DOA

‘Ya Allah, rahmatilah pembaca blog ini, sihatkan ia, ampunilah dosa-dosanya, berkatilah amalannya, janganlah Engkau balikkan hatinya setelah Engkau beri petunjuk dan hidayah kepadanya dan Ya Allah masukkanlah ia dan keluarganya kedalam syurga FirdausMu serta jauhkanlah ia dan keluarganya dari azab nerakaMu. Sesungguhnya Ya Allah, hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau sahajalah kami meminta pertolongan. Ya Allah jika rezeki pembaca blog ini masih diatas langit, turunkanlah ia, jika rezekinya di dalam bumi, keluarkanlah ia, jika rezekinya jauh, dekatkanlah ia, jika rezekinya haram, sucikanlah ia dan jika rezekinya sukar, Engkau permudahkanlah ia” Ya Allah kurniakanlah kepada kami segala kebaikan sebagaimana yang Engkau kurniakan kepada hamba-hamba Mu yang soleh.'

Thursday, December 13, 2012

STRESS DAN CARA MENGATASINYA


Stress (Tekanan) - Satu keadaan gangguan emosi, pemikiran dan fizikal seseorang. Seringkali dalam kehidupan kita, pekerjaan dan pembelajaran adalah dua faktor utama membawa gejala kerunsingan sehingga keadaan ketegangan atau stress. Manusia seringkali mengadu bahawa ia mengalami stress, 'tension' atau tegang. Peningkatan gejala stress di kalangan pelajar seringkali dikaitkan dengan faktor persekitaran semasa khususnya menjelang musim peperiksaan. Senario ini serupa apabila kita menyatakan bahawa kita tiada 'mood', atau kita tiada minat untuk belajar. Bagi golongan dewasa, stress seringkali melanda kehidupan berikutan masalah kewangan dalam rumahtangga.
Stress Menurut Pandangan Pandangan Islam - Punca stress itu bukan dari tekanan mental semata-mata bahkan punca tekanan itu sebenarnya berpunca dari kecelaruan dan kelemahan hati , ruh, nafsu dan akal. Kelemahan hati yang menyebabkan rapuhnya hubungan individu itu dengan Allah SWT menyebabkan kehidupannya menjadi sempit, seolah-olah tiada jalan keluar dari setiap inci masalah. Hati yang baik mempunyai unsur yang sangat halus (latifah) ketuhanan (rabbaniah) dan kerohanian (rohaniah).

Stress itu ujian Allah S.W.T - Berdoa boleh mententeramkan jiwa, Surah Al-Baqarah(2):155 Firman Allah yang bermaksud: “Allah menguji seseorang itu dengan perasaan takut, kelaparan, kekurangan harta, nyawa dan hasil-mahsul yang tidak menjadi dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar”. Hadis… “Kesedihan atau malapetaka yang menimpa seseorang muslim merupakan kafarah kepada dosa yang dilakukan” (Riadus Solihin)

Perubahan Fizikal
* Sakit
*Terlalu kurus / gemuk
* Hilang keceriaan diri
* Lesu / letih
* Terlalu / tidak langsung berhias
* Agresif
* Suka mengelamun
* Sering lupa
* Mengasingkan diri

Perubahan Sikap
* Mudah marah
* Mudah bosan
* Tidak mampu menguruskan diri / kerja
* Suka Mengalihkan kemarahan
* Sentiasa berpandangan negative
* Hilang pertimbangan / separa sedar

Perubahan Emosi
* Terlalu cemburu
* Penyedih dan sensitive
* Terlalu gembira / riang
* Ego dan mementingkan diri
* Kemurungan
* Kerisauan / kebimbangan
Kesan Dari Tekanan
Positif
* Sumber motivasi diri
* Perubahan positif
* Kecemerlangan diri
* Kuat berusaha
* Persaingan diri
* Optimis
* Keyakinan diri

Negatif
* Prestasi menurun
* Resah gelisah
* Hilang kesabaran diri
* Rasa bersalah
* Rendah diri
* Pesimis dan sensitive
* Hilang pertimbangan diri


Tenik Mengurus Tekanan
* Muhasabah diri / koreksi diri
* Mengenali punca-punca tekanan:
* Kurang Kemahiran
* Kurang Ilmu
* Kurang Komunikasi
* Hubungan dengan orang atasan dan bawahan
* Pengurusan Masa tidak cekap
* Masalah keluarga/kewangan dll
* Ambil tindakan tertentu:
* Menghadiri kursus
* Dapatkan bantuan pakar
* Meningkatkan ilmu/kemahiran komunikasi dll
Faktor-Faktor Stress
Faktor Dalaman
* Keinginan melakukan yang terbaik
* Terlalu ideal
* Tiada keyakinan diri
* Putus asa / rendah diri
* Kurang pengetahuan agama
* Terlalu menjaga kepentingan orang lain
* Desakan untuk mendapat pujian / penghargaan
* Kaki kerja (workholic)
* Gagal menguruskan masa
Faktor Luaran
* Ketua / majikan ( arahan tidak jelas & tidak sekata)
* Konflik Pasangan hidup (suami / isteri)
* Konflik keluarga (anak bermasalah, penceraian ibubapa, dll)
* Pengaruh dan masalah dengan Rakan / sahabat / jiran
* Perubahan kerja yang terlalu kerap
* Penempatan yang terlalu lama di suatu tempat kerja
* Persekitaran dan kurang kemudahan/prasarana
* Tidak mendapat penghargaan

Faktor Isu Semasa
* Kegawatan ekonomi dunia
* Malapetaka / musibah
* Jatuh sakit
* Perubahan politik
* Kehilangan orang yang disayangi / tempat bergantung
* Perubahan status / kedudukan
*Gagal dalam memenuhi kehendak jabatan
*Perpisahan dan perceraian

Tindakan Pemulihan Tekanan
* Ubah rutin hidup
* Latih diri dengan situasi baru
* Bertenang, sabar, kawal, abaikan
* Latih berfikir secara positif dan berusaha membuat perubahan positif
* Redha dan menerima situasi
* Dapatkan sokongan emosi daripada orang yang mempunyai hubungan rapat (kawan,ibubapa, suami isteri)
* Rehat, bercuti atau pindah
* Bersenam
* Sedar tahap keupayaan diri
* Seimbangkan aktiviti kehidupan
* Membuat perancangan yang teratur
* Pertingkatkan kemahiran / pengetahuan dalam pelbagai bidang
* Pertingkatkan ibadah / taqarrub kepada Allah
* Elakkan perkara yang dilarang agama / mendatangkan kemudaratan kepada diri
* Dapatkan nasihat pakar
Penawar Rohani
* SOLAT
 a. Hajat
b. Taubat
Firman Allah yang bermaksud: “ Mintalah pertolongan dengan Allah dengan sabar dan mengerjakan sembahyang”. ( Al-Baqarah (2):153)
* DOA
Doa mengelakkan lapan perkara:
1. Rasa sedih
2. Dukacita
3. Malas
4. Lemah
5. Penakut
6. Bakhil
7. Bebanan hutang
8. Gangguan Manusia
* ZIKIR
Sebutlah nama Allah, Insyaallah hati kamu akan tenang.
* BACA AL-QURAN
Al-Quran adalah penawar bagi segala penyakit

Apakah kesan buruk gejala stress?
Kesepian dan menyendiri merupakan simptom susulan akibat stress. Jika tidak diatasi, kesan buruk yang lebih serius boleh berlaku seperti tekanan perasaan dan bunuh diri. Jadi, atasi stress segera dengan bertenang & berfikiran positif untuk kehidupan yang lebih sihat.
Setiap manusia tidak terlepas dari ujian hidup. Yakinlah setiap masalah ada jalan penyelesaian dengan syarat tabah dan redha menghadapi segala ujianNya.

No comments: