Dan pada hari ini peredaran zaman telah menuju ke penghujung usia alam, kedudukan ibu dan ayah masih kekal sebagai insan yang wajib kita hormati dan sayangi kerana tanpa mereka kita tidak hadir kedunia tanpa bersebab. Atas alasan apa pun kedua-dua insan ini perlu diberi keutamaan didalam apa saja sesuai dengan taraf mereka disisi Allah SWT.
Seperti lirik dalam lagu Sudirman;
Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan Matahari
Ahai...
Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati
Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat
Mari kita lihat pada diri kita sendiri bagaimana kita memberikan kasih sayang kepada ibubapa kita, adakah dengan ucapan yang seperti kita dengar dari mereka yang berkata, ‘Sayang ibu, sayang ayah’ hakikatnya hanya retorik supaya kita tidak tertinggal dalam memberikan sayang pada ibu dan bapa kita. Atau kita benar-benar ikhlas dari keluhuran hati kita dengan lain perkataan kita sanggup berkorban nyawa demi mereka, dan ada yang lebih menarik lagi ada yang tidak boleh berpisah lansung dengan mereka kerana segala-gala ibubapa mereka yang menentukan.
Rutin harian ibu kalau kita lihat, bangun seawal pagi bagi menyediakan keperluan samada suami yang ketempat kerja dan anak-anak bersekolah tanpa pernah rasa penat atau jemu, kemudian membasuh kain baju yang kotor yang ditinggalkan sebakul atau lebih disamping mengemaskan rumah yang biasanya bersepah oleh kita. Dengan sabar dan tekun ibu kita melakukan sehingga semua teratur kembali. Ibu rasa puas melakukan begitu (cuba tanya mengapa). Kepenatan belum reda dah mula untuk menyediakan makanan tengahari untuk anak-anak atau suami yang balik makan dirumah (berapa ramai yang berterima kasih untuk ini, biasanya kita merungut kalau lauk tak sesuai dengan selera kita – kejamnya kita). Kadangkala ibu jadi gusar apakah masakan untuk setiap hari supaya anak-anak tetap makan dan berselera, adakah kita bertanya ibu sudah makan ke belum, malah mempelawa ibu makan bersama jarang kita lakukan – kenapa. Ibu tetap ibu terus menjalankan tugasnya dengan sabar dan tabah kerana mahu anak-anaknya ceria dan sihat. Masih meneruskan tugas disebelah petang setelah anak-anak kembali kesekolah sehingga menyediakan minuman petang atau makan malam kerana ibu tidak mahu anak-anak dan suami kelaparan. Selepas makan malam ibu terus lagi menunaikan tugasnya untuk mengemas dan menyediakan keperluan untuk hari esok. Kadang-kadang lewat hingga hujung malam. Siapa yang pernah bertanya, ibu penat ke boleh anak ibu urutkan atau terima kasih ibu dengan sebuah ciuman dipipi. Besarkan pengorbanan ibu, kalau dihitung waktu bekerjanya kalau kita kira mengikut waktu pejabat adalah 9 hari seminggu. Ada tak ibu bercuti dari tugasnya melainkan sakit itu pun kadang kala kena bangun juga sebab tanggungjawab. Itu Ibu.
Begitu juga ayah rutinnya setiap hari kerana mencari rezeki untuk keluarga berhadapan dengan tugas yang mencabar disamping halangan diperjalanan. Keluar awal pagi dan balik lewat senja dan adakala tak balik 2 ke 3 hari sampai hubungan dengan anak-anak agak renggang kerana kurangnya komunikasi yang berterusan. Segalanya ayah letakkan pada ibu, mungkin ayah dah kepenatan ketika bekerja (perlu ada perjanjian bersama antara ayah dan ibu supaya tiada pertindihan arahan dan tanggungjawab). Mungkin kedudukan ayah sebagai ketua keluarga dan ketegasannya menjadikan ayah agak keterasingan sedikit. Sebaliknya cuba tanya ibu, apa yang ayah tanya pasal anak-anaknya, adakala kerisauan ayah melebihi kerisauan ibu. Cuma ayah tak mahu menunjukkan pada anak-anak kerana sebagai ayah perlu kuat dan tegas sesuai ayah sebagai tonggak keluarga bahagia.
Mari kita buat lain sedikit dari kebiasaan rutin mereka berdua. Hujung minggu sabtu dan ahad adalah dua hari yang agak membosankan. Apa kata kita ambil rutin mereka sedikit supaya ada keakraban berlaku kemudian. Mari kita sediakan sarapan pagi untuk mereka berdua, mengemaskan dan membersihkan rumah. Semasa bersarapan berilah ucapan tanda terima kasih kita kepada mereka, “mak, ayah, terima kasih segalanya, kami bangga ada emak dan ayah yang cukup sempurna dihati kami. Beri kami membalas untuk dua hari ni jasa mak dan ayah lakukan”. Pasti kita dapat rasa betapa indahnya hidup ini dan kita dapat nikmati system kekeluargaan yang sempurna. Segala kepenatan untuk 5 hari akan lupus begitu saja dan ikatan kasih sayang dalam keluarga akan bertambah. Indahkan. Cukup indah saya dapat rasakannya
Saya mengajak anak-anak, ibubapa mari kite terapkan nilai murni keluarga bahagia ini dalam keluarga kita. Pasti ada yang berkata agak susah tetapi kita mulakan, sebab tiada siapa yang tahu kalau tidak dicuba dari hanya berkata Insyaallah (sebab perkataan ini biasanya saya akan). Jom kita tukar terus kena buat. Kita akan lihat hasilnya bukan sahaja system keluarga akan berubah malah system masyarakat juga akan berubah dan akan lahir komuniti yang cukup mantap untuk menjadi satu system yang sempurna. Sebahagian dari kesempurnaan kebahagiaan di dunia adalah memiliki keluarga yang bahagia.
Disamping itu jangan lupa kita terapkan nilai islam dalam membina sikap yang murni pada anak-anak kita, jadikan jemaah pada setiap yang memerlukan kita bersama. Solat dan waktu makan adalah yang paling utama untuk kita berjemaah kerana waktu ini kita dapat bersama-sama dengan mereka, waktu ini kita paling dekat dengan mereka dan waktu ini juga kita bertukar pandangan dan kasih sayang.
Saya doakan semuga anda semua dapat melakukan yang terbaik dan jadilah insan yang hebat dimata ayah dan ibu begitu juga sebaliknya. Untuk kesemua anak-anak ku abah sayangkan kamu seperti air sungai yang mengalir yang tiada hentinya. Abah tidak mengharapkan apa-apa cuma jadilah anak yang hebat dan disayangi Allah. Subhanallah. Aminnnn!!
No comments:
Post a Comment