Nama
penuh: Abu Abdullah Muhammad ibn Idris ibn Abas ibn Usman ibn Syafi' ibn 'Ubaid
ibn Abdu Yazid ibn Hashim ibn Muttholib ibn Abdu Manaf.
Nasab
keturunan dengan Nabi Muhammad SAW: melalui datuk baginda Abdu Manaf dan
melalui nasab ibu kepada Imam Syafie, Fatimah binti Abdullah ibn Hasan ibn
Hussin ibn Ali ibn Abi Talib. Hubungan nasab ini diakui jumhur ulamak.
Lahir:
Tahun 150 H di Ghazzah, Palestin.
Kehidupan:
Beliau membesar di dalam keluarga yang fakir di Palestin. Bapanya meninggal
ketika Imam Syafie kecil lagi. Ketika berumur 2 tahun ibunya telah membawa ke
Kota Makkah untuk berjumpa dengan saudara mara beliau dari keturunan yang dihormati.
Ketika
Imam Syafie berumur 7 tahun, beliau telah pun menghafaz Al Quran dan selepas
itu beliau menghafaz pula hadith-hadith Rasulullah SAW. Imam Syafie juga
menguasai ilmu bahasa Arab fushah. Di usia mudanya, beliau menuntut ilmu dari
ramai fuqaha' di Makkah sehinggakan beliau diminta untuk memberi pandangan
dalam menyelesaikan masalah agama. Tentang ketaatan beliau dalam beribadah
kepada Allah di ceritakan bahawa setiap malam beliau membahagi malam itu kepada
tiga bahagian. Sepertiga malam beliau gunakan kewajipan sebagai manusia yang
mempunyai keluarga, sepertiga malam untuk solat dan zikir dan sepertiga lagi
untuk tidur.
Imam
Syafie kerap berhijrah ke luar negara untuk mengutip mutiara ilmu dari ramai
ulamak yang tersohor pada masa itu. Beliau pergi ke Madinah Al Munawwarah untuk
berjumpa dengan Imam Malik dan tinggal bersamanya sehingga ke penghujung hayat
Imam Malik. Imam Malik meninggal dunia pada tahun 179 H.
Setelah
itu Imam Syafie menyibukkan diri dengan ilmu agama dan beliau bertugas di Yaman.
Ketika beliau di Yaman, beliau diangkat menjadi setiausaha dan penulis istimewa
Gabenor di Yaman, sekaligus menjadi guru besar di sana. Oleh kerana beliau
termasuk orang pendatang, secara tiba-tiba memangku jawatan yang tinggi, maka
ramai orang yang memfitnah beliau. Imam Syafie masuk ke Baghdad sebanyak 3
kali. Kali pertama pada tahun 183 H ataupun sebelum Khilafah Harun Ar Rashid.
kali kedua pada tahun 195 H dan tinggal di Baghdad selama 2 tahun. Kali ketiga
pada tahun 198 H.

Ahli
sejarah telah menceritakan bahawa waktu Khalifah Harun Ar-Rasyid sedang marah
terhadap kaum Syiah, kerana golongan tersebut berusaha untuk meruntuhkan
kekuasaan Abbasiyah, mereka berhasrat mendirikan sebuah kerajaan Alawiyah iaitu
keturunan Saidina Ali bin Abi Talib. Justru, di mana sahaja kaum Syiah berada
mereka diburu dan dibunuh. Satu kali dating surat khalifah dariBaghdad. Dalam surat
yang ditujukan kepada Wali negeri itu diberitahukan supaya semua kaum Syiah
ditangkap. Untuk pertama kali yang paling penting adalah para pemimpinnya. Jika
urusan penangkapan telah selesai semua mereka akan dikirimkan keBaghdad.
Semuanya harus dibelenggu dan dirantai. Imam Syafie juga ditangkap kerana di
dalam surat tersebut dinyatakan bahawa beliau termasuk dalam senarai para
pemimpin Syiah. Ketika peristiwa itu terjadi pada bulan Ramadhan, Imam Syafie
dibawa ke Baghdad dengan dirantai kedua belah tangannya. Dalam keadaan
dibelenggu itu para tahanan disuruh berjalan kaki mulai dari Arab Selatan
(Yaman) sampai ke Arab Utara (Baghdad), yang menempuh perjalanan selama dua
bulan. Sampai di Baghdad belenggu belum dibuka, yang menyebabkan darah-darah
hitam melekat pada rantai-rantai yang mengikat tangan mereka.
Pada
suatu malam pengadilan pun dimulai. Para tahanan seorang demi seorang masuk ke
dalam bilik pemeriksaan. Setelah mereka ditanya dengan beberapa soalan, mereka
dibunuh dengan dipenggal leher tahanan tersebut. Agar darah yang keluar dari
leher yang dipotong itu tidak berselerak ia dialas dengan kulit binatang.
Imam
Syafie dalam keadaan tenang menunggu giliran, memohon dari Allah SWT. Beliau
dipanggil ke hadapan khalifah. Imam Syafie menyerahkan segalanya hanya kepada
Allah SWT. Dengan keadaan merangkak kerana kedua belah kaki beliau diikat
dengan rantai, Imam Syafie mengadap khalifah. Semua para pembesar memerhatikan
beliau.
“Assalamualaika,
ya Amir al-Mukminin wabarakatuh.”
Demikian
ucapan salam beliau kepada baginda dengan tidak disempurnakan iaitu
“Warahmatullah.”
“Wa
alaikassalam warahmatullah wabarakatuh.” Jawab baginda. Kemudian baginda bertanya:
“Mengapa engkau mengucap salam dengan ucapan yang tidak diperintahkan oleh
sunnah, dan mengapa engkau berani berkata-kata dalam majlis ini sebelum
mendapat izin dari saya?”
Imam
Syafie menjawab: “Saya tidak mengucapkan kata “Warahmatullah” kerana rahmat
Allah itu terletak dalam hati baginda sendiri.” Mendengar kata-kata itu hati
baginda jadi lembut. Kemudian Imam Syafie membaca surah An-Nur ayat 55 yang
bermaksud: “Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara
kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan
menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang yang
sebelum mereka berkuasa, dan sesungguhnya Dia akan meneguhkan bagi mereka agama
yang telah diredhaiNya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan)
mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa.”

Setelah
membaca ayat di atas, Imam Syafie berkata: “Demikianlah Allah telah menepati
janjiNya, kerana sekarang Tuanku telah menjadi khalifah, jawapan salam Tuanku
tadi membuat hati saya menjadi aman.” Hati baginda menjadi bertambah lembut.
Baginda Harun ar Rashid bertanya kembali: “Kenapa engkau menyebarkan faham
Syiah, dan apa alasanmu untuk menolak tuduhan atas dirimu.”
“Saya
tidak dapat menjawab pertanyaan Tuanku dengan baik bila saya masih dirantai
begini. Jika belenggu ini dibuka Insya-Allah saya akan menjawab dengan
sempurna. Lalu baginda memerintahkan kepada pengawal untuk membukakan belenggu
yang mengikat lmam Syafie itu. Setelah rantai yang membelenggu kedua kaki dan
tangannya itu dibuka, maka Imam Syafie duduk dengan baik kemudian membaca surah
al-Hujarat ayat 6: “Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang
fasiq yang membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak
menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang
menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”
“Ya
Amirul Mukminin, sesungguhnya berita yang sampai kepada Tuanku itu adalah dusta
belaka. Sesungguhnya saya ini menjaga kehormatan Islam. Dan Tuankulah yang
berhak memegang adab kitab Allah kerana Tuanku adalah putera bapa saudara
Rasulullah SAW iaitu Abbas. Kita sama-sama menghormati keluarga Rasulullah.
Maka kalau saya dituduh Syiah kerana saya sayang dan cinta kepada Rasulullah
dan keluarganya, maka demi Allah, biarlah umat Islam sedunia ini menyaksikan
bahawa saya adalah Syiah. Dan tuan-tuan sendiri tentunya sayang dan cinta
kepada keluarga Rasulullah.” Demikian jawab Imam Syafie.Baginda Harun ar Rasyid
menundukkan kepalanya. Ia berkata kepada Imam Syafie: “Mulai hari ini
bergembiralah engkau agar lenyaplah perselisihan antara kami dengan kamu,
kerana kami harus memelihara dan menghormati pengetahuanmu wahai Imam Syafie.”

Beliau
menjadi masyhur di kalangan umat Islam pada ketika itu. Setelah itu beliau
berhijrah ke Mesir. Imam Syafie keluar masuk Mesir terlalu kerap sehinggakan
tidak diketahui berapa kali. Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau
sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah
kandungan wasiat tersebut: “Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam
keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.”
PERTAMA:
HAK KEPADA DIRI iaitu: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan
percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
KEDUA:
HAK KEPADA MALAIKAT MAUT iaitu: mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang
tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat
persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.
KETIGA
: HAK KEPADA KUBUR iaitu : membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat
kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang
dizalimi.
KEEMPAT:
HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan
maksiat dan nasihat menasihati.
KELIMA
: HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT) iaitu : menahan
kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung
kesusahan.
KEENAM
: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT) iaitu :
membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan
suka berjemaah.
KETUJUH
: HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA) iaitu : menangis lantaran takutkan Allah
SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta
sembunyi dan memperelok akhlak.
KELAPAN
: HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)iaitu : redha dengan Qadha’
Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat
dari melakukan maksiat.
KESEMBILAN
: HAK KEPADA NABI SAW iaitu : berselawat ke atas Baginda, berpegang dengan
syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan
bersaing dalam mencari keredhaan Allah.
KESEPULUH
: HAK KEPADA ALLAH SWT iaitu : mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah
manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
Sehingga
pada tahun 199 H Imam Syafie masuk semula ke Mesir dan meninggal dunia di Mesir
pada malam Jumaat yang penuh barakah. Beliau dikebumikan selepas Asar pada hari
Jumaat bertarikh 29 Rejab 204 H bersamaan 19 Januari 820 M.
No comments:
Post a Comment