Kita
tidak mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita sendiri. Kita hanya penerima,
kita bukan Pemberi. Yang memberi ialah Allah, dan Allah menegaskan apa yang
diberikanNya untuk kita adalah baik belaka. Namun akal kita tidak akan mampu
mengetahui rahsia di sebalik yang pahit, pedih dan sakit. Mahunya yang
manis-manis sahaja. Apatah lagi nafsu… ia akan memberontak apabila terjadi
sesuatu yang berlawanan dengan kehendak tabienya. Apabila berlaku sesuatu yang
berlawanan dengan kehendak diri, berlakulah stres, marah dan sedih. Itu biasa.
Hal itu sentiasa berlaku dalam kehidupan. Yang luar biasanya, apabila kita
memilih untuk ‘berkelahi’ dengan takdir. Kita tidak menerima warna-warni
kehidupan seadanya. Kita tidak berdamai dengan takdir sebaliknya memilih untuk
memberontak, mempersoalkan dan melawannya. Persoalan kenapa? Mengapa? Sering
menghantui jiwa.
Kecewa…
semua orang pernah laluinya… lumrah hidup… tipulah kalau ada yang kata tak
pernah mengalami kecewa dalam hidup nya. Rasa kecewa berlaku apabila seseorang
itu gagal mendapatkan sesuatu yang dihajati, keinginannya tak dapat dipenuhi.
.Dia ingin melihat sejauh mana kita mampu dan sanggup menghadapi dugaan yang
diberikan… kebanyakan dari kita sering kecewa apabila impian dan rancangan
hidup kita tak kesampaian…
1.Kita
hangat bercinta dengan kekasih kita sehingga merancang untuk mendirikan rumahtangga.Saat-saat
indah yang kita ingin kecapi hancur apabila kekasih kita di tangkap basah
dengan seorang kenalan kita.
2.Kehidupan
kita suami isteri bahagia dan saling mempercayai sehinggalah suatu hari kita
mendengar khabar mengatakan suami atau isteri kita menjalinkan hubungan dengan
teman sepejabat.
3.Keputusan
kita dalam peperiksaan amat cemerlang.Kalau ikutkan petik jari semua IPTA berebutkan
kita.Tetapi setelah semua rakan-rakan kita pergi mendaftar diri ke IPTA dan
IPTS kita masih lagi menanti jawapan seperti buah tak gugur.
Maka
apabila perkara-perkara begini berlaku dalam hidup kita kekecewaan yang amat
mendalam hadir dihati kita adakala membuat kita putus asa dan mula menyalahkan
orang lain malah ada yang menyalahkan takdir. Hilang akal, hilang pedoman,
syaitan menguasai maka akan ada tindakkan yang menyalahi peraturan hidup, jadi;
Pujuklah
diri apabila kita menghadapi musibah dengan mengatakan; "ada hikmah di
sebalik apa yang berlaku.. Allah telah mengatur segalanya yang terbaik untuk kita..maka
kita perlu bersabar dengan apa yang berlaku"
Pujuklah
diri apabila kita di fitnah dengan mengatakan; "aku tidak bimbang apabila makhluk
menjauhi aku asalkan Engkau Ya Allah Sentiasa bersama denganku"
Pujuklah
diri apabila apa yang dihajati tidak tercapai dengan mengatakan; "Aku
hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya dan pilihan Allah lebih baik
daripada pilihanku..
Apa
yang kita rasai apabila kita berdepan dengan situasi tersebut? Rasa kecewa yang
menghantui kita... Walaupun hanya satu perkataan yang agak kelihatan mudah, tetapi
bagi yang pernah merasainya ia merupakan sesuatu yang amat sukar dilupakan. Apa
yang dinyatakan di atas adalah sekadar beberapa situasi yang dialami oleh
segelintir individu. Sedangkan hakikatnya setiap individu akan sentiasa
berdepan dengan perasaan itu walaupun hanya di sebabkan hal-hal yang sebesar
hama.
Kecewa
atau hampa merupakan perasaan yang timbul apabila sesuatu perkara yang dihajati
tidak tercapai.Apatah lagi jika harapan yang diberikan amat tinggi begitu
jugalah besarnya kecewa yang melanda seseorang itu apabila harapan itu di
hancurkan. Untuk menjadikan seseorang itu kecewa amatlah mudah. Guriskan sahaja
hatinya atau lakukan sahaja perkara yang tidak disukainya. Tetapi untuk
merawatnya bergantung pada kekuatan individu itu untuk memulihkan perasaannya
sendiri. Kecewa itu juga mampu menjandikan sorang itu mengidap penyakit
kemurungan jika tiada kekuatan dalam dirinya. Tidak hairanlah jika ada yang
menjadi tidak siuman dek kerana tidak mampu mengawal atau merawat kekecewaan
itu.
Ada
orang kata, orang paling sabar… jika hatinya terluka dan kecewa akan mengambil
masa yang paling lama untuk disembuhkan. Apabila kita renungkan ada juga
kebenarannya kenyataan itu. Sorang isteri yang terlalu banyak memberikan
peluang kepada suaminya untuk berubah. Cuba juga memupuk semula kepercayaan
untuk suaminya walaupun tidak diendahkan. Dengan harapan suaminya akan menyedari
kesetiaan dan pengorbanannya. Masih sedia memberikan peluang walaupun hatinya
berkali-kali terluka. Tetapi dengan kesabaran yang ada dalam diri dan
ketabahannya dia terus mengharapkan suaminya akan sedar. Tetapi,sabar itu ada
takatnya. Rasa kecewa kalau dihimpun boleh menyesak dada. Apabila rasa itu
meletup. Untuk merawatnya menjadi sesukar bagaimana ia mengumpul dan menahan
dalam dada. Kalau rajuk yang dipilih. Lagi parah lah untuk memujuk.
Oleh
itu,bukan semua orang mempunyai cara yang sama untuk merawat rasa kecewa. Ada
yang lebih suka mengurung diri dalam bilik berjam-jam atau mungkin juga
berhari-hari. Suasana yang suram dilihat boleh memberikannya ruang untuk
mengenal diri sendiri dan mencari kesilapan diri. Ada yang memilih untuk duduk
menghadap laut. Hembusan angin laut yang mendamaikan dengan deruan ombak dan
kicauan burung memberikan ketenangan hati untuk berfikiran lebih rasional. Ada
pula yang suka untuk berekreasi. Berjoging atau travel ke tempat-tempat yang
meninggalkan banyak kenangan dalam hidup sedikit sebanyak mampu mengubat luka
di hati. Ada pula yang memilih untuk melukis. Adunan warna boleh
menginterpretasi apa yang ada di dalam diri kita. Jadi meluahkan perasaan di
atas kanvas juga dilihat mampu mengawal perasaan yang berkecamuk dalam diri. Terdapat
juga individu yang lebih selesa untuk mencari rakan yang dipercayai untuk
meluahkan segala kekecewaan yang melanda. Setelah selesai bercerita kita akan
lebih lega dan selesa. Secara tidak langsung rakan tadi juga boleh memberikan
pandangan dan tindakan yang perlu diambil.
Apa
yang penting di sini ialah walau apa juga cara yang kita lakukan untuk
menstabilkan rasa kecewa itu, kita perlu memastikan diri kita berada dalam
keadaan sedar dan waras sebelum sebarang tindakan kita ambil. Kerana setelah
keadaan diri kita waras barulah kita boleh berfikir tentang kewajaran
tindakan-tindakan tersebutl. Berfikir dan menimbang secara rasional tentang
buruk baik segala aspek. Yang penting setiap tindakan yang kita ambil untuk
merawat kekecewaan itu tidak menyerlahkan ketololan diri kita. Jika kita
tersilap memilih, kita akan di tertawakan oleh orang yang mengecewakan kita.
Kerana
bila kita dilanda kecewa,kita sepatutnya rasa diri kita mampu untuk melakukan
semua perkara sendirian. Kita boleh hidup sendiri tanpa bantuan dan perhatian
orang lain. Itupun jika kita memikirkan untuk terus hidup. Ada yang berfikiran
cetek terus mengambil keputusan untuk membunuh diri. Apa yang kita dapat kalau
kita membunuh diri? Hanya glamour seketika di dada akhbar. Kemudian orang
mencerca kebodohan kita. Sepatutnya kita buktikan kepada mereka yang
mengecewakan kita bahawa kita boleh terus hidup dengan kudrat yang kita ada. Buktikan
kita bukan seumur hidup hendak mengharap belas dan ikhsan mereka.
Ada
nasihat dari rakan yang berpesan… Jika kita merasai kecewa itu…. Duduk dan
beranganlah seketika… Renungkan mengapa? Bagaimana? Kenapa? semua itu terjadi. Jangan
terus mengambil tindakan yang drastik. Kerana sebab sesuatu perkara itu berlaku
sedikit sebanyak disebabkan juga oleh diri kita sendiri.
Berusahalah
dengan segala upaya yang dikurniakan Allah. Tidak salah, malah kita dituntut
untuk mencorakkan kehidupan sendiri dengan panduan serta kekuatan yang
dibekalkan oleh Allah jua. Namun, setelah berusaha dan bersusah payah
semaksimumnya, letakkan segalanya di pinggiran. Jangan sekali-kali bersandarkan
kepada diri, namun bertawakkal, bersangka baik dan berdoalah kepada Allah.
Apapun nantinya hasilnya, katakan pada diri, “aku harap yang baik, Allah akan
memberi yang baik.
”
Jika
yang diharapkan berlaku, syukur. Namun sekiranya berlaku sesuatu yang tidak
dijangka dan tidak disangka… sabarlah. Belum tentu itu satu keburukan.
Seringkali keberkatan, kebaikan dan kejayaan dibungkus oleh takdir dengan
kepahitan, kerugian dan kegagalan. Seringkali kita gagal melihat hakikat ini
ketika ia sedang berlaku… namun apabila sedikit masa berlalu barulah kita
sedar, rupa-rupanya Allah takdirkan kita berundur ke belakang untuk mengambil
lajak bagi melonjak lebih tinggi dan lebih jauh ke hadapan.
Inilah hakikat hidup
yang dipilih Allah untuk kita. Kita akan terus berbaik sangka kepada Allah… DIA
akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik setiap takdirNya. Ya,
kita tidak akan tahu segalanya, kerana ilmu sekelumit cuma. Namun apabila Allah
yang Maha Penyayang telah memilih itu kita maka yakinlah Kasih SayangNya
sentiasa mendahului kemurkaanNya. Yang pahit itu akan menjadi ubat. Yang pedih
itu akan menjadi penawar.
4 comments:
saya suka artikel ni..seriusly..:)
banyak pngajaran..
Terima kasih ats artikel ni. I appreciate it
Love this article. Thank you
Saya kecewa kerana telah diberi harapan yg sy akn diberikan ijazah sarjana doktor falsafah. Pembelajaran telah selesai. Viva pun sudah, namun kerana politik didalam universiti( pensyarah cantas pensyarah kerana kepentingan diri) sy sbgai pelajar menjadi mangsa dimana tesis sy telah ditahan selama 1 tahun didalam genggaman pemeriksa dalaman. Smua org tmasuk kluarga kawan malah kliarga mertua bertanya bila nak habis? Ay malu dgn smua, mc mana nk jwb? Yuran terpkasa dibayar setiap smester brtpaksa berdaftar. Kwn yg lain di universiti luar negara yg lambat berdaftar dr sy pn dah nak habis. Sy marah kecewa geram tp x tau nk mgadu pd siapa. Sy xde back up plan. Sy x bkerja. Bgntung pd suami, namun hidup zaman skang seorg shj yg bkerja mmg x ckup. Ay rs smua ni tidak adil bg sy. Apa silap sy smpai jln yg spatutnya mudah n tlah lama slesai jd sgt payah utk sy. Sy marah. Sy benci.
Post a Comment