Barangsiapa
membaca ayat Surah yunus (81-82) sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin
Allah :
1)
Segala kelemahan bertukar kepada kekuatan
2)
Kehinaan berganti dengan kemuliaan
3)
Segala hutangnya dapat dijelaskan
4)
Terhindar dari dukacita
5)
Melimpah-limpah rezeki datang kepadanya
"Setelah
mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata:” Apa yang kamu datangkan
itu, itulah sihir; sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan
mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku); sesungguhnya Allah tidak akan
menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan. (81) “Dan
Allah juga sentiasa menetapkan perkara yang benar dengan kalimah-kalimah
perintahNya, walaupun yang demikian dibenci oleh orang-orang yang melakukan
dosa”(82).
"Dan
Kami jadikan sekatan di hadapan mereka, dan sekatan di belakang mereka . lalu
Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat'.
Kegunaan
ayat ini ialah untuk menolak kejahatan musuh dan supaya mereka terkepung.
Bacalah ayat ini beberapa kali pada segenggam tanah atau pasir, kemudian
dihamburkan ke arah mereka. Amalkan juga setiap lepas solat fardu.
LAQAD
JA AKUM RASULUN MIN AMFUSIKUM AZIZUN ALAIHI MA ANITTUM HARISUN ALAIKUM BIL
MU'MININA RAUPUN RAHIM ...... FA IN TAWALLAW FAKUL HASBIYALLAHU LAA ILAHA ILLA
HUWA ALAIHI TAWAKKALTU WA HUWA RABBUL ARSYIL ADZIIM......
"Sesungguhnya
telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi
Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam), yang menjadi sangat berat kepadanya
sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, (dan) ia pula menumpahkan
perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. Kemudian
jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "Cukuplah
bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak
disembah) melainkan Dia, kepada-Nya aku berserah diri, dan Dia lah yang
mempunyai 'Arasy yang besar."
Itulah
bunyi dari surat At-Taubah ayat 128-129. mempunyai khasiat bermacam-macam bila
di amalkan secara rutin.
1.
dibaca 7 x selepas solat maghrib, Insya Allah rezeki akan lancar
2.
di baca 7 x selepas solat subuh, Insya Allah membentengi diri kita dari ilmu
hitam
3.
di baca 100 kali selepas solat hajat, Insya Allah mempercepat terkabulnya
hajat.
4.
dan masih banyak lagi, seperti, disukai masyarakat , di sayangi, di segani
kawan maupun lawan.
23 comments:
assalam, mohon utk diamalkan, mekasih
ms3126; Silakan ilmu untuk dikongsi kerana semuanya datang dari Allah
inilah kelebihan ugama islam
SubhanaAllah
Sy ingin berkongsi pengalaman, dahulu saya peniaga yg byk hutang, sllu susah, kna sihir, sakit, sllu dipandang hina, hutang hingga mencecah jutaan rm, sy xtau nk slsaikn bagaimn, sy teringat kwn beri ayat ini dan sy amalkn sejak 2007 hingga skrg. Skrg sy dah slsaikn hutg sy. Jika Allah nk beri pertolongan, xda kesusahan bgNya dan terjadi dlm sekelip mata. Amalkanlah
Ana, benar kita sebenarnya selalu lupa pertolongan Allah, kalau kita rajin berusaha, berdoa dan bertawakkal, Inysaallah dipermudahkan segala urusan hidup kita...
Mohon diamalkan
Mohon diamalkan
Silakan Ilmu ni milik Allah... saya hanya berkongsi
blog yg sgt baik n byk beri harapan n bimbingan buat insan2 yg memerlukan :)
Assalamualaikum warah matullah.. Mohon dikongsi ilmu ni untuk diamalkan. T.kasih
Assalamualaikum warah matullah.. Mohon dikongsi ilmu ni untuk diamalkan. T.kasih
Tolong dituliskan dalil/hadis tentang amalan ini. Terimakasih
Alhamdullillah...Amiin...Amiin..Ya Robbil Alamin
asalamualaikum... izin mnggamalknnya..
Assalamualaikum
Mohon share untuk beramal
Terima Kasih atas perkongsian berguna. Mohon izin share pd yg lain.
Mohon izin/ijazah utk saya amalkan tn.
Mohon ijazah untuk saya beramal
Salam.awk amal brapa kali? Dan wktu mana?
Pengalaman sy.. sy begitu terdesak xda duit..sy baru amalkn suroh ni .. tiap kali solat fardhu.. keesokanya ada seorg hamba Allah bg sy pinjamkn duit.. Allahuakbar.. selesai mslh sy.. yakinlh dn bertawakalah apabila memohon kpd Allah.. insyaAllah..
Amalan ini terbaik- yang banyak hutang terlangsai semuanya
Post a Comment