kitab Taurat daripada Allah SWT dan diberi mukjizat.
NABI
DAUD A.S
Dibekalkan
oleh Allah dengan kitab Zabur mengajarkan kepada kaumnya agar menyembah Allah
dan mengerjakan ibadah puasa. Nabi Daud as. wafat dalam usia lebih kurang 100
tahun, lalu dimakamkan di Palastin.
NABI
SULAIMAN A.S
Adalah
anak Nabi Daud as. Beliau seorang nabi dan raja. Nabi Sulaiman berdoa kepada
Allah SWT agar diberikan kepadanya kerajaan yang tidak akan diperolehi
sesaorang pun sesudahnya. Doa beliau dikabulkan Allah, sehingga beliau dapat
menguasai semua makhluk termasuk jin dan haiwan. Nabi Sulaiman mengajak semua
kaumnya agar menyembah Allah dan menghindari daripada mensyirikkannya.
NABI
ILYAS A.S
Merupakan
keturunan Nabi Harun diutus Allah sebagai rasul di negeri Balbik di Lebanon
Selatan kerana orang Balbik ramai yang telah menyembah berhala. Patung terbesar
sembahan mereka bernama "Ba'al" dibuat dari emas. Nabi Ilyas as.
mengajak kaumnya agar menyembah Allah SWT iaitu agama tauhid, namun ramai yang
ingkar, sehingga kebanyakan mereka ditimpa musibah gempa yang dahsyat. Nabi
Ilyas wafat dan dimakamkan di daerah Lebanon Selatan.
NABI
ILYASA A.S
Diutus
Allah SWT kepada Bani Israil, agar mengajarkan agama tauhid berdasarkan kitab
Taurat dan kitab Zabur. Kerana kederhakaan dan pembangkangan mereka terhadap
Allah dan Rasul-Nya akhirnya orang-orang yahudi dijajah oleh raja dari Babil
bernama Nebukad Nezar. Kemudian Nebekud Nezar dikalahkan oleh Cyrus raja dari
Persia. Pada tahun 70 Sebelum Masehi raja Rom bernama Titus memasuki Palastiná
dan merosak seluruh kota Jerusalam, kecuali Baitul Maqdis. Begitulah bangsa
Yahudi mendapat kutukan dan laknat daripada Allah dan Rasul-Nya sehingga
bertebaranlah mereka ke seluruh pelosok, dikutuk dan dihina oleh bangsa-bangsa
lain di dunia.
Keturunan
Nabi Ya'kub as. diutus oleh Allah kepada bangsa Ninawa didaerah Mansul dalam
kerajaan Babil. Beliau mengajak kaumnya agar menyembah Allah , namun ajakan
beliau ditentang bahkan diejek. Akhirnya Nabi Yunus meninggalkan kaumnya dan
berdoa kepada Allah agar diturunkan azab kepada mereka. Ketika tanda-tanda azab
akan turun, maka seluruh penduduk mencari nabi Yunus kerana ingin bertaubat,
namun nabi Yunus telah meneruskan pelayarannya. Mereka semuanya beriman kepada
Allah serta menyesal kerana melawan Rasul Allah. Nabi Yunus diuji Allah ketika
berada didalam perut ikan Nun. Setelah kembali ke Ninawa dilihatnya mereka
semua telah beriman, maka nabi Yunus meneruskan dakwahnya, sehingga negeri
tersebut menjadi aman dan makmur.
NABI
ZAKARIA A.S
Diutus
kepada bangsa Yahudi, agar mereka menyembah Allah SWT, berlaku jujur, adil
dengan memegang petunjuk yang ada dalam kitab Allah. Kemudian nabi Yahya
dibunuh, kepala baginda dipenggal. Begitu juga dengan Nabi Zakaria dibunuh
ketika itu juga. Kedua nabi tersebut telah mati syahid. Begitu sombong bangsa
Yahudi sehingga hati mereka menjadi tertutup dalam menerima kebenaran. Hanya
seksa Allah yang sesuai bagi mereka yang ingkar.
NABI
YAHYA A.S
Diutus
kepada bangsa Yahudi, agar mereka menyembah Allah SWT, berlaku jujur, adil
dengan memegang petunjuk yang ada dalam kitab Allah. Kemudian nabi Yahya
dibunuh, kepala baginda dipenggal. Begitu juga dengan Nabi Zakaria dibunuh
ketika itu juga. Kedua nabi tersebut telah mati syahid. Begitu sombong bangsa
Yahudi sehingga hati mereka menjadi tertutup dalam menerima kebenaran. Hanya
seksa Allah yang sesuai bagi mereka yang ingkar.
NABI
ISA A.S
Adalah
insan yang lahir dari tubuh Maryam tanpa ayah, kemudian diangkat martabatnya
menjadi nabi dan Rasul. Sedangkan Hawa dilahirkan dari tubuh Adam tanpa ibu di
dalam syuga. Kemudian ditakdirkan oleh Allah SWT menjadi ibu dari seluruh umat
manusia. Maka agar tidak keliru dalam beriman atau beriktikad, Firman Allah SWT
maksudnya: "Sesungguhnya perbandingan kejadian Nabi Isa di sisi Allah
adalah sama seperti kejadian Nabi Adam, Allah telah menciptakan Adam dari
tanah, lalu berfirman kepadanya: 'Jadilah engkau! maka menjadilah ia' ". (Ali
Imran:59) Nabi Isa as. diutus oleh Allah kepada kaumnya sendiri iaitu Bani
Israil di daerah Palastin agar tetap taat kepada Allah SWT. Belaiu diberi kitab
Injil yang melengkapi kitab Taurat dan Zabur. Segala firman Allah yang
diwahyukan kepada beliau ditulis oleh pengikut-pengikutnya dengan tulisan
Ibrani (Hebrew bahasa Ibrani Yahudi). Dapatkah kita menemukan kembali kitab
Injil peninggalan Nabi Isa as. itu? Untuk meyakinkan diri kita mari kita
perhatikan ayat-ayat Allah dibawah ini: Firman Allah SWT maksudnya: "Ia
menjawab: "Sesungguhnya aku ini hamba Allah; Ia telah memberikan kepadaku
Kitab Injil dan ia telah menjadikan daku seorang Nabi". (Maryam:30) Firman
Allah SWT maksudnya: "Dan sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu,
maka sembahlah kamu akan Dia, inilah jalan yang betul atau lurus". (Maryam:36)
Ayat-ayat diatas membuktikan dengan jelas bahawa Nabi Isa as. Hanyalah seorang
nabi dan Rasul bukanlah sebagai anak Tuhan seperti yang didakwakan sesetengah
pengikutnya. Kitab Injil yang asal dengan tegas dan jelas menyuruh para
pengikutnya agar menyembah Allah semata tidak menyekutukannya dengan yang lain.
Namun kebanyakan pengikut nabi Isa telah merubah Kitab Injil yang asli itu
menurut selera mereka sendiri, maka lahirlah beratus-ratus kitab Injil bahkan
beribu-ribu jumlahnya. Kerana terlalu keras tentangan kaumnya terhadap ajaran
tauhid, bahkan beliau diancam akan dibunuh, maka nabi Isa dibawa hijrah oleh
bondanya ke negeri Mesir selama 12 tahun. Kemudian berpindah lagi ke negeri
Nazarth daerah Palastin. Di negeri ini beliau mulai ada pengikut yang
membenarkan ajarannya iaitu Mengesakan Allah SWT. Di antara orang-orang Yahudi
tersiar berita nabi Isa yang mempunyai ibu tanpa bapa itu sudah ditangkap oleh
Yudas Iskariot, lalu diserahkan kepada penguasa Romawi, kemudian disalib di
bukit Golgota. Ada pula yang berkata bukan Isa yang ditangkap tetapi Yudas
kerana dia berkhianat. Sebahagian orang meyakinkan diri berkata bahawa bukan
Nabi Isa, bukan Yudas tetapi orang lain yang serupa dengan benar dengan beliau.
Nabi Isa sendiri selamat dari bencana malapetaka dunia. Sesungguhnyaá Allah
telah mengangkatnya ke atas langit. Memang banyak sekali pendapat manusia
bahkan antara satu dengan yang lainnya bertentangan. Maka sebaiknya beriman
sesuai dengan ketentuan didalam Al Quran. Firman Allah maksudnya: "Demi
sesungguhnya, telah kafirlah orang-orang yang berkata; bahawasanya Allah ialah
Al Masih Ibni Maryam. Padahal Al Masih sendiri berkata: "Wahai Bani
Israil, sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, bahawasanya sesiapa yang
mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah
haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah
seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim. Demi sesungguhnya
telah kafirlah orang-orang yang berkata: Bahawasanya Allah ialah salah satu
dari tiga tuhan. Padahal tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Tuhan Yang
Maha Esa. Dan jika tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu
orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak
terperi sakitnya". (Al Maidah:72-73)
Dilahirkan
pada tahun 571 Masehi melalui perkahwinan Aminah dengan Abdullah bin Abdul
Muthalib bin Hasyim. Baginda adalah keturunan Nabi Ismail as. bin Nabi Ibrahim
as. Nabi Muhammad SAW adalah insan termulia melebihi tingkat dan darjat dari
seluruh nabi-nabi dan umat manusia, bahkan seluruh makhluk-makhluk Allah SWT.
Sebab itu Rasulullah (Nabi Muhammad SAW) bergelar "Rahmatan Lil
Alamin". ertinya "Rahmat bagi seluruh alam". Rasulullah diberi
kitab Al Quran, diutus oleh Allah untuk seluruh bangsa di dunia ini. Seperti
nabi-nabiá atau rasul-rasul Allah terdahulu baginda pun mengajar dan menyeru
manusia supaya menyembah Allah. Nabi Muhammad SAW adalah penutup dari sekalian
nabi dan rasul, jadi agama Allah yang diwahyukan semenjak nabi Adam secara
bertahap-tahap lagi teratur dilengkapi dan disempurnakan Allah pada kenabian
Muhammad SAW. Sebab itu tidak akan ada lagi nabi dan wahyu sesudah baginda.
Bahkan dalam kitab-kitab yang sebelumnya menyatakan tentang kelahiran Nabi
Muhammad SAW sebagai rasul yang terakhir. Dalam hal ini Nabi Isa as. sendiri
menjelaskan kepada kaumnya tentang akan munculnya seorang nabi terakhir
sesudahnya. Di dalam Al Quran dijelaskan ungkapan Nabi Isa as tersebut sebagai
berikut. Firman Allah SWT maksudnya: "Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika
nabi Isa Ibni Maryam berkata: Wahai Bani Israil sesungguhnya aku ini pesuruh
Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu
Kitab taurat dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang
akan datang kemudian daripadaku bernama Ahmad. Maka tatkala ia datang kepada
mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: ini
ialah sihir yang jelas nyata". (As Saaf:6) Firman Allah SWT lagi
maksudnya: "Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya)
menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia
adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah
Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu". (Al Ahzab:40) Ini bermakna
syariat Muhammad SAW adalah penyudah atau pelengkap atau 'Full Release Version'
dalam menyempurnakan segala syariat nabi-nabi terdahulu dan sesuai menurut
keperluan dan keadaan atau suasana manusia yang hidup di akhir zaman hinggalah
ke hari Kiamat (D'day). Berdasarkan keterangan ini jelas menunjukan agama para
rasul terdahulu adalah Islam kerana mereka menyeru manusia ke arah ketundukkan
dan kepatuhan kepada segala yang diperintahkan oleh Allah SWT, sebagaimana juga
nabi Muhammad SAW diperintahkan menyeru manusia ke arah ketundukan dan
kepatuhan kepada segala yang diperintahkan oleh Allah SWT.
No comments:
Post a Comment