“Kalau
lah dulu..” Perkataan ini selalu menjadi butir-butir sebutan tatkala merasa
menyesal bila kita tidak membuat keputusan yang tepat pada waktu yang lalu. Sebenarnya
ada beberapa perkara silap yang kebanyakan orang buat dalam kehidupan,
termasuklah kita. Tetapi kita mungkin tidak sedar akan perkara-perkara ini. Kesannya?
Mungkin kita akan merasa menyesal dalam masa 10 tahun akan datang. Kita akan
merasa betapa hidup kita telah tersia-sia dengan tindakan kurang bijak sebelum
ini dan terpaksa membayar ‘yuran kebodohan’ seumur hidup kita. Hidup adalah
sekali, dan orang yang bijak akan menjalani kehidupan ini sebaik yang mungkin. Apakah
perkara-perkara yang akan membuatkan kita semua menyesal itu?
1.
Hidup dalam kepura-puraan untuk membuat orang lain kagum
Pernahkah
kita merasa ingin menukar kereta disaat semua sahabat dan keluarga kita
berlumba-lumba membeli kereta baru dan menunjuk-nunjuk kepada kita? Pernah kita
dipersenda kerana memakai ‘handphone’ yang buruk dan ketinggalan zaman? Bukan
mudah berurusan dengan gelojak emosi disaat ego kita seakan dicabar. Tarik
nafas, bertenang dan ingat ini: Jika wajah yang selalu kita tunjukkan kepada
dunia adalah topeng semata-mata, pada suatu masa nanti tiada apa lagi yang
tinggal disebalik wajah kepura-puraan itu. Kerana kita menghabiskan terlalu
banyak masa (dan wang) menumpukan persepsi orang lain terhadap kita, atau orang
lain yang kita ingin jadi, sehinggakan kita sendiri terlupa bahawa siapa diri
kita yang sebenarnya. Jadi jangan takut terhadap penilaian orang lain terhadap
kita; hanya kita dan Allah sahaja yang tahu apa yang terkandung dalam hati kita
dan siapa diri kita yang sebenarnya. Oleh itu, kita tidak perlu menjadi
sempurna di mata orang lain. Apa yang terbaik adalah hanya biarkan orang lain
yang kagum dengan bagaimana kita boleh menyesuaikan diri dan menerima
kekurangan pada diri kita. Sebab bukan semua orang mampu menerima diri sendiri
seadanya. You can’t be good enough for everybody. Just be good for Allah’s sake
and that will always be enough.
2.
Kita pasti menyesal apabila membiarkan orang lain mempengaruhi cita-cita kita.
Allah
beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu.. Cabaran terbesar dalam
kehidupan kita adalah mencari siapa diri kita yang sebenarnya; dan cabaran
kedua terbesar pula adalah untuk menerima dan gembira dengan apa yang kita
jumpai itu. Bahagian terbesar daripada proses ini adalah keputusan kita untuk
terus bertahan dengan matlamat dan impian hidup kita. Ada orang yang tidak
bersetuju dengan kita? Bagus. Ia bermakna kita seorang yang berpendirian dan
menentukan haluan sendiri. Kadangkala, perkara yang kita buat itu dianggap gila
oleh orang lain, tetapi bila kita mendapati diri kita teruja dan bahagia dengan
keputusan kita itu, kita akan tahu kita sedang membuat perkara yang betul. Benar,
kadangkala apa yang kita hajatkan itu tidak tercapai. Tetapi pasti ada
hikmahnya. Yang penting, kita berusaha sehabis daya dahulu mengejar impian
kita.
3.
Pada suatu masa nanti, kita akan menyesal bila kita bersifat Ego dan lebih
mementingkan diri sendiri pada masa lalu
Sebelum
terlambat.. jangan menyesal kerana ego. Kehidupan yang diisi dengan kasih
sayang dan sifat baik adalah asas yang terbaik dalam membina hati yang bahagia.
Pasti mereka yang pernah pernah hadir dalam kasih sayang dan kemurahan hati kita,
akan mengingati bagaimana kita membuatkan mereka berasa sangat istimewa
walaupun masa itu telah lama berlalu. Jadi ukirlah nama kita pada hati, bukan
pada batu. Apa yang kita buat untuk diri sendiri akan mati bersama kita, dan
apa yang kita buat untuk orang lain dunia akan mengingati. Jadi
sebar-sebarkanlah kebaikan.
4.
Kita akan menyesal bila masih terikat dengan masa silam dan mengelak perubahan
serta perkembangan dalam kehidupan
Jika
mahu lihat masa lalu maka lihatlah pada masa sekarang. Jika kita mahu melihat
gambaran pada masa hadapan, maka lihatlah kita pada masa sekarang. – You must
let go of the old to make way for the new; the old way is gone, never to come
back. Jika kita menyedari hal ini, dan menyusun langkah ke arahnya, InsyaaAllah
kita akan meletakkan diri kita dalam jalan kejayaan yang panjang. Masa silam
yang gelap bukanlah bermakna tiada harapan lagi kepada kita. Tidak. Belajarlah
daripada masa silam dan lepaskan ia pergi. People are constantly changing and
growing. Jadi, jangan buat diri kita terikat dengan bayangan seseorang dari masa
silam. Fikir cara untuk lupakan kenangan silam yang menyedihkan hati hanyalah
dengan mewujudkan lebih banyak kenangan manis yang menggembirakan hati. Semakin
banyak kenangan manis dalam ingatan, maka semakin kurang signifikan kenangan
pahit tersebut. Hakikatnya, kenangan pahit itulah yang menjadikan kita lebih
kuat dan tabah. Bagi manusia biasa seperti kita, ternyata kita tak boleh padam
kenangan pahit tersebut namun kita mampu meletakkan memori tersebut ke sudut
minda yang paling dalam. Salah satu caranya ialah dengan berkongsi kisah sedih
tersebut dengan orang lain. Mungkin kenangan pahit itu terperangkap dalam minda
separa sedar kita, sehinggakan kita merasakan bahawa kenangan itu sering
menghantui diri kita. Dengan menceritakan kenangan itu kepada orang lain,
penjara minda kita seolah-olah terbuka lalu membebaskan banduan kenangan silam
yang menyedihkan itu, bagaikan burung yang dilepaskan dari dalam sangkar,
terbang bebas di angkasa lalu masuk ke dalam awan dan terus hilang. Setelah
itu, memori pahit itu akan terperosok jauh ke dalam minda dan tidak akan
menghantui kita lagi. “Kami jelaskan yang demikian itu supaya kamu jangan
berduka cita kepada apa yang telah hilang daripada kamu, dan supaya kamu jangan
terlalu gembira kepada apa yang diberikan kepada kamu. Allah tidak suka orang
yang sombong dan membangga diri.” Surah Al-Hadid, ayat 23
5.
Penyesalan terhebat adalah apabila kita mudah patah hati dalam menghadapi
kesukaran dan musibah.
Sebenarnya
tiada kegagalan, cuma hanyalah hasil yang kita kurang senangi. Walaupun sesuatu
perkara itu tidak menjadi seperti yang kita jangkakan, jangan mudah patah hati
dan putus asa. Belajar apa yang boleh daripadanya dan move on. Siapa yang
meneruskan kehadapan satu langkah setiap masa akan menang pada akhirnya. Kerana
kita perlu menempuh ranjau-ranjau yang panjang dan lama terlebih dahulu sebelum
boleh mencapai kejayaan akhir. Ia adalah satu proses yang berlaku dengan
langkah kecil, keputusan dan perbuatan yang sentiasa terbina diantara satu sama
lain dan akhirnya akan membawa kepada kejayaan yang gemilang. Patah hati adalah
proses. Dengan patah hati, Allah nak kita ubati hati kita dengan cara kembali
kepada Dia semula. Mungkin kita sudah terlalu jauh daripadaNya? “Dan mereka
tersungkur di atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyu’.(Al-Isra’
:109) It hurts. But you are strong. Bangkit dan berjalan walau dengan air mata.
6.
Cuba untuk terlalu sempurna dalam setiap perkara
Life
should be touched, not strangled. Kadangkala kita perlu bertenang dan menikmati
kehidupan tanpa bimbang akan perkara yang remeh. Jangan terlalu perfectionist. Belajar
untuk melepas sedikit sebelum kita sendiri tersepit. Tarik nafas
panjang-panjang. Apabila kabus menghilang, dan kita akan dapat melihat lagi
gunung dan pokok, maka ambillah langkah ke hadapan. Kita tidak perlu tahu
secara tepat tempat yang dituju di sesebuah kawasan yang besar. Semua perkara
dalam kehidupan ini adalah dalam susunan yang sempurna. Ia cuma mengambil
sedikit masa untuk menyambungkan kesemua titik-titik dalam kehidupan. Let it
be, Let it flaw.
7.
Tidak berusaha sehabis mungkin untuk sesuatu yang kita layak mencapainya
Jadilah
seorang yang cukup kuat untuk melepaskan dan cukup bijak untuk menunggu apa
yang kita layak. Kadangkala kita akan jatuh kebawah terlebih dahulu sebelum
dapat berdiri lebih tinggi daripada sebelumnya. Kadangkala mata kita perlu dibasuh
dengan air mata agar dapat melihat sebarang kemungkinan dihadapan kita dengan pandangan
yang lebih jelas lagi. Jangan berhenti!
8.
Kita akan menyesal bila sentiasa menunggu esok
Masalah
yang sering berlaku adalah.. ..kita sentiasa beranggapan bahawa kita mempunyai
lebih masa daripada yang sebenarnya. Pada suatu hari nanti kita akan tersedar
dan pada masa itu tiada lagi masa untuk membuat perkara yang kita nak sangat
buat. Pada waktu itu, sama ada kita telah mencapai matlamat yang kita impikan,
atau hanya ada sedozen senarai alasan mengapa kita tidak berjaya. Masa adalah
perkara yang berharga. jangan bazirkan ia pada orang yang tak tahu hargai kita.
jangan terhegeh pada orang yang tak sudi memandang.
9.
Kita malas dan kita kuat berangan-angan kosong
Dunia
tidak berhutang kepada kita apa-apa pun, malah kita sebaliknya yang berhutang
kepada dunia. Jadi berhenti berangan-angan kosong dan mulakan langkah membuat
sesuatu. Ambil tanggungjawab penuh terhadap kehidupan kita – kawal dengan
sebaiknya. kita akan menyesal bila mengecewakan mak dan ayah.. bila mereka
telah tiada lagi di dunia ini. Kita adalah penting dan diperlukan. Terlalu
lewat untuk hanya duduk-duduk dan menunggu seseorang untuk melakukan sesuatu
pada suatu masa nanti. Suatu masa itu nanti adalah sekarang; dan seseorang yang
dunia perlukan adalah kita.
Ini
adalah hidup kita; kita yang menentukan apa yang berhak dan terbaik untuk kita.
Pengalaman hidup adalah guru yang terbaik, namun orang yang bijak mengambil
setiap pembelajaran dari kehidupan orang lain dan mengelakkan diri dari jatuh
ke lubang yang sama. Keep learning, adapting, and growing. Kita mungkin masih
belum sempurna, tetapi InsyaAllah kita adalah lebih baik daripada kita yang
semalam.
No comments:
Post a Comment