DOA

‘Ya Allah, rahmatilah pembaca blog ini, sihatkan ia, ampunilah dosa-dosanya, berkatilah amalannya, janganlah Engkau balikkan hatinya setelah Engkau beri petunjuk dan hidayah kepadanya dan Ya Allah masukkanlah ia dan keluarganya kedalam syurga FirdausMu serta jauhkanlah ia dan keluarganya dari azab nerakaMu. Sesungguhnya Ya Allah, hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau sahajalah kami meminta pertolongan. Ya Allah jika rezeki pembaca blog ini masih diatas langit, turunkanlah ia, jika rezekinya di dalam bumi, keluarkanlah ia, jika rezekinya jauh, dekatkanlah ia, jika rezekinya haram, sucikanlah ia dan jika rezekinya sukar, Engkau permudahkanlah ia” Ya Allah kurniakanlah kepada kami segala kebaikan sebagaimana yang Engkau kurniakan kepada hamba-hamba Mu yang soleh.'

Wednesday, August 20, 2014

Hutang - Melunaskan dan Menangguhkan

Pernah tak dalam hidup, kita berhutang dengan orang lain? Mesti pernah kan walaupun sekali. Sama ada dalam jumlah yang kecil atau pun yang besar. Pada dasarnya, Islam tidak menggalakkan umatnya berhutang dengan orang lain. Hal ini adalah kerana, hutang boleh menimbulkan kerisauan di malam hari dan kehinaan di siang hari. Terasa sukar untuk melelapkan mata di malam hari kerana memikirkan beban hutang yang belum langsai. Siang hari pula menanggung malu bila terpaksa berhadapan dengan si pemberi hutang yang tidak pernah jemu meminta hutang.
Hutang wajib di bayar, walaupun kita hanya berhutang 10 sen dengan orang lain. Hutang tetap hutang! Tak kisah lah berapa jumlahnya. Ianya bukan hak kita. Perlu dikembalikan kepada yang berhak. Sehinggakan harta orang yang sudah meninggal dunia pun perlu ditolakkan hutang-piutang mereka terlebih dulu, sebelum diagihkan kepada waris.

Ingatlah bahawa ayat yang paling panjang dalam Al-Quran ialah mengenai hutang: "Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar) dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya. Oleh itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas). Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. Kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau ia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi itu), maka hendaklah direncanakan oleh walinya dengan adil benar); dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi. Dan jangan saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi. Dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu. Kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai yang kamu edarkan sesama sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi apabila kamu berjual-beli. Dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan. Dan kalau kamu melakukan (apa yang dilarang itu), maka sesungguhnya yang demikian adalah perbuatan fasik (derhaka) yang ada pada kamu. Oleh itu hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan (ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu; dan Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." (Al-Baqarah: 282)

Ini menunjukkan betapa pentingnya perkara hutang piutang dalam Islam. Betapa seriusnya hal hutang piutang ni. Islam selaku agama yang sempurna telah menyusun beberapa langkah mengenai proses berhutang di mana hutang yang dibuat hendaklah dicatat jumlah dan masa pembayarannya serta dilantik seorang penulis yang adil sebagai saksi. Ia bertujuan untuk mengelak dari sebarang penipuan dan penganiayaan.

Bagi orang yang berhutang, sekiranya dia berniat untuk membayar balik hutang tersebut, Insya Allah akan dipermudahkan urusannya oleh Allah. Sebaliknya, jika berhutang dan berniat tidak mahu membayar, maka Allah Maha Kaya dalam perhitungan-Nya sepertimana dijelaskan dalam sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud: “Sesiapa yang berhutang dengan niat untuk membayar balik, Allah akan membayarkan. Tetapi, jika sesiapa berhutang dengan niat menyeleweng, Allah akan musnahkan harta bendanya." Maksud ‘Allah akan membayarkan’ di sini adalah Allah akan memudahkan rezeki seseorang itu agar dia dapat membayar hutangnya dan begitulah jika sebaliknya.

Bagi orang yang berhutang, cepat-cepatlah membayar hutang apabila berkemampuan. Sebabnya mungkin si pemberi hutang juga berada dalam kesusahan dan memerlukan duit. Sesetengah orang yang berhutang bukannya tidak mampu menjelaskan hutang mereka. Tetapi mereka lebih suka mengambil sikap berlengah-lengah. Sikap ini lah yang sebenarnya menyakitkan hati pihak yang memberi hutang. Kadang-kadang sampai boleh bermasam muka dan menimbulkan perbalahan. Mana taknya, dah banyak kali si pemberi hutang meminta balik hutang, tapi si penghutang buat-buat tak tahu. Sedangkan dia mampu bayar.

Situasi ini bukan sahaja akan semakin mengeruhkan keadaan tetapi akan merosakkan imej si penghutang sekaligus menghilangkan kepercayaan orang terhadapnya. Jadi, agak sukar untuk orang memberikan bantuan di lain hari sekiranya dia memerlukannya. Sebaik-baiknya, janganlah sampai pemberi hutang yang terpaksa menagih kembali hutang daripada kita. Sepatutnya, kita sebagai pihak yang berhutang perlu tahu tanggungjawab kita. Iaitu melunaskan hutang tanpa perlu ditagih.

Bagi pihak pemberi hutang pula, mereka berhak untuk menagih hutang yang diberikan. Jadi, jangan merasa marah apabila si pemiutang datang meminta hutang daripada kita. Sebab itu adalah haknya untuk meminta hutang. "Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Sesorang lelaki memberi hutang kepada Rasulullah SAW lalu ditagihnya secara kasar. Oleh sebab itu para sahabat tidak senang terhadap orang tersebut. Maka bersabda nabi SAW,: “Orang yang memberi hutang berhak menagih. Belikan dia seekor unta muda kemudian berikan kepadanya!”. Berkata para sahabat: “Tidak ada unta muda ya Rasulullah! Yang ada hanya unta dewasa dan lebih bagus daripada untanya.”Sabda baginda:”Belilah, kemudian berikan kepadanya. Sesungguhnya sebaik-baik kamu ialah yang paling baik membayar hutang." (HR Muslim)
Islam menggalakkan si pemberi hutang untuk menghalalkan hutangnya sekiranya si penghutang tidak mampu melunaskan hutangnya. Allah ada berfirman dalam Al-Quran: "Dan jika (orang yang berhutang itu) dalam kesulitan, maka berilah tenggang waktu sampai dia memperoleh kelapangan. Dan jika kamu menyedekahkannya, itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui." (Al-Baqarah: 280) Tapi sebagai pihak yang berhutang, kita tidak lah boleh selalu mengharapkan orang untuk menghalalkan hutang-hutang kita. Tidak semua orang akan bermurah hati untuk menghalalkan hutang-hutang mereka. Lebih-lebih lagi jika besar jumlahnya. Jadi, berusahalah sehabis boleh untuk melunaskan hutang-hutangmu.

Sekiranya kita sudah tahu tidak mampu membayar balik hutang, janganlah berhutang dari awalnya. Setiap individu Muslim seharusnya mengamalkan sifat 'qanaah' iaitu bersyukur dan redha dengan apa yang ada serta memastikan bahawa keperluan tidak melebihi kemampuan. Dengan ini, hutang dapat dielakkan. Saidina Umar ada berkata, "Jika meminum seteguk air ketika sangat dahaga itu akan menjatuhkan harga diriku.. nescaya aku tidak akan meminumnya." Jadi, seboleh-bolehnya bebaskan diri kita dari hutang melainkan jika benar-benar terpaksa. Hidup tanpa hutang itu lebih aman dan tenang kan?

“Ya Allah! Aku berlindung kepada Mu daripada kedukaan dan kesusahan, dan berlindung daripada lemah dan malas dan berlindung daripada takut dan bakhil dan berlindung daripada bebanan hutang dan penindasan orang.” InsyaAllah, amalkan doa ini untuk melepaskan diri daripada beban hutang.

Bolehkah kita melalui kehidupan yang sementara ini tanpa berhutang? Adakah manusia di dunia ini yang tidak pernah berhutang? Namun persoalan yang lebih penting ialah adakah kita TELAH MELUNASKAN semua hutang-hutang kita? Hutang kepada ibu, ayah, adik-beradik, rakan taulan, institusi kewangan dan lain-lain pemberi pinjaman lagi...
Kita berada dalam golongan yang mana sebagai penghutang?

Golongan 1.
Orang yang bertanggungjawab terhadap hutang-hutangnya. Tahu yang hak dan yang batil. Beriltizam dan komited untuk melunaskan segala hutang-hutangnya. Sanggup berjimat-cermat, memenuhi keperluan hidup sekadar yang ada dan tidak berlebih-lebihan dalam kehidupan demi untuk melunaskan hutang-hutang yang ada.

Golongan 2.
Orang yang memandang remeh tentang hutang-hutangnya. Sanggup melengah-lengahkan urusan membayar hutang sehingga menjejaskan kehidupan si pemberi hutang. Tidak mementingkan keberkatan dalam menjalankan kehidupan diri, isteri/suami dan anak-anak.

Golongan 3.
Orang yang berhutang tetapi memang tidak berniat untuk membayar atau melunaskan hutang-hutangnya padahal dia mampu untuk melakukannya. Tidak mempedulikan halal haram apa yang dimakan oleh dirinya, suami/isterinya dan anak-anaknya. Suka menganggap “Hangus/Burnt” terhadap hutang-hutangnya terutama hutang-hutang terhadap keluarga terdekat seperti ibu, ayah, adik-beradik dan saudara-mara kerana menganggap “tidak apa, mereka ahli keluarga, lambat laun mereka akan halalkan hutang saya.”

Golongan 4.
Orang yang berhutang tetapi memang tidak mampu untuk melunaskan hutang-hutangnya. Hutang sini sana, gali lubang untuk tutup lubang. Sepanjang hayat hidup dibebani dengan hutang.

Renung-renungkanlah. Alhamdulillah, sekirannya berada dalam golongan 1. Dukacita sekirannya kita termasuk dalam golongan 2, 3 dan 4 kerana kita berada dalam kerugian. Pelbagai raut wajah dipaparkan, senyuman manis diberi sebagai pujukan, muka kasihan ditonjolkan agar orang simpati, janji bayar balik yang berkobar-kobar untuk meyakinkan si peminjam. Tetapi apabila tiba untuk membayar hutang, pelbagai alasan diberi. Bila hutang mula ditagih, pelbagai masalah dijadikan alasan. Banyak tanggungan, pendapatan tidak seberapa, banyak komitmen kepada yang lain, adakalanya sanggup mengalirkan air mata palsu untuk mengelak diri daripada membayar hutang. Dalam pada masa yang sama mampu pula memiliki rumah dan kereta, mampu membeli barangan keperluan seperti peralatan elektrik, perabot dan pakaian yang berjenama. Mampu pergi melancong bersama suami/isteri dan anak-anak dua atau tiga kali setahun. Tetapi dalam soal membayar hutang? Tidak mampu?

Hutang dengan institusi kewangan dibayar tepat pada masanya, kalau tidak tindakan mahkamah akan diambil. Tahu takut kalau tidak membayar hutang. Tetapi, kalau hutang itu kepada ibu, ayah, suami atau isteri, adik-beradik atau sanak-saudara, dilengah-lengahkan atau dilupakan sahaja. Tingginya nilai yang diletakkan kepada institusi kewangan berbanding nilai ibu, ayah, adik-beradik dan sanak-saudara. Nescaya golongan ini tidak akan beroleh keberkatan dalam hidup.
KETAHUILAH TENTANG HUKUM DAN PANDANGAN ISLAM DALAM HAL HUTANG

Kepenting dalam urusan melunaskan hutang boleh kita nilaikan berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW: "Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" (Riwayat Muslim, 6/38)

Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali. Sebagaimana Sabda Nabi Muhammad SAW: “Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" (Riwayat Al-Bukhari, 2/83)

Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang: Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya: Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, wahai Rasulullah? ; Baginda menjawab: "Jika seseorang berhutang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" (Riwayat Al-Bukhari, 1/214)

Terdapat juga dalam sebuah hadith lain: “Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, "Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ?; "Benar" Jawab Rasulullah" (Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad, 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani: Dhoif)

Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa berhutang adalah amalan yang kurang baik menurut pandangan Islam. Terlebih lagi pentingnya dalam urusan hutang ini ialah keperluan dan kewajiban untuk melunaskan hutang-hutang yang ada. Justeru, kita sewajarnya kita menjauhi hutang semampu yang boleh. Beberapa panduan di bawah perlu difikirkan untuk memastikan tanggungan dan beban hutang kita dapat dikurangkan dan seterusnya dilunaskan.

Seseorang yang berhutang hendaklah berikhtiar dan berusaha membayar hutang yang dipinjamnya kerana hutang itu wajib dibayar. Tindakan menunda atau melewatkan pembayaran hutang dilarang kerana itu satu kezaliman.Rasulullah SAW bersabda: “Penundaan hutang bagi mereka yang mampu adalah satu kezaliman.” (Riwayat Bukhari – 41/585)

Menurut rasulullah SAW, orang yang sengaja melambatkan atau melengah-lengahkan pembayaran hutang dalam keadaan dia boleh melunaskan hutangnya dengan segera adalah melakukan kezaliman. Demikian ditegaskan oleh Rasullullah SAW dalam sabdanya: “Orang kaya yang sengaja melengah-lengahkan pembayaran hutang adalah suatu kezaliman.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.)

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dan Al-Hakim, Rasulullah SAW bersabda: “Sengaja melengah-lengahkan hutang oleh orang yang memiliki harta (untuk membayar hutang) itu boleh menghalalkan kehormatannya dan menghalalkan hukumannya.”

Antara ikhtiar yang disarankan oleh agama Islam untuk umatnya bagi menjauhi amalan berhutang termasuklah berdoa. Kenapa kita selalu diminta berdoa? Jawapannya ialah kerana kita hanyalah hamba-Nya yang lemah dan sentiasa mengharapkan bantuan daripada ALLAH SWT. Doa adalah senjata kita. Segala yang berlaku di dunia ini adalah atas kehendak Allah. Kita hanya mampu berusaha dan berikhtiar bersunguh-sungguh . Setelah berusaha dan berikhtiar barulah kita disarankan untuk berdoa dan berserah kepada Allah jua.
Doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW ini khusus supaya kita dilindungi daripada keadaan duka dan keluh kesah, dijauhi sifat malas, takut dan bakhil, jauh daripada beban hutang dan juga penindasan orang. Mulakanlah usaha anda untuk melangsaikan hutang-hutang anda dengan mengamalkan doa yang dipaparkan di awal tulisan ini. InsyaAllah, bila kita istiqomah, Allah SWT akan membantu kita meringankan beban hutang kita. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Penyayang. Wallahu’alam.

14 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum. Boleh sy tau hukum menghalalkan hutang kerana terpaksa? Si penghutang asyik memaki saya ketika hutang diminta. Akibat tidak tahan lagi, sy terpaksa menghalalkan hutang tersebut walaupun tidak redha.

ahmad said...

Hutang wajib dibayar namun apabila penghutang tidak mampu membayar maka segala amalannya tergantung sehingga selesai melunaskan hutang. Sekiranya kita menghalalkan atas ketidakmapuannya membayar dan menganggap sebagai sedekah maka rezeki kita diberkati Allah dan dipermudahkan. maka ikhlaskanlah.

boleh lihat link berikut - http://alhafiz.net/soaljawabagama/apakah-hukum-seseorang-yang-memberi-hutang-menghalalkan-hutangnya-atas-sebab-kematian-tuan-punya-diri-atau-peminjam/

drshikinzainal @ ekin said...

Geram dengan orang yang hutang saya ni...
Pinjam sikit2 sampai dekat 5ribu dah..lepas tu kita tuntut dia buat senyap...mmg x halalkan sebab kita penat kerja cari duit tapi dia tukang perabih.

Unknown said...

Assalamualaikum...saya ade kawan tidak bayar hutangnye...halal ke haram duit di pinjam dari saya itu?

Pencinta ilmu.kk. said...

Orang yang hutang duit kita...baik kita doakan dia semoga murah rezeki dan mampu bayar hutang kita...hehe..

Anonymous said...

Assalamualaikum..
Sedikit kemusykilan..penghutang telah berhutang rm300. Dia telah membayar dalam bentuk barang,dan barang itu telah dijual oleh pemiutang dgn nilai rm400.

1. Adakah boleh melunaskan hutang sedemikian cara?

#KAKAKBAWANGSEMBANG said...

Hutang tkkan saya halalkan

Unknown said...

baki hutang kawan saya 28k . asalnya 42ribu, 3 tahun saya tanggung mintak cara baik tp dia dalam kesusahan saya sabar jela.sesen x bayar tp dlm susah2 tu dia perabis duit dekat pompuan...saya ambik tindakan undang2 report polis dan sign agreement lawyer mintak dia pulangkan.
Janji bulan 3 2017 dan baki bulan 6 2017. dia sendiri yg mintak tempoh ini. saya setuju. tetapi tgok dia mcm xmampu...bg peluang dia bayar bulan2..dua-dua setuju tetapi dia bayar ikut kehendak dia dan bila dia suka tanpa menepati janji yg dipersetujui.
saya nasihat kwn saya untuk dptkan bantuan keluarga dia. agar hutang ni tidak berpanjangan sbb saya ada tanggung laen. namun, dia ugut tidak akan membayar hutang ini sekiranya libatkan orang ke 3. Tuan, saya dah tanggung lama..tahun depan tahun ke 5 dan x redha dgn duit tersebut. saya bertindak menghubungi keluarga beliau. seperti dijangka, bayaran hutang terhenti bulan 10 ni.. x dapat sesen pon walaupun dia kata tetap akan bayar....tetapi..xtahu bila. saya rasa teraniaya..
namun, dengan angkuh dia kata, "bkn xbayar..aku bayar..aku xlari. Allah tahu"

tuan, kawan saya mempunyai byk business kecil2lan dan juga bekerja tetap gaji lebih 5k. masih bujang, tiada tanggung rumah kereta even minyak tol semua disediakan oleh syarikat tpt dia bekerja...beliau mampu bayar bulan2 namun sentiada mengutamakan keutamaan dan keperluan dia terlebih dahulu. saya dapat baki2 mcm pengemis. kena mintak selang 3-4 hari.
sy pernah kata xhalalkan duit tu ..adakah menyebabkan dia sukar nak bayar dan busines dia asyik merugikan?? adakah dia berdosa menangguh2 kan hutang dia? adakah saya terlalu berkeras dan perlu lagi memberi peluang?

Unknown said...

Mulai hari ini saya tak akan bagi pinjam sesiapa pun, kalau nak mampus depan saya mampuslah. Orang yang berhutang pandai berbohong. berbelit belit alasan. Kalau tuan tuan nak bagi pinjam jugak buat perjanjian, kalau tak boleh bayar jugak dok berbelit belit juga pukul sampai mampus(kalau berani lah) Saya dihutangi tempoh bayar balik 3 bulan bukan saya yang minta tempoh, peminjam bagi tempoh. dia kata dia ada saham dengan oil and gas, tapi skrg dah setahun, penipu sial celaka. Saya tak berani nak pukul atau cederakan sbb undang undang manusia byk melindungi penjahat kerana penjahat pandai menipu

rossa stanley loan said...

HAPPY NEW YEAR HAPPY NEW YEAR HAPPY NEW YEAR
DARI-rossastanleyloancompany

Apakah Anda membutuhkan kredit yang mendesak?

* Sangat Cepat dan Transfer Instan ke rekening bank anda
Bayar kembali bulan setelah Anda mendapatkan pinjaman Anda di bank Anda
akun bank
* Suku bunga rendah 2%
* Long term payback (1-30) Long
* Pinjaman fleksibel dan gaji bulanan
*. Berapa lama waktu yang dibutuhkan untuk membiayai? Setelah mengajukan pinjaman
Anda mungkin mengharapkan jawaban awal kurang dari 24 jam
pembiayaan dalam 48Hours setelah menerima informasi yang mereka butuhkan
Dari kru Di perusahaan pinjaman ROSSA STANLEY, kami adalah perusahaan pembiayaan yang berpengalaman yang menyediakan fasilitas pinjaman mudah untuk tulus, serius, korporat, legal dan publik dengan tingkat bunga 2%. Kami memiliki akses ke koleksi uang tunai untuk diberikan kepada perusahaan dan mereka yang memiliki rencana untuk memulai bisnis tidak peduli seberapa kecil atau besarnya, kami memiliki uang tunai. Yakinlah bahwa kesejahteraan dan kenyamanan Anda adalah prioritas utama kami, mengapa kami berada di sini untuk mengurus pemrosesan pinjaman Anda.

Hubungi perusahaan pinjaman yang sah dan dapat dipercaya dengan track record layanan yang memberikan kebebasan finansial kepada Perserikatan Bangsa-Bangsa.
Untuk informasi lebih lanjut dan pinjaman yang meminta untuk mendirikan bisnis Anda, belilah rumah, beli mobil, liburan, hubungi kami via,

E-mail Resmi: rossastanleyloancompany@gmail.com
Instagram resmi: Rossamikefavor
Twitter resmi: Rossastanlyloan
Official Facebook: rossa stanley favor
CSN: +12133153118
untuk respon cepat dan cepat.
Silahkan mengisi formulir aplikasi di bawah ini dan kami akan menghubungi Anda lagi, Kami tersedia 24/7

DATA PEMOHON

1) Nama Lengkap:

2) Negara:

3) Alamat:

4) Jenis Kelamin:

5) Status Perkawinan:

6) Pekerjaan:

7) Nomor Telepon:

8) posisi saat bekerja:

9) Penghasilan Bulanan:

10) Jumlah Pinjaman yang Dibutuhkan:

11) Durasi Pinjaman:

12) nama facebook:

13) nomor Whatsapp:

14) Agama:

15) Tanggal lahir:

SALAM,
Mrs.Rossa Stanley Favor
ROSSASTANLEYLOANCOMPANY
Email rossastanleyloancompany@gmail.com

Unknown said...

Halo semuanya
Saya Fatimah dan hidup itu tidak mudah bagi saya dan keluarga saya dan saya telah kehilangan begitu banyak uang semua atas nama mendapatkan pinjaman tetapi Terima kasih Allah saya bertemu Nyonya Grace yang membantu saya dengan keluarga saya hari ini jadi hubungi dia jika Anda benar-benar membutuhkan pinjaman AT Gracemorganloancompany@gmail.com ..atau Anda dapat menghubungi saya untuk keterangan lebih lanjut AT Fatimahyulia171@gmail.com.

Terima kasih

MR Gold said...
This comment has been removed by the author.
MR Gold said...


Salam tuan. Nak tanya. Kalau saya bayar hutang tiap2 bulan kepada dia. Padahal saya mampu bayar sekali gus. Apa hukumnya ? Sebab janji dengan dia bayar tiap2 bulan dengan amount tertentu. Dan Dia pon setuju. padahal saya mampu bayar sekali gus. Tapi saya hanya bayar ikut amount yang dijanjikan saja. Mohon penjelasan. Terima kasih

Anonymous said...

Hai semua

Nama saya FRADESY RIRITIA, saya berasal dari indonesia, saya ingin menggunakan media ini untuk memberitahu anda semua kebenaran, setiap orang yang anda lihat pada catatan mereka di blog dan laman web ini adalah pencuri (SCAMMERS), saya telah menjadi mangsa cerita mereka dan mereka telah merosakkan hidup saya.
Saya tidak berada di sini untuk memberitahu anda kisah bagaimana saya ditipu dan bagaimana saya kehilangan banyak wang kepada mereka.

Saya di sini untuk memberitahu anda SYARIKAT PINJAMAN sebenar dan sahajalah yang ALLAH hantar untuk mengubah hidup saya, mereka adalah SEMUA PINJAMAN GRANT GLOBAL, mereka adalah satu-satunya syarikat pinjaman tulen yang diiktiraf dan dibiayai oleh WORLD BANK.

Mereka adalah satu-satunya syarikat pinjaman tulen, mereka mempunyai syarat dan syarat pinjaman yang cukup besar, untuk menutup semua pinjaman mereka adalah berpatutan dan cepat dilupuskan tidak seperti syarikat palsu lain yang anda lihat di sini dalam talian yang akan mengambil wang anda tanpa mengeluarkan pinjaman anda,
Tolong jangan tertipu oleh saksi yang mempunyai nombor dan whatsapp indonesia, mereka semua penipu, bagaimana syarikat individu boleh memberi pinjaman ?, itu harus menjadi pertanyaan pertama anda.

Rakan-rakan saya di Asia, saya mohon agar anda mendengarkan saya ketika saya bersumpah kepada anda dengan nama Allah, bahawa saya mengatakan kepada anda semua kebenaran, Syarikat ALL GLOBAL GRANT LOAN, satu-satunya syarikat yang boleh dipercayai dan mereka akan memastikan anda menerima pinjaman anda setelah anda menyelesaikan proses pinjaman seperti yang diperlukan.
Mengapa anda tidak menjadi antara berita baik ini dengan menghubungi mereka segera jika anda SANGAT MENARIK untuk meninggalkan perjuangan kewangan anda dan meningkatkan tahap kehidupan anda, berikut adalah EMAIL allglobalgrantloan@gmail.com.

Anda bebas menghubungi saya di EMAIL fradesyriritia12@gmail.com saya untuk maklumat lebih lanjut, saya dengan senang hati akan mendengar anda berkongsi kisah kebahagiaan anda sendiri.
Terima kasih semua, dan semoga ALLAH memberkati SEMUA PINJAMAN PEMBERIAN GLOBAL kerana memberi saya kegembiraan baru ini.

NAMA Syarikat: SEMUA PINJAMAN GRANT GLOBAL
EMAIL Syarikat:allglobalgrantloan@gmail.com
Whatsapp Syarikat: +1 (301) 971-4445
E-mel Saya: fradesyriritia12@gmail.com