DOA

‘Ya Allah, rahmatilah pembaca blog ini, sihatkan ia, ampunilah dosa-dosanya, berkatilah amalannya, janganlah Engkau balikkan hatinya setelah Engkau beri petunjuk dan hidayah kepadanya dan Ya Allah masukkanlah ia dan keluarganya kedalam syurga FirdausMu serta jauhkanlah ia dan keluarganya dari azab nerakaMu. Sesungguhnya Ya Allah, hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau sahajalah kami meminta pertolongan. Ya Allah jika rezeki pembaca blog ini masih diatas langit, turunkanlah ia, jika rezekinya di dalam bumi, keluarkanlah ia, jika rezekinya jauh, dekatkanlah ia, jika rezekinya haram, sucikanlah ia dan jika rezekinya sukar, Engkau permudahkanlah ia” Ya Allah kurniakanlah kepada kami segala kebaikan sebagaimana yang Engkau kurniakan kepada hamba-hamba Mu yang soleh.'

Monday, May 19, 2014

Khasiat Ciptaan Allah - Siri 1

Setiap ciptaan Allah ada yang tersurat dan tersirat yang mana kita sebagai manusia harus mengkaji dan menyelidiki apa kebaikan dan keburukan yang ada pada setiap ciptaanNya. Bigitu juga pada tumbuh-tumbuhan dan buah-buah yang mana banyak khasiat yang terdapat dari untuk mendapatkan vitamin dan hebat disamping mampu memulihkan sesetengah penyakit yang manusia hadapi. Berikut beberapa  buah-buahan dan tumbuhan untuk kita amalkan bagi kebaikan tubuh badan kita.

Khasiat Jus Manggis
Buat pengetahuan anda buah manggis amat berkhasiat terutama di bahagian kulit dalam manggis dan biji buah manggis. Secara tradisi kulit manggis dilumat dan digunakan untuk merawat penyakit seperti Malaria, TB, penyakit kulit, cirit-birit dan dysentry. Di Thailand buah manggis dijemur dan dikeringkan untuk membuat bahan kosmetik seperti syampu, sabun untuk menghaluskan kulit dan mencegah penyakit kulit.

Untuk pengetahuan anda sekalian, buah manggis amat berkhasiat! Bahan aktif XANTHONE dalam buah manggis mempunyai khasiat yang amat menakjubkan. Terutama dibahagian dalam kulit dan biji manggis. Ramai saintis telah mengkaji khasiat buah manggis sejak tahun 1970an. Dan manggis telah dihasilkan dalam bentuk jus supaya enak diminum selain dari mendapatkan hasil yang menakjubkan. Pelbagai masaalah penyakit dapat diatasi dengan minum jus manggis yang asli. Tiada pengawet, perisa asli dan tidak ditambah gula.

Khasiat xanthone iaitu bahan aktif dalam buah manggis dapat membantu pelbagai jenis masaalah seperti alergi, resdung, lelah, pelbagai penyakit kulit seperti eczema, gatal-gatal, psoriasis, seborrhea, jangkitan kulat, luka-luka yang biasa pada mulut, melecur, selepas pembedahan, penyakit darah tinggi, kencing manis, lebihan kolesterol , keletihan, kekurangan drah, ulser, gastrik, saluran usus yang bengkak dan insyaallah pelbagai lagi masaalah.

Kegunaan dan Khasiat Halia
Halia dikatakan ditanam di China sejak berkurun-kurun lamanya. Malah, tanaman itu dikatakan berkemungkinan berasal dari negara tersebut. Masyarakat di China dipercayai telah menggunakan halia dalam amalan perubatan sejak 2,500 tahun lalu. Mereka bergantung kepada khasiat halia untuk mengatasi pelbagai penyakit seperti masalah kesejukan anggota badan terutama di bahagian tangan dan kaki. Gejala itu berpunca daripada gangguan atau masalah pengaliran darah.

Perubatan Moden
Khasiat halia dalam merawat pelbagai penyakit bukan saja diketahui menerusi kaedah tradisional malah dibuktikan oleh pakar-pakar perubatan moden. Menurut satu laporan, kandungan aktif dalam halia yang dikenali sebagai ‘gingeroles’ memberi kesan apabila ia meresap ke dalam badan. Halia atau nama saintifiknya ‘Zingiber officinale’ dari keluarga ‘zingiberaceae’ kaya dengan kandungan kalium (125 miligram), fosforus (63mg) dan kalsium tenaga (52 kilokalori) selain protein, karbohidrat, gentian, vitamin C dan niasin.

Perisa Masakan
Di kalangan masyarakat Malaysia, halia bukan saja berkhasiat malah menjadi perisa atau sebahagian daripada ramuan masakan. Selain berbau harum, campuran halia dalam masakan menjadi pembuka selera makan. Selalunya halia ditumbuk atau dimayang halus, ditumis bersama perencah lain untuk masakan sup, kari, sambal, rendang dan tomyam.

Buang Angin
Dalam perubatan alternatif, halia yang ditumbuk atau air rebusannya digunakan sebagai ubat minum atau sapu. Seperti yang diketahui umum, air rebusan halia yang dicampur lada hitam boleh menghilangkan angin di perut. Air rebusan ini sesuai untuk wanita yang baru bersalin dan mereka yang mengalami masalah angin seluruh badan.


Banyak Kegunaan
Bagi mereka yang terseliuh anggota badan, halia tua yang ditumbuk halus dan dipupuk di tempat tersebut boleh mengelakkan angin memasuki bahagian berkenaan. Halia juga boleh mengubati penyakit sendi, cirit-birit, kekurangan tenaga, pening kepala dan demam panas. Selain itu, halia membantu menghadam makanan, mengawal hati daripada kesejukan dan menghilangkan bau busuk mulut.

Pengambilan halia juga mencegah rasa pening dan mual atau ‘motion sickness’ emasa menaiki kenderaan serta membuang kahak dan lendir yang melekat di halkum. Halia juga membantu menguatkan tenaga batin iaitu menambahkan air mani.

Khasiat Mangga – Bukan Sekadar Sedap
“Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan, maka Kami keluarkan dari tumbuhan-tumbuhan itu tanaman yang menghijau. Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang kurma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan Kami keluarkan pula zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah, dan (perhatikan pula) kematangannya. Sesungguhnya, pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.” (al-An’aam [6]: 99)
Di dalam ayat-ayat Al-Qur`an, Allah menyuruh manusia supaya memperhatikan keberagaman dan keindahan disertai seruan agar merenungkan ciptaan-ciptaan-Nya yang amat menakjubkan. Al-Qur`an menyebutkan sejumlah buah-buahan yang oleh ilmu pengetahuan modern ditegaskan memiliki khasiat untuk mencegah beberapa jenis penyakit. Antaranya adalah kurma, anggur, zaitun, tin, dan delima. Terdapat pelbagai jenis buah-buahan yang memberikan manfaat pada tubuh manusia dalam berbagai cara, juga enak rasanya seperti buah mangga.

Mangga merupakan tanaman yang lazimnya ditemui di kawasan Asia. Secara ilmiah ia dikenal dengan nama Mangifera Indica dan digolongkan ke dalam kelompok suku Anacardiceae. Pohon dari tanaman manga berupa kayu dengan ketinggian batang yang mampu mencapai angka maksimal 40 meter.

Jus mangga, jus yang digemari ramai

Secara tradisional, tanaman mangga boleh digunakan untuk mengubati luka dan dapat digunakan untuk merawat infeksi yang disebabkan oleh bakteria. Apabila seseorang mengalami luka, maka daun mangga diambil lalu dikemam dan diletakkan pada luka tersebut. Bagi individu yang mengalami ulcer pada bagian perut, tanaman ini juga boleh digunakan untuk mengubati penyakit tersebut. Ini terbukti dengan kajian secara saintifik di mana para saintis mengisolasi struktur antibakteria yang boleh membunuh bakteria dan struktur antiinflamasi yang dapat menyembuhkan luka. Disamping itu, para saintis juga dapat mengisolasi struktur antiulcerogenic pada tanaman tersebut yang dapat menyembuhkan ulcer pada perut.

Secara saintifik, tanaman mangga mengandung vitamin C, vitamin A, vitamin B6, vitamin E, pektin, fosfor, kalium, magnesium, astragalin, betakaroten, quercetin yang sangat diperlukan oleh tubuh. Berkat kekayaan komponen, mangga mempunyai pelbagai khasiat yang bermanfaat untuk kesihatan badan. Malah sehingga kini, para saintis masih lagi mengkaji dan merungkai 1001 khasiat dari buah mangga. Antara khasiat yang ditemui adalah:

1. Mencegah kanser
Buah mangga mengandung komponen antioksidan seperti quercetin, astragalin, isoquercitrin, fisetin, asam galat, dan methylgallat. Kandungan antioksidan tersebut dapat membantu melindungi tubuh dari serangan radikal bebas penyebab beberapa jenis kanser. Kanser yang lazim adalah seperti kanser usus, prostate, leukimia, dan payudara.  Radikal bebas adalah molekul-molekul tak stabil yang dihasilkan oleh berbagai proses kimia normal tubuh, radiasi matahari, asap rokok, dan sebagainya.

2. Menurunkan kadar kolestrol
Buah mangga yang berwarna kuning ini mengandungi vitamin C yang tinggi. Vitamin C ini mampu mendetoksikan darah dari unsur-unsur yang tidak penting seperti kolesterol jahat, Secara tidak langsung, mencegah dari penyakit obesiti.

3. Menyihatkan Mata
Vitamin A yang terdapat dalam buah mangga memberikan perlindungan kepada mata dari serangan beberapa radikal bebas penyebab penyakit katarak, mata kering dan sebagainya. Selain itu, mata juga akan menjadi lebih cerah dan kesegaran mata dapat dikekalkan sepanjang hari.

4. Membantu pencernaan dalam tubuh
Mangga memiliki peranan penting dalam menghilangkan masalah seperti gangguan pencernaan. Mangga membantu masalah pencernaan enzim secara semulajadi. Bahan aktif dalam mangga seperti ester, terpene dan aldehida berpengaruh dalam meningkatkan nafsu makan dan juga meningkatkan pencernaan
5. Mencegah strok
Mangga mengandungi kalium yang berfungsi untuk meningkatkan keteraturan tekanan jantung dan membantu untuk otot berfungsi dengan baik. Pengambilan kalium yang memadai akan menyebabkan tekanan darah menjadi stabil, dan mengurangkan kemungkinan mendapat penyakit jantung dan pembuluh darah.

Sedap dan berkhasiat

6. Menyihatkan otak dan meningkatkan daya memori
Mangga kaya dengan vitamin. Sebagaimana banyaknya kandungan vitamin C, mangga juga mempunyai  vitamin B-6 yang sangat penting untuk mempertahankan dan meningkatkan fungsi otak. Vitamin ini membantu untuk menggabungkan neurotransmitter utama yang memberikan kontribusi dalam menentukan keadaan hati dan perubahan pola tidur. Selain itu, kandungan asam Glutamin di mangga mampu meningkatkan konsentrasi dan daya memori.

7. Menghaluskan kulit
Buah yang memiliki rasa manis asam ini ternyata juga mampu menghaluskan kulit serta menghilangkan jerawat, kerana kandungan vitamin A yang terdapat dalam buah mangga mampu memaksa sel-sel kulit untuk kembali atau melakukan proses regenerasi lebih cepat dengan membawa sel-sel kulit baru yang segar ke permukaan. Kulit akan lebih halus dan sihat.

8. Melegakan panas dalam
Mangga juga berfungsi sebagai pendingin tubuh. Panas dalam disebabkan beberapa fakor dan biasanya di sebabkan oleh sistem pencernaan yang buruk dan faktor faktor lain, seperti: kekurangan vitamin C, kekurangan serat, kekurangan cairan tubuh (dehidrasi), memakan makanan yang bersifat panas dan berlemak seperti gorengan, atau bahkan disebabkan cuaca panas. Kandungan Vitamin C yang terdapat pada buah mangga memiliki kemampuan untuk meningkatkan kekebalan tubuh sehingga mampu meredakan penyakit panas dalam lebih cepat.

Nanas penuh pelbagai khasiat
Nanas, buah tropika berwarna kuning terang mempunyai rasa berjus manis masam yang menyelerakan dan sering menjadi bahan pilihan dalam masakan dan minuman. Ia juga berada pada kedudukan kedua selepas pisang sebagai buah tropika kegemaran bagi rakyat Amerika Syarikat. Walaupun nanas buah bermusim iaitu bermula sekitar Mac hingga Jun, ia boleh didapati di semua pasar raya sepanjang tahun. Strukturnya terhasil daripada bunga kecil yang bergabung bersama di sekeliling teras dan setiap bunga dikenali sebagai mata.

Pada awalnya, nanas dianggap berasal dari Amerika Selatan, namun ia pertama kali ditemui orang Eropah pada 1493 di kepulauan Caribbean. Apabila pelayar termasyhur Christopher Columbus membawa nanas balik ke Eropah, cubaan dibuat untuk menanam buah itu sehingga mereka menyedari nanas memerlukan cuaca tropika. Menjelang akhir abad ke-16, peneroka Portugis dan Sepanyol memperkenalkan nanas kepada kawasan jajahan mereka di Asia, Afrika dan Pasifik Selatan iaitu negara yang masih mempunyai banyak nanas sehingga ke hari ini.

Selain rasa yang lazat dan boleh menambah cetusan rasa dalam masakan dan minuman, nanas juga buah yang sungguh menyihatkan kerana ia kaya dengan vitamin C, serat, vitamin B6, mangan, tembaga, vitamin B1 dan folat. Kandungan mangan dan vitamin B1 penting untuk pengeluaran tenaga dan pertahanan antioksidan. Mereka yang menjaga kesihatan selalunya akan memasukkan nanas dalam diet mereka kerana kebaikannya yang tinggi untuk kesihatan tubuh.

Selain vitamin A dan C, nanas juga kaya dengan mineral seperti fosforus, kalsium, potassium dan kalori yang semuanya membantu memberikan kesihatan yang baik kepada mereka yang gemar memakannya. Antara faedah kesihatan yang boleh didapati daripada amalan memakan nanas adalah kandungan vitamin C yang tinggi di dalam buah berkenaan mampu meningkatkan sistem pertahanan badan dan membantu melawan jangkitan virus yang menyebabkan batuk dan selesema. Vitamin C adalah antioksidan utama larut air dan mampu mempertahankan semua kawasan berair tubuh daripada serangan radikal bebas yang merosakkan sel normal.
Walaupun ketika seseorang sudah dijangkiti demam selesema atau batuk, nanas mampu membantu menyihatkan tubuh semula. Ini kerana ia kaya dengan bromelain yang berkesan menghilangkan batuk dan menyingkirkan mukus. Selain ubat yang diberi oleh doktor, memakan nanas mampu menyembuhkan seseorang dengan lebih pantas. Nanas juga popular sebagai makanan yang mampu membina dan menguatkan tulang kerana ia mempunyai mangan iaitu mineral yang diperlukan oleh tubuh untuk membina tulang dan tisu penghubung. Malah dengan pengambilan hanya satu cawan nanas, ia sudah bersamaan dengan 73 peratus daripada keseluruhan keperluan tubuh untuk membina tulang yang kuat.

Ramai yang terlalu memberi perhatian hingga terlupa mereka telah mengabaikan kesihatan gusi yang sama penting peranannya dalam mengekalkan kesihatan gigi dan antara cara untuk mendapatkan gusi yang sihat adalah dengan mengamalkan pemakanan nanas kerana ia berperanan mendapatkan gigi dan gusi yang sihat. Keistimewaan lain nanas juga, ia mampu mengurangkan risiko seseorang mengalami masalah degenerasi makula iaitu penuaan titik di bahagian tengah retina mata manusia yang berfungsi memberikan pandangan yang jelas. Masalah degenerasi makula adalah punca utama yang menyebabkan kehilangan penglihatan yang jelas dalam kalangan orang dewasa akibat kerosakan pada retina sehinggakan aktiviti seperti membaca, mengenal pasti wajah dan melakukan kerja harian terjejas.

Namun dengan menyelitkan buah nanas dalam diet harian yang kaya dengan vitamin A, risiko mendapat masalah itu mampu dikurangkan sehingga 36 peratus. Selain itu, ia juga boleh mengurangkan masalah sakit sendi dan pada masa sama menguatkan tulang bagi memperbaiki kesakitan yang dialami serta baik untuk memperbaiki keadaan penyakit gout dan sindrom terowong karpal atau rasa kebas dan lemah otot pada pergelangan tangan. Salah satu kebaikan nanas yang sememangnya popular adalah ia kaya dengan serat dan mengandungi bromelain yang bertindak meneutralkan keadaan terlalu berasid dan membantu rembesan daripada pankreas yang melancarkan penghadaman serta mengekalkan kesihatan sistem penghadaman.

Kajian yang diadakan juga menunjukkan bromelain mempunyai banyak manfaat kepada tubuh antaranya mengurangkan masalah keradangan yang berlebihan, pembekuan darah yang berlebihan dan beberapa jenis pertumbuhan tumor apabila ia diambil sebagai diet tambahan. Bagi mengamalkan nanas dalam diet seharian, cuba tambahkan nanas segar dalam minuman pagi anda atau masukkan sekali ke dalam yogurt pada waktu makan tengah hari serta dicampur dalam salad buah-buahan dan sayur-sayuran.

7 Khasiat Kurma yang patut anda tahu
Kurma (Phonex dactylifera) atau Tamar merupakan sejenis tumbuhan yang berbuah dan boleh dimakan sama ada ketika ia sudah masak atau masih mentah. Ianya dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang mana sebahagian daripadanya sudah terbukti secara saintifik. Malah dalam kitab suci al-Qur’an sahaja terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma. Baginda Rasulullah SAW juga sendiri telah beberapa kali menyebut perihal kurma dan khasiatnya, dan ianya amat sinonim dengan kisah sirah baginda.

“Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Disana kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan“ Al-Mukminah ayat 19. “Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’, dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu“. Sabda Rasulullah SAW. Manakala sudut sains pula mengatakan, kandungan protein di dalam kurma adalah lebih kurang 2.5%, serat 8.0% manakala kandungan gulanya pula adalah sangat tinggi, yakni sehingga 63%, majoritinya adalah glukosa. Lemak yang terkandung di dalamnya pula adalah sangat sedikit iaitu sekitar 0.4% sahaja. Kurma juga terkenal dalam dunia perubatan tradisional memandangkan ia juga kaya denga zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A, C dan niasin.

Apakah antara khasiat utama kurma?

1) Paling cepat diproses dan diserap, sekaligus memberikan tenaga segera
Memandangkan kandungan gula ringkasnya (monosaccharide) yang sangat tinggi malah lebih tinggi dari pisang, kurma berupaya memberikan “tenaga segera” yang akan diserap oleh tubuh serta-merta. Berbeza dengan kebanyakan buah-buahan lain yang mengadungi sukrosa (disaccharide). Disaccharide seperti sukrosa harus dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi monosaccharide lalu diserap tubuh sebagai tenaga.

“Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Baginda akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air“ Hadis riwayat Ahmad. Makan kurma ketika berbuka puasa amat bagus kerana pada waktu ini, kita perlukan tenaga segera, dan bukannya tenaga yang “lambat untuk dicerna” seperti yang terkandung dalam kebanyakkan makanan berlemak dan bergoreng yang lain.

2) Kaya dengan serat dan potassium
Kurma dimakan tanpa perlu membuang kulitnya dan pada kulitnya itulah terkandung serat. Kurma adalah antara buah-buahan yang amat kaya dengan serat, serat larut mahupun tak larut. Kita sering menganggap buah-buahan seperti pisang itu mengandungi serat yang tinggi, tetapi tahukah anda, dalam 100g Kurma terdapat 8g serat sedangkan dalam 100g Pisang hanya terdapat 2.6g serat sahaja? Tinggi serat amat baik untuk sistem pelawasan.
Selain itu kurma kaya dengan Potassium dan beberapa zat galian yang lain. Potassium adalah elektrolit yang akan menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh badan apabila kita kehilangannya, terutama sepanjang tempoh berpuasa. Tidak perlu membeli 100 Plus sekiranya khuatir akan kekurangan elektrolit ketika berbuka, memadai dengan beberapa biji kurma dan air suam. Potassium juga membantu dalam pembinaan otot termasuk otot jantung dan mampu memelihara sistem saraf.

3)  Penguat memori
Ramai yang berfikiran hanya kismis yang baik untuk menguatkan daya ingatan, namun hakikatnya kurma juga tidak kurang hebatnya. Ianya amat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

4) Baik untuk wanita mengandung/bersalin
Masih ingat kisah Maryam yang hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS? Menerusi malaikat Jibrail, Allah telah mewahyukan kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya menggegar pohon kurma sehingga gugur lantas memakannya tatkala lemah selepas bersalin. “Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak,”Surah Maryam, ayat 25

Dan menurut sebuah laman web, buah kurma amat baik untuk wanita mengandung dan akan memudahkan wanita untuk melahirkan anak dan akan mengurangkan pengaliran darah semasa proses kelahiran. Malah anak yang dilahirkan kelak dipercayai akan mempunyai sifat-sifat yang baik, penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya (Sabda Rasulullah).

5) Penawar Racun
Diriwayat oleh Aishah r.a., “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”

6) Merawat penyakit
Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus seperti serbuk teh. Ianya direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

7) Mengubati gangguan usus dan sembelit
Ketidakserasian dengan gluten menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Kurma mencegah ini dari berlaku.

Khasiat biji selasih
Biji selasih iaitu biji-biji kecil yang kelihatan seperti telur katak sering dicampurkan ke dalam minuman sejuk terutamanya laici kang dan juga beberapa minuman sejuk yang lain. Adakah anda tahu, biji selasih sebenarnya juga mempunyai pelbagai khasiat untuk tubuh badan manusia.  Di antara khasiatnya adalah:


Dapat mengurangkan panas badan. Ia berkhasiat untuk menguatkan organ hati. Merawat insomnia (penyakit susah untuk tidur). Menenangkah fikiran yang secara tidak langsung dapat mengurangkan keadaan gelisah dan gagap.

Dapat membantu mengatasi masalah gangguan pencernaan seperti sembelit. Dapat mengurangkan masalah sakit kepala, sakit gigi dan sakit perut. Bagi wanita, zat cineole dan tannin yang terkandung dalam biji selasih berkhasiat untuk mengurangkan cairan berlebihan pada vagina.

Khasiat Tembikai Susu
Tembikai susu merupakan buahan yang menjadi kegemaran saya, lagilah kalau dimakan ketika hari tengah panas. Sudah agak lama saya tidak menulis post mengenai khasiat buah, jadi kali ini apakata kita lihat serba sedikitkhasiat buah tembikai susu ini. Buah tembikai susu dipetik bukan dari segi saiz tetapi dari segi kematangannya, jadi kalau buah tu sudah besar tetapi masih belum masak atau matang ianya tidak patut dipetik. Malah ketika anda ini membeli buah tembikai susu elakkan memilih yang masih berwarna hijau kerana ianya masih muda.

Tembikai susu mengandungi pelbagai jenis nutrisi iaitu vitamin – vitamin seperti A, B6 dan C, Folat, Potasium, Zink serta lain – lain enzim berkaitan dengan penghadaman. Mengambil kita vitamin C sahaja, ianya bertindak sebagai antioksida yang mana kita tahu antioksida ini membantu dalam melindungi tubuh dari penyakit – penyakit kronik khususnya kanser. Malah vitamin C juga membantu dalam meningkatkan sistem imun tubuhdan sekaligus menghalang tubuh dari dijangkiti selesema dan batuk. Untuk vitamin B6 pula, ianya penting untukkesihatan kulit dan sistem peredaran darah tubuh anda

Selain itu tembikai susu turut merupakan sumber asid folik yang bagus, dimana asid folik ini bagus untuk ibu yang mengandung dimana ia boleh mencegah kecacatan ketika lahir. Malah tembikai susu dilihat mempunyai kandungan sodium yang kurang, bebas lemak, bebas kolestrol dan rendah kalori, oleh itu ianya sedang elok untuk diterapkan dalam menu diet anda yang ingin mengurangkan berat badan.

Potasium yang terkandung dalam tembikai susu dapat mencegah otot dari mengalami kekejangan dan membantu dalam mengawal tekanan darah, serta kandungan air tembikai susu yang banyak akan membantu tubuh anda dari kekurangan air. Untuk rekod, satu mangkuk kecil tembikai susu hanya mengandungi 60 kaloridan membekalkan vitamin C yang mencakupi 70% keperluan harian tubuh anda.

Tembikai susu boleh disimpan dalam suhu bilik sehingga 4 hari, manakal jika disimpan ke dalam peti sejuk ianya boleh bertahan selama 5 hari.

Khasiat Dan Kebaikan Kunyit

Kunyit merupakan bahan yang sangat penting dalam masakan dan minuman. Selain warna + bentuknya, khasiat dan kelebihan kunyit sangat2 menakjubkan. Tahukah kita bahawa kunyit dapat merawat pelbagai jenis penyakit termasuk penyakit KANSER?
Nutrien yang paling menarik dalam kunyit ialah Curcumin kerana ia dapat memerangi KANSER + penyakit Alzheimer. Nutrien curcumin di dalam kunyit ditugaskan sebagai agen anti-radang yang sangat baik. Selain daripada curcumin, kunyit mengandungi paras yang tinggi zat besi + sederhana tahap vitamin B6 + kalium. Semua vitamin dan mineral adalah sebahagian daripada diet yang sihat + seimbang.

Kelebihan dan kebaikan KUNYIT
Agen antiseptik + antibakteria semula jadi, berguna dalam pembasmian luka + terbakar. Apabila digabungkan dengan kembang kol, ia telah terbukti dapat mencegah kanser prostat dan menghentikan pertumbuhan kanser prostat yang sedia ada. Menghalang kanser payudara daripada merebak ke paru-paru. Mengurangkan risiko leukemia terhadap kanak-kanak. Boleh menghalang dan memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer dengan menghapuskan penumpukan plak amyloyd di dalam otak.

Boleh mencegah daripada berlaku dalam pelbagai bentuk kanser yang berbeza. Anti-radang yang bekerja tanpa kesan sampingan. Boleh membantu dalam metabolisme lemak dan membantu dalam pengurusan berat badan. Telah lama digunakan dalam perubatan Cina sebagai rawatan untuk kemurungan kerana ciri2 anti-radang, ia adalah satu rawatan semula jadi untuk artritis dan artritis reumatoid.
Meningkatkan kesan chemotherapy drug Paclitaxel + mengurangkan kesan sampingan. Harapan kajian sedang dijalankan ke atas kesan kunyit pada barah pankreas. Menghentikan pertumbuhan saluran darah baru di dalam tumor barah. Sangat pantas dalam penyembuhan luka2 + membantu dalam pembentukan semula kulit yang rosak. Boleh membantu dalam rawatan psoriasis dan lain2 keadaan kulit radang.

Cara membuat jus KUNYIT
Kunyit hidup dibersihkan kulitnya dan direndam 1 jam dengan sedikit garam untuk membuang getah diluaran. Blend kunyit dengan 5 gelas air. Tapis dan masukkan dalam botol kaca. Jika terlalu pekat tambah sedikit air lagi + asam keping + sedikit gula melaka ketul. Simpan dalam fridge. Minum suku cawan setiap pagi dan malam bersama selawat + Al Fatihah. Jus ini sebaiknya diamalkan untuk pesakit KANSER. InsyaAllah.. mudah2an sembuh dengan perlahan-lahan..
Nota
Kebaikan kunyit jika dimakan buat ulam atau minuman memang sangat baik untuk mereka yang mengalami penyakit KANSER. Selain daun belalai gajah, Daun tujuh bilah dan banyak lagi herba2 lain, KUNYIT juga harus diamalkan sekali. Buatkan jus atau makan mentah atau lebihkan kunyit dalam masakan.

P.S. Orang perempuan juga ada minum jus kunyit untuk kesihatan rahim dan badan. Kita yang tidak sakit pun cubalah mengamalkan memakan unyit dengan kuantiti yang sederhana agar sihat sejahtera. Lebihkan kunyit dalam masakan yang menggunakan bahan ini. Selamat menjaga kesihatan...

No comments: