Sumber
rujukan: Solat Taubat (Panduan Penjernihan Jiwa) - Muhammad
Isa Selamat
ALLAH
swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang
bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan
taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)
Allah
telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah; wahai
hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu
berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa
semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Az-Zumar: 53)
Syarat-syarat
taubat :
1. Ikhlas
ingin bertaubat
2.
Tidak
akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
3.
Menyesal
atas perbuatan yang telah dilakukan
4.
Harus
mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk
selama-lamanya
5.
Dikerjakan
sebelum ajal tiba
Jika
salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah.
Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi,
iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya
jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia
harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya,
maka ia harus memohon keredhaannya.
Waktu
melaksanakan taubat :
Taubat
tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat
berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi
sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan
merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.
Di
antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah
jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam
kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia.
Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari
terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau
isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya
Firman
Allah: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.”
(Az-Zumar: 30)
Di
samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang
yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang
yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat
dengan segera.
Cara
melaksanakan solat taubat :
Cara
melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk
dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;
1. Waktu
di lakukan – bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh
tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas),
semasa Qiyamullail
2.
Lafaz
niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah
Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dlm
ibadah – sila rujuk kpd pakar feqah)
3.
Rakaat
pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah.
Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
4.
Rakaat
kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam
al-Quran.
5.
Semasa
sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali
(bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),
Ertinya:
“Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku
adalah termasuk orang-orang yang zalim.”
6. Selepas
salam, perbanyakkan istighfar seperti
Ertinya:
Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain
melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan
hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.
7. Dan
berdoa dengan Penghulu Istighfar,
Ertinya:
“Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang
menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di
dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku
berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas
segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala
dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala
dosa kecuali Engkau.”
8. Kemudian
boleh juga berdoa mengikut luahan hati dan munajat masing-masing ke hadhrat
Allah.
———————————————————–
*Makruh
tahrim – Petikan dari “170 Solat-Solat Sunat”, Abd Rahman Mukhlis, Terbitan
Jasmin Enterprise, ms 8-9 ;
Fuqaha
Syafi’iyah berpendapat bahawa makruh tahrim hukumnya melaksanakan sembahyang
sunat tanpa sebab, dan sembahyang itu dipandang tidak sah jika dilakukan dalam
lima waktu berikut:
1. Selepas
sembahyang Subuh yang dilaksanakan secara tunai (bukan sembahyang qadha’),
hingga matahari menyingsing sepenggalah.
2.
Ketika
matahari terbit hingga menyingsing seperti galah.
3.
Selepas
melakukan sembahyang Asar yang dilaksanakan secara tunai sekalipun ia dijamak
dengan Zuhur pada waktu Zuhur (jamak taqdim).
4.
Ketika
matahari berwarna kuning, hingga terbenam seluruhnya.
5.
Ketika
matahari benar-benar berada di atas kepala (di tengah-tengah langit) hingga
gelincir ke Barat. Kecuali waktu Istiwa’ (matahari berada di tengah-tengah
langit pada hari Jumaat.
Bagaimanapun,
jika sembahyang yang dilakukan itu ada sebab yang mendahuluinya seperti
sembahyang Tahiyyatul Masjid, walaupun khatib sudah berada di atas mimbar,
sembahyang Sunat Wuduk dan sembahyang Sunat Tawaf sebanyak dua rakaat.
Begitu
juga sembahyang yang mempunyai waktu terkait (muqayyad), seperti sembahyang
Istisqa’ dan sembahyang Gerhana Matahari. Maka hukumnya adalah sah tanpa
dimakruhkan, sebab ia terkait dengan turunnya hujan dan terhalangnya cahaya
matahari.
Adapun
melaksanakan sembahyang sunat ketika bilal qamat adalah makruh tanzih, kecuali
ketika qamat sembahyang Jumaat. Sembahyang sunat yang dilakukan ketika bilal
sudah qamat pada sembahyang Jumaat adalah haram hukumnya.
No comments:
Post a Comment