Apapun yang terjadi, Berjalanlah tanpa henti, Air mata tertahan, Waktu untuk dijatuhkan, Nanti kita kan tahu, Betapa bijaknya hidup, Sepahit apapun ini, Pelajaran yang bererti
DOA
‘Ya Allah, rahmatilah pembaca blog ini, sihatkan ia, ampunilah dosa-dosanya, berkatilah amalannya, janganlah Engkau balikkan hatinya setelah Engkau beri petunjuk dan hidayah kepadanya dan Ya Allah masukkanlah ia dan keluarganya kedalam syurga FirdausMu serta jauhkanlah ia dan keluarganya dari azab nerakaMu. Sesungguhnya Ya Allah, hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau sahajalah kami meminta pertolongan. Ya Allah jika rezeki pembaca blog ini masih diatas langit, turunkanlah ia, jika rezekinya di dalam bumi, keluarkanlah ia, jika rezekinya jauh, dekatkanlah ia, jika rezekinya haram, sucikanlah ia dan jika rezekinya sukar, Engkau permudahkanlah ia” Ya Allah kurniakanlah kepada kami segala kebaikan sebagaimana yang Engkau kurniakan kepada hamba-hamba Mu yang soleh.'
Dari
Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada Abbas r.a, bapa saudara Nabi
SAW dari Rasulullah SAW telah bersabda: “Aku adalah orang (manusia) yang paling
awal dibangkitkan dari kubur pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada
syafaat pada hari kiamat yang tiada kemegahan. Bendera pujian di tanganku dan nabi-nabi
keseluruhannya berada di bawah benderaku. Umatku adalah umat yang terbaik. Mereka
adalah umat yang pertama dihisab sebelum umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari
kubur, mereka akan mengibas (membuang) tanah yang ada di atas kepala mereka. Mereka
semua akan berkata: “Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami bersaksi
bahawa Muhammad itu Rasulullah. Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah SWT serta
dibenarkan oleh para rasul.”
Ibnu
Abbas r.a berkata: “Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah
Muhammad SAW. Malaikat Jibril a.s. akan datang kepadanya bersama seekor Buraq. Malaikat
Israfil pula datang dengan membawa bersama bendera dan mahkota. Malaikat Izrail
pula datang dengan membawa bersamanya pakaian-pakaian syurga.” Malaikat Jibril a.s.
akan menyeru: “Wahai dunia! Di mana kubur Muhammad SAW?” Bumi akan berkata: “Sesungguhnya,
Tuhanku telah menjadikan aku hancur. Telah hilang segala lingkaran, tanda dan gunung-ganangku.
Aku tidak tahu di mana kubur Muhammad SAW.” Rasulullah SAW bersabda: “Lalu diangkatkan
tiang-tiang dari cahaya dari kubur Nabi Muhammad SAW ke awan langit. Maka, empat
malaikat berada di atas kubur.” Malaikat Israfil bersuara: “Wahai roh yang baik!
Kembalilah ke tubuh yang baik!” Maka, kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua
pula, kubur mula terbongkar. Pada seruan yang ketiga, ketika Rasulullah SAW berdiri,
Baginda SAW telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda SAW. Baginda
SAW melihat kanan dan kiri. Baginda SAW dapati, tiada lagi bangunan. Baginda
SAWmenangis sehingga mengalir air matanya
ke pipi.
Malaikat
Jibril as berkata kepadanya: “Bangun wahai Muhammad! Sesungguhnya kamu di sisi Allah
SWT di tempat yang luas.” Baginda SAW bertanya, “Kekasihku Jibril! Hari apakah ini?”
Malaikat Jibril a.s. menjawab: “Wahai Muhammad! Janganlah kamu takut! Inilah hari
kiamat. Inilah hari kerugian dan penyesalan. Inilah hari pembentangan Allah SWT.”
Baginda SAW bersabda: “Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!” Malaikat Jibril as.
berkata: “Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?” Baginda SAW bersabda: “Bukan seperti
itu pertanyaanku.” Malaikat Jibril a.s. berkata: “Adakah kamu tidak melihat bendera
kepujian yang terpacak di atasmu?” Baginda SAW bersabda: “Bukan itu maksud pertanyaanku.
Aku bertanya kepadamu akan umatku. Di mana perjanjian mereka?” Malaikat Jibril a.s.
berkata: “Demi keagungan Tuhanku! Tidak akan terbongkar oleh bumi daripada manusia,
sebelummu?” Baginda SAW bersabda: “Nescaya akan, kuatlah pertolongan pada hari ini.
Aku akan mensyafaatkan umatku.”
Malaikat
Jibril a.s. berkata kepada baginda SAW: “Tungganglah Buraq ini wahai Muhammad
SAW dan pergilah ke hadapan Tuhanmu!” Malaikat Jibril a.s. datang bersama Buraq
ke arah Nabi Muhammad SAW . Buraq cuba meronta-ronta. Malaikat Jibril as berkata
kepadanya: “Wahai Buraq! Adakah kamu tidak malu dengan makhluk yang paling baik
dicipta oleh Allah SWT? Sudahkah Allah SWT perintahkan kepadamu agar mentaatinya?”
Buraq berkata: “Aku tahu semua itu. Akan tetapi, aku ingin dia mensyafaatiku agar
memasuki syurga sebelum dia menunggangku. Sesungguhnya, Allah SWT akan datang pada
hari ini di dalam keadaan marah. Keadaan yang belum pernah terjadi sebelum ini.”
Baginda SAW bersabda kepada Buraq: “Ya! Sekiranya kamu berhajatkan syafaatku, nescaya
aku memberi syafaat kepadamu.”
Setelah
berpuas hati, Buraq membenarkan baginda SAW menunggangnya lalu dia melangkah. Setiap
langkahan Buraq sejauh pandangan mata. Apabila Nabi Muhammad SAW berada di Baitul
Maqdis di atas bumi dari perak yang putih, malaikat Israfil as menyeru: “Wahai tubuh-tubuh
yang telah hancur, tulang-tulang yang telah reput, rambut-rambut yang bertaburan
dan urat-urat yang terputus-putus! Bangkitlah kamu dari perut burung, dari perut
binatang buas, dari dasar laut dan dari perut bumi ke perhimpunan Tuhan yang Maha
Perkasa.” Roh-roh telah diletakkan di dalam tanduk atau sangkakala. Di dalamnya
ada beberapa tingkat dengan bilangan roh makhluk. Setiap roh, akan didudukkan berada
di dalam tingkat. Langit di atas bumi akan menurunkan hujan dari lautan kehidupan
akan air yang sangat pekat seperti air mani lelaki. Daripadanya, terbinalah tulang-tulang.
Urat-urat memanjang. Daging kulit dan bulu akan tumbuh. Sebahagian mereka akan kekal
ke atas sebahagian tubuh tanpa roh. Allah SWT berfirman: “Wahai Israfil! Tiup sangkakala
tersebut dan hidupkan mereka dengan izinKu akan penghuni kubur. Sebahagian mereka
adalah golongan yang gembira dan suka. Sebahagian dari mereka adalah golongan yang
celaka dan derita.”
Malaikat
Israfil a.s. menjerit: “Wahai roh-roh yang telah hancur! Kembalilah kamu kepada
tubuh-tubuh mu. Bangkitlah kamu untuk dikumpulkan di hadapan Tuhan semesta alam.”
Allah SWT berfirman: “Demi keagungan dan ketinggianKu! Aku kembalikan setiap roh
pada tubuh-tubuhnya!” Apabila roh-roh mendengar sumpah Allah SWT, roh-roh pun keluar
untuk mencari jasad mereka. Maka, kembalilah roh pada jasadnya. Bumi pula terbongkar
dan mengeluarkan jasad-jasad mereka. Apabila semuanya sedia, masing-masing melihat.
Nabi SAW duduk di padang pasir Baitul Maqdis, melihat makhluk-makhluk. Mereka berdiri
seperti belalang yang berterbangan. 70 umat berdiri. Umat Nabi Muhammad
SAW merupakan satu umat (kumpulan). Nabi
SAW berhenti memperhatikan ke arah mereka. Mereka seperti gelombang lautan. Malaikat
Jibril as menyeru: “Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan
yang telah disediakan oleh Allah SWT.”
Umat-umat
datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad SAW berjumpa
satu umat, baginda SAW akan bertanya: “Di mana umatku?” Malaikat Jibril a.s. berkata:
“Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir.” Apabila nabi Isa a.s. datang,
Jibril a.s. menyeru: “Tempatmu!” Maka Nabi Isa a.s. dan Jibril a.s. menangis. Nabi
Muhammad SAW berkata: “Mengapa kamu berdua menangis.” Malaikat Jibril a.s. berkata:
“Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?” Nabi Muhammad bertanya: “Di mana umatku?”
Malaikat Jibril a.s. berkata: “Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat
dan perlahan.” Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad SAW menangis lalu
bertanya: “Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?” Malaikat Jibril
a.s. berkata: “Lihatlah mereka wahai Muhammad SAW!” Apabila Nabi Muhammad SAW melihat
mereka, mereka gembira dan mengucapkan selawat kepada baginda SAW dengan apa yang
telah Allah SWT muliakannya. Mereka gembira kerana dapat bertemu dengan baginda
SAW . Baginda SAWjuga gembira terhadap mereka.
Nabi Muhammad SAW bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban
di atas belakang mereka sambil menyeru: “Wahai Muhammad!” Air mata mereka mengalir
di pipi. Orang-orang zalim memikul kezaliman mereka. Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Wahai umatku.” Mereka berkumpul di sisinya. Umat-umatnya menangis.
Ketika
mereka di dalam keadaan demikian, terdengar dari arah Allah SWT seruan yang menyeru:
“Di mana Jibril?” Malaikat Jibril a.s. berkata: “Jibril di hadapan Allah, Tuhan
semesta alam.” Allah SWT berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu
yang tersembunyi: “Di mana umat Muhammad SAW ?” Malaikat Jibril a.s. berkata: “Mereka
adalah sebaik umat.” Allah SWT berfirman: “Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasihKu
Muhammad SAW bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu.” Malaikat
Jibril a.s. kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu
telah datang untuk ditayangkan kepada Allah SWT.” Nabi Muhammad SAW berpaling ke
arah umatnya lalu berkata: “Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada
Allah SWT.” Orang-orang yang berdosa menangis kerana terkejut dan takut akan azab
Allah SWT. Nabi Muhammad SAW memimpin mereka sebagaimana pengembala memimpin ternakannya
menuju di hadapan Allah SWT. Allah SWT berfirman: “Wahai hambaKu! Dengarkanlah kamu
baik-baik kepadaKu tuduhan apa-apa yang telah diperdengarkan bagi kamu dan kamu
semua melakukan dosa!” Hamba-hamba Allah SWT terdiam.
Allah
SWT berfirman: “Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka
usahakan. Hari ini, Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan, Aku akan mengazab
sesiapa yang menderhaka terhadapKu. Wahai Jibril! Pergi ke arah Malik, penjaga neraka!
Katakanlah kepadanya, bawakan Jahanam!” Malaikat Jibril pergi berjumpa Malik, penjaga
neraka lalu berkata: “Wahai Malik! Allah SWT telah memerintahkanmu agar membawa
Jahanam.” Malaikat Malik bertanya: “Apakah hari ini?” Malaikat Jibril menjawab:
“Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telah ditetapkan untuk membalas setiap jiwa
dengan apa yang telah mereka usahakan.” Malaikat Malik berkata: “Wahai Jibril! Adakah
Allah SWT telah mengumpulkan makhluk?” Malaikat Jibril menjawab: “Ya!” Malaikat
Malik bertanya: “Di mana Muhammad dan umatnya?” Malaikat Jibril berkata: “Di hadapan
Allah SWT!” Malaikat Malik bertanya lagi: “Bagaimana mereka mampu menahan kesabaran
terhadap kepanasan nyalaan Jahanam apabila mereka melintasinya sedangkan mereka
semua adalah umat yang lemah?” Malaikat Jibril berkata: “Aku tidak tahu!” Malik
menjerit ke arah neraka dengan sekali jeritan yang menggerunkan. Neraka berdiri
di atas tiang-tiangnya. Neraka mempunyai tiang-tiang yang keras, kuat dan panjang.
Api dinyalakan sehingga tiada kekal mata seorang dari makhluk melainkan bercucuran
air mata mereka (semuanya menangis). Air mata sudah terhenti manakala air mata darah
manusia mengambil alih. Kanak-kanak mula beruban rambut. Ibu-ibu yang memikul anaknya
mencampakkan mereka. Manusia kelihatan mabuk padahal mereka sebenarnya tidak mabuk.
Rasulullah
SAW Membela Umatnya
Di
Padang Mahsyar orang yang mula-mula berusaha ialah Nabi Ibrahim a.s. Baginda bergantung
dengan asap Arsy yang naik lalu menyeru: “TuhanKu dan Penguasaku! Aku adalah khalilMu
Ibrahim. Kasihanilah kedudukanku pada hari ini! Aku tidak meminta kejayaan Ishak
dan anakku pada hari ini.” Allah SWT berfirman: “Wahai Ibrahim! Adakah kamu melihat
Kekasih mengazab kekasihnya.” Nabi Musa as datang. Baginda bergantung dengan asap
Arsy yang naik lalu menyeru: “KalamMu. Aku tidak meminta kepadaMu melainkan diriku.
Aku tidak meminta saudaraku Harun. Selamatkanlah aku dari kacau bilau Jahanam!”Nabi
Isa as datang di dalam keadaan menangis. Baginda bergantung dengan Arsy lalu menyeru:“Tuhanku…
Penguasaku.. Penciptaku! Isa roh Allah. Aku tidak meminta melainkan diriku. Selamatkanlah
aku dari kacau bilau Jahanam!”
Suara
jeritan dan tangisan semakin kuat. Nabi Muhammad SAW menyeru: “Tuhanku.. Penguasaku
Penghuluku…. !Aku tidak meminta untuk diriku. Sesungguhnya aku meminta untuk umatku
dariMu!” Ketika itu juga, neraka Jahanam berseru: “Siapakah yang memberi syafaat
kepada umatnya?” Neraka pula berseru: “Wahai Tuhanku… Penguasaku dan Penghuluku!
Selamatkanlah Muhammad dan umatnya dari seksaannya! Selamatkanlah mereka dari kepanasanku,
bara apiku, penyeksaanku dan azabku! Sesungguhnya mereka adalah umat yang lemah.
Mereka tidak akan sabar dengan penyeksaan.” Malaikat Zabaniah menolaknya sehingga
terdampar di kiri Arsy. Neraka sujud dihadapan Tuhannya. Allah SWT berfirman: “Di
mana matahari?” Maka, matahari dibawa mengadap Allah SWT. Ia berhenti di hadapan
Allah SWT. Allah SWT berfirman kepadanya: “Kamu! Kamu telah memerintahkan hambaKu
untuk sujud kepada kamu?” Matahari menjawab. “Tuhanku! Maha Suci diriMu! Bagaimana
aku harus memerintahkan mereka berbuat demikian sedangkan aku adalah hamba yang
halus?” Allah SWT berfirman: “Aku percaya!”
Allah
SWT telah menambahkan cahaya dan kepanasannya sebanyak 70 kali ganda. Ia telah dihampirkan
dengan kepala makhluk. Ibnu Abbas r.h. berkata: “Peluh manusia bertitis dan sehingga
mereka berenang di dalamnya. Otak-otak kepala mereka menggeleggak seperti periuk
yang sedang panas. Perut mereka menjadi seperti jalan yang sempit.” Air mata mengalir
seperti air mengalir. Suara ratap umat-umat manusia semakin kuat. Nabi Muhammad
SAW lebih-lebih lagi sedih. Air matanya telah hilang dan kering dari pipinya. Sekali,
baginda SAW sujud di hadapan Arsy dan sekali lagi, baginda SAW rukuk untuk memberi
syafaat bagi umatnya. Para Nabi melihat keluh kesah dan tangisannya. Mereka berkata:
“Maha Suci Allah! Hamba yang paling dimuliakan Allah SWT ini begitu mengambil berat,
hal keadaan umatnya.”
Daripada
Thabit Al-Bani, daripada Usman Am Nahari berkata: “Pada suatu hari Nabi SAW menemui
Fatimah Az-Zahara’ r.h. Baginda SAW dapati, dia sedang menangis.” Baginda SAW bersabda:
“Permata hatiku! Apa yang menyebabkan dirimu menangis?” Fatimah menjawab: “Aku teringat
akan firman Allah SWT.” “Dan, kami akan menghimpunkan, maka Kami tidak akan mengkhianati
walau seorang daripada mereka.” Lalu Nabi SAW pun menangis. Baginda SAW bersabda:
“Wahai permata hatiku! Sesungguhnya, aku teringat akan hari yang terlalu dahsyat.
Umatku telah dikumpulkan pada hari kiamat dikelilingi dengan perasaan dahaga dan
telanjang. Mereka memikul dosa mereka di atas belakang mereka. Air mata mereka mengalir
di pipi.” Fatimah r.h. berkata: “Wahai bapaku! Apakah wanita tidak merasa malu terhadap
lelaki?” Baginda SAW menjawab: “Wahai Fatimah!
Sesungguhnya, hari itu, setiap orang akan sibuk dengan untung nasib dirinya. Adapun
aku telah mendengar firman Allah SWT, “Setiap orang dari mereka pada hari itu mempunyai
urusan yang cukup menjadikannya sibuk dengan hal dirinya sahaja.” (Surah ‘Abasa,
ayat 37)
Fatimah
r.h. bertanya: “Di mana aku hendak mendapatkanmu di hari kiamat nanti, wahai bapaku?”
Baginda SAW menjawab: “Kamu akan menjumpaiku di sebuah telaga ketika aku sedang
memberi minum umatku.” Fatimah r.h. bertanya lagi: “Sekiranya aku dapati kamu tiada
di telaga?” Baginda SAW bersabda: “Kamu akan menjumpaiku di atas Sirat sambil dikelilingi
para Nabi. Aku akan menyeru: “Tuhan Kesejahteraan! Tuhan Kesejahteraan! Para malaikat
akan menyambut: “Aamiin.” Ketika itu juga, terdengar seruan dari arah Allah SWT
lalu berfirman: “Nescaya akan mengikuti kata-katanya pada apa yang kamu sembah.”
Setiap umat akan berkumpul dengan sesuatu yang mereka sembah. Ketika itu juga, neraka
Jahanam melebarkan tengkuknya lalu menangkap mereka sebagaimana burung mematuk kacang.
Apabila seruan dari tengah Arasy kedengaran, maka manusia yang menyembah-Nya datang
beriring. Sebahagian daripada orang yang berdiri di situ berkata: “Kami adalah umat
Muhammad SAW !” Allah SWT berfirman kepada mereka, “Mengapa kamu tidak mengikuti
orang yang kamu sembah?” Mereka berkata: “Kami tidak menyembah melainkan Tuhan Kami.
Dan, kami tidak menyembah selainNya.” Mereka ditanya lagi: “Kami mengenali Tuhan
kamu?” Mereka menjawab: “Maha Suci diriNya! Tiada yang kami kenali selainNya.” Apabila
ahli neraka dimasukkan ke dalamnya untuk diazab, umat Muhammad SAW mendengar bunyi
pukulan dan jeritan penghuni neraka. Lalu malaikat Zabaniah mencela mereka. Mereka
berkata: “Marilah kita pergi meminta syafaat kepada Muhammad SAW!”
Manusia
berpecah kepada tiga kumpulan.
1.
Kumpulan orang tua yang menjerit-jerit.
2. Kumpulan pemuda.
3. Wanita yang bersendirian mengelilingi mimbar-mimbar.
Mimbar
para Nabi didirikan di atas kawasan lapang ketika kiamat. Mereka semua berminat
terhadap mimbar Nabi Muhammad SAW. Mimbar Nabi Muhammad SAW terletak berhampiran
dengan tempat berlaku kiamat. Ia juga merupakan mimbar yang paling baik, besar dan
cantik. Nabi Adam as dan isterinya Hawa berada di bawah mimbar Nabi SAW . Hawa melihat
ke arah mereka lalu berkata: “Wahai Adam! Ramai dari zuriatmu dari umat Muhammad
SAW serta cantik wajah mereka.” Mereka menyeru: “Di mana Muhammad?” Mereka berkata:
“Kami adalah umat Muhammad SAW . Semua umat telah mengiringi apa yang mereka sembah.
Hanya tinggal kami sahaja. Matahari di atas kepala kami. Ia telah membakar kami.
Neraka pula, cahaya juga telah membakar kami. Timbangan semakin berat. Oleh itu
tolonglah kami agar memohon kepada Allah SWT untuk menghisab kami dengan segera!
Sama ada kami akan pergi ke syurga atau neraka.”
Nabi
Adam as berkata: “Pergilah kamu dariku! Sesungguhnya aku sibuk dengan dosa-dosaku.
Aku mendengar firman Allah SWT: Dan dosa Adam terhadap Tuhannya kerana lalai.” Mereka
pergi berjumpa nabi Nuh as yang telah berumur, umur yang panjang dan sangat sabar.
Mereka menghampirinya. Apabila Nabi Nuh as melihat mereka, dia berdiri. Pengikut
(umat Nabi Muhammad SAW ) berkata: “Wahai datuk kami, Nuh! Tolonglah kami terhadap
Tuhan kami agar Dia dapat memisahkan di antara kami dan mengutuskan kami dari ahli
syurga ke syurga dan ahli neraka ke neraka.” Nabi Nuh a.s. berkata: “Sesungguhnya,
aku sibuk dengan kesalahanku. Aku pernah mendoakan agar kaumku dimusnahkan. Aku
malu dengan Tuhanku. Pergilah kamu berjumpa Ibrahim kekasih Allah SWT! Mintalah
kepadanya agar menolong kamu!” Nabi Ibrahim a.s. berkata: “Sesungguhnya aku pernah
berbohong di dalam usiaku sebanyak tiga pembohongan di dalam Islam. Aku takut dengan
Tuhanku. Pergilah kamu berjumpa Musa a.s, Mintalah pertolongan darinya!” Nabi Musa
a.s berkata: “Aku sibuk dengan kesalahanku. Aku pernah membunuh seorang jiwa tanpa
hak. Aku membunuhnya bukan dari kemahuanku sendiri. Aku dapati dia melampaui batas
terhadap seorang lelaki Islam. Aku ingin memukulnya. Aku terperanjat kerana menyakitinya
lalu menumbuk lelaki tersebut. Ia jatuh lalu mati. Aku takut terhadap tuntutan dosaku.
Pergilah kamu berjumpa Isa a.s.!” Mereka pergi berjumpa Nabi Isa a.s. Nabi Isa a.s.
berkata: “Sesungguhnya Allah SWT telah melaknat orang-orang Kristian. Mereka telah
mengambil aku, ibuku sebagai dua Tuhan selain Allah SWT. Hari ini, aku malu untuk
bertanya kepadaNya mengenai ibuku Mariam.”
Mariam,
Asiah, Khadijah dan Fatimah Az-Zahra’ sedang duduk. Ketika Mariam melihat umat Nabi
Muhammad SAW dia berkata: “Ini umat Nabi Muhammad SAW. Mereka telah sesat dari Nabi
mereka.” Suara Mariam, telah didengari oleh Nabi Muhammad SAW Nabi Adam a.s. berkata
kepada Nabi Muhammad SAW. “Ini umatmu, wahai Muhammad! Mereka berkeliling mencarimu
untuk meminta syafaat kepada Allah SWT.” Nabi Muhammad SAW menjerit dari atas mimbar
lalu bersabda: “Marilah kepadaku, wahai umatku! Wahai sesiapa yang beriman dan tidak
melihatku. Aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aku sentiasa memohon kepada
Allah SWT untukmu!” Umat Nabi Muhammad SAW berkumpul di sisinya.
Terdengar
suara seruan: “Wahai Adam! Ke marilah kepada Tuhanmu!” Nabi Adam as berkata: “Wahai
Muhammad! Tuhanku telah memanggilku. Moga-moga Dia akan meminta kepadaku.” Nabi
Adam a.s. pergi menemui Allah SWT. Allah SWT berfirman kepadanya: “Wahai Adam! Bangunlah
dan hantarkan anak-anakmu ke neraka!” Nabi Adam a.s. bertanya: “Berapa ramai untukku
kirimkan?” Allah SWT berfirman: “Setiap seribu lelaki kamu hantarkan seorang ke
syurga, 999 orang ke neraka.” Allah SWT berfirman lagi: “Wahai Adam! Sekiranya Aku
tidak melaknat orang yang berdusta dan Aku haramkan pembohongan, nescaya Aku akan
mengasihi anakmu keseluruhannya. Akan, tetapi, Aku telah janjikan syurga bagi orang
yang mentaatiKu Neraka pula bagi orang yang menderhakaiKu Aku tidak akan memungkiri
janji Wahai Adam! Berhentilah di sisi Mizan (timbangan). Sesiapa yang mempunyai
berat pada kebaikannya daripada dosanya walaupun seberat biji sawi, bawalah dia
untuk memasuki syurga tanpa perlu berunding denganKu! Sesungguhnya Aku telah menjadikan
bagi mereka, satu kejahatan dengan satu dosa. Manakala satu kebaikan dengan sepuluh
pahala agar memberitahu mereka bahawa, sesungguhnya Aku tidak akan memasukkan mereka
ke dalam neraka melainkan setiap yang kembali akan dikembalikan dengan dosa bagi
orang yang melampaui batas.” Nabi Adam a.s. berkata: “Tuhanku! Penguasaku! Engkau
lebih utama bagi menghisab berbanding aku. Hamba itu adalah hambaMu dan Engkau Maha
Mengetahui sesuatu yang ghaib!”
Wallahu
A’lam Bish Shawab, (Hanya Allah Maha Mengetahui
apa yang benar) - Shafiqolbu
Semoga
kita senantiasa terpacu untuk mengukir prestasi amal yang akan memperberat
timbangan kebaikan di yaumil akhir, berikut rangkaian yang boleh dilakukan:
1.
Agenda pada sepertiga malam akhir
a.
Menunaikan solat tahajjud dengan memanjangkan waktu pada saat ruku’ dan sujud
di dalamnya.
b.
Menunaikan solat witir.
c.
Duduk untuk berdoa dan memohon ampun kepada Allah hingga azan subuh.
Rasulullah
SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah
SWT selalu turun pada setiap malam menuju langit dunia saat 1/3 malam terakhir,
dan Dia berkata: “Barangsiapa yang berdoa kepada-Ku maka akan Aku kabulkan, dan
barangsiapa yang meminta kepada-Ku maka akan Aku berikan, dan barangsiapa yang
memohon ampun kepada-Ku maka akan Aku ampuni”. (HR. Bukhari Muslim)
2.
Agenda Setelah Terbit Fajar
a.
Menjawab seruan azan untuk solat subuh
“Ya Allah, Tuhan pemilik seruan yang sempurna
ini, solat yang telah dikumandangkan, berikanlah kepada Nabi Muhammad wasilah
dan karunia, dan bangkitkanlah dia pada tempat yang terpuji seperti yang telah
Engkau janjikan. (Ditashih oleh Al-Albani)
b.
Menunaikan solat sunnah fajar di rumah dua rakaat
Rasulullah
SAW bersabda: “Dua rakaat sunnah fajar lebih baik dari dunia dan segala
isinya”. (Muslim). “Nabi SAW pada dua rakaat sunnah fajar membaca surat “Qul ya
ayyuhal kafirun” dan “Qul huwallahu ahad”.
c.
Menunaikan solat subuh berjamaah di masjid, khususnya bagi lelaki.
Rasulullah
SAW bersabda: “Sekiranya manusia tahu apa yang ada dalam kegelapan dan subuh
maka mereka akan mendatanginya walau dalam keadaan tergopoh-gopoh” (Muttafaqun
alaih). “Berikanlah khabar gembira kepada para pejalan di kegelapan menuju
masjid dengan cahaya yang sempurna pada hari kiamat”. (Tirmidzi dan ibnu Majah)
d.
Menyibukkan diri dengan doa, dzikir atau tilawah Al-Quran hingga waktu iqamat solat.
Rasulullah SAW bersabda: “Doa antara adzan dan iqamat tidak akan ditolak”
(Ahmad dan Tirmidzi dan Abu Daud)
e.
Duduk di masjid bagi lelaki/mushalla bagi wanita untuk berdzikir dan membaca
dzikir waktu pagi. Dalam hadits nabi disebutkan: ” Nabi SAW jika selesai solat
fajar duduk di tempat duduknya hingga terbit matahari yang ke kuning-kuningan”.
(Muslim)
Agenda
Keutamaan
Membaca
Al-Quran. Allah SWT berfirman: “Sesungguhnya waktu fajar itu disaksikan
(malaikat). (Al-Isra : 78) Dan memiliki komitmen sesuai kemampuannya untuk
selalu:
-
Membaca ½ hizb dari Al-Quran untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 1 kali
-
Membaca 1 hizb dari Al-Quran untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 2 kali
-
Bagi yang mampu menambah lebih banyak dari itu semua, maka akan menuai kebaikan
berlimpah insya Allah.
3.
Menunaikan solat Dhuha walau hanya dua rakaat
Rasulullah
SAW bersabda: “Setiap ruas tulang tubuh manusia wajib dikeluarkan sedekahnya,
setiap hari ketika matahari terbit. Mendamaikan antara dua orang yang
berselisih adalah sedekah, menolong orang dengan membantunya menaiki kendaraan
atau mengangkat kan barang ke atas kendaraannya adalah sedekah, kata-kata yang
baik adalah sedekah, tiap-tiap langkahmu untuk mengerjakan solat adalah
sedekah, dan membersihkan rintangan dari jalan adalah sedekah”. (Bukhari dan
Muslim)
4.
Berangkat kerja atau belajar dengan berharap kerana Allah
Rasulullah
SAW bersabda: “Tidaklah seseorang memakan makanan, lebih baik dari yang didapat
oleh tangannya sendiri, dan bahwa nabi Daud makan dari hasil tangannya
sendiri”. (Bukhari). Dalam hadits lainnya nabi juga bersabda: “Barangsiapa yang
berjalan dalam rangka mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan
menuju surga”. (Muslim). Menyibukkan diri dengan dzikir sepanjang hari
Allah
berfirman: “Ketahuilah dengan berdzikir kepada Allah maka hati akan menjadi
tenang” (Ra’ad : 28). Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik perbuatan kepada
Allah adalah saat engkau mati sementara lidahmu basah dari berdzikir kepada
Allah” (Thabrani dan Ibnu Hibban).
5.
Agenda saat solat Zohor
a.
Menjawab azan untuk solat Zohor, lalu menunaikan solat Zohor berjamaah di
Masjid khususnya bagi lelaki.
b.
Menunaikan sunnah rawatib sebelum Zohor 4 rakaat dan 2 rakaat setelah Zohor. Rasulullah
SAW bersabda: “Barangsiapa yang solat 12 rakaat pada siang dan malam hari maka
Allah akan membangunkan baginya dengannya rumah di syurga”. (Muslim).
6.Agenda
saat dan setelah solat Asar
a.
Menjawab azan untuk solat Asar, kemudian dilanjutkan dengan menunaikan solat Asar
secara berjamaah di masjid.
b.
Mendengarkan nasihat di masjid (jika ada). Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa
yang pergi ke masjid tidak menginginkan yang lain kecuali belajar kebaikan atau
mengajarkannya, maka baginya ganjaran haji secara sempurna”. (Thabrani – hasan sahih)
c.
Istirahat sejenak dengan niat yang kerana Allah. Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya
bagi setiap tubuh atasmu ada haknya”.
Agenda
Keutamaan
Membaca
Al-Quran dan berkomitmen semampunya untuk:
-
Membaca ½ hizb dari Al-Quran untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 1 kali.
-
Membaca 1 hizb dari Al-Quran untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 2 kali.
-
Bagi yang mampu menambah sesuai kemampuan, maka akan menuai kebaikan yang
berlimpah insya Allah.
7.
Agenda sebelum Maghrib
a.
Memperhatikan urusan rumah tangga – melakukan mudzakarah – Menghafal Al-Quran.
b.
Mendengarkan ceramah, nasihat, khutbah, untaian hikmah atau dakwah melalui media.
c.
Menyibukkan diri dengan doa.
Rasulullah
SAW bersabda: “Doa adalah ibadah”
8.
Agenda setelah terbenam matahari.
a.
Menjawab azan untuk solat Maghrib.
b.
Menunaikan solat Maghrib secara berjamaah di masjid (khususnya bagi lelaki).
c.
Menunaikan solat sunnah rawatib setelah Maghrib – 2 rakaat.
d.
Membaca dzikir petang.
e.
Mempersiapkan diri untuk solat Isya lalu melangkahkan kaki menuju masjid.
Rasulullah
SAW bersabda: “Barangsiapa yang bersuci/berwudhu kemudian berjalan menuju salah
satu dari rumah-rumah Allah untuk menunaikan salah satu kewajiban dari
kewajiban Allah, maka langkah-langkahnya akan menggugurkan kesalahan dan yang
lainnya mengangkat derajatnya”. (Muslim)
9.
Agenda pada waktu solat Isyak
a.
Menjawab azan untuk solat Isya kemudian menunaikan solat Isya secara jamaah di
masjid.
b.
Menunaikan solat sunnah rawatib setelah Isya – 2 rakaat.
c.
Duduk bersama keluarga/melakukan silaturahim.
d.
Mendengarkan ceramah, nasihat dan untaian hikmah di Masjid.
e.
Dakwah melalui media atau lainnya.
f.
Melakukan mudzakarah.
g.
Menghafal Al-Quran.
Agenda
Keutamaan
Membaca
Al-Quran dengan berkomitmen sesuai dengan kemampuannya untuk:
-
Membaca ½ hizb dari Al-Quran untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 1 kali
-
Membaca 1 hizb dari Al-Quran untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 2 kali
-
Bagi yang mampu menambah sesuai kemampuan bacaan maka telah menuai kebaikan
berlimpah insya Allah.
Apa
yang sampaikan di sini merupakan satu urutan atau panduan, tidak semestinya
sama dengan yang telah dinyatakan. Ianya bergantung pada kemampuan masing-masing
secara individu, tidak mampu buat semua, buatlah yang kita mampu tetapi untuk
menjadi yang terbaik kita perlu berkorban. Jangan pula ditinggalkan atau tidak
buat lansung kerana kita tidak mahu menjadi pendosa. Semuga ikhtiar ini akan
memandu kita untuk mengoptimakan ibadah semata-mata kerana Allah SWT, Insya
Allah. – (bekalan-imanamal)
Fungsi
Hizb Dalam Al-Qur'an
Berikut
artikel tentang cara mengenali sistem penandaan dalam halaman al-Qur’an
khususnya cara untuk mengetahui permulaan setiap kisah/cerita dalam al-Qur’an.
Sebagaimana yang diketahui:
Al-Quran
mempunyai 30 juz. Setiap juz mempunyai 2 Hizb dan setiap Hizb pula mempunyai 4
pecahan atau maqra’. Paling mudah untuk tahu ada perkataan hizb (ØØ²Ø¨).
Kerapkali kita akan berjumpa dengan tanda, 1/4, 1/2, 3/4 dan hizb penuh.
Apabila kita menjumpai hizb itu (selalu berada di luar kotak ayat), yang
bermakna/merupakan tanda yang menunjukkan permulaan kisah atau cerita yang
baru. Sebagai contoh, ayat 123 surah Al-Baqarah dan sebelumnya menceritakan
tentang perihal Bani Israel. Petunjuk hizb: tedapat tanda bunga selepas ayat
123. Bermula ayat 124 surah yang sama, Allah menceritakan pula tentang kisah
nabi Ibrahim dan Ismail.
Kita
biasanya akan berhenti membaca Al-Qur’an mengikut surah atau halaman. Sebaiknya
berhenti pada setiap عatau maqra’ hizb.
Jangan
‘mengeluh’ pada apa yang kita hadapi dalam hidup ini kerana disuatu tempat
didunia ini mungkin ada insan yang hidup hanya berserah pada Allah SWT, mereka
tidak pernah kenal erti kemewahan dunia, keseronokan hidup yang berganti siang
dan malam, merasai kelazatan makanan yang adakala berlaku pembaziran, mereka
hanya tidur beratapkan langit bertilamkan bumi, dimanakah mereka berlindung
pada hujan, rebut dan panas. Mereka begitu sabar, tabah dan redha berhadapan
dengan apa saja yang mendatang, menerima seadanya kurnia Allah yang bernama ‘nikmat’
sedangkan kita bangun subuh belum pun keluar dari selimut sudah mula berkira
dan berkeluh, ‘apalagi yang musibah terjadi hari ini’.
Sukarnya
kita bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk memperbaiki dosa semalam.
Gelapkah penglihatan kita sepanjang 86,400 saat yang kita lalui terlalu banyak ‘nikmat’
yang dikurniakan kepada kita untuk meneruskan kehidupan kita. Tidak ada
seorangpun yang tahu apa yang akan terjadi dalam hidup mereka. Kita memang boleh
berharap dan merancang, tapi kadangkala hidup tersasar ke arah yang tak
disangka-sangka. Ketika perkara yang terjadi tak menepati pengharapan kita,
kita mula sibuk memenyesali diri. Maka, muhasabahlah wahai calon penghuni
syurga, “Mahasuci Allah yang menguasai segala kerajaan, Dan Dia Mahakuasa atas
segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di
antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Mahaperkasa, Maha Pengampun.”-
(Al-Mulk: 1-2). Pujuklah hati andai dugaan yang datang itu seakan bertubi-tubi
bagi kita. Bukan Allah tidak tahu, betapa dengan ujian dariNya ini, membuat kita
terduduk, membuat kita menangis dan membuat kita lebih banyak ingat Dia. Allah
tahu itu dan ketahuilah Allah sentiasa memerhati kita dengan pandangan kasih
sayang. Dia sentiasa ingin yang terbaik untuk kehidupan kita.
Janganlah
kita merasa kitalah yang paling menderita, mari kita lihat, renungkan dan
fikirkan akan 8 perkara ini yang harus kita ingat bila apa yang kita rencanakan
tidak bertepatan dengan apa yang terjadi;
1.
Jadikan kesusahan dan kekecewaan membuat kita lebih berusaha
Kesusahan
dan kecewa akan adalah sebahagian dari kehidupan. Fikirkan ianya akan membuat
hidup kita lebih bermakna. Apa akan jadi jika hidup kita mudah saja? Tentu
kebosanan melanda. Dari rasa susah kita akan memahami indahnya keberhasilan
yang sedang kita usahakan. Kita perlu menjadikannya cermin dan belajar dari
kesilapan-kesilapan yang membuat kisah hidup kita tidak terurus dan berkecamuk.
Walaupun sukar, tetaplah optimis dan berpikiran positif. Ingatlah selalu ada asbab
dari setiap kejadian yang terjadi pada kita, dalam perkara ini percayalah bahwa
rasa kesusahan dan rasa kecewa kita adalah pembelajaran hidup yang akan mendewasakan
kita. “Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang
paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada
kesenangan yang terus-menerus. Orang yang terlalu cepat
berputus asa adalah orang yang putus harapan seumpama dia telah menyediakan
dirinya untuk mati sebelum mati"
2.
Segala perkara yang berlaku di dalam hidup ini hanya sementara
Masa-masa
sukar kita akan berlalu dengan seiring perjalanan waktu. Tak kira betapa pantas
masa berlalu, hujan yang turun akan pasti berhenti. Setiap titis air mata dan
luka tetap akan kering dan sembuh. Dan selama kita masih menyedari matahari
yang selalu terbit dan terbenam setiap harinya, di satu waktu kita akan sembuh
dan menemukan bahwa hidup kita masih yang terbaik. Jika saat ini kita merasa
hidup kita susah dan seluruh dunia mentertawakan kita, maka tabahlah. Semua itu
hanyalah fasa kehidupan yang akan kita lalui seiring dengan masa. Jadi kita
harus faham bahwa yang tidak pernah berubah dari hidup kita adalah perubahan
itu sendiri jika kita masih leka dan lalai serta malas merubahnya. “Doa
memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya
dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan.”
3.
Mengeluh tentang hidup tidak akan mengubah apapun
Berhentilah
‘mengeluh’. Tak perlu membuang masa kita dengan berkeluh kesah. Itu tidak akan
membuat hidup bertambah baik. Jestru kita akan kehilangan kesempatan untuk
menikmati kehidupan ayng lebih baik dan indah. Kalau kita kehilangan mimpi, itu
bukan bermakna berakhirnya hidup kita tetapi bangunlah dari lena yang panjang dan
carilah mimpi yang baru. Berubah dan belajarlah dari masa lalu dan bukan
menyesalinya. Jangan biarkan gelapnya masa lalu, memudarkan cerahnya masa depan
yang menanti kita. Berhentilah mempertaruhkan masa depan kita dengan meratapi
perkara yang telah berlalu. “Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah
kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan
kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat
di lautan hidup ini”
4.
Buktikan bahwa kita sebenarnya kuat
Bekas atau
parut luka adalah tanda kekuatan kita. Halangan, musibah, maupun kejadian tak diduga
yang terjadi di luar perancangan kita itu adalah sebuah halangan yang ingin
menguji sejauh mana kekuatan dan ketegaran kita. Apakah kita mampu menghadapi
masalah dengan baik, atau hanya akan mendiamkan diri di bilik tidur. Buktikan kita
sebenarnya memang kuat dengan menyembuhkan luka dan rasa sakit hingga menjadi
bekas luka yang boleh kita tunjukkan pada dunia yanag serba mencabar ini. Orang
yang dikatakan kuat, bukan kerana dia tidak pernah jatuh atau gagal. Orang yang
kuat adalah mereka yang akan selalu bangkit dan meneruskan kehidupan sekalipun
hidup terus diuji dan diduga dengan pelbagai halangan hingga kita menyerah
kalah. “Setiap
jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan
hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan
keberanian.”
5.
Selalu ada orang lain yang bernasib lebih buruk daripada diri kita
Sebenarnya
ada orang yang lebih menderita daripada diri kita. Jika di atas langit masih
ada langit, maka tetap akan ada disatu tempat didunia ini orang lain yang lebih
menderita daripada diri kita. Sesekali perglah ke rumah anak yatim dan lihatlah
anak-anak ini yang masih boleh bergembira walaupun mereka tidak memiliki kedua
orang tua. Lihat sekeliling dan kita pasti akan bertemu dengan mereka yang memiliki nasib yang lebih
buruk daripada nasib kita disaat ini. Jika kita masih ada rumah untuk pulang,
kedua orang tua yang masih menanyakan khabarmu, atau masih mampu minum secawan
kopi untuk merehatkan diri, maka percayalah bahwa kita jauh lebih beruntung
daripada yang kita rasa atau fikirkan. “Kebanyakan orang membuang banyak masa
dan tenaga untuk memikirkan masalah dan bukan cuba untuk menyelesaikannya.”
6.
Fokuslah pada apa yang kamu miliki, bukan pada perkara yang telah hilang
Setiap
dari kita pasti mengalami kehilangan, maka relakan apayang telah hilang. Merelakan
apa yang telah hilang dari kita memang nampak mudah. Tapi hanya orang yang kurang
cerdik yang akan mengabaikan apa yang dimilikinya untuk suatu waktu yang telah
hilang darinya. Jadi daripada kita meratapi apa yang telah hilang dari kita, adalah
lebih baik ikhlaskan saja dan lebih berfokus dengan apa yang kita ada ketika
ini. Jangan sampai kita menyesal untuk kedua kalinya kerana kita kehilangan
sesuatu yang sebenarnya boleh kita jaga. “Seseorang manusia harus cukup rendah
hati untuk mengakui kesilapannya, cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada
kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya.”
7.
Sedarilah bahawa beberapa perkara memang telah ditakdirkan
Dalam
hidup beberapa perkara memang telah ditakdirkan dan tak boleh diubah. Beberapa perkara
di dunia ini memang boleh kita usahakan atau dapatkan, tapi ada juga yang telah
ditakdirkan dan tak akan boleh kita ubah dengan cara apa pun usaha yang kita
lakukan. Dalam hidup ini ada tujuh perkara yang tidak boleh kita ubah iaitu: Jenis
kelamin atau jantina kita, siapa ibubapa kita, bila kita dilahirkan, bentuk dan
sifat fizikal kita, masa lalu kita, kedudukan kita dalam keluarga da nasal keturunan
bangsa kita yang telah ditetapkan dan digariskan sejak azali kita menjalani
hidup dan menjadi manusia. Kit tidak akan pernah menolak kematian yang mendatang
atau orang-orang terdekat pada kita, kita tidak berhak mencabut hidup orang
lain dan kita tidak akan pernah boleh bersama dengan orang yang tidak
ditakdirkan untuk kita. Tak peduli berapa kuatnya kita bertahan, pada akhirnya
kita akan tetap berpisahkan dan menjalani kehidupan masing-masing. “Jika
ditakdirkan tidak kita temui sesuatu yang dicari di dunia ini, terimalah
hakikat ia memang tidak ada. Di akhirat sana tempat ‘ada’ dan sempurna segala.
Jika ‘langit’ hendak runtuh, masakan jari yang kecil ini mampu menahannya.
Dalam setiap yang kita miliki, pasti ada jemu dan letihnya. Dalam setiap yang
kita tidak miliki, pasti ada kesal dan sayunya. Jangan terlalu dalam segalanya.
Jangan terlalu cinta, jangan terlalu benci. Jangan terlalu suka, jangan terlalu
duka. Sederhana itulah yang selalu menyelamaktkan ‘hati’ kita.”
8.
PerkaraTerbaik Yang boleh kita Lakukan Adalah Bangkit Dan Terus meneruskan
hidup ini
Bangkit
dan meneruskan hidup adalah satu-satu jalan yang terbaik. ‘Move on’ dan teruskan
menjalani hidupkita adalah jalan satu-satunya yang boleh kita lakukan saat
kehidupan kita tidak berjalan sesuai denagn apa yang direncana. Jangan takut
untuk kembali mencuba, tak perlu ragu untuk kembali jatuh cinta, bermimpi dan
kembali menata kehidupanmu. Jangan biarkan kenyataan pahit dan kerasnya hidup
menggelapkan dan mengeraskan hati kita. Saat kita merasa pintu kebahagiaan
tertutup untuk kita, temukan pintu kebahagian yang baru dengan membuka mata,
telinga dan hati untuk kita terus menikmati hidup yang indah ini. Jangan pernah
berhenti berharap dan mencuba apa yang ingin kita lakukan. Banyak jalan menuju
kebahagian. Jika satu jalan membuat kita tersesat, yang harus kita lakukan
hanya mencuba untuk mencari jalan lain, bukan mengalah malah tenggelam dan
berputar-putar di jalan yang sama. “Seseorang manusia harus cukup rendah
hati untuk mengakui kesilapannya, cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada
kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya. Mereka yang
berjaya bukanlah mereka yang gagal dalam mencuba, bukan juga mereka yang sering
gagal tetapi mereka yang tidak pernah gagal mencuba dan terus mencuba sehingga
kejayaan yang dikecapi.”
Inilah
dia 8 perkara yang harus kita ingat saat kita merasa sedih dan kecewa dengan
kehidupan kita. Jangan sedih berterusan, kita pasti mampu melakukan yang
terbaik buat diri kita, percayalah disebalik gelap pasti ada cahaya, bila kita
lemah carilah kekuatan, dalam kita berduka ada senyum yang mampu merawatnya dan
ketika kita hampir jatuh berpautlah didahan yang kuat kerana pasti ada tempat
kita berehat sebelum kita meneruskan hidup ini. Kadangkala Allah hilangkan
sekejap matahari…. Kemudian Dia datangkan pula mendung lalu hujan bersama guruh
dan kilat…. Puas kita menangis dalam keresahan, mencari di mana matahari?
Rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang paling indah... Itulah
kehidupan..
Bila
kita semakin lupa dengan dengan kehidupan akhirat dan sentiasa terpedaya dengan
kehidupan dunia yang semantara sedangkan hakikat kehidupan dunia adalah seperti
apa yang digambarkan oleh Allah SWT: “Dan kehidupan dunia adalah semata-mata
keseronokan dan bermain-main. Dan sesungguhnya kehidupan yang sebenar adalah
kehidupan akhirat. Ini sekiranya mereka benar-benar mengetahui”. Orang yang
benar-benar mengetahui tentang kehidupan akhirat tidak tertipu kehidupan dunia
yang melekakan. Orang yang jahil adalah yang tertipu dengan kehidupan dunia,
ini menunjukkan diri ini amat jahil oh Tuhan.
Saat-saat
kematian semakin menghampiri tetapi diri ini sentiasa lalai untuk mendapat amal
akhirat. Apabila mendapat nikmat dunia, rasa seronok sehingga terlanggar
perintahnya dan meninggalkann ketaatan sedikit demi sedikit. Apabila Allah
menguji dan menarik nikmat tersebut, amat sedih dengan kehilangan nikmat dunia
tetapi sebenarnya Allah hendak mengembalikan diri ini kepadanya.
Bersedihlah
dengan kehilangan amal akhirat bukannya kehilangan dunia. Ingatlah Allah ingin
memberi peluang untuk kembali kepadanya sebelum datangnya saat kematian.
Rebutlah peluang ini sebaik-baiknya sebelum terlambat. Nabi SAW bersabda: “Bersegeralah
kamu beramal sebelum datangnya tujuh perkara:
1.
Adakah kamu menanti sehingga kamu fakir yang menyebabkan kamu lupa.
2. Adakah kamu menanti sehingga kamu kaya sangat yang menyebabkan kamu
melampaui batas.
3. Adakah kamu menanti sehingga kamu sakit yang merosakkan badan kamu.
4. Adakah kamu menanti sehingga kamu tua yang melemahkan kamu.
5. Adakah kamu menanti sehingga mati yang semakin menghampiri kamu.
6. Adakah kamu menanti sehingga tibanya dajal. Dajal adalah seburuk-buruk benda
ghaib yang dinanti.
7. Adakah kamu menanti sehingga datangnya kiamat. Kiamat adalah perkara yang
menakutkan dan amat pahit.”
Hadis
riwayat imam Tirmizi, Ingatlah wahai diri bahawa setiap apa yang kamu buat akan
dihisab oleh Tuhan. Jangan seronok dan leka melakukan apa saja tanpa sedar
Allah murka dengan dirimu. Firman Allah SWT: “Adakah manusia meyangka dia akan
dibiarkan begitu sahaja (tanpa dihisab dan dibalas)?” Ayat 36 surah al-Qiamah
Ingatlah
kematian sentiasa mengekori mu. Setiap saat masa berlalu semakin hampir i dan
akhirnya kamu pasti akan bertemu dengannya. Firman Allah SWT: “ Katakanlah hai
Muhammad, sesungguhnya kematian yang mana kamu lari daripadanya , ia pasti akan
menemuimu.” Ayat 8 surah al-Jumaah
Walaupun
diri sentiasa melihat kematian tetapi mengapa tidak menambahkan keimanan kamu
dan mendekatkan diri dengan akhirat. Ini adalah hati yang keras dan hati yang
lalai dalam ibadah. Firman Allah SWT: “ Maka celakalah bagi orang-orang yang
keras hatinya daripada mengingati Allah. Mereka itu berada dalam kesesatan yang
nyata.” Ayat 22 surah az-Zumar.
Hati
yang keras ini adalah hanya layak untuk neraka sahaja. Allah sentiasa bertanya
bilakah hati ini hendak khusyuk kepada tuhan dan patuh segala perintahnya.
Firman Allah SWT: “ Bukankah sudah sampai masa bagi orang-orang beriman untuk
tunduk khusyuk mereka kepada mengingati Allah dan patuh dengan kebenaran yang
Allah telah turunkan…” Ayat 16 surah al-Hadid
Adakah
setelah malaikat mencabut nyawa baru hendak menyesali terhadap
perbuatan-perbuatan yang melampau di dunia. Ketika itu tidak ada gunanya. Nasi
sudah busuk (jadi bubur sedap lagi). Firman Allah SWT: “ Sehinggalah datang
kematian kepada salah seorang mereka. Dia berkata : Hai tuhanku kembalikan aku
ke dunia, supaya aku dapat beramal soleh yang mana telah aku tinggalkan.
(jawapan tuhan) Tidak sama sekali, itu hanya ucapan yang diucapkan (tidak ada
gunanya) dan mereka akan melalui alam barzakh sehinggalah hari mereka
dibangkitkan.” Ayat 99,100 surah al-Mukminun
Ingatlah
wahai diri sehebat mana ilmu, sebesar mana mahligai mu, setingga mana pangkat
mu, sebanyak mana pengawal mu; itu semua tidak menghalang malaikat maut untuk
mencabutn nyawamu. Firman Allah SWT: “ Dimana sahaja kamu berada, pasti
kematian akan menemuimu sekalipun kamu berada di dalam bangunan-bangunan yang
kukuh dan terkawal.” Ayat 78 surah an-Nisa
Bila
mana kamu sudah ingat mati dan menyesal terhadap perbuatan-perbuatan yang
lampau; Ingat penyesalan sahaja tidak berguna, diri ini kena bangun beramal dan
tidak hanya berazam tanpa ada perlaksanaan. Nabi SAW bersabda: “ Orang yang
cerdik adalah orang yang sentiasa bermuhasabah dirinya dan beramal untuk
kehidupan selepas mati. Orang yang lemah adalah orang yang sentiasa mengikut
hawa nafsunya dan hanya berangan-angan Allah akan membalasnya dengan syurga
(sedangkan tidak beramal).” Hadis riwayat Imam al-Hakim
Ya
Allah banyaknya dosa hamba mu ini dan sedikit amalan akhirat. Amalan yang
sedikit entah mencakupi syarat ikhlas atau tidak, Hati ini semakin jauh dari Mu,
oleh itu bersihkanlah hati ini dan isilah dengan cahaya-cahaya iman, Aku tidak
peduli samada manusia mengasihi atau membenci, asalkan Engkau menerimaku
kembali. Ya Allah sekiranya mati ini lebih baik untuk mengelakkan fitnah dunia
dan baik untuk agamaku cabutlah nyawa ini dalam keadaan Engkau reda kepadanya. Sekiranya
hidup ini lebih baik untuk menyumbang terhadap agama Mu dan menambahkan amal
baikku panjangkanlah umurku dalam keredaan Mu.
Percaya
kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa
kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat
mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam
menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat
diperlukan. Berikut senarai antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat.
Allah
SWT berfirman, “Sebenarnya (malaikat-malaikat itu) adalah hamba-hamba yang
dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan
perintah-perintah- Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang dihadapan mereka
dan yang dibelakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa’at melainkan
kepada orang – orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu berhati-hati kerana
takut kepada-Nya.” (Surah Al Anbiyaa’, ayat 26-28)
Ketika
kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita
perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara orang
yang mendapat doa malaikat ialah:
1.
Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Imam
Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW
bersabda, ”Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di
dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah,
ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.” (hadis ini
disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/37)
2.
Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Imam
Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia
berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya
Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.” (Sahih Muslim no. 469)
3.
Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Imam
Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra’ bin ‘Azib r.a. bahawa Rasulullah SAW
bersabda, “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas
(orang) yang berada pada saf depan.” (hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al
Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud I/130)
4.
Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di
dalam saf).
Para
Imam yaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim
meriwayatkan dari Aisyah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya
Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung
saf-saf.” (hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib
wat Tarhib I/272)
5.
Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca
al-Fatihah.
Imam
Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Jika
seorang imam membaca ‘ghairil maghdhuubi ‘alaihim waladh dhaalinn’…(ayat
terakhir al-Fatihah sehingga selesai), maka ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’
kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan
diampuni dosanya yang lalu.” (Shahih Bukhari no. 782)
6.
Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Imam
Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Para
malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu antara kalian selama ia ada
di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat, selama ia belum batal
wudhu’nya, (para malaikat) berkata,
‘Ya
Allah ampunilah dan sayangilah ia.” (Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir
menshahihkan hadis ini)
7.
Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Imam
Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawaRasulullah SAW bersabda: “Kalangan
malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba)
pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit)
dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada
waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat
Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap
tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan
hamba-Ku?” Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan
solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah
mereka pada hari kiamat.” (Al Musnad no. 9140, hadis ini dishahihkan oleh
Syaikh Ahmad Syakir)
8.
Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Diriwayatkan
oleh Imam Muslim dari Ummud Darda’ r.a. bahwasanya Rasulullah SAW bersabda: “Doa
seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang
didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang
malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya
dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan
apa yang ia dapatkan..” (Shahih Muslim no. 2733)
9.
Orang yang membelanjakan harta (infak).
Imam
Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah
SAW bersabda: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada
padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata:
‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak. Dan lainnya berkata, ‘Ya
Allah, hancurkanlah harta orang yang pelit.” (Shahih Bukhari no. 1442 dan
Shahih Muslim no. 1010)
10.
Orang yang sedang makan sahur.
Imam
Ibnu Hibban dan Imam Ath Thabrani, meriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a. bahawa
Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya
berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.” (hadis ini dishahihkan oleh
Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhiib wat Tarhiib I/519)
11.
Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Imam
Ahmad meriwayatkan dari ‘Ali bin Abi Thalib r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus
70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga
petang dan di waktu malam hingga Subuh.” (Al Musnad no. 754, Syaikh Ahmad
Syakir berkomentar, “Sanadnya shahih”)
12.
Seseorang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.
Diriwayatkan
oleh Imam Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily r.a. bahawa Rasulullah SAW
bersabda, “Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku
atas seorang yang paling rendah diantara kalian. Sesungguhnya penghuni langit
dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya bersalawat
kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.” (disahihkan oleh
Syaikh Al Albani dalam Kitab Shahih At Tirmidzi II/343)
Itulah
antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai
sama.