Apapun yang terjadi, Berjalanlah tanpa henti, Air mata tertahan, Waktu untuk dijatuhkan, Nanti kita kan tahu, Betapa bijaknya hidup, Sepahit apapun ini, Pelajaran yang bererti
DOA
‘Ya Allah, rahmatilah pembaca blog ini, sihatkan ia, ampunilah dosa-dosanya, berkatilah amalannya, janganlah Engkau balikkan hatinya setelah Engkau beri petunjuk dan hidayah kepadanya dan Ya Allah masukkanlah ia dan keluarganya kedalam syurga FirdausMu serta jauhkanlah ia dan keluarganya dari azab nerakaMu. Sesungguhnya Ya Allah, hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau sahajalah kami meminta pertolongan. Ya Allah jika rezeki pembaca blog ini masih diatas langit, turunkanlah ia, jika rezekinya di dalam bumi, keluarkanlah ia, jika rezekinya jauh, dekatkanlah ia, jika rezekinya haram, sucikanlah ia dan jika rezekinya sukar, Engkau permudahkanlah ia” Ya Allah kurniakanlah kepada kami segala kebaikan sebagaimana yang Engkau kurniakan kepada hamba-hamba Mu yang soleh.'
Wednesday, April 4, 2012
Berbohong, Menipu dan Menipu Diri Sendiri
Berbohong, cakap bohong atau menipu wujud dalam hampir
setiap perhubungan dan sikap seseorang. Apa yang membezakan hanya sebesar mana
bohong tersebut atau hanya sekadar apa yang disebut berbohong sunat dan yang
lebih malang bila kita mula menipu diri sendiri.
Bohong atau menipu
adalah dua perkataan yang sama maknanya. Orang-orang Melayu dahulu, sangat
kreatif dalam membina peribahasa. Ungkapannya indah, halus bunyinya dan mendalam
isinya. Bohong atau menipu, membawa impak besar kepada diri yang menipu dan
juga orang sekelilingnya. Kerana menipu bukan sahaja membawa impak negatif diri
penipu, tetapi kadangkala memberi kesan kepada masyarakat. Menipu dalam apa
jua, adalah sesuatu yang dilarang oleh Islam. Sehinggakan Rasulullah menegaskan
bahawa menipu untuk sekadar bergurau juga tidak dibenarkan dalam Islam.
Sepertimana yang dikatakan oleh Rasulullah dalam sebuah hadith, “Celakalah
orang yang berbicara, padahal dia menipu, untuk sekadar membuat orang-orang
tertawa, celakalah dia, kemudian celakalah dia." (Hadith ini Sahih dalam
Bulughul Maram oleh Imam Ibnu Hajar al-Asqolani)
Sama ada kita kaki menipu atau
selalu ditipu, kedua-duanya tidak baik untuk manusia yang mempunyai harga diri.
Dua perkataan yang bunyinya nyata lebih kurang sama. Apa yang jelas, kedua-duanya
mempunyai makna yang tersendiri. Menipu bermaksud, mengenakan tipu daya.
Manakala ditipu pula ialah, diperdaya oleh orang lain.Kenapa harus menipu, atau
kenapa harus diberi peluang kepada orang lain untuk membenarkan mereka diri
kita ditipu. Yang paling teruk bila kita terjerumus kepada tabiat menipu diri
sendiri yang seolah-olah menjadikan keuntungan pada yang melakukannya. 3 ciri mereka
yang menipu diri sendiri;
1- Memuaskan hawa nafsu dan
beranggapan dirinya selamat daripada azab seksaan Allah SWT.
2- Menunda-nundakan saat bertaubat
kepada Allah SWT dan panjang angan-angan. 3- Mengharap pahala dan ihsan
daripada Allah SWT tanpa beramal soleh. (Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1
& 2 . M/S : 955)
Menipu
merupakan pekerjaan dosa besar, kerana sifat ini merupakan sifat yang paling
menonjol yang dimiliki oleh orang munafik. Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
"Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga macam, apabila berkata suka
berdusta, apabila berjanji selalu menyalahi dan apabila diberi kepercayaan
(amanah) suka khianat". (Riwayat Bukhari dan Muslim). Balasan bagi orang
suka menipu serta tidak amanah ataupun tergolong dalam orang munafik ini sangat
pedih di akhirat nanti. Sekalipun orang munafik atau menipu orang itu sentiasa
merahsiakan sifat kemunafikannya, Allah adalah Zat Yang Maha Tahu akan
membongkar kesalahannya di hadapan orang-orang Islam apa yang selama ini
tersimpan dalam hatinya. Allah berfirman maksudnya: "Atau apakah
orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya mengira bahawa Allah tidak akan
menampakkan kedengkian mereka? dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tunjukkan
mereka kepadamu sehingga kamu benar-benar dapat mengenal mereka kiasan-kiasan
perkataan mereka dan Allah mengetahui perbuatan-perbuatan kamu" (Muhammad
ayat 29-30)
Dalam sebuah riwayat dikisahkan, perjalanan bagi mereka
yang suka menipu di akhirat nanti dengan melalui jambatan yang lebih lembut
dari helaian rambut. Tidak ada manusia yang mampu melaluinya kecuali atas
pertolongan Allah. Bagi kaum munafik atau penipu, tatkala mereka menuju
jambatan itu dan bersama-sama dengan kaum mukminin, mereka mendapatkan cahaya
sebagaimana yang didapati oleh kaum mukminin itu. Nampak seakan-akan mereka
turut melakukan solat, zakat, haji dan puasa. Namun di tengah jambatan itu,
Allah mencabut cahaya-Nya. Mereka terdiam dan berdiri dalam keadaan bingung,
tak mampu melanjutkan perjalanan. Mereka dipanggil oleh orang-orang mukmin
supaya mendekatinya supaya mereka memperoleh cahaya, namun mereka tertinggal
jauh. Lalu dikatakan kepada orang munafik atau peniupu itu mundurlah ke
belakang. Mereka pun mundur mencari cahaya yang hilang. Begitulah nasib bagi
orang yang menipu
Bila
kita sudah menipu diri sendiri mengatakan bahawa mereka tidak diperhatikan
sesiapa, sebenarnya mereka bertuhankan diri sendiri. Sebab itu, walaupun hati
kecil kita sering mengajak ke arah kebaikan, sudah tidak berkesan. Kita mungkin
boleh melakukan dosa dibelakang manusia yang lain tanpa diketahui. Tapi kita
tidak akan pernah terlepas dari perhitungan Allah SWT. Meskipun kita melakukan
dosa itu secara membelakang, mengiring, berbaring, bersembunyi dalam gua atau
mengorek lubang masuk ke bilik bawah tanah, ianya tetap dapat dilihat. Ingatlah,
di kiri dan kanan kita, ada malaikat suruhan Allah sentiasa memerhati. Rasailah
kehadiran dua malaikat itu. Dari sekecil-kecil perkara sehingga ke besar-besar
perkara. Tiada satu pun yang terlepas dari pengetahuan Allah SWT. Hatta daun
yang gugur dari pokok pun Allah tahu. sebenarnya, tidak ada langkah kita yang
terlepas dari pemerhatian Allah. Ketika tidur, mandi, makan, sendirian dan
semasa berbual dengan orang lain. Semuanya Allah akan kira. Percaya atau tidak,
kita kena percaya. Allah itu Maha Kuasa
Sesungguhnya
kita tidak mungkin ditipu adalah diri sendiri. Kalimat-kalimat, “Jangan menipu
diri; Hatimu adalah cermin dirimu; Kejujuran sejati adalah kata hati sendiri”
dan banyak lagi, adalah bukti betapa orang tidak mungkin menipu dirinya
sendiri. Menipu orang lain, itu mudah. Orang tinggal berbicara lain dan berbuat
yang lain kepada orang lain. Dijamin orang itu tidak mudah mengetahui trik itu.
Dan akan tertipulah orang tersebut. Tapi apakah kita akan mampu menipu diri
sendiri, Tidak mungkin. Berfikir secara jujur
mengenai kebimbangan atau motif sesuatu keputusan itu. Setiap keputusan pasti
mempunyai dilemanya yang tersendiri, jangan sesekali membuat keputusan dengan
cuba untuk menipu diri sendiri.
7 tanda keikhlasan Niat Hanya
kerana Allah Mengharapkan
rahmat dan belas kasihan Allah Dengan
kerelaan sendiri Untuk
kebaikan Dilakukan
dengan bersungguh-sungguh Rasa
tanggungjawab
Manusia boleh menipu Manusia, Manusia boleh menipu
Diri Sendiri, Tapi Manusia takkan dapat menipu Allah SWT. Orang yang menipu diri, diawalnya akan manis, akan tetapi di akhir pasti
akan terasa pahit. Firman Allah SWT, “..Dia
mengetahui apa yang ada di darat dan di laut. Tidak ada sehelai daun pun yang
gugur yang tidak diketahui-Nya. Tidak ada sebutir biji pun dalam kegelapan bumi
dan tidak ada pula sesuatu yang basah atau kering, yang tidak tertulis dalam
kitab yang nyata (Lauh Mahfuz).” – al An’am : 59
Dalam sebuah riwayat dikisahkan, perjalanan bagi mereka yang suka menipu di akhirat nanti dengan melalui jambatan yang lebih lembut dari helaian rambut. Tidak ada manusia yang mampu melaluinya kecuali atas pertolongan Allah. Bagi kaum munafik atau penipu, tatkala mereka menuju jambatan itu dan bersama-sama dengan kaum mukminin, mereka mendapatkan cahaya sebagaimana yang didapati oleh kaum mukminin itu. Nampak seakan-akan mereka turut melakukan solat, zakat, haji dan puasa. Namun di tengah jambatan itu, Allah mencabut cahaya-Nya. Mereka terdiam dan berdiri dalam keadaan bingung, tak mampu melanjutkan perjalanan. Mereka dipanggil oleh orang-orang mukmin supaya mendekatinya supaya mereka memperoleh cahaya, namun mereka tertinggal jauh. Lalu dikatakan kepada orang munafik atau peniupu itu mundurlah ke belakang. Mereka pun mundur mencari cahaya yang hilang. Begitulah nasib bagi orang yang menipu
Bolehkah saya tahu dari manakah asalnya riwayat ini?
3 comments:
sye copy ayat2 di atas.. trm ksh
terimakasih
Dalam sebuah riwayat dikisahkan, perjalanan bagi mereka yang suka menipu di akhirat nanti dengan melalui jambatan yang lebih lembut dari helaian rambut. Tidak ada manusia yang mampu melaluinya kecuali atas pertolongan Allah. Bagi kaum munafik atau penipu, tatkala mereka menuju jambatan itu dan bersama-sama dengan kaum mukminin, mereka mendapatkan cahaya sebagaimana yang didapati oleh kaum mukminin itu. Nampak seakan-akan mereka turut melakukan solat, zakat, haji dan puasa. Namun di tengah jambatan itu, Allah mencabut cahaya-Nya. Mereka terdiam dan berdiri dalam keadaan bingung, tak mampu melanjutkan perjalanan. Mereka dipanggil oleh orang-orang mukmin supaya mendekatinya supaya mereka memperoleh cahaya, namun mereka tertinggal jauh. Lalu dikatakan kepada orang munafik atau peniupu itu mundurlah ke belakang. Mereka pun mundur mencari cahaya yang hilang. Begitulah nasib bagi orang yang menipu
Bolehkah saya tahu dari manakah asalnya riwayat ini?
Post a Comment