Mesej kepada
isteri2 dan juga bakal isteri….
SAYANGI
DAN BERSYUKURLAH DENGAN KEHADIRAN SEORANG YANG BERGELAR SUAMI !!!!
SUATU
PERJALANAN
“Tanggungjawab
suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan
isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari.
Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan.”
Teringat
pesan ayah di suatu petang..; “Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara,
ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Bandar
cari nasi goreng kampong. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak,
muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri,
supaya mudah memujuk hati,”
Ayah
menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak. Persefahaman
antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu
perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama,
di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan
menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling
melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri
bukanlah manusia sempurna.
SILAP
ISTERI
Kesilapan
isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya
yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang
yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat
rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita.
Rasulullah
SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud: “Wahai kaum wanita,
aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka” Seorang wanita lalu bangun bertanya,
“Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?”
Rasulullah
SAW menjawab, “Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok
yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka:
1.
Kamu banyak mengutuk atau menyumpah
2.
Kamu kufurkan kebaikan suami.”
Ada
kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus
buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin
dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami
tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila
masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah.. Marah marak menyala
benci.
YANG
LEBIH, YANG KURANG
“Awak
beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk
rasa,” luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata. “Suami saya juga ada
kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun
isteri yang ada salah dan silap,” jawab saya supaya dia buka mata.
“
Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka,
meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu
membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang
tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu
sini dan sana . Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga
akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia.” pujuk saya lagi. Moga-moga dia
berubah hati. Kembali ‘memandang tinggi’ kehadiran seorang suami.
ENGKAU
TERBAIK UNTUKKU
“Sedangkan
lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang
jernih. Baru teguh peribadi..” Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah
diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan
istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus
kejahatan. Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan
bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi. Pandang
wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, “Terima kasih, suamiku. Engkau
terbaik untuk diri ini.”
Mencari
dan terus mencari cinta Ilahi.
Saling
berpesan-pesan kpd kebaikan..
“The
only real mistake is the one from which we learn nothing…”
No comments:
Post a Comment