DOA

‘Ya Allah, rahmatilah pembaca blog ini, sihatkan ia, ampunilah dosa-dosanya, berkatilah amalannya, janganlah Engkau balikkan hatinya setelah Engkau beri petunjuk dan hidayah kepadanya dan Ya Allah masukkanlah ia dan keluarganya kedalam syurga FirdausMu serta jauhkanlah ia dan keluarganya dari azab nerakaMu. Sesungguhnya Ya Allah, hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau sahajalah kami meminta pertolongan. Ya Allah jika rezeki pembaca blog ini masih diatas langit, turunkanlah ia, jika rezekinya di dalam bumi, keluarkanlah ia, jika rezekinya jauh, dekatkanlah ia, jika rezekinya haram, sucikanlah ia dan jika rezekinya sukar, Engkau permudahkanlah ia” Ya Allah kurniakanlah kepada kami segala kebaikan sebagaimana yang Engkau kurniakan kepada hamba-hamba Mu yang soleh.'

Thursday, January 16, 2014

Indahnya Berselawat

Selawat ialah bahasa Arab yang ertinya "doa",rahmat dari Tuhan,memberi berkat dan ibadat". Kalau selawat itu diamalkan oleh hamba kepada Allah,maka maksudnya bahawa hamba itu menunaikan ibadat atau berdoa (memohon kepadaNya). Tetapi kalau Allah berselawat atas hambanya,maka selawat dalam ini ertinya adalah bahawa Allah mencurahkan rahmatNya-Allah melimpahkan berkatNya. Pengertian "Berselawat atas nabi SAW ialah "Mengakui kerasulannya serta memohon kepada Allah melahirkan keutamaan dan kemuliaan nya" Pengertian selawat malaikat kepada Nabi SAW adalah memohon kepada Allah supaya mencurahkan perhatianya kepada Nabi (kepada perkembangan agama).
Kesimpulannya:
Kalau selawat dari Allah - Allah memberi rahmat:
Kalau selawat dari malaikat - meminta keampunan 
kalau selawat orang mukmin - berdoa supaya diberi rahmat sepertri perkataan " Ya Allah limpahkan rahmat atas Nabi Muhammad SAW"
DALIL AL QURAN DAN HADIS NABI
Surah Al-Ahzab ayat: 56 maksudnya, “sesungguhnya Allah dan malaikat malaikatNya berselawat untuk Nabi . Hai orang orang yang beriman ,berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya". Hadis hadis nabi SAW maksudnya: Berselawatlah kamu kepadaku,kerana selawat itu menjadi zakat(penawar jiwa pembersihan dosa) bagimu" (diriwayatkan Ibnu Murdawaih). "Setiap doa adalah terlarang,sehingga berselawat atas nabi SAW"(diriwayatkan ad dailami). “Bahawasanya seutama utama manusia (orang yang terdekat)dengan aku pada hari kiamat ada lah mereka yang lebih banyak berselawat kepadaku" (diriwatkan an -Nasai dan ibnu Hibban)

FAEDAH-FAEDAH BERSELAWAT
1 Dapat memperolehi limpahan rahmat dan kebajikan dari Allah
2 Dapat memperolehi kebajikan mengangkat darjat dan menghapuskan kejahatan dan kesalahan.
3 Memperolehi pengakuan kesempurnaan iman,jika kita membacanya 100 kali
4 Menjauhkan kerugian,penyesalan dan digolongkan kedalam golongan orang orang yg soleh.
5 Mendekatkan diri pada Allah
6 Memperolehi pahala seperti pahala memerdekakan budak
7 Dapat memperolehi syafaat
8 Memperolehi penyertaan dari malaikatur Rahman
9 Memperolehi hubungan yang rapat dengan nabi (salam itu akan disampaikan oleh malaikat kepada nabi)
10 Membuka kesempatan berbicara dgn nabi
11 Menghilangkan kesusahan,kegundahan dan melapangkan rezki
12 Melapangkan dada
13 Menghapuskan dosa
14 Menggantikan sedekah bagi orang yg tidak sanggup bersedekah 
15 Melipat gandakan pahala yang diperolehi
16 Mendekatkan kedudukan kepada rasulullah SAW di hari kiamat
17 Dapat melepaskan diri dari kebingungan di hari kiamat.
18 Menjadi kan sebab sebab doa kita dapat diterima oleh Allah
19 Memenuhi satu hak nabi.
20 Di Padang masyar sebagai seorang yang mencintai Nabi
21 Di kabul segala hajat keperluannya.
42 Kelebihan selawat ke atas nabi SAW
Al-Sheikh Abdul Qadir Al-Jelani Al-Hasani, Quddisasirruhu menyatakan kelebihan berselawat ke atas nabi di dalam kitabnya Al-Safinah al-Qadiriyah. Beliau meriwayatkan daripada Ibnu Farhun berkata “Berselawat kepada nabi Muhammad SAW itu mempunyai empat puluh dua kelebihan. Perkara ini tertulis dalam kitabnya Hadaiq Al-Anwar”
1. melaksanakan perintah Allah SWT
2. bersamaan dengan selawat Allah SWT kepada Rasulullah SAW.
3. mendapat ganjaran 10x selawat daripada Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan (selawat daripada Allah SWT. bererti Rahmat)
4. bersamaan dengan selawat para malaikat
5. dikurniakan oleh Allah SWT 10x dari darjat atas setiap satu-satu selawat
6. dituliskan oleh malaikat 10x kebaikan atas setiap selawat
7. dihapuskan oleh Allah SWT 10x kejahatan atas setiap selawat
8. segala doa akan diperkenankan oleh Allah SWT.
9. mendapat syafaat daripada Rasulullah SAW.
10. mendapat keampunan Allah SWT. dan akan ditutup segala keaiban
11. Allah SWT. akan menutupi segala dukacita
12. dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah SAW.
13. mendapat darjat al-sidq
14. ditunaikan segala hajat
15. selamat sejahtera pada hari kiamat
16. Allah SWT dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat
17. mendapat khabar gembira daripada Allah SWT dengan balasan syurga
18. selamat sejahtera pada huru-hara hari kiamat
19. Rasulullah SAW akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan
20. mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa
21. mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu
22. tidak akan merasai fakir
23. terpelihara dari dihinggapi sifat bakhil
24. mendapat kesejahteraaan daripada doa Rasulullah SAW
25. selawat akan menjemput setiap pengucapnya ke jalan syurga
26. menjauhkan seseorang itu daripada terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan rasulNya atau daripada majlis-majlis lagha
27. berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah SWT. apabila disebut “Alhamdulillahirabbil’alamin” di dalam doa, maka akan disambut selepas itu dengan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW
28. selamat melintasi titisan sirat al-mustaqim pada hari kiamat
29. terpelihara daripada sifat kasar dan gelojoh
30. disambut oleh Allah SWT pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak
31. mendapat keberkatan Allah
32. mendapat kesempurnaan iman
33. kasih dan cinta kepada Rasulullah SAW.
34. mendapat hidayah daripada Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah SWT.
35. setiap selawat yang dibaca akan dibentagkan di hadapan Rasulullah SAW. secara langsung
36. teguh pendirian dengan kebenaran
37. berselawat bererti kita menunaikan sebahagian daripada hak-hak Rasulullah SAW. keatas diri kita. di samping itu ia dianggap mensyukuri nikmat Allah SWT yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah SAW kepada kita.
38. berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengiktiraf segala nikmat yang dikurnikan oleh Allah SWT.
39. mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah SWT.
40. berselawat bereti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah SWT ke atas Rasulullah SAW dan kepada diri sendiri
41. antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah SAW dalam jiwanya
42. dikurniakan oleh Allah SWT. maqam seorang Syeikh dan Murabbi.
Kisah Kelebihan Berselawat
Sufyan As Sauri menceritakan: Bila bertawaf mengelilingi kaabah, saya melihat seorang laki-laki, ia membaca selawat kepada Rasulullah SAW. Saya mendekatinya lalu bertanya: "Mengapa anda meninggalkan bacaan tasbih,tahmid dan tahlil justeru hanya membaca selawat sahaja? Adakah sesautu berlaku kepada diri anda? Siapakah anda ini? Tanya orang itu. Saya Sufyan As Sauri" Jawab saya. Baiklah akan aku ceritakan." Aku meninggalkan ayahku untuk mengerjakan haji.

Ketika dalam perjalanan, ayahku sakit dan sakitnya itu membawa kematian. Aku bersedih dengan kematiannya. Wajah ayahku yang tampan itu telah bertukar menjadi hitam legam, aku menutup wajahnya dengan kain. Aku berasa sedih sekali, dan malu jika orang mengetahuinya, sedang ayahku adalah seorang ahli ibadah. Aku terus bertafakur dan tertidur. Dalam tidurku aku bermimpi seakan-akan melihat sinar yang semakin mendekati tempatku itu, dan ternyata sinar itu bersumber dari seorang yang sangat gagah lagi tampan. Pakaiannya bersih,wajahnya bersinar terang, baunya harum sekali. Aku tidak pernah melihat orang ini sebelumnya, dan aku belum mengenalinya.

Dia terus menuju kepadaku. Satu-satu langkahnya sehinggalah dia berada disisiku. "Ada apa kesusahanmu?" tanyanya. "Ayahku telah meninggal dunia," aku menangis. Dan belum sempat aku bercerita seterusnya, dia berkata. "Jangan menangis semua manusia mesti mati." "Tapi wajahnya" kataku "Wajahnya hitam legam. Tolonglah aku" aku merayu-rayu terus mengharapkan bantuan sesuatu. Tanpa berbicara apapun lagi, dia terus membuka kain yang menutup wajah ayahku itu, lalu mengusap telapak tangannya pada wajah ayahku. Ajaib sekali, aku hampir tidak percaya apa yang telah berlaku. Wajah ayahku kembali semula putih bersih, dan lebih bercahaya dari asalnya. Apa penawarnya? Sampai perkara yang cukup ajaib ini dapat berlaku.

Dia kemudian mengambil kain tadi dan menutup semula wajah ayahku itu. Kemudian iapun hendak kembali semula dari arah yang ia datang tadi. Melihat ia akan pergi, dan aku belum lagi tahu siapa orang ini, maka aku segera memegang bajunya seraya bertanya, siapakah tuan yang telah menolong ayahku ini? Dia tersenyum dan kelihatan nur dan cahaya bersinar dari senyumannya. Wajahnya seperti bulan purnama. "Aku ini Muhammad" jawabnya. "Muhammad siapa"? aku meminta penerangan lagi. "Muhammad, Rasulullah. Akulah pembawa Al Quran" jelasnya. Aku terduduk dan terpinga-pinga untuk menikmati wajahnya yang mulia. Inilah dia Rasulullah, aku berkata dalam hatiku, lisanku kelu, tidak berkata apa-apapun.

"Ayahmu ini terlalu banyak membuat sia-sia didalam hidupnya, namun begitu dia selalu membaca selawat dan salam kepadaku. Ketika ia mengalami hal buruk ini, ia memohon kepada ku untuk membantunya, maka aku datang ini untuk membantunya, dan aku selalu menolong orang yang selalu membaca selawat dan salam kepadaku" jelasnya.
Pada saat itulah aku terkejut dari mimpiku itu, dan aku terus teringat apa yang telah berlaku di dalam mimpi itu. Aku terus membuka kain yang menutupi wajah ayahku itu, dan betullah seperti yang berlaku di dalam mimpi tadi, bahawa wajah ayahku telah kembali putih bersih dan bercahaya lebih dari mulanya.

BERKAT SELAWAT UNTUK AMALAN KITA BERSAMA SUPAYA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH SWT.

"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim ... bismillahirrahmannirrahim" (Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.)

Dalam satu cerita yang lain mengenai perkara selawat juga, bahawa seorang wanita telah bermimpikan anaknya yang baru mati. Dilihatnya anaknya sedang disiksa dengan amat berat sekali. Maka wanita itu sangat sedih ketika mengingatkan mimpi yang dilihatnya, dan dia terus menangis dan menangis memohon Allah agar diampunkan dosa anaknya itu. Sekali peristiwa sedang dia berada di kuburan anaknya itu, tiba-tiba datang seorang lelaki yang compang-camping keadaannya. Dia berdiri dihadapan kubur-kubur itu, lalu berselawat keatas Nabi SAW, sebanyak-banyaknya kemudian dia menghadiahkan pahalanya kepada sekalian ahli kubur di situ, dan dia pun pergi.

Pada malamnya, wanita itu bermimpi lagi akan anaknya, dan kali ini mimpinya agak berlainan sedikit. Iaitu dilihatnya anaknya sedang dalam cahaya dan bahagia mengecap segala kenikmatan Allah. Maka wanita itu bertanya kepada anaknya tentang perubahan nasib yang diterimanya sekarang, apa sebabnya? Lalu anak itu memberitahu bahawa semua itu ialah kerana berkat selawat orang soleh yang baru datang ke kuburan itu, yang telah berselawat ke atas Nabi SAW, lalu dihadiahkan pahala selawatnya itu kepada sekalian ahli kubur, dan nasibnya dari pahala itulah telah mendapat segala kebahagian yang di kecapi sekarang ini.

Moral: Marilah kita perbanyakkan selawat ke atas Rasulullah agar mendapat syafaatnya di dunia dan di akhirat, Insyaallah.

SYAFAAT UNTUK MALAIKAT UNTUK AMALAN KITA BERSAMA SUPAYA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH SWT.

"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim ... bismillahirrahmannirrahim" (Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.)

Pada saat Rasulullah SAW dimikrajkan, beliau melihat berbagai macam keanihan. Di antaranya baginda melihat satu malaikat yang dibakar oleh Allah SWT. Nabi bertanya kepada Jibril as, "Mengapa ia dibakar?" Dijawab oleh Jibril as, "Allah mengutus dia ke sebuah negeri untuk menghancurkan penduduknya. Tetapi ia tidak jadi melakukannya kerana merasa hiba dan sedih terhadap seorang bayi yang masih menyusui di negeri itu. Allah lalu menghukumnya." "Tahukah kau wahai Jibril, apakah dia boleh bertaubat," tanya Rasul lagi. "Bukankah Allah menurunkan ayat kepadamu, bahawa Dia Maha Pengampun bagi sesiapa saja yang bertaubat," demikian jawab Jibril as.
Selesai mendengar jawapan Jibril as, Nabi lantas memohon taubat kepada Allah untuk malaikat itu. Dan Allah menjawab bahawa malaikat itu harus membawa selawat 10 kali kepada Rasulullah, barulah ia dilepas dari hukuman. Di langit, para malaikat gempar mempercakapkan bahawa Allah SWT telah merahmati malaikat Karubiyyun berkat selawat kepada Rasul-Nya Muhammad SAW.

KELEBIHAN SELAWAT
"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim ... bismillahirrahmannirrahim" (Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.)

Kelahiran Rabiatul Adawiah - Pada malam Rabiah dilahirkan, ayahnya tidak mempunyai setitik minyak pun untuk menerangi rumah. Ia juga tidak mempunyai kain selimut untuk menyelimut Rabiah. Ayah Rabiah mempunyai 3 orang puteri dan Rabiah merupakan puterinya yang keempat. Dalam keadaan dingin di waktu malam, ayanya telah bermimpi melihat Nabi SAW. Nabi SAW berkata, "Janganlah engkau bersedih hati kerana bayi perempuan yang baru dilahirkan itu adalah ratu kaum wanita dan akan menjadi penegah bagi 70 ribu orang diantara kaumku. Esok pergilah engkau mengadap Isa Az Zadan gabenor Basrah. Di atas sehelai kertas, tuliskan kata-kata berikut ini; setiap malam engkau mengirimkan selawat seratus kali kepadaku dan setiap malam jumaat empat ratus kali. Kelmarin adalah malam jumaat tetapi engkau lupa melakukannya. Sebagai penebus kelalaian mu itu berikanlah kepada org ini 400 dinar yang telah engkau perolehi secara halal."

Ketika terjaga dari tidur, ayah Rabiah menangis. Ia pun bangkit dan menulis seperti yang telah dipesankan Nabi SAW kepadanya dan mengirimkannya kepada gabenor melalui pengurus rumahtangga istana. "Berikanlah dua ribu dinar kepada orang-orang miskin, kata gabenor tersebut setelah selesai membaca surat itu. "Dan berikan 400 dinar kepada orang ini, katakan padanya bahawa aku harap engkau datang kepadaku supaya aku dapat melihat wajahmu. Namun demikian, tidak wajarlah engkau mengadapku sepatutnya akulah yang datang berjumpa denganmu."

Dipetik dari buku berjudul "Wasiat Orang Soleh"

Wednesday, January 15, 2014

Meraih Cinta Allah - IB

Menghidupkan Hati dengan (Zikir) dan Harapan rahmat dari Allah.
“Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) mereka yang beramal” (Surah Ali ‘Imran: 135-136).

Penghidup Hati Yang Mati
Hati merupakan tempat pandangan Allah di dalam diri kita. Kita hidup di sisi Allah apabila kita berzikir. Sesiapa yang mengingat Allah di dalam khalayak ramai, Allah akan mengingatinya pada majlis yang lebih mulia (majlis para Malaikat). Zikir diertikan pada apa-apa amalan yang boleh mengingatkan hati kita kepada Allah. Zikir boleh menghidupkan hati yang telah mati, hati yang telah mati akibat perbuatan dosa dan maksiat yang kita lakukan secara sedar mahupun tidak. Dosa menumpuk di dalam hati kita umpama titik-titik hitam, apabila sudah penuh, sukar untuk nur menembusi hati yang telah diselaputi oleh dosa.

Zikir menjadi pencuci bagi hati. Sesiapa yang mengamalkan zikir di dalam kehidupan sehariannya akan merasa tenang. Sukar untuk mengambarkan ketenangan dan kelazatan orang yang berzikir dengan menggunakan perkataan. Ianya perlu dirasai sendiri oleh individu. Umpama 2 orang manusia, seorang pernah memakan madu, dan dia merasakan madu tersebut manis dan sedap, berbeza pula dengan seorang yang hanya pernah mendengar kelazatan madu tetapi dalam sepanjang hidupnya tidak pernah merasakan madu. orang yang pertama akan mengatakan madu itu lazat, dengan pengalaman nya merasa madu, tetapi manusia yang kedua juga akan mengatakan madu itu lazat tetapi tidak secara tidak yakin madu itu lazat. dia perlu sendiri yang merasakan madu.
Orang yang berbahagia adalah orang yang tidak pernah putus berhubungan dengan Allah. Sesiapa yang mengingati Allah pada waktu yang senang Allah, akan mengingatinya pada waktu yang sukar. Ujian nikmat yang diberikan kepada manusia, menyebabkan ramai yang menjadi lalai dan tenggelam dalam nikmat. Ramai manusia yang menjadi engkar akibat ujian kesenangan. Berbeza dengan manusia yang diuji dengan kesusahan, mereka ini kebanyakannya menjadi dekat kepada Allah. Sebab inilah amalan zikir dianjurkan untuk melatih diri kita untuk senantiasa berdampingan dengan Allah. Termasuklah diri ini yang sedang diuji dengan kesenangan, terasa diriku semakin menjauh dari Allah. Mudah-mudahan Allah mengampuni segala dosa dan kelalaian kita sepanjang kita hidup sehingga sekarang.

Sinar Harapan Bagi yang berputus asa.
Allah, mempunyai sifat Maha Pengampun dan Maha Penerima taubat bagi hamba-hambanya yang bertaubat. Allah sangat suka kepada hambanya yang senantiasa bertaubat. Jikalau, setiap orang kafir yakin dengan sifat Maha Pengampun Allah, maka tidak ada orang kafir yang akan masuk ke dalam neraka. Allah menciptakan pintu syurga ada 8, dan pintu neraka ada 7, kerana Rahmat Allah mendahului kemurkaan Allah. Allah Ta'ala berfirman: "Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang melampaul batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kama berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. " (Az-Zumar: 53).

Daripada Anas r.a mengkhabarkan bahawa ia pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, bahwa Allah telah berfirman maksudnya;

“Hai Bani Adam, selama engkau berdoa dan mengharap kepadaku, aku ampunkan bagimu apa yang telah terjadi daripada kamu dan tidak aku hiraukan betapa banyaknya.”

“Hai Bani Adam, andaikan dosamu memuncak kelangit, kemudian engaku meminta ampun kepada Ku aku ampunkan bagimu dan tiadak aku hiraukan betapa banyaknya.”

“Hai Bani Adam, seandainya engkau datang kepada Ku dengan membawa dosa sepenuh bumi, asalkan engkau tidak menyekutukan aku dengan sesuatu pun nescaya aku isi semua itu dengan pengampunan.”

Amalan yang disukai Allah "Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar"

Allah berfirman dalam al-Quran: “Hai orang-orang yang beriman! berzikirlah (mengingat) kepada Allah dengan zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepada-Nya pada waktu pagi dan petang.” (al-Ahzaab: 41-42).
Hadith yang membicarakan keutamaan zikir "Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar"

1. Rasulullah saw. bersabda, "Lazimkan membaca subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akhbar, kerana semua itu dapat menghapuskan dosa sebagaimana gugurnya daun dari pohon". (HR Ibnu Majah)

2. Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah SAW berkata : "Membaca Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar lebih aku sukai daripada seisi dunia." (Hadith Riwayat Muslim)

3. Dari Samuroh bin Jundub, ia berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Ada empat ucapan yang paling disukai oleh Allah: (1) Subhanallah, (2) Alhamdulillah, (3) Laa ilaaha illallah, dan (4) Allahu Akbar. Tidak berdosa bagimu dengan mana saja kamu memulai” (HR. Muslim no. 2137).

4. Dari Abu Hurairah, dia berkata, "Rasulullah SAW telah bersabda: 'Sesungguhnya membaca “subhanallah walhamdulillah wa laa ilaha illallah wallahu akbar (Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada sesembahan yang berhak disembah selain Allah, dan Allah Maha Besar)” adalah lebih aku cintai daripada segala sesuatu yang terkena sinar matahari." (HR. Muslim no. 2695).

Al Munawi rahimahullah mengatakan, “Segala sesuatu yang dikatakan antara langit dan bumi, atau dikatakan lebih baik dari sesuatu yang terkena sinar matahari atau tenggelamnya, ini adalah ungkapan yang menggambarkan dunia dan seisinya.” Dari sini menunjukkan bahwa keempat kalimat tersebut lebih baik daripada dunia seisinya.

5. Dari Ummi Hani' binti Abu Thalib dia berkata, "Rasulullah SAW melewatiku pada suatu hari, lalu saya berkata kepada beliau, "Wahai Rasulullah, saya sudah tua dan lemah, maka perintahkanlah kepadaku dengan amalan yang bisa saya lakukan dengan duduk." Beliau bersabda: "Bertasbihlah kepada Allah seratus kali, karena itu sama dengan kamu membebaskan seratus budak dari keturunan Isma'il. Bertahmidlah kepada Allah seratus kali karena itu sama dengan seratus kuda berpelana yang memakai kekang di mulutnya, yang kamu bawa di jalan Allah. Bertakbirlah kepada Allah dengan seratus takbir karena ia sama dengan seratus unta yang menggunakan tali pengekang dan penurut. Bertahlillah kepada Allah seratus kali." Ibnu Khalaf berkata; saya mengira beliau bersabda: "Kerana ia memenuhi di antara langit dan bumi, dan pada hari ini tidaklah amalan seseorang itu diangkat kecuali akan didatangkan dengan semisal yang kamu lakukan itu." (HR. Ahmad 6/344. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan. Lihat Ash Shilsilah Ash Shohihah no. 1316)
6. Dari ‘Abdullah bin ‘Amr, Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah seorang di muka bumi ini mengucapkan: Laa ilaha illallah, wallahu akbar, subhanallah, wal hamdulillah, wa laa hawla wa laa quwwata illa billah, melainkan dosa-dosanya akan dihapus walaupun sebanyak buih di lautan.” (HR. Ahmad 2/158, sanadnya hasan)

7. Dari Ibnu Mas'ud, ia berkata, Rasulullah SAW bersabda, "Aku pernah bertemu dengan Ibrahim pada malam ketika aku diisra`kan, kemudian ia berkata, ‘Wahai Muhammad, sampaikan salam dariku kepada umatmu, dan beritahukan kepada mereka bahwa Syurga debunya harum, airnya segar, dan surga tersebut adalah datar, tanamannya adalah kalimat: Subhaanallaahi wal hamdu lillaahi laa ilaaha illaahu wallaahu akbar (Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah, dan Allah Maha Besar).” (HR. Tirmidzi no. 3462. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan)

8. Dari Abu Sa'id Al Khudri dan Abu Hurairah, bahwasanya Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah telah memilih empat perkataan: subhanallah (Maha suci Allah) dan alhamdulillah (segala puji bagi Allah) dan laa ilaaha illa allah (tidak ada sesembahan yang berhak disembah selain Allah) dan Allahu akbar (Allah maha besar). Barangsiapa mengucapkan subhaanallah, maka Allah akan menulis dua puluh kebaikan baginya dan menggugurkan dua puluh dosa darinya, dan barangsiapa mengucapkan Allahu Akbar, maka Allah akan menulis seperti itu juga, dan barangsiapa mengucapkan laa Ilaaha illallah, maka akan seperti itu juga, dan barangsiapa mengucapkan Alhamdulillahi Rabbil 'aalamiin dari relung hatinya maka Allah akan menulis tiga puluh kebaikan untuknya dan digugurkan tiga puluh dosa darinya." (HR. Ahmad 2/302. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanadnya shahih)
Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk istiqamah mengamalkan zikir “Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar” dalam kehidupan seharian kita. In sya allah.

Saturday, January 11, 2014

Solat itu dapat mencegah seseorang daripada melakukan dosa dan maksiat -ilmumu

Solat itu dapat mencegah seseorang daripada melakukan dosa dan maksiat
ABSTRAK
Solat merupakan ibadat yang boleh menghalang pelakunya daripada melakukan perbuatan mungkar iaitu perbuatan salah dan terlarang. Allah SWT menegaskan bahawa solat yang dilakukan oleh seseorang itu boleh menegah diri pelakunya daripada melakukan dosa-dosa dan kemungkaran .Walau bagaimanapun, banyak orang yang melakukan ibadah solat, namun tetap melakukan kemungkaran dan dosa-dosa lain yang disengajakan yang tidak seharusnya berlaku. Solat diertikan dengan doa atau memohon kebajikan dan pujian. Solat punca ketenangan jiwa. Seorang Islam yang taat dan dapat menikmati serta memahami solat akan mendapat kekuatan jiwa juga keteguhan semangat dalam menghadapi segala dugaan. Solat mengajar dan mendidik manusia bersifat tenang . Sebagai cara-cara memahami solat ialah dengan menghayati maksud kalimah yang dituturkan. Ramai yang tahu makna kalimah-kalimah yang dituturkan, sama ada ijmali atau tafsili namun tidak mampu menghayatinya. Kesan solat yang khusyuk pula ialah membantu untuk tidak melakukan perkara maksiat dan mungkar. Selepas mengamati dan menghayati bacaan, maka akan terhakislah sikap-sikap hodoh yang ada pada diri sendiri. Secara kesimpulannya solat adalah tiang agama dan tonggak kepada kehidupan. Elakkan daripada terjebak dengan perkara yang boleh merosakkkan penumpuan minda ini boleh mencederakan solat itu. Dengan ini, maksudnya solat tadi tidak tercapai, sukar untuk seseorang itu memahami setiap bacaan yang merupakan doa untuk kita menghindari perbuatan maksiat dan mungkar. Jadi, cara terbaik untuk menghindari maksiat dan mungkar ialah dengan solat dengan khusyuk dan memahami setiap maksud bacaan tersebut.

PENDAHULUAN
Solat merupakan ibadat yang boleh menghalang pelakunya daripada melakukan perbuatan mungkar iaitu perbuatan salah dan terlarang. Termasuk dalam kemungkaran itu dosa besar contohnya membunuh, berzina, memakan harta anak yatim dan juga dosa-dosa kecil yang dilakukan terus menerus. Allah SWT menegaskan bahawa solat yang dilakukan oleh seseorang itu boleh menegah diri pelakunya daripada melakukan dosa-dosa dan kemungkaran. Walau bagaimanapun, banyak orang yang melakukan ibadah solat, tetapi tetap melakukan kemungkaran dan dosa-dosa lain yang disengajakan, yang tidak seharusnya berlaku. Allah SWT menegaskan bahawa solat itu mencegah pelakunya daripada melakukan kejahatan dan kemungkaran. Seseorang itu juga perlu memahami kesan solat terhadap pembentukan peribadi. Solat juga memberi ketenangan jiwa, tidak kira sama ada ketika seseorang itu perlu memahami makna sesuatu yang dibaca ketika bersolat, sama ada dengan cara ijmali (menyeluruh) atau tafsili (satu persatu/terperinci) dengan tujuan untuk memperoleh rasa khusyuk dalam solat berupaya membentuk diri orang yang berkenaan. Manusia perlulah berusaha mencari jalan supaya dapat khusyuk dan memahami solat agar dapat menegah kita daripada melakukan kemungkaran dan juga maksiat. Orang yang solat kerana malu pada jiran-jiran akan melakukannya ketika dorongan tersebut wujud. Apabila pendorong itu tidak wujud, ia tidak akan solat atau melakukannya tetapi dalam keadaan sambil lewa. Orang yang melakukan ibadah tanpa ikhlas mudah ditipu iblis (al-Hijr: 36-40). Apabila adanya kehadiran iblis di dalam jiwa seseorang itu, maka mudahlah untuk mereka ditipu dengan senang oleh iblis. Disebabkan itulah, mereka bersolat namun tidak mendapat faedah selain mendapat penat sahaja. Allah SWT memerintahkan solat kepada manusia untuk kebaikan manusia sendiri kerana tujuan solat itu agar dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar.

PENGERTIAN SOLAT
Dari sudut bahasa, solat sering diertikan dengan doa atau memohon kebajikan dan pujian. Dari segi syarak, solat diertikan sebagai beberapa ucapan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir, disudahi dengan salam, dilakukan dalam keadaan beribadah kepada Allah SWT, dengan menurut segala syarat yang telah ditentukan. 

SOLAT PUNCA KETENANGAN JIWA
Solat mencegah seseorang dari melakukan kemungkaran dan maksiat kerana solat ialah punca ketenangan jiwa. Seorang Islam yang taat dan dapat menikmati serta memahami solat akan mendapat kekuatan jiwa juga keteguhan semangat dalam menghadapi segala dugaan. Solat mengajar dan mendidik manusia bersifat tenang. Hanya dengan ketenangan, seseorang itu dapat menikmati hakikat solat dan mengejarkannya dengan khusyuk, terutamanya ketika melakukan tamakninah. Solat tidak sah, tanpa tamakninah. Tegasnya, solat itu mendidik diri supaya bersifat tenang dan tertib.(Dr Amran Kasimin,11). Apabila kita solat, kita mendekatkan diri lagi kepada yang Esa, menjadikan setiap amalan yang kita lakukan hanyalah mengharapkan ampunan dan Redhanya, mengabdikan diri kepadaNya dan perasaan takut akan azabNya yang tidak terperi. Perasaan inilah yang akan menjadikan kita jauh dari perkara-perkara mungkar dan maksiat yang dilarang Ilahi.

SOLAT MENCEGAH KEMUNGKARAN DAN DOSA
Apabila solat dikatakan tidak dapat membantu membentuk diri pelakunya bermaksud solatnya yang tidak betul. Solat yang tidak betul tidak dapat mencegah seseorang dari melakukan perbuatan tidak bermaruah. Jika kita solat dan masih melakukan perkara terkeji, bermakna solat kita masih lagi tidak betul. Manakala solat yang betul ialah seperti mana dalam Firman Allah SWT: ‘’Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar’’ (Surah Al-Ankabut,45). Allah SWT telah berfirman bahawa solat itu mencegah dari melakukan kemungkaran, maka perlulah kita berusaha untuk khusyuk dalam solat. Kita hendaklah ingat kepada Allah semasa solat untuk menghayati maksud solat itu sendiri.

MEMAHAMI BACAAN SOLAT
Manusia yang tidak mampu membentuk diri mereka melalui solat ialah mereka yang tidak memahami maksud setiap bacaan yang dibaca ketika bersolat dan juga mereka yang tidak mengambil berat tentang solat itu sendiri. Ramai yang tidak memahami setiap bacaan dan sekadar membacanya dan juga ada yang memahami namun tidak ambil peduli dengan setiap bacaan tersebut. Sebagai seorang manusia yang soleh, perlulah memahami setiap bacaan yang dibaca dalam solat. Memahami bacaan bermaksud memahami maksud kalimah yang dituturkan. Ramai orang tahu makna kalimah-kalimah yang dituturkan, sama ada secara ijmali atau tafsili, tetapi tidak dapat menghayatinya. Hal ini sangat penting kerana dengan memahami setiap maksud bacaan itu, dapat memberikan kefahaman dan dengan itu dapat menyumbang kepada khusyuk dalam solat seperti mana yang perlu setiap muslimin lakukan. Sebahagian daripada kita tahu kalimah tersebut tetapi tidak tahu makna disebaliknya. Jadi, dengan itu solat mereka tidak mampu mengelakkan diri mereka daripada melakukan kemungkaran( Dr Amran Kasimin,117). Maksudnya kita masih belum lagi memahami setiap apa yang kita lafazkan di dalam solat, bahkan kata-kata yang dilafazkan itu masih belum lagi mampu untuk masuk ke hati, melekat di situ dan meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada diri dan setiap perbuatan kita. Oleh kerana itu, solat 5 waktu sehari semalam tidak mampu membentuk mereka kerana mereka sendiri yang mengabaikan solat itu dengan tidak memahami maksud-maksud dan mengamalkan setiap perintah yang diperintahkan oleh Allah SWT.
KESAN SOLAT YANG KHUSYUK
Terdapat banyak kesan-kesan solat yang khusyuk kepada kehidupan setiap umat Islam. Antaranya ialah dapat mengawal diri. Orang yang solat sentiasa mengawal hati, pemikiran, perasaan dan anggotanya agar tidak membuat kerja selain yang menjadi rukun qauli, qalbi dan fi'li. Jika ada membuat gerakan besar tiga kali berturut, maka solatnya boleh terbatal. Jika fikiran dan hatinya melayang maka ingatan, hubungan dan munajatnya dengan Allah akan terganggu. Jadi ia akan terus berusaha untuk mengawal diri dalam solat dan di luar solatnya. Berdasarkan kesan tersebut, maka terbuktilah solat mampu mengawal perasaan dan hati daripada melakukan kemungkaran dan juga maksiat di kalangan orang Islam. Selain itu, Imam al-Ghazali menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk solatnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana orang tersebut tidak akan merasa gerun ketika malakukan perkara keji dan mungkar. Solat yang khusyuk membantu manusia untuk tidak melakukan perkara mungkar dan maksiat. Selepas mengamati dan menghayati bacaan, maka akan terhakislah sikap-sikap hodoh yang ada pada diri sendiri. (Tuan Guru Haji Nik Abduk Aziz Nik Mat, 2)
SOLAT ADALAH UNTUK KEMASLAHATAN MANUSIA
Allah SWT memerintahkan solat kepada manusia untuk kebaikan manusia sendiri kerana tujuan solat itu agar dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar. Tidak sedikit orang di antara kita nampaknya iltizam mengerjakan solat tetapi masih bergelumang dengan maksiat dan kemungkaran. Dengan itu, jelaslah bahawa solat membentuk diri seseorang muslim yang cemerlang dunia akhirat. Bagi mereka yang bersolat namun masih melakukan maksiat dan kemungkaran, itu bermakna solat mereka masih lagi belum sempurna untuk membentuk peribadi yang unggul di sisi Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa tidak terhalang kerana solatnya dari perbuatan keji dan mungkar, maka dia sebenarnya bertambah jauh dari Allah” Maka,benarlah bahawa solat orang yang lalai tidak mampu mencegah perbuatan keji dan mungkar. Mereka ini sememangnya dalam kerugiaan kerana mereka semakin jauh dari pencipta dan akan menanggung akibat perbuatan mereka itu di dunia atau di akhirat kelak. Rasullullah bersabda: ‘Ramai sekali orang mengerjakan solat, tetapi bahagian yang diperolehi dari solatnya hanyalah penat dan letih’ Orang yang dimaksudkan Rasulullah ialah orang yang lalai dalam solatnya. (Ahamad Nahari,35)

KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, menurut ahli-ahli sufi solat adalah sebenarnya satu permohonan serta satu percakapan antara makhluk dengan penciptanya. Sebab itu doa memerlukan persemadiannya yang penuh. Dalam ibadat-ibadat lain kita tidak perlu begitu berhati-hati. Oleh kerana itu, adalah mustahak bagi kita supaya penuh berhati-hati semasa bersolat kalau tidak solat kita adalah seumpama seseorang yang mengigau dalam tidur, tetapi sungguhpun solat kita tidak sedarjat dengan solat orang-orang yang soleh, maka janganlah pula kita meninggalkan solat itu. Tidaklah betul sama sekali kalau kita memikir bahawa tidaklah berfaedah bersolat kalau tidak dikerjakan dengan sempurnanya. Solat dengan kurang kesempurnaanya adalah lebih baik dari tidak bersolat langsung kerana akibatnya ialah seksa yang paling pedih di akhirat kelak. Sebab itu adalah jelas sejelas-jelasnya bahawa kita sekalian mesti berusaha dengan seikhlas-ikhlasnya untuk bersolat dan berdoa ke hadirat Allah SWT supaya Ia memberi kepada kita taufiq dan hidayah supaya dapat kita bersolat seperti mana orang-orang yang soleh bersolat di masa-masa dulu sekurang-kurangnya yang sedemikian itu ada pada kita untuk dipersembahkan ke hadirat Allah SWT. Di dalam solat satu penumpuan minda yang jitu bagi mengingati keagungan dan kebesaran Illahi dimestikan. Jadi, apa juga perkara atau halangan yang boleh merosakkan penumpuan minda ini boleh mencederakan solat itu. Dengan ini, maksud solat tadi tidak akan tercapai. Apabila maksud solat tidak tercapai sukar untuk seseorang itu memahami setiap bacaan yang merupakan doa untuk kita menghindari perbuatan maksiat dan mungkar. Jadi cara terbaik untuk menghindari maksiat atau mungkar ialah dengan solat dengan khusyuk dan memahami setiap bacaan tersebut. Oleh itu, kita sebagai hamba Allah SWT mesti berusaha untuk memperbaiki solat agar menjadi sempurnA. Sesungguhnya orang-orang yang tidak berusaha untuk memperbetulkan amalannya ialah golongan-golongan yang berada dalam kerugian.
RUJUKAN
1. Dinie Publishers, Dr. Amran Kasimin (1992).Bagaimana Mencegah kejahatan Melalui Solat, Jilid 1, No 20 Jalan 6c/7, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor : Jiwamas Printers Sdn Bhd.11, 117
2. Jasmin Enterprise, Ahmad Nazhari (2002), Neraka Bagi Orang Yang Solat, Jilid 1, P.O Box no 12649 50786 Kuala Lumpur, : Jasmin Enterprise.
3. Akrab, Abdul Syukur Abdul Rahman (1996), Solat Cara Rasulullah, Jilid 1, Kuala Lumpur : Tinggi Press Sdn Bhd , 1
4. Darul Nu’man, Muhammad Imran (1995), Dosa Tanpa Nikmat, Jilid 1. Kg Baru, Kuala Lumpur : Darul Nu’man, 136

5. Jahabersa, Syeikh Muhammad bin Salleh Al-Uthaimin (2003), Hukum-Hukum Fiqh Mengenai Thaharah, Solat, Puasa dan Mengurus Jenazah, Johor Bahru : Perniagaan Jahabersa, 18

Wednesday, January 8, 2014

Berehat Dengan Solat

Siapa yang tidak pernah ditimpa masalah dalam hidup? Bahkan hidup ini telah diumpamakan oleh sesetengah ahli falsafah sebagai “tempat untuk menyelesaikan masalah”. Justeru, apabila berdepan dengan masalah, segeralah dapatkan kekuatan, kebijaksanaan dan kesabaran untuk menyelesaikannya.
Bagaimana? Ya, dengan mengadu kepada Allah yang “memberi” masalah itu. Ketika itu, jangan hanya dilihat “sebab” tetapi lihatlah pada “penyebab” segala sebab. Insya-Allah, jika kita mengadu dan merayu kepada Allah, Allah pasti akan mendengar dan memberi jalan penyelesaiannya. Sama ada semua masalah kita akan diselesaikan-Nya ataupun Allah akan menjadikan hati kita tabah dan gagah untuk menghadapinya.

Dengan kekuatan itu kita tidak akan terus mengutuk kegelapan, tetapi kita akan terus berusaha mencari cahaya. Kita tidak akan berterusan mengharapkan ikan, tetapi kita akan berusaha sedaya upaya memiliki jorannya! Ingatlah, apabila Rasulullah SAW menyuruh Sayidina Bilal RA mengumandangkan azan, Baginda akan berkata: “Wahai Bilal, rehatkan kami dengan solat.” (Riwayat Ahmad). Menerusi permintaan itu, Rasulullah menegaskan bahawa solat sebenarnya memberi suatu kerehatan bagi orang yang mendirikannya.

Diriwayatkan daripada Sayidina Huzaifah: “Apabila Rasulullah mengalami suatu kesulitan, Baginda akan segera mengerjakan solat.” (Riwayat Ahmad dan Abu Daud). Tindakan Rasulullah ini selaras dengan anjuran Allah yang bermaksud: “Dan pintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat.” (Surah al-Baqarah 2: 45). Tentu sahaja dalam solat itu, Rasulullah menemui ketenangan dan kekuatan. Bayangkan, betapa kukuh dan teguhnya jiwa Rasulullah. Baginda dibantu oleh wahyu dan diperkuatkan oleh mukjizat, namun Baginda masih mencari kekuatan dengan solat. Lalu siapakah diri kita yang begitu lemah, tetapi terus angkuh daripada mendapat bantuan Allah menerusi solat?
Marilah mencari kerehatan dengan solat. Mudah-mudahan:

i) Hati tenang menghadapi ujian - Solat ialah sebesar-besar dan seutama-utama zikrullah. Firman Allah mafhumnya: “Dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku.” (Surah Taha 20: 14) Hati yang mengingati Allah akan mendapat ketenangan. Ini dapat dilihat dalam firman Allah yang lain, mafhumnya: “Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” (Surah al-Ra’d 13: 28). Ketenangan itulah kekuatan dalam menghadapi pelbagai cabaran dalam hidup. Kita menghadapi ujian bukan dengan kekuatan otot dan fizikal, tetapi dengan kekuatan hati. Hati yang tenang tidak akan mudah kecewa, bosan, putus asa dan marah apabila berdepan dengan kegagalan, kesakitan, kekurangan dan kekalahan dalam hidup.

ii) Mendapat jagaan Allah - Dalam solat juga, seseorang akan mendapat penjagaan Allah hasil daripada menjaga hukum Allah. Rasulullah SAW bersabda: “Jagalah Allah, Allah akan menjaga kamu.” (Riwayat Ahmad). Abdullah bin Salam pula pernah berkata: “Sekiranya keluarga Rasulullah SAW ditimpa sebarang kesempitan, Baginda akan memerintahkan mereka mendirikan solat dan membacakan ayat Allah berikut (mafhumnya): ‘Dan perintahkan keluargamu (serta umatmu) mengerjakan solat dan hendaklah engkau tekun dan sabar mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kami yang memberi rezeki kepadamu. Dan ingatlah kesudahan yang baik bagi orang yang bertakwa.’” (Riwayat al-Tabarani).

Sekian lama kita menagih simpati dari ‘benda’ dan manusia. Ya, lumrah hidup, setiap manusia pasti menghadapi tekanan dalam hidupnya. Apa yang mereka biasa lakukan? Mengikut pendapat pakar psikologi, jika seseorang ditimpa masalah, dia perlu meluahkan masalah itu kepada pihak kedua dan jangan sekali-kali dipendamkan. Bagaimana?
• Tulisan - Luahkan dan tumpahkan semua masalah itu dalam bentuk perkataan dan ayat. Dengan menulis, seseorang akan menjadi lebih rasional dan jelas tentang apa yang sedang dihadapinya. Secara beransur-ansur, emosi yang tertekan dan menggelegak akan menjadi reda apabila fikiran mencari kata dan fakta, kemudian menyusunnya membentuk ayat bagi menterjemahkan rasa hati.

• Luahan - Cari orang yang paling dipercayai dan luahkan segala masalah itu kepadanya. Jangan diharapkan sebarang penyelesaian, tetapi cukup sekadar meluahkan. Dengan bercerita dan berkongsi segala yang terpendam di jiwa bersama orang yang dipercayai, kita merasakan tidak keseorangan dalam menghadapi masalah tersebut. Ini memberi kelegaan buat jiwa. Mengikut kajian pakar psikologi, manusia memerlukan manusia lain untuk mendengar segala rintihan dan kesusahan hatinya, sama seperti mereka memerlukan makanan. Tanpa makanan, badan akan lemah. Begitulah, tanpa didengar masalahnya manusia akan tertekan dan lemah jiwanya.

• Aktiviti Lain - Mengikut pakar perubatan, mereka yang memiliki binatang kesayangan seperti kucing, ikan dan burung dapat mengurangkan stres berbanding mereka yang tidak. Begitu juga seseorang yang memiliki hobi tertentu umpamanya, membaca buku, memanjat bukit, berkebun dan sebagainya. Dengan melihat, memegang dan mendengar sesuatu yang menyeronokkan melalui binatang kesayangan dan hobi yang diminati ini, tekanan yang dihadapi dapat diminimumkan.

Itulah tiga cara untuk mendapatkan kelegaan dan ketenangan jiwa. Namun, bagaimana hebat dan bijak sekalipun kaedah yang mampu difikirkan manusia, ia tidak dapat menandingi kaedah yang telah ditetapkan Allah. Kaedah yang ditetapkan itu ialah solat! Dalam solat, seluruh elemen dalaman dan pancaindera lahiriah diarahkan untuk berhubung dengan Allah. Sebab itulah, ada ulama yang menyatakan solat itu satu bentuk hubungan antara seorang hamba dengan Tuhannya. Bayangkan, solat umpama “wayar” yang menyambungkan diri seorang hamba yang lemah, jahil, hina, miskin dan tidak berdaya dengan Allah; Tuhan yang Maha Perkasa, Maha Mengetahui, Maha Mulia, Maha Kaya dan Maha segala-galanya.
Solat itu umpama “talian hayat” buat seorang hamba apabila berdepan dengan segala kekusutan, kekeliruan dan kesusahan dalam hidupnya. Jika kita punya hajat, solatlah dua rakaat, solat hajat. Pintalah kepada Allah segala yang diingini. Yakinlah akan janji Allah ini: “Pintalah, nescaya akan Aku kabulkan.” (Surah al-Mu’min 40: 60). Jika pada suatu masa dan keadaan, kita keliru untuk membuat keputusan dan melakukan pertimbangan, maka dirikan solat istikharah. Insya-Allah, Allah akan berikan ketenangan emosi dan kestabilan fikiran untuk membuat keputusan. Kita akan dipandu ketika memilih kebaikan di tengah-tengah ribuan kecelaruan. Jika yang kita ingini rezeki, maka dirikan solat Duha, solat yang menjadi kunci pembuka rezeki dari langit dan bumi! Namun, paling utama dan pertama ialah solat fardu. Itulah tiang agama, tonggak jiwa untuk menghadapi segala.

Hati manusia umpama bateri telefon bimbit yang mesti dicas selalu untuk berfungsi. Jika bateri telefon perlu dicas dua atau tiga hari sekali, maka hati manusia perlu dicas dengan solat sebanyak lima kali sehari. Hati manusia yang tidak solat umpama bateri yang kosong. Maka manusia yang tidak solat, umpama telefon yang sudah kehabisan bateri. Apabila hati “mati”, tidak berguna wajah yang tampan dan badan yang sasa pada seseorang manusia, seperti tidak ada gunanya telefon bimbit yang canggih dan cantik tanpa bateri!

Di manakah kita meluahkan segala rasa hati? Dengan siapa? Hakikatnya “pemberi” masalah dan “pemegang” hatilah yang berkuasa memberi ketenangan hati dan membantu menyelesaikan masalah. Siapa pilihan kita?

Allah: Pendengar Tanpa Jemu - Apabila seseorang sedang solat, dia sebenarnya sedang mengadu, merayu dan meminta bantuan Allah. Seorang ulama bernama al-Hakim berkata: “Jika kamu ingin mendengar kata-kata Allah kepadamu, bacalah al-Quran. Sebaliknya, jika kamu ingin berkata-kata dengan Allah, dirikanlah solat.” Dengan membaca al-Quran, kita mendengar ayat-ayat yang diturunkan kepada kita untuk mengurus dan mengatur kehidupan. Manakala dengan mendirikan solat pula, kita memuji Allah, merayu dengan menyebut apa-apa yang kita inginkan dan meluahkan segala kelemahan.

Bayangkan, sekiranya kita meluahkan masalah di atas kertas, kepada orang yang dipercayai, melihat rupa dan mendengar suara haiwan peliharaan, pun sudah mendapat ketenangan apatah lagi jika kita meluahkan segala-galanya kepada Allah. Ketenangan yang kita dapati hasil berhubung dengan Allah melalui solat ialah ketenangan yang hakiki. Kualitinya berganda-ganda daripada ketenangan yang didapati dengan cara yang lain. Menulis masalah di dalam buku catatan, kadangkala meletihkan. Menceritakan masalah kepada seseorang ada kalanya dikecewakan. Manusia, walau bagaimana baik sekalipun, pasti bosan sekiranya diperdengarkan masalah secara berulang-ulang dan berterusan. Haiwan peliharaan, walau bagaimana comel, cantik dan merdu pun siulannya, lama-kelamaan akan membosankan hati. Begitu juga hobi, ada masanya tidak dapat menyelesaikan soal hati. Maka pada siapa lagi kita hendak mengadu?
Mengadulah kepada Allah dalam solat. Allah tidak pernah jemu. Perdengarkan masalah kita berulang-ulang, hatta masalah yang sama, Allah sentiasa sudi mendengarnya. Tuhan tidak pernah kecewa dengan kerenah manusia kerana Tuhan mencipta manusia dan Dia menjaga ciptaan-Nya itu dengan penuh kasih sayang. Allah sentiasa dekat dengan kita selagi kita tidak menjauhi-Nya. Jika kita bertanya tentang-Nya, Allah menjawab: “Jika manusia bertanya tentang-Ku, katakan Aku dekat, dan Aku memenuhi permintaan orang yang meminta.” Jika kita berasa kecewa dan hampir putus asa, Allah memujuk: “Tidak ada yang putus asa melainkan orang kafir.”

Apabila kita berasa dihina dan dipinggirkan, Allah mengingatkan: “Jangan berasa hina dan takut, kamu adalah orang yang tinggi martabatnya jika kamu beriman.” Dan apabila kita terasa keseorangan, kesepian dan mula gementar menghadapi segala ujian dan gelombang kehidupan, Allah memberi harapan dengan firman-Nya yang bermaksud: “Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.”. Selagi kita bersama Allah, selagi kita menunaikan solat, kita akan kuat menghadapi apa-apa jua cabaran. Lalu, tunggu apalagi, marilah berehat dengan solat!

Friday, January 3, 2014

16 Kategori Manusia Yang Tidak Dapat Menatap Wajah Allah

Salah satu nikmat yang paling besar yang dikecapi oleh penduduk syurga ialah mereka dapat melihat dan menatap wajah Allah SWT. Allah berfirman dalam Surah al Qiamah ayat 22-25: “Pada hari akhirat kelak, muka (orang-orang yang beriman kelihatan) berseri-seri; justeru mereka dapat menatap wajah Tuhannya. Sebaliknya muka (orang-orng kafir) serba muram dan pucat hodoh justeru mereka yakin akan menghadapi seksaan yang berat dan dahsyat.” Namun bagi orang yang bernasib malang mereka tidak akan dapat masuk syurga dan menatap wajah Allah . Golongan yang tidak akan dapat menatap wajah Allah yang mulia ialah:
1. Orang yang menjual janji setianya dengan Allah dengan harga yang tidak seberapa daripada habuan duniawi yang fana ini.(Orang bersumpah palsu) Allah berfirman: Sesungguhnya orang-orang yang mengutamakan keuntungan dunia yang sedikit dengan menolak janji Allah dan mencabuli sumpah mereka, mereka tidak akan mendapat bahagian yang baik pada hari akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan memandang kepada mereka pada hari Kiamat, dan tidak akan membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya

2. Pemerintah yang menjauhkan diri dari suka duka rakyat, tidak peduli kepada penderitaan mereka dan tidak kasihan terhadap kemiskinan dan keperitan hidup yang dihadapi oleh mereka. Abu Mariam al Azadi R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda: “Siapa yang memikul apa-apa jawatan atau tugas menguruskan orag Islam namun dia gagal memenuhi tanggongjawab dan dia mengelak daripada menyelesaikan keperluan mendesak, kepentingan, kemiskinan dan kepapaan umat Islam nescaya Allah akan mengelak (menjauhkan diri) daripadanya pada hari kiamat kelak daripada menyelesaikan keperluannya yang mendesak, kepentingan, kemiskinan dan kepapaannya pada hari tersebut.” Hadith Sahih riwayat Abu Daud dan dianggap berstatus sahih oleh al Albani.

3. Orang Tua yang Berzina. Abu Hurairah R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW. pernah bersabda: “Tiga orang Allah enggan bercakap-cakap dengan mereka pada hari kiamat kelak. Allah tidak sudi memandang muka mereka, Allah tidak akan membersihkan mereka daripada dosa (dan noda) . Untuk mereka disiapkan seksa yang sangat pedih. (Mereka ialah ): Orang tua yang berzina, pemerintah yang suka berdusta dan fakir miskin yang takabbur.” Hadith ditakhrijkan oleh Muslim.

4. Pemerintah Atau Kerajaan Yang Suka Berbohong (Dusta)

5. Orang miskin yang takabbur
6. Orang yang tak sudi menolong walau dengan mengajukan seteguk air. Dalam Hadith riwayat Abu Hurairah ada disebutkan prasa berikut: ..orang yang enggan memberi lebihan air minum (yang dia miliki kepada orang yang keputusan air minum). Sehingga Allah bersabda: Pada hari ini Aku akan menghalangmu daripada mendapat lebihan kurniaKu, persis sepertimana kamu menghalang orang lain daripada mendapat kurniaan yang bukan tangan kamu yang menciptanya.

7. Pembai’ah dan pengundi pemimpin kerana kebendaan. Dalam hadith riwayat Abu Hurairah bahawa Rasulullah pernah bersabda: “Tiga orang Allah tidak akan bercakap cakap dengannya pada hari kiamat kelak. Malah Allah tidak akan menoleh (memandang) kepadanya, Allah tidak akan menyucikan dirinya (daripada dosa) . Sebaliknya disediakan untuknya seksa yang sangat pedih.
Pertama; orang yang mempunyai bekalan air yang banyak di suatu kawasan lapang atau sahara tapi ia enggan untuk memberi minum ”Ibnu al Sabil” para musafir (yang kehabisan bekalan minuman ).
Kedua; orang yang menawar untuk membeli barangan selepas asar dengan bersumpah atas nama Allah; bahawa dia akan membeli atau mengambil barang itu dengan harga tertentu. Janjinya itu dipercayai benar oleh penjual. Pada hal dia sebenarnya langsung tidak berniat untuk membelinya.
Ketiga; orang membai’ah pemimpin (mengundi dan memilih atau melantik pemimpin) semata-mata kerana perhitungan keduniaan (kebendaan). Kalau orang yang dipilihnya itu memberikan janji habuannya maka barulah dia akan menunaikan kewajibannya. Kalau tidak ia akan bersikap enggan (atau ingkar).” (Hadith Muttafaqun ’alaihi)

8. Penderhaka Ibu Bapa. Rasulullah bersabda: Abdullah Bin Omar R.A. meriawayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda: “Tiga orang Allah tidak akan sudi memandang wajah mereka pada hari kiamat kelak: Penderhaka kepada dua ibu bapanya, wanita yang berlagak lelaki yang meniru kaum jantan dan golongan orang Daiyuth. Hadith sahih ditakhrijkan oleh Ahmad dan Nasaii 

9. Wanita yang berlagak seperti lelaki (Tomboy).

10. Orang Lelaki yang Dayyuth. Suami atau bapa yang tidak lagi mempunyai rasa cemburu dan maruah diri sehingga membiarkan isteri berjahat dengan orang lain tanpa rasa cemburu dan marah. Apabila perasaan cemburu yang positif ini sudah tidak ada lagi dalam diri seseorang ; maka tidak ada usaha untuk menentang kemungkaran terhadap maruah keluarga atau diri sendiri. Dengan itu kejahatan akan bermerajalela.

11.Pengamal Budaya Kaum Luth. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW. bersabda : Allah tidak akan sudi memandang wajah orang yang menyetubuhi lelaki atau mendatangi isterinya di duburnya. Hadith sahih ditakhrijkan oleh al Turmuzi

12. Pengamal Seks Abnormal. Golongan ini termasuk kalangan yang bernafsu terhadap binatang dan tergamak melakukan hubungan jenis dengan binatang.

13.. ”Al-Mannan” atau pemberi yang suka mengungkit-ungkit pemberiannya; baik lelaki mahupun perempuan. Abu Zar meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Tiga orang Allah tidak akan bercakap-cakap dengan mereka. Allah tidak akan membersihkan mereka daripada dosa (dan noda) malah disiapkan untuk mereka seksa yang sangat pedih. Baginda mengulang prasa itu tiga kali. Lalu (kata Abu Zar) aku pun menambah, malang , kecewa dan rugilah mereka ; siapakah mereka itu wahai Rasulullah?. Beginda menjawab al Mannan atau orang yang suka mengungkit-ungkit pemberiannya, orang yang melariskan barang jualannya dengan sumpah (palsu) dan orang suka melabuhkan pakaiannya ( kerana-menunjuk-nunjukan kekayaan ). Hadith di takhrijkan oleh Muslim.

14. Orang suka menunjuk-nunjuk kekayaan dengan pakaian labuh menyapu tanah dan berjalan di muka bumi dengan angkuh atau “Orang melabuh-labuhkan pakaian (menunjuk-nunjuk kekayaan dengan sikap boros) yang berjalan dengan cara bermegah-megah dengan diri sendiri.”
15. Penjual yang melariskan barang jualannya dengan cara berdusta dan membohong. Abu Zar meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: Tiga orang Allah tidak akan bertutur kata dengan mereka. Allah tidak akan membersihkan mereka dan untuk mereka disediakan azab yang sangat dahsyat… penjual yang melariskan barang jualannya dengan sumpah palsu.

16.Isteri yang tidak berterima kasih terhadap suami. Abdullah Bin Omar R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW. pernah bersabda: “Bahwa Allah tidak akan memandang muka isteri yang tidak berterima kasih (kufur nikmat) kepada suaminya. Pada hal dia sendiri tidak boleh tidak memerlukan kepada suaminya itu.” Hadith sahih ditakhrijkan oleh al Nasasii dan di anggap sahih oleh al Albani. - Ustaz Ghani Shamsudin