Kebahagiaan
akan tertangguh selagi kita membandingkan hidup kita dengan hidup orang lain.
Membandingkan hidup adalah tidak adil kerana setiap orang mempunyai cara
kehidupannya tersendiri. Tiada siapa boleh mengarahkan apa yang perlu dilakukan
tanpa keizinan Allah. Tahu apa antara perkara yang paling sukar dalam hidup
ini? – Mencapai kebahagiaan. Lebih-lebih lagi bila kita mula membandingkan
hidup kita dengan hidup orang lain. Pernah tak terfikir kenapa sangat sukar
untuk kita hidup tanpa sedetik pun terbit perasaan dihati, membandingkan hidup
kita dengan orang lain? Ini sebenarnya satu soalan yang sukar dijawab.
Sememangnya
sudah menjadi lumrah manusia untuk berbanding-banding. Tabiat yang akhirnya
nanti akan berakhir dengan perasaan sedih dan rasa tidak adil setelah melihat
kehidupan orang lain, walaupun sebenarnya kita telah mempunyai kehidupan yang
baik. Kita selalu tidak sedar bahawa perbandingan akan membuatkan kita
mempersoalkan apa yang telah kita ada. Selalunya, kita selalu melihat rumput
dihalaman tetangga lebih hijau daripada rumput halaman rumah sendiri.
Pernahkah
kita mempersoalkan mengapa orang lain yang biasa-biasa cara belajarnya,
mendapat markah lebih tinggi dari yang kita walaupun telah berusaha lebih? Kita
sering tertanya-tanya mengapa orang lain yang rupa parasnya tidak secantik kita,
lebih mudah bertemu jodoh, berbanding kita yang masih tidak kunjung-kunjung
tiba. Mengapa orang yang cantik dan kacak lebih diberi perhatian untuk
berkawan, dan yang kurang paras rupa sentiasa disisihkan? Mengapa suami orang
lain boleh bertolak ansur dan setia, tetapi suami kita yang sentiasa panas
baran dan kasar? Tidakkah kita berasa sakit hati dan merasa tidak adil?
Yang
Pasti: Kita akan selamanya kalah dengan kehidupan orang lain. In this game of
life you will never reach a point where you are better than others in every way
and why would you want to be. Sebab itulah kita tidak bahagia. Sebab kita
lazimnya akan membandingkan hidup kita dengan benda yang salah. Kita akan
membandingkan keadaan dan situasi kita yang terburuk, dengan keadaan mereka
yang terbaik. Dari sudut pandangan apa yang kita lihat dan apa yang kita anggap
pada ketika itu. Kita hanya melihat pada kelebihannya sahaja tanpa kita menilai
kekurangannya yang lain. Kita tertipu. Sebenarnya, kebanyakkan perkara yang
ditonjolkan orang kepada dunia luar adalah berbeza dengan realiti yang
sebenarnya.
Manusia
cenderung untuk hanya menunjukkan kegembiraan, kehebatan dan kesempurnaannya
sahaja. Sebagai contoh, bila ada seseorang bertanya khabar kita, berapa
kerapkah kita memberi respons dengan mengatakan “Aku rasa hampir-hampir nak
gila!”, “Aku tak tahan dengan hidup..”, berbanding dengan kita lebih mengambil
keputusan untuk mengigit lidah dan tersenyum sambil mengatakan “Alhamdulillah
semuanya OK.” People are less likely to reveal their negative emotions than
their positive emotions. Perbandingan akan meletakkan fokus kita kepada orang
yang salah. Kita akan fokus kepada kehidupan orang lain, bukannya fokus
terhadap hidup kita sendiri. Jadi bagaimana kita mahu bahagia jika kita cemburu
dengan kehidupan orang lain.
Kita
sering lupa bahawa setiap orang mempunyai jalan kehidupan tersendiri dan cara
tersendiri untuk melaluinya. Oleh itu, hanya fokuskan terhadap perjalanan hidup
kita sendiri. Sebab kita hanya boleh mengawal kehidupan seorang sahaja – iaitu kita!
Orang bijak hanya membandingkan hidup mereka dengan diri mereka sendiri. Hidup
bukan pertandingan. Hidup adalah perjalanan. We are all on a journey to find
something, to become something, to learn, to create. Setiap orang adalah berbeza.
Walau saudara kembar sekali pun. Tidak akan sama. Perjalanan kita tiada kaitan
dengan orang lain. Hanya kita yang menentukan apa yang kita mahu dan dimana
kita mahu pergi.
Daripada
membandingkan hidup kita dengan kehidupan orang lain, lebih baik tanamkan
tabiat dalam diri kita untuk membandingkan hidup diri kita sendiri. Kehidupan
diri kita dimasa kini dan kehidupan diri kita dimasa dahulu. Lihat sebanyak
mana kita telah dewasa, apa pencapaian kita, dan perkara apakah yang telah kita
buat setakat ini dalam mencapai matlamat hidup kita. Siapa diri kita sekarang
adalah hasil daripada keputusan yang kita buat semalam. Kita sentiasa dalam
proses membesar. Sentiasa belajar menjadi matang. Kerana kehidupan kita akan
sentiasa berkembang. Mungkin kita boleh tuliskan dalam diari apa yang telah
kita belajar dan apa masalah yang telah berjaya kita atasi. – boleh menjadi rujukan
berguna pada suatu masa nanti. Learn from your mistakes and try again. Remember
that it’s not over when you lose, it’s over when you quit.
Kembangkan
nilai dalaman seperti suka memberi senyuman, bersedekah dan menyebarkan
kebaikan disekeliling kita. InsyaaAllah, ia akan menguatkan nilai positif dalam
diri kita dan kita akan menjadi lebih kuat, lebih baik dari sebelumnya. Jadilah
jiwa yang suka mengambil pelajaran dari kehidupan. Kekurangan itu adalah OK (tiada
orang yang akan sempurna sampai bila-bila) Satu perkara yang ramai diantara
kita semua tidak perasan adalah kita semua hidup didalam masyarakat yang
gilakan kesempurnaan dan glamour. – membuatkan kita terikut-ikut tanpa sedar. Kita
membaca majalah. Kita membelek surat khabar. Kita menonton drama. Kita melayari
laman media sosial. Dari semua itu, semuanya hanya memaparkan wajah yang
cantik, kisah rumahtangga yang bahagia dan kisah-kisah kehidupan yang sempurna
sahaja. Jadi jangan terperangkap.
Satu
perkara penting yang harus kita hadam supaya tidak terjatuh dalam perangkap
membandingkan hidup adalah: Satu gambar tidak menceritakan keseluruhan kisah. Kebanyakkan
kisah kejayaan yang kita baca tidak menceritakan kegagalan mereka (kecuali
untuk menceritakan bagaimana mereka berjaya mengatasinya) Tiada yang akan
sempurna sampai bila-bila. Belajar menerimanya. Memang kita perlu sentiasa
improve tetapi jangan berharap untuk menjadi sempurna.
Mengejar
kebahagiaan dalam kehidupan; Nabi Muhamad SAW dikelaskan sebagai daa’im
al-bushra, iaitu orang yang sentiasa optimistik dan gembira. Adakah Nabi tidak
pernah bersedih? Tidak. Banyak kejadian yang menyedihkan Nabi. Kehilangan Siti
Khadijah dan orang-orang yang dicintai baginda banyak membuat Rasulullah berasa
pilu. Banyak perkara yang terjadi dalam hidup ini, pada awalnya kita mengganggap
pahit, getir, mahupun menyakitkan. Tetapi, pada kemudian hari kita
mensyukurinya. Pasti ada hikmah yang akan menyusul. Pengalaman hidup akan
mengajarkan erti kebahagian yang sebenar. “People never learn anything by being
told, they have to find out for themselves.”
Dalam
kehidupan ini, perkara yang tak terjangka boleh berlaku bila-bila masa. Sekelip
mata kita akan mengalami kehilangan. Kadangkala kita sukar untuk melihat hikmah
dan pelajaran dalam hidup kita sehinggalah kita mengalaminya sendiri. Ada beberapa
pelajaran hidup yang kebanyakkan orang akan belajarnya dengan cara yang amat
pahit sekali:
1.
Mereka yang telah pergi, tetap menjadi sebahagian daripada sejarah hidup kita
Pada
suatu hari nanti kita semua akan menghadapi realiti kehilangan. Walaupun hidup
berjalan, malam dan siang bersilih ganti, kita akan sedar bahawa kita tidak
pernah berhenti merindui insan istimewa yang telah pergi. Kita hanya cuma
belajar untuk hidup sekeliling bayang-bayang mereka. Apabila kita telah
kehilangan seseorang yang mana kita tak dapat bayangkan dapat hidup tanpa
mereka, pasti hati kita akan hancur dan remuk. Berita buruknya disini, adalah
kita tidak akan pernah dapat melupakan kehilangan itu. Kita tidak akan pernah
dapat melupakan mereka. Walaubagaimana pun, ia juga boleh menjadi sesuatu yang
baik bagi kita. Walaupun hati kita tidak pulih sepenuhnya, hidup kita tetap
akan terus bergerak, berkembang dan bertambah lagi pengalaman dalam kehidupan
kita, walaupun dengan hati yang sakit. Ia seperti kaki yang patah teruk akibat
kemalangan, ia tidak akan sembuh pulih kembali seperti sediakala. Dan ia akan
tetap terasa sakit, semasa kita berlari, tetapi kita tetap terus berlari
walaupun kita sedikit tempang. Dan tempang inilah yang akan menambah keazaman
kita dan keunikan karekter diri kita.
2.
Mengejar kebahagiaan adalah berkenaan mengenai mencari makna dalam kehidupan.
Mengejar
kebahagiaan adalah tidak sama rasa gembira. Perasaaan gembira hanyalah perasaan
yang sementara, yang bergantung kepada keadaan dan waktu sekeliling ketika itu.
Rasa gembira memang menyenangkan dan melegakan, tetapi dengan perasaan ini akan
pudar dengan berlalunya masa. Inilah perkara yang kita jarang untuk faham pada
mulanya. Sebagai orang Islam kita percaya kepada dua jenis kebahagiaan, iaitu
kebahagiaan yang dalam Syurga dan kebahagiaan di dunia ini. Syurga adalah
kebahagiaan yang kekal abadi, dimana di sana tiada ketakutan dan penyesalan.
InsyaAllah setiap apa yang kita buat harus diniatkan dan ditumpukan kearah
tersebut, mencari keredhaan Allah dan SyurgaNya. Tetapi ia bermakna kita tidak
perlu mengutamakan kebahagiaan di dunia ini? Tidak. Allah juga mahukan kita
bahagia di dunia ini.
Mengejar
kebahagiaan, adalah perkara yang dilakukan sepanjang hayat. Ia sukar untuk
difahami dan tidak bergantung kepada matlamat tertentu. Apa yang betul-betul
dicari adalah sesuatu yang boleh memberi makna dalam kehidupan kita. Living a
meaningful life. Ia selalunya bermula dengan mengapa. Mengapa kita buat sesuatu
perkara itu dalam hidup kita? Kebahagiaan lebih senang datang apabila kita tahu
apa yang sedang kita lakukan, percaya dengan apa yang kita buat, dan suka apa
yang kita buat (dan dengan siapa kita melakukan perkara itu). Hidup kita
mungkin ada turun dan naik, tetapi apabila kita faham setiap pelajaran dan
hikmah yang terjadi disepanjang kehidupan kita adalah lebih baik daripada kita
hidup untuk sekadar hidup selama berpuluh-puluh tahun. Kita akan bahagia jika
kita memahami erti hidup kita. InsyaaAllah.
3.
Penyesalan adalah lebih teruk dari ketakutan.
Apabila
kita mengalah kepada rasa takut, kita akan rasa pahit dan perit untuk merenung
kembali kehidupan kita nanti. Kita benci. Kita akan menyesal. Mengapa? Bila
kita mengalah untuk buat sesuatu atas alasan takut kepada risiko, pasti kita
akan menyesal pada suatu hari nanti. Samada berhenti kerja untuk buka bisnes
sendiri, mengembara ke seluruh dunia, atau apa sahaja perkara yang memerlukan
pengorbanan, susah payah dan berisiko. Semua perkara-perkara ini mungkin
menakutkan kita, tetapi tanyalah pada diri kita, apa yang lebih menakutkan
daripada penyesalan yang tak sudah? Jangan biarkan masa itu berlalu melambai
begitu sahaja. Jangan habiskan sisa hidup kita dengan hanya memikirkan kembali
tentang perkara yang kita tak buat apa yang kita boleh sekarang ini. Live your
life. Take risks. Feel passion. Run free.
4.
Hadiah yang baik tidak semestinya terbungkus dengan cantik
Hidup
ini terlalu sukar dijangka dengan rigid expectation. Hidup ini tidaklah terlalu
mudah dan juga tidak terlalu sukar seperti yang kita dijangkakan; ianya
bersesuaian dengan kita. Kehidupan yang Allah tulis ini sememangnya sudah cukup
cantik bagi kita. 99% masa kita hidup memberikan kita pengalaman yang sangat berharga
untuk membantu pertumbuhan kita. Kuncinya adalah dengan menerima segala yang
telah ditakdirkan kepada kita. Bila segala yang diharapkan tidak tercapai, kita
perlu duduk dan tenangkan diri kita untuk menerima perkara itu, walaupun sukar.
Sometimes life will beat you to the ground and try to keep you there if you let
it. But it’s not about how hard life can hit you; it’s about how hard you can
be hit while continuing to move forward. Bila kita rasa nak sangat menangis dan
mengalah, tetapi sebalik kita ambil jalan untuk tetap senyum dan terus maju
bergerak ke hadapan, kita akan menjadi lebih kuat. Harungi segala cabaran dan
dugaan. Walaupun rasa sudah tak mampu, tapi sebenarnya tidak. Kita mampu. Take
control of your emotions before they take control of you. Everything will fall
into place eventually. “Sesungguhnya Allah tidak akan membebani seseorang itu
melainkan sesuai dengan kesanggupannya…” (surah Al-Baqarah: 286)
5.
Bila kita cuba lari dari masalah, sebenarnya kita hanya berlari setempat.
“Jangan
berfikir tentang rasa nasi lemak” Apa yang sedang kita fikirkan sekarang? Rasa
nasi lemak, bukan? Apabila kita fokus untuk tidak memikirkan tentang sesuatu,
kita hanya akan berakhir dengan memikirkan perkara tersebut. Perkara yang sama
juga terjadi bila kita cuba membebaskan fikiran kita daripada pengalaman yang
pahit. Bila kita selalu memaksa diri kita untuk melupakannya, selalunya ia akan
bertambah berat dan semakin kita akan ingat. Bertenang. Kereta pun ambil masa
untuk berhenti, inikan pula perkara yang melibatkan hati dan perasaan. Jadi
bagaimana? Pilih untuk fokuskan untuk buat perkara lain yang kita suka dan kita
nak, dan insyaaAllah kita akan meninggalkan memori pahit dibelakang bila kita
kita bergerak maju ke hadapan. Lari dari masalah adalah perlumbaan yang kita
tidak akan menang. Bergerak maju ke hadapan lebih baik dari lari jauh-jauh. Daripada
paksa diri cuba melupakan, lebih baik buat sesuatu yang positif yang boleh
menggantikan perkara pahit (negatif) itu.
Kita
insan yang istimewa dipilih Allah Membandingkan hidup kita dengan hidup orang
lain adalah satu kebodohan. Tetapi mencari inspirasi dan belajar dari kisah
kehidupan orang lain adalah satu kebijaksanaan. Jangan risau. Bertenang dan
sentiasalah senyum. Setiap orang mempunyai jalan hidup tersendiri yang telah
Allah lakarkan indah diatas pentas kehidupan. Pasti semuanya bersesuaian dengan
kehidupan kita. Cuma kita terlalu naïf dan lemah untuk menilai dengan
sebaik-sebaik penilaian terhadap semua takdir kita. “janganlah kamu berasa
lemah dan jangan pula kamu bersedih hati kerana kamulah orang yang paling
tinggi darjatnya jika kamu oarng orang yang beriman”. [surah ali-imran ayat 139
]
Bila
tiba masanya nanti kita akan tersenyum memikirkan kembali hikmah yang Allah
tunjukkan. Cuma buat masa ini kita hanya perlu bersabar dan jangan
mempersoalkan serta membandingkan hidup kita dengan hidup orang lain. Allah itu
Maha Adil. Kita semua istimewa dipandanganNya. Pelajaran hidup adalah sangat penting
dan tak semua orang dapat pelajaran yang sama. Hiduplah seperti kita akan mati
esok. Belajarlah seperti kita akan hidup selamanya. Tanpa ragu lagi, setiap
hari adalah hadiah daripada Allah. Dan hadiah itu adalah peluang untuk hidup,
untuk belajar dan berkembang.
Jadilah
pelajar kepada kehidupan. Nikmatinya dan seraplah segala pelajaran sebanyak
yang boleh, sementara kita boleh. Kita mungkin kehilangan sesuatu untuk
memperoleh sesuatu yang lebih baik, dan kita mungkin belajar sesuatu perkara
dengan cara yang keras dan sukar. Tak mengapa, itu adalah perkara biasa. Semua
pengalaman adalah berharga dan penting untuk kita. Tujuan hidup kita adalah
untuk hidup dengan sepenuhnya, berfikiran terbuka, hati yang ikhlas dalam
mencari redha Allah. InsyaaAllah kita tidak akan menyesal menerima setiap
pengalaman dan jalan hidup yang telah Allah tawarkan untuk kita. Takdir Allah
is something yang unexpected. Miracle things may come soon. Soon.
1 comment:
SUBHANALLAH....ATURAN DAN PERANCANGAN ALLAH ADALAH YANG TERBAIK BAGI INSAN YANG MEMAHAMI DAN BERTAKWA KEPADA ALLAH...
Post a Comment