Herba-herba
dan tumbuh-tumbuhan yang Allah SWT ciptakan terlalu banyak khasiat dan penawar
segala penyakit dan petua. Bukan sahaja herba-herba ini digunakan untuk
masakan, malahan untuk perubatan-perubatan tradisional juga diamalkan oleh kita
orang-orang melayu.
Khasiat
Dan Kegunaan Daun Kari
Tumbuhan
renek ini berasal dari keluarga Rutaceae dan daripada spesies Murraya koeniggi,
mengeluarkan daun-daun kecil berwarna hijau. Daun kari ini biasanya digunakan
dalam menambahkan keharuman masakan dan masyarakat India merupakan pengguna
terbanyak daun kari ini. Pokok kari juga dikenali sebagai
'kariveppilai' dalam bahasa Tamil, juga dikenali sebagai karipulei, kari-kari,
veppu-neem dan daun ilai. Dalam bahasa Kannada, ia dipanggil ‘neem hitam’,
kerana daunnya mirip dengan pohon neem yang pahit, walaupun ia tiada kaitan
langsung dengan pokok neem. Pokok kari juga tiada berkaitan dengan daun salam
(bay leaf) dan daun kemangi (basil leaf) iaitu daun yang aromatik dari Mediterranean.
Bunganya
kecil berwarna putih kekuningan dan mempunyai aroma yang sangat harum. Buahnya
kecil, sebesar terung pipit, berwarna hijau ketika muda dan bertukar ke ungu
berkilau setelah matang. Buahnya boleh dimakan, tetapi biji benihnya dikatakan
beracun. Agaknya, sebab itulah buahnya yang ranum ini tidak diganggu serangga
atau burung. Pokok kari boleh membiak melalui biji benih, keratan batang dan
anak yang tumbuh dari akarnya. Selain ditanam di halaman rumah kerana daunnya
ia juga ditanam sebagai tumbuhan hiasan.
Hasil
kajian mendapati daun kari mengandungi:
*
66.3% kelembapan
* 6.1% protein
*1.0% lemak
*16.0% karbohidrat
*6.4% fiber
Daun
kari juga mengandungi mineral dan vitamin seperti kalsium, fosforus, zat besi,
asid nikotinik dan vitamin C. Ia juga mengandungi volatile oil dan sejenis
glukosid yang dipanggil koenigiin. Daun kari mempunyai khasiat perubatan yang
tinggi dan digunakan dengan meluas dalam perubatan Ayurveda di India. Daun kari
mempunyai nilai sebagai antioksidan, anti-diabetes, antimikrob, anti-inflamasi,
Hepatoprotektor, anti-hiperkolesterolemia dan lain-lain lagi. Daun kari juga
dikatakan baik untuk penjagaan rambut yang panjang dan sihat. Selain dari itu
daun kari juga dapat mencegah uban. Kulit pokok, daun dan akar pokok daun kari
digunakan sebagai tonik. Pucuk daun muda juga boleh dibuat ulam.
Khasiat
Daun Kari Penawar cirit birit dan buasir
Daun
kari boleh dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan
keupayaannya serta mengatasi masalah penghadaman. Ia juga boleh digunakan
sebagai laksatif (julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit. Jus daun kari
yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar kepada cirit birit dan
buasir.
Khasiat
Daun Kari Atasi masalah loya dan pening.
Jus
daunnya yang segar dicampur dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi
masalah loya dan pening terutamanya akibat makan lemak yang berlebihan. Caranya
dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau
nipis. Daun kari juga berkesan dalam mengatasi masalah haid dan penyakit
gonorea (gonorrhea), menghilangkan rasa loya dan pening-pening lalat bagi
wanita mengandung. Air rebusan kulit batangnya yang kering dapat digunakan
untuk mengubat diabetes. Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3
bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan
kegemukan.
Khsaiat
Daun Kari dalam perubatan.
Dari
segi perubatannya, khasiat daun kari amat berkesan dalam mengatasi
masalah-masalah haid dan gonorea, menghilangkan rasa loya dan pening-pening
lalat bagi wanita yang mengandung dan menyembuhkan penyakit cirit-birit dan
penyakit berak berdarah. Selain itu khasiat daun kari juga baik untuk peredaran
darah dan boleh bertindak sebagai sedatif. Buahnya yang didihkan dengan minyak
kelapa hingga kehitaman boleh dihancurkan dan digunakan untuk merawat gigitan
serangga dan haiwan berbisa. Daunnya yang dihancurkan dan dijadikan pes boleh
digunakan untuk merawat lebam dan bengkak dengan cara menampalnya pada bahagian
yang sakit. Walaupun terdapat pelbagai kegunaan tumbuhan ini, namun
penggunaannnya perlu mendapat nasihat daripada pengamal perubatan untuk
mengelakkan kemudaratan.
Khasiat
daun Kari mnejadi ubat penyakit diabetis
Jika
keluarga anda mempunyai masalah turun menurun penyakit diabetis cuba amalkan
memakan pucuk daun kari selama 3 bulan tanpa memasak atau merebusnya, buat
sebagai ulam Insya-Allah akan sembuh penyakit tersebut. Lebih elok memakan
mentah seperti anda makan salad atau pegaga kerana ia akan tercerna dalam
abdomen anda secara semulajadi. Amalan memakanya tidak perlu direbus kerana
akan mematikan kandungan enzim dan menjadi tidak berkesan.
Khasiat
Daun Kari untuk Kecantikan & Kesihatan Diri
Manfaatkan
Khasiat Daun Kari untuk kecantikan & kesihatan diri dengan cara yang murah
& lebih selamat. Minum air rebusan daun, akar, kulit kayu,batang dan bunga
kari.Ia akan melegakan sebarang gangguan dalam perut. Makan daun kari secara
mentah untuk mengatasi cirit-birit. Buat teh daripada daun kari yang kering dan
minum airnya.Khasiatnya dapat menambah selera makan dan mengurangkan
muntah-muntah. Jika terkena patukan ular, minum campuran daun kari yang telah
dikisar dengan kunyit mentah dan garam.Ini adalah langkah awal sementara mangsa
dibawa ke hospital.
Untuk
kanak-kanak yang mengadu sakit perut, minumlah campuran jus daun kari. Campurkan
satu sudu makan minyak kelapa dengan segenggam daun kari.Masakkan ia sehingga
hangus.Setelah sejuk gunakan ia sebagai tonik rambut untuk menghitamkan rambut
dan mencegah uban. Untuk menghilangkan loya bagi wanita mengandung, campurkan
campuran jus daun kari dan dua sudu teh jus limau nipis serta sesudu teh gula. Untuk
menghilangkan sembelit, rendamkan daun kari dengan air panas.Kemudian campurkan
dengan madu sebelum diminum.
DAUN
KARI DIGUNAKAN DALAM MASAKAN BERSAMA REMPAH RATUS YANG LAIN
Info
Tambahan Khasiat Daun Kari
1. Daun Kari Bagus untuk menghitamkan rambut.
2. Perawatan untuk bengkak di tubuh badan.
3. Khasiat Daun Kari Baik untuk mencegah kencing manis.
4. Khasiat Daun Kari dapat Mengurangkan kolestrol dalam badan.
5. Baik untuk penghadaman.
6. Mengatasi masalah alahan bagi wanita mengandung.
7.Selain dari itu, Daun kari boleh digunakan untuk menghalau lalat.
Petua
dari kaum India:
Untuk
mendapatkan anak atau meramaikan anak, makan daun karipulei ini setiap hari
samada pucuknya untuk dibuat ulam atau daunnya yangg tua dicampur dengan banyak
dalam gulai kari. Lebih elok memakan mentah seperti anda makan salad atau
pegaga kerana ia akan tercerna dalam abdomen anda secara semulajadi. Amalan memakanya
tidak perlu direbus kerana akan mematikan kandungan enzim dan menjadi tidak
berkesan. Buahnya yang didihkan dengan minyak kelapa hingga kehitaman boleh
dihancurkan dan digunakan untuk merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa. Daunnya
yang dihancurkan dan dijadikan pes boleh digunakan untuk merawat lebam dan
bengkak dengan cara menampalnya pada bahagian yang sakit itu.
Khasiat
Daun Pegaga
Daun
pegaga kebiasaannya dijadikan ulaman orang melayu dan ianya juga boleh
mengubati beberapa penyakit antaranya: kencing manis, mengecutkan Rahim, mengubati
kegatalan pada vagina, menghilangkan bintik-bintik hitam pada muka, mengubati
penyakit darah tinggi. Selain itu, daun pegaga juga boleh digunakan untuk
rawatan kecantikan
Ambil
secekak daun pegaga bersama akarnya, direbus dengan dua gelas air sehingga
tinggal segelas air rebusan itu, tapiskan dan sejukkan. Setelah itu, minumlah
sekali sehari setelah makan malam, amalkan seminggu 3 kali. Kesannya, wajah
akan kelihatan lebih berseri.
Mengecutkan
Rahim
Bagi
wanita yang mengalami masalah rahim mengembang atau lepas kedatangan haid
bolehlah memakan pucuk daun pegaga dengan dijadikan ulam atau masakan. Amalkan
setiap hari sehingga rahim mengecut.
Menghilangkan
Bintik-bintik Hitam Pada Wajah
Daun
pegaga yang ditumbuk halus dan kemudian dicampurkan dengan bedak sejuk amat mujarab
untuk menghilangkan bintik-bintik hitam pada wajah. Caranya: Ambil 10 helai daun
pegaga, cuci dengan air garam, kemudian ditumbuk halus dan campurkan air garam
dengan bedak sejuk yang telah dicampurkan dengan sedikit air suam. Amalkan
memakainya pada muka setiap malam dan cucilah pada keesokan harinya. Lakukan
petua ini setiap malam sehinggalah bintik-bintik hitam di muka hilanG
Khasiat
Sebalik Daun Sirih
Hasil
penemuan kajian – kajian saintifik oleh pakar – pakar kajian herba produk
mengatakan sirih (Piper betle L) mengandungi komponen – komponen aktif
semulajadi yang amat berguna dalam perubatan dan pelbagai kegunaannya. Ianya
juga mengandungi antiseptik semulajadi yang berupaya membunuh kuman, bakteria
dan kulat dengan khasiat hemostasis yang dapat melancar darah dan menghentikan
perdarahan. Berikut adalah antara khasiat-khasiat daun sirih.
1.
Menghilangkan sakit tekak, bengkak dibahagian tekak dan batuk berkahak.
2. Sebagai bahan pencuci dibahagian vagina bagi merawatkan keputihan untuk
wanita, menghilangkan bau, gatal-gatal atau dijangkiti bakteria.
3. Membantu menyejukkan badan dan mengecutkan saluran peranakan untuk ibu -ibu
didalam pantang
4. Menghalang dan menghentikan dari berlakunya hidung berdarah.
5. Daun sireh mengandungi antiseptik yang dapat menghilangkan gatal – gatal
kulit seperti kurap dan kayap.
6. Dapat menghilangkan bisa dan bengkak gigitan serangga dan tebuan.
7. Dapat menhilangkan atau meneutralkan bau badan, bau mulut, bau bahagian alat
sulit yang tidak menyenangkan.
8. Dapat mengurangkan demam panas serta kembung bagi kanak-kanak.
9. Dapat menghilangkan sakit kepala, menghilangkan gatal dan kelemumur.
10. Dapat digunakan untuk kecantikkan seperti menghilangkan parut jerawat,
jeragat, menegangkan kulit,
mencerahkan kulit, melembabkan kulit, melebatkan bulu kening dan digunakan
sebagai masker.
11. Dijadikan bahan pembalut untuk tangan terseliuh atau patah.
12. Merawat penyakit sendi dan bisa – bisa tulang.
13. Digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit resdung, penyakit malaria
dan sakit mata.
Khasiat
Kayu Manis
Cinnamon
atau lebih dikenali dengan nama kayu manis dalam kalangan masyarakat Melayu,
mempunyai pelbagai kelebihan untuk merawat kulit secara semula jadi tanpa kesan
sampingan berbahaya bahan kimia. Sejenis rempah yang diambil dari bahagian
kulit pokok dalam kalangan keluarga Cinnamomum, kayu manis selalunya digunakan
untuk menambah rasa dalam makanan sama ada yang berperisa pedas atau manis. Berasal
dari Sri Lanka, kayu manis sama ada dikisar atau dibentuk menjadi minyak,
mempunyai khasiat kepada kulit kerana ia mampu melancarkan peredaran darah
serta menyalurkan nutrien ke kulit.
Kayu
manis adalah rempah berkualiti yang dihargai semua bangsa sehingga pada satu
tahap sekitar kurun pertama, sejarah menunjukkan nilai 350 gram kayu manis
bersamaan dengan lima kilogram perak. Pakar perubatan zaman pertengahan juga
menggunakan kayu manis sebagai ubat untuk merawat batuk, serak, sakit tekak,
sakit perut, kembung, cirit-birit dan senak perut. Ia juga mampu bertindak
sebagai antiseptik semula jadi yang boleh membunuh kuman. Oleh itu, sekiranya
tangan terluka dan tidak sempat mencari ubat, kayu manis boleh digunakan dengan
disapu sedikit pada luka untuk mematikan kuman, namun ia agak pedih.
Kayu
manis adalah bahan kecantikan semula jadi dan bertindak sebagai ejen yang
berkesan mengurangkan parut, menghilangkan jerawat dan melegakan kegatalan
kulit kepala. Campuran minyak kayu manis dan minyak zaitun mampu mengurangkan
garis halus pada wajah kerana ia melembapkan kulit, seterusnya membuatkan kulit
lebih lembut dan kurang berkedut termasuk di bahagian hujung mata, selain boleh
menggantikan pelembap bibir. Lebih menakjubkan, kayu manis juga mampu bertindak
membersihkan dan menyuburkan kulit kepala, dengan cara menyingkirkan kulit mati
dan menggalakkan pengaliran darah di bahagian berkenaan. Ia boleh dilakukan
dengan cara mencampurkan sesudu serbuk kayu manis bersama madu dan minyak
zaitun, kemudian disapu ke kulit kepala sambil mengurut lembut, dibiarkan
sekurang-kurangnya 15 minit sebelum syampu seperti biasa.
Rempah
berkenaan mempunyai beberapa sifat semula jadi yang boleh digunakan dalam
rawatan rambut. Bukan saja selamat, kayu manis juga memberi pilihan lebih murah
untuk merawat masalah rambut gugur dan bercabang sekiranya digunakan secara
konsisten. Ia juga boleh membantu merawat jerawat namun ia perlu disapu nipis
kerana ia agak pedih sekiranya disapu tebal. Lebih baik sekiranya ia dicampur
dengan bedak sejuk atau madu sebelum disapu ke kulit. Selain mujarab pada
luaran tubuh, kajian mendapati kayu manis mampu menurunkan kadar kolesterol LDL
yang mengakibatkan masalah kardiovaskular, melalui pengambilan setengah sudu
rempah itu setiap hari.
Beberapa
kajian menunjukkan bahawa kayu manis mungkin mempunyai kesan kawalan gula dalam
darah, menjadikan ia bermanfaat terutama bagi orang yang mengidap diabetes. Kayu
manis juga menunjukkan kebolehan menakjubkan dengan menghentikan jangkitan yis
yang gagal dimusnahkan ubatan lain. Dalam kajian yang diterbitkan penyelidik di
Jabatan Pertanian Amerika Syarikat di Maryland, kayu manis didapati
mengurangkan percambahan sel kanser leukemia dan limfoma, selain mempunyai
kesan antipembekuan darah.
Menerusi
satu kajian di Universiti Copenhagen pula, pesakit yang mengidap artritis
diberi setengah sudu teh serbuk kayu manis digabungkan dengan satu sudu madu
setiap pagi sebelum sarapan pagi. Selepas seminggu, didapati pesakit dapat
merasai perbezaan yang nyata dan boleh berjalan tanpa rasa sakit dalam tempoh
satu bulan. Apabila ditambah pada makanan, kayu manis dapat menyekat
pertumbuhan bakteria dan kerosakan makanan, menjadikannya pengawet makanan
semula jadi. Satu kajian mendapati bau kayu manis juga mempunyai manfaat
apabila ia mampu meningkatkan fungsi kognitif dan ingatan selain sumber makanan
yang kaya mineral, serat, besi dan kalsium.
Bagi
setiap 5.2 gram kayu manis atau bersamaan dua sudu teh, ia mengandungi 45.5
peratus mineral, 11 peratus serat dan 5.2 peratus kalsium. Penyelidik di
Universiti Negeri Kansas, pula mendapati kayu manis mampu melawan bakteria E.
coli dalam jus yang tidak dipasteur. Jika dicampur bersama teh hijau, kayu
manis juga didapati mempunyai kesan yang mampu mengawal berat badan secara
semula jadi. Rempah berkenaan juga terbukti berkesan untuk mengawal kesakitan
senggugut di mana ia mengandungi bahan kimia semula jadi yang dipanggil
cinnamaldehyde. Kajian menunjukkan cinnamaldehyde meningkatkan hormon
progesteron dan mengurangkan penghasilan testosteron pada wanita, membantu
untuk mengimbangi hormon.
Namun
bagi mereka yang mahu mencuba keberkesanan kayu manis, mereka perlu memastikan
kesan sampingan sapuan atau pengambilan kayu manis dengan mendapatkan nasihat
doktor atau mencubanya sedikit terlebih dulu, bagi mengelak masalah alahan. Pada
masa sama, ada beberapa cara yang boleh digunakan untuk menikmati keenakan kayu
manis selain mendapat seribu satu khasiat daripadanya. Antaranya adalah dengan
menyapu kepingan roti dengan madu dan ditabur serbuk kayu manis untuk dinikmati
sebagai sarapan atau merendam kayu manis dalam susu soya suam serta dicampur ke
dalam makanan sebagai penambah perisa.
Khasiat
Jintan Manis Membantu Memecahkan Lemak
Jintan
Manis atau fennal seed adalah bahan-bahan utama dalam masakan Melayu + India +
Indonesia + hampir separuh negara di Asia menggunakannya. Tanpa Jintan Manis
maka kuranglah rasa kesedapan pada lauk-lauk yang dimasak. Namun tahukah kita Jintan
Manis mempunyai kehebatan tersendiri selain hebatnya dalam masakan? Jom kita
cuba satu petua untuk menurunkan berat badan atau cara-cara memecahkan lemak
dengan menggunakan jintan manis.
Khasiat
dan kebaikan Jintan Manis
Jintan
Manis sememangnya mengandungi banyak flavonoid anti-oksidan seperti kaempferol
dan quercetin. Sebatian ini berfungsi sebagai anti-oksidan yang kuat dengan
menghapuskan radikal bebas yang berbahaya dari badan itu melindungi dari kanser
+ jangkitan + penuaan + penyakit degeneratif neurologi. Di samping itu, serat
pemakanan mengikat kepada garam hempedu (dihasilkan daripada kolesterol) dan
mengurangkan penyerapan semula di dalam kolon, sekaligus membantu menurunkan
tahap kolesterol LDL serum. Dengan oksidan anti-flavonoid + fiber dari
komposisi Jintan Manis dapat membantu melindungi lendir dari kanser
kolon.
Jintan
Manis mempunyai kesihatan yang banyak memberi manfaat kepada sebatian minyak
penting seperti anethole + limonene + aldehid anisic + pinena + myrcene +
fenchone + chavicol dan cineole. Prinsip ini sangat aktif dalam herba Jintan Manis
yang diketahui mempunyai Antioksida + Sistem Pencernaan + dapat mengeluarkan
udara + Anti Gas dalam perut. Jintan Manis sumber mineral seperti tembaga +
besi + kalsium + potassium + mangan + selenium + zink + magnesium. Tembaga diperlukan
dalam pengeluaran sel darah merah. Besi diperlukan untuk pembentukan sel darah
merah. Zink adalah bersama-faktor dalam banyak enzim yang mengawal pertumbuhan
dan pembangunan + generasi sperma + penghadaman + sintesis asid nukleik. Potassiummerupakan
satu komponen penting dalam sel dan cecair badan yang membantu mengawal kadar
jantung dan tekanan darah. Mangan digunakan oleh badan sebagai faktor untuk
enzim anti-oksida yang kuat + superoxide dismutase.
Banyak
vitamin2 yang penting seperti vitamin A + E + C + B kompleks seperti thiamin +
pyridoxine + riboflavin + niasin terutamanya tertumpu dalam herba Jintan Manis.
Seperti jemuju, Jintan Manis adalah sumber yang kaya dengan serat pemakanan.
100 g biji benih menyediakan 39.8 g serat. Kebanyakan serat ini adalah
metabolically serat tidak larut lengai yang membantu sebahagian besar
peningkatan makanan dengan menyerap air seluruh sistem penghadaman dan
mengurangkan sembelit.
Cara-cara
membuat jus Jintan Manis = memecahkan lemak
Ambil
2 atau 3 sudu besar Jintan Manis + rebus dengan 6 gelas air selama 20 minit =
Minum setengah gelas setiap pagi dan malam sebelum atau selepas makan. Untuk
permulaan cubalah setiap malam sahaja kerana semasa tidur badan kita sedang
rehat dan pada masa itulah khasiat Jintas Manis bekerja untuk memecahkan lemak
secara perlahan-lahan. Namun haruslah lebihkan minum air masak 8 gelas setiap
hari sudah mencukupi.
Nota;
Banyak
khasiat Jintan Manis yang kita tidak terfikir ingin ambil tahu kecuali dah
masak sedap masuk perut. Kepada pesakit KANSER juga diharap dapat mencubanya.
Mudah2an sembuh dengan izin-Nya..
Gajus
Penuh Khasiat Perubatan
Biasa
ke makan buah gajus? Tak biasa? rugilah kerana buah nie memang banyak
khasiatnya.Mari kita siasat tentang pokok dan buahnya. Pokok gajus merupakan
pokok kayu keras berketinggian 10 - 13 meter. Berasal dari timur Brazil,tetapi
sudah banyak ditanam dan tumbuh di kawasan beriklim tropika Unik kerana bijinya
diluar serta berbentuk ginjal atau buah pinggang. Buahnya berkulit keras,namun
bila sudah matang berwarna kuning dan kemerahan serta berbau wangi. Nama
saintifiknya ialah Anacardium Occidentale atau Cashew di dalam bahasa Inggeris.
India
dan Vietnam merupakan pengeluar terbesar biji gajus serta bahan hasil
proses,manakala USA merupakan pengguna terbesar di dunia. Gajus digunakan
secara meluas di dalam perubatan tradisional. Di malaysia daun gajus dijadikan
ulam. Daun gajus digunakan secara tradisional untuk merawat sakit gigi, kulit
terbakar, cirit birit, sakit perut, kencing manis dan membersihkan mata.
Bunga
gajus digunakan untuk merawat batuk.
Buahnya
boleh dibuat jus dan diminum untuk merawat sakit kerongkong,penyakit kulit, menghalang
pelawas, melegakan muntah dan menghalang keguguran rambut. Air rebusan batang
gajus dikatakan boleh merawat sakit gigi,sakit gusi,malaria,cirit-birit,sakit
kerongkong dan ulser mulut. Kajian saintifik telah membuktikan daun gajus
mempunyai kesan antioksidan,baik untuk melawan agen kanser.
Buahnya
secara saintifik mampu bertindak sebagai agen antikulat dan anti bakteria. Namun
kesan saintifik yang terbukti ialah daunnya yang mampu bertindak mengubati
kencing manis atau diabetes. Buahnya juga secara saintifik bertindak sbagai
antiinflamatori di dalam mengubati pelbagai kesan penyakit kulit terutamanya
kulit terbakar atau pecah. Bijinya dikeringkan dijadikan snek serta minyak yang
digunakan secara meluas di seluruh dunia terutama di Amerika Syarikat.
Khasiat
Lobak Putih
Selain
lobak merah, lobak putih juga dikatakan mengandungi kandungan khasiat yang
tinggi dan sering dikaitkan dengan mereka yang mengalami masalah penghadaman.
Masalah perut meragam sering kali berlaku akibat ketidakhadaman makanan dan ia
bukan sahaja menyakitkan tetapi turut menyebabkan seluruh badan terasa tidak
selesa.Salah satu kaedah dalam perubatan tradisional untuk mengubati masalah
perut meragam ialah dengan menggunakan lobak putih.
Selain
daripada masalah ketidakhadaman makanan, lobak putih juga baik dimakan oleh
mereka yang menghidap bronkitis, sakit tenggorok, asma, batuk dan selesema. Ia
bertindak menentang bakteria, menguatkan limfa serta mempunyai kesan-kesan
antipiretik. Berasal dari keluarga crucifera, lobak putih juga sesuai dimakan
sebagai ulam terutamanya di kalangan mereka yang mengalami masalah kencing
tidak lawas.
Jus
lobak putih mampu memulihkan rasa sendat, buang angin, dan mampu mengubat
jangkitan pada hempedu. Ia lazimnya dicampur dengan sedikit madu. Tambahkan
sedikit jus limau nipis untuk menambah kandungan vitamin C. Ini dapat membantu
badan menyerap kalsium dengan lebih mudah. Ini kerana sekiranya terkena sakit
batu karang, anda perlu makan makanan yang kaya dengan kalsium. Ini kerana
kalsium dalam makanan akan bergabung dengan oxalate dalam sistem penghadaman
menghasilkan kalsium oxalate. Ia menghalang oxalate dari diserap. Oxalate
adalah bahan yang bergabung dengan kalsium dalam ginjal dan membentuk kalsium
oxalate (batu karang). Jadi kalsium membentuk yang bergabung dengan oxalate
dalam sistem penghadaman membantu menghalang pembentukan batu karang dalam buah
pinggang.
Jadi
kalau dipegang dari fakta ini, kita boleh membuat kesimpulan bahawa jus lobak
yang kaya dengan kalsium mampu menghalang batu karang dari terbentuk dalam ginjal.
Jadi, amalan yang dilakukan memang benar-benar dapat membantu memulihkan
dirinya dari penyakit batu karang.
Khasiat
Lobak Merah
Kesihatan
boleh diperolehi. Salah satunya adalah dengan cara makan makanan yang
menyihatkan. Lobak adalah sejenis sayuran ubi yang sangat berkhasiat untuk
kesihatan kita. Mungkin ramai yang menyangka lobak berasal dari negara barat,
tapi sebenarnya ia berasal dari Asia. Lobak mempunyai nilai pemakanan dan
perubatan yang sangat penting untuk kesihatan kita. Seperti semua orang tahu,
lobak mengandungi beta kerotin (yang akan ditukar kepada vitamin A dalam badan
kita) yang tinggi selain dari sebahagian besar serat dan karbohidrat terdapat
juga sedikit protein, lemak, kalsium, zat besi, vitamin B1, vitamin B2, vitamin
B6, vitamin C, vitamin K, biotin, potassium dan thiamine.
Di
antara khasiat kesihatan daripada lobak ialah:
1.
Lobak sangat baik untuk sistem limfa dan perut kita.
2. Memperbaiki masalah seksual, rabun malam dan batuk yang berpanjangan (tidak
mahu sembuh dalam jangka masa yang lama).
3. Menguatkan buah pinggang, mengeluarkan angin dan kesejukan berlebihan dari
badan kita.
4.
Lobak sangat terkenal dengan sifat anti-kanser. Kajian menunjukan orang yang
kekurangan beta kerotin 2 kali ganda lebih mudah mendapat penyakit kanser
(barah). Adalah baik untuk makan lobak setiap hari bagi mengelakkan kanser. Ini
adalah kerana beta kerotin di dalam lobak mudah ditukar kepada vitamin A untuk
kegunaan badan kita. Vitamin A juga penting untuk pertumbuhan sel yang sihat,
sistem imunisasi (sistem petahanan/kekebalan badan dari penyakit) dan
perlindungan terhadap kemerosotan (degenerasi) maskular. Kajian juga mendapati
karot yang mengandungi asid folik, kumpulan vitamin B, berkesan untuk melawan
radikal bebas (bahan yang menyebabkan kanser) dalam badan kita. Lignin yang
ditemui dalam karot juga membantu menguatkan sistem kekebalan tubuh kita untuk
melawan sel-sel kanser.
5.
Lobak juga mengandungi suksinat potash yang bersifat ubat anti-hipertensi juga
dapat membantu mengurangkan tekanan darah. Oleh kerana itu, juga dianggap
sebagai diet yang baik bagi pesakit tekanan darah tinggi. Lobak adalah bahan
yang larut dalam lemak, zat-zatnya lebih senang diserap oleh badan dengan
kehadiran minyak. Oleh itu, masukkan setitis minyak zaitun ke dalam segelas jus
lobak untuk penyerapan nutrisi yang lebih berkesan oleh tubuh kita. Lakukan ini
demi kesihatan.
8
Sebab kenapa perlu makan bawang putih
1.
Mengurangkan risiko strok
Bawang putih akan merangsang penghasilan nitric oxide pada dinding saluran
darah. Ini akan membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal
tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok.
2.
Mengurangkan risiko kanser
Bawang putih kaya dengan bahan antioksidan seperti selenium yang membantu
mengurangkan free radical di dalam darah. Ini akan mengurangkan risiko
seseorang mendapat kanser.
3.
Anti bakteria dan antivirus
Sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak
sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrob. Jadi,
ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.
4.
Anti inflamasi
Kajian juga menunjukkan bawang putih mempunyai bahan antiinflamasi yang dapat
membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi pada arhritis pada
sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.
5.
Mengandungi banyak iodin
Kandungan iodin yang tinggi di dalam bawang putih amat baik untuk pesakit yang menghidap
hypertiroid.
6.
Membantu sistem pencernaan
Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan
membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.
7.
Meningkatkan sistem imunisasi
Ya, terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak 2
hingga 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah
putih untuk melawan jangkitan dan tumor.
8.
Mengurangkan kolesterol dalam tubuh
Kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai
kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit
jantung
Khasiat
Bawang Merah
Tahukah
anda bawang merah mempunyai banyak kegunaan dan khasiat yang dapat mengelakkan
diri anda mendapat penyakit! Jika anda tidak suka makan bawang merah, mulai
dari sekarang belajarlah untuk menyukainya kerana selain dari fungsinya
menyedapkan rasa pada makanan ia juga dapat memberi tubuh kita kesihatan yang
baik. Berikut adalah khasiat-khasiatnya:
1.
Bawang merah dapat mengubati penyakit yang berkaitan dengan sistem penghadaman,
seperti masuk angin, sembelit dan masalah cacing.
2.
Bawang merah dapat memperbaiki sistem peredaran darah dan mengelakkan radang
limpa serta tekanan darah.
3.
Walaupun bau bawang merah tidak menyenangkan tetapi sebenarnya bawang merah
sangat baik untuk memperbaiki sistem pernafasan.
4.
Bawang merah dapat mengubati penyakit bengkak mata dan mengatasi masalah
selaput putih dimata.
5.
Jika anda mempunyai bisul sapukanlah bisul anda dengan bawang merah kerana
bawang merah dapat membantu meredakan bengkak pada bisul anda.
6.
Bawang merah dapat membangkitkan selera untuk anda yang kurang berselera untuk
makan.
7.
Jika anda menghadapi kabur penglihatan dan sakit telinga banyakkan makan bawang
merah kerana bawang merah membantu mengurangkan masalah anda.
8. Biji bawang merah
dikatakan dapat mengurangkan risiko dari masalah botak.
1 comment:
...sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4. insya allah. memusnahkan dan mematikan sel sel kanser.. harga cuma rm180 tetapi herba warisan ini terlalu berkesan dan saya jamin tuan tuan dan puan puan akan terkejut dengan rawatannya yang cepat dan selamat untuk sembuh...daun daun herba warisan terpilih memang tidak akan jumpa di mana mana.percaya lah.. .. .merawat dan membaik pulih...jangan biar sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik di rawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia...herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi... sy cma bntu membantu...sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa...penawar nya telah ada...hubungi sy secepat munkin Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh...jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid...orang ada kanser...saya akan membantu merawat hingga sembuh Penawar kanser dan herba: Saya juga akan membantu anda memberi nasihat dan motivasi bagai mana untuk hadapi kanser..cara2 utk bdepan knser..pemakanan..dan nasihat2 utk anda..pada anda kanser adalah petama dalam hidup...pada sy yg dh jumpa ramai pesakit..munkin kita bley bkongsi pendapat n bgai mna hendak merawat sampai sembuh..sy hulur kn tangan pd anda..sambut lh sebelum telambat..ramai pesakit sy sudah sembuh.anda bila lagi....hubungi atau wasup kan saya dengan segera.0174687570 mohd zuhairi NAMA SYARIKAT SAYA.....JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN
Post a Comment