Apabila
kita mula mencintai seseorang, kita ingin melihat wajahnya setiap hari.
Walaupun tak dapat nak lihat wajah dia, dapat tengok bayangan merasakan sudah
memadai. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, kita akan sangat perihatin
terhadap orang yang bercerita dengannya. Hati sentiasa berbunga dan sering
memikirkan tentang tentang keindahan dan kecantikan dia, padahal bukan ada
apa-apa pun, baru mula jatuh cinta. Apabila kita mula jatuh cinta pada
seseorang, setiap kali kita bangun pagi, kita akan tengok ke inbox mesej kita,
takut-takut nanti ada mesej yang belum direply. Tiba-tiba ada banyak misscall! Lagilah kita rasa gelabah
sebab takut nanti dia akan marah dan tak mahu kawan dengan kita lagi.
Apabila
kita mula jatuh cinta pada seseorang, kita akan sentiasa memastikan penampilan
kita adalah yang terbaik. Apa yang dia suka, kita akan pakai. Kita sanggup
habiskan RM10 semalam hanya sekadar mahu mendengar suara dia. Ada yang RM20,
ada juga yang RM30 semalam. Hanya untuk mendengar suara. Kalau mahu berjumpa,
RM200 seminggu itu bukan masalah. Kita akan sentiasa mengingati dia. Nak makan
teringat pada dia, nak tidur teringat pada dia, nak buat benda tak senonoh kita
teringat pada dia. Pantang ada masa lapang sikit, mesti teringat pada dia.
Apabila
kita mula jatuh cinta pada seseorang, macam-macamlah yang kita sanggup buat
demi dia. Pendek kata dunia kita dengannya adalah segalanya dan dialah segala-galanya
dalam hidup kita, adakala kita sanggup mengenepikan keluarga demi kita tidak
mahu dia meninggalkan kita. Indahnya cinta berbalas atau cinta bertepuk dua
belah tangan. Saling memerlukan dan saling menghargai.
Bagaimana
agaknya bila berlaku cinta tak berbalas? Punyalah kita meletakkan dirinya dari
segala keutamaan demi cinta kita, namun tiada apa yang membuat dia menyukai
kita malah tiada keistimewaan pun diri kita dihatinya. Akhirnya cinta betepuk
sebelah tangan, terasa diri dipermainkan bahkan diri dan cinta kita tidak
dihargai …. Sedih, kecewa, terasa hidup sudah tidak bermakna.
Begitulah
kehidupan ini bila kita bercerita soal cinta, sayang dan rindu. Kita harapkan
itu berlaku dengan insan yang kita dambakan dalam hidup kita. Mari kita lihat bila
kali pertama kita jatuh cinta pada Allah SWT dan bila kali terakhir kita
merindui Allah SWT? Atau kita ini jenis yang tidak pernah mengenali apa itu
cinta kepada Allah SWT?
Apabila
kita mula jatuh cinta pada Allah, sekerap manakah kita cenderung untuk melihat
pada kata-kata Dia (Alquran). Walaupun tak dapat nak lihat wajah Dia, dapat
membaca dan melafazkan ayat-ayat-Nya kita rasa bertuah. Apabila kita mula jatuh
cinta pada Allah, seberapa peka-kah kita terhadap orang yang bercerita tentang
Dia. Pantang terdengar, hati mula gerun tambahan kalau ada orang yang bercerita
tentang keindahan dan kecantikan Dia, kita terasa mahau sujud atas KeagunganNya.
Adakah kita begitu?
Apabila
kita mencintai Allah, setiap kali kita bangun pagi, kita akan tengok ke jam
di’handset’ takut-takut waktu subuh dah terlepas! Kemudian kita rasa gerun
sebab takut nanti Dia akan marah dan tak mahu menanugerakan nikmatnya pada kita
lagi. Apabila kita mula jatuh cinta pada Allah, kita akan sentiasa memastikan
penampilan kita adalah yang terbaik. Apa yang Dia suka, kita akan lakukan
dengan penuh keikhlasan. Dan yang paling utama kita akan jaga ialah kebersihan
hati kerana Allah tidak melihat pada luaran, tetapi dalam hati. Mampukah kita
melakukannya?
Apabila
kita mula jatuh cinta pada Allah, berapa ringgit yang kita sanggup habiskan
dalam seminggu untuk mengingat Allah? Berapa ringgit yang kita sanggup habiskan
dalam seminggu untuk membantu atau membuat kerja dakwah atau menderma kejalan
Allah? RM1? RM2? Berapa kali sehari kita akan mengingat pada Dia? Nak makan
teringat pada Dia, nak tidur teringat pada Dia, nak buat kerja tak senonoh kita
ingat pada Dia. Pantang ada masa lapang sikit, mesti teringat pada Dia, malah
dibibir kita tidak terhenti menyebutNya
Apabila
kita mula jatuh cinta pada Allah, benarkah macam-macam yang kita sanggup buat
demi Dia? Adakah cinta Allah berbalas seperti bertepuk dua belah tangan.
Indahnya cinta Allah dan kita membalasnya dengan rasa kesyukuran tak terhingga
atau cinta Allah kita tak balas lansung. Allah bertepuk sebelah tangan saja dan
kita ambil sambil lewa malah kita tidak menghargai nikmat yang dikurniakan. Tapi
Allah SWT tak pernah kecewa, sedih atau melupakan kita. Allah akan selalu
menunggu kita setiap saat untuk kita berdoa atau bertaubat walau kita melakukan
seribu kali kemungkaran. Allah tetap ampunkan kita. Sesungguhnya Allah Maha
Pengasih dan Penyayang
Mari
kita tanyakan pada diri kita masing-masing. Apapun jawapannya, terpulang pada
diri sendiri. Kerana jika cinta di hati kita masih bermasaalah, macam mana kita
mahu membetulkan masalah cinta dalam diri orang lain. Sudah terlalu ramai orang
yang dunia lebih dicintai oleh mereka. Hawa nafsu menjadi panduan mereka.
Hinggakan, hidup mereka umpama anjing. Mahukah kita diumpamakan seperti itu? "Dan
sekiranya Kami menghendaki nescaya Kami tinggikan (derajat)nya dengan
(ayat-ayat) itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan mengikuti keinginannya,
maka perumpamaannya seperti anjing, jika kamu menghalaunya dijulurkan lidahnya
dan jika kamu membiarkannya ia menjulurkan lidahnya (juga). Demikianlah
perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah
kisah-kisah itu agar mereka berfikir." [QS Al-A'raf, 7:176]
Atau
kita mahu diumpamakan oleh Allah seperti haiwan ternak? “Dan sungguh, akan Kami
isi neraka Jahannam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati,
tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka
memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakan untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan
Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk
mendengarkan (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih
sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lengah.” [QS Al-A’raf, 7:179]
Ataupun,
kita mahu menjadi seperti ini, “Seutama-utama orang yang mati syahid adalah
orang-orang yang berperang di barisan yang paling pertama dengan tidak
memalingkan wajah mereka sama sekali hingga terbunuh. Mereka itu akan
berguling-guling di kamar-kamar utama di syurga. Rabb-mu tersenyum kepada
mereka. Jika Rabb-mu tersenyum kepada seorang hamba di suatu tempat, maka tiada
hisab (perhitungan) lagi atasnya.” [HR Ahmad, Abu Ya’la dan Thabrani dari Abu
Nu’aim bin Hammad]
Tepuk
dada, tanyalah iman. Jika tiada iman, pergilah cari. Jangan tunggu. Hidayah
perlu dicari, bukan dinanti. Kita ada hak untuk memilih apa tingkatan cinta
untuk hati kita. "Allah tidak sekali-kali menjadikan seseorang mempunyai
dua hati dalam rongga dadanya" [QS Al-Ahzab, 33:4]
Mana
mungkin kita cintakan syurga, dalam masa yang sama kita cintakan neraka. "Belum
tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat
Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka)? Dan
janganlah mereka (menjadi) seperti orang-orang yang telah menerima Kitab
sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka
menjadi keras, dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik." [QS
Al-Hadid, 57:16]
No comments:
Post a Comment