Dari Muadz bin Jabal, dari Ibn Abbas, Ketika kami sedang
bersama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Ansar, tiba-tiba terdengar
panggilan seseorang dari luar rumah, "Wahai penghuni rumah, bolehkah aku
masuk? Sebab kalian akan memerlukanku."
Rasulullah SAW bersabda, "Tahukah kalian siapa yang
memanggil?"
Kami menjawab, "Allah dan RasulNya yang lebih
tahu."
Beliau melanjutkan, "Itu iblis, laknat Allah
bersamanya."
Umar bin Khattab berkata, "Izinkan aku membunuhnya
wahai Rasulullah"
Rasulullah SAW menahannya seraya bersabda, "Sabar wahai
Umar, bukankah kamu tahu bahwa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat?
Lebih baik bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan untuk ini,
fahamilah apa yang hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik."
Ibnu Abbas r.a berkata, Pintu lalu dibuka, ternyata dia
seperti seorang tua yang cacat satu matanya. Di janggutnya terdapat 7 helai
rambut seperti rambut kuda, taringnya terlihat seperti taring babi, bibirnya
seperti bibir sapi. Iblis berkata, "Salam untukmu Muhammad.... Salam
untukmu para hadirin..."
Rasulullah SAW lalu menjawab, "Salam hanya milik Allah SWT,
sebagai mahluk terlaknat, apa keperluanmu?"
Iblis menjawab, "Wahai Muhammad, aku datang ke sini
bukan atas kemahuanku, namun kerana terpaksa."
"Siapa yang memaksamu?"
"Seorang malaikat utusan Allah mendatangiku dan
berkata, 'Allah SWT memerintahkanmu untuk mendatangi Muhammad sambil
menundukkan diri. Beritahu Muhammad tentang caramu dalam menggoda manusia.
Jawablah dengan jujur semua pertanyaannya. Demi kebesaran Allah, andai kau
berdusta satu kali saja, maka Allah akan jadikan dirimu debu yang ditiup
angin.' Oleh kerana itu aku sekarang mendatangimu. Tanyalah apa yang hendak kau
tanyakan. Jika aku berdusta, aku akan dicaci oleh setiap musuhku. Tidak ada
sesuatu pun yang paling besar menimpaku daripada cacian musuh."
Orang yang dibenci iblis
Rasulullah SAW lalu bertanya kepada Iblis, "Kalau kau
benar jujur, siapakah manusia yang paling kau benci?"
Iblis segera menjawab, "Kamu, kamu dan orang sepertimu
adalah mahkluk Allah yang paling aku benci."
"Siapa selanjutnya?"
"Pemuda yang bertakwa yang memberikan dirinya mengabdi
kepada Allah SWT."
"Lalu siapa lagi?"
"Orang alim dan warak."
" Lalu siapa lagi?"
"Orang yang selalu bersuci."
"Siapa lagi?"
"Seorang fakir yang sabar dan tak pernah mengeluhkan
kesulitannnya kepada orang lain."
"Apa tanda kesabarannya?"
" Wahai Muhammad, jika ia tidak mengeluhkan
kesulitannya kepada orang lain selama 3 hari, Allah akan memberi pahala orang -
orang yang sabar."
"Selanjutnya apa?"
"Orang kaya yang bersyukur."
"Apa tanda kesyukurannya?"
"Ia mengambil kekayaannya dari tempatnya, dan
mengeluarkannya juga dari tempatnya ."
"Orang seperti apa Abu Bakar menurutmu?"
"Ia tidak pernah menurutiku di masa jahiliyah, apalagi
dalam Islam."
"Umar bin Khattab?"
"Demi Allah setiap berjumpa dengannya aku pasti lari."
"Usman bin Affan?"
"Aku malu kepada orang yang malaikat pun malu kepadanya."
"Ali bin Abi Thalib?"
"Aku berharap darinya agar kepalaku selamat, dan berharap
ia melepaskanku dan aku melepaskannya. Tetapi ia tak akan mahu melakukan
itu." (Ali bin Abi Thalib selalu berzikir terhadap Allah SWT)
Amalan yang dapat menyakiti iblis
Rasulullah SAW bertanya, "Apa yang kau rasakan jika
melihat seseorang dari umatku yang hendak solat?"
Lalu iblis menjawab, "Aku merasa panas dingin dan
gementar."
"Kenapa?"
"Sebab, setiap seorang hamba bersujud 1 kali kepada
Allah, Allah mengangkatnya 1 darjat."
"Jika seorang umatku berpuasa?"
"Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka."
"Jika ia berhaji?"
"Aku seperti orang gila."
"Jika ia membaca al-Quran?"
"Aku merasa meleleh laksana timah di atas api."
"Jika ia bersedekah?"
"Itu sama saja orang tersebut membelah tubuhku dengan
gergaji."
"Mengapa jadi begitu?"
"Sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya... Iaitu
keberkahan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi
hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau
dari dirinya."
"Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?"
"Suara kuda perang di jalan Allah."
"Apa yang dapat melelehkan tubuhmu?"
"Taubat orang yang bertaubat."
"Apa yang dapat membakar hatimu?"
"Istighfar di waktu siang dan malam."
"Apa yang dapat mencoreng wajahmu?"
"Sedekah yang diam - diam."
"Apa yang dapat menusuk matamu?"
"Solat fajar."
"Apa yang dapat memukul kepalamu?"
"Solat berjamaah."
"Apa yang paling mengganggumu?"
"Majlis para ulama."
"Bagaimana cara makanmu?"
"Dengan tangan kiri dan jariku."
"Dimanakah kau menaungi anak-anakmu di musim
panas?"
"Di bawah kuku manusia."
Manusia yang menjadi teman iblis
Rasulullah SAW lalu bertanya, "Siapa temanmu wahai
iblis?"
"Pemakan riba."
"Siapa sahabatmu?"
"Penzina."
"Siapa teman tidurmu?"
"Pemabuk.."
"Siapa tamumu?"
"Pencuri."
"Siapa utusanmu?"
"Tukang sihir."
"Apa yang membuatmu gembira?"
"Bersumpah dengan cerai."
"Siapa kekasihmu?"
"Orang yang meninggalkan solat Jumaat"
"Siapa manusia yang paling membahagiakanmu?"
"Orang yang meninggalkan solatnya dengan sengaja."
Iblis tidak berdaya di hadapan orang yang ikhlas
Rasulullah SAW lalu bersabda, "Segala puji bagi Allah
yang telah membahagiakan umatku dan menyengsarakanmu."
Iblis segera menimpali, "Tidak, tidak.. Tak akan ada
kebahagiaan selama aku hidup hingga hari akhir. Bagaimana kau boleh berbahagia
dengan umatmu, sementara aku boleh masuk ke dalam aliran darah mereka dan
mereka tak boleh melihatku. Demi yang menciptakan diriku dan memberikanku
kesempatan hingga hari akhir, aku akan menyesatkan mereka semua. Baik yang
bodoh, atau yang pintar, yang boleh membaca dan tidak boleh membaca, yang
durjana dan yang soleh, kecuali hamba Allah yang ikhlas."
"Siapa orang yang ikhlas menurutmu ?"
"Tidakkah kau tahu wahai Muhammad, bahawa barang siapa
yang menyukai emas dan perak, ia bukan orang yang ikhlas. Jika kau lihat
seseorang yang tidak menyukai dinar dan dirham, tidak suka pujian dan
sanjungan, aku boleh pastikan bahawa ia orang yang ikhlas, maka aku
meninggalkannya. Selama seorang hamba masih menyukai harta dan sanjungan dan
hatinya selalu terikat dengan kesenangan dunia, ia sangat patuh padaku."
Iblis dibantu oleh 70000 anak-anaknya
Iblis berkata, "Tahukah kamu Muhammad, bahawa aku
mempunyai 70000 anak.. Dan setiap anak memiliki 70000 syaitan. Sebahagian ada
yang aku tugaskan untuk mengganggu ulama. Sebahagian untuk menggangu anak-anak
muda, sebahagian untuk menganggu orang-orang tua, sebahagian untuk menggangu
wanita-wanita tua, sebahagian anak-anakku juga aku tugaskan kepada para Zahid.
Aku punya anak yang suka mengencingi telinga manusia
sehingga ia tidur pada solat berjamaah. Tanpanya, manusia tidak akan mengantuk
pada waktu solat berjamaah.
Aku punya anak yang suka menaburkan sesuatu di mata orang
yang sedang mendengarkan ceramah ulama hingga mereka tertidur dan pahalanya
terhapus.
Aku punya anak yang senang berada di lidah manusia, jika
seseorang melakukan kebajikan lalu ia khabarkan kepada manusia, maka 99%
pahalanya akan terhapus.
Pada setiap seorang wanita yang berjalan, anakku dan syaitan
duduk di pinggul dan pahanya, lalu menghiasinya agar setiap orang
memandanginya.
Syaitan juga berkata, 'Keluarkan tanganmu', lalu ia
mengeluarkan tangannya lalu syaitan pun menghiasi kukunya.
Mereka, anak-anakku selalu meyusup dan berubah dari satu
tempat ke tempat lainnya, dari satu pintu ke pintu yang lainnya untuk menggoda
manusia hingga mereka terhempas dari keikhlasan mereka. Akhirnya mereka
menyembah Allah tanpa ikhlas, namun mereka tidak merasa."
Iblis menambah, "Tahukah kamu, Muhammad, bahawa ada
rahib yang telah beribadat kepada Allah selama 70 tahun. Setiap orang sakit
yang didoakan olehnya, sembuh seketika. Aku terus menggodanya hingga ia
berzina, membunuh dan kufur."
Cara iblis menggoda
Iblis berkata, "Tahukah kau Muhammad, dusta berasal
dari diriku? Akulah makhluk pertama yang berdusta. Pendusta adalah sahabatku.
Barangsiapa bersumpah dengan berdusta, ia kekasihku.
Tahukah kau Muhammad, aku bersumpah kepada Adam dan Hawa
dengan nama Allah bahawa aku benar-benar menasihatinya. Sumpah dusta adalah
kegemaranku.
Ghibah (gosip) dan Namimah (adu domba) kesenanganku.
Kesaksian palsu kegembiraanku.
Orang yang bersumpah untuk menceraikan isterinya ia berada
di pinggir dosa walau hanya sekali dan walaupun ia benar. Sebab barang siapa
membiasakan dengan kata-kata cerai, isterinya menjadi haram baginya. Kemudian
ia akan beranak cucu hingga hari kiamat. Jadi semua anak-anak zina dan ia masuk
neraka hanya kerana satu kalimat 'cerai'.
Wahai Muhammad, umatmu ada yang suka lalai semasa solat.
Setiap ia hendak berdiri untuk solat, aku bisikan padanya waktu masih lama,
kamu masih sibuk, lalu ia manundanya hingga ia melaksanakan solat di luar
waktu, maka solat itu dipukulkannya kemukanya.
Jika ia berhasil mengalahkanku, aku biarkan ia solat. Namun
aku bisikkan ke telinganya 'lihat kiri dan kananmu'. Dia pun menoleh. Pada masa
itu aku usap dengan tanganku dan kucium keningnya serta aku katakan 'solatmu
tidak sah'. Bukankah kamu tahu Muhammad, orang yang banyak menoleh dalam solatnya
akan dipukul.
Jika ia solat sendirian, aku suruh dia untuk bergegas. Dia
pun solat seperti ayam yang mematuk beras. Jika dia berhasil mengalahkanku dan
dia solat berjamaah, aku ikat lehernya dengan tali, hingga dia mengangkat
kepalanya sebelum imam, atau meletakkannya sebelum imam. Kamu tahu bahawa
melakukan itu batal solatnya dan wajahnya akan dirubah menjadi wajah keldai.
Jika dia berhasil mengalahkanku, aku tiup hidungnya hingga
dia menguap dalam solat. Jika ia tidak menutup mulutnya ketika menguap, syaitan
akan masuk ke dalam dirinya, dan membuatnya menjadi bertambah serakah dan gila
dunia. Dan diapun semakin taat padaku.
Kebahagiaan apa untukmu, sedang aku memerintahkan orang
miskin agar meninggalkan solat. Aku katakan padanya, 'kamu tidak wajib solat,
solat hanya wajib untuk orang yang berkemampuan dan sihat. Orang sakit dan
miskin tidak, jika kehidupanmu telah berubah baru kau solat.' Dia pun mati
dalam kekafiran. Jika dia mati sambil meninggalkan solat maka Allah akan
menemuinya dalam kemurkaan.
Wahai Muhammad, jika aku berdusta Allah akan menjadikanku
debu.
Wahai Muhammad, apakah kau akan bergembira dengan umatmu
padahal aku mengeluarkan seperenam mereka dari islam?"
10 permintaan iblis kepada Allah SWT
Rasulullah SAW bertanya kepada iblis, "Berapa yang kau
pinta dari Tuhanmu?"
Jawab iblis, "10 macam."
Lalu Rasulullah SAW bertanya lagi, "Apa saja?"
Lalu iblis menjawab, "Aku minta agar Allah membiarkanku
berbagi dalam harta dan anak manusia, Allah mengizinkan. Allah berfirman,
"Berbagilah dengan manusia dalam harta dan anak. Dan janjikanlah mereka,
tidaklah janji syaitan kecuali tipuan." (Al-Isra: 64)
Harta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya. Aku juga
makan dari makanan haram dan yang bercampur dengan riba, aku juga makan dari
makanan yang tidak dibacakan nama Allah.
Aku minta agar Allah membiarkanku ikut bersama dengan orang
yang berhubungan dengan isterinya tanpa berlindung dengan Allah, maka syaitan
ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada syaitan.
Aku minta agar boleh ikut bersama dengan orang yang menaiki
kenderaan bukan untuk tujuan yang halal.
Aku minta agar Allah menjadikan bilik mandi sebagai rumahku.
Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai masjidku.
Aku minta agar Allah menjadikan syair sebagai Quranku.
Aku minta agar Allah menjadikan pemabuk sebagai teman
tidurku.
Aku minta agar Allah memberikanku saudara , maka Ia jadikan
orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku. Allah
berfirman, "Orang-orang boros adalah saudara-saudara syaitan."
(Al-Isra: 27)
Wahai Muhammad, aku minta agar Allah membuatku boleh melihat
manusia sementara mereka tidak boleh melihatku.
Dan aku minta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir
dalam aliran darah manusia.
Allah menjawab, "Silakan", aku bangga dengan hal
itu hingga hari kiamat. Sebahagian besar manusia bersamaku di hari
kiamat."
Iblis berkata, "Wahai muhammad, aku tak boleh
menyesatkan orang sedikitpun, aku hanya boleh membisikan dan menggoda. Jika aku
boleh menyesatkan, tak akan tersisa seorangpun. Sebagaimana dirimu, kamu tidak
boleh memberi hidayah sedikitpun, engkau hanya rasul yang menyampaikan amanah.
Jika kau boleh memberi hidayah, tak akan ada seorang kafir pun di muka bumi
ini. Kau hanya boleh menjadi penyebab untuk orang yang telah ditentukan
sengsara. Orang yang bahagia adalah orang yang telah ditulis bahagia sejak di
perut ibunya, dan orang yang sengsara adalah orang yang telah ditulis sengsara
semenjak dalam kandungan ibunya."
Rasulullah SAW lalu membaca ayat, "Mereka akan terus
berselisih kecuali orang yang dirahmati oleh Allah SWT." (Hud: 118 - 119)
Juga membaca, "Sesungguhnya ketentuan Allah pasti
berlaku" (Al-Ahzab: 38)
Iblis lalu berkata, "Wahai Rasulullah, takdir telah
ditentukan dan pena takdir telah kering. Maha Suci Allah yang menjadikanmu
pemimpin para nabi dan rasul, pemimpin penduduk syurga, dan yang telah
menjadikan aku pemimpin makhluk-makhluk celaka dan pemimpin penduduk neraka.
aku si celaka yang terusir, ini akhir yang ingin aku sampaikan kepadamu. Dan
aku tak berbohong."
1 comment:
Dengan nama Allah aku memohon perlindungan dari syaitan yang direjam...
Post a Comment