DOA

‘Ya Allah, rahmatilah pembaca blog ini, sihatkan ia, ampunilah dosa-dosanya, berkatilah amalannya, janganlah Engkau balikkan hatinya setelah Engkau beri petunjuk dan hidayah kepadanya dan Ya Allah masukkanlah ia dan keluarganya kedalam syurga FirdausMu serta jauhkanlah ia dan keluarganya dari azab nerakaMu. Sesungguhnya Ya Allah, hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau sahajalah kami meminta pertolongan. Ya Allah jika rezeki pembaca blog ini masih diatas langit, turunkanlah ia, jika rezekinya di dalam bumi, keluarkanlah ia, jika rezekinya jauh, dekatkanlah ia, jika rezekinya haram, sucikanlah ia dan jika rezekinya sukar, Engkau permudahkanlah ia” Ya Allah kurniakanlah kepada kami segala kebaikan sebagaimana yang Engkau kurniakan kepada hamba-hamba Mu yang soleh.'

Wednesday, February 8, 2017

Hidup Sesudah Mati - Ke Syurga atau Ke Neraka

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya” – (Al Imran: 185)
Ingatkanlah kematian kita itu dari detik ke detik dan dari saat ke saat. Justeru Allah tidak janjikan kematian kita di waktu tua. Begitu juga Allah tidak janjikan kematian kita disebabkan sakit. Tidak pun sakit boleh mati juga. Hal ini sepatutnya tidak payah diberitahu. Semua orang tahu, akan pengalaman bersama. Ada orang mati kecil, ada orang mati muda, ada orang mati tua. Ada orang mati tanpa sebab apa-apa. Sedang rehat-rehat atas kerusi tiba-tiba terlintuk saja. Ditengok nafas sudah tiada. Oleh itu janganlah senang-senang hati dengan kematian. Kematian bila-bila masa berlaku. Kita tunggulah kematian itu dari nafas ke nafas. Agar kita tidak ada angan-angan yang melalaikan. Hendak membangun, membangunlah. Tapi ingatlah waktu itu boleh mati. Hendak maju, majulah tapi kematian boleh berlaku di waktu itu. Hendak kejar kekayaan kejarlah. Tidaklah salah selagi halal tapi ingatlah mati. Ingatlah mati di dalam sebarang hal. Agar kita tidak lalai, jiwa sentiasa takut dan gentar dengan Tuhan. Bila jiwa takut dengan Tuhan. Kita takut hendak membuat dosa di dalam sebarang hal.

Sesiapa pun tidak dapat menduga bilakah saat kematiannya akan tiba. Sebab itu ramai yang masih leka dan tiada persediaan 'menanti' saat kematian yang datang secara tiba-tiba. Allah SWT berfirman: "Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali." (Al-Anbiya: 35) Apa yang perlu kita ketahui hidup sesudah mati kerana tiada apa lagi boleh kita lakukan selain menunggu balasan dari apa yang kita lakukan sebelum mati, samada azab dari kekufuran kita atau rahmat dari amal kebaikan kita. Janji Allah SWT itu pasti, “Hai manusia, Sesungguhnya janji Allah adalah benar, Maka sekali-kali janganlah kehidupan dunia memperdayakan kamu dan sekali-kali janganlah syaitan yang pandai menipu, memperdayakan kamu tentang Allah” (Fatir: 5)

Nabi Muhammad SAW menjerit dari atas mimbar lalu bersabda: Marilah kepadaku, wahai umatku! Wahai sesiapa yang beriman dan tidak melihatku. Aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aku sentiasa memohon kepada Allah Taala untukmu! Umat Nabi Muhammad SAW berkumpul di sisinya.
Terdengar suara seruan: “Wahai Adam! Ke marilah kepada Tuhanmu!”
Nabi Adam as berkata: “Wahai Muhammad! Tuhanku telah memanggilku. Muga-muga Dia akan meminta kepadaku.”
Nabi Adam as pergi menemui Allah SWT. Allah SWT berfirman kepadanya: “Wahai Adam! Bangunlah dan hantarkan anak-anakmu ke neraka!”
Nabi Adam as bertanya: “Berapa ramai untukku kirimkan?”
Allah SWT berfirman: “Setiap seribu orang yang kamu ingin hantarkan seorang ke syurga, 999 dari orang-orang itu kau hantarkan ke neraka.”
Allah SWT berfirman lagi: “Wahai Adam! Sekiranya Aku tidak melaknat orang yang berdusta dan Aku haramkan pembohongan, nescaya Aku akan mengasihi anakmu keseluruhannya. Akan, tetapi, Aku telah janjikan syurga bagi orang yang mentaatiKu Neraka pula bagi orang yang menderhakaiKu Aku tidak akan memungkiri janji Wahai Adam! Berhentilah di sisi Mizan (timbangan). Sesiapa yang mempunyai berat pada kebaikannya daripada dosanya walaupun seberat biji sawi, bawalah dia untuk memasuki syurga tanpa perlu berunding denganKu! Sesungguhnya Aku telah menjadikan bagi mereka, satu kejahatan dengan satu dosa. Manakala satu kebaikan dengan sepuluh pahala agar memberitahu mereka bahawa, sesungguhnya Aku tidak akan memasukkan mereka ke dalam neraka melainkan setiap yang kembali akan dikembalikan dengan dosa bagi orang yang melampaui batas.”
Nabi Adam as berkata: “Tuhanku! Penguasaku! Engkau lebih utama bagi menghisab berbanding aku. Hamba itu adalah hambaMu dan Engkau Maha Mengetahui sesuatu yang ghaib!”
Selepas peristiwa Zalzalah (Hari Kiamat)… Allah SWT akan menyeru Nabi Adam bangkit dari kubur menuju ke hari neraka… dan Allah SWT berfirman pada ketika itu, setiap 1000 jiwa yang diciptakan, 999 akan ke neraka (nauzubillahminzalik)… dan digambarkan jika seorang bayi mendengar akan berita itu, nescaya berubanlah rambut bayi tersebut…” (HR Sahih Bukhari)

Dalam lautan manusia yang berbondong-bondong di Yaumil Mahsyar. Sejak Adam sehingga manusia terakhir, nanti akan ada manusia yang meminta agar dikembalikan ke dunia untuk beramal. Tetapi masa itu sudah lewat. Dunia telah hancur lebur. Hilang bagai puing-puing. Terpelanting. Tika bumi dikiamatkan, segala-galanya tiada. Takhta, kekuasaan, tidak ada lagi dalam sebutan. Yang ada hanyalah penantian yang panjang. Harta dan anak pinak, semuanya tidak boleh menolong. Semuanya sibuk dengan urusan peribadi. Semuanya menunggu ulang tayang video hidup tika di atas bumi, entah berapa ribuan tahun menanti di padang pengadilan. Usahlah menanti untuk kembali ke bumi asalmu. Itu menjadi mimpi di siang hari. Hari-hari sesudah Mahsyar, tanpa penghujungannya. Syurga dan neraka itu ada bezanya.

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain.. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa”. Ini menunjukkan kebesaran dan keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil as dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.
5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib dan masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
10. Terdapat satu kolam kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
1. Pemimpin yang adil.
2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.
4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam as menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh as, Nabi Ibrahim as, Nabi Musa as, Nabi Isa as (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam as) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga `Arasy itu tiba dibumi.
15. `Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
16. Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari `Arasy umpama cincin ditengah padang. Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah/Raqib dan `Atid/Kiraman Katibin.
18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing. Orang kafir dan munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah SWT dengan Maha Bijaksana.
25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
26. Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat:
Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.
27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya 1 sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Sewaktu Nabi Adam baru turun ke muka bumi, keadaan sekeliling gelap gelita. Maka Allah memperintahkan Jibril menghantar sedikit cahaya api untuk kegunaan Nabi Adam di bumi. “Wahai Jibril, pergilah engkau meminta sedikit api neraka dari Zabaniyah. Dia malaikat yang menjaga api neraka”.
Lantas Jibril menemui Zabaniyah.
Jibril: Wahai Zabaniyah, Allah perintahkan aku meminta sedikit api neraka darimu untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan Adam.
Zabaniyah: Banyak mana sedikit api neraka yang engkau mahu?
Jibril: Berilahku sebesar buah tamar.
Zabaniyah: Wahai Jibril, jika aku memberi api neraka sebesar buah tamar, nescaya akan cairlah tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan bumi.
Jibril: Jika begitu berilah separuh dari buah tamar.
Zabaniyah: Jika separuh dari buah tamar ini engkau letakkan di dunia nescaya tidak akan turun walau setitik air hujan dan tidak ada tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti.
Memandangkan keadaan yang rumit ini maka Jibril as pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yg perlu di hantar ke dunia.
Allah SWT pun memerintahkan supaya Jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka utk di bawa ke dunia. Maka Jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah dari Zabaniyah tetapi oleh kerana kepanasan yg keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa di sejukan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali kedalam sungai di syurga dan sebanyak 70 buah sungai. Selepas itu Jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakkan diatas sebuah bukit yang tinggi. Sejurus setelah diletakkan api tersebut, tiba-tiba bukit itu terus meleleh dan cair.Maka cepat-cepat malaikat Jibril mengambil semula api tersebut dan menghantar semula ke neraka. Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yang sering kita gunakan untuk pelbagai keperluan termasuk api gunung berapi dan sebagainya.

PENGAJARAN
Itulah api neraka. Kepanasan api neraka yang sebesar zarah yang terpaksa disejukan dalam 70 buah sungai dengan sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasannya bagaimana dengan api di neraka itu sendiri nanti.

“Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ada ampunan dari Allah serta keredhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu” (Al Hadid: 20)


Yang menolak kedatangan 2 peristiwa ini tidak mengapa. Teruskan dengan kehidupan kalian, yang masih beriman dan mempercayainya, persiapkanlah diri kita. 

Thursday, January 12, 2017

REZEKI - Bertambah kerana taat, berkurang kerana maksiat

Dari Abu Hurairah ra sesungguhnya Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tidak ada satu subuhpun yang dialami hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat. Salah satu di antara keduanya berdoa: “Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfaq”, sedangkan yang satu lagi berdo’a “Ya Allah, berilah kebinasaan bagi orang yang menahan (hartanya)” (HR Bukhary: 5/270)
“Jangan ada sesiapa yang duduk sahaja tidak mencari rezeki sedang dia berdoa: Ya Allah kurniakan aku rezeki. Kamu pun tahu langit tidak akan menurunkan hujan emas dan perak.” (Sayidina Umar)

Rezeki sebenar kita;
Apa sahaja yang kita makan sampai habis
Apa sahaja yang kita guna, pakai sampai lusuh
Apa sahaja yang kita sedekahkan

Anak Adam akan berkata, “Manusia berkata, “Hartaku-hartaku.” Beliau bersabda, “Wahai manusia, apakah benar engkau memiliki harta? Bukankah yang engkau makan akan lenyap begitu saja? Bukankah pakaian yang engkau kenakan juga akan usang? Bukankah yang engkau sedekahkan akan berlalu begitu saja?” (HR. Muslim no. 2958)

Imam Al-Hasan Al-Bashri juga menganjurkan istighfar (memohon ampun) kepada setiap orang yang mengadukan kepadanya tentang kegersangan, kefakiran, sedikitnya keturunan dan kekeringan kebun-kebun. Imam Al-Qurthubi menyebutkan dari Ibnu Shabih, bahwasanya ia berkata: “Ada seorang laki-laki mengadu kepada Al-Hasan Al-Bashri tentang kegersangan (bumi) maka beliau berkata kepadanya, ‘Ber-istighfar-lah kepada Allah! Yang lain mengadu kepadanya tentang kemiskinan maka beliau berkata kepadanya, ‘Ber-istighfar-lah kepada Allah! Yang lain lagi berkata kepadanya, ‘Do’akanlah (aku) kepada Allah, agar Ia memberiku anak! maka beliau mengatakan kepadanya, ‘Ber-istighfar-lah kepada Allah! Dan yang lain lagi mengadu kepadanya tentang kekeringan kebunnya maka beliau mengatakan (pula) kepadanya, ‘Ber-istighfar-lah kepada Allah!”. Dan kami menganjurkan demikian kepada orang yang mengalami hal yang sama. Dalam riwayat lain disebutkan: “Maka Ar-Rabi’ bin Shabih berkata kepadanya, ‘Banyak orang yang mengadukan macam-macam (perkara) dan Kamu memerintahkan mereka semua untuk ber-istighfar’. Maka Al-Hasan Al-Bashri menjawab, ‘Aku tidak mengatakan hal itu dari diriku sendiri. Tetapi sungguh Allah telah berfirman dalam surat Nuh, “Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai”. (Nuh 10-12).

Setiap kali kita timbul rasa kagum dengan pencapai peribadi, segera ingatkan diri dengan teguran Nabi SAW ini, “Boleh jadi rezeki kita kerana mereka” (HR Al-Tarmizi)
Allah Al- Razzaq, “Sesungguhnya Allah Dia lah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dia lah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya”. (Az-Zariyat: 58)

Allah tanggung rezeki, “Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan)”.(Hud: 6)

Carilah rezeki daripada Allah, “Sesungguhnya mereka yang kamu sembah yang lain dari Allah itu, tidak berkuasa memberi rezeki kepada kamu; oleh itu carilah rezeki dari sisi Allah, dan sembahlah akan Dia, serta bersyukurlah kepadaNya; (ingatlah), kepada Allah jualah kamu akan dikembalikan”. (Al-‘Ankabut: 17)

Allah boleh beri rezeki tanpa had, “Tiap-tiap kali Nabi Zakaria masuk untuk menemui Maryam di Mihrab, ia dapati rezeki (buah-buahanan yang luar biasa) di sisinya. Nabi Zakaria bertanya:" Wahai Maryam dari mana engkau dapati (buah-buahan) ini?" Maryam menjawab; "Ialah dari Allah, sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak dikira” (Ali’Imaran: 37)

Hak Allah hendak lapang atau sempitkan rezeki, “Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan menyempitkan (rezeki itu) baginya; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu”. (Al-‘Ankabut: 62)
Hikmah rezeki dihadkan, “Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Ia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata”. (Al-Syura: 27)

Allah ganti rezeki yang kita gunakan untuk kebaikan, “Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki”. (Saba’: 39)

Jaga solat diri dan ahli keluarga, Allah beri rezeki, “Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan solat, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.” (Taha: 132)

Rezeki sudah tersedia, hanya tunggu usaha, “Dan di langit pula terdapat (sebab-sebab) rezeki kamu, dan juga terdapat apa yang telah (ditakdirkan dan) dijanjikan kepada kamu”. (Az-Zariyat: 22)
“Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya)”. (Al-Mulk: 15)

Carilah rezeki yang halah lah baik sahaja, “Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman.”. (Al-Ma’idah: 88)

Guna rezeki jangan sampai merosakkan bumi, “(Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi" (Al-Baqarah: 60)
Siapa yang haling cari rezeki, “Katakanlah (wahai Muhammad): "Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya?" Katakanlah: "Semuanya itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang yang beriman (dan juga yang tidak beriman) dalam kehidupan dunia; (nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi orang-orang yang beriman sahaja) pada hari kiamat". Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi orang-orang yang (mahu) mengetahui.” (Al-A’raf: 32)

Memang Allah sengaja lebih-kurangkan rezeki antara hambaNya, “Dan Allah telah melebihkan sebahagian dari kamu atas sebahagian yang lain pada rezeki yang dikurniakanNya; dalam pada itu, orang-orang yang diberi kelebihan itu tidak mahu memberikan sebahagian dari kelebihan hartanya kepada hamba-hamba mereka, supaya orang-orang itu dapat sama mempunyai harta.” (Al-Nahl: 71)

Jangan takut rezeki untuk anak, “dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka;” (Al-An’am: 151)

3 strategi rezeki – usaha, ibadah dan syukur, “Sesungguhnya mereka yang kamu sembah yang lain dari Allah itu, tidak berkuasa memberi rezeki kepada kamu; oleh itu carilah rezeki dari sisi Allah, dan sembahlah akan Dia, serta bersyukurlah kepadaNya; (ingatlah), kepada Allah jualah kamu akan dikembalikan” (Al-‘Ankabut: 17)

Tiada siapa boleh beri bagi rezeki kalau Allah sekat, “Atau siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya? (Tidak ada sesiapapun), bahkan mereka (yang musyrik itu) kekal terus dalam keadaan sombong angkuh serta melarikan diri (dari kebenaran).” (Al-Mulk: 21)

Sedekahkan rezeki untuk akhirat, “Wahai orang-orang yang beriman! Sebarkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jual-beli padanya, dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula pertolongan syafaat.” (Al-Baqarah: 254)

Bertaubat, Allah bagi rezeki, “"Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu; Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya)”. (Nuh: 10-12)

Allah ajar kita berdoa minta rezeki, “Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian, dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripadamu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu); dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki” (Al-Ma’idah: 114)
Allah ingatkan tentang rezeki, "Siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi?" Terangkanlah jawabnya: "Ialah Allah;” (Saba’: 24)

Abu Umamah meriwayatan bahwa Rasulullah SAW pernah bersabda, "Sesungguhnya Ruhul Qudus (Jibril as) mewahyukan kepadaku, bahawa seorang manusia tak akan mati kecuali setelah ajalnya sempurna dan rezekinya terpenuhi, maka bertakwalah kepada Allah dan baguskanlah dalam mencari rezeki. Dan janganlah menyebabkan tertahannya rezeki kerana kemaksiatan yang kalian kerjakan. Kerana seseorang tidak akan memperoleh rezeki kecuali dengan ketaatan kepadaNya."

3 perkara yang boleh kita difahami dari hadis ini:
1. Seseorang tak akan mati sebelum seluruh jatah rezekinya habis.
Dari hadis di atas kita boleh memahami bahawa lamanya hidup seseorang akan berakhir jika ajalnya telah tiba dan rezeki yang sudah ditetapkan baginya juga habis, telah diterima semuanya. Apa yang telah ditakdirkan oleh Allah untuk diterimanya, akan diterima seluruhnya, dan kalau sudah diterima seluruhnya, baru dia"diperbolehkan" untuk mati. Jadi tak ada istilah "umur berlanjut rezeki terputus". Jadi tak perlu khuatir akan rezeki, kerana semua akan kita terima sampai tiba ajal menjemput. Jadi kematian sebenarnya tidak memutus rezeki, tetapi memang rezekinya sudah habis dan sudah diberikan semuanya, sehingga tinggal menghadap Allah untuk mempertanggung jawabkan rezeki yang telah diterimanya tersebut. Ada 2 perkara tentang rezeki (harta) yang akan ditanyakan pada kita di akhirat nanti, sumbernya dan pemanfaatannya. Darimana harta itu diperoleh dan kemana dibelanjakan?

2. Sempurnakan ikhtiar
Allah sudah menetapkan rezeki seorang hamba dan berjanji akan menurunkan semua rezeki yang sudah ditetapkan itu. Rezeki seseorang tak mungkin tersasar, seperti rezeki kita tak mungkin diambil oleh orang lain, demikian juga rezeki saya pasti akan orang lain terima dan tak mungkin lari ke tangan kita, para pembaca....., kerana rezeki tahu pasti di mana letak keberadaan kita. Kalau rezeki kita sudah ditentukan, bolehkah bersantai dan bersenang-senang sambil menunggu rezeki datang? Tentu tidak! Dari hadis di atas kita diperintahkan untuk mencari rezeki dengan sebaik-baiknya. Jangan asal mudah, yang penting rezekinya dapat sehingga sudah tidak perduli pada caranya. Halal dan haram sudah tak penting lagi. Cenderung hanya hasil, kuantiti, bukan kualiti rezeki yang diperolehnya. (baca: efek rezeki haram). Yang mana yang dimaksud rezeki yang berkualiti? Yaitu rezeki yang berkah. Bagaimana bentuk rezeki yang berkah itu, silakan baca di sini. Jadi kewajiban seorang hamba hanyalah bertakwa dan menyempurnakan ikhtiarnya. Rezeki yang menjadi milik kita bagaimana pun pasti akan diterima kerana sudah ditentukan dan dijanjikan oleh Allah, tapi apa manfaatnya bagi kita jika kita tidak bertakwa dan menyempurnakan ikhtiar? Kerana bertakwa dan menyempurnakan ikhtiar inilah yang akan menentukan nilai kita, menentukan nilai rezeki kita di akhirat nanti. Kita diberi rezeki banyak, tapi rezeki itu dimanfaatkan untuk bermaksiat di jalan Allah, maka rezeki kita meski banyak dari segi jumlah tapi kualiti (nilainya) tidak ada. Sementara nilai inilah yang kita kejar, berharap boleh menjadi pemberat amalan kita di hari dimana hanya amal yang akan menyelamatkan kita dari neraka.
3. Rezeki tertahan kerana maksiat.

Tertahannya rezeki dapat terjadi kerana kemaksiatan yang dilakukan oleh si hamba, dan lancarnya rezeki terjadi kerana kita melakukan ketaatan dan amal soleh. Jadi halatuju tidaknya, atau lancar tidaknya rezeki, antara lain berhubungan dengan "perilaku" seseorang. Boleh saja seseorang rezeki miliknya belum dapat dinikmati kerana dirinya tidak semudahnya diri untuk menerima rezeki tersebut. Rezekinya tertahan kerana hidupnya dihiasi maksiat. (baca: 10 dosa besar penghalang rezeki). Belum lagi jika perilakunya mencari rezeki dengan jalan yang haram. Konsekuensi rezeki haram pasti mengikutinya. Kemaksiatan merupakan sesuatu yang sangat besar spektrumnya. Pada saat kita yakin bahwa ubat dan doktorlah yang menyembuhkan kita, secara tidak sedar kita telah syirik pada Allah SWT kerana telah menduakanNya. Pada saat kita lebih percaya pada gaji tetap dan pekerjaan tetap sebagai sumber rezeki daripada jaminan Allah SWT sebagai satu-satunya pemberi rezeki, kita sedang bermaksiat padaNya. Hal seperti ini mungkin tidak kita sedari atau sudah dianggap "biasa". Padahal memudahkan kemaksiatan-kemaksiatan kecil jadi pemberat dosa kita di akhirat nanti. (baca: Ini dia 3 alasan mengapa rezeki kita susah). Jika kemaksiatan menghalangi rezeki, maka hanya ketaatan kepada Allah SWT yang boleh melancarkannya kembali. Apa yang dimaksud taat? Menaati apa yang diperintahkanNya dan menjauhi apa yang dilarangNya. Dan itu harus dilakukan bersamaan. Jangan sampai kita hanya menaati apa yang diperintahkan Allah, tapi kita tetap mengerjakan apa yang dilarangNya. Atau kita hanya mengerjakan seperuh saja, separuh yang lainnya kita langgar. (baca: 3 hal terdahsyat penarik rezeki). Tapi ada ahli maksiat tapi rezekinya lancar-lancar saja? Ulasannya boleh dibaca di sini. Wallahu alam..

Wednesday, January 11, 2017

STOK BEKALAN DARAH SEMASA PUSAT DARAH NEGARA 7JANUARI 2017




Stok darah kumpulan A, B dan AB adalah rendah dan bagi menaikkan BEKALAN DARAH SEMASA, sila tampil menderma darah hari ini. Bayangkan anda berada di situasi pesakit yang memerlukan.

Layari www.pdn.gov.my untuk Jadual Derma Darah
PDN JLN TUN RAZAK dibuka Isnin-Ahad
Donation suite midvalley 10pg hingga 9mlm setiap hari atau ke Tabung Darah Hospital Negeri

KESIHATAN JANTUNG
Menderma darah meningkatkan tahap kesihatan secara keseluruhan terutama untuk kardiovaskular anda. Penambahan tahap zat besi dalam darah akan meningkatkan kebarangkalian penyakit jantung. Menderma darah membantu mengurangkan jumlah besi dalam darah. Ia boleh mengurangkan risiko serangan jantung sebanyak 88%. Selain itu, penderma yang kerap boleh mengurangkan risiko kardiovaskular yang teruk seperti strok sebanyak 33%.

MENINGKATKAN PENGELUARAN SEL DARAH
Apabila darah berkurangan, badan penderma akan segera menggantikan darah yang hilang. Sel-sel baru yang dihasilkan oleh sumsum dalam tempoh 48 jam selepas menderma. Kesemua sel-sel darah merah yang hilang semasa menderma digantikan sepenuhnya dalam tempoh satu hingga dua bulan. Oleh itu, menderma darah membantu untuk merangsang pengeluaran sel-sel darah baru. Proses ini boleh membantu badan anda untuk kekal sihat dan bekerja dengan lebih cekap.

MEMBAKAR KALORI
Menderma darah secara tetap juga boleh meningkatkan kecergasan. Menderma satu pain darah (450 ml) akan membakar 650 kalori dalam badan.

MENINGKATKAN KESEJAHTERAAN WARGA EMAS
Ramai orang tua yang sihat telah dilaporkan merasa cergas dan bertenaga apabila menderma darah secara tetap.

MENGURANGKAN RISIKO KANSER
Derma darah juga membantu mengurangkan risiko kanser. Menurut Miller-Keystone Blood Center, menderma darah secara konsisten dikaitkan dengan penurunan risiko kanser, termasuk hati, paru-paru, kolon, perut dan kanser tekak. Tahap risiko yang berkurangan berkait dengan menderma berapa kerap kita menderma.

SARINGAN KESIHATAN PERCUMA
Di samping itu, penderma mendapat pemeriksaan kesihatan percuma serta ujian darah. Ujian tahap HB, tekanan darah dan pemeriksaan badan dilakukan. Darah juga diuji untuk beberapa penyakit utama dan penderma akan dimaklumkan jika mana-mana ujian ini menunjukkan hasil yang positif.

MENYELAMATKAN NYAWA
Dengan menderma darah, banyak nyawa akan diselamatkan. Penderma darah memberi pesakit seperti harapan kepada kehidupan.

MEMBAWA KEBAHAGIAAN

Apabila anda menderma darah, anda bukan sahaja memberi kesan kepada pesakit yang bergantung hidup atas sumbangan anda. Ia juga anugerah kepada mereka keluarga dan mereka yang terdekat kepada pesakit tersebut. Seluruh masyarakat akan mendapat manfaat daripada kemurahan hati penderma darah.

Saturday, January 7, 2017

AMALAN SUNNAH RASULULLAH SAW

1. PANDANGAN MATA
Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk.

2 MAKAN GARAM
Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.

3. MINUM TANGAN KANAN
Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.

4. SESAAT DI JALAN ALLAH
Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat"

5. LANGKAH KANAN
Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.

6. MAKAN TIGA JARI
Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk dan hantu. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.

7. JAMINAN ALLAH
3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.

8. GUNTING BULU
Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.

9. JANGAN BERSIUL
Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.

10. CARA POTONG KUKU TANGAN
Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.

11. CARA POTONG KUKU KAKI
Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.

12. PANJANG LENGAN BAJU
Panjang lengan baju Rasulullah SAW adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.

13. PAKAIAN KESUKAAN
Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.

14. BERSIWAK
Jika didahului dengan bersiwak (bersugi), satu kali anda bertasbih maka Allah hitung 70 kali bertasbih. Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat.

15. DOA DALAM SUJUD
Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.

16. ADAB DI TANDAS
Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.

17. ADAB MAKAN
Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.

18. TIGA JENIS ORANG
3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh Allah SWT pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta, orang miskin yang sombong.

19. PAKAI MINYAK WANGI
Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja.

20. AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR
Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.

21. CINCIN PERAK
Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.

22. SOLAT FARDHU DI MASJID
Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.

23. PAKAI CELAK
Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.

24. PANJANG PAKAIAN
Panjang pakaian , jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali .
25. SOLAT FARDHU BERJEMAAH
Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah. Jika anda waras dan sempurna akal, di manakah anda akan solat?

26. MENGUAP
Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.

27. MENYIMPAN JANGGUT
Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.

28. JANGAN MENGHADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR
Jangan menghadap / membelakang Kiblat ketika buang air kecil / besar. Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun kalau terpaksa.

29. WARNA PAKAIAN RASULULLAH
Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana Rasulullah SAW menyukai pakaian berwarna putih.

30. POSISI TIDUR
Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.

31. MINUM LEPAS MAKAN
Lepas makan nasi jangan terus minum. Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.

32. TIDUR SEBELUM ZOHOR
Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.

33. BERDIRI HORMAT
Rasulullah SAW membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majlis.

34. PAKAIAN BERWARNA
Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu / Buddha khususnya bagi lelaki.

35. MAKAN DENGAN ORANG MISKIN
Rasulullah SAW suka memberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.

36. MENU RASULULLAH
Rasulullah SAW membuka menu sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.

37. PEMBERIAN YANG TIDAK BOLEH DITOLAK
Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu.

38. KETAWA RASULULLAH
Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.

39. MINUMAN RASULULLAH
Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah minuman yang manis dan dingin.

40. HISAP AIR DALAM HIDUNG
Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.

41. BERI MAKAN ANAK YATIM
Nabi SAW suka memberi makan anak yatim. Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.

42. LARANGAN PAKAI CINCIN
Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.

43. BANGUN TIDUR
Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.

44. KONGSI MAKANAN
Jangan kedekut berkongsi makanan. Nabi SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.

45. 4 RAKAAT SEBELUM ZOHOR
Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.

46. ISTIGHFAR
Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.

47. JANGAN MENCACI MAKANAN
Jangan mencaci makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak suka biarkan sahaja.

48. APABILA BERTAMU
Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.

49. JAWAB SALAM DALAM TANDAS
Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam. Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.

50. MAKANAN PANAS
Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.

51. GILIRAN MINUM
Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.

52. 3 AMAL
Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15 hb Hijrah), solat Dhuha dan solat sunat Witir.

53. JANGAN TIDUR MENIARAP
Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.

54. CARA PEGANG MISWAK
Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.

55. DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH
Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya....

Tuesday, December 6, 2016

Kisah Iblis Terpaksa Bertemu Rasulullah

Dari Muadz bin Jabal, dari Ibn Abbas, Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Ansar, tiba-tiba terdengar panggilan seseorang dari luar rumah, "Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan memerlukanku."
Rasulullah SAW bersabda, "Tahukah kalian siapa yang memanggil?"
Kami menjawab, "Allah dan RasulNya yang lebih tahu."
Beliau melanjutkan, "Itu iblis, laknat Allah bersamanya."
Umar bin Khattab berkata, "Izinkan aku membunuhnya wahai Rasulullah"
Rasulullah SAW menahannya seraya bersabda, "Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahwa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat? Lebih baik bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan untuk ini, fahamilah apa yang hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik."
Ibnu Abbas r.a berkata, Pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang tua yang cacat satu matanya. Di janggutnya terdapat 7 helai rambut seperti rambut kuda, taringnya terlihat seperti taring babi, bibirnya seperti bibir sapi. Iblis berkata, "Salam untukmu Muhammad.... Salam untukmu para hadirin..."
Rasulullah SAW lalu menjawab, "Salam hanya milik Allah SWT, sebagai mahluk terlaknat, apa keperluanmu?"
Iblis menjawab, "Wahai Muhammad, aku datang ke sini bukan atas kemahuanku, namun kerana terpaksa."
"Siapa yang memaksamu?"
"Seorang malaikat utusan Allah mendatangiku dan berkata, 'Allah SWT memerintahkanmu untuk mendatangi Muhammad sambil menundukkan diri. Beritahu Muhammad tentang caramu dalam menggoda manusia. Jawablah dengan jujur semua pertanyaannya. Demi kebesaran Allah, andai kau berdusta satu kali saja, maka Allah akan jadikan dirimu debu yang ditiup angin.' Oleh kerana itu aku sekarang mendatangimu. Tanyalah apa yang hendak kau tanyakan. Jika aku berdusta, aku akan dicaci oleh setiap musuhku. Tidak ada sesuatu pun yang paling besar menimpaku daripada cacian musuh."

Orang yang dibenci iblis
Rasulullah SAW lalu bertanya kepada Iblis, "Kalau kau benar jujur, siapakah manusia yang paling kau benci?"
Iblis segera menjawab, "Kamu, kamu dan orang sepertimu adalah mahkluk Allah yang paling aku benci."
"Siapa selanjutnya?"
"Pemuda yang bertakwa yang memberikan dirinya mengabdi kepada Allah SWT."
"Lalu siapa lagi?"
"Orang alim dan warak."
" Lalu siapa lagi?"
"Orang yang selalu bersuci."
"Siapa lagi?"
"Seorang fakir yang sabar dan tak pernah mengeluhkan kesulitannnya kepada orang lain."
"Apa tanda kesabarannya?"
" Wahai Muhammad, jika ia tidak mengeluhkan kesulitannya kepada orang lain selama 3 hari, Allah akan memberi pahala orang - orang yang sabar."
"Selanjutnya apa?"
"Orang kaya yang bersyukur."
"Apa tanda kesyukurannya?"
"Ia mengambil kekayaannya dari tempatnya, dan mengeluarkannya juga dari tempatnya ."
"Orang seperti apa Abu Bakar menurutmu?"
"Ia tidak pernah menurutiku di masa jahiliyah, apalagi dalam Islam."
"Umar bin Khattab?"
"Demi Allah setiap berjumpa dengannya aku pasti lari."
"Usman bin Affan?"
"Aku malu kepada orang yang malaikat pun malu kepadanya."
"Ali bin Abi Thalib?"
"Aku berharap darinya agar kepalaku selamat, dan berharap ia melepaskanku dan aku melepaskannya. Tetapi ia tak akan mahu melakukan itu." (Ali bin Abi Thalib selalu berzikir terhadap Allah SWT)

Amalan yang dapat menyakiti iblis
Rasulullah SAW bertanya, "Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku yang hendak solat?"
Lalu iblis menjawab, "Aku merasa panas dingin dan gementar."
"Kenapa?"
"Sebab, setiap seorang hamba bersujud 1 kali kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 darjat."
"Jika seorang umatku berpuasa?"
"Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka."
"Jika ia berhaji?"
"Aku seperti orang gila."
"Jika ia membaca al-Quran?"
"Aku merasa meleleh laksana timah di atas api."
"Jika ia bersedekah?"
"Itu sama saja orang tersebut membelah tubuhku dengan gergaji."
"Mengapa jadi begitu?"
"Sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya... Iaitu keberkahan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau dari dirinya."
"Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?"
"Suara kuda perang di jalan Allah."
"Apa yang dapat melelehkan tubuhmu?"
"Taubat orang yang bertaubat."
"Apa yang dapat membakar hatimu?"
"Istighfar di waktu siang dan malam."
"Apa yang dapat mencoreng wajahmu?"
"Sedekah yang diam - diam."
"Apa yang dapat menusuk matamu?"
"Solat fajar."
"Apa yang dapat memukul kepalamu?"
"Solat berjamaah."
"Apa yang paling mengganggumu?"
"Majlis para ulama."
"Bagaimana cara makanmu?"
"Dengan tangan kiri dan jariku."
"Dimanakah kau menaungi anak-anakmu di musim panas?"
"Di bawah kuku manusia."

Manusia yang menjadi teman iblis
Rasulullah SAW lalu bertanya, "Siapa temanmu wahai iblis?"
"Pemakan riba."
"Siapa sahabatmu?"
"Penzina."
"Siapa teman tidurmu?"
"Pemabuk.."
"Siapa tamumu?"
"Pencuri."
"Siapa utusanmu?"
"Tukang sihir."
"Apa yang membuatmu gembira?"
"Bersumpah dengan cerai."
"Siapa kekasihmu?"
"Orang yang meninggalkan solat Jumaat"
"Siapa manusia yang paling membahagiakanmu?"
"Orang yang meninggalkan solatnya dengan sengaja."

Iblis tidak berdaya di hadapan orang yang ikhlas
Rasulullah SAW lalu bersabda, "Segala puji bagi Allah yang telah membahagiakan umatku dan menyengsarakanmu."
Iblis segera menimpali, "Tidak, tidak.. Tak akan ada kebahagiaan selama aku hidup hingga hari akhir. Bagaimana kau boleh berbahagia dengan umatmu, sementara aku boleh masuk ke dalam aliran darah mereka dan mereka tak boleh melihatku. Demi yang menciptakan diriku dan memberikanku kesempatan hingga hari akhir, aku akan menyesatkan mereka semua. Baik yang bodoh, atau yang pintar, yang boleh membaca dan tidak boleh membaca, yang durjana dan yang soleh, kecuali hamba Allah yang ikhlas."
"Siapa orang yang ikhlas menurutmu ?"
"Tidakkah kau tahu wahai Muhammad, bahawa barang siapa yang menyukai emas dan perak, ia bukan orang yang ikhlas. Jika kau lihat seseorang yang tidak menyukai dinar dan dirham, tidak suka pujian dan sanjungan, aku boleh pastikan bahawa ia orang yang ikhlas, maka aku meninggalkannya. Selama seorang hamba masih menyukai harta dan sanjungan dan hatinya selalu terikat dengan kesenangan dunia, ia sangat patuh padaku."

Iblis dibantu oleh 70000 anak-anaknya
Iblis berkata, "Tahukah kamu Muhammad, bahawa aku mempunyai 70000 anak.. Dan setiap anak memiliki 70000 syaitan. Sebahagian ada yang aku tugaskan untuk mengganggu ulama. Sebahagian untuk menggangu anak-anak muda, sebahagian untuk menganggu orang-orang tua, sebahagian untuk menggangu wanita-wanita tua, sebahagian anak-anakku juga aku tugaskan kepada para Zahid.

Aku punya anak yang suka mengencingi telinga manusia sehingga ia tidur pada solat berjamaah. Tanpanya, manusia tidak akan mengantuk pada waktu solat berjamaah.

Aku punya anak yang suka menaburkan sesuatu di mata orang yang sedang mendengarkan ceramah ulama hingga mereka tertidur dan pahalanya terhapus.

Aku punya anak yang senang berada di lidah manusia, jika seseorang melakukan kebajikan lalu ia khabarkan kepada manusia, maka 99% pahalanya akan terhapus.

Pada setiap seorang wanita yang berjalan, anakku dan syaitan duduk di pinggul dan pahanya, lalu menghiasinya agar setiap orang memandanginya.

Syaitan juga berkata, 'Keluarkan tanganmu', lalu ia mengeluarkan tangannya lalu syaitan pun menghiasi kukunya.

Mereka, anak-anakku selalu meyusup dan berubah dari satu tempat ke tempat lainnya, dari satu pintu ke pintu yang lainnya untuk menggoda manusia hingga mereka terhempas dari keikhlasan mereka. Akhirnya mereka menyembah Allah tanpa ikhlas, namun mereka tidak merasa."

Iblis menambah, "Tahukah kamu, Muhammad, bahawa ada rahib yang telah beribadat kepada Allah selama 70 tahun. Setiap orang sakit yang didoakan olehnya, sembuh seketika. Aku terus menggodanya hingga ia berzina, membunuh dan kufur."

Cara iblis menggoda
Iblis berkata, "Tahukah kau Muhammad, dusta berasal dari diriku? Akulah makhluk pertama yang berdusta. Pendusta adalah sahabatku. Barangsiapa bersumpah dengan berdusta, ia kekasihku.

Tahukah kau Muhammad, aku bersumpah kepada Adam dan Hawa dengan nama Allah bahawa aku benar-benar menasihatinya. Sumpah dusta adalah kegemaranku.

Ghibah (gosip) dan Namimah (adu domba) kesenanganku. Kesaksian palsu kegembiraanku.

Orang yang bersumpah untuk menceraikan isterinya ia berada di pinggir dosa walau hanya sekali dan walaupun ia benar. Sebab barang siapa membiasakan dengan kata-kata cerai, isterinya menjadi haram baginya. Kemudian ia akan beranak cucu hingga hari kiamat. Jadi semua anak-anak zina dan ia masuk neraka hanya kerana satu kalimat 'cerai'.

Wahai Muhammad, umatmu ada yang suka lalai semasa solat. Setiap ia hendak berdiri untuk solat, aku bisikan padanya waktu masih lama, kamu masih sibuk, lalu ia manundanya hingga ia melaksanakan solat di luar waktu, maka solat itu dipukulkannya kemukanya.

Jika ia berhasil mengalahkanku, aku biarkan ia solat. Namun aku bisikkan ke telinganya 'lihat kiri dan kananmu'. Dia pun menoleh. Pada masa itu aku usap dengan tanganku dan kucium keningnya serta aku katakan 'solatmu tidak sah'. Bukankah kamu tahu Muhammad, orang yang banyak menoleh dalam solatnya akan dipukul.

Jika ia solat sendirian, aku suruh dia untuk bergegas. Dia pun solat seperti ayam yang mematuk beras. Jika dia berhasil mengalahkanku dan dia solat berjamaah, aku ikat lehernya dengan tali, hingga dia mengangkat kepalanya sebelum imam, atau meletakkannya sebelum imam. Kamu tahu bahawa melakukan itu batal solatnya dan wajahnya akan dirubah menjadi wajah keldai.

Jika dia berhasil mengalahkanku, aku tiup hidungnya hingga dia menguap dalam solat. Jika ia tidak menutup mulutnya ketika menguap, syaitan akan masuk ke dalam dirinya, dan membuatnya menjadi bertambah serakah dan gila dunia. Dan diapun semakin taat padaku.

Kebahagiaan apa untukmu, sedang aku memerintahkan orang miskin agar meninggalkan solat. Aku katakan padanya, 'kamu tidak wajib solat, solat hanya wajib untuk orang yang berkemampuan dan sihat. Orang sakit dan miskin tidak, jika kehidupanmu telah berubah baru kau solat.' Dia pun mati dalam kekafiran. Jika dia mati sambil meninggalkan solat maka Allah akan menemuinya dalam kemurkaan.

Wahai Muhammad, jika aku berdusta Allah akan menjadikanku debu.

Wahai Muhammad, apakah kau akan bergembira dengan umatmu padahal aku mengeluarkan seperenam mereka dari islam?"

10 permintaan iblis kepada Allah SWT
Rasulullah SAW bertanya kepada iblis, "Berapa yang kau pinta dari Tuhanmu?"
Jawab iblis, "10 macam."
Lalu Rasulullah SAW bertanya lagi, "Apa saja?"

Lalu iblis menjawab, "Aku minta agar Allah membiarkanku berbagi dalam harta dan anak manusia, Allah mengizinkan. Allah berfirman, "Berbagilah dengan manusia dalam harta dan anak. Dan janjikanlah mereka, tidaklah janji syaitan kecuali tipuan." (Al-Isra: 64)

Harta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya. Aku juga makan dari makanan haram dan yang bercampur dengan riba, aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan nama Allah.

Aku minta agar Allah membiarkanku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan isterinya tanpa berlindung dengan Allah, maka syaitan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada syaitan.
Aku minta agar boleh ikut bersama dengan orang yang menaiki kenderaan bukan untuk tujuan yang halal.
Aku minta agar Allah menjadikan bilik mandi sebagai rumahku.
Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai masjidku.
Aku minta agar Allah menjadikan syair sebagai Quranku.
Aku minta agar Allah menjadikan pemabuk sebagai teman tidurku.
Aku minta agar Allah memberikanku saudara , maka Ia jadikan orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku. Allah berfirman, "Orang-orang boros adalah saudara-saudara syaitan." (Al-Isra: 27)

Wahai Muhammad, aku minta agar Allah membuatku boleh melihat manusia sementara mereka tidak boleh melihatku.
Dan aku minta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia.
Allah menjawab, "Silakan", aku bangga dengan hal itu hingga hari kiamat. Sebahagian besar manusia bersamaku di hari kiamat."
Iblis berkata, "Wahai muhammad, aku tak boleh menyesatkan orang sedikitpun, aku hanya boleh membisikan dan menggoda. Jika aku boleh menyesatkan, tak akan tersisa seorangpun. Sebagaimana dirimu, kamu tidak boleh memberi hidayah sedikitpun, engkau hanya rasul yang menyampaikan amanah. Jika kau boleh memberi hidayah, tak akan ada seorang kafir pun di muka bumi ini. Kau hanya boleh menjadi penyebab untuk orang yang telah ditentukan sengsara. Orang yang bahagia adalah orang yang telah ditulis bahagia sejak di perut ibunya, dan orang yang sengsara adalah orang yang telah ditulis sengsara semenjak dalam kandungan ibunya."

Rasulullah SAW lalu membaca ayat, "Mereka akan terus berselisih kecuali orang yang dirahmati oleh Allah SWT." (Hud: 118 - 119)

Juga membaca, "Sesungguhnya ketentuan Allah pasti berlaku" (Al-Ahzab: 38)


Iblis lalu berkata, "Wahai Rasulullah, takdir telah ditentukan dan pena takdir telah kering. Maha Suci Allah yang menjadikanmu pemimpin para nabi dan rasul, pemimpin penduduk syurga, dan yang telah menjadikan aku pemimpin makhluk-makhluk celaka dan pemimpin penduduk neraka. aku si celaka yang terusir, ini akhir yang ingin aku sampaikan kepadamu. Dan aku tak berbohong."

Monday, October 10, 2016

50 Tanda-tanda Orang Munafiq Menurut Al-Qur’an & Sunnah

1. Malas Beribadah Kepada Allah SWT
Konsep malas beribadah mencakupi apabila seseorang malas mengerjakan solat, segan untuk menempatkan diri di saf pertama,enggan mencari ilmu pengetahuan dan berat melangkah untuk menghadiri majlis kebajikan. Pada zaman Rasulullah SAW orang-orang munafiq sama-sama mengerjakan solat bersama baginda tetapi mereka malas dan tidak menampakkan kesungguhan. Firman Allah SWT: “Sesungguhnya orang-orang munafiq itu menipu Allah SWT,sedang Allah SWT menipu mereka(membalas tipuan mereka).Apabila mereka berdiri hendak solat,mereka berdiri dengan malas serta riak terhadap manusia dan mereka tiada mengingati Allah SWT,melainkan hanya sedikit.” (An-Nisa 142) Orang Munafiq jika dating ke masjid, dia akan memilih saf paling akhir sehingga tidak mengetahui apa yang dibaca oleh imam dalam solat dan tidak menghayati pengajarannya.
2. Lupa Kepada Allah SWT
Orang munafiq memiliki sifat kemunafiqan dalam fikiran dan batin mereka tidak pernah terlintas untuk mengingati Allah SWT baik ketika senang atau susah. Firman Allah SWT: “Mereka telah dikuasai oleh syaitan, lalu lupa mengingati Allah SWT Mereka itulah golongan (pengikut) syaitan. Ingatlah bahawa pengikut syaitan itu orang yang rugi.” (Al-Mujadalah:19)

3. Melalaikan Solat Fardu
Melalaikan solat fardu bermaksud sengaja melengahkan atau melambatkan mengerjakan solat sehingga habis waktunya.Perkara ini akan mendapat ancaman dan seksaan Allah SWT di akhirat kelak. Firman Allah SWT: “Kemudian sepeninggalan mereka digantikan oleh pengganti-pengganti jahat, mereka mensia-siakan solat dan mengikut hawa nafsu, sebab itu mereka menemui kejahatan (seksa) Allah SWT” (Maryam:59). Firman Allah SWT: “Maka celakalah (azab) bagi orang-orang yang solat, mereka itu lalai daripada solat, mereka itu lalai daripada solatnya, lagi mereka itu riak dan enggan memberi zakat (Al-Ma’un:47). Firman Allah SWT: “Hai orang-orang beriman, janganlah kamu lalai kerana harta benda dan anak-anakmu daripada mengingati Allah SWT (solat). Barangsiapa berbuat demikian itu,maka orang yang rugi.” (Al-Munafiqun:9) Sa’ad bin Abi Waqqas mengatakan: “Aku bertanya kepada Rasulullah SAW tentang orang yang lalaikan solatnya,maka baginda bersabda’Maksudnya orang yang melambatnya’ (HR.Tirmizi). Dalam Hadith lain Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang mahu menjaga solatnya, maka adalah ia menjadi cahaya dan tanda bukti serta dapat menyelamatkan baginya pada hari kiamat nanti, sedangkan orang yang tidak mahu menjaga solatnya, dia tidak mempunyai cahaya dan tanda bukti serta penyelamat di hari kiamat nanti, bahkan ia kelak akan berkumpul dengan Firaun, Qarun, Haman, Ubaiy bin khalaf.” (HR.Ahmad dan Tabrani)

4. Mempercepatkan Mengerjakan Solat
Orang yang mempercepatkan solatnya tanpa rasa khusyuk dan lupakan Allah SWT, maka solatnya tidak diterima Allah SWT. Itulah solat orang-orang munafiq. Rasulullah SAW bersabda: “Itulah solat orang munafiq, lalu mempercepatkan empat rakaat” (HR.Muslim). Sabda Rasulullah SAW: “Pencuri yang utama itu ialah orang yang mencuri dalam solatnya. Lalu ada yang bertanya:”bagaimana caranya mencuri dalam solat?’Baginda bersabda:”Itulah orang yang tidak menyempurnakan rukuk, sujud, dan bacaan di dalam soaltnya.” (HR.Ahmad dan Hakim)

5. Gemar Meninggalkan Solat Berjemaah
Seseorang yang sihat daripada segi fizikal dan jasmani, mempunyai waktu lapang dan tidak uzur syari’i, tetapi tidak mahu mendatangi masjid ketika mendengar seruan azan, maka dia tergolong orang munafiq. Sabda Rasulullah SAW: “Tidak ada yang akan meninggalkan solat berjemaah, kecuali orang munafiq yang sudah diketahui kemunafikannya.” (HR.Muslim)

6. Meninggalkan Solat Jumaat
Dalam islam solat Jumaat adalah wajib maka barangsiapa yang meninggalkannya dengan sengaja tanpa ada sebarang keuzuran yang dibolehkan syarak adalah termasuk meninggalkan kewajipan yang bererti ia telah berbuat dosa dan tergolong orang yang munafiq. Rasulullah SAW Bersabda: “Barangsiapa meninggalkan solat jumaat tanpa ada halangan atau bahaya, maka ia menjadi orang munafik dalam sebuah catatan yang tidak akan dihapuskan dan tidak akan ditukar.” (HR.Abu Dauh dan Nasa’i). Rasulullah SAW bersabda: “Sungguh berhentilah orang-orang daripada perbuatan mereka meninggalkan jemaah jumaat atau sungguh Allah SWT akan mematri hati mereka, kemudian mereka menjadi (munafik) yang lalai.” (HR.Muslim).

7. Melakukan Dosa dan Kemungkaran Secara Sembunyi.
Orang yang berpura-pura melakukan kebaikan di tengah-tengah orang ramai dan gemar melakukan perbuatan maksiad atau kemungkaran secara tersembunyi adalah orang-orang munafik yang amat dibencikan Allah SWT. Firman Allah SWT: “Mereka menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada manusia, dalam pada itu mereka tidak menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada Allah. Sedangkan ia beserta mereka itu ketika mereka menyembunyikan dalam hatinya perkataan yang tidak disukai Allah SWT. Allah meliputi (pengetahuan-Nya) apa-apa yang mereka kerjakan. (An-Nisa’:108)

8. Menyuruh Yang Mungkar Dan Melarang Yang Makruf.
Orang-orang munafik inginkan segala perbuatan keji dan mungkar disebarkan di kalangan orang-orang beriman. Mereka menyuruh orang beriman berbuat mungkar dan melarang melakukan perkara yang makruf dengan tujuan untuk melemahkan kebenaran dan kemurnian ajaran Islam. Firman Allah SWT: “Orang-orang munafik lelaki dan wanita, sesetengahnya serupa dengan yang lain. Mereka menyuruh (berbuat) yang mungkar dan melarang berbuat makruf dan menggengam tangannya (bakhil). Mereka lupakan Allah SWT lalu Allah SWT melupakan mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu adalah orang fasik.” (Al-Taubah: 67)

9. Menyembunyikan Ilmu Pengetahuan.
Maksud menyembunyikan ilmu pengetahuan ialah orang-orang yang memiliki ilmu apabila ditanya orang lain sedangkan dia mengerti persoalan yang ditanyakan tetapi tidak menjelaskannya. Perbuatan ini akan menghalang kemajuan umat islam dalam segala bidang dan juga dapat menutup kebenaran. Firman Allah SWT: “Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa-apa yang Kami turunkan di antara beberapa keterangan dan petunjuk setelah Kami terangkan kepada manusia dalam kitab, nescaya mereka itu dikutuk Allah SWT dan dikutuk oleh orang-orang yang mengutuknya.’ (Al-Baqarah: 159). Firman Allah SWT: “Ingatlah ketika Allah SWT mengambil janji orang-orang ahli kitab:”Hendaklah kamu terangkan kitab kepada manusia dan janganlah kamu sembunyikannya, lalu mereka lemparkan perjanjian itu di belakang punggungnya (tidak tepati) dan mereka jual perjanjian itu dengan wang yang sedikit. Maka amat jahat apa yang mereka jual itu.” (Ali-Imran: 187) Rasulullah SAW bersabda: “Daripada Abi Hurairah bahawa Rasulullah SAW. bersabda: “Barangsiapa ditanya sesuatu ilmu lalu dia menyembunyikannya, maka di hari kiamat nanti dia akan dikendalikan dengan kendali api neraka.” (HR. Ata’) Rasulullah SAW bersabda: “Daripada Ibnu Umar bahawa Nabi SAW bersabda: ‘Barangsiapa menuntut ilmu sedang ia tidak mahu mengamalkannya, nescaya ilmunya tidak akan bertambah melainkan kesombongan belaka.” (HR.Tirmizi dan Ibnu Majah)

10. Mengamalkan Riak.
Riak adalah perbuatan orang munafik yang tersembunyi didalam hati, perasaan dan peribadi dengan niat dan tujuan tertentu. Menutut Imam Al Ghazali, riak adalah mencari kedudukan pada hati manusia dengan memperlihatkan perkara-perkara kebajikan. Saidina Ali bin Abi Talib Karramallah Wajhah berkata orang yang bersifat riak itu ada tiga tanda, iaitu malas apabila bersendirian, rajin apabila berada dikhalayak ramai dan ia menambah amal apabila dipuji dan dikurangkan apabila dicela. Dalam islam perbuatan riak tergolong syirik kecil, merosakkan amal kebajikan, meluntur kemurnian akhlak dan mendapat kemurkaan dan azab Allah SWT Firman Allah SWT: “Maka celakalah(azab)bagi orang yang solat,yang mereka itu lalai daripada solatnya,lagi mereka itu riak.” Firman Allah SWT: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu batalkan sedekahmu dengan mencerca dan menyakiti seperti orang menafkahkan hartanya kepada riak kepada manusia.” (Al-Baqarah: 264). Rasulullah SAW bersabda: “Suatu yang paling aku khuatirkan kamu ialah syirik kecil, lalu ditanya oleh sahabat.”Apakah syirik kecil itu ya Rasulullah SAW?” Kemudian baginda SAW bersabda: “Iaitu riak.”” (HR Ahmad dan Baihaqi). Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya orang yang berbuat riak akan dipanggil pada hari kiamat.’Hai orang yang zalim, Hai orang yang menyeleweng, Hai orang yang berbuat riak, amalanmu sesat dan pahalamu sia-sia. Pergilah, maka ambillah pahalamu daripada orang yang kamu berbuat amal baginya.” (H .Ibnu Abid Dunya)

11. Hasad Dengki
Hasad dengki merupakan suatu wabak yang berbahaya yang ada dalam diri seseorang jika tidak dibendung atau dijaga secara wajarnya. Hasad dengki dapat diertikan sebagai suatu sikap tidak senang atas kenikmatan, kesenangan atau kelebihan yang ada pada orang lain dan berusaha untuk menghilangkan kenikmatan itu agar dapat memilikinya. Dengan demikian sifad hasad dengki boleh menyuburkan perasaan dendam, permusuhan dan suka berprasangka buruk terhadap orang lain. Dalam islam sifad hasad dengki adalah tercela dan tergolong amalan orang-orang munafik. Firman Allah SWT: "Adakah patut mereka dengki kepada manusia atas nikmat yang Allah SWT berikan kepada mereka daripada kurnia-Nya?" (An-Nisa': 54) Orang yang bersifat hasad dengki jiwanya sentiasa merasa serba kekurangan dengan apa yang dimilikinya. Firman Allah SWT: "Yang paling aku takut dari apa yang aku takut pada umatku ialah yang banyak harta pada mereka, lalu mereka saling berdengki dan berbunuh-bunuhan." (HR. Ibnu Abid Dunya an Amir Al-Asy'ari). Dalam islam keharusan melahirkan perasaan dengki terhadap orang lain hanya dalam dua perkara sahaja iaitu terhadap ilmu dan harta kekayaan yang dimilikinya. Rasulullah SAW bersabda: "Tidak ada dengki selain daripada dua perkara, iaitu orang yang diberikan harta oleh Allah SWT lalu dikuasainya harta itu pada kebenaran dan orang yang diberikan ilmu oleh Allah SWT lalu diamalkan ilmu itu dan diajarkan kepada manusia." (HR Bukhari dan Muslim dari Ibnu Umar)

12. Dusta
Dusta merupakan pernyataan tentang sesuatu yang tidak sesuai denagn keadaan yang sebenarnya. Perbuatan dusta adalah amalan orang munafik dan amat dilarang dalam islam kerana dapat menjauhkan manusia dengan Tuhannya, bahkan dikutuk oleh Allah SWT dan dibenci oleh manusia. Firman Allah SWT: "Sesungguhnya yang mengadakan pendustaan hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah SWT dan mereka itulah orang-orang pendusta." (An-Nahl: 105). Dusta merupakan suatu perbuatan yang keji dan terkutuk kerana ianya boleh mempengaruhi minda yang mengarahkan kepada kejahatan dan boleh merosakkan sahsiah dan alam kebajikan. Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya setakut-takut yang aku takut atas umatku adalah setiap munafik yang pandai lidahnya." (HR.Abu Ya'la). Dalam hadith lain Rasulullah SAW bersabda: "Takutlah kamu terhadap prasangka kerana sesungguhnya prasangka itu sedusta-dusta pembicaraan." (HR Muttafaq 'Alaih). Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya dusta itu adalah salah satu daripada beberapa pintu munafik." (HR Ibnu 'Adi). Sabda Rasulullah SAW: "Tanda orang munafik itu ada tiga: Apabila berbicara berdusta, apabila berjanji ia mungkiri dan apabila diberi kepercayaan ia khianat." (HR.Muttafaq Alaih). Sesungguhnya perbuatan dusta amat dibenci Allah SWT dan tidak akan beroleh petunjuk dari-Nya. Firman Allah SWT: "Sesungguhnya Allah SWT tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang melampaui batas lagi pendusta." (Al-Mukmin/Ghafir: 28). Firman Allah SWT: "Sesungguhnya Allah SWT tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang berdusta dan sangat ingkar." (Az-zumar: 3)

13. Mungkir Janji
Perbuatan mungkir janji bermaksud menyalahi pernyataan terhadap kesediaan diri seseorang akan memenuhi sesuatu yang diminta oleh orang lain. Oleh, itu dalam islam menunaikan janji adalah wajib. Firman Allah SWT: "Hai orang-orang yang beriman penuhilah janji-janji mu." (Al-Maidah: 1). Firman Allah SWT: "Dan penuhilah janji sesungguhnya janji itu akan ditanya." (Al-Isra': 34). Seseorang yang memungkiri janji yang dibuat sama ada sengaja atau tidak, amat tidak menyenangkan dan mengecewakan harapan orang yang dijanjikan. Perbuatan memungkiri janji tergolong orang munafik. Rasulullah SAW bersabda: ""Ada empat macam berangsiapa yang terdapat semuanya ini, maka ia termasuk orang munafik yang asal dan barangsiapa yang terdapat padanya, maka bererti ia terjangkit sifat kemunafikan sampai ia bersedia meninggalkan empat hal tersebut, apabila ia berbicara ia berdusta, apabila dipercayai ia berkhianat dan apabila berjanji ia mungkiri." (HR.Bukhari dan Muslim)

14. Bakhil
Bakhil adalah merupakan sifat yang tercela dan dibenci dalam islam malah ianya tergolong sebagai perbuatan orang munafik. Bakhil bermaksud seseorang merasakan sayang terhadap apa yang dimiliknya untuk diberikan kepada orang lain. Sebahagian ulama menyifatkan bakhil itu sebagai keinginan yang diharapkan oleh seseorang untuk mendapatkan apa yang ada ditangan orang lain. Orang yang mengamalkan sifat bakhil akan menyebabkan hilangnya rasa tanggungjawab sosial kerana terlalu mementingkan diri sendiri sehingga sanggup menyisihkan sebahagian harta dari dimaanfaatkan oleh masyarakat,enggan membayar akat.Perbuatan ini amat dikutuk dalam islam. Firman Allah SWT: "Dan janganlah sekali-kali orang yang bakhil dengan harta yang diberikan Allah SWT kepada mereka menyangka bahawa kebakhilan itu lebih baik bagi mereka. Tetapi kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka, harta yang mereka bakhilkan akan dikalungkan di lehernya pada hari kiamat." (Ali Imran: 180). Rasulullah SAW bersabda: "Takutlah terhadap kezaliman, sesungguhnya kezaliman itu kegelapan di hari kiamat. Takutlah terhadap bakhil, sesungguhnya bakhil itu menghancurkan umat-umat sebelum kamu, ia membawa kamu untuk menumpahkan darah mereka dan menghalalkan perkara-perkara yang diharamkan ke atas mereka." (HR Muslim dari Jabir r.a). "Dua pekerti tiada pada seseorang mukmin iaitu bakhil dan buruk pekerti." (HR Ahmad). Islam tidak melarang umatnya mencari harta kekayaan sebanyak mungkin denagn jalan yang baik dan halal untuk kerperluan hidup malah disyaratkan pula menghulurkan bantuan secara ikhlas atas kelebihan hartanya pada jalan Allah SWT. Firman Allah SWT: "barang siapa yang memelihara dirinya daripada bakhil, maka itulah orang yang berjaya." (Al-Hasyr: 9)

15. Fitnah
Fitnah merupakan suatu sifat yang amat keji dan boleh mendatangkan kesan yang amat buruk kepada diri sendiri dan terhadap orang lain. Fitnah boleh diertikan bahawa seseorang yang menyampaikan keburukan orang lain dikalangan orang ramai dengan tujuan supaya mereka membenci atau memusuhinya. Fitnah boleh berlaku dimana-mana terhadap orang lain kerana didorong oleh perasaan irihati, kurangnya iman dan lemah iman dan jiwanya kotor. Justeru itu perbuatan fitnah tergolong sifat munafik boleh menjatuhkan keaiban seseorang dan menghalangnya daripada melakukan kebajikan Firman Allah SWT: "Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina yang banyak mencela serta menyebar fitnah, banyak menghalang berbuat baik,melampaui batas lagi banyak melakukan dosa." (Al-Qalam: 10-12). Firman Allah SWT: "Dalam hati mereka ada penyakit, lalu Allah SWT tambahkan penyakitnya dan bagi mereka seksa yang pedih disebabkan mereka berdusta." (Al-Baqarah: 10). Perbuatan fitnah lebih bahaya daripada pembunuhan kerana boleh menyebabkan masyarakat hilang rasa kasih sayang dan mencetuskan permusuhan. Firman Allah SWT: "Dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan." (Al-Baqarah: 191). Firman Allah SWT: "Dan fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada membunuh." (Al-Baqarah: 217). Islam melindungi kehormatan atau menjaga nama baik seseorang adalah dituntut agar dapat menjaga hak dan kebajikan orang lain selamat daripada murka Allah SWT. Justeru itu,perbuatan fitnah antara sesama muslim akan mendapat balasan yang buruk dariapda Allah SWT didunia dan akhirat. Firman Allah SWT: "Sesungguhnya orang-orang yang menuduh (memfitnah) wanita-wanita yang baik lagi beriman, berzina, mereka kena laknat di dunia dan akhirat dan abgi azab yang besar." (An-Nur: 23). Sabda Rasulullah SAW: "Seburuk-buruk hamba Allah SWT iaitu orang yang berjalan ke sana ke mari dengan fitnah yang memecahbelahkan antara kekasih yang suka mencari kecacatan orang orang baik." (HR Ahmad). Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan masuk syurga yang membawa fitnah." (HR Bukhari dan Muslim dari Huzaifah). Oleh kerana itu, bahaya fitnah boleh mengancam kesejahteraan. Maka umat islam hendaklah sentiasa berhati-hati dan jangan mudah terpedaya denagn fitnah yang dibawa atau diterima. Firman Allah SWT: "Wahai orang-orang yang beriman apabila datang kepadamu orang fasiq yang membawa berita (fitnah), maka perhatikanlah dengan teliti (kebenarannya)." (Al-Hujurat: 6) 

16. Mencaci Maki
Perbuatan mencaci maki atau menyakiti seseorang muslim adalah dilarang dalam Islam kerana boleh menjejaskan nama baik dan maruah orang.Sikap demikian adalah termasuk amalan orang munafik dan merupakan suatu pembohongan yang besar dan nyata. Firman Allah SWT: "Orang-orang yang menyakiti mukmin lelaki dan mukmin wanita dengan sesuatu yang tidak dibuatnya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan yang besar dan dosa yang nyata." (Al-Ahzab: 58). Islam adalah agama universal yang sentiasa mementingkan perpaduan, keharmonian dan saling hormat menghormati antara satu sama lain tanpa mengira pangkat, kedudukan dan keturunan. Malah umat islam hendaklah sentiasa menjaga kehormatan diri dan maruah orang lain agar dapat membentuk budaya hidup masyarakat penyayang dan berakhlak mulia berlandaskan iman. Firman Allah SWT: "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghina (mencaci) suatu kaum yang dihina itu lebih baik dari kaum yang menghina." (Al-Hujurat: 11). Rasulullah SAW bersabda: "Tidak patut seseorang sahabat baik mengutuk (sahabatnya)." (HR Muslim dari Abi Hurairah). Rasulullah SAW bersabda: "Seseorang mukmin bukanlah orang yang suka mencaci, bukan suka menghina, bukan yang suka berbuat keji dan bukan orang yang suka bercakap keji." (HR Muslim). Dalam islam setiap muslim itu bersaudara terhadap sesama muslim yang lain dan tidak menghina atau menganiaya.Jika seseorang itu menghina,mengutuk atau mengeji, maka dianggap berlaku jahat sesama muslim. Perbuatan mencaci maki sesama muslim amat dibenci dan mendatangkan kemurkaan Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda: "Mencaci orang islam itu termasuk fasik dan membunuhnya termasuk kafir." (HR Abu Daud). Dalam hadith lain Rasulullah SAW bersabda: "Tidak dapat masuk syurga orang yang tetangganya tidak merasa aman dari gangguannya (menyakiti)." (HR Muslim)

17. Mengumpat
Mengumpat bermaksud seseorang menceritakan keburukan, kelemahan peribadi dan tindakan orang yang tertentu kepada orang lain yang tidak disukainya. Pada hakikatnya perbuatan mengumpat dilakukan secara sengaja dan tidak disedari oleh seseorang yang suka mengumpat di samping tidak dapat mengawal lidahnya daripada membicarakan kelemahannya atau keburukan peribadi orang lain. Dalam islam perbuatan mengumpat adalah salah satu sifat yang tercela dan menjadi amalan orang yang tidak beriman dan munafik. Islam melarang keras umatnya mengumpat terhadap sesama muslim kerana boleh mendatangkan akibat yang buruk. Firman Allah SWT: "Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan buruk sangka (sesama muslim) kerana sebahagian buruk sangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari aib orang dan jangan pula sebahagian kamu mengumpat yang lain." (Al-Hujurat: 12). Rasulullah SAW bersabda: "Ghaibah ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu yang tidak disukainya." (HR Muslim). Orang yang suka mengumpat adalah diumpamakan sebagai orang yang memakan daging bangkai saudaranya sendiri. Perbuatan mengumpat boleh menyinggung perasaan, hati dan kehormatan orang lain yang akhirnya boleh menimbulkan permusuhan dan perbalahan antara satu sama lain. Rasulullah SAW melarang umatnya mengumpat kerana banyak mendatangkan buruk sangka dan fitnah terhadap orang lain. Rasulullah SAW bersabda: "Setiap orang Islam terhadap sesama Islam itu haram darahnya (tidak boleh membunuh), hartanya (tidak boleh dirampas) dan kehormatan (tidak boleh mengumpat)." (HR Muslim dan At-Tirmizi). Firman Allah SWT "Celaka bagi setiap pengumpat lagi pencela." (Al-Humazah: 1)

18. Mengungkit Kembali Pemberian Kepada Seseorang Dan Menyakiti Hatinya
Mengungkit kembali pemberian kepada orang lain dengan harapan supaya dikenang jasa dan sumbangannya serta ingin menyakiti hati orang lain. Perbuatan ini dicela dalam Islam dan termasuk perbuatan orang munafik. Firman Allah SWT: "Hai orang-orang beriman janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti perasaannya seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riak kepada manusia dan tidak beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat." (Al-Baqarah: 264). Rasulullah SAW bersabda: "Ada tiga golongan pada hari kiamat di mana Allah SWT tidak berbicara, tidak melihat dan tidak pula menyucikan mereka bahkan bagi mereka seksa yang pedih, iaitu orang yang melabuhkan sarungnya hingga ke tapak kaki, orang yang mengungkit-ngungkit (pemberian) dan orang yang menawarkan dagangannya dengan sumpah palsu." (HR.Muslim). Rasulullah SAW bersabda: "Ada tiga golongan yang tidak masuk syurga, iaitu orang yang berani (derhaka) kepada orang tuanya, peminum arak dan orang yang mengungkit-ngungkit (pemberian)." (HR Nasa'i)

19. Mengingkari Takdir Allah SWT
Takdir Allah SWT merupakan suatu ketetapan-Nya ke atas setiap makhluk dengan kadar atas tertentu. Justeru itu, takdir yang ditentukan Allah SWT sama ada baik, buruk, bahagia atau derita adalah suatu ketentuan Allah SWT yang mutlak ke atas setiap makhluk-Nya dan tiada siapa yang dapat menghalang atau mengubahnya. Firman Allah SWT: "Sesungguhnya Kami menjadikan tiap-tiap sesuatu dengan kadar (takdir yang ditentukan)." (Al-Qamar: 49). Firman Allah SWT: "Sesungguhnya Allah SWT menyampaikan (melangsungkan) urusan-Nya. Sesungguhnya Allah SWT mengadakan qadar (peraturan tertentu) bagi tiap-tiap sesuatu." (At-Talaq: 3). Firman Allah SWT: "Kamu tiada mengkehendaki (sesuatu) melainkan jika Allah SWT mengkehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana." (Al-Ihsan: 30). Sesungguhnya orang yang menolak, membenci atau mengingkari sesuatu ketentuan takdir Allah SWT, maka tergolong orang kufur dan rosak iman serta menjadi munafik yang akan mendapat kemurkaan dan azab Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya besar pahala itu mengikut besar cubaan. Dan sesungguhnya apabila Allah SWT mengasihi suatu kaum, dicubanya kaum itu (dengan suatu cubaan). Siapa yang redha terhadapnya,ia akan mendapat redha Allah SWT dan siapa yang marah, ia akan mendapat murka Allah SWT." (HR At-Tirmizi). Rasulullah SAW bersabda:"Siapa tidak redha akan qada'-Ku dan qadar-Ku, baiklah ia mencari Tuhan selain Aku." (HR Tabrani)

20. Mempersenda Kesucian Agama
Perbuatan mempersendakan atau mempermainkan kesucian dan kebenaran agama adalah amat dibenci dan dilarang dalam Islam kerana seolah-olah menentang sesuatu yang diturunkan oleh Allah SWT. Perbuatan demikian termasuk ciri-ciri orang munafik yang sentiasa menghina atau memperkecilkan kebenaran ajaran agama islam. Firman Allah SWT: "Hai orang-orang beriman, janganlah kamu angkat jadi pemimpin orang-orang yang mengambil agamamu, memperolok dan mempermainkan, diantara ahli kitab sebelum kamu dan orang-orang kafir.Takutlah kepada Allah SWT jika kamu orang beriman." (Al-Maidah: 57). Firman Allah SWT: "Apabila kamu menyeru mereka bersolat, mereka jadikan solat itu olok-olok dan permainan. Demikian itu kerana mereka kaum yang tidak berfikir." (Al-Maidah: 58). Firman Allah SWT: "Sesungguhnya mereka mendustai kebenaran tatkala datang kepada mereka. Nanti akan datang kepada mereka berita apa yang mereka perolokkan." (Al-An'am). Firman Allah SWT: "Siapakah lebih zalim dari orang yang mengadakan pembohongan terhadap Allah SWT atau orang yang mendustai ayat-Nya? Sesungguhnya tiadalah menang orang-orang yang zalim." (Al-An'am: 21). Firman Allah SWT: "Sesungguhnya telah lalu beberapa peraturan sebelum kamu. Maka berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana akibatnya orang-orang yang mendustai (agama)." (Ali-Imran: 137)

21. Enggan Berjihad Di Jalan Allah SWT
Jihad adalah suatu tuntutan agama yang disyariatkan untuk menghapuskan segala bentuk kebatilan, kezaliman dan kefasikan di muka bumi. Oleh itu orang yang enggan berjihad dan menghalang umat islam daripada berjuang di jalan Allah SWT adalah termasuk orang-orang munafik dan dimurkai Allah SWT. Firman Allah: "Telah gembira orang-orang yang tinggal di tempat duduknya, sepeninggalan Rasul Allah dan mereka benci berjuang dengan harta dan dirinya di jalan Allah SWT dan mereka berkata: 'Janganlah kamu keluar berjuang waktu panas,' Katakanlah: 'Api neraka jahannam lebih panas daripada itu jika mereka mengerti."" (At-Taubah: 81). Firman Allah SWT: "mereka meminta uzur kepadamu apabila kamu kembali kepada mereka (dari medan perang). Katakanlah. "'Jangan kamu minta uzur, kami sekali-kali tidak percaya kepadamu. Sesungguhnya Allah SWT telah memberitahu kami tentang perkhabaranmu." (At-Taubah: 94). Firman Allah SWT: "Tiadalah sama orang yang duduk di antara orang-orang mukmin dengan orang-orang yang berjuang dijalan Allah SWT dengan harta dan jiwanya, kecuali orang yang ditimpa kemelaratan." (An-Nisa': 95)

22. Menghina Sahabat Rasulullah SAW
Sahabat Rasulullah SAW adalah orang yang masuk Islam dan beriman dengan Baginda SAW semasa hayatnya. Para sahabt Rasulullah SAW adalah yang mewarisi dan berpegang teguh kepada ajaran Al-Quran dan sunnahnya dalam segala aspek kehidupannya. Adapun orang-orang Islam sama ada secara sedar atau tidak, menghina atau mencerca perilaku sikap dan perjuangan para sahabat Rasulullah SAW adalah dianggap melanggar larangan baginda SAW berdosa besar dan termasuk golongan orang-orang munafik. Rasulullah SAW bersabda: "Allah Taala berfirman: 'barangsiapa yang memusuhi kekasih-Ku, maka sesungguhnya Aku mengizinkan berperang dengannya."' (HR Bukhari dan Muslim). Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah kamu menghina sahabtku demi Zat yang diriku dalam kekuasaan-Nya, jika salah seorang daripada kamu berinfaq (sedekah) sebesar gunung uhud berupa emas, belum dapat mengimbangi satu genggam atau setengahnya dari kebaikan mereka." (HR Bukhari dan Muslim). "Allah SWT, takutlah kepada Allah SWT dalam urusan sahabatku. Janganlah kamu jadikan mereka sasaran makian sesudahku. Barangsiapa mencintai mereka, maka cintaku aku mencintai mereka. Barangsiapa membenci mereka , maka dengan benciku aku membenci mereka (yang mencerca). Barangsiapa menyakiti mereka bererti menyakiti aku dan barangsiapa menyakiti aku, maka bererti ia telah menyakiti Allah SWT. Dan barangsiapa menyakiti Allah SWT, maka ia hampir akan mendapat seksa-Nya." (HR At-Tirmizi). Rasulullah SAW bersabda: "Hendaklah kamu berpegang teguh kepada sunnahku dan sunnah khulafah Rasyidin yang mendapat petunjuk sesudahku. Gigitlah ia dengan gigi geraham dan jauhilah, olehmu terhadap perkara-perkara yang baru (bid'ah)." (HR At-Tirmizi)

23. Menyembunyikan Persaksian Pada Jalan Yang Benar
Allah SWT berfirman: “Dan janganlah kamu menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu. Dan barangsiapa menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya. Dan Allah SWT Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Al-Baqarah: 283). Sebagai orang yang beriman, umat Islam tidak seharusnya sedia menjadi saksi yang palsu atau dusta dalam member keterangan bagi menyelesaikan sesuatu perkara pada jalan yang benar. Justeru itu, berdusta ketika menjadi saksi adalah golongan orang-orang munafik dan dibenci oleh Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah tergelincir dua telapak orang yang menjadi saksi dusta sehingga Allah SWT menetapkan kepadanya di neraka.” (HR Ibnu Majah dan Hakim). Dalam hadith lain Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa menyembunyikan persaksian ketika dia diundang kepadanya maka adalah ia seperti orang yang menyaksikan dusta.” (HR Tabrani)

24. Menangguh Pembayaran Hutang.
Seseorang yang berhutang adalah wajib membayar mengikut hukum islam. Oleh, itu orang yang mempunyai harta atau mampu membayar hutangnya tetapi sengaja melambat-lambatkannya atau tidak amhu membayarnya, maka perbuatan ini adalah amalan orang-orang munafik dan dibenci dalam islam. Firman Allah SWT: “Dan janganlah kamu makan harta di antara kamu dengan jalan yang salah.” (Al-Baqarah: 188). Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa mengambil harta orang yang ia bermaksud merosakkannya (tidak mahu membayarnya), nescaya Allah SWT akan merosakkannya.” (HR Bukhari)

25. Menipu Dalam Jualbeli
Perbuatan menipu dalam urusan jualbeli adalah melibatkan amalan timbang atau sukat sesuatu barangan yang tidak mencukupi kadarnya atau menjual barangan yang rosak atau cacat yang akhirnya manimbulkan tidak puas hati atau mengecewakan pembeli. Perbuatan ini adalah haram dalam islam dan akan mendapat laknat Allah SWT. Firman Allah SWT: “Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan), iaitu mereka yang apabila menerima sukatan dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup dan sebaliknya apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangkan.” (Al-Mutaffifin: 1-3). Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa menipuku (dalam jualbeli), maka tidaklah ia termasuk golonganku.” (HR Al-Bazzar). Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa menjual barang yang cacat dimana ia tidak menerangkannya, maka sentiasa ia berada dalam kemurkaan Allah SWT dan malaikat sentiasa melaknatnya.” (HR Ibnu Majah)

26. Ghasab (Mengambil Tanah Orang Lain Tanpa Hak)
Ghasab adalah menguasai atau mengambil harta orang lain (tanah) orang lain dengan jalan aniaya iaitu jalan yang tidak diredhai agama. Perbuatan mengambil tanah orang lain atau ghasab walaupun sejengkal adalah termasuk dosa besar dan munafik. Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa mengambil sejengkal tanah (bumi) dengan tanpa hak nescaya ditenggelamkan ia pada hari kiamat sampai ke dalam tujuh lapis bumi.” (HR Bukhari). Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa mengambil tanah orang lain secara zalim, nescaya ia akan bertemu dengan Allah SWT dan dia sangat murka kepadanya.” (HR Tabrani)

27. Bergaul Dengan Orang Yang Memperolok Al-Quran.
Umat islam seharusnya faham dan peka dengan sikap orang-orang yang ingkar terhadap perintah Allah SWT dan Rasul-Nya, iaitu tidak mendekati atau bergaul dengan mereka sehingga boleh menjejaskan dan merosakkan aqidah dan akhlak. Musuh-musuh Islam, terutama orang-orang kafir dan munafik sentiasa berusaha untuk merosakkan dan menghancurkan peradaban umat Islam dalam segala bidang. Justeru itu, kaum muslimin hendaklah berhati-hati dan menjauhi daripada bergaul dengan mereka agar tidak terpengaruh dengan mereka. Firman Allah SWT: “Sesungguhnya Allah SWT telah menurunkan kepadamu (perintah-Nya) dalam kitab (Al-Quran) iaitu apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah SWT diingkari dan diejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka memasuki kepada mempersoalkan yang lain, kerana sesungguhnya (jika kamu ikut), tentulah kamu sama dengan mereka.” (An-Nisa: 140)

28. Memakan Harta Anak Yatim
Dalam islam anak yatim bermaksud anak yang ditinggal mati oleh ayahnya semasa dia masih kecil atau belum dewasa. Orang yang bertanggungjawab atau ahli waris yang beramanah menjaga dan memelihara anak yatim jika memakan harta anak yatim dengan cara yang zalim adalah berdosa besar dan tergolong orang munafik. Firman Allah SWT: "Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka dan mereka pula akan masuk ke dalam api Neraka yang menyala-nyala." (An-Nisa': 10). Firman Allah SWT: "Dan janganlah kamu makan harta anak yatim lebih daripada batas berpatutan dan (janganlah kamu) tergesa-gesa (membelanjakannya) sebelum mereka dewasa. Barangsiapa (di antara penjaga) mampu, maka hendaklah dia menahan diri (daripada makan harta anak yatim)." (An-Nisa':6). Para ulama berkata:' Bagi setiap wali atau penjaga anak yatim, jika dia berada dalam keadaan miskin, dibolehkan baginya memakan sebahagian harta anak yatim dengan cara yang baik menurut sekadar keperluannya sahaja, tidak boleh berlebihan dan jika berlebihan, maka dia menjadi haram.

29. Membuka Rahsia Orang Lian.
Setiap manusia tentu memiliki rahsia tersendiri. Dalam Islam, jika seseorang mengetahui keburukan orang lain kemudian diceritakan dikhalayak ramai, maka perbuatan ini adalah berdosa besar dan ciri-ciri orang munafik. Firman Allah SWT: "Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan akhirat. Dan Allah Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." (An-Nur: 19). Islam menyuruh umatnya agar menutup dan menjaga rahsia sesama orang islam yang dikenali. Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang dapat menutup rahsia sesama muslim, maka Allah SWT akan menutup rahsianya di dunia dan akhirat." (HR Muslim)

30.Berasa Aman Daripada Murka Allah SWT Apabila Melakukan Dosa
Apabila seseorang melakukan sesuatu dosa kemudian dia berasa selamat daripada murka dan seksaan Allah SWT, maka anggapan ini adalah berdosa besar dan amalan orang-orang munafik. Allah SWT akan membalas perbuatan dosa dengan hukuman seksa di hari kiamat nanti. Firman Allah SWT: "Maka ketika mereka lupa peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami membuka semua pintu kesenangan untuk mereka, sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami seksa mereka dengan sekonyong-konyong maka ketika itu mereka diam berputus asa." (Al-An'am: 44)

31. Memanggil Orang Dengan Gelaran Buruk Yang Tidak Disukai.
Memanggil seseorang dengan gelaran buruk yang tidak disukai adalah dilarang dalam islam kerana ia boleh menjejaskan atau menjatuhkan maruah dan nama baik di kalangan orang ramai. Perbuatan ini adalah amalan orang-orang munafik dan boleh mencetus pergaduhan antara satu sama lain. Firman Allah SWT: "Dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelaran yang buruk. Seburuk buruk panggilan ialah yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Al-Hujurat: 11)

32. Menghalang Orang Daripada Mengamalkan Ajaran Ialam.
Orang yang menghalang umat islam daripada mengamalkan ajaran islam adalah tergolong orang-orang munafik yang amat dibenci dalam islam. Islam menggalakkan umatnya agar sama-sama saling mengingati dengan mengamalkan ajaran Islam secara menyeluruh. Firman Allah SWT: "Katakanlah hai ahli kitab mengapa kamu menghalang-halang dari jalan Allah SWT orang-orang yang telah beriman, kamu mengkehendakinya menjadi bengkok padahal kamu menyaksikan? Allah SWT sekali-kali tidak lalai daripada apa yang kamu kerjakan." (Ali Imran: 99)

33. Suka Kepada Kesesatan Dan Menyesatkan Orang.
Islam menghendaki umatnya agar mengamalkan hidup pada jalan yang benar dalam segala aspek sebagaimana yang digariskan di dalam Al-Quran dan sunnah. Di samping itu Islam melarang umatnya, terutama golongan yang berilmu agar tidak menyalahgunakan ilmu yang baik untuk menipu dan menyesatkan orang lain untuk tujuan dan kepentingan tertentu yang bertentangan dengan syariat islam. Setiap muslim bertanggungjawab membebaskan diri daripada melakukan yang benar dan baik, agar tidak tergolong dalam golongan orang-orang munafik yang suka menyesatkan orang. Firman Allah SWT: "Apakah kamu tidak melihat orang-orang yang telah diberi bahagian dari al-Kitab (Taurat)? Mereka membeli (memilih) kesesatan dan mereka bermaksud supaya kamu tersesat dari jalan (yang benar)." (An-Nisa': 44)

34.Bermuka Dua.
Sikap bermuka dua adalah salah satu daripada ciri-ciri orang munafik kerana mereka apabila diajak untuk mengikut jalan Allah SWT dengan sengaja melambat-lambatkan dan tidak mahu, tetapi jika diajak pada jalan yang dilarang Allah SWT, mereka cepat menanggapinya dan senang hati mengikutnya, bahkan menjadi pelopornya. Firman Allah SWT: "Apabila mereka berjumpa dengan orang-orang beriman mereka mengatakan, "Kami telah beriman' Dan apabila mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka mengatakan: 'Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, kami hanya mempermainkan mereka." (Al-Baqarah: 14).  Rasulullah SAW bersabda: "Kamu akan menjumpai di antara hamba-hamba Allah SWT pada hari kiamat kelak, orang yang bermuka dua yang mendatangi mereka ini suatu pembicaraan dan mereka ini dengan suatu pembicaraan (lain)." (HR Bukhari dan Muslim) 

35. Menyanjung Dan Memuji Orang Tanpa Diketahui Keadaan Sebenarnya
Sanjungan dan pujian terhadap seseorang adalah kerana perbuatan dan perkataannya. Akan tetapi sanjungan dan pujian yang baik dan ikhlas terhadap sesama muslim adalah dibolehkan dalam islam. Namun demikian, sanjungan dan pujian yang berlebihan dan tidak sesuai dengan kenyataan yang dipuji adalah dilarang dalam islam dan tergolong amalan orang-orang munafik untuk merosak peribadi seseorang muslim. Sesungguhnya Allah SWT tidak menyukai umat islam menyanjung dan memuji orang-orang yang ingkar kepadanya seperti orang kafir, munafik dan fasik kerana boleh menambahkan kesombongan dan keingkaran mereka. Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT marah apabila orang fasik dipuji." (HR Ibnu Abiddunya dan Baihaqi). Rasulullah SAW bersabda: "Hamburkanlah tanah pada muka orang-orang yang memuji itu." (HR Muslim)

36. Sombong Di antara Sesama Manusia
Sombong adalah perilaku yang menolak kebenaran dan meremehkan orang lain dengan anggapan kelebihan dan kehebatan tidak dapat ditandingi. Biasanya sifat sombong ini disebabkan oleh ilmu, ibadah dan keturunan dan kecantikan yang dimiliki oleh seseorang yang mudah dipengaruhi nafsu. Bersikap sombong terhadap sesama muslim atau manusia seluruhnya adalah dilarang dalam islam kerana ia boleh mendatangkan kebencian dan kehinaan daripada orang lain serta amat dibenci oleh Allah SWT. Firman Allah SWT: "Sesungguhnya Allah SWT tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga diri." (An-Nisa': 36). Bersikap sombong dan membangga diri adalah amalan orang-orang munafik dan termasuk kufur terhadap nikmat Allah SWT. Oleh itu, Allah SWT memberi balasan azab terhadap mereka yang bersikap sombong dalam pergaulan dengan sesama manusia. Firman Allah SWT: "Tidak diragui lagi bahawa sesungguhnya Allah SWT mengetahui apa yang mereka rahsiakan dan apa yang mereka zahirkan.Sesungguhnya Allah SWT tidak menyukai orang-orang yang sombong." (An-Nahl: 23). Firman Allah SWT: "Dan pada hari kiamat kamu akan melihat orang-orang yang berbuat dusta terhdap Allah SWT, mukanya menjadi hitam. Bukanlah neraka itu sebagai tempat bagi orang-orang yang menyombong diri." (Az-Zumar: 60). Firman Allah SWT: "Maka masukilah pintu-pintu neraka Jahannam, kamu kekal di dalamnya. Maka amat buruklah tempat orang-orang yang menyombongkan diri itu." (An-Nahl: 29) Rasulullah SAW bersabda: "Daripada Nabi SAW baginda SAW bersabda."Tidak akan masuk syurga seseorang yang mempunyai sifat sombong (dihati) walaupun hanya sebesar zarah." (HR Muslim). Rasulullah SAW bersabda: "Dan Allah SWT berfirman:'Kemegahan itu sarung-Ku dan kesombongan itu adalah selendang-Ku. Barangsiapa yang memiliki (salah satu) daripada kedua-duanya, nescaya Aku akan campakkan dia ke dalam neraka." (HR Muslim). Dalam Hadith Rasulullah SAW bersabda: "Tiada seorangpun berjalan dengan sombong dan menyombongkan dirinya, melainkan dia akan bertemu dengan Allah SWT dengan mendapat kemurkaan-Nya." (HR Tabari)

37. Suka Berbantah Dan Bertengkar Sesama Muslim.
Perbuatan suka bertengkar dan berbantah dengan sesama muslim dalam perkara kecil dan remeh adalah dilarang dalam islam kerana akan menimbulkan renggang dan kurangnya hubungan silaturrahim serta akan mengurangkan kesempurnaan iman seseorang serta tergolong ciri-ciri munafik. Firman Allah SWT: "Tidak ada kebaikan perkataan mereka, kecuali kata-kata orang yang menyuruh bersedekah atau mengajak berbuat baik atau mendamaikan orang yang berselisih." (An-Nisa': 114).  Rasulullah SAW bersabda: "Seseorang tidak akan mencapai kesempurnaan hakikat iman sehingga dia meninggalkan berbantah-bantah walaupun dia di pihak yang benar." (HR Ibnu Abid Danya). Rasulullah SAW bersabda: "Tinggalkan berbantah-bantah kerana sesungguhnya berbantahan itu tidak diketahui hikmahnya dan tidak diamankan daripada fitnah." (HR Tabrani)

38. Melampaui Batas Yang Digariskan Oleh Allah SWT
Perbuatan melampaui batas yang digariskan oleh Allah SWT bererti menurut kehendak hawa nafsu sehingga boleh tersesat dan menyesatkan pada jalan yang benar sebagaimana yang dilakukan oleh kaum Yahudi dan Nasrani. Firman Allah SWT: "Katakanlah hai ahli kitab, janganlah kamu melampaui batas selain kebenaran dalam agamamu dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu daripada suatu kaum sebelummu yang telah sesat dan menyesatkan ramai manusia dan mereka juga telah tersesat dari jalan yang bear." (Al-Maidah: 77). Orang-orang yang hidup berlandaskan semata-mata kerana dorongan hawa nafsu dalam menikmati segala kurnia dan nikmah Allah SWT.,akan sentiasa berada jauh dari jalan kebenaran. Mereka sanggup mengubah segala ketentuan Allah SWT seperti menghalalkan yang haram, mengubah ayat-ayat Allah SWT dan sebagainya sehingga Allah SWT mengunci hati mereka, lalu mereka tidak dapat membezakan batas yang telah ditentukan oleh Allah SWT dan Rasul-Nya. Firman Allah SWT: "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengharamkan sesuatu yang baik yang telah dihalalkan Allah SWT bagimu dan janganlah kamu melampaui batas." (Al-Maidah: 87). Firman Allah SWT: "Demikianlah Kami mengunci mati hati orang-orang yang melampaui batas." (Yunus: 74)

39. Berputus Asa Dalam Menghadapi Cabaran Hidup.
Orang yang berputus asa dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup adalah mereka yang tidak bersabar terhadap sesuatu yang ditakdirkan Allah SWT dalam usaha memperolehi rahmat Allah SWT. Sikap berputus asa dalam menghadapi realiti hidup berpunca daripada kelemahannya iman dan keyakinan terhadap kekuasaan Allah SWT, sedangkan disebalik kegagalan itu ada tersirat sesuatu rahmat dan hikmah yang besar yang akan diberikan Allah SWT. Dalam islam, orang-orang yang berputus asa dalam menangani kesusahan hidup adalah tergolong orang orang yang sesat dan munafik kerana tidak mempunyai keyakinan terhadap kekuasaan dan kebesaran Allah SWT yang boleh mengatasi segala sesuatu. Firman Allah SWT: "Sahut mereka:"Janganlah kamu termasuk orang-orang yang berputus asa." (Al-Hijr: 55). Allah SWT berfirman: "Ibrahim berkata: "Tidak ada orang yang berputus asa daripada rahmat Tuhannya, kecuali orang-orang yang sesat." (Al-Hijr: 56). Firman Allah SWT: "Katakanlah:"Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah SWT." (Az-Zumar: 53) Firman Allah SWT: "Dan apabila Kami merasakan suatu rahmat kepada manusia, nescaya mereka gembira dnegan rahmat itu. Dan apabila mereka ditimpa sesuatu musibah (bahaya) disebabkan kesalahan yang telah dilakukan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka berputus asa." (Ar-Rum: 36)

40. Membazir Dalam Memanfaatkan Nikmat Allah SWT
Islam menyuruh umatnya hidup serba sederhana dalam segala aspek dan melarang membazir dalam menikmati segala kurniaan Allah SWT. Segala harta yang dimiliki tidak boleh dibelanjakan pada jalan yang bertentangan dengan syariat islam. Firman Allah SWT: "Dan janganlah kamu membazirkan hartamu secara boros." (Al-Isra': 26). Orang-orang yang boros dalam membelanjakan harta dengan sia-sia adalah tergolong orang-orang munafik dan golongan syaitan. Firman Allah SWT: "Sesungguhnya orang-orang yang suka membazir itu adalah saudara syaitan dan syaitan sangat ingkar kepada Tuhannya." (Al-Isra': 26)

41. Keluh Kesah Apabila Ditimpa Musibah.
Setiap orang tidak terlepas daripada mengalami musibah yang ditakdirkan Allah SWT yang hanya untuk menguji keimanan kepada Allah SWT. Oleh itu setiap muslim yang beriman kepada Allah SWT, tidak seharusnya merasakan keluh kesah apabila mendapat sesuatu musibah atau bahaya yang ditentukan oleh Allah SWT kerana itu tergolong orang-orang munafik yang tidak bersyukur kepada Allah SWT. Firman Allah SWT: "Apabila ia ditimpa kesusahan, ia berkeluh kesah dan apabila ia mendapat kebaikan ia amat kikir,kecuali orang yang mengerjakan solat." (Al-Ma'rij: 20-22)

42. Mengkhianat Sesuatu Amanah.
Mengkhianat sesuatu amanah adalah seseorang yang mendapat kepercayaan daripada orang lain tetapi ia tidak memenuhi amanah yang dipercayakan kepadanya. Dalam islam amanah wajib dijaga dan dipelihara agar tidak menghilangkan kepercayaan dan kejujuran. Perbuatan mengkhianati sesuatu amanah adalah dilarang dan tergolong amalan orang-orang yang akan mendapat kemurkaan Allah SWT. Firman Allah SWT: "Hai orang-orang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah SWT dan Rasul dan juga janganlah kamu mengkhianati amanat yang dipercayakan kepadamu sedangkan kamu mengetahui." (An-Anfal: 27). Rasulullah SAW bersabda: "Belum beriman bagi orang tidak amanah dan tidak ada agama bagi orang yang tidak memegang janji." (HR Ahmad, Bazzar dan Tabrani). Ada ulama yang mengatakan apabila ada seseorang yang tekun mengerjakan solat, puasa, mengerjakan haji dan banyak mengerjakan amal soleh, tetapi tidak beramanah terhadap sesuatu, maka menjadi sia-sialah amal mereka dan tiada memperolehi petunjuk dan dimurkai Allah SWT.

43. Memutusan Silaturrahim.
Mencadangkan dan mengekalkan hubungan silaturrahim adalah dituntut dalam islam.Oleh itu, seseorang yang memutuskan tali silaturrahim akan menyebabkan terputusnya hubungan kekeluargaan sahabat handai dan sesama muslim bahkan termasuk ciri-ciri orang manafik. Firman Allah SWT: "Dan bertaqwalah kepada Allah SWT yang dengan nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah SWT sentiasa menjaga dan mengawasi kamu.' (An-Nisa': 1). Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan hubungan silaturrahim." (HR Muslim). Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang suka rezekinya dimudahkan dan usianya dipanjangkan, maka hendaklah ia menyambung silaturrahim." (HR Muslim)

44. Memecahbelahkan Perpaduan Muslimin.
Islam meyuruh umatnya agar hidup bersatupadu dalam kesatuan aqidah dan iman. Justeru itu, perbuatan memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian natara sesama muslim adalah dilarang dalam Islam kerana akan menyebabkan pengabaian terhadap amanah Allah SWT sebagai khalifah dalam mentadbir kehidupan ummah, sikap demikian boleh membawa kepada kejatuhan dan kehancuran umat Islam sehingga mendatangkan bala bencana dan azab Allah SWT. Firman Allah SWT: "Berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali (agama) Allah SWT dan janganlah kamu berpecah belah dan ingatlah akan nikmat Allah SWT ke atas kamu ketika kamu telah bermusuhan, lalu disatukan hatimu sehingga kamu menjadi saudara dengan nikmatnya." (Ali Imran: 103). Firman Allah SWT: "Dan janganlah kamu berpecah belah dalam agama. Berat bagi orang-orang musyrik (menerima) apa yang kamu sarakan kepada mereka (mengesakan Allah SWT), Allah SWT memilih kepadanya siapa yang dikehendaki-Nya dan menunjuk siapa yang kembali kepada-Nya." (Asy-Syura: 13). Orang yang suka memecahbelahkan perpaduan umat Islam adalah tergolong orang munafik yang sentiasa memusuhi islam secara myata dan mereka patut diperangi. Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa diantara seseorang yang datang kepadamu sedangkan keadaanmu bersatu yang dikehendaki oleh orang itu untuk dipisahkan persatuanmu, maka bunuhlah dia." (HR Muslim); Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya bakal terjadi berbagai fitnah dan perkara-perkara baru. Barangsiapa memecahbelahkan urusan umat yang sudah bersatu ini,maka pukullah ia ddengan pedang,siapapun dia orangnya." (HR Muslim)

45. Menghalalkan Perkara Yang Haram.
Dalam syariat Islam segala sesuatu yang halal atau haram adalah jelas sebagaimana yang terdapat di dalam al-Quran dan sunnah. Justeru itu, umat Islam tidak boleh atau dilarang menghalalkan sesuatu yang telah diharamkan oleh Allah SWT dan Rasul-NYA. Perbuatan menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal adalah berdosa besar hukumnya dan tergolong amalan orang munafik. Firman Allah SWT: "Hai orang-orang yang beriman,janganlah kamu mendahului (dengan perbuatan atau perkataan) sebelum Allah SWT dan Rasul-NYA dan takutlah kepada Allah SWT. Sesungguhnya Allah Maha Mendengarlagi Maha Mengetahui." (Hujurat: 1). Firman Allah SWT: "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengharamkan (makanan) yang baik-baik yang telah dihalalkan Allah SWT bagimu dan janganlah kamu melampaui batas.Sesungguhnya Allah SWT tiada mengasihi orang yang melanggar batas." (Al-Maidah: 87). Firman Allah SWT: "Janganlah kamu berkata dusta menurut yang diterangkan oleh lidahmu sendiri. Ini halal dan ini haram, supaya kamu mengadakan dusta terhadap Allah SWT. Sesungguhnya orang yang mengadakan dusta terhadap Allah SWT tiada perolehi kemenangan." (An-Nahl: 116)

46. Membuat Kerosakan Dimuka Bumi.
Islam menyuruh umatnya menjalani kehidupan yang aman dan sejahtera berlandaskan iman dan takwa. Setiap muslim wajib menjauhi dan meninggalkan segala bentuk perbuatan yang boleh merosakkan diri sendiri, masyarakat, agama dan negara. Oleh itu, seseorang yang melakukan kerosakan di muka bumi ini seperti maksiat dan segala bentuk dosa besar adalah tergolong orang-orang munafik yang amat dimurkai Allah SWT dan akan mendapat balasan azab dari-Nya di hari akhirat. Firman Allah SWT: "Apabila dikatakan kepada mereka:"Janganlah kamu berbuat bencana dimuka bumi', maka jawab mereka: 'Hanya kami berbuat kebaikan.Ingatlah sesungguhnya mereka itu berbuat bencana, tetapi mereka tiada sedar." (Al-Baqarah: 11-12). Firman Allah SWT: "Apabila ia berpaling,ia berusaha di muka bumi berbuat kebinasaan dan merosakkan tanaman dan anak-anak. Dan Allah SWT tiada mengasihi kebinasaan itu." (Al-Baqarah: 205). Firman Allah SWT: "Dan janganlah kamu berbuat bencana di muka bumi. Sesungguhnya Allah SWT tiada mengasihi orang-orang yang berbuat bencana itu.' (Al-Qasas: 77)

47. Menuduh Orang Beriman Cerdik Sungguh..
Orang munafik mempunyai pendirian yang lemah dan amat sedikit memiliki ilmu pengetahuan tentang perkara yang bermanfaat dan yang memudaratkan. Justeru itu,mereka mudah menuduh orang beriman cerdik sungguh. atau kurang ilmu pengetahuan dalam menangani urusan kehidupan. Firman Allah SWT: "Apabila dikatakan mereka:'Berimanlah kamu sebagaimana manusia beriman', Mereka berkata:'Apakah kami beriman sebagaimana orang-orang cerdik sungguh. yang telah beriman. Ketahuilah sesungguhnya mereka itulah yang sebenarnya cerdik sungguh, tetapi mereka tidak mengetahui."" (Al-Baqarah: 13). Berdasarkan ayat diatas, jelas orang-orang yang munafik adalah golongan yang cerdik sungguh. kerana mereka hidup berlandaskan kesesatan dan kejahilan serta tidak dapat membezakan antara kebenaran dan kebatilan.

48. Mengubah Dan Menyalahgunakan Ayat-Ayat Allah SWT
Al-Quran yang diturunkan oleh Allah SWT kepada umat manusia adalah suci, mengandungi kebenaran yang hak, sentiasa sesuai sepanjang zaman dan terpelihara daripada sebarang bentuk yang boleh mencemarkan atau merosakkannya. Adapun orang yang tidak berilmu pengetahuan luas, cuba mengubah dan mentafsirkan kebenaran Al-Quran mengikut kehendak sendiri atau kerana didorong oleh kepentingan tertentu, maka mereka adalah termasuk golongan orang-orang munafik yang sentiasa hendak menghancurkan umat islam, Al-Quran dan sunnah. Firman Allah SWT: "Dan berimanlah kamu kepada (Kitab) yang aku turunkan yang membenarkan (kitab) yang ada serta kamu dan janganlah orang yang mula-mula kafir (ingkar) dengan dia dan janganlah kamu jual ayat-ayat-Ku dengan wang yang sedikit takutlah kepada-Ku." (Al-Baqarah: 41). Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa mentafsirkan Al-Quran dengan pendapatnya sahaja, maka tempatnya dalam neraka." (HR At-Tarmizi)

49. Bersumpah Dengan Selain Nama Allah SWT
Bersumpah dengan selain nama Allah SWT pada perkara batil dan maksiat adalah dilarang keras dalam islam. Oleh itu, umat islam hendaklah sentiasa berhati-hati dalam melaksanakan sesuatu sumpah agar tidak berlawanan dengan prinsip ajaran Al-Quran dan sunnah serta tidak mendatangkan kemurkaan Allah SWT. Perbuatan bersumpah dengan selain nama Allah SWT pada perkara dusta dan sebagainya adalah amalan orang-orang munafik mengakui kebenaran sesuatu kedakwaannya. Firman Allah SWT: "Sesungguhnya orang yang menukar janji Allah SWT dan sumpah-sumpah mereka dengan harga yang sedikit. Mereka itu tidak mendapat kebahagiaan (pahala) di akhirat dan Allah tidak akan berbicara dengan mereka dan tidak akan melihat mereka pada hari kiamat dan tidak akan mensucikan mereka. Bagi mereka azab yang pedih." (Ali Imran: 77). Rasulullah SAW bersabda: "janganlah sekali-kali kamu bersumpah dengan nama taghut dan kepada nama-nama ayahmu." (HR Muslim). Dalam hadis lain Rasulullah SAW bersabda: "Daripada Ibnu Umar r.a bahawa ia mendengar seorang lelaki berkata: 'Demi kaabah, lalu dia (Ibnu Umar) berkata: Janganlah kamu bersumpah dengan selain Allah SWT, sebab saya mendengar Rasulullah SAW berkata: 'Barangsiapa bersumpah dengan selain nama Allah SWT, maka sungguh dia telah kafir dan syirik." (HR At-Tirmizi)

50. Berasa Gembira Apabila Musibah Menimpa Orang Beriman.
Orang munafik mempunyai prasangka yang buruk terhadap kaum muslimin. Oleh itu, apabila mereka mendengar kaum muslimin mendapat sesuatu musibah mereka cuba menyebarluaskan berita dukacita itu kepada masyarakat sambil memperlihatkan simpati dan kesedihannya. Tetapi pada nasib malang yang dialami oleh kaum muslimin. Firman Allah SWT: "Jika kamu mendapat kebajikan, nescaya menyakitkan hati mereka, tetapi jika kamu ditimpa musibah (bala), mereka berkata: "Sesungguhnya kami telah waspada daripada dahulu, lalu mereka berpaling dengan sukacita." (At-Taubah: 50). Orang munafik tidak akan senang, tetapi jika kamu tetapi jika kamu ditimpa musibah (bala), mereka berkata: "Sesungguhnya kami telah waspada daripada dahulu, lalu mereka berpaling dengan sukacita (bergembira). "Orang munafik tidak akan senang apabila umat Islam mencapai kejayaan atau kenikmatan.
Demikianlah secara ringkas pembahasan tanda-tanda orang munafik berdasarkan keterangan Al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW .Semoga ianya dapat dijadikan introspeksi (proses pengamatan terhadap diri sendiri dan pengungkapan pemikiran dalam yang disedari) diri setiap muslim dalam menuju wawasan gidup berlandaskan aqidah yang murni dan diredhai Allah SWT di dunia dan akhirat.

Halaqah - Rujukan;
1.Al-Quran Al-Karim
2.At-Targhib T-Tarhib,Imam Al-Munziri
3.Al-Kabir, Imam Syamsuddin Az-Zahabi
4.Ih ya ulumiddin,IMam Al-Ghazali
5.Jamius Sahih, Imam Bukhari dan Imam Muslim
6.Sahih Muslim, Imam Muslim
7.Tafsir Al-Quran Karim, Prof.Dr.Mahmud Yunus.


Wassalam…. semoga bermanfaat