Dengan
rasa tenang kita buka pintu kereta, masukkan kunci dalam kereta dan kemudian
nak hidupkan enjin. Tapi enjin tak hidup-hidup jugak! Kita pun mula la panik
lagi-lagi yang baru lagi pakai kereta tu. Jadi kenapa agaknye tak boleh start
tu? Mari lihat antara sebab-sebab utama enjin tak boleh dihidupkan.
1.
BATERI
Sebab
utama adalah bateri. Memang biasanya bateri la punca tak boleh hidup. Samada
bateri lemah atau dah habis terus. Bateri ade 2 jenis, Free maintenance dan
bateri dengan air. Yang guna air ni kene la selalu periksa, biasa kalau servis
setiap 5000km tu periksa airnya cukup ke tak. Bagi bateri yang dah berusia 2-3
tahun keatas kerap la sikit periksa airnya, biasanya jangka hayat bateri pun
beberapa tahun je. Bagi yang free maintenance pulak periksa indicator kat atas
bateri tu. Kalau ok warna dia hijau, kalau ade cincin hitam tu dah mula lemah,
kalau hitam dah sampai masa nak tukar baru.
Jadi
apa yang membuatkan bateri ni habis? Kadang-kadang lupa tutup lampu kereta,
ataupun bateri tu jangka hayatnya dah tak lama, ataupun alternator yang
sepatutnya mengecas bateri tu rosak. Bateri yang dah padam habis sampai alarm
tak menyala, ataupun panel meter tu lansung dah tak menyala tu dah tak boleh
nak jump start dengan bateri lain. Ala... yang sambung wayar bateri lain ke
bateri kereta yang tak boleh start tu panggil jump start la. Jadi
penyelesaiannya? kene la bukak bateri kedua-dua kereta tu dan kemudian
pasangkan bateri yang masih baik tu pada kereta yang dah habis bateri, hidupkan
enjin dan kemudian tanpa memadamkan enjin tu tukar balik bateri ke kereta asal.
Jangan risau. Enjin takkan mati kalau bateri dicabut. kalau enjin mati tu
maknanya alternator rosak la tu! jadi lupekan la bateri tu dan pergi tukar
alternator baru.
Untuk
kereta manual? takyah tukar bateri. masuk gear 2, tekan clutch dan mintak la
sape2 tolak, agak2 dah berjalan sikit tu lepas clutch dan enjin akan hidup.
Jangan lupa pusingkan kunci ke ON dulu sebelum buat, kang sia-sia je. Nak jump
start pulak hati-hati. Kalau dah rasa bateri tu kong sangat, wayar positif tu
memang kene letak pada kedua-dua terminal positif. wayar negatif pulak satu
pada terminal negatif kereta dengan bateri yang elok tu satu lagi pada rangka
kereta dengan bateri yang bermasalah tu. Biasa orang letak pada terminal je
kan? Bahaya.. takut meletup bateri tu.
Satu
lagi, kalau bukak bonet je tengok betul-betul ade bateri ke tak, entah-entah
bateri dah hilang kene curi tak? Kalau panel meter menyala tapi bila pusing
kunci lampu makin malap ade ade bunyi "tik tik tik tik" tu pun
menandakan bateri lemah.
2.
Gear LEVER bukan pada P
Yang
ni memang kelakar, punye la panik! Tapi bile sedar tengok gear tu kat D la, kat
R la, kat 2 atau L. Memang la tak hidup!!! Untuk kereta jenis automatik, kene
pastikan gear lever tu pada 'P' baru enjin tu boleh dihidupkan! Jangan buat
silap ni lagi.
3.
Minyak petrol tak sampai
Ni
pun biasa berlaku, pusing kunci enjin boleh crank tapi crank sampai besok pun
tak hidup jugak enjin tu. Mungkin minyak petrol anda habis dah, tapi kalau
banyak lagi dan anda pasti, mungkin ada masalah pada pam petrol anda atau
penapis petrol yang membuatkan minyak tak sampai. Kalau anda tahu kat mana fuel
rail tu, buka fuel rail dan crank enjin, kalau minyak tak terpancut tu memang
la bermasalah. Yang tak tau buat jangan buat-buat tau. Minta pertolongan pakar.
4.
Steering lock!!
Lupa
atau tak sedar steering tu kene lock? Sebab tu kunci tak boleh pusing, pusing
sikit steering tu sambil pusingkan kunci, baru la boleh hidup enjin tu!
5.
Spark plug bermasalah
Susah
nak hidup tapi boleh crank, atau dah hidup tapi semput-semput. Mungkin masalah
Spark plug yang kotor atau basah akibat leaking atau patah ke atau apa saja.
6.
Ignition coil bermasalah
Lebih
kurang je simptom macam spark plug rosak.
7.
Starter bermasalah.
Sebelum
starter rosak sepenuhnya ia pasti akan memberi amaran dulu. Contohnya bile nak
crank rasa kosong je. Pernah tak anda terlupa yang enjin tengah hidup dan anda
crank lagi sekali dan kemudian ada bunyi macam besi bergesel? Bunyi macam tu la
yang akan terhasil bila starter dah mula haus. Sebelum tak boleh hidup lansung
enjin anda, baik tukar.
8.
Timing belt bermasalah.
Kalau
boleh crank tapi bunyi pelik atau gegar enjin lain macam, hentikan berbuat
demikian, dikhuatiri timing belt anda longgar atau putus sewaktu crank. Bunyi
tu agak menakutkan macam ade besi tengah meloncat-loncat dalam enjin. Minta
bantuan pakar untuk mengenalpasti masalah tersebut.
9.
Aircond compressor jammed
Kalau
kompressor aircond tersangkut atau jem, ia boleh menyekat enjin untuk hidup.
Jadi kalau nak jalan jugak kene potong belting aircond dan power steering tu,
Jadi takde aircond la. Sampai ke bengkel tukar kompressor dan belting baru.
10.
ECU bermasalah.
ECU
atau komputer atau otak kepada kereta anda bermasalah. Kadang-kadang kapasitor
dalam tu pecah dan bocor lalu menghasilkan asid yang boleh mencairkan board ECU
tu. kalau ECU tu yang rosak cepat-cepat hantar baiki, Kalau orang tu pandai dia
boleh cuci balik board tu dan tukar kapasitor baru melainkan kalau dah lama
jadi dan asid tu dah makan board tu. Tapi pada yang tak berapa pandai nak tukar
kapasitor tu diorang suruh beli ECU baru je yang mahal!
Bonus!
Push start button/immobilizer user!
Untuk
yang pakai push start button atau immobilizer tu, lupa nak letak kat
immobilizer pada tempatnye kot. yang push start button user tu lupa tekan brek
utk start enjin kot. Atau bateri dalam remote tu dah habis. Jadi masukkan
remote tu dalam slot yg terletak dalam handrest atau bawah push start button tu
dan kemudia start la macam biasa.
Kalau
dah tekan brek, dah masukkan remote dalam slot masih tak start jugak, biasanya
ada masalah pada sensor brek tu. Itu yang biasa terjadi.
25 comments:
adakah kehabisan minyak hitam boleh menyebabkan kereta terpadam bila berjalan walaupun dapat start..
Info yg bermanfaat sekali
kalau gear auto boleh x guna konsep tolak kereta n clutch release ?
Kete waja saya pun tak boleh start hanya bunyi tik tik tik.macam starter je rosak
masalah bateri better check betul2 sbb kkdg bateri bole je pakai lagi..mcm kt area kl n s.alam ada je servis percuma mcm bateriku sdn bhd..check n pemasangan percuma jer..servis pon pcma..no dorg 0122458027..skdr bkongsi ..TQ
Namanya pon auto..nak cr katne clutch nye
klau nk program remote kereta balik mcm mna ? toyota vios thn 2008
Sampai bile2 mmg xakan hidup..2 pedal je bos...manual 3 pedal
adakah fius pun bleh jd punca kereta tak bleh start..?
Wire hangus tiap kali engine sejuk then start kereta mazda premacy
Kereta sy kenari auto. Kete mati, katanya masalah fuel pam. Tapi bila da tuka, masih sama. Kereta mati tengah jln. Da anta bengkel, dia kata wiring pulak problem, bila da buat wiring, soh g cek computer kt perodua. Org perodua pn ntah apa dia tgok, dia ckp okay je. And now kereta sy mati lg. Apa sbrnya masalah kereta ni.
Kereta sy kenari auto. Kete mati, katanya masalah fuel pam. Tapi bila da tuka, masih sama. Kereta mati tengah jln. Da anta bengkel, dia kata wiring pulak problem, bila da buat wiring, soh g cek computer kt perodua. Org perodua pn ntah apa dia tgok, dia ckp okay je. And now kereta sy mati lg. Apa sbrnya masalah kereta ni.
Dia suh tuka keta bru truss haha
Kerete perdana v6 first sebelum top ovehaul kereta boleh strt tp bila bru top overhaul strt engine tkleh hidup punca apa yaa?? Mcm2 dah tgok minyak, cam sensor, ap yg tk kene, sekadar bertnya :)
Klu masalah enjin kita start hidup tak sampai seminit lepas tu mati lepas tu tkan minyak pun macam tak berfungsi proton gen2 apa yang rosak ya
Camna nk tolak kereta auto yg out terus bateri nya
kereta sya kelisa...sya start enjin tk dengar apa pon lampu tk ada tidak ada apa reaction pon sya nk tukar batery dngn kereta wira tapi kepala batery kereta wira besar kereta kelisa kecil jaa...jdi mcm mna syq
kereta saya kelisa saya start enjin tkdengar apa pon lampu pon tknyala and sya ambil batery kereta wira tukar ke kelisa tetapi kereta wira punya kepala besar kereta kelisa punya kecil...jdi apa saya kena buat.tolong st
kereta kelisa manual
Kete honda eg.selepas enjin dimatikan.nk hidupkan semula mmg tk boleh.kenapa?wayar starter kena cabut dulu.kemudian psg blk.kalau mcm ni br enjin hidup.apa masaalahnya..
Salam..Sya nak tanya apa akan terjadi sekiranya time kita jumpstart pemasangan kabel +/- terbalik.. adakah ia memberi impak kpd ECU...
Salam bohku..nak tanya...klu keto auto kita tukar manual..wayar gear auto nak sambung N dan P colour apo yea?
Salam boss,klau start push button..Tekan brek skli nak start tak dapat apa masalah ye? Terima kasih
Kerta kancil,klo nak start kunci mesti tahan bru egine hidup,klo lepas,engine mati,bila d tolak,kunci on,engine xhidup..ape masalh yer?
Post a Comment