DOA

‘Ya Allah, rahmatilah pembaca blog ini, sihatkan ia, ampunilah dosa-dosanya, berkatilah amalannya, janganlah Engkau balikkan hatinya setelah Engkau beri petunjuk dan hidayah kepadanya dan Ya Allah masukkanlah ia dan keluarganya kedalam syurga FirdausMu serta jauhkanlah ia dan keluarganya dari azab nerakaMu. Sesungguhnya Ya Allah, hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau sahajalah kami meminta pertolongan. Ya Allah jika rezeki pembaca blog ini masih diatas langit, turunkanlah ia, jika rezekinya di dalam bumi, keluarkanlah ia, jika rezekinya jauh, dekatkanlah ia, jika rezekinya haram, sucikanlah ia dan jika rezekinya sukar, Engkau permudahkanlah ia” Ya Allah kurniakanlah kepada kami segala kebaikan sebagaimana yang Engkau kurniakan kepada hamba-hamba Mu yang soleh.'

Wednesday, April 8, 2015

Menikmat Bahagia Melalui Takdir Allah

Kebahagiaan akan tertangguh selagi kita membandingkan hidup kita dengan hidup orang lain. Membandingkan hidup adalah tidak adil kerana setiap orang mempunyai cara kehidupannya tersendiri. Tiada siapa boleh mengarahkan apa yang perlu dilakukan tanpa keizinan Allah. Tahu apa antara perkara yang paling sukar dalam hidup ini? – Mencapai kebahagiaan. Lebih-lebih lagi bila kita mula membandingkan hidup kita dengan hidup orang lain. Pernah tak terfikir kenapa sangat sukar untuk kita hidup tanpa sedetik pun terbit perasaan dihati, membandingkan hidup kita dengan orang lain? Ini sebenarnya satu soalan yang sukar dijawab.
Sememangnya sudah menjadi lumrah manusia untuk berbanding-banding. Tabiat yang akhirnya nanti akan berakhir dengan perasaan sedih dan rasa tidak adil setelah melihat kehidupan orang lain, walaupun sebenarnya kita telah mempunyai kehidupan yang baik. Kita selalu tidak sedar bahawa perbandingan akan membuatkan kita mempersoalkan apa yang telah kita ada. Selalunya, kita selalu melihat rumput dihalaman tetangga lebih hijau daripada rumput halaman rumah sendiri.

Pernahkah kita mempersoalkan mengapa orang lain yang biasa-biasa cara belajarnya, mendapat markah lebih tinggi dari yang kita walaupun telah berusaha lebih? Kita sering tertanya-tanya mengapa orang lain yang rupa parasnya tidak secantik kita, lebih mudah bertemu jodoh, berbanding kita yang masih tidak kunjung-kunjung tiba. Mengapa orang yang cantik dan kacak lebih diberi perhatian untuk berkawan, dan yang kurang paras rupa sentiasa disisihkan? Mengapa suami orang lain boleh bertolak ansur dan setia, tetapi suami kita yang sentiasa panas baran dan kasar? Tidakkah kita berasa sakit hati dan merasa tidak adil?

Yang Pasti: Kita akan selamanya kalah dengan kehidupan orang lain. In this game of life you will never reach a point where you are better than others in every way and why would you want to be. Sebab itulah kita tidak bahagia. Sebab kita lazimnya akan membandingkan hidup kita dengan benda yang salah. Kita akan membandingkan keadaan dan situasi kita yang terburuk, dengan keadaan mereka yang terbaik. Dari sudut pandangan apa yang kita lihat dan apa yang kita anggap pada ketika itu. Kita hanya melihat pada kelebihannya sahaja tanpa kita menilai kekurangannya yang lain. Kita tertipu. Sebenarnya, kebanyakkan perkara yang ditonjolkan orang kepada dunia luar adalah berbeza dengan realiti yang sebenarnya.

Manusia cenderung untuk hanya menunjukkan kegembiraan, kehebatan dan kesempurnaannya sahaja. Sebagai contoh, bila ada seseorang bertanya khabar kita, berapa kerapkah kita memberi respons dengan mengatakan “Aku rasa hampir-hampir nak gila!”, “Aku tak tahan dengan hidup..”, berbanding dengan kita lebih mengambil keputusan untuk mengigit lidah dan tersenyum sambil mengatakan “Alhamdulillah semuanya OK.” People are less likely to reveal their negative emotions than their positive emotions. Perbandingan akan meletakkan fokus kita kepada orang yang salah. Kita akan fokus kepada kehidupan orang lain, bukannya fokus terhadap hidup kita sendiri. Jadi bagaimana kita mahu bahagia jika kita cemburu dengan kehidupan orang lain.
Kita sering lupa bahawa setiap orang mempunyai jalan kehidupan tersendiri dan cara tersendiri untuk melaluinya. Oleh itu, hanya fokuskan terhadap perjalanan hidup kita sendiri. Sebab kita hanya boleh mengawal kehidupan seorang sahaja – iaitu kita! Orang bijak hanya membandingkan hidup mereka dengan diri mereka sendiri. Hidup bukan pertandingan. Hidup adalah perjalanan. We are all on a journey to find something, to become something, to learn, to create. Setiap orang adalah berbeza. Walau saudara kembar sekali pun. Tidak akan sama. Perjalanan kita tiada kaitan dengan orang lain. Hanya kita yang menentukan apa yang kita mahu dan dimana kita mahu pergi.

Daripada membandingkan hidup kita dengan kehidupan orang lain, lebih baik tanamkan tabiat dalam diri kita untuk membandingkan hidup diri kita sendiri. Kehidupan diri kita dimasa kini dan kehidupan diri kita dimasa dahulu. Lihat sebanyak mana kita telah dewasa, apa pencapaian kita, dan perkara apakah yang telah kita buat setakat ini dalam mencapai matlamat hidup kita. Siapa diri kita sekarang adalah hasil daripada keputusan yang kita buat semalam. Kita sentiasa dalam proses membesar. Sentiasa belajar menjadi matang. Kerana kehidupan kita akan sentiasa berkembang. Mungkin kita boleh tuliskan dalam diari apa yang telah kita belajar dan apa masalah yang telah berjaya kita atasi. – boleh menjadi rujukan berguna pada suatu masa nanti. Learn from your mistakes and try again. Remember that it’s not over when you lose, it’s over when you quit.

Kembangkan nilai dalaman seperti suka memberi senyuman, bersedekah dan menyebarkan kebaikan disekeliling kita. InsyaaAllah, ia akan menguatkan nilai positif dalam diri kita dan kita akan menjadi lebih kuat, lebih baik dari sebelumnya. Jadilah jiwa yang suka mengambil pelajaran dari kehidupan. Kekurangan itu adalah OK (tiada orang yang akan sempurna sampai bila-bila) Satu perkara yang ramai diantara kita semua tidak perasan adalah kita semua hidup didalam masyarakat yang gilakan kesempurnaan dan glamour. – membuatkan kita terikut-ikut tanpa sedar. Kita membaca majalah. Kita membelek surat khabar. Kita menonton drama. Kita melayari laman media sosial. Dari semua itu, semuanya hanya memaparkan wajah yang cantik, kisah rumahtangga yang bahagia dan kisah-kisah kehidupan yang sempurna sahaja. Jadi jangan terperangkap.

Satu perkara penting yang harus kita hadam supaya tidak terjatuh dalam perangkap membandingkan hidup adalah: Satu gambar tidak menceritakan keseluruhan kisah. Kebanyakkan kisah kejayaan yang kita baca tidak menceritakan kegagalan mereka (kecuali untuk menceritakan bagaimana mereka berjaya mengatasinya) Tiada yang akan sempurna sampai bila-bila. Belajar menerimanya. Memang kita perlu sentiasa improve tetapi jangan berharap untuk menjadi sempurna.
Mengejar kebahagiaan dalam kehidupan; Nabi Muhamad SAW dikelaskan sebagai daa’im al-bushra, iaitu orang yang sentiasa optimistik dan gembira. Adakah Nabi tidak pernah bersedih? Tidak. Banyak kejadian yang menyedihkan Nabi. Kehilangan Siti Khadijah dan orang-orang yang dicintai baginda banyak membuat Rasulullah berasa pilu. Banyak perkara yang terjadi dalam hidup ini, pada awalnya kita mengganggap pahit, getir, mahupun menyakitkan. Tetapi, pada kemudian hari kita mensyukurinya. Pasti ada hikmah yang akan menyusul. Pengalaman hidup akan mengajarkan erti kebahagian yang sebenar. “People never learn anything by being told, they have to find out for themselves.”

Dalam kehidupan ini, perkara yang tak terjangka boleh berlaku bila-bila masa. Sekelip mata kita akan mengalami kehilangan. Kadangkala kita sukar untuk melihat hikmah dan pelajaran dalam hidup kita sehinggalah kita mengalaminya sendiri. Ada beberapa pelajaran hidup yang kebanyakkan orang akan belajarnya dengan cara yang amat pahit sekali:

1. Mereka yang telah pergi, tetap menjadi sebahagian daripada sejarah hidup kita
Pada suatu hari nanti kita semua akan menghadapi realiti kehilangan. Walaupun hidup berjalan, malam dan siang bersilih ganti, kita akan sedar bahawa kita tidak pernah berhenti merindui insan istimewa yang telah pergi. Kita hanya cuma belajar untuk hidup sekeliling bayang-bayang mereka. Apabila kita telah kehilangan seseorang yang mana kita tak dapat bayangkan dapat hidup tanpa mereka, pasti hati kita akan hancur dan remuk. Berita buruknya disini, adalah kita tidak akan pernah dapat melupakan kehilangan itu. Kita tidak akan pernah dapat melupakan mereka. Walaubagaimana pun, ia juga boleh menjadi sesuatu yang baik bagi kita. Walaupun hati kita tidak pulih sepenuhnya, hidup kita tetap akan terus bergerak, berkembang dan bertambah lagi pengalaman dalam kehidupan kita, walaupun dengan hati yang sakit. Ia seperti kaki yang patah teruk akibat kemalangan, ia tidak akan sembuh pulih kembali seperti sediakala. Dan ia akan tetap terasa sakit, semasa kita berlari, tetapi kita tetap terus berlari walaupun kita sedikit tempang. Dan tempang inilah yang akan menambah keazaman kita dan keunikan karekter diri kita.

2. Mengejar kebahagiaan adalah berkenaan mengenai mencari makna dalam kehidupan.
Mengejar kebahagiaan adalah tidak sama rasa gembira. Perasaaan gembira hanyalah perasaan yang sementara, yang bergantung kepada keadaan dan waktu sekeliling ketika itu. Rasa gembira memang menyenangkan dan melegakan, tetapi dengan perasaan ini akan pudar dengan berlalunya masa. Inilah perkara yang kita jarang untuk faham pada mulanya. Sebagai orang Islam kita percaya kepada dua jenis kebahagiaan, iaitu kebahagiaan yang dalam Syurga dan kebahagiaan di dunia ini. Syurga adalah kebahagiaan yang kekal abadi, dimana di sana tiada ketakutan dan penyesalan. InsyaAllah setiap apa yang kita buat harus diniatkan dan ditumpukan kearah tersebut, mencari keredhaan Allah dan SyurgaNya. Tetapi ia bermakna kita tidak perlu mengutamakan kebahagiaan di dunia ini? Tidak. Allah juga mahukan kita bahagia di dunia ini.
Mengejar kebahagiaan, adalah perkara yang dilakukan sepanjang hayat. Ia sukar untuk difahami dan tidak bergantung kepada matlamat tertentu. Apa yang betul-betul dicari adalah sesuatu yang boleh memberi makna dalam kehidupan kita. Living a meaningful life. Ia selalunya bermula dengan mengapa. Mengapa kita buat sesuatu perkara itu dalam hidup kita? Kebahagiaan lebih senang datang apabila kita tahu apa yang sedang kita lakukan, percaya dengan apa yang kita buat, dan suka apa yang kita buat (dan dengan siapa kita melakukan perkara itu). Hidup kita mungkin ada turun dan naik, tetapi apabila kita faham setiap pelajaran dan hikmah yang terjadi disepanjang kehidupan kita adalah lebih baik daripada kita hidup untuk sekadar hidup selama berpuluh-puluh tahun. Kita akan bahagia jika kita memahami erti hidup kita. InsyaaAllah.

3. Penyesalan adalah lebih teruk dari ketakutan.
Apabila kita mengalah kepada rasa takut, kita akan rasa pahit dan perit untuk merenung kembali kehidupan kita nanti. Kita benci. Kita akan menyesal. Mengapa? Bila kita mengalah untuk buat sesuatu atas alasan takut kepada risiko, pasti kita akan menyesal pada suatu hari nanti. Samada berhenti kerja untuk buka bisnes sendiri, mengembara ke seluruh dunia, atau apa sahaja perkara yang memerlukan pengorbanan, susah payah dan berisiko. Semua perkara-perkara ini mungkin menakutkan kita, tetapi tanyalah pada diri kita, apa yang lebih menakutkan daripada penyesalan yang tak sudah? Jangan biarkan masa itu berlalu melambai begitu sahaja. Jangan habiskan sisa hidup kita dengan hanya memikirkan kembali tentang perkara yang kita tak buat apa yang kita boleh sekarang ini. Live your life. Take risks. Feel passion. Run free.

4. Hadiah yang baik tidak semestinya terbungkus dengan cantik
Hidup ini terlalu sukar dijangka dengan rigid expectation. Hidup ini tidaklah terlalu mudah dan juga tidak terlalu sukar seperti yang kita dijangkakan; ianya bersesuaian dengan kita. Kehidupan yang Allah tulis ini sememangnya sudah cukup cantik bagi kita. 99% masa kita hidup memberikan kita pengalaman yang sangat berharga untuk membantu pertumbuhan kita. Kuncinya adalah dengan menerima segala yang telah ditakdirkan kepada kita. Bila segala yang diharapkan tidak tercapai, kita perlu duduk dan tenangkan diri kita untuk menerima perkara itu, walaupun sukar. Sometimes life will beat you to the ground and try to keep you there if you let it. But it’s not about how hard life can hit you; it’s about how hard you can be hit while continuing to move forward. Bila kita rasa nak sangat menangis dan mengalah, tetapi sebalik kita ambil jalan untuk tetap senyum dan terus maju bergerak ke hadapan, kita akan menjadi lebih kuat. Harungi segala cabaran dan dugaan. Walaupun rasa sudah tak mampu, tapi sebenarnya tidak. Kita mampu. Take control of your emotions before they take control of you. Everything will fall into place eventually. “Sesungguhnya Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya…” (surah Al-Baqarah: 286)

5. Bila kita cuba lari dari masalah, sebenarnya kita hanya berlari setempat.
“Jangan berfikir tentang rasa nasi lemak” Apa yang sedang kita fikirkan sekarang? Rasa nasi lemak, bukan? Apabila kita fokus untuk tidak memikirkan tentang sesuatu, kita hanya akan berakhir dengan memikirkan perkara tersebut. Perkara yang sama juga terjadi bila kita cuba membebaskan fikiran kita daripada pengalaman yang pahit. Bila kita selalu memaksa diri kita untuk melupakannya, selalunya ia akan bertambah berat dan semakin kita akan ingat. Bertenang. Kereta pun ambil masa untuk berhenti, inikan pula perkara yang melibatkan hati dan perasaan. Jadi bagaimana? Pilih untuk fokuskan untuk buat perkara lain yang kita suka dan kita nak, dan insyaaAllah kita akan meninggalkan memori pahit dibelakang bila kita kita bergerak maju ke hadapan. Lari dari masalah adalah perlumbaan yang kita tidak akan menang. Bergerak maju ke hadapan lebih baik dari lari jauh-jauh. Daripada paksa diri cuba melupakan, lebih baik buat sesuatu yang positif yang boleh menggantikan perkara pahit (negatif) itu.

Kita insan yang istimewa dipilih Allah Membandingkan hidup kita dengan hidup orang lain adalah satu kebodohan. Tetapi mencari inspirasi dan belajar dari kisah kehidupan orang lain adalah satu kebijaksanaan. Jangan risau. Bertenang dan sentiasalah senyum. Setiap orang mempunyai jalan hidup tersendiri yang telah Allah lakarkan indah diatas pentas kehidupan. Pasti semuanya bersesuaian dengan kehidupan kita. Cuma kita terlalu naïf dan lemah untuk menilai dengan sebaik-sebaik penilaian terhadap semua takdir kita. “janganlah kamu berasa lemah dan jangan pula kamu bersedih hati kerana kamulah orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu oarng orang yang beriman”. [surah ali-imran ayat 139 ]

Bila tiba masanya nanti kita akan tersenyum memikirkan kembali hikmah yang Allah tunjukkan. Cuma buat masa ini kita hanya perlu bersabar dan jangan mempersoalkan serta membandingkan hidup kita dengan hidup orang lain. Allah itu Maha Adil. Kita semua istimewa dipandanganNya. Pelajaran hidup adalah sangat penting dan tak semua orang dapat pelajaran yang sama. Hiduplah seperti kita akan mati esok. Belajarlah seperti kita akan hidup selamanya. Tanpa ragu lagi, setiap hari adalah hadiah daripada Allah. Dan hadiah itu adalah peluang untuk hidup, untuk belajar dan berkembang.
Jadilah pelajar kepada kehidupan. Nikmatinya dan seraplah segala pelajaran sebanyak yang boleh, sementara kita boleh. Kita mungkin kehilangan sesuatu untuk memperoleh sesuatu yang lebih baik, dan kita mungkin belajar sesuatu perkara dengan cara yang keras dan sukar. Tak mengapa, itu adalah perkara biasa. Semua pengalaman adalah berharga dan penting untuk kita. Tujuan hidup kita adalah untuk hidup dengan sepenuhnya, berfikiran terbuka, hati yang ikhlas dalam mencari redha Allah. InsyaaAllah kita tidak akan menyesal menerima setiap pengalaman dan jalan hidup yang telah Allah tawarkan untuk kita. Takdir Allah is something yang unexpected. Miracle things may come soon. Soon.

Friday, March 20, 2015

Kita mungkin sudah jauh tersasar

Ramai antara kita yang terleka, menilai kehidupan ini adalah untuk selama-lamanya dan ada juga yang menilai hidup sesudah mati bukan urusannya kerana sudah mati, apa lagi yang perlu dirisaukan dan yang paling teruk bila lansung tidak menilai apa-apa pun hanya mengikut arus kehidupan didepannya. Tiada siapa yang tahu atau menyedari bahawa detik-detik yang berlalu sebenarnya sedang menghampirkan kita semua pada saat pemergiaan dari dunia yang penuh kesibukan yang tidak tahu apa yang kita sibukkan. Pergi yang tidak akan mungkin menghadirkan kita kembali disini buat kali keduanya. Seperti syair Arab, Berapa ramai anak-anak muda yang sedang bermain pagi dan petang, sedangkan kain-kain kafannya dah mula dikoyakkan orang tetapi dia tidak tahu? Berapa ramai anak kecil yang diharapkan lahir menjadi orang yang terhebat tetapi mati sejurus selepas dilahirkan? Dan berapa ramai gadis yang dihias indah pada malam pengantinnya, rupa-rupanya pada keesokan harinya orang datang untuk menguruskan jenazahnya.
Kita akan tinggalkan seluruh cinta kita yang tercurah dibumi yang penuh dengan seribu satu ujian dan dugaan. Kita akan terus melangkah pergi tanpa sempat pun berpaling lagi buat kali yang terakhir. Itu hakikatnya kehidupan sementara ini. Ikhtibarnya... berapa ramai yang membuka mata dari terus terlena. Apa yang terlihat di gambaran masa kini hanyalah kelalaian demi kelalaian yang terjadi. Tiada diambil ikhtibar. Hidup seolah tidak akan bertemu mati. Menabur cinta pada duniawi yang akan lenyap yang tiada abadi. Gelisah jika tercampak ke belakang dari arus duniawi. Tapi, tidak kisah langsung dengan sedikit hayat yang masih berbaki. Oleh sebab itu, kita perlu menyegerakan taubat kerana masih hidup itu ialah kesempatan yang boleh hilang secara tiba-tiba. Abdullah bin Umar mengingatkan: "Apabila kamu berada pada waktu petang, janganlah kamu hanya menunggu tiba waktu pagi. Apabila kamu berada pada waktu pagi, janganlah kamu hanya menunggu tiba waktu petang. Dan ambillah kesempatan masa sihatmu untuk persiapan masa sakitmu, dan masa hidupmu untuk persiapan untuk persiapan kematianmu. (Riwayat al-Bukhari).

Ramai yang lebih memilih dan mengharapkan kematian apabila ditimpa sesuatu musibah yang rasanya tidak tertanggung oleh hati dan perasaan. Ketahuilah bahawa kematian bukan penamat segalanya, tetapi permulaan kepada sebuah perjalanan baru. Tempat dipertanggungjawaban segala amalan yang terlaku ketika hidup di atas dunia dulu. Jangan seenaknya menyatakan bahawa kematian akan membungkus segala-galanya bersama jasad tertanam di bawah tanah. Sebaliknya, kematianlah akan membongkar segala-galanya. Manusia akan di adili di mahkamah Allah yang disitu tidak akan ada lagi rasuah untuk membebaskan diri. Tanggunglah segala apa yang kita perbuat selama ini. Firman Allah SWT, “Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya). Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)” (Surah Az-Zalzalah: 7-8). Kita telah diberi peringat demi peringatan, namun kita sengaja membiarkan dan menganggap tiada yang akan perasan, padahal Allah lah yang menciptakan penglihatan dan Dia maha melihat segala sesuatu yang nyata ataupun tersembunyi.
Gambaran-gambaran hari pembalasan seringkali menjadi topik ceramah-ceramah oleh ustaz-ustazah. Namun, lumrahnya insan tersedar dan akhirnya terlupa. Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW dari Aisyah ra dijelaskan: “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Semua manusia di kumpulkan tanpa memakai alas kaki, telanjang dan belum dikhatan.” Aisyah bertanya : “Apakah antara lelaki dan perempuan akan saling melihat antara satu dengan yang lain?” Rasulullah SAW bersabda “Urusan pada hari itu lebih dahsyat daripada mementingkan hal-hal yang seperti itu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim). Bayangkanlah bagaimana ketakutan yang hinggap dihati-hati manusia sehinggakan mereka sudah tidak menghiraukan keadaan disekelilingnya. Pada hari itu juga, bumi dan seluruh isinya akan menjadi saksi atas segala yang manusia lakukan dahulu ketika masih menetap di dalamnya. “Dari Abu Hurairah beliau berkata: Rasulullah SAW membaca ayat: “Yauma idzin tuhadditsu akhbaraha?” Para sahabat pada waktu itu menjawab, bahawa Allah dan Rasulullah SAW yang lebih tahu.” Rasulullah SAW bersabda: “Maksudnya ialah bahawa bumi akan menjadi saksi terhadap seseorang hamba baik lelaki atau perempuan atas apa yang dilakukannnya dipermukaannya. Bumi akan berkata: “Dia melakukan ini dan itu”. Sekarang silakanlah melakukan larangannya andai kita masih merasakan kita mampu bersembunyi dari kesalahan itu. Siapa lagi yang akan berpihak kepada kita jika kita dilumuri dosa dan noda. Silakan katakan, siapa yang akan membantu kita menewaskan saksi-saksi ini? Tidak akan ada yang boleh menidakkannya. Allah maha mengetahui.

Sebuah kisah yang perlu kita renungkan. Tersebutlah sebuah kisah seorang lelaki ahli ibadah yang tinggal sendirian beruzlah (Menyendiri) di tengah hutan.Ahli ibadah itu seorang yang sangat taat dan takut kepada Allah SWT. Suatu malam yang gelap ketika beliau sedang sibuk beribadah pada ketika itu hujan telah turun dengan lebatnya,berdekatan dengannya ada sebuah pelita yang digunakan untuk menerangi malamnya setiap hari.Ketika beliau khusyuk berzikir dan bermunajat tiba-tiba beliau telah mendengar pintu rumahnya diketuk dengan kuat. "ahhh siapa pulak datang kerumah ku pada waktu-waktu begini" katanya di dalam hati. lantas beliau membuka pintu rumahnya.Alangkah terkejutnya dia apabila didapati ada seorang gadis yang cantik jelita berdiri di hadapan pintu rumahnya.

Ahli Ibadah : "Siapa kamu dan apakah tujuan mu kemari?" tanya ahli ibadah itu.

Gadis : "Maafkan aku kerana mengganggu mu, sebenarnya aku adalah puteri kepada raja negeri ini, aku telah tersesat ketika asyik mengikut ayahanda ku pergi berburu. Di dalam keadaan gelap dan hujan semakin lebat,aku tidak punya arah untuk dituju bolehkah aku tumpang bermalam di rumah mu ini sementara menunggu hari siang?"
Ahli Ibadah : "Maaf tidak boleh,di rumah ini aku hanya tinggal seorang sahaja.Lagipun kamu perempuan dan aku adalah lelaki tidak manis jika diketahui orang " ujarnya

Gadis : "Tolonglah saya tuan, ke mana lagi saya hendak pergi dalam keadaan gelap gelita dan hujan lebat ini?Tumpangkanlah saya sehingga siang hari sahaja!" rayu wanita itu

Ahli ibadah : "Baiklah,tapi sampai esok pagi sahaja ya. Masuklah!"

Gadis: "Terima kasih tuan"

Setelah dibenarkan gadis itu masuk, ahli ibadah itu menunjukkan tempat untuk gadis itu berehat disebabkan rumah ahli ibadah itu kecil. Beliau telah menyuruh gadis itu tidur di tempatnya manakala dia membelakangi gadis itu. Akibat terlalu letih, gadis itu pun terlena dengan nyenyaknya.

Tiba-tiba datanglah bisikan syaitan datang membisikkan niat jahat ke telinga ahli ibadah itu.

Syaitan : "Hai kawan, lauk sudah terhidang apa lagi yang kamu nak tunggu? Dalam keadaan hujan yang lebat dan cuaca yang sejuk begini alangkah baiknya kalau ada tempat untuk memanaskan badan" bisik syaitan

Ahli Ibadah : "Astaghfirullahal'azim.... Allah SWT telah menegah ku dari melakukan zina dan pasti aku akan mematuhinya " Tegas ahli ibadah itu di dalam hatinya

Syaitan : "Apalah kau ini, bodoh. Bukannya ada sesiapa pun di sini lagipun dia tidur sangat nyenyak sudah pasti dia tidak akan sedar apa yang kau lakukan terhadapnya!" kata bisikan syaitan itu

Ahli Ibadah : "Tidak, aku takut akan Allah SWT"

Syaitan : "Alahhhh... ianya bukan ambik masa yang lama pun. Setelah engkau puas menjamah tubuhnya engkau kembalilah ke tempat ibadat mu " bisik syaitan lagi

Ahli Ibadah: "Tidakkkkkk....!!!!" lantas beliau membakar jari kelingkingnya. Beliau sedaya upaya menahan bakaran api tu pada jarinya, setelah tidak tahan menahan panas beliau berkata kepada dirinya "Wahai manusia, api di dunia ini pun kamu sudah tidak tahan bagaimana untuk kamu hadapi api neraka yang jauh lebih panas membakar dari api di dunia ini?"

Syaitan : " Dia cantik, muka dia ayu, kulitnya gebu masakan engkau tidak teringin untuk memegangnya?"

Ahli Ibadah : "Tidakkkkkk....!!!!" lantas beliau membakar jari manisnya. Beliau cuba sedaya upaya untuk menahannya. setelah jarinya itu terbakar beliau angkat dan berkata kepada dirinya "Wahai manusia,api di dunia ini pun kamu sudah tidak tahan bagaimana untuk kamu hadapi api neraka yang jauh lebih panas membakar dari ini?"

Syaitan : "Jika waktu ini engkau tidak ambik peluang bila lagi? aku tahu engkau pun suka juga kan?"

Ahli Ibadah : "Tidakkkkkk....!!!!" lantas beliau membakar jari hantunya pula. Beliau cuba sedaya upaya untuk menahannya selama yang mungkin setelah jarinya itu terbakar beliau angkat dan berkata kepada dirinya "Wahai manusia,api di dunia ini pun kamu sudah tidak tahan bagaimana untuk kamu hadapi api neraka yang jauh lebih panas membakar dari ini?"

Syaitan : "engkau ini memang menolak tuah, lauk sudah terhidang di depan mata engkau menolak, alangkah ruginya diri kerana peluang sebegini sudah pasti tidak akan kau temui lagi"

Ahli Ibadah : "Tidakkkkkk....!!!! aku tidak mahu" lantas beliau membakar jari telunjuknya pula. Beliau cuba sedaya upaya untuk menahannya. setelah jarinya itu terbakar beliau angkat dan berkata kepada dirinya "Wahai manusia, api di dunia ini pun kamu sudah tidak tahan bagaimana untuk kamu hadapi api neraka yang jauh lebih panas membakar dari ini?"

Syaitan : "Engkau ini asyik beribadah tidak pernah memperdulikan nafsu mu, apalah salahnya jika kau ambik peluang ini untuk menganugerahkan diri mu dengan menjamah tubuh wanita itu? Kalau aku sudah pasti aku tidak melepaskan peluang keemasan yang sebegini" hasut syaitan lagi

Ahli Ibadah : “Tidakkkkkk....!!!!" lantas beliau membakar ibu jari tangannya pula. Beliau cuba sedaya upaya untuk menahannya.setelah jarinya itu terbakar beliau angkat dan berkata kepada dirinya "Wahai manusia, api di dunia ini pun kamu sudah tidak tahan bagaimana untuk kamu hadapi api neraka yang jauh lebih panas membakar dari ini?"
Ahli ibadah itu menangis dan berdoa "Wahai Allah, peliharalah diriku dari hasutan syaitan dan runtunan nafsu ku. Aku berlindung kepada mu dari zina dan kemungkaran. Bantulah aku seperti mana engkau membantu Nabi Yusuf ketika baginda di rayu oleh zulaikha "

Setelah itu, beliau pun tertidur dan terjaga setelah sekali lagi terdengar pintu rumahnya diketuk. Beliau pun lantas membuka pintu dan mendapati hari sudah siang dan rumahnya telah di kelilingi dengan pengawal.

Pengawal :"Kami sedang mencari seorang puteri raja yang telah hilang semalam adakah kamu ada melihat sesiapa sejak semalam?"

Ahli Ibadah : "Ya, ada! Aku tumpangkannya bermalam di rumah ku"

Pengawal : "Owh jika begitu engkau telah menculiknya ya??"

Ahli Ibadah : "Demi Allah, aku tidak menculik semalam semasa keadaan gelap gelita dan hujan lebat dia datang ke rumah ku untuk tumpang berteduh"

Tiba-tiba tuan puteri telah bangun dari tidurnya dan berlari ke arah pengawal

Gadis : "pengawal... Jangan apa-apakan dia kalau tak kerana dia sudah tentu aku akan semakin tersesat di dalam kegelapan atau mungkin aku sudah dimakan binatang buas!"

Pengawal : "Baginda raja telah menitahkan kami untuk membawa tuan puteri pulang ke istana"

Setelah mengucapkan berbanyak terima kasih tuan puteri pun beredar dan pulang ke istana.Tidak beberapa hari kemudian ahli ibadah itu telah di datangi oleh rombongan di raja. Kali ini tuan puteri datang bersama ayahandanya.

Raja : "Apakah benar kamu yang menjaga puteri beta ketika anakanda beta itu tersesat di dalam hutan ini?"

Ahli Ibadah : "Maafkan patik tuanku, patik hanya menumpangnya sahaja tapi patik tidak berbuat apa-apa kepadanya"

Raja : "Wahai pemuda,janganlah kamu khuatir puteri beta telah menceritakan segala-galanya kepada beta engkau adalah manusia yang jujur dan taat kepada Allah sememangnya orang seperti kamulah yang beta cari selama ini untuk menjadi pasangan kepada putri beta. Adakah kamu bersetuju dengan tawaran beta ini?

Ahli Ibadah : "Patik bersetuju tuanku"

Raja :"Bendahara dan sekelian yang ada! beta akan kahwinkan puteri beta dengan pemuda yang soleh ini jadi persiapakanlah segala kelengkapan untuk hari bahagia anakanda beta ini"
Apa akan jadi sekiranya ahli ibadah itu mengikut pujukan syaitan itu?sudah pasti ahli ibadah itu akan ditangkap atau dibunuh.Tepuk dada tanyalah iman. Rasulullah SAW bersabda: “ Tangisan dikirim untuk ahli neraka, maka menangislah mereka sehingga air matanya kering, kemudian mereka menangis dengan air mata darah sehingga di wajah-wajah mereka nampak ada parit-parit. Seandainya di parit-parit itu diletakkan kapal, pasti kapal tersebut akan dapat belayar. (HR Ibnu Majah). Nauzubillahiminzalik, tak tercapai akal fikiran kita yang sempit ini membayangkan semuanya. Tiada yang mampu menanggung sakit perit ini walau hanya dalam bayangan. Sesungguhnya tiada yang mustahil bagi Allah untuk menjadikan segala sesuatu sekelip mata. Renungkanlah sedetik melangkaui alam ini, tentang azab neraka yang sejelasnya ada, tentang nikmat syurga yang jua wujud dan nyata. Cuba tempatkanlah diri kita yang masih bernyawa ini menghadapi detik-detik ini sekejap cuma. Dan sedarkan minda yang masih berfungsi ini untuk segera melakukan perubahan andai dirasa diri sudah jauh tersesat jalan. Kerana ini waktu kita untuk berubah, sebelum jasad di kandung tanah. Kesempatan ini tidak lama, bila-bila masa waktu kita akan tiba. Saat di rasakan hidayah Allah menyapa, sambutlah segera. Kerana kita yang melengah-lengahkan kebaikan selamanya tidak akan mempunyai masa.

Saturday, March 14, 2015

Dibawah Naungan Langit Arafah - Antara kemuliaan dan MaghfirahNya

Wukuf adalah salah satu rukun dan puncaknya amalan haji. Secara fizikal, wukuf Arafah adalah puncak berkumpulnya seluruh jamaah haji yang berjumlah jutaan, dari penjuru dunia dalam waktu bersamaan. Secara amaliah, wukuf Arafah mencerminkan puncak penyempurnaan haji kita. Di Arafah inilah Rasulullah menyampaikan khutbahnya yang terkenal dengan nama khutbah wada’ atau khutbah perpisahan, kerana tidak lama setelah menyampaikan khutbah itu beliaupun wafat. Di saat itu, ayat Al-Qur’an, surat al-Maa’idah ayat 3 turun sebagai pernyataan telah sempurna dan lengkapnya ajaran Islam yang disampaikan Allah SWT melalui Muhammad SAW. Firman Allah SWT: “… Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu.….” (al-Maa’idah:3)
Arafah merupakan gambaran padang Mahsyar, yang nantinya semua makhluk dikumpulkan disana sebelum melangkah ke syurga atau neraka. Kehadiran kita di Arafah memberi makna dan variasi akhirat dengan Mahsyarnya, sekaligus merenunginya untuk bersiap-siap menghadapi hal itu. Arafah juga merupakan tempat bertemunya Adam dan Hawa setelah beratus tahun saling mencari di muka bumi. Wukuf maknanya hadir dan berada di Arafah pada waktu tertentu antara waktu dzuhur dan asar. Disini masing-masing jamaah haji dimestikan untuk menghadirkan dirinya berhubung terus dengan Allah, merenung kembali atas dirinya, apa yang telah dilakukan selama hidupnya, merenungi kebesaran Allah melalui Asmaul Husna-Nya, merenungi hari akhirat. Bentangkan dosa-dosa kita di padang Arafah ini, ingatlah satu persatu dosa-dosa yang pernah kita lakukan, ingatlah betapa waktu kita selama ini habis terbuang sia-sia kerana lebih banyak digunakan untuk memperindah kehidupan dunia sahaja. Pengakuan yang jujur dan ikhlas, tanpa rasa sombong dan takabur, di hadapan Allah adalah puncak amaliah haji. Itulah Arafah, wukuf kita adalah untuk mendefinisikan hakikat keberadaan kita dihadapan Allah, sekalipun sebenarnya Allah telah mengetahui itu semua.

Pandanglah langit Arafah. Renungilah bahwa pada hari yang mulia itu Allah SWT sedang memanggil para malaikatnya berkumpul di langit Arafah, dan membangga-banggakan umatnya yang sedang wukuf di Arafah di hadapan para malaikatnya di langit. Disebutkan dalam hadits qudsi bahwa Allah berfirman bahwa: “ Lihatlah kepada hamba-Ku di Arafah yang lesu dan berdebu. Mereka datang kesini dari penjuru dunia. Mereka datang memohon rahmat-Ku sekalipun mereka tidak melihatku. Mereka minta perlindungan dari azab-Ku, sekalipun mereka tidak melihat Aku”. Allah sangat memuliakan hari wukuf di Arafah. Hari itu, Allah mendekat sedekat-dekatnya kepada orang-orang yang wukuf di Arafah untuk mendengarkan ungkapan dan keluhan hati mereka, menatap dari dekat wajah dan perilaku mereka. Nabi Muhammad SAW bersabda: “….Ia (Allah) mendekat kepada orang-orang yang di Arafah. Dengan bangga Ia bertanya kepada para malaikat, Apa yang diinginkan oleh orang-orang yang sedang wukuf itu?”.
Pada hari itu, Allah begitu senang sekali jika kita berdoa kepada-Nya. Ia mengabulkan semua doa mereka disana, sebagaimana tersebut dalam hadist yang lain: Sabda Rasullullah SAW: “Diantara berbagai jenis dosa, ada dosa yang tidak akan tertebus kecuali dengan melakukan wukuf di Arafah” (disanadkan oleh Ja’far bin Muhammad sampai kepada Rasulullah SAW). Bahkan Allah murka ketika manusia tidak yakin dosanya diampunkan di Arafah, seperti sabda Rasullullah SAW: “Yang paling besar dosanya diantara manusia adalah seseorang yang berwukuf di Arafah lalu berprasangka bahwa Allah tidak memberinya ampun” (Al Khatib dalam kitab Al-Muttafaq wal Muftaraq) Demikian agung dan mulianya hari Arafah ini, meski wukuf hanya beberapa jam saja. Sungguh sangat penting berdoa di Arafah, disaksikan dari dekat oleh Allah SWT dan dibangga-banggakan-Nya kita di depan para malaikatnya. “Hai malaikat-Ku! Apa balasan (bagi) hamba-Ku ini, ia bertasbih kepada-Ku, ia bertahlil kepada-Ku, ia bertakbir kepada-Ku, ia mengagungkan-Ku, ia mengenali-Ku, ia memuji-Ku, ia berselawat kepada nabi-Ku. Wahai para malaikat-Ku! Saksikanlah, bahwasanya Aku telah mengampuninya, Aku memberi syafaat (bantuan) kepadanya. Jika hambaku memintanya tentu akan Kuberikan untuk semua yang wukuf di Arafah ini.” (Imam al-Ghazali)

Arafah Sebaik-Baik Hari
Wukuf di Arafah ialah rukun haji yang terpenting, tanpanya tidak sah ibadah haji. Arafah iaitu hari yang mana hati secara fitrah mengagungkan Allah SWT, Tuhan semesta alam. Hari Arafah juga sebaik-baik hari yang pernah matahari terbit, hari makrifah, hari pengampunan, hari yang diturunkan rahmat dari Tuhan Pencipta bumi dan langit. “Daku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah; Tiada sekutu bagiNya, dan daku naik saksi bahawa Muhammad adalah hamba Allah dan utusanNya; Dan pilihan-Nya dari sekalian makhluk dan kekasih-Nya yang telah memuliakan hari Wuquf di Arafat dan mengagungkan dengan begitu jelas dan terang tentang kemuliaan dan keutamaan hari ini. Ya Allah! Berilah selawat, salam dan keberkatan ke atas penghulu sekalian makhluk dan kekasih Allah dengan salam sebanyak-banyaknya.”
A. Kelebihan Hari Arafah
Hari Arafah adalah hari pertemuan dan perjumpaan besar antara hamba yang merdeka dan Tuhannya yang Maha Menerima Taubat lagi Maha Mengasihani, kerana hari Arafah adalah hari makrifah, hari kebebasan, hari doa, hari kesempurnaan agama dan nikmat dan hari perpisahan. Terlalu banyak keistimewaan dan kelebihan Hari Arafah di antara ialah:

1. Hari Kemuliaan - Di antara kemuliaan hari ini ialah Allah SWT telah bersumpah dengan hari Arafah. Firman Allah SWT:  “Demi langit yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang-bintang; Dan hari (pembalasan) yang dijanjikan; Dan makhluk-makhluk yang hadir menyaksikan hari itu, serta segala keadaan yang disaksikan.” (Surah Al-Buruj: 1-3). Rasulullah SAW bersabda: “Makhluk-makhluk yang hadir menyaksikan hari itu ialah hari Jumaat, dan segala keadaan yang disaksikan ialah hari Arafah, Jumaat adalah yang terbaik daripada Allah kepada kita.” (Ad-Dur al-Mantsur: 8/463 dan At-Tabary). Begitu juga Allah SWT telah bersumpah dengan kebesaran hari mulia ini. FirmanNya:  “Demi waktu Fajar; Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah).” (Surah Al-Fajr: 1-2). Menurut Abdullah bin Zubair: “Dari 1 Zulhijjah hingga Hari Korban adalah termasuk hari Arafah.” (At-Tabary).

2. Hari Disempurnakan Agama-Nya - Hari Arafah adalah hari yang agung kerana hari ini Allah telah menyempurnakan agama-Nya, dan melengkapkan nikmat-Nya:  “Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agamamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.” (Al-Maidah: 3).
3. Hari Bulan Suci - Hari Arafah adalah termasuk satu hari dalam bulan-bulan suci di mana Allah SWT berfirman:  “Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah ugama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya).” (Surah At-Taubah: 36). Dalam Islam, Allah telah memuliakan empat bulan dalam satu tahun. Tiga bulan berdekatan dan satu bulan berasingan. Bulan-bulan yang dimaksudkan itu ialah bulan Muharram, Rejab, Zul Qa'idah, dan bulan Zulhijjah. Imam Bukhari ketika menafsirkan ayat ini membawakan suatu hadits, “Dari Abu Bakrah ra dari Nabi SAW, bersabda:  “Sesungguhnya zaman itu berputar sebagaimana keadaan ketika Allah menciptakan langit dan bumi. Setahun ada dua belas bulan diantaranya terdapat empat bulan mulia, tiga bulan berurutan yaitu Dhu al-Qa’dah, Dhu al-Hijjah, Muharram dan Rajab Muḍor yang terletak antara Jumadi dan Sya’ban”

4. Hari Beramal Soleh - Hari Arafah adalah salah satu hari dari hari-hari sepuluh yang dilebihkan untuk melakukan amal soleh seperti yang dikhabarkan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya: “Tiadalah hari untuk beramal soleh yang paling disukai Allah dari hari-hari ini, iaitu hari-hari sepuluh (10 hari pertama Zulhijjah). Para sahabat bertanya; Wahai Rasulullah.. Bukan jihad fi sabillah? Jawab nabi; Ya, Jihad fi sabillah tidak dapat mengatasinya, kecuali seseorang yang keluar berjihad dengan jiwa dan hartanya kemudian dia tidak pulang membawa sedikitpun daripada jiwa dan hartanya itu (menemui syahid).” (Ahmad, al-Bukhari, Abu Daud dan Ibn Majah).
5. Hari Pembebasan - Hari Arafah adalah hari pembebasan. Rasulullah SAW telah bersabda: “Tidak ada satu hari pun yang di hari itu Allah lebih banyak membebaskan hamba-Nya dari api neraka daripada hari ‘Arafah, sebab pada hari itu Dia turun kemudian membangga-banggakan mereka di depan para malaikat seraya berfirman: ‘Apa yang mereka inginkan?’ ” (Sahih Muslim 3275). Hari Arafah adalah hari yang utama di mana Allah Ta’ala membebaskan hamba-hambaNya dari api neraka dan Allah membangga-banggakan orang-orang di Arafah di depan para malaikat.

6. Hari Permohonan Doa - Hari Arafah adalah hari doa dan hari perjumpaan antara hamba yang merdeka dan Tuhannya yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Mengasihani. Pada hari pengampunan yang agung ini betapa banyak kebimbangan telah dilepaskan, dan berapa kesedihan telah diredakan dan berapa banyak keperluan telah ditunaikan. Oleh sebab itu Rasulullah SAW menggesa supaya membanyakkan berdoa pada hari yang agung ini. Baginda SAW bersabda: “Sebaik-baik doa ialah doa pada hari ‘Arafah. Sebaik-baik ucapan yang pernah aku dan rasul sebelumku ungkapkan ialah tiada tuhan melainkan Allah …”(Riwayat at-Timizi).

B. Pengajaran Daripada Hari Arafah
Terlalu banyak pengajaran hari Arafah yang boleh dipelajari, di antaranya adalah:

1. Hari Peringatan - Pada hari ini mengingatkan kita kepada suatu urusan yang agung dan besar, yang menambahkan keimanan dan menguatkan hubungan dengan Pemilik Agama. Iaitu mengingatkan tentang hari kiamat dan melengkapkan persediaan dan bekalan untuk hari itu kerana pada hari itu perasaan tidak terkata dan nurani tidak tertulis, tetapi hanya dapat dinikmati bagi siapa yang melaksanakannya, seperti mana ada bijak pandai pernah mengatakan: “Siapa yang merasa dia tentu tahu.” Ini adalah hari seumpama hari Perhimpunan terbesar seperti dalam FirmanNya:  “Iaitu hari yang dihimpunkan manusia padanya. Dan hari yang demikian ialah hari yang dihadiri oleh sekalian makhluk.” (Surah Al-Hud: 103).

Oleh itu, hari Arafah adalah gambaran kecil dari keadaan sebenar hari kiamat. Demi Allah, sekiranya para jemaah haji memerhatikan pemandangan ini dan bagi yang bukan jemaah haji boleh melihat melalui skrin, tentulah akan mengubah keadaan sedia ada kepada keadaan yang lebih baik dan menjadi hati yang tunduk patuh kepada Tuhan. Semua orang yang menyaksikan pemandangan ini dan perhimpunan orang ramai yang sangat besar di Arafat dan mendengar suara, pekikan dan jeritan, dia akan serta-merta berkata: Maha suci bagi Allah, Maha Suci bagi yang mengetahui bahasa mereka, Maha Suci bagi mampu membezakan suara mereka dan Maha Suci bagi yang tertunai hajat mereka.
2. Rahmat Tanpa Sempadan - Di Arafat terbuka penutup dan pintu syurga. Oleh itu, para jemaah menuju kepada Tuhan dengan hati yang bersih daripada kegelapan syahwat dan hawa nafsu, dan memancarkan cahaya sehingga menerangi dunia dan semua yang ada termasuklah yang sekecil zarah pun. Di Arafah terjunjung semangat kemanusiaan tanpa kenal sempadan, antara tuan dan kuli, tua dan muda, kaya dan miskin, raja dan rakyat, mulia atau keji. Di tempat ini satu pelajaran agung iaitu tentang persamaan, di mana tidak ada orang yang boleh membezakan antara kaya dan miskin, tidak juga di antara yang kuat dan lemah, dan tidak juga di antara berkedudukan dan berpangkat dan tidak berkedudukan dan berpangkat.

3. Menyaksikan Penyatuan Umat - Perhimpunan umat Islam di Arafah pada hari yang mulia ini memberi peluang besar untuk menyaksikan manfaat Haji seperti yang dikehendaki dan disebut oleh Allah SWT: “Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) Mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh. Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka.” (Surah Al-Hajj: 27-28). Manfaat yang paling penting dan menjadi kewajipan yang tidak dapat dielakkan kepada umat Islam: Keperluan untuk kerjasama antara negara-negara Arab dan Islam. Perjumpaan di Arafah ini adalah peluang besar untuk menghapuskan jurang dan memikirkan tentang keadaan dunia Islam.

Di antara faktor yang membantu untuk mencapai kerjasama ini tercapai ialah; umat Islam adalah satu umat yang menggunakan bahasa yang satu, sejarah masa lalu yang satu, objektif yang satu, penyakit yang satu. Mereka di Arafat menuju kepada Tuhan yang satu , memakai pakaian yang satu, pada masa yang satu dan dengan laungan yang satu “Labbaikallah humma labbaik, Labbaika Laa Syarikalaka Labbaik, Innalhamda Wan Ni’mata, Laka Wal Mulk, Laa Syarikalak” (Aku memenuhi panggilanMu ya Allah aku memenuhi panggilanMu. Aku memenuhi panggilanMu tiada sekutu bagiMu aku memenuhi panggilanMu. Sesungguhnya pujian dan ni’mat adalah milikMu begitu juga kerajaan tiada sekutu bagiMu) Semua ini membantu untuk mencapai kerjasama yang membuahkan kemajuan, kemakmuran, kecintaan dan keintiman, dan menggemblingkan tindakan yang memuaskan hati rakyat negara Arab. 

4. Pesanan Terakhir Rasulullah SAW - Inilah hari agung yang mengingatkan kita kepada makhluk yang paling agung yang pernah dijadikan Allah, mengingatkan kita dengan perhimpunan perpisahan di dalam haji Wida’. Tiada masa yang paling hebat dan tiada perhimpunan yang paling indah, melainkan di saat pertemuan antara utusan Allah yang membawa rahmat kepada seluruh alam bersama dengan orang ramai yang khusyuk dan merendak diri di hadapan Allah, Semua mereka memiliki hati yang sedar dan telinga yang mendengar untuk melihat perpisahan dan kata-kata perpisahan, iaitu kata-kata dari Rasulullah SAW yang tidak berkata-kata menurut hawa nafsunya. Seluruh dunia telah mendengar kata-kata Rasulullah SAW yang telah mengumumkan prinsip-prinsip dan nilai-nilai hidup. Antara prinsip-prinsip yang paling penting ialah:
Menghormati nyawa, harta dan kehormatan.
Larangan riba.
Keadilan iaitu satu ciri Islam yang utama
Melindungi dan menjaga nyawa.
Larangan mempersendakan agama Allah.
Hak lelaki ke atas wanita, hak wanita ke atas lelaki.
Ikatan utama umat Islam adalah ikatan akidah dan Islam. Ikatan ini yang membawa mereka kepada prinsip persamaan dan kerjasama dalam perlaksanaan undang-undang Islam.

Pada hari ini, Rasulullah SAW merumuskan untuk umat bahkan semua manusia tentang prinsip-prinsip kemanusiaan dan belas kasihan, dan meletakkan mereka kepada asas-asas keamanan dan kedamaian. Antara pesanan lain dari Rasulullah SAW untuk umatnya: Berpegang teguh kepada kitab Allah dan Sunnah Rasulullah SAW. Rasulullah telah menentukan secara tegas bahawa langkah dan cara terbaik untuk menyelesaikan masalah-masalah yang melanda umat Islam ialah untuk merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.

5. Pembebasan - Sepatutnya umat Islam, yang berada di Arafat dan lain-lain tempat-tempat suci, terutamanya Rumah Allah, jangan melupakan kiblat pertama umat Islam pertama: Al-Aqsa, yang mesti dikembalikan ke pangkuan umat Islam dan membebaskan dari cengkaman bangsa Yahudi. Ini adalah amanah dan tanggungjawab yang akan ditanya oleh Allah kepada kita pada hari kiamat nanti. Kita memohon agar Allah menjadikan kita pada hari Arafah tergolong orang-orang yang diterima amalnya, orang-orang yang diberikan kemenangan dan orang-orang yang Allah bebaskan dari api neraka.

Penutup

Segala puji bagi Allah, Maha Suci Tuhan yang menerima hamba-hambaNya pada hari Arafah dengan kemurahan hatiNya dan melimpah kurniaNya kepada mereka, kerana memberikan mereka yang terbaik berbanding yang diberikan kepada orang-orang yang meminta lainnya. Allah SWT akan mengampuni segala dosa, menyembunyikan kecacatan dan melepaskan segala kesusahan mereka di akhirat nanti. Wahai para sahabat yang disayangi, bertakarublah kepada Allah SWT dengan ketakwaan sebenarnya:  “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.” (Al-Imran: 102). Dan doa kita yang akhir adalah pujian bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Barakkallahu Fikum…

Friday, February 13, 2015

Membalas Kesukaran Dengan Kebaikan

Kita tidak pernah tahu amalan kebaikan mana yang kita lakukan sehari-hari yang akan diterima oleh Allah SWT, jadi istiqamahlah dalam beramal. Mungkin dalam kehidupan seharian kita, kita selalu berurusan dengan orang yang sentiasa menyakitkan hati dan suka melihat kita susah. Walaupun kita telah cuba sedaya-upaya untuk melayan mereka dengan baik, tetapi mereka membalas pula dengan cara sebaliknya, yang boleh dianggap sebagai kurang ajar dan tidak beradap.
Dalam percakapan dan semua cara komunikasi kita dengan mereka, kita telah secara nyata serta jelas, cuba untuk menyelesaikan sesuatu masalah secara baik dan secara aman. Tetapi keadaan sebaliknya, reaksi yang diterima semakin bercelaru dan tidak munasabah. Kebaikan yang dihulurkan tidak berkesan. Jika ada yang terkorban, orang itu adalah kita. Pernahkah anda mengalami situasi seperti ini? Kebaikan yang tidak dihargai malah dibalas dengan menyakitkan hati

Bukan senang bagi kita untuk menerima keadaan seperti ini. Seolah-olah kebaikan yang kita hulurkan tidak dihargai dan tiada nilainya. Malah dipermain-mainkan dengan tujuan untuk menjatuhkan maruah kita atau menyakitkan hati kita. Pernahkah kita terpaksa berpura-pura untuk kelihatan baik pada luaran terhadap seseorang, tapi dalam masa yang sama kita mencaci sumpah seranah terhadapnya?

Walaupun kita tersenyum, membuat gerak badan yang mesra dan bercakap dengan penuh sopan, tapi dalam masa yang sama dalam hati kita sebenarnya “ membunuh” mereka dengan kemarahan dan bersangka buruk apabila terasa sakit hati. Kita tidak sedar sebenarnya kita yang egois! Sebenarnya itu kita tidak cukup baik lagi, belum cukup ikhlas. Kita ego.

Tetapi mengapa pula kita yang ego, sedangkan merekalah yang jelas-jelas lebih ego dari kita? Sebenarnya kita ego sebab kita mahukan sesuatu. Kita mahukan sesuatu situasi itu diselesaikan mengikut cara kita. Selalu kita merasakan orang lain salah dan kita adalah betul. Kita merasakan apabila kita sudah memberi dengan kebaikan, kita juga harus dibalas dan dilayan dengan kebaikan. Sedih bila hidup dikalangan orang menyakitkan hati.
Sebenarnya kita silap, ita tidak sedar bahawa secara umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apatah lagi kepada kita sesama makhluk yang terbatas. Oleh itu sebarkanlah kebaikan kita yang seikhlasnya, tanpa perlu kita terpaksa berpura-pura baik dengan orang yang kita tidak suka. Memang bukan tugas kita untuk menjaga hati setiap orang, tetapi kita sendiri harus sentiasa berbuat baik dengan sesiapa pun, seikhlas hati. Percayalah, bermula daripada ini, kita akan merasakan lebih banyak kebaikan yang akan datang kepada kita apabila kita menetapkan niat untuk  menyebarkan kebaikan kita secara ikhlas.

Metafora atau analoginya begini:
Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita. Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah.

Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita? Tidak. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya. Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita? Pasti ada! Insya-Allah. Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allah lah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita. Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi

Walaupun mungkin ia tidak datang daripada orang yang ego kita mahukan, tetapi pasti banyak lagi kebaikan daripada orang atau perkara lain, yang akan dihantarkan oleh Allah kepada kita. Mungkin dari segi jodoh yang baik – isteri yang taat dan suami yang setia, anak yang baik pintar dan soleh, kelebihan dari segi harta, dan kebaikan-kebaikan lain yang melapangkan serta membahagiakan hati kita. Inilah kekayaan yang lebih utama bagi seorang manusia daripada perkara lain seperti pangkat dan jawatan.

Jadi, ingin menjadi orang yang baik serta ikhlas perlu rela terus ditindas? Tidak. Kita bukan mahu ditindas, tetapi memilih jalan untuk bersabar. Tapi bak kata Al-Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid, ‘Teori memang mudah , praktikal nya?, kita sendiri yang sedang hadapi situasi tu yang tau’. Sabar itu indah. Beautiful. No suffer afflicts us beyond our capability.

Allah maha melihat, oleh itu anggap sahaja setiap perkara yang kita buat untuk menjaga hubungan sesama manusia itu sebagai satu ibadah untuk mencapai keredhaan Allah. Yakinlah, what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah. perasaan menyakitkan hati memang memenatkan. 

Cuba selami kembali bagaimana tindakan Rasulullah apabila disakiti penduduk Thaif. Cuma buat masa sekarang ini, kita hanya perlu bersabar, dan melatih hati kita untuk bagaimana untuk benar-benar ikhlas. Ikhlas dan sabar itu adalah kunci kekuatan hati. Memang bukan senang untuk melakukannya, tetapi kita mampu melakukannya. Kerana mereka yang mempunyai kekuatan hatilah sentiasa dapat menundukkan rasa ego yang terbit dalam diri. Hanya apabila kita yakin dengan balasan-balasan yang Allah janjikan, insyaaAllah kita kita akan bahagia dunia akhirat.

“Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka…” – Surah Ali-Imran ayat 159. InsyaaAllah, satu hari keikhlasan kita menyebarkan kebaikan akan diperlihatkan juga oleh Allah, cuma kita jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya. Kelapangan hati, ketenangan jiwa, kesegaran roh, akan hadir kepada kita insyaAllah. Pasti.


Jadikan ini sebagai ladang peningkatan diri kita. Kita tidak akan pernah rugi dengan perilaku orang kepada kita. Jadikan penghinaan orang lain kepada kita sebagai kesempatan untuk menyucikan jiwa, dengan memaafkan orang yang menyakiti dan membalasnya dengan kebaikan. Belajarlah melupakan setiap kesalahan orang terhadap kita. Dengan sikap seperti ini hidup kita akan lebih ringan. Kerana semakin kita ingin dihargai, dipuji, dan dihormati, maka akan sering kita sakit hati. Walaupun kebaikan dan kasih sayang tidak selalu dibalas dengan kebaikan dan kasih sayang, jangan pernah bosan berbuat kebaikan dan menabur kasih sesama insan, Kerana satu saat nanti kita akan merasakan kepuasan dalam hidup kita. Bunuh kesakitan yang diberikan dengan kebaikan. Masyaallah.. Tabarakallah

Monday, February 9, 2015

Mendapat Maghfirah Dari Ujian Allah

Kita sering mahukan hari yang cerah, tetapi Allah lebih mengetahui, hakikatnya hujan perlu diturunkan. Kita ingin seringkan keseronokan, jauh sekali akan kesusahan tetapi Allah lebih mengetahui kesusahan itulah yang mengajar erti kehidupan. Kita sering menginginkan ketenangan, hakikatnya diri kita penuh dengan dosa dan kejahatan. Kita sering mempersoalkan, Ya Allah, kenapa semua ini terjadi pada kita sedangkan hati kita tidak menginginkannya? Kenapa berat sangat ujian ini? Dan bagaimana untuk kita menghadapi semua ini? Semuanya telah Allah SWT jelaskan Al-Quran di atas setiap perkara yang kita persoalkan. Maha Suci Allah dari menzalimi hamba-hambaNya bahkan manusia itulah yang banyak menzalimi dirinya dengan melakukan dosa-dosa.
Firman Allah SWT mengingatkan kita, “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah ayat 216), “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya.” (Surah Al-Baqarah ayat 286), “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” (Surah Al-Baqarah ayat 45).

Ujian adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik. Ujian terkecil apalagi terbesar adalah takdir Allah. Yang mempunyai maksud tertentu. Kerana jahilnya kita, apabila ditimpa ujian samada secara langsung dari Allah atau melalui orang lain, kita mula melatah. Terasa Allah tidak adil, sengaja hendak menyusahkan kita. Atau kita menyalahkan orang yang mendatangkan ujian tersebut. Hati berdendam dan mudah buruk sangka. Yang dahsyatnya ialah bila hati jadi buruk sangka pada Allah yang mendatangkan ujian itu. Allah Maha Pengasih, jauh sekali Allah takdirkan ujian hanya untuk menyusahkan hamba-Nya.

Marilah kita sama-sama cungkil hikmah di sebalik ujian yang ditimpakan. Ujian sebenarnya melatih kita untuk mendapatkan sifat-sifat yang terpuji. Sabar, redha, tawakkal, baik sangka, mengakui diri sebagai hamba yang lemah, mendekatkan diri dengan Allah, harapkan pertolongan Allah, merasai dunia hanya nikmat sementara dan sebagainya. Berasa diri berdosa adalah juga sifat terpuji. Sebab itu bagi orang yang sudah banyak melakukan dosa atau lalai daripada mengingati Allah, maka Allah datangkan ujian kesusahan kepadanya. Supaya hamba-Nya tadi tidak tenggelam dalam dosa dan noda. Kadangkala Allah dedahkan dosa yang dilakukan hingga ramai orang tahu. Bukan untuk menghinakan kita tetapi untuk memberi ingatan supaya kita bertaubat. Dan tidak meneruskan perbuatan dosa itu sehingga bila-bila.

Ujian juga bermaksud qisas (pembalasan) ke atas dosa-dosa kita. Setiap perbuatan dosa mesti dihukum, samada di dunia atau di akhirat (kecuali kita telah bertaubat sungguh-sungguh sehingga Allah mengampunkan dosa itu). Bagi orang yang Allah kasih, di dunia lagi Allah sudah berikan hukuman, tidak di akhirat. Yakni dengan didatangkan kesusahan, penderitaan, kesakitan, kemiskinan, kehilangan pengaruh dan sebagainya. Sekiranya kita boleh bersabar dan redha, maka itulah ganjaran pahala untuk kita. Sebaliknya kalau kita tidak boleh bersabar dan tidak redha, malah merungut-rungut, mengeluh dan memberontak, hanya akan menambahkan lagi dosa kita. Begitulah Allah Yang Maha Pengasih kepada hamba-hambanya, tidak mahu hukum kita di akhirat, kerana penderitaan di Neraka berpuluh-puluh kali ganda lebih dahsyat daripada penderitaan di dunia. Sekiranya kita telah dihukum di dunia lagi, kita patut bersyukur kerana apabila kembali ke akhirat, kita telah bersih daripada dosa.
Adakalanya, kita ditimpakan kesempitan hidup. Sengaja Allah takdirkan demikian kerana Allah sayang pada kita. Allah hendak melatih kita menjadi orang yang bersabar dan redha dengan takdir-Nya. Mungkin kita akan sombong dan bakhil kalau dikurniakan harta melimpah ruah, maka Allah didik kita dengan kemiskinan. Apabila kita diuji dengan kesakitan, Allah mahu memberitahu kita bahawa bagitulah susah dan menderitanya orang yang sedang sakit. Semoga kita menjadi orang yang bertimbang rasa; menziarahi dan membantu mereka yang menderita sakit. Orang yang sedang sakit, hatinya mudah terusik. Sesiapa saja yang datang dan memberi nasihat, InsyaAllah mudah diterimanya.

Bagaimana pula kalau kita diuji dengan kematian orang yang paling kita sayangi. Ujian ini sangaja didatangkan agar terasal diri kita ini lemah, tiada kuasa untuk menolak ketentuan Allah. Akan tertanamlah rasa kehambaan di dalam hati, sekaligus membuang rasa bangga diri. Begitulah, sebenarnya Allah mahu kita sentiasa beringat-ingat. Agar dengan ujian itu, kita sebagai hamba akan datang untuk mengadu, mengharap, merintih belas ihsan, dan sentiasa merasakan hanya Allah tempat meminta segala-galanya.

Ujian juga adalah untuk menilai sejauh mana keyakinan kita kepada Allah. Semakin diuji sepatutnya semakin bertambah iman kita, dan semakin hampir kita dengan Allah. Firman Allah dalam surah Al Imran; 142: “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, pada hal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang bersabar.”. Firman Allah dalam Surah Az Zumar;10: “Sesungguhnya diberi ganjaran orang sabar dengan pahala tanpa hisab.”

Allah takdirkan ujian demi ujian untuk memberi peluang kepada kita mendapatkan pahala sabar. Barangsiapa yang sabar dan redha tanpa mengeluh, merungut atau marah-marah pada Allah, insyaAllah ganjarannya di syurga. Oleh itu, apa salahnya Allah uji kita kerana hendak menyelamatkan kita di akhirat kelak! Berbeza pula halnya dengan ujian yang ditimpakan ke atas para Rasul, para nabi, wali-wali dan kekasih-kekasih Allah. Ujian ke atas mereka bermaksud untuk meninggikan darjat dan kedudukan mereka di sisi Allah. Sebab itu ujian yang mereka hadapi berat-berat belaka.
Tatkala Rasulullah berdakwah ke Taif, masyarakat Taif bukan sahaja tidak menerima dakwah baginda, malah mencaci, menghina dan melempari baginda dengan batu dan najis. Para malaikat menawarkan diri untuk menghapuskan orang-orang yang berlaku durjana kepada baginda. Tetapi dengan tenang, baginda menjawab: “Biarkan mereka, jangan diapa-apakan mereka kerana mereka tidak tahu, mereka masih jahil.”

Demikianlah, orang-orang yang tinggi taqwa dan keimananya; tidak mengeluh apabila diuji. Berbeza dengan golongan orang awam seperti kita ni, apabila diuji kita mudah jahat sangka dengan Allah dan berdendam dengan orang yang mendatangkan ujian kepada kita. Walhal bukan orang itu yang hendak menyusahkan kita, tetapi hakikatnya Allah. Allah yang hendak uji kita, menggunakan orang itu sebagai perantaraan. Jadi, tanyalah Allah kenapa kita diuji….
Marilah kita lihat bandingannya. Katalah suatu ketika guru besar mengarahkan ketua murid merotan seorang murid yang melanggar disiplin sekolah. Apa reaksi murid yang dirotan itu? Kalau dia seorang yang insaf dan tahu diri, ia segera terfikir akan kesalahan yang dilakukannya, mungkin dia berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Itulah murid yang cerdik, dia sedar hikmah di sebalik dia dirotan. Tetapi bagi murid yang tidak mahu berfikir, sudahlah tidak mahu mengaku kesalahannya, dia berdendam pula kepada ketua murid atau guru besar yang merotannya. Mengapa harus berdendam? Ketua murid hanya menjalankan tugas. Guru besar pula menjalankan keadilan; yang bersalah tidak dihukum, tidak ada jaminan yang dia tidak mengulangi kesalahannya. Kalau begitu, murid yang bersalah itu layaklah dirotan.

Begitulah halnya dengan Allah yang Maha Pengasih. Berbagai-bagai cara Allah gunakan untuk mendidik kita. Diberikan-Nya ujian demi ujian sebagai peringatan kepada kita. Tetapi sedikit sekali yang mencari hikmah dan mengambil iktibar daripada ujian yang ditimpakan. Malahan ujian membuatkan kita bertambah jauh dari Allah; mengeluh dan menyesali takdir Allah. Marilah kita menyedari akan kesilapan kita selama ini. Terimalah sagala ujian yang besar mahupun yang kecil sebagai satu didikan terus dari Allah.


Dan ingatlah, andaikata kita diuji, kita masih wajib bersyukur kerana masih ada 1001 jenis nikmat lain yang Allah kurniakan kepada kita! Jadi mengapa mesti merungut ketika diuji? Semuga artikel ini dapat menjelaskan dan membentuk jiwa yang bertaqwa kerana inilah jalan keluar bagi setiap kemelut masalah yang dihadapi  manusia …..mampukah kita? “Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.” ( At-Talaq: 2 )