DOA

‘Ya Allah, rahmatilah pembaca blog ini, sihatkan ia, ampunilah dosa-dosanya, berkatilah amalannya, janganlah Engkau balikkan hatinya setelah Engkau beri petunjuk dan hidayah kepadanya dan Ya Allah masukkanlah ia dan keluarganya kedalam syurga FirdausMu serta jauhkanlah ia dan keluarganya dari azab nerakaMu. Sesungguhnya Ya Allah, hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau sahajalah kami meminta pertolongan. Ya Allah jika rezeki pembaca blog ini masih diatas langit, turunkanlah ia, jika rezekinya di dalam bumi, keluarkanlah ia, jika rezekinya jauh, dekatkanlah ia, jika rezekinya haram, sucikanlah ia dan jika rezekinya sukar, Engkau permudahkanlah ia” Ya Allah kurniakanlah kepada kami segala kebaikan sebagaimana yang Engkau kurniakan kepada hamba-hamba Mu yang soleh.'

Tuesday, September 22, 2015

Mengurus Emosi Dengan Lebih Berkesan

Sesungguhnya kemarahan akan mengumpulkan segala keburukan dan kemusnahan. Reaksi seorang yang sedang marah dapat dilihat pada wajah dan anggota badannya seperti muka menjadi merah, urat–urat leher menegang, tubuh seakan–akan mengigil kerana geram, suara menjadi nyaring manakala lidah mula mengeluarkan perkataan yang buruk samada mengutuk atau mengeji. Selain itu, akibat daripada emosi marah tanpa kawalan, seseorang itu boleh bertindak memukul, menumbuk atau membunuh. Mendorong kepada perbuatan yang menyakitkan orang lain dan akhirnya mewujudkan permusuhan serta kebencian sesama.
Walaupun emosi marah adalah sifat semula jadi kita, namun seorang muslim hendaklah berusaha untuk menjauhkan diri daripada segala perkara yang boleh menyebabkan kemarahan. Mari kita hayati langkah-langkah berikut supaya kita mengamalkan tiga langkah kebijaksanaan atau tiga kaedah mengawal emosi marah supaya stabil. Kemarahan selalunya berpunca daripada kegagalan kita mengawal emosi, emosi marah. Pelbagai dugaan hidup akan melahirkan pelbagai emosi dalam diri kita yang kadang–kadang membuatkan emosi tidak menentu.

Mengawal emosi marah: Banyakkan Minum Air Kosong
Tiga langkah bertenang yang pertama adalah; banyakkan minum air kosong. Jika pakar kesihatan menyarankan kita supaya minum air lapan gelas sehari, seboleh mungkin capailah angka ini. Mengapa? Kerana air memang akan menenangkan dan menyejukkan. Syaitan dijadikan daripada api, maka siramlah api yang berada dalam badan dengan air. Jangan lupa baca Bismillahirrahmanirrahim setiap kali hendak minum air. Selain itu, jika dapat berwudhuk adalah lebih baik. Mohon kepada Allah agar api kemarahan yang sedang menyala di dalam diri menjadi kecil dan akhirnya terpadam. Biar terhapus emosi marah tersebut.

Mengawal emosi marah: Memakai Pewangi Setiap Masa
Kedua, amalkan memakai pewangi setiap masa. Wangikan tubuh dan kawasan persekitaran. Kewangian akan membawa emosi marah kembali stabil manakala bau yang busuk pula boleh menyebabkan kita cepat marah. Tanpa sebarangan wangian memanglah tiada apa–apa, tetapi jika wangi dapat merangsang diri untuk lebih tenang dan bijaksana
Mengawal Emosi Marah: Amalkan Teknik “Pause”
Pernah dengar teknik ni? Konsep pause adalah cara yang baik bagi mengurus kemarahan. Konsep ini mendekatkan kita kepada tindakan secara rasional. Menjadi penyabar semasa marah adalah jalan terbaik. Tetapi kadangkala kita lupa sebenarnya bergerak ke satu kesabaran itu memerlukan kita pantas merasionalkan diri kita. Oleh itu, konsep “pause” boleh digunakan bagi membantu diri menjadi rasional semasa marah.

Aplikasi konsep pause mudah sahaja. Kita hanya perlu melakukan dua perkara iaitu:
1) Diam
2) Berfikir

Semasa kita dimarahi juga, kita perlu melakukan dua perkara diatas.
Langkah yang pertama, kita perlu diam. Kuasa diam begitu besar kerana secara tidak langsung ia mampu menerbitkan kesabaran akibat dari permulaan kita melakukan tindakan kedua iaitu berfikir.

Langkah kedua yang perlu dilakukan untuk mengawal marah ialah berhenti sejenak dan berfikir.
1. Mengapa aku perlu marah?
2. Apakah kesan kemarahan aku nanti?
3. Bagaimana pandangan Allah kepada aku?
Sekiranya persoalan–persoalan ini diteliti, ia mampu mengembalikan kita kepada realiti keadaan sebenar. Kita kembalikan diri kita kepada beberapa aspek rasional diri dan kesannya kita akan tersedar dari minda separa sedar semasa marah. Lalu akan terbit rasa timbang rasa kepada pihak yang menerbitkan rasa marah kita itu. Sir Walter Scot, seorang pengarang Scotland mengatakan bahawa “Timbang rasa adalah laksana lantai perak atau benang sutera yang mempertalikan hati dengan hati, akal dengan akal dan tubuh dengan jiwa. Oleh itu, konsep pause ini sedikit sebanyak mampu menerbitkan rasa sabar sebagai salah satu jalan mengurus perasaan marah yang meluap–luap itu.

Salah satu perkara yang selalu membuatkan kita lemah adalah timbulnya rasa tersinggung dihati kita. Munculnya perasaan ini sering disebabkan oleh ketidaktahanan kita terhadap sikap orang lain. Ketika tersinggung, paling kurang kita akan sibuk membela diri sendiri, dan akan memikirkan kejelekan orang yang membuat kita tersinggung itu. Perkara yang paling membahayakan dari rasa tersinggung adalah timbulnya penyakit hati seperti rasa merendahkan orang lain dan mengumpat. Malah mungkin menfitnahnya kembali. Kesan yang biasa ditimbulkan oleh rasa tersinggung adalah kemarahan. Bila kita marah, kata-kata jadi tidak terkawal. Stress meningkat. Kerana itu, ketabahan kita untuk “tidak tersinggung” menjadi satu keharusan.

Apa yang menyebabkan seseorang itu tersinggung? Tersinggung seseorang itu timbul kerana menilai dirinya lebih dari kenyataan, merasa pintar, berjasa, baik, tampan, dan merasa berjaya. Setiap kali kita menilai diri lebih dari kenyataan yang sebenarnya, apabila ada yang menilai kita kurang sedikit sahaja dari expectation kita, maka kita akan merasa tersinggung. Peluang untuk rasa tersinggung akan terbuka luas jika kita salah dalam menilai diri sendiri. Kerana itu, ada sesuatu yang harus kita perbaiki, iaitu cara menilai diri. Teknik pertama agar kita tidak mudah tersinggung adalah tidak menilai secara berlebihan terhadap diri kita sendiri. Misalnya, jangan banyak mengingati bahawa kita telah berjasa. Saya seorang guru, saya seorang pemimpin, saya ini saya itu. Saya seorang pemurah. Saya banyak menolong rakan-rakan. Semakin banyak kita mengaku tentang diri kita, akan makin mudah untuk membuat kita tersinggung.

Ada beberapa cara yang cukup efektif untuk merendam rasa tersinggung:
Pertama, belajar melupakan. Jika kita seorang berijazah maka lupakanlah ijazah kita. Jika kita seorang pengarah lupakanlah jawatan itu. Jika kita seorang pimpinan lupakanlah hal itu, dan seterusnya. Anggap semuanya ini berkat dari Allah agar kita tidak tamak terhadap penghargaan. Kita harus melatih diri untuk merasa sekadar hamba Allah yang tidak memiliki apa-apa kecuali berkat ilmu yang dipercikkan oleh Allah sedikit. Kita lebih banyak tidak tahu. Kita tidak mempunyai harta sedikit pun kecuali sepercik berkat dari Allah. Kita tidak mempunyai jawatan ataupun kedudukan sedikit pun kecuali sepercik yang Allah telah berikan dan dipertanggungjawabkan. Dengan sikap seperti ini hidup kita akan lebih ringan. Semakin kita ingin dihargai, dipuji, dan dihormati, akan kian sering kita sakit hati.
Kedua, kita harus melihat bahawa apa-apa pun yang dilakukan orang kepada kita akan bermanfaat. Kita tidak akan pernah rugi dengan perilaku orang kepada kita. Sebenarnya kita tidak boleh memaksa orang lain membuat sesuatu sama dengan keinginan kita. Apa yang boleh kita lakukan adalah memaksa diri sendiri memahami orang lain dengan sikap terbaik kita. Apa pun perkataan orang lain kepada kita, walaupun sangat mengguris hati, tentu itu terjadi dengan izin Allah. Anggap sahaja ini episod atau ujian yang harus kita lalui untuk menguji keimanan kita.

Ketiga, kita harus bersimpati. Melihat sesuatu tidak dari sudut pandang kita. Renungkan kisah seseorang yang sedang membawa gajah berjalan-jalan, dari depan dan seorang lagi mengikutinya di belakang gajah tersebut. Yang berada di depan berkata, “Oh indah sungguh pemandangan sepanjang hari”. Pasti dia dilempar dari belakang kerana dianggap menyindir. Sebab, sepanjang perjalanan, orang yang dibelakang hanya melihat punggung gajah. Oleh itu, kita harus belajar bersimpati. Jika tidak ingin mudah tersinggung, maka cari seribu satu alasan untuk boleh menyenangkan hati orang lain. Namun yang harus diingat, berbagai alasan yang kita buat semata-mata untuk menyenangkan, bukan untuk membenarkan kesalahan. Ingat!

Keempat, jadikan penghinaan orang lain kepada kita sebagai ladang peningkatan kualiti diri. Jadikan penghinaan orang lain kepada kita sebagai kesempatan untuk menyucikan jiwa, dengan memaafkan orang yang menyakiti dan membalasnya dengan kebaikan. Pada suatu hari, Rasulullah SAW bersama sahabat-sahabatnya sedang duduk bersama. Tiba-tiba baginda bersabda: “Akan datang selepas ini seorang ahli syurga.” Maka muncul lah fulan bin fulan. Keesokannya juga sama, Rasulullah bersabda perkara yang sama, dan muncul fulan bin fulan yang sama. Keesokannya lagi juga sama. Rasulullah SAW bersabda perkara yang sama, dan muncul fulan bin fulan yang sama. Akhirnya seorang sahabat Rasulullah pergi berziarah ke rumah lelaki itu, dan tidur di rumahnya untuk menyiasat apakah amalannya. Selama tiga hari, sahabat Rasulullah itu tidak menjumpai apa-apa ibadah yang hebat, yang besar, yang menarik. Akhirnya dia menyatakan hajat sebenarnya tidur di rumah lelaki itu. Lelaki itu menjawab: “Ibadahku adalah sebagaimana yang kau lihat. Tiada yang menakjubkan. Biasa-biasa sahaja.” Sambung lelaki itu: “Tetapi di dalam hatiku tidak ada sangka buruk, rasa benci, kepada saudara-saudara mukminku.”
Memaafkan. Memaafkan dengan dada yang lapang. InsyaAllah yang lain akan datang kemudian. Kelapangan hati, ketenangan jiwa, kesegaran roh, akan hadir kepada kita insyaAllah. Pasti. “Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka…” Surah Ali-Imran ayat 159

Semoga Allah menjadikan kita insan yang sangat tenang dan damai sepanjang usia yang masih berbaki. Tingkatkan amal ibadat dan basahkan bibir dengan zikrullah agar hati kita menjadi lebih lembut lagi tenang. La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)

Monday, August 31, 2015

Bagaimana Syaitan Menggoda Manusia (Wajib Baca)

Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat pasti aku akan menjadikan mereka (manusia) memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis (hambaNya yang ikhlas lahir dan batin) di antara mereka”. (al-Hijr:39-40)
Mengapa iblis tidak mengangu manusia dari atas dan dari bawah
Di dalam Al Qur’an, akan kita dapati satu rakaman dialog antara Allah SWT dengan iblis yang dihukum oleh Allah. Dalam dialog tersebut, iblis menyatakan untuk sentiasa menyesatkan manusia. Hal tersebut tercatat dalam surah Al A’raf ayat 16-17 berikut ini: “Iblis menjawab: ‘Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus, kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (ta’at).” (QS. Al A’raf: 16-17). Dari ayat Al Quran ini dijelaskan bahawa Iblis akan selalu menghalang-halangi kita dari jalan yang lurus. Caranya, dia akan mendatangi kita dari muka, dari belakang, dari kanan, dan dari kiri kita.

Lalu apa maksud dari keempat penjuru itu? Dalam tafsir Ibnu Katsir dijelaskan bahawa yang dimaksud dengan firman Allah SWT dalam surat Al-A’raf ayat 17 di atas adalah: “Kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka”: Iblis akan membuat manusia ragu akan permasalahan akhirat (Min baini Aidihim), “dan dari belakang mereka”: membuat mereka cinta kepada dunia (Wa Min Kholfihim), “dari kanan”: urusan-urusan agama akan dibuat tidak jelas (Wa ‘An Aimaanihim) “dari kanan”: urusan-urusan agama akan dibuat tidak jelas (Wa ‘An Aimaanihim) “dan dari kiri mereka”: dan manusia akan dibuat tertarik dan senang terhadap kemaksiatan (Wa ‘An Syama’ilihim). Lalu timbul pertanyaan di benak kita, mengapa iblis tidak mendatangi kita dari atas dan dari bawah kita? Hal tersebut dijelaskan dalam sebuah tafsir Al Qur’an yang diredaksikan dari Al-Fakhrur-Razy dalam tafsirnya berkata: “Diriwayatkan bahawa ketika Iblis mengatakan ucapannya tersebut, maka hati para malaikat menjadi kasihan terhadap manusia mereka berkata: “Wahai Tuhan kami, bagaimana mungkin manusia boleh melepaskan diri dari gangguan syaitan?” Maka Allah berfirman kepada mereka bahawa bagi manusia masih ada dua jalan: atas dan bawah, jika manusia mengangkat kedua tangannnya dalam do’a dengan penuh kerendah-hatian atau bersujud dengan dahinya di atas tanah dengan penuh kekhusyu’an, Aku akan mengampuni dosa-dosa mereka” (At-Tafsir Al-Kabir V/215) Dalam tafsir yang lain juga dikatakan bahawa Iblis tidak mendatangi kita dari atas, kerana rahmat turun kepada manusia dari atas (Tafsir Ibnu katsir III/394-395). Oleh kerana itu iman adalah senjata kita. Berdoalah, mari kita berlindung kepada Allah atas segala godaan syaitan yang terkutuk

Dalam suatu persidangan iblis, syaitan dan jin, dikatakan:
"Kita tidak dapat melarang kaum muslim ke Masjid",
"Kita tidak dapat melarang mereka membaca Al-Qur'an dan mencari kebenaran",
"Malah kita tidak dapat melarang mereka mendekatkan diri dengan Tuhan mereka Allah SWT dan Pembawa risalah-Nya Muhammad",
"Pada masa mereka melakukan hubungan dengan Allah SWT, maka kekuatan kita akan lumpuh."
"Oleh sebab itu, biarkanlah mereka pergi ke Masjid, biarkan mereka tetap melakukan kesukaan mereka, tetapi curi waktu mereka, sehingga mereka tidak lagi ada waktu untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT".
"Inilah yang akan kita lakukan," kata iblis.
"Alihkan perhatian mereka dari usaha mendekatkan kepada Allah SWT dan awasi terus kegiatannya sepanjang hari!".
"Bagaimana kami melakukannya?" tanya para hadirin iaitu syaitan, dan jin. Sibukkan mereka dengan hal-hal yang tidak penting dalam kehidupan mereka, dan ciptakan tipu daya untuk menyibukkan fikiran mereka," Jawab sang iblis
"Rayu mereka agar suka belanja, belanja dan belanja serta berhutang, berhutang dan berhutang".
"Pujuk para isteri untuk bekerja di luar rumah sepanjang hari dan para suami bekerja 6 sehingga 7 hari dalam seminggu, 10 - 12 jam seminggu, sehingga mereka merasa bahawa hidup ini sangat kosong."
"Jangan biarkan mereka menghabiskan waktu bersama anak-anak mereka."
"Jika keluarga mereka mulai tidak harmoni, maka mereka akan merasa bahawa rumah bukanlah tempat mereka melepaskan letih apabila pulang dari bekerja".
"Dorong terus cara berfikir seperti itu sehingga mereka tidak merasa ada ketenangan di rumah."
"Pikat mereka untuk terus membunyikan radio atau kaset semasa mereka membawa kenderaan".
"Dorong mereka untuk memasang TV, VCD, CD dan PC di rumah.
"Sepanjang hari, bunyikan muzik terus menerus di semua restoran mahu pun kedai-kedai di dunia ini."
"Hal ini akan mempengaruhi fikiran mereka dan merosak hubungan mereka dengan Allah SWT dan Rasul-Nya"
"Penuhi meja-meja rumah mereka dengan majalah-majalah dan tabloid".
"Penuhi mereka dengan berbagai berita dan gosip selama 24 jam sehari".
"Serang mereka dengan berbagai iklan-iklan di jalanan".
"Penuhi peti surat mereka dengan informasi tak berguna, katalog-katalog, undian-undian, tawaran-tawaran dari berbagai macam iklan.
"Muat gambaran wanita yang cantik itu yang langsing dan berkulit cantik di majalah dan TV, untuk menggiring para suami berfikir bahawa penampilan itu menjadi unsur terpenting, sehingga membuat para suami tidak tertarik lagi pada isteri-isteri mereka"
"Buatlah para isteri menjadi sangat letih pada malam hari, buatlah mereka sering sakit kepala".
"Jika para isteri tidak memberikan cinta yang diinginkan sang suami, maka mereka akan mulai mencari di luaran".
"Hal inilah yang akan mempercepat retaknya rumahtangga sebuah keluarga"
"Terbitkan buku-buku cerita untuk mengalihkan kesempatan mereka untuk mengajarkan anak-anak mereka akan makna solat."
"Sibukkan mereka sehingga tidak lagi punya waktu untuk mengkaji bagaimana Allah SWT menciptakan alam semesta. Arahkan mereka ke tempat-tempat hiburan, sukan, pertandingan-pertandingan, konsert muzik dan panggung wayang."
"Buatlah mereka menjadi SIBUK, SIBUK DAN SIBUK."
"Perhatikan, jika mereka jumpa dengan orang soleh, bisikkan gosip-gosip dan percakapan tidak bererti, sehingga percakapan mereka tidak bermakna apa-apa.
"Isi kehidupan mereka dengan keindahan-keindahan semua yang akan membuat mereka tidak ada waktu untuk mengkaji kebesaran ALLAH SWT."
"DAN DENGAN SEGERA MEREKA AKAN MERASA BAHAWA kEBAHAGIAAN, KEKAYAAN, KEBAIKAN/KESIHATAN KELUARGA ADALAH MERUPAKAN HASIL USAHANYA YANG KUAT - DAN BUKAN ATAS IZIN ALLAH SWT."
"PASTI BERHASIL, PASTI BERHASIL."
"RANCANGAN YANG BAGUS." Iblis, syaitan dan jin kemudian pergi dengan penuh semangat melakukan tugas MEMBUAT MUSLIM MENJADI LEBIH SIBUK, LEBIH KELAM KABUT, DAN SENANG HURA-HURA".
"Dan hanya meninggalkan sedikit saja waktu buat Allah SWT sang Pencipta."
"Tidak lagi mempunyai waktu untuk bersilaturahim dan saling mengingatkan akan Allah SWT dan RasulNya". Sekarang pertanyaannya adalah, "APAKAH RANCANGAN IBLIS INI AKAN BERHASIL???" "KITALAH YANG MENENTUKAN..!!!" Fikir-fikirkan. 

Dari Muadz bin Jabal dari Ibn Abbas: Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Anshar, tiba - tiba terdengar panggilan seseorang dari luar rumah: "Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan memerlukanku."
Rasulullah bersabda: "Tahukah kalian siapa yang memanggil?" Kami menjawab: "Allah dan RasulNya yang lebih tahu."
Beliau melanjutkan, "Itu iblis, laknat Allah bersamanya."
Umar bin Khattab berkata: "Izinkan aku membunuhnya wahai Rasulullah"
Nabi menahannya:"Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahwa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat? Lebih baik bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan untuk ini, fahamilah apa yang hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik."
Ibnu Abbas RA berkata: Pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang tua yang cacat satu matanya. Di janggutnya terdapat 7 helai rambut seperti rambut kuda, taringnya terlihat seperti taring babi, bibirnya seperti bibir sapi..
Iblis berkata: "Salam untukmu Muhammad.... Salam untukmu para hadirin..."
Rasulullah SAW lalu menjawab: "Salam hanya milik Allah SWT, sebagai mahluk terlaknat, apa keperluanmu?"
Iblis menjawab: "Wahai Muhammad, aku datang ke sini bukan atas kemahuanku, namun kerana terpaksa."
"Siapa yang memaksamu? "
"Seorang malaikat utusan Allah mendatangiku dan berkata: "Allah SWT memerintahkanmu untuk mendatangi Muhammad sambil menundukkan diri. Beritahu Muhammad tentang caramu dalam menggoda manusia. Jawablah dengan jujur semua pertanyaannya. Demi kebesaran Allah, andai kau berdusta satu kali saja, maka Allah akan jadikan dirimu debu yang ditiup angin."
"Oleh kerana itu aku sekarang mendatangimu. Tanyalah apa yang hendak kau tanyakan. Jika aku berdusta, aku akan dicaci oleh setiap musuhku. Tidak ada sesuatu pun yang paling besar menimpaku daripada cacian musuh."
Orang Yang Dibenci Iblis, Rasulullah SAW lalu bertanya kepada Iblis: "Kalau kau benar jujur, siapakah manusia yang paling kau benci?"
Iblis segera menjawab: "Kamu, kamu dan orang sepertimu adalah mahkluk Allah yang paling aku benci."
"Siapa selanjutnya? "Pemuda yang bertakwa yang memberikan dirinya mengabdi kepada Allah SWT."
"Lalu siapa lagi?" "Orang Alim dan wara' (patuh)"
"Lalu siapa lagi?" "Orang yang selalu bersuci."
"Siapa lagi?" "Seorang fakir yang sabar dan tak pernah mengeluhkan kesulitannnya kepada orang lain."
"Apa tanda kesabarannya? " "Wahai Muhammad, jika ia tidak mengeluhkan kesulitannya kepada orang lain selama 3 hari, Allah akan memberi pahala orang-orang yang sabar."
"Selanjutnya apa?" "Orang kaya yang bersyukur." "Apa tanda kesyukurannya?" "Ia mengambil kekayaannya dari tempatnya, dan mengeluarkannya juga dari tempatnya."
" Abu Bakar, orang seperti apa menurutmu?" "Ia tidak pernah menurutiku di masa jahiliyah, apalagi dalam Islam."
"Umar bin Khattab?" "Demi Allah setiap berjumpa dengannya aku pasti kabur."
"Usman bin Affan?" "Aku malu kepada orang yang malaikat pun malu kepadanya."
"Ali bin Abi Thalib?" "Aku berharap darinya agar kepalaku selamat, dan berharap ia melepaskanku dan aku melepaskannya. Tetapi ia tak akan mahu melakukan itu." (Ali bin Abi Thalib selau berdzikir terhadap Allah SWT)

Amalan Yang Dapat Menyakiti Iblis
"Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku yang hendak solat?"
"Aku merasa panas dingin dan gementar. "
"Kenapa?" "Sebab, setiap seorang hamba bersujud 1x kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 darjat."
"Jika seorang umatku berpuasa?" "Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka ."
"Jika ia berhaji?" "Aku seperti orang gila."
"Jika ia membaca al-Quran?" "Aku merasa meleleh laksana timah di atas api."
"Jika ia bersedekah?" "Itu sama saja orang tersebut membelah tubuhku dengan gergaji."
"Mengapa jadi begitu? " "Sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya... Iaitu keberkahan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau dari dirinya."
"Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?" "Suara kuda perang di jalan Allah."
"Apa yang dapat melelehkan tubuhmu?" "Taubat orang yang bertaubat."
"Apa yang dapat membakar hatimu?" "Istighfar di waktu siang dan malam."
"Apa yang dapat mencoreng wajahmu?" "Sedekah yang diam - diam. "
"Apa yang dapat menusuk matamu?" "Solat fajar."
"Apa yang dapat memukul kepalamu? " "Solat berjamaah."
"Apa yang paling mengganggumu? " "Majlis para ulama."
"Bagaimana cara makanmu?" "Dengan tangan kiri dan jariku."
"Dimanakah kau menaungi anak - anakmu di musim panas?" "Di bawah kuku manusia." 

Manusia Yang Menjadi Teman Iblis
Nabi lalu bertanya : "Siapa temanmu wahai Iblis?" "Pemakan riba."
"Siapa sahabatmu?" "Penzina."
"Siapa teman tidurmu?" "Pemabuk.."
"Siapa tamumu? " "Pencuri."
"Siapa utusanmu?" "Tukang sihir."
"Apa yang membuatmu gembira?" "Bersumpah dengan cerai."
"Siapa kekasihmu? " "Orang yang meninggalkan solat jumaat"
"Siapa manusia yang paling membahagiakanmu? " "Orang yang meninggalkan solatnya dengan sengaja."

Iblis Tidak Berdaya Di hadapan Orang Yang Ikhlas
Rasulullah SAW lalu bersabda: "Segala puji bagi Allah yang telah membahagiakan umatku dan mensengsarakanmu."
Iblis segera membalas:" Tidak, tidak.. Tak akan ada kebahagiaan selama aku hidup hingga hari akhir. Bagaimana kau boleh berbahagia dengan umatmu, sementara aku boleh masuk ke dalam aliran darah mereka dan mereka tak boleh melihatku. Demi yang menciptakan diriku dan memberikan ku kesempatan hingga hari akhir, aku akan menyesatkan mereka semua. Baik yang bodoh, atau yang pintar, yang boleh membaca dan tidak boleh membaca, yang durjana dan yang soleh, kecuali hamba Allah yang ikhlas."
"Siapa orang yang ikhlas menurutmu?" "Tidakkah kau tahu wahai Muhammad, bahawa barang siapa yang menyukai emas dan perak, ia bukan orang yang ikhlas. Jika kau lihat seseorang yang tidak menyukai dinar dan dirham, tidak suka pujian dan sanjungan, aku boleh pastikan bahawa ia orang yang ikhlas, maka aku meninggalkannya. Selama seorang hamba masih menyukai harta dan sanjungan dan hatinya selalu terikat dengan kesenangan dunia, ia sangat patuh padaku."

Iblis Dibantu oleh 70000 anak-anaknya
Tahukah kamu Muhammad, bahawa aku mempunyai 70000 anak. Dan setiap anak memiliki 70000 syaitan. Sebahagian ada yang aku tugaskan untuk mengganggu ulama. Sebahagian untuk menggangu anak-anak muda, sebahagian untuk menganggu orang-orang tua, sebahagian untuk menggangu wanita-wanita tua, sebahagian anak-anakku juga aku tugaskan kepada para Zahid. Aku punya anak yang suka mengencingi telinga manusia sehingga ia tidur pada solat berjamaah. Tanpanya, manusia tidak akan mengantuk pada waktu solat berjamaah. Aku punya anak yang suka menaburkan sesuatu di mata orang yang sedang mendengarkan ceramah ulama hingga mereka tertidur dan pahalanya terhapus. Aku punya anak yang senang berada di lidah manusia, jika seseorang melakukan kebajikan lalu ia khabarkan kepada manusia, maka 99% pahalanya akan terhapus. Pada setiap seorang wanita yang berjalan, anakku dan syaitan duduk di pinggul dan pahanya, lalu menghiasinya agar setiap orang memandanginya. Syaitan juga berkata, "Keluarkan tanganmu", lalu ia mengeluarkan tangannya lalu syaitan pun menghiasi kukunya. Mereka, anak - anakku selalu meyusup dan berubah dari satu tempat ke tempat lainnya, dari satu pintu ke pintu yang lainnya untuk menggoda manusia hingga mereka terhempas dari keikhlasan mereka. Akhirnya mereka menyembah Allah tanpa ikhlas, namun mereka tidak merasa. Tahukah kamu, Muhammad? Bahawa ada rahib yang telah beribadat kepada Allah selama 70 tahun. Setiap orang sakit yang didoakan olehnya, sembuh seketika. Aku terus menggodanya hingga ia berzina, membunuh dan kufur.

Cara Iblis Menggoda
Tahukah kau Muhammad, dusta berasal dari diriku? Akulah makhluk pertama yang berdusta. Pendusta adalah sahabatku. Barangsiapa bersumpah dengan berdusta, ia kekasihku. Tahukah kau Muhammad? Aku bersumpah kepada Adam dan Hawa dengan nama Allah bahawa aku benar-benar menasihatinya. Sumpah dusta adalah kegemaranku. Ghibah (gosip) dan Namimah (adu domba) kesenanganku. Kesaksian palsu kegembiraanku. Orang yang bersumpah untuk menceraikan isterinya ia berada di pinggir dosa walau hanya sekali dan walaupun ia benar. Sebab barang siapa membiasakan dengan kata-kata cerai, isterinya menjadi haram baginya. Kemudian ia akan beranak cucu hingga hari kiamat. Jadi semua anak-anak zina dan ia masuk neraka hanya kerana satu kalimat, CERAI.

Wahai Muhammad, umatmu ada yang suka lalai semasa solat. Setiap ia hendak berdiri untuk solat, aku bisikan padanya waktu masih lama, kamu masih sibuk, lalu ia menundanya hingga ia melaksanakan solat di luar waktu, maka solat itu dipukulkannya kemukanya. Jika ia berhasil mengalahkanku, aku biarkan ia solat. Namun aku bisikkan ke telinganya 'lihat kiri dan kananmu', Dia pun menoleh. Pada masa itu aku usap dengan tanganku dan kucium keningnya serta aku katakan 'solatmu tidak sah'. Bukankah kamu tahu Muhammad, orang yang banyak menoleh dalam solatnya akan dipukul. Jika ia solat sendirian, aku suruh dia untuk bergegas. Dia pun solat seperti ayam yang mematuk beras. Jika dia berhasil mengalahkanku dan dia solat berjamaah, aku ikat lehernya dengan tali, hingga dia mengangkat kepalanya sebelum imam, atau meletakkannya sebelum imam. Kamu tahu bahawa melakukan itu batal solatnya dan wajahnya akan dirubah menjadi wajah keldai. Jika dia berhasil mengalahkanku, aku tiup hidungnya hingga dia menguap dalam solat. Jika ia tidak menutup mulutnya ketika menguap, syaitan akan masuk ke dalam dirinya, dan membuatnya menjadi bertambah serakah dan gila dunia. Dan dia pun semakin taat padaku.

Kebahagiaan apa untukmu, sedang aku memerintahkan orang miskin agar meninggalkan solat. Aku katakan padanya, 'kamu tidak wajib solat, solat hanya wajib untuk orang yang berkemampuan dan sihat. Orang sakit dan miskin tidak, jika kehidupanmu telah berubah baru kau solat.' Dia pun mati dalam kekafiran. Jika dia mati sambil meninggalkan solat maka Allah akan menemuinya dalam kemurkaan. Wahai Muhammad, jika aku berdusta Allah akan menjadikanku debu. Wahai Muhammad, apakah kau akan bergembira dengan umatmu padahal aku mengeluarkan seperenam mereka dari islam?

10 Permintaan Iblis kepada Allah SWT
"Berapa yang kau pinta dari Tuhanmu?" "10 macam"
"Apa saja?" Aku minta agar Allah membiarkanku berbagi dalam harta dan anak manusia, Allah mengizinkan.
Allah berfirman, "Berbagilah dengan manusia dalam harta dan anak. Dan janjikanlah mereka, tidaklah janji syaitan kecuali tipuan." (QS Al-Isra :64)
Harta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya.
Aku juga makan dari makanan haram dan yang bercampur dengan riba, aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan nama Allah.
Aku minta agar Allah membiarkanku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan isterinya tanpa berlindung dengan Allah, maka syaitan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada syaitan.
Aku minta agar boleh ikut bersama dengan orang yang menaiki kenderaan bukan untuk tujuan yang halal.
Aku minta agar Allah menjadikan bilik mandi sebagai rumahku.
Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai masjidku.
Aku minta agar Allah menjadikan syair sebagai Quranku.
Aku minta agar Allah menjadikan pemabuk sebagai teman tidurku.
Aku minta agar Allah memberikanku saudara , maka Ia jadikan orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku. Allah berfirman, "Orang - orang boros adalah saudara-saudara syaitan. " (QS Al-Isra: 27) 

Wahai Muhammad, aku minta agar Allah membuatku boleh melihat manusia sementara mereka tidak boleh melihatku. Dan aku minta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia. Allah menjawab, "Silakan", aku bangga dengan hal itu hingga hari kiamat. Sebahagian besar manusia bersamaku di hari kiamat. Iblis berkata: "Wahai muhammad, aku tak boleh menyesatkan orang sedikitpun, aku hanya boleh membisikan dan menggoda." Jika aku boleh menyesatkan, tak akan tersisa seorangpun. Sebagaimana dirimu, kamu tidak boleh memberi hidayah sedikitpun, engkau hanya rasul yang menyampaikan amanah. Jika kau boleh memberi hidayah, tak akan ada seorang kafir pun di muka bumi ini. Kau hanya boleh menjadi penyebab untuk orang yang telah ditentukan sengsara. Orang yang bahagia adalah orang yang telah ditulis bahagia sejak di perut ibunya. dan orang yang sengsara adalah orang yang telah ditulis sengsara semenjak dalam kandungan ibunya.

Rasulullah SAW lalu membaca ayat: "Mereka akan terus berselisih kecuali orang yang dirahmati oleh Allah SWT" (QS Hud:118 - 119) Juga membaca, " Sesungguhnya ketentuan Allah pasti berlaku" (QS Al-Ahzab: 38) Iblis lalu berkata: "Wahai Rasul Allah takdir telah ditentukan dan pena takdir telah kering. Maha Suci Allah yang menjadikanmu pemimpin para nabi dan rasul, pemimpin penduduk syurga, dan yang telah menjadikan aku pemimpin makhluk-makhluk celaka dan pemimpin penduduk neraka. aku si celaka yang terusir, ini akhir yang ingin aku sampaikan kepadamu. Dan aku tak berbohong."

Iblis akan sentiasa mengganggu manusia, mulai dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hingga ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan. Hadith Rasulullah SAW menerangkan: "Ya Allah aku berlindung kepada Engkau dari tipuan syaitan diwaktu sakaratul maut"
Rombongan 1 Akan datang Iblis dengan berbagai rupa aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat. disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan haloba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barang-barang Iblis itu, pada waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 2 Akan datang Iblis kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular yang berbisa. Yang apabila orang yang sedang sakaratul maut itu memandang ke binatang itu, maka dia pun menjerit dan melompat sekuat hati. Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah SWT, matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 3 Akan datang Iblis mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan menyerupai binatang kesayangannya. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah SWT. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.

Rombongan 4 Akan datang Iblis merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya.

Rombongan 5 Akan datang Iblis merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu, seperti ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Iblis, berkata dengan penuh kasih "Wahai anakku inilah saja makanan dan bekal yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga. " Maka dia pun sudi mengikut tawaran itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.

Rombongan 6 Akan datanglah Iblis merupakan dirinya sebagai ulama'-ulama' yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: "Wahai muridku, lama sudah kami menunggu akan dikau, ternyata kamu sedang sakit di sini, kerana itu kami bawakan kepada kamu doktor dan ubat untukmu. " Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang lagi. Lalu datang pula Iblis yang menyerupai ulama' dengan berkata: "Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?" Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: "Aku tidak tahu" Berkata ulama' Iblis: "Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulama' yang tinggi dan hebat, baru saja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah SWT hendaklah kamu patuh kepada kami. "Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Iblis untuk tujuan menggoda orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulama' palsu: "Bagaimanakah Zat Allah?" Iblis merasa gembira apabila jeratnya mengena. Lalu berkata ulama' palsu: "Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu" Ketika tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi. Berkata Iblis: "Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah" Berkata orang yang dalam sakaratul maut: "Wahai guruku, bukankah ini benda yang benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai enam sisi, iaitu benda besar ini ada kiri dan kanannya, mempunyai atas dan bawah, mempunyai depan dan belakang. Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini" Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu di dalam keadaan kafir dan kekal di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya di dunia ini.

Rombongan 7 Rombongan Iblis yang ketujuh ini terdiri dari 72 barisan sebab dari menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad SAW bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 barisan. Satu barisan/golongan yang benar iaitu ahli sunnah waljamaah, 72 yang lain masuk ke neraka kerana sesat. Ketahuilah bahawa Iblis itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlainan di dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh kerana itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin “Laa Ilaaha Illallah” untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Iblis dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh menggoda orang yang sedang dalam sakaratul maut. Disebutkan dalam sebuah hadith yang ertinya: "Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: “Laa Ilaaha Illallah”.
Semuga artikel ini dapat membantu semua umat islam dari segala godaan dan hasutan iblis dan syaitan, kongsikan dan sebarkan agar kita semua terpelihara musuh yang durjana ini. Ya Allah lindungilah kami  dari syaitan yang direjam.

Thursday, July 30, 2015

SIHAT ITU NIKMAT YANG MUDAH DILUPAKAN (Wajib baca)

Ketika kita melihat atau menziarahi orang sakit, barulah kita sedar betapa mahal dan luar biasa nikmat yang Allah SWT berikan kepada kita. Sedangkan sebelumnya kita seakan-akan lupa akan nikmat yang satu ini. Ketika ini barulah kita menyedari bakawa selama ini kita sibuk memburu dan mencari kenikmatan kehidupan dunia yang hanya bersifat sementara dan tidak kekal selamanya. Seakan-akan kita lupa dengan firman Allah SWT, "Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?".
Bahkan kita seakan-akan hidup untuk dunia sahaja atau seakan-akan kita hidup selama-lamanya. Lebih malang lagi, kalau kita seolah-olah belum pernah mendengar atau bahkan membuang jauh-jauh ingatan kita entang friman Allah SWT dalam surah Al-Qiyamah ayat 36: “Patutkah manusia menyangka, bahawa ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)?” Oleh itu, manusia perlu mensyukuri segala apa yang Allah telah berikan yang tiada ternilai harganya sebagaimana firmanNya: “Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". (Surah Ibrahim 14:7)

Bersyukur amat penting bagi mengingati nikmat Allah, apa lagi nikmat kesihatan yang merupakan perkara paling penting menentukan kebahagiaan manusia dalam kehidupan. Oleh itu, dengan bersyukur akan memberi kesedaran tentang makna penting kesihatan dan seterusnya menggerakkan hatinya untuk sentiasa mengingati nikmat besar ini dengan melakukan ketaatan kepada Allah SWT, menjauhkan perkara-perkara yang memudaratkan pada diri, mental dan fizikal manusia itu sendiri. Ini amat penting sebab berkaitan dengan nimat kesihatan ini adalah perkarayang cepat dilupakan manusia sebagimana yang diriwayatkan daripad ibu Abbas r.a, beliau berkata Rasulullah SAW bersabda; “Ada dua kenikmatan yang banyak dipersia-siakan oleh sebahagian besar manusia, iaitu nikmat sihat dan nikmat waktu lapang”. (HR. Bukhari no. 6412)

Kesihatan yang baik dan kelapangan masa merupakan nikmat yang sangat besar selepas nikman iman dan islam. Namun, ramai orang tidak menyedari akan kebesaran dua nikmat ini kecuali selepas kehilangan kedua-duanya. Ketika mempunyai badan yang sihat dan kelapangan masa, ramai orang mensia-siakannya lalumenghabiskan masa dengan perkara tidak berfaedah dan melalaikan. Atas perkara yang sebegitu, golongan ini menganggap ibadah yang sebenarnya mudah sebagai halangan untuk melakukan tugasan lain. Mengerjakan solat bukanlah memakan masa yang lama, apatah lagi membaca al-Quran dan berzikir yang mana boleh dilakukan sambal berjalan,memandu, bahkan ketika bekerja. Namun malas yang menguasai menyebabkan perkara mudah menjadi sukar. Beginilah orang yang mensia-siakan anugerah kelapangan masa dan kesihatan badan, sehinggalah mereka terlantar sakit da tidak bermaya, maka ketika itulah baru menyedari akan besarnya nikmat ini. 
“Masa sakit baru nak solat, nak nazar macam-macam, baru nak mengaji al-Quran, baru nak berzikir. Aduhai, macam mana nak mengaji, masa lapang dulu tak pernah belajar. Belajar masa dah sakit, susah. Dua kali lebih susah, berbanding masa sihat…”

Ibnu Batthal menyatakan: “Seseorang tidaklah dikatakan memiliki waktu luang hingga badannya juga sihat. Barang siapa yang memiliki dua nikmat ini ( iaitu waktu lapang dan nikmat sihat) hendaklah ia bersemangat, jangan sampai ia tertipu dengan meninggalkan syukur pada Allah SWT atas nikmat yang diberikan. Bersyukur adalah dengan melaksanakan setiap perintah dan menjauhi setiap larangan Allah SWT. Barang siapa yang luput daripada syukur seperti ini, maka dialah yang tertipu”

Ibu al-Jauzi menyatakan: “Terkadang manusia berada dalam keadaan sihat, namun ia tidak memiliki waktu luang kerana sibuk denga urusan dunianya. Dan terkadang pula seseorang memiliki waktu luang, namun ia sibuk dalam keadaan tidak sihat. Apabila terkumpul pada manusia waktu luang dan nikmat sihat, sungguh akan datang rasa malas dalam melakukan amalan ketaatan. Itulah manusia yang telah tertipu (terpedaya)”.

Ibu al-Jauzi juga menyatakan nasihat yang sudah semestinya menjadi renungan kita: “Intinya, dunia adalah lading beramal untuk menuai hasil di Akhirat kelak. Dunia adalah tempat kita menjajakan barang dagangan, sedangkan keuntungannya akan diraih di Akhirat nanti. Barang siapa yang memanfaatkan waktu luang dan nikmat sihat dalam rangka melakukan ketaatan, maka dialah yang akan berbahagia. Sebaliknya, barang siapa memanfaatkan kedua-duanya dalam maksiat, dialah yang betul-betul tertipu. Sesudah waktu lunag akan datang waktu yang penuh kesibukan. Begitu pula sesudah sihat akan datang keadaan sakit yang tidak menyenangkan”.

Umar bin al-Khattab r.a menyatakan: “Aku tidak suka melihat seseorang yang berjalan seenaknya tanpa mengendahkan ini dan itu, iaitu tidak peduli penghidupan dunianya dan tidak pula sibuk dengan urusan Akhiratnya.”
Sungguh menyedihkan apabila umat manusiayang diciptakan sebagai mekanisma yang sempurna bersikap acuh tidak acuh dan bersikap ambil mudah dalam rawatan tubuhnya sendiri. Sekali gus kegagalan kita dalam menjaga keadaan fizikal dengan baik akan mengundang pelbagai penyakit. Tanpa sedar manusia menyiksa diri sendiri dan tubuh badan mereka sendiri melalui pelbagai cara yang memudaratkan. Penyakit yang menimpa menyebabkan berlakunya tragedy yang tidak dijangka. Tragedi yang memberi gambaran seolah-olah manusia berlumba-lumba meninggalkan kehidupan ini secepat mungkin.. Kita hanya memiliki satu tubuh yang dapat kita gunakan untuk menjalani kehidupan dibumi ini. Tubuh begitu berharga bagi kita, sehingga seharusnya kita menjaganya dengan baik dan cermat, bagai menatang minyak yang penuh.

Sebaliknya, kebanyakan orang meracuni tubuh sendiri, menghancurkannya, membuatnya cacat dan terseksa. Kita mengisi paru-paru dengan asap dan mengisi perut dengan makanan yang berlebihan serta minuman berbahaya. (Islam menggalakkan umatnya untuk besederhana dalam segala perkara). Kita mengganggu kerja saraf kita dengan pelbagai pil untul membuat kita tidur dan pelbagai pil lain untuk membuat kita terjaga. Kita mengabaikan tanda peringatan daripada alam seperti sakit kepala dan pelbagai rasa tidak sedap badan dengan menghilangkan ketidaksenangan itu, bukannya membaiki semua akibat itu.

Nikmat sihat merupakan nikmat luar biasa yang diberikan oleh Allah kepada manusia. Dengannya manusia dapat melaksanakan tugasan dan tanggungjawapnya dengan baik.. Tidurnya nyenyak dan makan minumnya juga memuaskan. Semangat untuk bekerja dan berusaha akan sentiasa berkobar-kobar. Namun sayangnya, manusia kadang-kadang lupa akan nikmat yang tidak terkira ini ketika dia masih sihat. Setelah sakit barulah ia merasakan betapa kesihatan itu mahal harganya. Manusia akan melakukan apa-apa sahaja untuk mendapatkan nikmat sihat itu kembali dengan pelbagai cara mengikut kemampuan mereka.

Ada juga manusia yang sihat kadang-kadang takbur dengan kesihatannya. Golongan kufur nikmat ini akan merosakkan dirinya dengan sesuatu yang membahayakan kesihatannya. Antaranya dengan meminum minuman keras, mengunakan dadah dan ubat-ubatan terlarang dan yang lebih umum lagi adalah merokok. Mereka tidak berfikir bahawa perkara yang dibuat itu sama sahaja dengan tidak mensyukuri nikmat yang telah Allah SWT berikan. Mereka yang merokok adakalanya berkata, “Merokok ataupun tidak, sama sahaja, akhirnya akan mati juga”. Alangkah malangnya jika kata-kata ini diucapkan oleh seorang yang beriman. Tidakkah ia berfikir bahawa setiap nikmat yang Allah kurniakan kepada manusia harus disyukuri? Hal ini kerana barang siapa yang bersyukur maka Allah SWT akan sentiasa menambah nikmat itu. Oleh itu, kita perlu menjaga kesihatan sebagai bentuk rasa syukur kepada Allah SWT
Kebanyakan kita, ketika masih sihat walafiat, kita jarang sekali mensyukuri nikmat kesihatan yang telah diberikan oleh Maha Pencipta. Kita lalai ketika tubuh kita masih tegap dan sempurna dan mampu melakukan apa pun kerana kita masih segar-bugar dan stamina kita masih cukup. Kita tidak menggunakan kesihatan untuk memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebajikan. Tetapi apabila sakit datang, kita tidak dapat melakukan aktiviti yang biasanya kita lakukan sehari-hari. Ketika sakit itu barulah kita mneyedari aka pentingnya kesihatan, saat sakit baru kita mengingati Maha Pencipta dengan memohon kesembuhan. Sering kali kita berjanji dan bersumpah jika sihat nanti akan melakukan pelbagai perkara yang baik-baik. Ironinya, setelah kita kembali sihat seperti asal, kita lupa akan ucapan-ucapan doa yang pernah dipanjatkan ketika sakit. Sepatutnya ketika kita sihat, kita harus menjadikan kesihatan kita sebagai tonggak untuk menyebarkan kebaikan kepada manusia.

Renungan Bersama
1. Kesihatan merupakan nikmat daripada Allah SWT yang selalu diperbaharui. – Seorang hamba akan dihisab atas nikmat ini, iaitu daripada sisi mana ia mensyukurinya, bagaimana ia menggunakannya? Adakah dalam ketaatan atau dalam kemaksiatan kepada Allah SWT.

2. Mensyukuri nikmat kesihatan dapat dilakukan dengan hati, lisan dan anggota badan – Syukur hati dapat dilakukan dengan cara meyakini bahawa Allah SWT adalah satu-satunya Zat yang memberi kesihatan. Syukur lisan dilakukan dengan cara mengakui kenikmatan tersebut dan melafazkannya. Adapun sukur dengan anggota badan dilakukan dengan menggunakan kesihatan itu dalam ketaatan dan menghindarkannya daripada kemaksiatan.
Kesimpulan – Kesihatan amat penting di sisi Islam. Oleh itu, umat islam mestilah mengambil berat terhadap aspek kesihatan sama ada dari segi mental, rohani dan jasmani. Berdasarkan peringatan daripada Allah SWT dan Nabi SAW, bahawa kesihatan ialah nikmat besar yang dilupakan bermaksud, sekiranya seseorang itu mengabaikan kesihatannya menunjukkan dia tidak mensyukuri kenimatan yang diberikan lantas mengundang azab Allah SWT. Maka, umat islam mestilah sentiasa menekankan aspek kesihatan ini kerana kesihatan merupakan nikmat Allah yang teramat besar kepada kita hambaNya.

Oleh sebab itu, dengan mengabaikan kenikmatan atau tidak mensyukuri kenikmatan akan mengundang azab. Ini bermakna sesiapa yang tidak ambil perhatian terhadap aspek kesihatan sama ada kesihatan mental, rohani atau kesihatan fizikal, maka akan mendapat azab iaitu sakit dimana ia merupakan seksaan hidup ini. Inilah makna penting yang tersirat daripada amaran Nabi SAW bahawa kesihatan adalah nikmat yang mudah dilupakan.

Allah doktor ku

Tuesday, July 28, 2015

Penyesalan - Jangan Tunggu Masa Akan Datang

“Kalau lah dulu..” Perkataan ini selalu menjadi butir-butir sebutan tatkala merasa menyesal bila kita tidak membuat keputusan yang tepat pada waktu yang lalu. Sebenarnya ada beberapa perkara silap yang kebanyakan orang buat dalam kehidupan, termasuklah kita. Tetapi kita mungkin tidak sedar akan perkara-perkara ini. Kesannya? Mungkin kita akan merasa menyesal dalam masa 10 tahun akan datang. Kita akan merasa betapa hidup kita telah tersia-sia dengan tindakan kurang bijak sebelum ini dan terpaksa membayar ‘yuran kebodohan’ seumur hidup kita. Hidup adalah sekali, dan orang yang bijak akan menjalani kehidupan ini sebaik yang mungkin. Apakah perkara-perkara yang akan membuatkan kita semua menyesal itu?
1. Hidup dalam kepura-puraan untuk membuat orang lain kagum
Pernahkah kita merasa ingin menukar kereta disaat semua sahabat dan keluarga kita berlumba-lumba membeli kereta baru dan menunjuk-nunjuk kepada kita? Pernah kita dipersenda kerana memakai ‘handphone’ yang buruk dan ketinggalan zaman? Bukan mudah berurusan dengan gelojak emosi disaat ego kita seakan dicabar. Tarik nafas, bertenang dan ingat ini: Jika wajah yang selalu kita tunjukkan kepada dunia adalah topeng semata-mata, pada suatu masa nanti tiada apa lagi yang tinggal disebalik wajah kepura-puraan itu. Kerana kita menghabiskan terlalu banyak masa (dan wang) menumpukan persepsi orang lain terhadap kita, atau orang lain yang kita ingin jadi, sehinggakan kita sendiri terlupa bahawa siapa diri kita yang sebenarnya. Jadi jangan takut terhadap penilaian orang lain terhadap kita; hanya kita dan Allah sahaja yang tahu apa yang terkandung dalam hati kita dan siapa diri kita yang sebenarnya. Oleh itu, kita tidak perlu menjadi sempurna di mata orang lain. Apa yang terbaik adalah hanya biarkan orang lain yang kagum dengan bagaimana kita boleh menyesuaikan diri dan menerima kekurangan pada diri kita. Sebab bukan semua orang mampu menerima diri sendiri seadanya. You can’t be good enough for everybody. Just be good for Allah’s sake and that will always be enough.

2. Kita pasti menyesal apabila membiarkan orang lain mempengaruhi cita-cita kita.
Allah beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu.. Cabaran terbesar dalam kehidupan kita adalah mencari siapa diri kita yang sebenarnya; dan cabaran kedua terbesar pula adalah untuk menerima dan gembira dengan apa yang kita jumpai itu. Bahagian terbesar daripada proses ini adalah keputusan kita untuk terus bertahan dengan matlamat dan impian hidup kita. Ada orang yang tidak bersetuju dengan kita? Bagus. Ia bermakna kita seorang yang berpendirian dan menentukan haluan sendiri. Kadangkala, perkara yang kita buat itu dianggap gila oleh orang lain, tetapi bila kita mendapati diri kita teruja dan bahagia dengan keputusan kita itu, kita akan tahu kita sedang membuat perkara yang betul. Benar, kadangkala apa yang kita hajatkan itu tidak tercapai. Tetapi pasti ada hikmahnya. Yang penting, kita berusaha sehabis daya dahulu mengejar impian kita.
3. Pada suatu masa nanti, kita akan menyesal bila kita bersifat Ego dan lebih mementingkan diri sendiri pada masa lalu
Sebelum terlambat.. jangan menyesal kerana ego. Kehidupan yang diisi dengan kasih sayang dan sifat baik adalah asas yang terbaik dalam membina hati yang bahagia. Pasti mereka yang pernah pernah hadir dalam kasih sayang dan kemurahan hati kita, akan mengingati bagaimana kita membuatkan mereka berasa sangat istimewa walaupun masa itu telah lama berlalu. Jadi ukirlah nama kita pada hati, bukan pada batu. Apa yang kita buat untuk diri sendiri akan mati bersama kita, dan apa yang kita buat untuk orang lain dunia akan mengingati. Jadi sebar-sebarkanlah kebaikan.

4. Kita akan menyesal bila masih terikat dengan masa silam dan mengelak perubahan serta perkembangan dalam kehidupan
Jika mahu lihat masa lalu maka lihatlah pada masa sekarang. Jika kita mahu melihat gambaran pada masa hadapan, maka lihatlah kita pada masa sekarang. – You must let go of the old to make way for the new; the old way is gone, never to come back. Jika kita menyedari hal ini, dan menyusun langkah ke arahnya, InsyaaAllah kita akan meletakkan diri kita dalam jalan kejayaan yang panjang. Masa silam yang gelap bukanlah bermakna tiada harapan lagi kepada kita. Tidak. Belajarlah daripada masa silam dan lepaskan ia pergi. People are constantly changing and growing. Jadi, jangan buat diri kita terikat dengan bayangan seseorang dari masa silam. Fikir cara untuk lupakan kenangan silam yang menyedihkan hati hanyalah dengan mewujudkan lebih banyak kenangan manis yang menggembirakan hati. Semakin banyak kenangan manis dalam ingatan, maka semakin kurang signifikan kenangan pahit tersebut. Hakikatnya, kenangan pahit itulah yang menjadikan kita lebih kuat dan tabah. Bagi manusia biasa seperti kita, ternyata kita tak boleh padam kenangan pahit tersebut namun kita mampu meletakkan memori tersebut ke sudut minda yang paling dalam. Salah satu caranya ialah dengan berkongsi kisah sedih tersebut dengan orang lain. Mungkin kenangan pahit itu terperangkap dalam minda separa sedar kita, sehinggakan kita merasakan bahawa kenangan itu sering menghantui diri kita. Dengan menceritakan kenangan itu kepada orang lain, penjara minda kita seolah-olah terbuka lalu membebaskan banduan kenangan silam yang menyedihkan itu, bagaikan burung yang dilepaskan dari dalam sangkar, terbang bebas di angkasa lalu masuk ke dalam awan dan terus hilang. Setelah itu, memori pahit itu akan terperosok jauh ke dalam minda dan tidak akan menghantui kita lagi. “Kami jelaskan yang demikian itu supaya kamu jangan berduka cita kepada apa yang telah hilang daripada kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira kepada apa yang diberikan kepada kamu. Allah tidak suka orang yang sombong dan membangga diri.” Surah Al-Hadid, ayat 23
5. Penyesalan terhebat adalah apabila kita mudah patah hati dalam menghadapi kesukaran dan musibah.
Sebenarnya tiada kegagalan, cuma hanyalah hasil yang kita kurang senangi. Walaupun sesuatu perkara itu tidak menjadi seperti yang kita jangkakan, jangan mudah patah hati dan putus asa. Belajar apa yang boleh daripadanya dan move on. Siapa yang meneruskan kehadapan satu langkah setiap masa akan menang pada akhirnya. Kerana kita perlu menempuh ranjau-ranjau yang panjang dan lama terlebih dahulu sebelum boleh mencapai kejayaan akhir. Ia adalah satu proses yang berlaku dengan langkah kecil, keputusan dan perbuatan yang sentiasa terbina diantara satu sama lain dan akhirnya akan membawa kepada kejayaan yang gemilang. Patah hati adalah proses. Dengan patah hati, Allah nak kita ubati hati kita dengan cara kembali kepada Dia semula. Mungkin kita sudah terlalu jauh daripadaNya? “Dan mereka tersungkur di atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyu’.(Al-Isra’ :109) It hurts. But you are strong. Bangkit dan berjalan walau dengan air mata.

6. Cuba untuk terlalu sempurna dalam setiap perkara
Life should be touched, not strangled. Kadangkala kita perlu bertenang dan menikmati kehidupan tanpa bimbang akan perkara yang remeh. Jangan terlalu perfectionist. Belajar untuk melepas sedikit sebelum kita sendiri tersepit. Tarik nafas panjang-panjang. Apabila kabus menghilang, dan kita akan dapat melihat lagi gunung dan pokok, maka ambillah langkah ke hadapan. Kita tidak perlu tahu secara tepat tempat yang dituju di sesebuah kawasan yang besar. Semua perkara dalam kehidupan ini adalah dalam susunan yang sempurna. Ia cuma mengambil sedikit masa untuk menyambungkan kesemua titik-titik dalam kehidupan. Let it be, Let it flaw.
7. Tidak berusaha sehabis mungkin untuk sesuatu yang kita layak mencapainya
Jadilah seorang yang cukup kuat untuk melepaskan dan cukup bijak untuk menunggu apa yang kita layak. Kadangkala kita akan jatuh kebawah terlebih dahulu sebelum dapat berdiri lebih tinggi daripada sebelumnya. Kadangkala mata kita perlu dibasuh dengan air mata agar dapat melihat sebarang kemungkinan dihadapan kita dengan pandangan yang lebih jelas lagi. Jangan berhenti!

8. Kita akan menyesal bila sentiasa menunggu esok
Masalah yang sering berlaku adalah.. ..kita sentiasa beranggapan bahawa kita mempunyai lebih masa daripada yang sebenarnya. Pada suatu hari nanti kita akan tersedar dan pada masa itu tiada lagi masa untuk membuat perkara yang kita nak sangat buat. Pada waktu itu, sama ada kita telah mencapai matlamat yang kita impikan, atau hanya ada sedozen senarai alasan mengapa kita tidak berjaya. Masa adalah perkara yang berharga. jangan bazirkan ia pada orang yang tak tahu hargai kita. jangan terhegeh pada orang yang tak sudi memandang.

9. Kita malas dan kita kuat berangan-angan kosong
Dunia tidak berhutang kepada kita apa-apa pun, malah kita sebaliknya yang berhutang kepada dunia. Jadi berhenti berangan-angan kosong dan mulakan langkah membuat sesuatu. Ambil tanggungjawab penuh terhadap kehidupan kita – kawal dengan sebaiknya. kita akan menyesal bila mengecewakan mak dan ayah.. bila mereka telah tiada lagi di dunia ini. Kita adalah penting dan diperlukan. Terlalu lewat untuk hanya duduk-duduk dan menunggu seseorang untuk melakukan sesuatu pada suatu masa nanti. Suatu masa itu nanti adalah sekarang; dan seseorang yang dunia perlukan adalah kita.
Ini adalah hidup kita; kita yang menentukan apa yang berhak dan terbaik untuk kita. Pengalaman hidup adalah guru yang terbaik, namun orang yang bijak mengambil setiap pembelajaran dari kehidupan orang lain dan mengelakkan diri dari jatuh ke lubang yang sama. Keep learning, adapting, and growing. Kita mungkin masih belum sempurna, tetapi InsyaAllah kita adalah lebih baik daripada kita yang semalam.