DOA

‘Ya Allah, rahmatilah pembaca blog ini, sihatkan ia, ampunilah dosa-dosanya, berkatilah amalannya, janganlah Engkau balikkan hatinya setelah Engkau beri petunjuk dan hidayah kepadanya dan Ya Allah masukkanlah ia dan keluarganya kedalam syurga FirdausMu serta jauhkanlah ia dan keluarganya dari azab nerakaMu. Sesungguhnya Ya Allah, hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau sahajalah kami meminta pertolongan. Ya Allah jika rezeki pembaca blog ini masih diatas langit, turunkanlah ia, jika rezekinya di dalam bumi, keluarkanlah ia, jika rezekinya jauh, dekatkanlah ia, jika rezekinya haram, sucikanlah ia dan jika rezekinya sukar, Engkau permudahkanlah ia” Ya Allah kurniakanlah kepada kami segala kebaikan sebagaimana yang Engkau kurniakan kepada hamba-hamba Mu yang soleh.'

Friday, February 24, 2012

Mencipta Impian

Semua orang ada impian, tidak kira dari mana mereka hadir, tinggal mahupun apa saja tetap memiliki sebuah impian, samada besar, kecil, tinggi atau rendah bergantung pada apa yang mereka impikan. Mencipta impian itu percuma. Ia tak perlu bayar dan sangat mudah. Tetapi untuk mencapainya seseorang itu perlu membayar harganya. Biarlah letih dan lelah, kalaulah kita yang dahaga tentu sekali kita berusaha untuk membayar apa sahaja untuk mendapatkan air. Namun, siapa yang mahu jika apa yang telah dibayar menjadi ‘sia-sia’? Untuk itu, jika kita mempunyai sebuah impian yang besar, jagailahdan peliharalah ia. Tiada siapa yang mampu merendah-rendahkannya. Tiada siapa yang boleh mengatakan kita tak boleh melakukannya. Tiada siapa juga yang berupaya untuk menggagalkannya. Impian itu ditangan kita. Lindungi ia. Genggam bara api, biar sampai jadi arang

Biarlah impian kita ini diceritakan dan kita kongsikan, mungkin yang mendengar itu menyediakan teksi, bas atau keretapi untuk sampai ke sana juga kalau mereka tidak mampu, mungkin boleh berkongsi pengalaman. Sekurang-kurangnya, mereka yang pernah atau telah mencapai impian memberi kunci ke pintu seterusnya. Pastikan kita sampai ke jalan akhirnya. Namun, tidak semua orang dapat apa yang diimpikan. Itulah sedihnya. Kenapa ada orang dapat mencapai impiannya sementara orang lain tidak. Perlu diingat, sejauh mana sekalipun kita memasang impian, bukanlah satu yang mustahil ia mampu hilang begitu sahaja. Mungkin hari itu, kita telah membayar waktu, wang, pengorbanan, namun setelah usaha yang panjang itu, rupa-rupanya ia bukan milik kita. Lalu sekali lagi kita perlu membayarnya dengan harga sebuah keredhaan. “Kita meminta matahari yang indah, tetapi Allah berikan kita hujan dan guruh..puas aku cari, rupa-rupanya Allah ingin hadiahkan aku pelangi yang indah”

Mungkin hari ini, kita tak dapat apa yang kita MAHU, tetapi hari kemudian rupa-rupanya Allah memberikan apa yang kita PERLU
Impian bolehlah yang dikatakan sebagai harapan. Ia adalah batu-batan jalan yang mengarahkan kita bergerak ke hadapan. Tiada harapan, hilanglah jalan itu, lalu hilanglah kita mencari arah. Tidak dapat tidak, kita mesti menerima hakikat yang kita ini hanyalah hamba. Sejauh mana pun usaha kita mendapatkan sesuatu, ia masih lagi aturan dan penentuan dari Allah samada ia boleh dimakbulkan atau tidak, kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Impian itu adalah perancangan yang ingin kita capai. Pastinya untuk mencapai itu, sentiasa ada masalah-masalahnya, justeru itu spiritual kita pasti akan mencari penyelesaian dengan bantuan dari-Nya. Bentangkanlah segala kelemahanmu, kerendahanmu, permasalahanmu insyaAllah, Dia pasti akan membantu. Berikut beberapa tips untuk kita cuba mengapai impian yang kita inginkan

1. Menetapkan apa yang di impian  - Tanpa menetapkan impian kita tidak boleh mencapainya dengan mudah kan? Walaupun mudah impian yang kita ingin capai itu haruslah dipecahkan kepada beberapa matlamat. Sebagai contoh impian kita ingin menjadi seorang peniaga yang boleh menjana pendapatan lumayan:

a. Berapa lama masa untuk kita target supaya mula menjana pendapatan (katakan 1 tahun)?

b. Apakah yang kita perlu lakukan dalam setiap bulan untuk 12 bulan yang kita perlu lalui?

c. Apakah pula perkara yang perlu kita lakukan dalam setiap minggu pada setiap bulan tersebut?

d. Dan tak lupa apa yang kita perlu buat hari ini untuk mencapainya?

Kalau kita telah jelas dengan impian dan matlamat kita ini, maka kita telah nampak jalan kita boleh mencapainya. Kita tidak akan sampai ke destinasi yang kita ingin tuju kalau kita tak tahu jalannya kan? Demikian juga untuk mencapai impian kita mesti tahu jalan yang perlu dilalui.

2. Bertindak dengan bijak - Di sinilah ramai yang gagal mencapai impian mereka. Walaupun mereka telah ada matlamat yang jelas dan teliti tapi mereka masih belum mampu mencapainya kerana belum lagi bertindak dengan bijaksana. Cara bertindak ialah tanam betul-betul impian yang kita ingin capai itu dalam minda kita. Semakin kita menghayatinya maka semakin itulah kita akan lebih kuat untuk bertindak dengan berusaha tanpa pernah putus asa. Gunakan kehebatan yang kita milik disamping ilmu-ilmu yang dipelajari.
3. Buat analisa dan review - Sudah pasti setiap langkah yang kita buat, belum tentu boleh mencapai hajat kita. Setiap kejayaan pasti ada cara dan setiap kegagalan mesti ada sebab. Inilah yang kita perlu lakukan setelah kita berusaha. Kalau usaha kita berjaya maka kita telah tahu apa yang boleh dilakukan, sementara kalau tidak tercapai pula kita tahu apa yang tidak boleh dilakukan. Seterusnya kita perlu mencari apakah cara untuk mengatasi halangan tersebut dengan membuat analisa atas apa yang telah kita lakukan. Pada peringkat inilah kita perlu mencari ‘nasihat’ daripada mereka yang pakar dalam bidang tersebut.

4. Jangan putus asa - Ini adalah pantang larang terbesar orang yang ingin berjaya. Kita pasti mencapai impian kita cuma masanya bukan kita yang menentukan. Tapi selagi kita tidak berputus asa peluang untuk kita mencapai kejayaan masih cerah di hadapan. Orang yang berjaya tak akan putus asa dan orang yang putus asa tak akan berjaya. “Allahumma yassir wa la tu’assir ya Kareem” (Ya Allah, permudahkanlah dan janganlah Engkau menyukarkan, wahai Tuhan Yang Maha Mulia..)

5. Mohon pada Allah - Sebenarnya tidak ada sebab untuk kita tidak percaya Allah itu wujud. Kalau benar dunia ini jadi sendiri sebab ‘big bang’ semata-mata kenapa sekian banyak letupan yang telah berlaku di dunia ini tidak mampu menghasilkan alam semesta? Jadi Dialah yang Maha Mendengar, jadi mohonlah kepadaNya aga jalan kita dimudahkan.

Ikutlah 5 langkah ringkas ini, insyallah kita akan dapat mencapai impian kita. Berikut satu kisah yang yang perlu kita renungkan untuk kita memiliki impian kita
Ada dua ekor anak burung yang sudah dewasa. Anak burung yang pertama mempunyai kemahuan yang kuat untuk belajar terbang. Dia merancang untuk meloncat dari sarang untuk mencapai dahan yang di sebelah sarang. Sedangkan anak burung yang kedua tidak mempunyai kemahuan untuk belajar terbang. Dia merasa malas dan tidak mempunyai keberanian untuk belajar terbang. Baginya hidup di sarang dan menerima makanan dari sang ibu burung saja sudah cukup.

Suatu hari anak burung yang pertama meloncat dan berusaha mengepakkan sayapnya, tapi apakan daya, dia terjatuh dari atas pohon bergulingan ke tanah. Dia menangis kesakitan, lalu dia berusaha bangkit dan mencuba lagi. Hal ini dilakukan berulang-ulang. Sedangkan anak burung yang kedua memkitang sambil bergumam, "buat apa susah-susah belajar terbang, daripada aku jatuh bangun dan badanku sakit, lebih baik aku tidur di sarang saja menunggu makanan datang dari ibuku."

Akhirnya, pada suatu hari anak burung pertama telah berjaya terbang setelah belajar dan berjuang tidak kenal lelah. Dia telah boleh bercengkerama dengan burung lain dari dahan yang satu ke dahan yang lain, dari pohon satu ke pohon yang lain, dan dia sudah boleh mencari makan sendiri. Dengan riang gembira dia menjalani hidup dengan berdikari. Sedangkan anak burung kedua hanya boleh memkitang temannya. Dalam hati dia menyesal, mengapa dia tidak mahu belajar terbang sejak dulu. Dia meratapi nasibnya yang masih bergantung ke ibunya untuk makan.

Renungan:

Memang hidup adalah pilihan. Sering kali pilihan untuk mencapai kejayaan bermula dengan jatuh bangun, pahit getir, atau bahkan menghadapi risiko yang apabila dibayangkan membuatkan hati kita ngeri untuk melangkah lebih jauh. Tapi sahabat, kalau kita tidak menghadapi risiko, kita tidak akan maju, kita akan bernasib sama dengan anak burung kedua, yang terus bergantung kepada orang lain. Kita akan merasa ketinggalan dengan orang yang telah berjaya.

Tidak ada salahnya kita belajar mengepakkan sayap. Hadapi dunia, terbang sejauh-jauhnya. Capai cita-cita kita walaupun kita harus berpisah dengan orang yang kita sayangi. Walaupun kita akan merana, kesakitan sendiri, anggap saja ini ujian untuk mencapai hidup yang lebih baik.
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” [Surah Al-Baqarah : 216]

No comments: