DOA

‘Ya Allah, rahmatilah pembaca blog ini, sihatkan ia, ampunilah dosa-dosanya, berkatilah amalannya, janganlah Engkau balikkan hatinya setelah Engkau beri petunjuk dan hidayah kepadanya dan Ya Allah masukkanlah ia dan keluarganya kedalam syurga FirdausMu serta jauhkanlah ia dan keluarganya dari azab nerakaMu. Sesungguhnya Ya Allah, hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau sahajalah kami meminta pertolongan. Ya Allah jika rezeki pembaca blog ini masih diatas langit, turunkanlah ia, jika rezekinya di dalam bumi, keluarkanlah ia, jika rezekinya jauh, dekatkanlah ia, jika rezekinya haram, sucikanlah ia dan jika rezekinya sukar, Engkau permudahkanlah ia” Ya Allah kurniakanlah kepada kami segala kebaikan sebagaimana yang Engkau kurniakan kepada hamba-hamba Mu yang soleh.'

Saturday, February 9, 2013

Mengurus Kecewa


Kita tidak mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita sendiri. Kita hanya penerima, kita bukan Pemberi. Yang memberi ialah Allah, dan Allah menegaskan apa yang diberikanNya untuk kita adalah baik belaka. Namun akal kita tidak akan mampu mengetahui rahsia di sebalik yang pahit, pedih dan sakit. Mahunya yang manis-manis sahaja. Apatah lagi nafsu… ia akan memberontak apabila terjadi sesuatu yang berlawanan dengan kehendak tabienya. Apabila berlaku sesuatu yang berlawanan dengan kehendak diri, berlakulah stres, marah dan sedih. Itu biasa. Hal itu sentiasa berlaku dalam kehidupan. Yang luar biasanya, apabila kita memilih untuk ‘berkelahi’ dengan takdir. Kita tidak menerima warna-warni kehidupan seadanya. Kita tidak berdamai dengan takdir sebaliknya memilih untuk memberontak, mempersoalkan dan melawannya. Persoalan kenapa? Mengapa? Sering menghantui jiwa.
Kecewa… semua orang pernah laluinya… lumrah hidup… tipulah kalau ada yang kata tak pernah mengalami kecewa dalam hidup nya. Rasa kecewa berlaku apabila seseorang itu gagal mendapatkan sesuatu yang dihajati, keinginannya tak dapat dipenuhi. .Dia ingin melihat sejauh mana kita mampu dan sanggup menghadapi dugaan yang diberikan… kebanyakan dari kita sering kecewa apabila impian dan rancangan hidup kita tak kesampaian…

1.Kita hangat bercinta dengan kekasih kita sehingga merancang untuk mendirikan rumahtangga.Saat-saat indah yang kita ingin kecapi hancur apabila kekasih kita di tangkap basah dengan seorang kenalan kita.

2.Kehidupan kita suami isteri bahagia dan saling mempercayai sehinggalah suatu hari kita mendengar khabar mengatakan suami atau isteri kita menjalinkan hubungan dengan teman sepejabat.

3.Keputusan kita dalam peperiksaan amat cemerlang.Kalau ikutkan petik jari semua IPTA berebutkan kita.Tetapi setelah semua rakan-rakan kita pergi mendaftar diri ke IPTA dan IPTS kita masih lagi menanti jawapan seperti buah tak gugur.

Maka apabila perkara-perkara begini berlaku dalam hidup kita kekecewaan yang amat mendalam hadir dihati kita adakala membuat kita putus asa dan mula menyalahkan orang lain malah ada yang menyalahkan takdir. Hilang akal, hilang pedoman, syaitan menguasai maka akan ada tindakkan yang menyalahi peraturan hidup, jadi;
Pujuklah diri apabila kita menghadapi musibah dengan mengatakan; "ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.. Allah telah mengatur segalanya yang terbaik untuk kita..maka kita perlu bersabar dengan apa yang berlaku"

Pujuklah diri apabila kita di fitnah dengan mengatakan; "aku tidak bimbang apabila makhluk menjauhi aku asalkan Engkau Ya Allah Sentiasa bersama denganku"

Pujuklah diri apabila apa yang dihajati tidak tercapai dengan mengatakan; "Aku hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya dan pilihan Allah lebih baik daripada pilihanku..

Apa yang kita rasai apabila kita berdepan dengan situasi tersebut? Rasa kecewa yang menghantui kita... Walaupun hanya satu perkataan yang agak kelihatan mudah, tetapi bagi yang pernah merasainya ia merupakan sesuatu yang amat sukar dilupakan. Apa yang dinyatakan di atas adalah sekadar beberapa situasi yang dialami oleh segelintir individu. Sedangkan hakikatnya setiap individu akan sentiasa berdepan dengan perasaan itu walaupun hanya di sebabkan hal-hal yang sebesar hama.

Kecewa atau hampa merupakan perasaan yang timbul apabila sesuatu perkara yang dihajati tidak tercapai.Apatah lagi jika harapan yang diberikan amat tinggi begitu jugalah besarnya kecewa yang melanda seseorang itu apabila harapan itu di hancurkan. Untuk menjadikan seseorang itu kecewa amatlah mudah. Guriskan sahaja hatinya atau lakukan sahaja perkara yang tidak disukainya. Tetapi untuk merawatnya bergantung pada kekuatan individu itu untuk memulihkan perasaannya sendiri. Kecewa itu juga mampu menjandikan sorang itu mengidap penyakit kemurungan jika tiada kekuatan dalam dirinya. Tidak hairanlah jika ada yang menjadi tidak siuman dek kerana tidak mampu mengawal atau merawat kekecewaan itu.

Ada orang kata, orang paling sabar… jika hatinya terluka dan kecewa akan mengambil masa yang paling lama untuk disembuhkan. Apabila kita renungkan ada juga kebenarannya kenyataan itu. Sorang isteri yang terlalu banyak memberikan peluang kepada suaminya untuk berubah. Cuba juga memupuk semula kepercayaan untuk suaminya walaupun tidak diendahkan. Dengan harapan suaminya akan menyedari kesetiaan dan pengorbanannya. Masih sedia memberikan peluang walaupun hatinya berkali-kali terluka. Tetapi dengan kesabaran yang ada dalam diri dan ketabahannya dia terus mengharapkan suaminya akan sedar. Tetapi,sabar itu ada takatnya. Rasa kecewa kalau dihimpun boleh menyesak dada. Apabila rasa itu meletup. Untuk merawatnya menjadi sesukar bagaimana ia mengumpul dan menahan dalam dada. Kalau rajuk yang dipilih. Lagi parah lah untuk memujuk.
Oleh itu,bukan semua orang mempunyai cara yang sama untuk merawat rasa kecewa. Ada yang lebih suka mengurung diri dalam bilik berjam-jam atau mungkin juga berhari-hari. Suasana yang suram dilihat boleh memberikannya ruang untuk mengenal diri sendiri dan mencari kesilapan diri. Ada yang memilih untuk duduk menghadap laut. Hembusan angin laut yang mendamaikan dengan deruan ombak dan kicauan burung memberikan ketenangan hati untuk berfikiran lebih rasional. Ada pula yang suka untuk berekreasi. Berjoging atau travel ke tempat-tempat yang meninggalkan banyak kenangan dalam hidup sedikit sebanyak mampu mengubat luka di hati. Ada pula yang memilih untuk melukis. Adunan warna boleh menginterpretasi apa yang ada di dalam diri kita. Jadi meluahkan perasaan di atas kanvas juga dilihat mampu mengawal perasaan yang berkecamuk dalam diri. Terdapat juga individu yang lebih selesa untuk mencari rakan yang dipercayai untuk meluahkan segala kekecewaan yang melanda. Setelah selesai bercerita kita akan lebih lega dan selesa. Secara tidak langsung rakan tadi juga boleh memberikan pandangan dan tindakan yang perlu diambil.

Apa yang penting di sini ialah walau apa juga cara yang kita lakukan untuk menstabilkan rasa kecewa itu, kita perlu memastikan diri kita berada dalam keadaan sedar dan waras sebelum sebarang tindakan kita ambil. Kerana setelah keadaan diri kita waras barulah kita boleh berfikir tentang kewajaran tindakan-tindakan tersebutl. Berfikir dan menimbang secara rasional tentang buruk baik segala aspek. Yang penting setiap tindakan yang kita ambil untuk merawat kekecewaan itu tidak menyerlahkan ketololan diri kita. Jika kita tersilap memilih, kita akan di tertawakan oleh orang yang mengecewakan kita.

Kerana bila kita dilanda kecewa,kita sepatutnya rasa diri kita mampu untuk melakukan semua perkara sendirian. Kita boleh hidup sendiri tanpa bantuan dan perhatian orang lain. Itupun jika kita memikirkan untuk terus hidup. Ada yang berfikiran cetek terus mengambil keputusan untuk membunuh diri. Apa yang kita dapat kalau kita membunuh diri? Hanya glamour seketika di dada akhbar. Kemudian orang mencerca kebodohan kita. Sepatutnya kita buktikan kepada mereka yang mengecewakan kita bahawa kita boleh terus hidup dengan kudrat yang kita ada. Buktikan kita bukan seumur hidup hendak mengharap belas dan ikhsan mereka.

Ada nasihat dari rakan yang berpesan… Jika kita merasai kecewa itu…. Duduk dan beranganlah seketika… Renungkan mengapa? Bagaimana? Kenapa? semua itu terjadi. Jangan terus mengambil tindakan yang drastik. Kerana sebab sesuatu perkara itu berlaku sedikit sebanyak disebabkan juga oleh diri kita sendiri.

Berusahalah dengan segala upaya yang dikurniakan Allah. Tidak salah, malah kita dituntut untuk mencorakkan kehidupan sendiri dengan panduan serta kekuatan yang dibekalkan oleh Allah jua. Namun, setelah berusaha dan bersusah payah semaksimumnya, letakkan segalanya di pinggiran. Jangan sekali-kali bersandarkan kepada diri, namun bertawakkal, bersangka baik dan berdoalah kepada Allah. Apapun nantinya hasilnya, katakan pada diri, “aku harap yang baik, Allah akan memberi yang baik.
Jika yang diharapkan berlaku, syukur. Namun sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka dan tidak disangka… sabarlah. Belum tentu itu satu keburukan. Seringkali keberkatan, kebaikan dan kejayaan dibungkus oleh takdir dengan kepahitan, kerugian dan kegagalan. Seringkali kita gagal melihat hakikat ini ketika ia sedang berlaku… namun apabila sedikit masa berlalu barulah kita sedar, rupa-rupanya Allah takdirkan kita berundur ke belakang untuk mengambil lajak bagi melonjak lebih tinggi dan lebih jauh ke hadapan.
Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untuk kita. Kita akan terus berbaik sangka kepada Allah… DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik setiap takdirNya. Ya, kita tidak akan tahu segalanya, kerana ilmu sekelumit cuma. Namun apabila Allah yang Maha Penyayang telah memilih itu kita maka yakinlah Kasih SayangNya sentiasa mendahului kemurkaanNya. Yang pahit itu akan menjadi ubat. Yang pedih itu akan menjadi penawar.

4 comments:

Chair Daily said...

saya suka artikel ni..seriusly..:)
banyak pngajaran..

Unknown said...

Terima kasih ats artikel ni. I appreciate it

Unknown said...

Love this article. Thank you

Anonymous said...

Saya kecewa kerana telah diberi harapan yg sy akn diberikan ijazah sarjana doktor falsafah. Pembelajaran telah selesai. Viva pun sudah, namun kerana politik didalam universiti( pensyarah cantas pensyarah kerana kepentingan diri) sy sbgai pelajar menjadi mangsa dimana tesis sy telah ditahan selama 1 tahun didalam genggaman pemeriksa dalaman. Smua org tmasuk kluarga kawan malah kliarga mertua bertanya bila nak habis? Ay malu dgn smua, mc mana nk jwb? Yuran terpkasa dibayar setiap smester brtpaksa berdaftar. Kwn yg lain di universiti luar negara yg lambat berdaftar dr sy pn dah nak habis. Sy marah kecewa geram tp x tau nk mgadu pd siapa. Sy xde back up plan. Sy x bkerja. Bgntung pd suami, namun hidup zaman skang seorg shj yg bkerja mmg x ckup. Ay rs smua ni tidak adil bg sy. Apa silap sy smpai jln yg spatutnya mudah n tlah lama slesai jd sgt payah utk sy. Sy marah. Sy benci.