Apapun yang terjadi, Berjalanlah tanpa henti, Air mata tertahan, Waktu untuk dijatuhkan, Nanti kita kan tahu, Betapa bijaknya hidup, Sepahit apapun ini, Pelajaran yang bererti
DOA
‘Ya Allah, rahmatilah pembaca blog ini, sihatkan ia, ampunilah dosa-dosanya, berkatilah amalannya, janganlah Engkau balikkan hatinya setelah Engkau beri petunjuk dan hidayah kepadanya dan Ya Allah masukkanlah ia dan keluarganya kedalam syurga FirdausMu serta jauhkanlah ia dan keluarganya dari azab nerakaMu. Sesungguhnya Ya Allah, hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau sahajalah kami meminta pertolongan. Ya Allah jika rezeki pembaca blog ini masih diatas langit, turunkanlah ia, jika rezekinya di dalam bumi, keluarkanlah ia, jika rezekinya jauh, dekatkanlah ia, jika rezekinya haram, sucikanlah ia dan jika rezekinya sukar, Engkau permudahkanlah ia” Ya Allah kurniakanlah kepada kami segala kebaikan sebagaimana yang Engkau kurniakan kepada hamba-hamba Mu yang soleh.'
Monday, February 13, 2012
Kearah Penyucian Jiwa (Wajib dibaca oleh setiap umat Islam)
Saturday, February 11, 2012
Perkara yang tidak boleh dibeli dengan DUIT
Tetapi walau bagaimana pentingnya duit, masih ada benda yang tidak boleh dibeli dengan duit.
1. Masa
Duit tidak akan dapat mengembalikan masa yang telah berlalu. Setelah hari berganti, maka masa 24jam tersebut akan hilang dan tidak akan mungkin akan kembali lagi. Oleh itu gunakan setiap kesempatan yang ada untuk menyatakan perhatian dan kasih sayang anda kepada orang yang sangat anda sayang dan anda cintai, sebelum waktu itu berlalu dan anda menyesalinya.Begitu juga dengan tanggungjawab dengan Allah, jika kita terlepas waktu Subuh pagi tadi, ia tidak dapat ditukar dengan berapa juta pun wang untuk kembali ke waktu Subuh tadi.
2. Kebahagiaan
Memang kedengaran pelik, tapi inilah kenyataannya. Duit memang boleh membuat anda merasa senang kerana anda boleh bercuti mewah, memberi laptop dengan kemudahan yang sangat canggih, atau membeli kereta dan rumah mewah 8 tingkat sekalipun. Tetapi duit tidak boleh menghadirkan sececah kebahagiaan dari dalam lubuk hati kita. Berapa ramai orang kaya yang tidak boleh tidur walaupun dalam aircond yang sejuk dan dalam bilik yang super mewah yang katilnya berharga berpuluh ribu ringgit.
3. Kebahagiaan Anak
Untuk membeli makanana dan pakaian yang bagus-bagus untuk anak tercinta memang memerlukan duit. Tetapi anda tidak boleh menggunakan wang untuk memberikan rasa aman, tanggungjawab, sikap yang baik serta kepandaian pada anak anda. Hal ini memerlukan waktu dan perhatian yang anda curahkan untuk mereka dan amalan baik yang anda ajarkan. Duit memang membantu kita memenuhi aspek penjagaan, tapi waktu telah membuktikan bahawa keperluan asas tiap anak adalah berapa banyak masa yang diberikan orangtuanya, bukan “duitnya”.
4. Cinta
Cinta tidak boleh dibeli dengan wang, akuilah hal ini benar. Memang dengan duit kita boleh membuat orang tertarik, tapi cinta berasal dari rasa saling menghargai, perhatian, berbagi pengalaman dan kesempatan untuk berkembang bersama. Itu sebabnya banyak pasangan yang berkahwin kerana duit, tidak bertahan lama atau pun tidak merasa bahagia.
5. Persahabatan
Untuk diterima oleh lingkungan pergaulan dengan sahabat, anda tak perlu duit. Apabila anda ingin diterima, fokuskan tenaga anda untuk membuat diri anda berharga bagi lingkungan sekitar dengan menjadi teman dalam suka dan duka.
6. Kesihatan
Kita memerlukan duit untuk membiayai rawatan dan membeli ubat, tapi duit tidak boleh menggantikan kesihatan yang hilang. Itu sebabnya pepatah lebih baik mencegah daripada mengubati .
7. Kejayaan
Beberapa orang memang ada yang mencapai kejayaan dengan menyogok, tapi ini adalah pengecualian. Kejayaan hanya berasal dari kerja keras, kemahuan, dan rezeki yang tertulis. Ada aspek kecil dari usaha menuju sukses yang boleh didapatkan dengan duit, misalnya mengikuti kursus atau membeli peralatan, tapi kejayaan lebih banyak berasal dari usaha yang anda lakukan sendiri.
8. Bakat
Kita dilahirkan dengan bakat tertentu. Dengan duit, yang boleh kita lakukan adalah mengasah bakat tersebut, misalnya belajar muzik. Namun para pakar mengatakan, untuk menjadi pakar di bidangnya, kita memerlukan bakat semulajadi.
9. Sikap yang baik
Banyak orang yang kaya raya tapi sikapnya kasar,sombong dan cakap besar. Tak sedikit juga orang yang sederhana yang tutur katanya sopan dan menunjukkan rasa hormat pada orang lain. Jadi, jumlah duit yang dimiliki bukan penentu sikap seseorang.
10. Kedamaian
Bila wang boleh membeli kedamaian, barangkali kita tak lagi mendengar tentang perang. Tetapi yang sering terjadi sebaliknya, duitlah yang menjadi sumber pertikaian dan permusuhan
Monday, February 6, 2012
Cara merubah diri agar lebih baik
Setiap hari kita selalu beraktiviti yang sama baik sebagai karyawan maupun pengusaha ataupun profesyen lain. Kita merasa bosan, jenuh, dan hilang motivasi, inilah perubahan yang kadang naik dan kadang turun sesuai keadaan dan suasana yang berlangsung. Namun ada perkara yang perlu diingat ataupun dilakukan agar tetap bersemangat dalam mengisi hari-hari agar selalu ternampak positif.
Berikut ini ada 9 cara yang mungkin boleh membantu kita, antara lain:
1 Merubah jalan perasaan
Ada kalanya kita bertindak berdasarkan perasaan, sehingga suasana hati sangat mempengaruhi tindakan kita, Sebagai contoh, saat bersedih mungkin akan mempengaruhi daya kerja seseorang, kerana itu bagaimana seboleh mungkin kita isi perasaan dengan perkara yang berorientasi positif. Sesuatu yang berdasarkan naluri atau hati nurani yang pada dasarnya manusia mempunyai naluri atau hati nurani yang baik, kerana itu selalu usahakan agar energi positif dari perasaan yang selalu positif, jauh dari dengki,dendam,iri,dan penyakin hati lainya akan menyembuhkan perasaan yang sehat dan otomatik menciptakan energy positif dan sehat sehingga daya kerja kita sehati-haripun maksima.Hiaskan situasi yang kondusif dan positif
2 Merubah cara berfikir
Cara berfikir yang cenderung negatif atau prasangka buruk atau fikiran yang berisi perkara yang boleh merugikan diri sendiri atau orang lain boleh membahayakan kesehatan dan jiwa seseorang. Berfikirlah seakan masa lampau yang sudah lepas sebagai modal inspirasi untuk berbuat lebih baik dimasa sekarang maupun esok. Fikiran tentang pengembangan diri terhadap perkembangan komuniti sekitar akan menjadi pemacu semangat dan kreativiti seseorang. Tambah pengetahuan dibidang apapun dengan melihat,mendengarkan dan membaca, bahkan kata ilmuwan menulis atau corat-coret boleh menghilangkan stress dan mendatangkan inspirasi baru.
3 Merubah cara pandang terhadap orang lain
Dalam pergaulan sehari-hari usahakan berpandangan positif terhadap orang, walaupun memang tidak sedikit orang yang memandang sinis,melecehkan ataupun sensitif namun bila anda tetap punya prinsip hidup sendiri berdasarkan hati nurani anda. Selalu mengikuti arah orang lain tanpa perinsip anda sendiri membuat anda tidak berharga, jika anda tidak menghargai diri anda bagaimana orang lain menghargai anda?
4 Merubah pikiran tentang wang
Berbagai cara orang untuk mendapatkan wang, namun tetap harus punya prinsip bahwa wang adalah sebuah alat perhubungan bukan tujuan dari penyampaian. Contoh untuk bertahan hidup orang perlu wang untuk makan dan minum maka gunakan wang sekedarnya bukan tujuan orang makan dan minum untuk wang, ubah cara befikir. Wang sebagai alat bukan tujuan.Jika sebagai alat gunakan pada tujuannya.
5 Merubah cara penghargaan diri
Anda berharga dan istimewa, kerana itu adalah pengharagaan diri yang tertinggi. Sering mengeluh terhadap segala hal kurang baik. Orang akan berfikir rumput tetangga tampak lebih hijau, itu hanya cara pandang orang yang berbeda. Contoh: Anjing dan belalang berlumba, dan menurut aturan Anjing siapa yang lompatanya tertinggi itu yang juara, ketika lompatan Anjing lebih tinggi dari belalang, maka Anjing juara kerana bersaing berdasarkan peraturan Anjing, Namun bila belalang yang punya peraturan tinggi lompatan berbanding dengan besar tubuh masing-masing maka lompatan belalang yang tertinggi. Maka belalang juara. So hargailah diri sendiri dengan mengalahkan diri sendiri, bukan orang lain.
6 Merubah cara berkreasi
Tambahlah pengetahuan dan pengalaman baik dengan berbagai sumber, boleh dari buku-buku bacaan, film-film, cerita sejarah hidup orang terdahulu , kitab-kitab dan bertukar fikiran dengan orang lain yang boleh dijadikan tauladan. Akan secara lansung menambah daya kreatif dan berfikir positif. Kata pepatah belajarlah selama hayat masih dikandung badan. Tidak ada kata tua atau terlambat untuk belajar perkara baru kearah lebih baik.Sumber yang positif akan menghasilkan kreatif yang positif pula.
7 Merubah cara pandang kesehatan diri
Kesehatan itu sangat berharga, akan terasa dan terlihat bila kita sakit. Maka gunakan sehat sebelum sakit, dan gunakan sebahagian waktu luang untuk berolah raga, secukupnya saja. Keterlaluan juga kurang baik, beri kesempatan metabolisme tubuh untuk mengolahnya. Intinya jangan tidak berolah raga sama sekali. Ada pepatah dalam jasmani yang sehat terdapat pula rohani yang sehat.
8 Merubah apa yang dimakan
Kata orang bijak, makanlah selagi lapar dan minumlah selagi haus. Dalam erti makan dan minumlah tanpa harus berlebihan. Kerana itu dalam umat muslim juga ada acara puasa selama satu bulan, itu bererti Allah pun mengingatkan pada kita untuk memberi istirahat pada tubuh yang selalu digunakan untuk mengolah makanan. selain merubah cara pandang terhadap sesama berdasarkan dari kita makan.Apa yang dimakan pun harus diperhatikan, Contoh ungkapan ,makan ikan jangan semuanya dimakan, kerana didalamnya ada tulang duri dan kotoran.
9 Merubah cara memperhatikan komuniti
Kata orang bijak, melihat dan memperhatikan itu berbeda. Melihat belum tentu memperhatikan sedangkan memperhatikan sudah pasti melihat. Maka perhatikanlah komuniti anda berada. Menciptakan suasana positif dan stabil akan menumbuhkan idea-idea positif dan mudah berkreatif. Kreatif dari fikiran positif akan menghasilkan yang positif pula,pun sebaliknya. Semoga Berjaya apa yang kita mahukan.
Thursday, February 2, 2012
Menfaatkan Peluang
Peluang untuk mengaut pahala juga datang sekali sahaja. Kalau kita tidak mengambil peluang membaca al-Quran dalam bulan Ramadan yang lalu bermakna kita tidak berpeluang buat kali kedua sehingga datangnya Ramadan tahun depan. Tapi itu sudah dikira peluang baru. Apakah kita akan melepaskan peluang itu sekali lagi.
Begitu juga kalau kita tidak mengambil peluang untuk memimpin tangan seorang makcik yang uzur keluar dari komuter, peluang itu akan direbut oleh orang lain. Apa perasaan kita hidup dalam suasana persekitaran orang berlumba-lumba untuk membuat kebajikan sedangkan kita?
Kalau kita tidak memberhentikan kereta kita di sebatang jalan raya untuk menolong seorang yang ditimpa kemalangan, ada banyak kemungkinan akan berlaku:
Orang itu akan mati kerana cedera parah atau pendarahan teruk.
Orang lain yang lalu pun berpendirian seperti kita yang tidak mahu menolong.
Kita akan menyesal apabila terbaca di akhbar keesokan harinya yang orang itu mati dalam perjalanan ke hospital 2 jam selepas kita berlalu.
Penumpang lain dalam kereta kita, sama ada keluarga atau kawan kita akan menyalahkan kita kerana sikap tamak dan mementingkan diri sendiri kita itu.
Peluang yang seperti ini jarang berulang kali kedua.
Kalau begitu setiap detik perjalanan kehidupan harian kita adalah peluang yang perlu kita rebut. Masa terus berlalu dan mustahil untuk berulang. Peluang baru datang dan pergi sedetik kemudian.
REBUT LIMA SEBELUM LIMA
Antara peluang lain yang harus kita rebut adalah seperti maksud hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima:
Masa muda kita yang sihat dan kuat sebelum kita di mamah usia.
Masa sihat sebelum kita sakit.
Masa lapang sebelum kita sibuk.
Masa kaya sebelum kita jatuh miskin, dan
Masa hidup sebelum malaikat Maut datang menjemput kita.
Ada anak yang sentiasa bertangguh untuk berbuat kebaikan kepada kedua-dua orang tuanya dengan seribu satu alasan:
Sibuk dengan tugas dan kerjaya yang tak kunjung surut.
Tidak ada cuti.
Tidak cukup wang kerana banyak tanggungan.
Jauh.
Letih.
Sedarkah kita bahawa ibu dan bapa kita tidak pernah memberi alasan sedemikian sewaktu mengandung, melahirkan dan membesarkan kita. Kalau kita tidak mengambil sekali peluang yang datang, jangan menyesal kalau kita tidak lagi berpeluang untuk berbakti kepada kedua-duanya apabila menerima berita kematian mereka.
Ambillah peluang untuk membantu sesiapa sahaja yang anda boleh. Rebutlah peluang untuk memberi kasih sayang pada anak-anak dan pasangan anda sementara mereka masih memerlukannya. Buatlah sekarang kerana besok tidak menjanjikan apa-apa. Rebutlah peluang untuk membina legasi anda hari ini. Bertanyalah pada diri anda apakah legasi yang anda akan tinggalkan apabila anda sudah tiada lagi dalam dunia ini. Adakah anda akan dikenang kerana kebaikan ataupun keburukan anda. Ambillah peluang itu sekarang!
Dan akhirnya jangan lepaskan peluang untuk kita bertaubat atas segala kesalahan kita kepada Allah SWT dan kepada manusia. Ringan-ringankanlah mulut untuk meminta maaf atau ringan-ringankanlah tangan untuk memohon ampun kerana sesungguhnya peluang itu datang sekali. Jangan kita langsung tidak berpeluang untuk bertaubat
Sunday, January 29, 2012
Bagaimana Bersaing Dengan Diri Sendiri
1. Diri kita yang zahir.
2. Diri kita yang ideal atau juga dipanggil roh atau jiwa kita.
Diri kita yang zahir sering melahirkan tabiat dan perangai yang lemah dan malas. Semua sifat negatif ada dalam diri kita seperti: malas, letih, dengki, kecewa, ragu-ragu, tidak yakin, marah, malu, bimbang, takut dan seribu satu macam perasaan negatif yang lain.
Untuk berjaya, maju, cemerlang, terbaik dan menjadi nombor satu, kita mesti meninggalkan sifat-sifat negatif ini dengan sedaya upaya kita dan bergerak menuju sikap idealistik seperti perfectness, bijak, cemerlang, berjaya, sentiasa berada pada kedudukan nombor satu, tangkas, excellent, pencapaian 100%, luar biasa dan sebagainya. Inilah diri kita sebenar. Inilah kemampuan kita yang sepatutnya.
Jadi setiap masa kita hendaklah bersaing dengan "diri kita" yang negatif ini untuk menjadi seorang "diri kita" yang terbaik.
Kalau kita bersaing dengan orang lain, kita akan menghadapi banyak masalah.
Masalah Bersaing Dengan Orang Lain
1. Kita akan kecewa jika kita gagal menyainginya.
2. Timbul sifat dengki dan iri hati.
3. Orang yang kita bersaing itu mungkin lebih lemah atau lebih negatif daripada diri kita.
4. Bersaing dengan orang lain ini lambat. Kita boleh pergi lebih cepat jika bersaing dengan diri sendiri.
5. Masa untuk bersaing sangat terhad sedangkan kita boleh bersaing dengan diri sendiri 24 jam.
6. Orang yang kita bersaing itu jauh daripada diri kita sedangkan diri kita adalah "orang" yang paling hampir dengan kita.
7. Setakat mengalahkan pesaing, belum menjamin kita menjadi terbaik.
Kehebatan Bersaing Dengan Diri Sendiri
1. Berlaku 24 jam termasuk ketika tidur.
2. Sasaran kita ialah ideal atau 100%.
3. Tidak memerlukan ruang, masa dan kos.
4. Menggerakkan tenaga minda sedangkan bersaing dengan orang lain sering melibatkan tenaga fizikal.
5. Bersaing dengan diri sendiri lebih mudah untuk menduduki tempat pertama.
6. Kepuasan hati dan jiwa apabila berjaya lebih kuat daripada kepuasan bersaing dengan orang lain.
Bagaimana Bersaing Dengan Diri Sendiri?
1. Baiki kelemahan diri.
2. Jangan buang masa.
3. Dapatkan kemahiran melalui seminar, kursus, pembacaan dan sebagainya.
4. Selalu bertanya dengan orang yang lebih tahu.
5. Sentiasa mujahadah dengan diri kita sendiri. Sasarannya ialah diri kita akan menang.
6. Sentiasa buat yang terbaik dalam segala bidang dan skop kerja.
7. Yakin dengan diri sendiri dan bantuan Tuhan.
8. Tinggalkan semua sifat mazmumah dalam diri.
9. Berani melaksanakan langkah bijak yang kita rancang.
10. Jangan berhenti selagi belum barjaya.
Bersaing dengan diri tidak bererti anda harus memencilkan diri atau menjadi "kera sumbang" di tengah kelompok kawan-kawan atau masyarakat. Perhubungan dan interaksi kita dengan orang lain berjalan macam biasa.
Bila kita betul-betul bersaing dengan orang lain misalnya dalam ujian, peperiksaan, acara gelanggang, pertandingan syarahan dan pidato, pertandingan melukis dan sebagainya, ini sebenarnya hanya persaingan untuk seketika untuk menentukan di mana kedudukan kita dengan orang lain.
Apabila pertandingan atau persaingan tamat, kita akan kembali sebagai diri kita yang asal dan proses bersaing dengan diri sendiri akan berjalan semula 24 jam sebelum bertemu kembali dalam persaingan gelanggang yang akan datang.
Kalau anda sudah bersaing dengan diri anda 24 jam, maka dalam persaingan dengan orang lain anda akan meningkatkan kedudukan dan diri anda hingga anda akan berjaya mendapat kedudukan nombor satu!
Selamat bersaing dengan diri anda sendiri
















