Tiada
siapa di antara kita yang mahu merasa kecewa dan terluka. Apatah lagi menjadi
lemah akibat daripada permainan perasaan ini. Merasa lemah dan tidak tenang
sehinggakan air mata ingin sekali untuk menitis setiap waktu.
Selalunya
kekecewaan ni kerap kali berlaku disebabkan ‘CINTA’. Namun ketahuilah, cinta
itu ada pasang surutnya dan setiap pertemuan pasti bertemu perpisahan. Namun
bukan semua masalah kekecewaan berlaku kerana percintaan dan masalah jodoh. Ada
juga yang kecewa mungkin kerana perkara lain. Boleh jadi akibat terluka dengan
tindakan ibu bapa. Malah, mungkin juga berkecil hati dengan sikap anak – anak
kita.
Pendek
kata banyak perkara yang membuatkan hati kita menjadi remuk rendam dan
membuatkan kita merasa lemah. Oleh itu, di kongsikan cara terbaik untuk merawat
hati yang terluka.
1.
Membaca Surah Yassin
Mungkin
selama ini kita kurang membaca Al – Quran atau jarang sangat membuka kitab suci
ini. Mungkin ini salah satu sebab kita mudah untuk terganggu dan merasa tidak
tenang. Oleh itu marilah kita kembali menghidupkan amalan ini. Semasa saya
sedang mengalami “keserabutan” dulu, saya mengamalkan membaca surah Yassin
setiap kali selesai solat. Alhamdulillah, setiap kali usai membaca Yassin, saya
akan merasa tenang. Memang surah ini mempunyai aura yang mampu menenangkan
hati. Setelah itu, boleh beransur menambah bacaan dengan membaca surah – surah
yang lain. Sangatt menenangkan hati. Bagaimana jika sedang haid? Dengarlah
bacaan surah ini melalui mp3, komputer atau pelbagai lagi device yang boleh
kita pasang.
2.
Solat Sunat Tahajjud
Bangunlah
melakukan solat malam iaitu solat sunat Tahajjud. Tujuan solat Tahajjud adalah
untuk menguatkan jiwa dan mendapatkan ketenangan dalam menghadapi dugaan hidup.
Amalan ini adalah antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah
dan para sahabat. Usalli Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu
Akbar. (Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala)
Pada
rakaat pertama bacalah Al-Fatihah Selepas itu surah Al-Kafirun & Rakaat
kedua bacalah Al-Fatihah, selepas itu surah Al-Ikhlas. Solat Tahajjud dilakukan
tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua
rakaat satu salam. Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat. Selepas
itu berdoalah. Berdoalah apa sahaja. Adukan masalah kita terus kepada Allah.
Mintalah ketenangan hati.
**
tips supaya mudah nak bangun **
-
Berwudhuk sebelum tidur
-
Baca surah Al Mulk atleast 10 ayat (paling malas la tu..)
-
Baca doa tido dan niat dalam hati “Ya Allah, aku memohon kepada Mu supaya
bangunkan aku pada waktu paling afdhal untuk berdoa pada Mu“
-
Kunci jam
3.
Banyakkan Istigfar Dan Berzikir
La
haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali
dengan pertolongan Allah). Hasbunallaah wa ni’mal wakiil (Cukuplah Allah
menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung). - Harus
diingat, zikir bukan sahaja di mulut tetapi harus sampai masuk ke hati.
4.
Elakkan Mendengar Lagu Bertema Kekecewaan
Ini
penting kepada mereka yang baru sahaja mengalami putus cinta / tunang, sila
hindari dari suasana yang boleh membuatkan anda sebak. Elakkan mendengar lagu
yang bertemakan putus cinta dan kecewa. Kita ingin menenangkan hati, bukan
ingin menyesakkan hati kan? Jangan menabur garam diatas luka kerana
ianya pedih. Biarlah dahulu luka itu sembuh.
5.
Sentiasalah mengingati Allah
Ini
yang paling penting sekali. Sentiasa mengingati Allah. Yakinlah dengan sepenuh
hati bahawa Allah maha mengetahui dan sentiasa bersama kita walaupun apa pun. Apa
yang membuat kita sedih, Allah lebih Maha Kuasa Maha Mengetahui apa yang
terbaik bagi kita. Yakinlah kesedihan dan rasa tidak tenang yang Allah beri itu
adalah agar kita kembali mengingatiNYA. He loves you no matter what
“Ingatlah,
hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” ( QS Ar Ra’d : 28 )
“Janganlah
kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” ( QS.At -Taubah : 40 )
6 comments:
mohon halalkn.. sy nap gmbr kata2 di atas. bgitu terkesan di hati.
sy doakan bhgia dunia dan akhirat.
Saya share blh ya.. Terima kasih banyak2.. Sangat trkesan di hati saya.
halalkn sume diatas ya..aamiin
Mohon halal
info yg bermanfaat dan berinspirasi. Alhamdulillah
Post a Comment