Penjagaan
Kesihatan Menurut Pandangan Perubatan dan Islam
Islam
memandang berat soal penjagaan kesihatan ummatnya. Islam mengajar kepada kita
untuk menjaga kesihatan dengan cara pencegahan sebelum ditimpa sebarang penyakit,
“Mencegah itu lebih baik daripada berubat” sementara apabila ditimpa penyakit,
maka kita disuruh untuk mengubatinya.
Kesihatan
dalam perubatan
“Complete
physical, mental and social well being” – Kesempurna aktiviti fizikal, mental
dan sosial yang baik. Dalam tahun 1985, WHO telah menambah spiritual – rohani
sebagai suatu aspek yang menggambarkan seseorang itu mempunyai kesihatan yang
baik ataupun tidak. Konsep Pencegahan di dalam Islam. “Mencegah lebih baik
daripada berubat” (preventive medicine)
1.
Penjagaan kebersihan diri dan persekitaran
2.
Pemakanan yang seimbang
3.
Perlakuan dan aktiviti fizikal – senaman
4.
Hubungan sesama manusia dan hubungan dengan Allah dalam aspek kerohanian
Kebersihan
Kebersihan
amat dititikberatkan di dalam Islam. Sebagaimana yang disebutkan di dalam
Hadith “Kebersihan itu sebahagian daripada Iman” Wajib untuk kita menjaga
kebersihan yang seterusnya akan mengelakkan seseorang itu daripada pelbagai
jenis penyakit samada penyakit berjangkit (communicable) ataupun tidak (non
communicable). Firman Allah SWT: "Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang
yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa menyucikan
diri."
Dari
aspek perubatan, kebersihan memainkan peranan yang cukup penting dalam
mengelakkan seseorang ditimpa penyakit, kebersihan yang dimaksudkan adalah
meliputi kebersihan diri dan kawasan persekitaran. Diri dan persekitaran yang
kotor akan mengundang pelbagai jenis vektor pembawa penyakit ke kawasan
tersebut. Makanan yang disediakan juga hendaklah dipastikan kebersihannya dan
hendaklah dibasuh dengan cara yang betul dan dimasak dengan sempurna. Jangan
sambil lewa dalam menyediakan juadah dan hidangan untuk keluarga.
Pemakanan
Yang Seimbang
Dalam
kehidupan seharian kita sering dihidangkan dengan pelbagai jenis masakan dan
juadah bagi memenuhi keperluan jasmani kita dan membekalkan tenaga yang
secukupnya dalam melakukan aktiviti sehari hari. Allah telah menukilkan di
dalam Al Quranul Karim melalui firmannya: “Wahai manusia, makanlah apa-apa
diatas dunia ini dari makanan yang halal dan baik dan janganlah kamu mengikut
jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya dia adalah musuhmu yang nyata.”
Firman
Allah juga: Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari apa-apa yang baik
daripada rezeki yang dikurniakan oleh kami kepadaMu dan bersyukurlah kepada
Allah dan kepadanyalah kamu bersembah sujud (beribadat). Makanan yang kita
makan sehari-hari adalah merupakan salah satu ibadat terhadap Allah apabila
kita meniatkannya untuk membolehkan kita melakukan ibadat kepadaNya, oleh yang
demikian amat perlu untuk kita memilih makanan yang kita makan dari jenis
makanan yang berkhasiat dan baik bagi membolehkan kita mendapat manafaat yang
optimum daripada apa yang kita makan. Secara umumnya kaedah pemakanan yang
seimbang adalah berdasarkan teori piramid makanan sebagaimana di bawah.
Aras
Pertama: Lemak. Minyak dan gula, juga makanan yang kaya dengan bahan ini
terletak di Aras 1 Piramid. Ini menunjukkan hanya sedikit sahaja makanan
daripada kumpulan ini yang perlu dimakan.
Aras
Kedua: Hasil tenusu juga terletak di Aras 2 Piramid. Contoh hasil tenusu adalah
susu, keju dan dadih. Makanan ini kaya dengan protein, kalsium dan biasanya
diperkaya dengan vitamin D. Pilihlah hasil tenusu rendah lemak.
SATU
SAJIAN HASIL TENUSU
• 1
gelas susu
•
½ cawan dadih rendah lemak
•
1 keping keju
Aras
Ketiga: Daging, ayam, ikan dan kekacang terletak di Aras 3 Piramid. Makanan ini
kaya dengan protein, vitamin b, zat besi, zink dan magnesium. Pilihlah daging
rendah lemak dan buang semua lemak yang kelihatan pada daging dan ayam. Sekali
sekala tukarkan penggunaan daging dengan kekacang, kerana ianya rendah lemak
dan kaya dengan serat. Contoh kekacang adalah kacang soya dan hasilnya (seperti
tauhu dan tempe), kacang dhal dan kacang merah.
SATU
SAJIAN DAGING, AYAM, IKAN, DAN KEKACANG
•
1 ketul peha ayam bersaiz sederhana
•
1 ekor ikan kembong bersaiz sederhana
•
2 ketul daging tanpa lemak sebesar kotak mancis
•
5 sudu makan ikan bilis tanpa kepala
•
2 biji telur bersaiz sederhana
•
2 keping tempe
•
2 keping taukua
•
4 sudu makan mentega kacang
Aras
Keempat: Sayur-sayuran dan buah-buahan terletak di Aras Piramid Makanan.
Makanan ini kaya dengan vitamin, mineral dan serat. Makanlah buah-buahan dan
sayur-sayuran dengan banyak, dan pelbagaikan pilihan di dalam setiap hidangan.
SATU
SAJIAN SAYUR-SAYURAN
•
½ cawan sayur berdaun hijau bersama batangnya (dimasak)
•
½ cawan sayuran buah berumbi, seperti terung, tomato (dimasak)
SATU
SAJIAN BUAH-BUAHAN
•
½ biji jambu batu bersaiz sederhana
•
1 biji oren, pir atau epal bersaiz kecil
•
1 biji pisang bersaiz sederhana
•
1 hiris betik, nenes atau tembikai
Aras
Kelima: Bijiran, hasil bijiran dan ubu-ubian Aras 5 Piramid Makanan mengandungi
kumpulan makanan yang kaya dengan karbohidrat kompleks, yang merupakan sumber
tenaga yang utama. Makanan ini juga membekalkan vitamin, mineral, serat dan
sedikit protein. Di dalam setiap hidangan, makanan daripada kumpulan ini perlu
diambil paling banyak. Contoh makanan bagi kumpulan ini adalah nasi, bubur, mi,
mihun, roti, pasta, bijirin sarapan, capati, thosai, biskut, dan ubi keledek,
keladi dan kentang. Pilihlah bijirin atau hasil bijirin mil penuh seperti beras
perang, tepung gandum mil penuh atau tepung atta, dan roti atau biskut mil
penuh.
SATU
SAJIAN BIJIRIN DAN UBI-UBIAN
•
1 keping roti mil penuh
•
½ cawan nasi
•
½ cawan bihun/ mi/ pasta
•
½ keping capati bersaiz kecil
•
1 cawan bubur nasi kosong
•
½ cawan bijirin sarapan
•
1 biji kentang bersaiz sederhana
•
3 keping biskut kraker kosong
Begitulah
pembahagian kelas-kelas makanan yang dianjurkan bagi membolehkan seseorang
antara kita mendapatkan manafaat yang secukupnya dari apa yang dimakan dan
supaya apa yang dimakan tidaklah kurang daripada yang sepatutnya dan tidak pula
sebaliknya, lebih daripada apa yang diperlukan oleh badan.
Secara
amnya makanan-makanan yang kita makan terbahagi kepada 4 kategori iaitu
Karbohidrat, Protein, Lemak dan zat vitamin dan mineral. Jumlah tenaga bagi
setiap kategori atau kelas makanan tersebut boleh dilihat dari jadual di bawah:
KELAS MAKANAN NILAI KALORI (kilokalori) SUMBER Karbohidrat 4 nasi Lemak 9
minyak masak protein 4 ikan dan daging
Karbohidrat
Karbohidrat
adalah merupakan kategori makanan yang paling utama dalam menu kita sehari-hari
kerana tenaga yang dijana dalam badan kita adalah majoritinya diambil daripada
kumpulan ini. Ini kerana makanan daripada kumpulan karbohidrat akan melalui
proses penghadapan dan pencernaan untuk membolehkannya ditukarkan kepada bentuk
yang paling ringkas iaitu sebagai gula penurun atau glukosa yang merupakan
sumber utama tenaga dalam badan. Hasil atau lebihan karbohidrat yang tidak
ditukarkan kepada glukosa akan terus disimpan oleh badan di bahagian hati
sebagai glikogen dan akan digunakan apabila glukosa habis digunakan.
Glukosa
yang dihasilkan ini akan digunakan oleh badan selama lebih kurang 2 jam sebelum
ianya habis. Pada waktu inilah glikogen yang disimpan di dalam badan kita
ditukarkan kembali kepada bentuk glukosa untuk memberikan tenaga yang
diperlukan oleh badan sehinggalah ianya habis digunakan. Simpanan glikogen di
dalam badan dapat bertahan dalam menyalurkan sumber tenaganya kepada badan
sehingga 12 jam apabila bekalannya habis. Selain glikogen, badan juga mendapat
sumber glukosanya daripada sumber-sumber bukan karbohidrat seperti gliserol,
asid amino dan lactate, Bahan-bahan ini akan memberikan sumber glukosa yang
berterusan kepada badan bagi memastikan fungsi-fungsi berjalan dan berperanan
dengan baik.
Lemak
Lemak
juga adalah merupakan komponen makanan yang penting untuk badan, namun kita
tidaklah memerlukannya dalam kuantiti yang banyak. Lemak perlu dalam
membekalkan tenaga kepada badan ketika senaman dan melakukan kerja berat,
sebagai lapisan membran bagi sel-sel badan, sebagai pengangkut nutrisi di dalam
darah, sebagai sulfactant pada peparu dan banyak lagi. Kita tidak memerlukan
lemak yang banyak kerana lebihan lemak yang banyak dalam badan akan ditukar dan
disimpan dibawah lapisan kulit sebagai tisu adipose dan boleh menyebabkan
kegemukan dan obesiti kepada seseorang dan seterusnya mengundang pelbagai jenis
penyakit kepadanya, seperti kencing manis, tekanan darah tinggi dan sebagainya.
Lemak-lemak yang berlebihan juga akan terkumpul dan melekat pada saluran darah
dan menebalkan saluran darah tersebut sehingga menyempitkan laluan atau lumen
saluran darah tersebut. Keadaan ini boleh menyebabkan seseorang itu mengalami
asteroclerosis dan tekanan darah tinggi. Keadaan ini amat merbahaya dan boleh
membawa kepada maut.
Selain
itu hasil daripada pelekatan asid-asid lemak kepada lapisan salur darah ini
juga boleh menyebabkan seseorang itu mengalami aneurisme dan boleh
menyebabkannya pecah dan mengalami pendarahan dalam badan. Oleh itu, langkah
yang terbaik adalah dengan mengurangkan pengambilan lemak didalam makanan kita
lebih-lebih lagi lemak daripada kategori lemak tepu sebaliknya banyakkanlah
penggunaan lemak tak tepu dalam menu harian kita kerana lemak tidak tepu dapat
membantu mengurangkan kandungan kolesterol dalam saluran darah dan organ-organ
lain dalam badan.
Protin.
Protin
juga adalah suatu komponen yang penting bagi badan kita, ia merupakan benda
asas dalam membina sel-sel dalam badan kita dan diperlukan oleh badan
secukupnya. Tanpa protin perkembangan dan tumbesaran seseorang itu boleh
terbantut selain akan menghidapi pelbagai menyakit seperti kwashyiokor,
merasmus dan sebagainya. Selain itu, protin juga merupakan sumber tenaga yang
penting apabila kandungan glukosa dan glikogen sudah habis digunakan bagi
membolehkan tenaga dibekalkan dengan secukupnya kepada badan terutamanya otak
dan bahagian yang tidak boleh menjana tenaga sendiri seperti sel-sel darah,
retina, dan sebagainya.
Oleh
itu, amatlah penting bagi kita untuk mengawal pemakanan kita agar tidak
terlebih dan tidak terkurang agar apa yang kita makan adalah sesuai dengan
keperluan badan kita seperti sabda Rasulullah SAW; “Kami adalah umat yang makan
sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang” Selain itu, sabda Rasulullah juga. “Tiada
bekas yang diisi oleh anak adam yang lebih keji daripada perut” Bermakna di
sini jangan lah kita mengisi perut kita dengan sewenang-wenangnya sehingga
akhirnya nanti kita akan menghadapi pelbagai masalah kerana tabiat pemakanan
kita yang tidak dijaga sejak awal lagi.
Senaman
dan Kesihatan Fizikal
Sebagai
individu amnya dan penuntut khususnya, senaman dan kecergasaan merupakan antara
komponen utama di dalam kehidupan kita. Sabda Rasulullah SAW sebagaimana yang
diriwayatkat oleh Muslim mengatakan, Muslim yang kuat itu lebih baik dan lebih
disukai oleh Allah berbanding mukmin yang lemah. Hadith lain pula adalah sabda
Rasulullah yang berbunyi, “Ajarlah anak kamu berenang, memanah dan menunggang
kuda”
sebagai
justifikasi betapa Islam mengambil berat soal bersukan untuk melahirkan
individu yang kuat dan sihat dan bersedia untuk melakukan apa jua tugas yang
diberikan. Begitu juga dengan Firmah Allah SWT yang berbunyi: “Sesungguhnya
Allah memilihnya menjadi rajamu, dan menganugerahinya dengan ilmu yang luas dan
tubuh yang perkasa”
Jelas
menunjukkan kita disini betapa Islam mementingkan umatnya supaya menjaga
kesihatan mental dan fizikal dan berusaha untuk menjadi umat yang kuat dan
cergas sepanjang masa.Namun, kebanyakan daripada kita agak mengabaikan perkara
ini dengan beralaskan tugas dan pelajaran. Sikap sebegini amat merugikan kerana
banyak faedah yang boleh diperolehi dengan mengamalkan senaman dan mengekalkan
kecergasan. Senaman dapat membantu:
"
Mengekalkan berat badan yang ideal
"
Memberi lebih tenaga dan stamina untuk bekerja
"
Memudahkan anda menangani stress dan kerunsingan
"
Mengurangkan risiko darah tinggi, sakit jantung dan kegemukan
"
Memberi kerehatan dan tidur yang lena
"
Melicinkan peredaran darah dan pernafasan
"
Memperbaiki penampilan diri anda
Apabila
anda bersenam atau bersukan, anda sebenarnya membakar kalori yang menyumbang
kepada pembentukan lemak di dalam badan. Pengambilan 500 kalori sehari di dalam
seminggu ( 500 x 7 ) bermakna anda menambah berat anda sebanyak 2 pound!
Kita
dapat mengelaskan senaman ini kepada empat jenis senaman
Pertama
: Senaman aerobik
Kedua
: Senaman anaerobik
Ketiga
: Senaman isometrik
Keempat
: Senaman isotonik
Senaman
aerobik adalah senaman yang kita lakukan dalam keadaan oksigen dapat disalurkan
secara terus kepada sel-sel badan dan seseorang itu tidak akan mengalami ketidakcukupan
oksigen (hutang oksigen) berbanding senaman anaerobik yang menyebabkan
seseorang itu tercungap-cungap selepas melakukannya.
Dalam
hal ini, kita disarankan untuk mengamalkan senaman aerobik dalam aktiviti
harian yang kita lakukan, tentu bila memperkatakan tentang senaman aerobik anda
akan terbayang senaman yang dilakukan beramai-ramai dengan beberapa orang
jurulatih di depan dan diiringi dengan alunan musik bukan? Namun pemahaman
senaman aerobik adalah lebih luas daripada itu, apa jua bentuk aktiviti yang
melibatkan pergerakan badan dan tidak menyebabkan keletihan yang melampau
disebabkan kekurangan oksigen adalah merupakan senaman aerobik. Cara untuk anda
memastikan samada aktiviti atau senaman yang anda lakukan itu adalah senaman
aerobik ataupun tidak adalah dengan memastikan bahawa anda masih boleh
melakukannya dalam keadaan anda masih boleh bercakap-cakap tanpa
termengah-mengah. Dalam hal ini, berjalan adalah merupakan salah satu senaman
yang baik untuk diamalkan. Berjalanlah setiap hari selama lebih kurang 30 minit
setiap hari bagi memastikan anda telah melakukan senaman yang secukupnya.
Ini
tidak termasuk perjalanan anda untuk kemana-mana, tetapi peruntukkan lah masa
untuk berjalan secara terus menerus seperti pada waktu petang dan awal pagi.
Berjalan dan beriadah pada waktu petang dapat membantu anda mendapatkan tidur
yang cukup dan nyenyak pada waktu malamnya. Selain berjalan, anda juga mungkin
boleh melakukan apa sahaja jenis sukan yang anda minati seperti bermain bola
sepak, berlari dan sebagainya, namun anda dinasihatkan tidak melakukannya dalam
tempoh yang lama kerana senaman yang dilakukan ini agak merbahaya kerana ia
menyusutkan bekalan oksigen kepada sel-sel badan.
Bagaimanakah
cara hidup yang diamalkan Rasulullah SAW yang perlu umat Islam contohi?
Mencontohi Nabi bukan sekadar serpihan, tetapi perlu dalam semua aspek
kehidupan kita. Bukan bermakna nabi terhindar daripada penyakit, tetapi baginda
sebenarnya hanya pernah sakit beberapa kali saja. Baginda sentiasa berada dalam
keadaan sihat walaupun menggalas tugas berat dan mencabar. Perhatikan perbezaan
dengan diri kita yang menghidap pelbagai penyakit serta penderitaan.
1.
SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasulullah
mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat,
solat fardhu dan solat Subuh secara berjemaah. Hal ini memberi hikmah yang
mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik
terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.
2.
AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasulullah
sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut
halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi. “Mandi pada
hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula
menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (HR. Muslim)
3.
TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN
Sabda
Rasulullah SAW yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum
lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).”(
Muttafaq Alaih). Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga
untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan
ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan
bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.
4.
GEMAR BERJALAN KAKI
Rasulullah
berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad danmengunjungi rumah sahabat.
Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah
berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbandingkita
sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan,
mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.
5.
TIDAK PEMARAH
Nasihat
Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat
kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada
kebersihan jiwa. Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu
dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri makahendaklah kita duduk dan
apabila sedang duduk, maka perlu berbaring. Kemudian membaca
Ta’awwudzkeranamarah itu daripada syaitan, segera mengambil wudhu’ dan solat
dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.
6.
OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap
optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain
perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakkal kepada Allah SWT
7.
TIDAK PERNAH IRI HATI
Bagi
menjaga kestabilan hati dan kesehatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi
daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat
mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”
8.
PEMAAF
Pemaaf
adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa.
Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan. Sekiranya
kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang
pemaaf kerana yang pasti badan sihat.
“BAHAGIA
sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi dengan MEMBERI. Sebenarnya, banyak lagi cara
hidup sihat Rasulullah. Semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat
kita rindukan pertemuan dengannya.”
No comments:
Post a Comment