Adalah
seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia
menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi..
jeng!jeng!jeng! .. bunyi.... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg kelaparan dan
hanya menunggu mangsanya saja.
Jadi, si
hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah
ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan
kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia
berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.
Dengan
kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk
menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu
ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu
pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.
Di mulut
perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah
macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia
diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi
kocakan air di bawah perigi.
Aaaaa!!!!...
Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2
ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut
si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.
Tengah
berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang
celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai
kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh...
cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut
tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali
tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya .
Berfikir
lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh
ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam
ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu.
.. Bunyi lebah bawa madu.
Si hamba
Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba
setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi.
Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.
Hamba
Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni.
Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba
Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg
menantinya di bawah
Kalau
semua nak tahu ...
Si Hamba
Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal
memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah.
2 ekor
buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.
Tali yg
tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita..
Tikus
Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa
menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu.
Madu...
madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia.
Bayangkan
setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya
tu.
Macam
kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat
Allah. Astaghfirullah. ..Sama-samalah kita muhasabah diri masing-masing sebelum
terlambat..
2 comments:
Interasting..where u get this superb story??
sAYA RASA AMAT LEGA DAN TAKUTAKAN ALLAH.......
Post a Comment