Stress
(Tekanan) - Satu keadaan gangguan emosi, pemikiran dan fizikal seseorang. Seringkali
dalam kehidupan kita, pekerjaan dan pembelajaran adalah dua faktor utama
membawa gejala kerunsingan sehingga keadaan ketegangan atau stress. Manusia
seringkali mengadu bahawa ia mengalami stress, 'tension' atau tegang.
Peningkatan gejala stress di kalangan pelajar seringkali dikaitkan dengan
faktor persekitaran semasa khususnya menjelang musim peperiksaan. Senario ini
serupa apabila kita menyatakan bahawa kita tiada 'mood', atau kita tiada minat
untuk belajar. Bagi golongan dewasa, stress seringkali melanda kehidupan
berikutan masalah kewangan dalam rumahtangga.
Stress
Menurut Pandangan Pandangan Islam - Punca stress itu bukan dari tekanan mental
semata-mata bahkan punca tekanan itu sebenarnya berpunca dari kecelaruan dan
kelemahan hati , ruh, nafsu dan akal. Kelemahan hati yang menyebabkan rapuhnya
hubungan individu itu dengan Allah SWT menyebabkan kehidupannya menjadi sempit,
seolah-olah tiada jalan keluar dari setiap inci masalah. Hati yang baik mempunyai
unsur yang sangat halus (latifah) ketuhanan (rabbaniah) dan kerohanian (rohaniah).
Stress
itu ujian Allah S.W.T - Berdoa boleh mententeramkan jiwa, Surah Al-Baqarah(2):155
Firman Allah yang bermaksud: “Allah menguji seseorang itu dengan perasaan
takut, kelaparan, kekurangan harta, nyawa dan hasil-mahsul yang tidak menjadi
dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar”. Hadis… “Kesedihan
atau malapetaka yang menimpa seseorang muslim merupakan kafarah kepada dosa
yang dilakukan” (Riadus Solihin)
Perubahan
Fizikal
*
Sakit
*Terlalu
kurus / gemuk
*
Hilang keceriaan diri
*
Lesu / letih
*
Terlalu / tidak langsung berhias
*
Agresif
*
Suka mengelamun
*
Sering lupa
*
Mengasingkan diri
Perubahan
Sikap
*
Mudah marah
*
Mudah bosan
*
Tidak mampu menguruskan diri / kerja
*
Suka Mengalihkan kemarahan
*
Sentiasa berpandangan negative
*
Hilang pertimbangan / separa sedar
Perubahan
Emosi
*
Terlalu cemburu
*
Penyedih dan sensitive
*
Terlalu gembira / riang
*
Ego dan mementingkan diri
*
Kemurungan
*
Kerisauan / kebimbangan
Kesan
Dari Tekanan
Positif
*
Sumber motivasi diri
*
Perubahan positif
*
Kecemerlangan diri
*
Kuat berusaha
*
Persaingan diri
*
Optimis
*
Keyakinan diri
Negatif
*
Prestasi menurun
*
Resah gelisah
*
Hilang kesabaran diri
*
Rasa bersalah
*
Rendah diri
*
Pesimis dan sensitive
*
Hilang pertimbangan diri
Tenik
Mengurus Tekanan
*
Muhasabah diri / koreksi diri
*
Mengenali punca-punca tekanan:
*
Kurang Kemahiran
*
Kurang Ilmu
*
Kurang Komunikasi
*
Hubungan dengan orang atasan dan bawahan
*
Pengurusan Masa tidak cekap
*
Masalah keluarga/kewangan dll
*
Ambil tindakan tertentu:
*
Menghadiri kursus
*
Dapatkan bantuan pakar
*
Meningkatkan ilmu/kemahiran komunikasi dll
Faktor-Faktor
Stress
Faktor
Dalaman
*
Keinginan melakukan yang terbaik
*
Terlalu ideal
*
Tiada keyakinan diri
*
Putus asa / rendah diri
*
Kurang pengetahuan agama
*
Terlalu menjaga kepentingan orang lain
*
Desakan untuk mendapat pujian / penghargaan
*
Kaki kerja (workholic)
*
Gagal menguruskan masa
Faktor
Luaran
*
Ketua / majikan ( arahan tidak jelas & tidak sekata)
*
Konflik Pasangan hidup (suami / isteri)
*
Konflik keluarga (anak bermasalah, penceraian ibubapa, dll)
*
Pengaruh dan masalah dengan Rakan / sahabat / jiran
*
Perubahan kerja yang terlalu kerap
*
Penempatan yang terlalu lama di suatu tempat kerja
*
Persekitaran dan kurang kemudahan/prasarana
*
Tidak mendapat penghargaan
Faktor
Isu Semasa
*
Kegawatan ekonomi dunia
*
Malapetaka / musibah
*
Jatuh sakit
*
Perubahan politik
*
Kehilangan orang yang disayangi / tempat bergantung
*
Perubahan status / kedudukan
*Gagal
dalam memenuhi kehendak jabatan
*Perpisahan
dan perceraian
Tindakan
Pemulihan Tekanan
*
Ubah rutin hidup
*
Latih diri dengan situasi baru
*
Bertenang, sabar, kawal, abaikan
*
Latih berfikir secara positif dan berusaha membuat perubahan positif
*
Redha dan menerima situasi
*
Dapatkan sokongan emosi daripada orang yang mempunyai hubungan rapat
(kawan,ibubapa, suami isteri)
*
Rehat, bercuti atau pindah
*
Bersenam
*
Sedar tahap keupayaan diri
*
Seimbangkan aktiviti kehidupan
*
Membuat perancangan yang teratur
*
Pertingkatkan kemahiran / pengetahuan dalam pelbagai bidang
*
Pertingkatkan ibadah / taqarrub kepada Allah
*
Elakkan perkara yang dilarang agama / mendatangkan kemudaratan kepada diri
*
Dapatkan nasihat pakar
Penawar
Rohani
*
SOLAT
a. Hajat
b.
Taubat
Firman
Allah yang bermaksud: “ Mintalah pertolongan dengan Allah dengan sabar dan
mengerjakan sembahyang”. ( Al-Baqarah (2):153)
*
DOA
Doa
mengelakkan lapan perkara:
1.
Rasa sedih
2.
Dukacita
3.
Malas
4.
Lemah
5.
Penakut
6.
Bakhil
7.
Bebanan hutang
8.
Gangguan Manusia
*
ZIKIR
Sebutlah
nama Allah, Insyaallah hati kamu akan tenang.
*
BACA AL-QURAN
Al-Quran
adalah penawar bagi segala penyakit
Apakah
kesan buruk gejala stress?
Kesepian
dan menyendiri merupakan simptom susulan akibat stress. Jika tidak diatasi,
kesan buruk yang lebih serius boleh berlaku seperti tekanan perasaan dan bunuh
diri. Jadi, atasi stress segera dengan bertenang & berfikiran positif untuk
kehidupan yang lebih sihat.
Setiap
manusia tidak terlepas dari ujian hidup. Yakinlah setiap masalah ada jalan
penyelesaian dengan syarat tabah dan redha menghadapi segala ujianNya.