Islam menuntut umatnya supaya bekerja dan berusaha
sehingga bebas daripada belenggu kemiskinan.Kemiskinan boleh menggelincirkan
iman kerana seseorang yang lemah imannya akan sanggup menggadaikan aqidahnya
dengan melakukan pekerjaan yang terlarang serta menuturkan kata-kata yang
menolak kebesaran Allah seperti menafikan keadilan Allah dan sebagainya. Setiap
pekerjaan yang dilakukan oleh manusia untuk meneruskan kelangsungan hidup di
dunia merupakan ibadat iaitu selagi ia dilakukan dengan niat yang baik dan
tidak melanggar hukum-Nya. Rezeki yang berkat adalah rezeki yang dicari dengan
titik peluh sendiri, bukan dengan cara menunggu pemberian daripada orang lain
seperti meminta sedekah, derma dan sebagainya padahal tubuh badan masih lagi
kuat dan sihat. Hal ini amat dilarang keras oleh Islam kerana ia merupakan
perbuatan yang memalukan dan menghinakan
Selalunya manusia itu apabila
berkaitan dengan berkah (berkat,
barakah) menjuruskan kepada rezeki dan menilai disegi banyaknya
keuntungan yang diperolehi. Sebaliknya mereka beranggapan tiada keberkatan
daripada Allah SWT apabila rezeki yang mendatang itu sedikit sedangkan usaha
yang dikeluarkan cukup banyak dan berlipat ganda, namun kepada kedua kedudukan
tersebut manusia selalu terlupa dan tidak mahu bersyukur kepada Allah. Kehidupan yang berkat itu sebenarnya akan
sentiasa mencukupkan dan kecukupan itu membolehkan keberkatan didalam
kehidupan. Apabila mempersoalkan amaun banyak atau sedikit, bererti
manusia itu tidak pernah puas sehinggakan tidak tahu mereka bersyukur, maka
tiadalah keberkatan dari Allah didalam
kehidupan. Sesungguhnya segala yang dimiliki oleh manusia diatas muka bumi ini
walau sebanyak mana atau sangat sedikit, mahu pun mungkin tidak punya suatu
apa, sebenarnya segala itu adalah kurnia daripada Allah SWT.
“Sesungguhnya
Allah yang Maha Luas KurniaNya lagi Maha Tinggi akan menguji setiap hambaNya
dengan rezeki yang diberikan. Barang siapa yang redha dengan pemberian Allah,
maka Allah akan memberkati dan melapangkan rezeki baginya dan barang siapa yang
tidak redha nescaya rezekinya tidak diberkati” {HR Ahmad} Nabi Muhammad SAW melalui Sabda Baginda
diatas sekali gus menjelaskan bahawa keberkatan dari Allah SWT itu tidak
ditentukan amaun banyak atau sedikit rezeki yang diperolehi. Keberkatan Illahi
itu terletak diatas rasa keredhaan hamba Allah keatas apa sahaja bentuk mahu
pun jumlah kurniaanNya. Sebaliknya rezeki itu sendiri merupakan perujian
daripada Allah SWT kepada manusia sejauh mana mereka benar benar bertaqwa dan
berserah diri kepadaNya. “Wahai orang
orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar benar takqwa
kepadaNya, dan janganlah kamu mati melainkan dengan berserah diri” {3:102}
Dalam kita
memahami pengertian rezeki yang berkat, kita tidak boleh membataskan rezeki itu
hanya pada wang ringgit tetapi meliputi kesihatan. Ilmu,sahabat, masa lapang,
idea dan berbagai lagi sehinggakan kemampuan melaksanakan amal ibadah juga
merupakan rezeki. Bila kita dapat memahami makna rezeki yang berkat secara
tidak lansung kita sudah menambahkan rezeki dengan meluaskan pengertian rezeki
itu sendiri.
Memanjangkan
ikatan silarurrahim juga merupakan cabang rezeki. Ini kerana selain kita
mengekalkan ikatan yg sedia ada, menambahkan juga amat digalakkan malah yang
paling utama menghubungi kembali mereka yang terputus hubungan oleh berbagai
sebab seperti berdendam, menghilangkan diri atau rasa benci. Dalam menambah
keberkatan rezeki terutama dalam perniagaan, rasa ukhwah amat penting kerana
selain ramai kenalan, kita juga dapat mempromosikan dan menjual produk melalui
rangkaian hubungan berasaskan Jemaah. Rasulullah
sendiri ada bersabda yang bermaksud: *Sesiapa yang ingin dimurahkan rezeki dan
dipanjangkan umur, hendaklah dia mengeratkan hubungan silaturahim.* Islam
memuji mereka yang mahu menyambung hubungan silaturahim, bahkan Allah SWT akan
memanjangkan umur dan melimpahkan rezeki kepadanya
Bersedekah
walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah. Ini kerana setiap pemberian
Allah akan mengandakan dengan 700 kali
ganda. Setiap harta yang dibelanjakan pada jalan Allah diumpamakan akan menumbuhkan
tujuh tangkai dan setiap tangkai akan membuahkan 100 biji, ertinya rezeki kita
bertambah 700 kali ganda. Ini kerana Allah menambahkan keberkatan rezeki pada
mereka yang memberi pada jalan Allah. Kita merasa rezeki yang berkat bilamana
kita merasakan sedikitnya cukup, banyaknya boleh diagih-agihkan, manakala
rezeki yang tidak berkat, sedikitnya tidak cukup dan banyaknya tidak puas.
Umpama kita meminum air laut semakin diminum semakin dahaga. Tiada siapa dapat
menduga apa yang Allah sediakan pada mereka yang sentiasa memberi atau
bersedekah.
Menuntut ilmu yang baik itu satu keperluan atau fardu kifayah.
Bila kita menuntut atau memperlajari tentu ada yang mengajar atau memberikan
ilmu. Ia berbeza dari wang kerana ilmu jarang orang merebutnya tetapi ilmu itu
lebih penting dari mata wang. Kerana melalui ilmu kita boleh mendalami atau
mempelajari bagaimana untuk mendapat rezeki yang berkat dan bertambah
Seterusnya perlu bersyukur pada Allah atas rezeki yang
dikurniakan. Melalui ucapan Alhamdullillah (segala puji bagi Allah) kita
bersyukur dengan hati kerana merasakan rezeki yang dikurniaan Allah bukan usaha
dan kepandaian kita. Kerana apa yang kita dapat kita amalkan kemudian
sampaikan. Allah berikan semua itu pada kita untuk membantu yang lain dengan
hibah dan zakat. Allah berikan kesihatan untuk kita berlaku taat kepadaNya.
Kita melakukan segalanya kerana Allah selaras dengan tujuan Allah mengurniakan nikmat.
Bukan mudah untuk kita bersyukur kerana orang yang bersyukur, hatinya sentiasa
lapang dan berasa cukup pada apa yang dia ada. Rasa begini akan menarik rezeki
menghampiri kita, rezeki yang baik biasanya hadir pada kebaikan kerana hukum law
of attraction menyatakan yang baik akan menarik yang baik. Sama juga dengan
islam, kalau kita bersyukur Allah akan tambah lagi rezeki kita yang ada. Surah Ali Imran: 145, “Dan Kami
akan memberikan ganjaran untuk orang yang bersyukur.” Surah Ibrahim: 7, “Kalau kamu bersyukur, nescaya Aku akan
menambahkan kepadamu.”
Kesimpulannya
cara untuk mendapatkan keberkatan daripada Allah.
1.
Bersyukur atas apa yang diberikan oleh Allah.
2.
Belanjakan harta pada jalan yang diredhai oleh Allah.
3.
Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal
4.
Keluarkan sedekah wajib (zakat) jika sampai nisab dan berikan sedekah sunat
kepada orang miskin dan anak yatim.
5.
Bersedekah kepada anak yatim/miskin kalau boleh setiap hari. (cari anak-anak
yatim untuk diberikan). Insyallah akan diganti oleh Allah tanpa kita sedari.
6.
Ikhlaskan pemberian/sedekah hanya kepada Allah bukan mengharapkan pujian dan
sebagainya. (Pemberian tangan kanan tanpa diketahui tangan kiri). Sedekah mulakan
dengan keluarga sendiri dahulu selepas itu barulah kepada jiran dan orang-orang
yang lebih jauh. Jangan anggap pemberian itu hak kita sebenarnya dalam harta
kita ada hak mereka.
7.
Hulurkan pemberian sunat secara rahsia - tetapi pemberian wajib (zakat) perlu
diberi secara terangan sebagai menegakkan syiar Islam.
8.
Konsep sedekah : berikan sesuatu yang kita sayangi. Ini jelas dalam ayat Quran
Ali Imran ayat 92
9.
Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat. (Dunia untuk akhirat - bukan
dunia untuk dunia)
10.
Amalan yang diberkati ialah hasil peluh sendiri dan juga melalui jualbeli
(perniagaan). Menurut Nabi 9/10 (90%) daripada sumber rezeki ialah berpunca
daripada perniagaan. Makan gaji mungkin 1/10 sahaja (10%). Nabi Muhammad
sendiri sebelum diutus menjadi rasul adalah seorang ahli perniagaan yang jujur,
cekap dan amanah. Peniaga yang amanah akan dibangkitkan bersama para nabi dan
rasul di akhirat kelak. Perniagaan merupakan amalan fardu kifayah. Barang
makanan orang Islam sepatutnya dikeluarkan sendiri oleh orang Islam. Kalau
tidak ada menjalankan aktiviti ini, seluruh umat Islam berdosa.
11.
Hulurkan bantuan kepada janda yang ketiadaan suami.
Dalam
satu hadith, Nabi menerangkan setiap awal pagi, semasa terbit matahari ada dua
malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Yang satu menyeru 'Ya Tuhanku,
kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kerana Allah. Yang
satu lagi menyeru 'Musnahkanlah orang yang menahan hartanya (lokek)'
Sekiranya
dapat diamalkan perkara-perkara di atas, insyallah rezeki yang dikurniakan oleh
Allah akan kekal walaupun telah digunakan. Allah akan membalas atau menggantikan
apa yang telah dibelanjakan. Amalkan ilmu yang ada, nanti Allah akan
menambahkan ilmu lagi. Begitu juga harta - belanjakan harta yang ada, Allah
akan tambahkan lagi dari sumber yang kita tidak ketahui. Banyak lagi yang kita
perlu tahu untuk mendapat keberkatan seperti doa-doa yang mustajab, mujarab
solat sunat Dhuha, berkatnya zakat …. Dan berbagai lagi. Semuga kita dapat
menfaatkan artikel ini dan bersyukur atas nikmat yang kita dapati.
1 comment:
Subhanallah artikel yang hebat.terima kasih.
Post a Comment