Percaya
kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa
kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat
mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam
menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat
diperlukan. Berikut senarai antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat.
Allah
SWT berfirman, “Sebenarnya (malaikat-malaikat itu) adalah hamba-hamba yang
dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan
perintah-perintah- Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang dihadapan mereka
dan yang dibelakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa’at melainkan
kepada orang – orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu berhati-hati kerana
takut kepada-Nya.” (Surah Al Anbiyaa’, ayat 26-28)
Ketika
kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita
perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara orang
yang mendapat doa malaikat ialah:
1.
Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Imam
Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW
bersabda, ”Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di
dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah,
ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.” (hadis ini
disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/37)
2.
Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Imam
Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia
berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya
Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.” (Sahih Muslim no. 469)
3.
Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Imam
Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra’ bin ‘Azib r.a. bahawa Rasulullah SAW
bersabda, “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas
(orang) yang berada pada saf depan.” (hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al
Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud I/130)
4.
Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di
dalam saf).
Para
Imam yaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim
meriwayatkan dari Aisyah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya
Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung
saf-saf.” (hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib
wat Tarhib I/272)
5.
Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca
al-Fatihah.
Imam
Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Jika
seorang imam membaca ‘ghairil maghdhuubi ‘alaihim waladh dhaalinn’…(ayat
terakhir al-Fatihah sehingga selesai), maka ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’
kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan
diampuni dosanya yang lalu.” (Shahih Bukhari no. 782)
6.
Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Imam
Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Para
malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu antara kalian selama ia ada
di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat, selama ia belum batal
wudhu’nya, (para malaikat) berkata,
‘Ya
Allah ampunilah dan sayangilah ia.” (Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir
menshahihkan hadis ini)
7.
Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Imam
Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawaRasulullah SAW bersabda: “Kalangan
malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba)
pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit)
dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada
waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat
Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap
tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan
hamba-Ku?” Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan
solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah
mereka pada hari kiamat.” (Al Musnad no. 9140, hadis ini dishahihkan oleh
Syaikh Ahmad Syakir)
8.
Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Diriwayatkan
oleh Imam Muslim dari Ummud Darda’ r.a. bahwasanya Rasulullah SAW bersabda: “Doa
seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang
didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang
malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya
dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan
apa yang ia dapatkan..” (Shahih Muslim no. 2733)
9.
Orang yang membelanjakan harta (infak).
Imam
Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah
SAW bersabda: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada
padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata:
‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak. Dan lainnya berkata, ‘Ya
Allah, hancurkanlah harta orang yang pelit.” (Shahih Bukhari no. 1442 dan
Shahih Muslim no. 1010)
10.
Orang yang sedang makan sahur.
Imam
Ibnu Hibban dan Imam Ath Thabrani, meriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a. bahawa
Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya
berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.” (hadis ini dishahihkan oleh
Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhiib wat Tarhiib I/519)
11.
Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Imam
Ahmad meriwayatkan dari ‘Ali bin Abi Thalib r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus
70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga
petang dan di waktu malam hingga Subuh.” (Al Musnad no. 754, Syaikh Ahmad
Syakir berkomentar, “Sanadnya shahih”)
12.
Seseorang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.
Diriwayatkan
oleh Imam Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily r.a. bahawa Rasulullah SAW
bersabda, “Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku
atas seorang yang paling rendah diantara kalian. Sesungguhnya penghuni langit
dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya bersalawat
kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.” (disahihkan oleh
Syaikh Al Albani dalam Kitab Shahih At Tirmidzi II/343)
Itulah
antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai
sama.
Amin...
Sumber:
Blog
Imam Muda Azhar
No comments:
Post a Comment