DOA

‘Ya Allah, rahmatilah pembaca blog ini, sihatkan ia, ampunilah dosa-dosanya, berkatilah amalannya, janganlah Engkau balikkan hatinya setelah Engkau beri petunjuk dan hidayah kepadanya dan Ya Allah masukkanlah ia dan keluarganya kedalam syurga FirdausMu serta jauhkanlah ia dan keluarganya dari azab nerakaMu. Sesungguhnya Ya Allah, hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau sahajalah kami meminta pertolongan. Ya Allah jika rezeki pembaca blog ini masih diatas langit, turunkanlah ia, jika rezekinya di dalam bumi, keluarkanlah ia, jika rezekinya jauh, dekatkanlah ia, jika rezekinya haram, sucikanlah ia dan jika rezekinya sukar, Engkau permudahkanlah ia” Ya Allah kurniakanlah kepada kami segala kebaikan sebagaimana yang Engkau kurniakan kepada hamba-hamba Mu yang soleh.'

Thursday, May 15, 2014

Pentingnya Sarapan Pagi dan Kesihatan Tubuh Kita

Apa kaitan sarapan pagi dengan kekuatan otak & kelangsingan badan?
Pakar pemakanan sependapat; sarapan pagi adalah sumber pertama untuk memulakan hari kita, sebagaimana dituntut dalam Islam untuk bangun bersahur, walaupun ada yang boleh bertahan sehingga menjelang waktu berbuka. Kajian terbaru menunjukkan, orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan lebih baik. Pemilihan sarapan, terutama yang kaya karbohidrat, membekalkan tenaga, mampu menahan rasa lapar dan mengawal keinginan untuk makan di antara waktu sarapan dan makan tengah hari.

Malangnya, ramai meninggalkan sarapan dengan alasan tiada selera makan pada waktu pagi atau tidak sempat (kerana bangun lambat). Jika kita tergolong dalam kumpulan ini, ada baiknya kita terus membaca untuk mengetahui ‘rahsia’ di sebalik hidangan ringkas yang dipanggil sarapan. Ada saintis menggelar sarapan sebagai makanan untuk otak. Kajian menunjukkan sarapan ada kaitan rapat dengan kecergasan mental. Secara ringkasnya, sarapan dikatakan memberikan kesan positif terhadap aktiviti otak - lebih cergas, peka dan fokus. Ini secara tidak langsung mendatangkan pengaruh positif terhadap diri individu itu untuk melaksanakan tugasnya, sama ada di sekolah atau tempat kerja; walaupun hanya mengambil sarapan seringan sekeping roti dan secawan kopi.

Rangsang paras glukos

Karbohidrat yang diambil pada waktu pagi akan merangsang paras glukos dan mikro nutrien dalam otak. Contohnya, vitamin B yang diperkaya dalam roti dan bijirin sarapan dikenal pasti mampu memberikan kesan positif kepada fungsi otak. Kesan lebih ketara di kalangan kanak-kanak dan remaja yang mengambil sarapan kaya karbohidrat kompleks ialah mereka boleh menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan menyelesaikan masalah dengan lebih baik. Justeru itu, tidak hairan jika pengusaha roti dan bijirin berlumba-lumba menghasilkan produk yang diperkaya dengan pelbagai khasiat dan vitamin.

Kajian dijalankan Food Facts Asia dengan kerjasama empat universiti di Asia ke atas remaja berusia antara 10 hingga 12 tahun yang mengamalkan sarapan rata-rata jauh lebih langsing dan kurang berdepan masalah berat badan berlebihan. Bahkan, kajian di Amerika Syarikat ke atas 3,000 sukarelawan menunjukkan mereka dapat mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan unggul dengan hanya mengamalkan sarapan. Walaupun ada banyak pilihan untuk sarapan seperti nasi lemak, mi atau mihun goreng, tetapi ramai lebih suka sarapan ringan dan ringkas. Ini termasuk roti, bijirin dimakan bersama susu serta jus buah yang tanpa disedari membekalkan banyak khasiat seperti Vitamin A, B (riboflavin dan folat) dan D, zat besi, kalsium serta zink.
Tabiat meninggalkan sarapan lebih kerap berlaku di kalangan orang dewasa kerana tidak sempat dan beranggapan mereka boleh tahan lapar. Bagaimanapun, sikap ini sebenarnya lebih banyak merugikan, terutama kepada mereka yang ingin mengurangkan berat badan. Dalam keadaan lapar, kita terdorong untuk makan lebih banyak - bermakna lebih banyak kalori dan lemak dalam badan. Akibatnya, masalah berat badan kita tidak mungkin selesai dan mungkin lebih buruk. Ramai beranggapan menyediakan sarapan berkhasiat mengambil banyak masa. Ia tidak semestinya betul. Demi kesihatan, apa salahnya kita beralih daripada kebiasaan seperti sandwic roti berserat tinggi atau bijirin diperkaya vitamin serta susu dan buah-buahan segar boleh dihidang di atas meja dalam beberapa minit saja. Jika tidak sempat makan di rumah, bawalah bekal yang sudah disediakan ini ke tempat kerja.

Mulai sekarang, ada baiknya jika kita memulakan tabiat baru dengan mengamalkan pengambilan sarapan yang sihat secara teratur. Caranya, sediakan bahan-bahan sarapan sebelum masuk tidur dan bangun awal setengah jam supaya kita boleh menikmati hari cemerlang!

Pentingnya sarapan pagi!

Setiap hari sebelum pergi bekerja, kerana terburu-buru bimbang terlambat kita mungkin lupa atau tidak sempat sarapan pagi. Atau mungkin kerana satu dan lain hal memang sengaja tidak sarapan pagi. Mengapa demikian? Ada beberapa hal yang menyebabkan kita tidak sarapan pagi padahal kalau kita tahu betapa besar manfaat dari sarapan pagi. Inilah penyebab kita tidak sarapan pagi:
1. Sedang menjalani diet (ingin langsing/kurus, turun berat badan, ingin sihat).
2. Terburu-buru sehingga tidak sempat menyiapkan makanan sarapan pagi.
3. Terburu-buru sehingga tidak sempat sarapan pagi meskipun makanan telah tersedia.
4. Tidak berselera menikmati makanan.

Sebahagian besar kita makan berdasarkan keinginan mata. Atau dengan kata lain, matalah yang menentukan apakah mereka perlu makan dan makanan apa yang seharusnya dimakan. Padahal kenyataannya, Mata sama sekali tidak ada hubungannya dengan makanan. Tapi Pankreaslah yang mengatur semuanya. Pankreas adalah organ di badan kita yang memproduksi Gastric Juice dan Insulin(gula darah).

Tahukah wahai sahabat?

Badan kita terdiri dari 100 trilion sel dan memerlukan 114 macam nutrien yang berbeza-beza (Vitamin, Protein dari sayuran, Garam Mineral, Unsur-unsur Vitamin, Esensi Asam Amino, Esensi Asam Lemak, Serat Sayuran & Buah,Air Putih), dan itu harus kita penuhi setiap hari. Ketika badan kita bangun di pagi hari akan menuntut 114 macam nutrien tersebut. Dan… makanan apa yang kita berikan kepada tubuh kita di pagi hari ? Apa yang terjadi dengan tubuh kita apabila ke-114 nutrien tersebut tidak mampu kita penuhi?
Mengapa Kita Perlu Sarapan Pagi?
Beberapa manfaatnya antara lain:
Menghasilkan Energi Tubuh
Bahan Bakar untuk OTAK
Rahasia hidup sehat
Rahasia berat badan ideal
Kemampuan untuk mengambil ‘keputusan’ yang lebih baik
Memberikan ‘MOOD’ yang nyaman sepanjang hari

1. Sarapan Karbohidrat
Di pagi hari, karbohidrat simple (cereal olahan, roti putih, roti panggang atau makanan asas lainnya) akan menyebabkan kenaikan level gula darah yang mendadak, yang menyebabkan badan melepaskan jumlah insulin yang cukup besar. Hasilnya adalah penurunan tingkat kadar gula dalam darah dan keinginan untuk makan lebih banyak karbohidrat. Pusingan  ini berulang 2-3 kali sehari. Dan pusingan naik turunnya kadar gula dalam darah ini akan memperberat kerja pankreas dan memperlemahnya. Inilah salah satu alasan utama penyebab Diabetes, Hypertensi dan kenaikan berat badan.

Ketika kita sarapan pagi dengan karbohidrat yang berasal dari roti tawar, mee, nasi, dll akan menyebabkan gula darah kita melonjak dengan drastic dan menghasilkan pengeluaran besar Insulin. Insulin ini akan menyingkirkan gula dari gula darah, dan menyebabkan kita akan sering merasa lapar. Pusingan ini berulang 2-3 kali sehari. Tak hairan, kita sering lapar dan mengunyah terus menjadi penyebab Diabetes, Hypertensi dan Obesitas (kegemukan).
2. Tidak Sarapan
Saat kita memutuskan tidak mengambil sarapan, gula darah kita akan turun/drop di bawah tingkat normal. Kita akan merasa kelaparan dan penurunan tingkat energy sehingga selalu mengigil. Akhirnya kita akan kembali mengambil karbohidrat simple untuk mendapatkan peningkatan kadar gula dengan cepat untuk mengatasi rasa lapar dan penurunan energi yang kita alami. Lagi-lagi Karbohidrat simple ini akan menyebabkan kenaikan level kadar gula dalam darah secara mendadak yang menyebabkan badan melepaskan jumlah insulin yang cukup besar. Insulin akan mengambil kelebihan gula dalam darah dan merubahnya menjadi lemak. Hasilnya adalah penurunan kadar gula dalam darah dan keinginan untuk makan lebih banyak karbohidrat. Pusingan ini berulang 2-3 kali sehari. Dan pusingan naik turunnya kadar gula dalam darah ini memperberat kerja pankreas dan memperlemahnya. Ini adalah salah satu alasan utama penyebab diabetes, tekanan darah tinggi dan kenaikan berat badan.

3. Sarapan yang baik Berdasarkan Protein & Nutrien
Sarapan seperti ini akan memberi badan kita dengan nutrien penting dan energi tanpa meningkatkan kadar gula dalam darah dan kadar insulin. Sarapan pagi seperti ini akan menghindarikan kita dari ketergantungan terhadap karbohidrat setiap hari. Dengan cara ini nafsu makan dapat terkawal dengan baik, keinginan makan makanan berkarbohidrat (coklat, kueh, junk food, soft drink, nasi dan mee) akan berkurang. Sebagai hasilnya badan akan menggunakan kelebihan lemak yang tersimpan dalam tubuh untuk mendapatkan energi atau sebagai sumber energi.Hasilnya berat badan kita tidak akan bertambah dan malah cenderung menurun.

Sarapan seperti ini menyediakan semua gizi vital dan energi tanpa menambah kadar gula dan insulin. Hal ini juga mencegah terjadinya kelaparan sepanjang hari. Kita akan merasa lebih sehat, fit, energik dan bugar, kerana mampu mengawal keinginan untuk mengunyah (gorengan, snack, coklat, biskuit, softdrink, dll) dan tubuh kita akan mendapat energi dari cadangan Lemak tubuh. Kita akan merasa lebih bertenaga sepanjang hari. Semua orang perlu sarapan pagi yang baik, dan lebih khusus lagi bagi:
• Orang-orang yang sering mengalami stress.
• Lingkungan kerja yang tidak sehat
• Perokok
• Peminum Alkohol
• Atlit
• Ibu Hamil & Menyusui
• Anak kecil & pelajar
• Orang yang kesehatan yang buruk

Apa Kriteria Sarapan Pagi yang Ideal?
1. Memberikan tubuh kita semua nutrien yang penting
2. Memberikan tubuh kita untuk energi yang baik sepanjang hari
3. Memberikan tubuh kita asupan air yang baik
4. Membantu menjaga tingkat kadar gula dalam darah kita tetap normal
8 Sarapan terbaik dan terburuk buat kita

Sarapan sudah pasti perlu buat Kita. Tapi benarkah sarapan yang kita ambil benar-benar sihat dan baik bagi tubuh kita? Berikut ini adalah 8 sarapan pagi yang paling sering dinikmati oleh orang di seluruh dunia. Menu sarapan yang baik atau yang buruk adalah pilihan kita.

KOPI
Buat Kita penggemar kopi, minum kopi di pagi hari ternyata memberikan manfaat yang luar biasa buat kesihatan Kita. Sebuah penelitian baru menunjukkan bahawa kopi dapat menurunkan risiko terkena diabetes, sakit jantung, perut kembung, Parkinson, batu ginjal, dan cirrhosis. Dari semua jenis kopi, Black coffee adalah yang terbaik, terutama buat wanita.

COKLAT
Makan coklat di pagi hari? Ya, kenapa tidak? Cubalah Coklat hitam yang mengandung 70% cocoa. Jenis ini terbukti memberikan manfaat pada kesihatan tubuh. Selain memiliki kadar gula rendah, coklat hitam adalah sumber antibodi tubuh polyphenol dan flavonoid antioxidant (sama seperti kandungan green tea). Makan coklat hitam secara teratur di pagi hari akan mengurangi risiko pengentalan darah, stroke, sakit jantung, dan menurunkan tekanan darah. Coklat hitam pun telah terbukti meningkatkan semangat kerja, memperbaiki mood, dan memberikan energi yang diperlukan bagi aktivita kita seharian. Tapi hati-hati, jangan makan lebih dari 2 ons / hari kerana kalori coklat cukup tinggi untuk membuat tubuh kita membengkak.

SODA
Ada yang minum soda di pagi hari? Hmm… ini cara buruk untuk memulakan pagi kita. Minum dengan kadar fruktosa tinggi, soda, dan pemanis buatan yang terdapat dalam minuman soda dapat merosakkan pangkreas kita, yang menyebabkan meningkatkan kadar insulin dalam tubuh, dan meningkatkan berat badan. Jika kebiasaan ini diteruskan, lama-lama kita akan mengidap penyakit diabetes. Asid phosphoric dalam minuman bersoda pun berpotensi mengikis tulang, membuat kita jauh lebih cepat terkena osteoporosis.

OATMEAL
Banyak orang meyakini bahawa bubur oatmeal adalah sarapan kesihatan paling ideal. Tapi baru-baru ini, Hospital Boston menemukan bahawa oatmeal yang dimakan anak-anak terus-menerus setiap hari akan meningkatkan kadar gula dalam tubuh yang dapat membantutkan proses kognitif (pemikiran) mereka. Walau baik bagi kesihatan tubuh, tidak ada salahnya memberikan anak-anak sarapan yang pelbagai seperti omelet, sayuran, dan buah-buahan.

PIZZA
Walau bukan makanan sihat (kerana tergolong junk food), pizza ternyata mengandungi bahan-bahan yang menyihatkan. Sos tomato di dalam pizza, mengandungi lycopene yang merupakan antioksidan terkuat saat ini. Selain mencegah kanser, lycopene juga membantu penurunkan kolesterol dan tekanan darah. Pizza vegetarian adalah varian yang terbaik untuk sarapan kita. Hindari sarapan pizza yang memakai topping sosis, peperoni, daging, dan parmesan yang banyak.
TELUR
Telur memang menempati peringkat pertama makanan berkolesterol tinggi. Tapi dari hasil kajian terhadap 115.000 lelaki dan wanita Amerika, Dinas Kesihatan USA tidak menemukan adanya risiko penyakit jantung yang dialami oleh para pemakan telur itu. Wanita yang makan telur lebih dari satu perhari adalah yang paling rendah kemungkinan terkena penyakit jantung. Selain itu, telur merupakan sumber protein terbesar dan mengandungi Omega-3 yang mencegah nyanyuk.

IKAN
Sarapan atau makan ikan 2 kali seminggu dapat menekan risiko terkena sakit jantung dan penyumbatan pada jantung. Ikan pun mengandung Omega-3, dan mencegah risiko terkena diabetes dan Alzheimer. Ikan yang paling baik buat kesihatan kita adalah ikan sardin, herring, anchovies, salmon, mackarel kecil. Ikan-ikan besar seperti iklan pedang, ikan tile, tuna, dan hiu pun sangat bermanfaat pada tubuh.

GULA BUATAN

Sebuah iklan menyebutkan bahwa gula buatan baik bagi tubuh dan mencegah kegemukan. Namun kajian yang dilakukan Purdue University-Amerika baru-baru ini dapat membuktikan bahawa baik gula asli atau buatan, ternyata sama-sama berpotensi membuat tubuh cergas

2 comments:

Pemutih Wajah said...

Jadi intinya sarapan pagi itu sangat baik bagi kesehatan dan jangan sampai ditinggalkan. Jika tidak sarapan pagi maka dapat mengganggu keseimbangan dalam tubuh.

Rama Wijaya said...

Sarapan pagi memang sangat penting untuk kesehatan, selain penghilang rasa lapar, juga menjaga stamina tubuh agar tetap sehat.