Apapun yang terjadi, Berjalanlah tanpa henti, Air mata tertahan, Waktu untuk dijatuhkan, Nanti kita kan tahu, Betapa bijaknya hidup, Sepahit apapun ini, Pelajaran yang bererti
DOA
‘Ya Allah, rahmatilah pembaca blog ini, sihatkan ia, ampunilah dosa-dosanya, berkatilah amalannya, janganlah Engkau balikkan hatinya setelah Engkau beri petunjuk dan hidayah kepadanya dan Ya Allah masukkanlah ia dan keluarganya kedalam syurga FirdausMu serta jauhkanlah ia dan keluarganya dari azab nerakaMu. Sesungguhnya Ya Allah, hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau sahajalah kami meminta pertolongan. Ya Allah jika rezeki pembaca blog ini masih diatas langit, turunkanlah ia, jika rezekinya di dalam bumi, keluarkanlah ia, jika rezekinya jauh, dekatkanlah ia, jika rezekinya haram, sucikanlah ia dan jika rezekinya sukar, Engkau permudahkanlah ia” Ya Allah kurniakanlah kepada kami segala kebaikan sebagaimana yang Engkau kurniakan kepada hamba-hamba Mu yang soleh.'
Tuesday, November 29, 2011
Mendirikan Masjid - Rumahku Syurgaku
Monday, November 21, 2011
Bila Langit Tak Selalunya Cerah
Namun, selagi harapan masih ada. Selagi impian masih di dada. Kita terus berbaik sangka dan optimis. Mengukir pelbagai cerita versi kita. Melakar mimpi dalam jaga. Kita berharap dan berdoa. Moga esok akan bertambah baik. Kejayaan mungkin datang pada kemudian hari. Kebahagiaan mungkin akan menghiasi kehidupan mendatang. Kerana sesungguhnya hanya itu yang kita harap-harapkan.
Biarpun sering jatuh dan terluka. Biarpun selalu sakit dan perit. Biarpun langit tak selalunya cerah. Biarpun diri tak selalunya di atas. Biarpun cerita tak selalu indah. Biarpun pelangi tak sentiasa di dada langit. Kerana tiada siapapun antara kita yang inginkan penderitaan dan penyiksaan. Kerana tiada siapa pun antara kita yang inginkan kegagalan dan kepayahan. Kerana tiada siapa pun antara kita yang inginkan kegelapan dan kesengsaraan.
Hari ini mungkin kita berasa payah hidup sendirian sebatang kara. Lalu kita menadah tangan bermohon kepada Ilahi agar esok kita dikurniakan pasangan dan zuriat yang dapat menemani perjalanan hidup kita. Biarpun kita tidak tahu apa yang menanti di alam berumahtangga . Apakah mungkin hidup berkeluarga lebih sukar daripada hidup sendiri? Kita tidak tahu kerana langit tidak selalunya cerah.
Jangan berasa sedih bila doa kita belum dimakbulkan. Jangan berasa kecewa bila Allah belum kurniakan apa yang kita impikan. Jangan sekali-kali berasa hampa dan beranggapan bahawa Allah itu kejam dan zalim. Ingatlah, mungkin ini sebenarnya lebih baik buat kita. Bukakah Dia memberi ujian hanya kepada hamba-Nya yang mampu.
Mungkin, kepayahan hidup bersendiri ini jauh lebih ringan jika dibandingkan dengan kepayahan setelah berkeluarga. Kerana kita tidak tahu dan Dia mengetahui segalanya. Dan sungguh, langit tak selalunya cerah.
Analogi yang mudah. Kita mungkin tidak gembira memandu sebuah kereta buruk, lembap dan uzur. Sering rosak sana sini. Lalu kita mengimpikan sebuah kereta baru yang cantik, mantap dan cekap. Dan kita terlupa, langit tidak selalunya cerah. Bilamana kita memiliki kereta yang baru dan cekap, kita mungkin memandu lebih laju dan akan mengakibatkan kemalangan.
Dan mungkin kaki atau tangan kita akan putus atau patah. Cacatlah kita. Sedangkan dengan kereta buruk kita sempurna kaki dan tangan. Dan mungkin waktu itu barulah kita sedar, alangkah indahnya hidup kita jika kita tidak memiliki kereta baru dan masih lagi memandu kereta buruk.
Sungguh, kerana kita tidak tahu apa-apa.
Maka, nikmatilah setiap kepayahan yang sedang kita galas dengan penuh rasa rendah diri. Hargailah setiap penderitaan yang sedang kita alami dengan penuh rasa kesyukuran. Kerana mungkin, esok lebih payah dari hari ini. Kerana kita tidak tahu apa-apa.
Sebagaimana firman Allah swt dalam surah Al-Hadid pada ayat ke 22 dan 23; "Tiada suatu bencana pun yang menimpa di muka bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri kecuali telah tertulis dalam kitab(lauh mahfuz) sebelum kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu mudah bagi Allah.(Kami jelaskan yang sedemikianitu) supaya kalian tidak berputus asa atas apa yang luput dari kalian dan supaya kalian tidak terlalu gembira terhadap apa yang diberikan kepada kalian. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri."
Dan Allah juga berfirman dalam Surah At-Taghaabun ayat yang ke-11; "Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
Nikmatilah dan hargailah hari ini. Seolah-olah esok tiada lagi buat kita.
Allah berfirman, “Sesiapa yang bertawakal kepada Allah maka Allah mencukupkan keperluannya.” Surah At-Talaq : Ayat 3 Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Surah Al-Faatihah : Ayat 5
Saturday, November 12, 2011
Antara Kesalahan Berkaitan Solat
Solat perlu dipelihara sebaik-baiknya. Antara kesalahan yang selalu dilakukan berkaitan Solat adalah:
1. Meninggalkan Solat.
Hal ini adalah suatu kekufuran berdasarkan Al-Quran, Sunnah dan Ijmak. Allah berfirman bermaksud: “Apakah yang membuat kalian masuk ke dalam Neraka Saqar?” Mereka menjawab: “(Kerana) kami dulu tidak termasuk orang yang mendirikan solat.” (Surah Al-Muddatstsir, ayat 4) Rasulullah SAW bersabda: “Perjanjian antara kami dengan mereka adalah solat, barang siapa meninggalkannya maka dia kafir.” (Hadis riwayat Ahmad dan lainnya).
2. Melengah-lengahkan solat.
Firman Allah swt bermaksud : Sesungguhnya solat itu wajib atas orang beriman dalam waktu yang sudah ditentukan.” (Surah an-Nisa, ayat 103) Oleh itu, melengah-lengahkan solat tanpa uzur yang dibolehkan syarak adalah berdosa besar. Rasulullah bersabda: “Itu adalah solat orang munafik. Dia duduk menunggu matahari, sampai jika matahari sudah berada antara dua tanduk syaitan (hendak tenggelam) dia berdiri dan melakukan empat rakaat, sedangkan dia tidak mengingat Allah dalamnya kecuali sedikit.” (Hadis riwayat Muslim).
3. Tiada thuma’ninah dalam solat.
Thuma’ninah adalah rukun solat dan tidak sah solat tanpanya. Thuma’ninah ertinya tenang ketika sedang rukuk, iktidal, sujud dan duduk antara dua sujud. Tenang maksudnya sampai tulang kembali pada posisi dan persendiannya, tidak tergesa-gesa dalam penggantian dari satu rukun ke rukun lainnya.
4. Tidak khusyuk dan banyak gerakan dalam solat.
5. Mendahului atau menyamai perlakuan Imam.
Hal ini boleh menyebabkan solat terbatal. Makmum hendaklah mengikuti Imam, tidak mendahului atau menyamai perbuatan Imam. Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya diadakannya Imam itu untuk diikuti, kerana itu jika dia (Imam) bertakbir, bertakbirlah, dan jangan kalian bertakbir sampai dia bertakbir, dan jika dia rukuk, maka rukuklah dan jangan kalian rukuk sampai dia rukuk.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
6. Bangun dari duduk untuk menyempurnakan rakaat berikutnya sebelum Imam selesai dari salam kedua bagi yang ‘masbuq’ (tidak bersama Imam semasa takbiratul ihram).
7. Memandang ke langit (atas) atau menoleh ke kiri dan ke kanan ketika solat.
Hal ini diperkatakan Rasulullah dalam sabdanya: “Hendaklah kamu berhenti daripada mendongakkan pandangannya ke langit ketika solat atau Allah tidak mengembalikan pandangannya kepada mereka.” (Hadis riwayat Muslim). “Dan jauhilah orang yang menoleh dalam solat kerana sesungguhnya ia adalah suatu kebinasaan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)
8. Mengenakan pakaian nipis yang tidak menutupi aurat.
Hal ini membatalkan solat kerana menutup aurat adalah syarat sah solat. Tidak memakai tudung dan menutupi telapak kaki bagi wanita kerana aurat wanita dalam solat adalah seluruh tubuhnya kecuali wajah dan telapak tangan. Ummu Salamah ditanya mengenai pakaian solat wanita. Beliau menjawab: “Hendaknya dia solat dengan kerudung, dan baju kurung panjang yang menutupi kedua-dua telapak kakinya.”
9. Melintas di depan orang yang sedang solat.
Rasulullah bersabda: “Seandainya orang yang lalu di depan orang solat itu mengetahui dosanya, tentu berhenti (menunggu) empat puluh (tahun) lebih baik baginya daripada melintas di depannya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
10. Tidak melakukan takbiratul ihram ketika mendapati imam sedang rukuk.
Takbiratul ihram adalah rukun solat dan wajib dilakukan dalam keadaan berdiri, baru kemudian mengikuti Imam yang sedang rukuk.
11. Melakukan sesuatu yang melalaikan daripada solat seperti menonton televisyen dan bersembang.
Allah berfirman, maksudnya: “Wahai orang beriman, janganlah hartamu dan anak-anakmu melalaikanmu daripada mengingat Allah, barang siapa melakukan demikian maka mereka itulah orang yang rugi.” (Surah Al-Munafiqun, ayat 9).
12. Makruh memejamkan mata ketika solat tanpa keperluan.
Seperti diriwayatkan Ibnu Qayyim berkata, Nabi tidak mencontohkan solat dengan memejamkan mata. Tetapi, jika memejamkan mata diperlukan, misalnya, kerana di hadapannya ada lukisan atau sesuatu yang menghalangi kekhusyukannya maka hal itu tidak makruh.
13. Tidak melurus atau merapatkan barisan ketika berjemaah.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Kalian mahu meluruskan barisan kalian atau Allah akan membuat perselisihan antara hati kalian.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
14. Tidak memperhatikan sujud dengan tujuh anggota.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Kami diperintahkan untuk sujud dengan tujuh anggota; kening dan beliau mengisyaratkan dengan tangannya sampai ke hidungnya, dua tangan, dua lutut dan dua telapak kaki (perut hujung jari kaki).” (Muttafaq Alaih)
Semuga kita menjadi insan yang terpelihara dari segala kekhilafan dan Allah mangampunkannya
Friday, October 28, 2011
Dimana kasih sayang kita pada ibu dan ayah
Dan pada hari ini peredaran zaman telah menuju ke penghujung usia alam, kedudukan ibu dan ayah masih kekal sebagai insan yang wajib kita hormati dan sayangi kerana tanpa mereka kita tidak hadir kedunia tanpa bersebab. Atas alasan apa pun kedua-dua insan ini perlu diberi keutamaan didalam apa saja sesuai dengan taraf mereka disisi Allah SWT.
Seperti lirik dalam lagu Sudirman;
Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan Matahari
Ahai...
Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati
Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat
Mari kita lihat pada diri kita sendiri bagaimana kita memberikan kasih sayang kepada ibubapa kita, adakah dengan ucapan yang seperti kita dengar dari mereka yang berkata, ‘Sayang ibu, sayang ayah’ hakikatnya hanya retorik supaya kita tidak tertinggal dalam memberikan sayang pada ibu dan bapa kita. Atau kita benar-benar ikhlas dari keluhuran hati kita dengan lain perkataan kita sanggup berkorban nyawa demi mereka, dan ada yang lebih menarik lagi ada yang tidak boleh berpisah lansung dengan mereka kerana segala-gala ibubapa mereka yang menentukan.
Rutin harian ibu kalau kita lihat, bangun seawal pagi bagi menyediakan keperluan samada suami yang ketempat kerja dan anak-anak bersekolah tanpa pernah rasa penat atau jemu, kemudian membasuh kain baju yang kotor yang ditinggalkan sebakul atau lebih disamping mengemaskan rumah yang biasanya bersepah oleh kita. Dengan sabar dan tekun ibu kita melakukan sehingga semua teratur kembali. Ibu rasa puas melakukan begitu (cuba tanya mengapa). Kepenatan belum reda dah mula untuk menyediakan makanan tengahari untuk anak-anak atau suami yang balik makan dirumah (berapa ramai yang berterima kasih untuk ini, biasanya kita merungut kalau lauk tak sesuai dengan selera kita – kejamnya kita). Kadangkala ibu jadi gusar apakah masakan untuk setiap hari supaya anak-anak tetap makan dan berselera, adakah kita bertanya ibu sudah makan ke belum, malah mempelawa ibu makan bersama jarang kita lakukan – kenapa. Ibu tetap ibu terus menjalankan tugasnya dengan sabar dan tabah kerana mahu anak-anaknya ceria dan sihat. Masih meneruskan tugas disebelah petang setelah anak-anak kembali kesekolah sehingga menyediakan minuman petang atau makan malam kerana ibu tidak mahu anak-anak dan suami kelaparan. Selepas makan malam ibu terus lagi menunaikan tugasnya untuk mengemas dan menyediakan keperluan untuk hari esok. Kadang-kadang lewat hingga hujung malam. Siapa yang pernah bertanya, ibu penat ke boleh anak ibu urutkan atau terima kasih ibu dengan sebuah ciuman dipipi. Besarkan pengorbanan ibu, kalau dihitung waktu bekerjanya kalau kita kira mengikut waktu pejabat adalah 9 hari seminggu. Ada tak ibu bercuti dari tugasnya melainkan sakit itu pun kadang kala kena bangun juga sebab tanggungjawab. Itu Ibu.
Begitu juga ayah rutinnya setiap hari kerana mencari rezeki untuk keluarga berhadapan dengan tugas yang mencabar disamping halangan diperjalanan. Keluar awal pagi dan balik lewat senja dan adakala tak balik 2 ke 3 hari sampai hubungan dengan anak-anak agak renggang kerana kurangnya komunikasi yang berterusan. Segalanya ayah letakkan pada ibu, mungkin ayah dah kepenatan ketika bekerja (perlu ada perjanjian bersama antara ayah dan ibu supaya tiada pertindihan arahan dan tanggungjawab). Mungkin kedudukan ayah sebagai ketua keluarga dan ketegasannya menjadikan ayah agak keterasingan sedikit. Sebaliknya cuba tanya ibu, apa yang ayah tanya pasal anak-anaknya, adakala kerisauan ayah melebihi kerisauan ibu. Cuma ayah tak mahu menunjukkan pada anak-anak kerana sebagai ayah perlu kuat dan tegas sesuai ayah sebagai tonggak keluarga bahagia.
Mari kita buat lain sedikit dari kebiasaan rutin mereka berdua. Hujung minggu sabtu dan ahad adalah dua hari yang agak membosankan. Apa kata kita ambil rutin mereka sedikit supaya ada keakraban berlaku kemudian. Mari kita sediakan sarapan pagi untuk mereka berdua, mengemaskan dan membersihkan rumah. Semasa bersarapan berilah ucapan tanda terima kasih kita kepada mereka, “mak, ayah, terima kasih segalanya, kami bangga ada emak dan ayah yang cukup sempurna dihati kami. Beri kami membalas untuk dua hari ni jasa mak dan ayah lakukan”. Pasti kita dapat rasa betapa indahnya hidup ini dan kita dapat nikmati system kekeluargaan yang sempurna. Segala kepenatan untuk 5 hari akan lupus begitu saja dan ikatan kasih sayang dalam keluarga akan bertambah. Indahkan. Cukup indah saya dapat rasakannya
Saya mengajak anak-anak, ibubapa mari kite terapkan nilai murni keluarga bahagia ini dalam keluarga kita. Pasti ada yang berkata agak susah tetapi kita mulakan, sebab tiada siapa yang tahu kalau tidak dicuba dari hanya berkata Insyaallah (sebab perkataan ini biasanya saya akan). Jom kita tukar terus kena buat. Kita akan lihat hasilnya bukan sahaja system keluarga akan berubah malah system masyarakat juga akan berubah dan akan lahir komuniti yang cukup mantap untuk menjadi satu system yang sempurna. Sebahagian dari kesempurnaan kebahagiaan di dunia adalah memiliki keluarga yang bahagia.
Disamping itu jangan lupa kita terapkan nilai islam dalam membina sikap yang murni pada anak-anak kita, jadikan jemaah pada setiap yang memerlukan kita bersama. Solat dan waktu makan adalah yang paling utama untuk kita berjemaah kerana waktu ini kita dapat bersama-sama dengan mereka, waktu ini kita paling dekat dengan mereka dan waktu ini juga kita bertukar pandangan dan kasih sayang.
Saya doakan semuga anda semua dapat melakukan yang terbaik dan jadilah insan yang hebat dimata ayah dan ibu begitu juga sebaliknya. Untuk kesemua anak-anak ku abah sayangkan kamu seperti air sungai yang mengalir yang tiada hentinya. Abah tidak mengharapkan apa-apa cuma jadilah anak yang hebat dan disayangi Allah. Subhanallah. Aminnnn!!
Thursday, October 13, 2011
ASMA-UL-HUSNA : FADHILAT SERTA KHASIATNYA
Kriteria Mereka Yang Hebat
Pertama adalah keunggulan dari segi mentalnya.
Dalam situasi ini menunjukkan seseorang itu perlu hebat dari segi cara pemikirannya. Orang yang hebat akan dapat mengawal emosinya. Walaupun dia berhadapan dengan cabaran dan rintangan yang melanda, namun tidak tidak akan berputus asa. Sebaliknya, cabaran dan rintangan itu akan diharungi dengan penuh semangat dan sebagai satu bentuk untuk mencabar kehebatannya. Berbeza dengan orang yang tidak hebat, yang akan gagal dan putus asa serta tewas dengan emosi negatifnya apabila dihadapkan dengan sesuatu masalah. Orang yang hebat akan menjadikan cabaran itu sebagai langkah untuk lebih berjaya. Malah, mereka yang hebat itu tahu bahawa cabaran dan masalah yang ada itu adalah sebagai satu bentuk situasi untuk menambahkan usaha yang perlu dilakukan.
Kedua yang ada pada orang yang hebat adalah kestabilan fizikalnya.
Kestabilan fizikal bukan bermaksud memiliki bentuk badan yang ideal, sebaliknya kestabilan ini berlandaskan kepada aktiviti seharian yang dilakukan. Semakin sibuk kehidupan kita pada masa kini, (yang bekerja mahupun yang masih belajar) kekadang kita terlupa untuk mengaktifkan fizikal kita. Seharusnya kita memperuntukkan sedikit masa untuk melakukan senaman untuk memastikan badan kita sentiasa kekal cergas dan aktif. Jika tidak mampu pergi ke gimnasium, cukup sekadar berjoging atau melakukan skipping di halaman rumah. Atau sekurang-kurangnya kita boleh menukarkan aktiviti berkereta dan bermotosikal dengang berjalan untuk ke lokasi yang dekat seperti ke kedai atau ke surau. Dengan berjalan, kita akan melakukan aktiviti fizikal yang diperlukan dalam badan kita.
Ketiga dalam diri orang yang hebat adalah dapat mengawal spiritual (kejiwaannya).
Semakin hebat kejayaan kita, seharusnya kita semakin dekat dengan PENCIPTA kita. Jika kita menjadi semakin dekat dan berjaya menguatkan spiritual kita, maka kehebatan diri kita akan menjadi lebih terserlah dan meyakinkan. Namun, jika kita semakin jauh dan lalai, rasanya kejayaan dan kehebatan yang dikecapi adalah satu bentuk penghinaan untuk terus melalaikan kita daripada keredhaanNya…
Nilai diri sama ada hebat atau tidak. Jika belum, marilah sama-sama kita usahakan untuk memburu kehebatan itu. Dan jika sudah berjaya mari kita kekal dan tingkatkan kehebatan itu untuk menjadi lebih baik kepada diri kita dan kepada orang di sekeliling kita….
Wednesday, October 12, 2011
Saat Ajal Menjemput Rasulullah SAW dan Betapa Baginda mencintai umatnya
Rasulullah dengan suara lemah memberikan kutbah terakhirnya, “Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, al-Qur’an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.”
Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasul yang tenang menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya.Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. “Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. Rasulullah akan meninggalkan kita semua,” keluh hati semua sahabat kala itu.
Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Di saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.
Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.
“Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk.
“Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah.
“Siapakah itu wahai anakku?”
“Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,” tutur Fatimah lembut.
Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. “Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut,” kata Rasulullah. Fatimah menahan ledakkan tangisnya.
Malaikat maut telah datang menghampiri. Rasulullah pun menanyakan kenapa Jibril tidak menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
“Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
“Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril.
Tapi, semua penjelasan Jibril itu tidak membuat Rasul lega, matanya masih penuh kecemasan dan tanda tanya.
“Engkau tidak senang mendengar kabar ini?” tanya Jibril lagi.
“Kabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak, sepeninggalanku?”
“Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril meyakinkan.
Detik-detik kian dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan-lahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.
“Jibril, betapa sakitnya, sakaratul maut ini.” Perlahan terdengar desisan suara Rasulullah mengaduh.Fatimah hanya mampu memejamkan matanya. Sementara Ali yang duduk di sampingnya hanya menundukan kepalanya semakin dalam. Jibril pun memalingkan muka.
“Jijikkah engkau melihatku, hingga engkau palingkan wajahmu Jibril?” tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
“Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril sambil terus berpaling.
Sedetik kemudian terdengar Rasulullah memekik kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.
“Ya Allah, dahsyat sekali maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku,” pinta Rasul pada Allah.
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu. Ali pun segera mendekatkan telinganya.
“Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.”
Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
“Ummatii, ummatii, ummatiii?” Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran kemuliaan itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesadaran untuk mencintai Allah dan RasulNya.Seperti Allah dan Rasul mencintai kita semua.
sekilas : betapa kasihnya Rasulullah kepada kita.











