Satu
TAHUN bersamaan;
12
Bulan
52
Minggu
365
Hari
8760
Jam
525600
Minit
31536000
Detik
Kebanyakan
manusia meninggal dunia antara usia 60 tahun-70 tahun (majoriti) Puratanya
manusia meninggal -+65 tahun.
Baligh:
Bermulanya diperhitungkan amal seseorang samada baik atau buruknya selama hidup
di dunia.
Laki-laki
Baligh : -+ 15 tahun
Wanita
Baligh : -+ 12 tahun
Usia
yang ada untuk kita beribadah kepada Allah SWT, puratanya:
Mati
– Baligh = Baki Usia; 65 – 15 = 50 tahun
50 tahun digunakan untuk apa?
Catatan:
50
tahun= 18250 hari= 458000 jam
Gambaran
Kasarnya:
Mari
kita muhasabah bersama.
Waktu
kita tidur -+8 jam/hari:
Dalam
50 tahun waktu yang habis digunakan untuk tidur sahaja 18250 hari x 8 jam=
146000 jam= 16 tahun 7 bulan, dibundarkan jadi 17 tahun.
Logiknya:
Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis digunakan untuk tidur, padahal kita
akan ‘ditidurkan’ untuk tempoh yang agak lama sebelum menemui Allah SWT.
Waktu
aktiviti kita di siang hari -+ 12 jam;
Dalam
50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti:
18250
hari x 12 jam= 219000 jam = 25 tahun
Aktiviti
di siang hari: Ada yang bekerja, ada yang belajar atau mengajar, ada yang
sekolah atau kuliah, ada yang makan sambil jalan-jalan, tengok movie, chatting
dan banyak lagi.
Waktu
rehat -+4 jam;
Dalam
50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam= 73000 jam = 8 tahun
Rehat:
menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung dibuai khayalan.
17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun
Lalu
Bila Nak Beribadah?
Padahal
Allah ada berfirman yang bermaksud; “Tidak Ku ciptakan jin dan manusia
melainkan untuk beribadah kepada Ku”
Kita
tidak menafikan, memang benar. Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya
semata-mata Lillahi Taala, tetapi KEBANYAKANNYA BELAJAR AGAR MUDAH MENCARI
PEKERJAAN. SEKIRANYA BELAJAR ITU TIDAK MEMBANTU MENAMBAH PENDAPATAN KITA, KITA
TIDAK AKAN BELAJAR…(Tidak Semua)
Kita
juga tidak menafikan, memang benar. Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi
bekerja yang bagaimana? Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan
amat kurang sedekahnya. “Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja
tatkala berjaya”.
Bila
Nak Beribadah??? Mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi…! Kerana
kita fikir, solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab,
solat jalan untuk membuka pintu syurga. Benarkah solat kita itu mencukupi dan
diterima !? Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun?
1
Waktu Solat = -+ 10 minit ….. 5x solat = -+ 1 jam(+solat sunat)
Dalam masa 50 tahun waktu yang terpakai untuk solat = 18250 hari x 1 jam =18250
jam= 2 tahun
Kesimpulan:
Waktu
yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat ( ini
kalau yg solat 10 minit! Kalau solat macam ayam patuk tanah..??? ) 2 tahun dari
50 tahun kesempatan kita. itu pun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan
diterima. Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan
perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun, dalam percakapan kita yang selalu
dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering
menggores perasaan/hati orang tua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu
kedekut terhadap orang faqir, dalam setiap perbuatan kita yang selalu
bergelumang dosa.
Logiknya:
Bukan
satu perkara yang mustahil buat kita umat akhir zaman akan berhamburan di
neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian. Terlalu banyak masa yang terbuang
percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana.
Penyelesaian:
Tiada
kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah ia dengan sesuatu yang
bermanfaat!! Ingatlah negeri kita yang kekal… Akhirat. ” Setiap Anak Adam akan
melakukan kesilapan(dosa), dan sebaik-baik mereka yang berdosa adalah mereka
yang bertaubat”.. ” Sesungguhnya dunia itu diciptakan untuk kamu, dan kamu
diciptakan untuk Akhirat”..
No comments:
Post a Comment