DOA

‘Ya Allah, rahmatilah pembaca blog ini, sihatkan ia, ampunilah dosa-dosanya, berkatilah amalannya, janganlah Engkau balikkan hatinya setelah Engkau beri petunjuk dan hidayah kepadanya dan Ya Allah masukkanlah ia dan keluarganya kedalam syurga FirdausMu serta jauhkanlah ia dan keluarganya dari azab nerakaMu. Sesungguhnya Ya Allah, hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau sahajalah kami meminta pertolongan. Ya Allah jika rezeki pembaca blog ini masih diatas langit, turunkanlah ia, jika rezekinya di dalam bumi, keluarkanlah ia, jika rezekinya jauh, dekatkanlah ia, jika rezekinya haram, sucikanlah ia dan jika rezekinya sukar, Engkau permudahkanlah ia” Ya Allah kurniakanlah kepada kami segala kebaikan sebagaimana yang Engkau kurniakan kepada hamba-hamba Mu yang soleh.'

Tuesday, December 2, 2014

Bacalah Sebelum Kematian

Pada suatu hari malaikatul maut datang untuk bertemu dengan Nabi Idris as lalu Nabi Idris meminta agar malaikatul maut mencabut nyawanya dan kemudian Allah menghidupkannya kembali. Permintaan ini dilakukan untuk Nabi Idris as mengetahui kesakitan sakaratul maut agar taqwanya lebih mendalam dan teguh lagi. Maka Allah memberikan wahyu kepada malaikatul maut supaya mencabut nyawa nabi Idris dan meninggalkan ketika itu juga. Malaikatul maut menangis dan memohon kepada Allah supaya Dia (Allah) menghidupkan kembali Nabi Idris lalu dimakbulkan Allah.
Setelah di dapati Nabi Idris as sudah hidup kembali, malaikatul maut bertanya: “Ya saudaraku, bagaimana rasanya kesakitan maut?” Jawab Nabi Idris: “Sesungguhnya ibarat terkelupasnya kulit dalam keadaan hidup-hidup, maka rasa sakit menghadapi maut itu lebih dari 1000 kali sakitnya.” Kata malaikat maut: “Secara berhati-hati dan tidak kasar yang telah saya lakukan khusus mencabut nyawa engkau itu, belumlah pernah aku lakukan terhadap seseorang pun.”

Diriwayatkan lagi bahawa Nabi Isa as telah menghidupkan beberapa orang yang telah mati dengan keizinan Allah. Maka sebahagian orang kafir berkata: “Sesungguhnya engkau telah menghidupkan orang-orang yang telah mati yang masih baru, yang mungkin mereka itu belum benar-benar mati. Maka cuba hidupkan untuk kami orang yang telah mati seperti zaman yang awal dulu.”

Kata Nabi Isa as: “Cubalah kamu pilihkan?” Mereka berkata: Hidupkanlah untuk kami anak Nabi Nuh as (Sam bin Nuh).” Maka Nabi Isa as pergi ke kuburnya, lalu mengerjakan solat dua rakaat dan berdoa kepada Allah. Dan Sam bin Nuh dihidupkan kembali, tetapi rambut dan janggutnya sudah beruban. Nabi Isa as hairan kenapa jadi begitu. Berkata Sam bin Nuh: “Saya telah mendengar panggilanmu dan saya mengira hari kiamat telah tiba, maka rambut dan janggut saya berubah menjadi putih seperti ini dari sebab takutnya hari kiamat. Berkata Nabi Isa as: “Sudah berapa tahun kau meninggal dunia?” Kata Sam: “Semenjak 4000 tahun lalu maka belumlah hilang sakit dari sakaratul maut.”

Betapa kerapnya malaikat maut melihat dan merenung wajah seseorang, iaitu dalam masa 24 jam sebanyak 70 kali, andainya manusia sedar hakikat tersebut, nescaya dia tidak akan lalai mengingati mati. Tetapi oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan oleh Malaikat Izrail. Justeru itu tidak hairan jika ramai manusia yang masih mampu bersenang riang dan bergelak ketawa, seolah-olah dia tiada masalah yang perlu difikir dan direnungkan dalam hidupnya. Walaupun dia sebenarnya adalah seorang yang miskin amal kebajikan serta tidak memiliki sebarang bekalan untuk akhiratnya, dan sebaliknya banyak pula melakukan dosa.
Sebuah hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa.” Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati.

Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi SAW yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut. Meskipun mata manusia hanya mampu melihat alam benda yang nyata, tidak mungkin dapat melihat kehadiran malaikat maut itu. Namun pandangan mata hati mampu melihat alam ghaib, iaitu memandang dengan keyakinan iman dan ilmu.

Sebenarnya manusia itu sedar bahawa setiap makhluk yang hidup pasti akan mati, tetapi manusia menilai kematian dengan berbagai tanggapan. Ada yang menganggap kematian itu adalah suatu tabi’e biasa sebagai pendapat golongan atheis, dan tidak kurang pula orang yang mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebabnya yang zahir sahaja. Dia mengambil logik bahawa banyak kematian disebabkan oleh sesuatu tragedi, seperti diakibatkan oleh peperangan, bencana alam seperti gempa bumi, banjir, kebakaran dan juga kemalangan sama ada di udara, laut dan daratan termasuk kemalangan jalan raya. Selain itu mereka juga melihat kematian disebabkan oleh serangan penyakit yang merbahaya seperti penyakit barah, sakit jantung, AIDS, demam denggi, ta’un dan sebagainya.

Disebabkan manusia melihat kematian hanya dari sudut sebab musabab yang lumrah, maka manusia sering mengaitkan kematian itu dengan kejadian-kejadian yang disebut di atas. Jika berlaku kematian di kalangan mereka, lantas mereka bertanya, “sebab apa si pulan itu mati, sakitkah atau kemalangankah?”. Tidak ramai manusia yang mengaitkan kematian itu dengan kehadiran malaikat maut yang datang tepat pada saat ajal seseorang sudah sampai, sedangkan malaikat maut sentiasa berligar di sekeliling manusia, mengenal pasti memerhatikan orang-orang yang tempoh hayatnya sudah tamat.
Sesungguhnya malaikat maut menjalankan arahan Allah SWT dengan tepat dan sempurna, dia tidak diutus hanya untuk mencabut roh orang sakit sahaja, ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan mala petaka. Jika Allah SWT menetapkan kematian seseorang ketika berlaku kemalangan, atau ketika diserang sakit tenat, maka Izrail mencabut roh orang itu ketika kejadian tersebut. Namun ajal tidak mengenal orang yang sihat, ataupun orang-orang mewah yang sedang hidup rehat dibuai kesenangan. Malaikat maut datang tepat pada waktunya tanpa mengira orang itu sedang ketawa riang, atau mengerang kesakitan. Bila ajal mereka sudah tiba, maka kematiannya tidak tertangguh walau sesaat.

Walau bagaimanapun ada ketikanya Allah SWT jadikan berbagai sebab bagi sesuatu kematian, yang demikian itu ada hikmah disebaliknya. Misalnya sakit tenat yang ditanggung berbulan-bulan oleh seseorang, ia akan menjadi rahmat bagi orang beriman dan sabar, kerana Allah Taala memberi peluang dan menyedarkan manusia agar dia mengingat mati, untuk itu dia menggunakan masa atau usia yang ada untuk berbuat sesuatu, membetulkan dan bertaubat dari dosa dan kesilapan serta memperbaiki amalan, serta menambah bekalan untuk akhirat, jangan sampai menjadi seorang yang muflis di akhirat kelak.

Begitu juga orang yang mati mengejut disebabkan kemalangan, ia akan menjadi pengajaran dan memberi peringatan kepada orang yang masih hidup supaya mereka sentiasa waspada dan tidak lalai dari berusaha memperbaiki diri, menambah amal kebajikan dan meninggalkan segala kejahatan. Kerana sekiranya ajal datang secara tiba-tiba pasti akan membawa sesalan yang tidak berguna. Di kalangan orang solihin menganggap bahawa sakit yang ditimpakan kepada dirinya adalah sebagai tanda bahawa Allah SWT masih menyayanginya. Kerana betapa malangnya bagi pandangan orang-orang soleh itu jika Allah SWT mengambil roh dengan tiba-tiba, tanpa sebarang amaran terlebih dahulu. Seolah-olah Allah SWT sedang murka terhadap dirinya, sebab itulah Allah SWT tidak beri amaran terlebih dahulu kepadanya. Keadaan orang itu ibarat orang yang tidak menyedari adanya bahaya di hadapannya, jika tiada amaran terlebih dahulu nescaya dia akan menjerumus ke lembah bahaya itu.

Selain itu Allah Taala menjadikan sebab-sebab kematian itu bagi memenuhi janjiNya kepada malaikat maut, sebagaimana diriwayatkan oleh Saidina Abbas r.a dalam sebuah hadis Nabi yang panjang. Antara lain menjelaskan bahawa Izrail merasa kesedihan apabila dibebankan dengan tugas mencabut roh makhluk-makhluk bernyawa kerana di antara makhluk bernyawa itu termasuk manusia yang terdiri dari kekasih-kekasih Allah, iaitu para Rasul SAW, para nabi-nabi, para wali-wali dan orang-orang solihin. Selain itu malaikat maut mengadu kepada Tuhan betapa dirinya tidak disenangi oleh keturunan Adam, dia mungkin dicemuh kerana dia ditugaskan mencabut roh manusia, yang akan menyebabkan orang akan berdukacita, kerana kehilangan sanak keluarga dan orang-orang yang tersayang di kalangan mereka.
Diriwayatkan bahawa Allah SWT berjanji akan menjadikan berbagai sebab-sebab kepada kematian yang akan dilalui oleh keturunan Adam. Sehingga keturunan Adam itu akan memikirkan dan mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebab yang dialami oleh mereka. Apabila berlaku kematian, mereka akan berkata bahawa si anu itu mati kerana menghidap sakit, ataupun kerana mendapat kemalangan, mereka akan terlupa mengaitkan malaikat maut dengan kematian yang berlaku itu. Ketika itu Izrail tidak perlu bersedih kerana manusia tidak mengaitkan kematian tersebut dengan kehadiran malaikat maut, yang sememangnya diutus oleh Allah SWT pada saat mala petaka atau sakit tenat seseorang itu bertepatan dengan ajal mereka yang sememangnya telah tiba.

Namun pada hakikatnya bahawa ajal itu adalah ketetapan Allah, yang telah termaktub sejak azali lagi. Semuanya telah nyata di dalam takdir Allah, bahawa kematian pasti tiba pada saat yang ditetapkan. Izrail hanyalah tentera-tentera Allah yang menjalankan tugas seperti yang telah diamanahkan kepadanya. Walau bagaimanapun adalah menjadi hak Allah Taala untuk menentukan kematian seseorang itu sama ada bersebab atau tidak, sebagaimana yang dinyatakan pada awal tulisan ini, bahawa ada ketikanya malaikat maut datang hendak mencabut roh seseorang, tetapi manusia yang dikunjungi malaikat maut sedang dalam keadaan seronok bergelak ketawa, hingga malaikat maut merasa hairan terhadap manusia itu.

Ini membuktikan bahawa kematian itu tidak pernah mengenal, sama ada seseorang yang sedang sakit ataupun ketika sihat dan segar bugar. Firman Allah Taala Yang bermaksud: “Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mencepatkannya. “(Surah Al-A’raf: ayat 34)

Allah merahsiakan saat kematian kita, adalah untuk melihat sejauh mana kita melaksanakan amalan yang telah ditetapkan kepada kita dan sedalam mana pula kita meninggalkan larangannya. Manusia yang hatinya sentiasa ingatkan mati, akan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepadanya dengan lebih jujur, bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah. Manusia begini sentiasa merasai setiap tingkah lakunya diperhatikan oleh Allah SWT. Dan ia juga mengetahui setiap tanggungjawab dan amanah yang dipikul akan ditanya satu persatu oleh Allah di akhirat kelak.

Kesakitan bila nyawa dicabut oleh malaikatul maut tidak dapat dibayangkan sama sekali.
Walau bagaimanapun Nabi ada bersabda, maksudnya: “Bahawa Rasulullah mengingatkan tentang mati dan keseksaannya, maka sabda Baginda: Iaitulah sakitnya 300 kali tetakan pedang.” Bayangkanlah jika kita ditetak atau dipukul dengan kayu, rotan mahupun besi bukan banyak, cuma sekali saja, itupun sudah tidak dapat digambarkan kesakitannya. Inikan pula ditetak dengan 300x tetakan.
Bayangkanlah sendiri. Cuba kita tanggalkan pula kuku daripada isinya, pastinya sakit tidak tertahan. Daging disiat-siat dan dilapah hidup-hidup, dahaga yang amat sangat sehingga air lautan di dunia ini tidak mampu menghilangkannya. Semuanya ini cuma secebis dari perbandingan kesakitan maut,malah beribu-ribu kali lebih sakitnya daripada itu. Oleh itu, untuk meringankan keseksaan roh ketika dicabut oleh malaikat maut, maka digariskan beberapa amalan tertentu yang perlu diamalkan. Antaranya:-

Sebelum tidur:
  • Bacalah surah Al-Ikhlas tiga kali
  • Selawat ke atas Nabi
  • Membaca tasbih
Amalan harian:
  • Sentiasa membaca Al-Quran
  • Memelihara solat terutama solat fardu
  • Menghormati (jangan bercakap) waktu azan diperdengarkan
  • Membaca tasbih
  • Membanyakkan sedekah
  • Sentiasa berzikir menyebut Allah
Amalan yang perlu dijauhi:
  • Dusta
  • Khianat
  • Mengadu domba
  • Kencing berdiri
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Bersuci kamu sekalian dari buang air kecil kerana sesungguhnya kebanyakkan seksa kubur itu dari sebab buang air kecil.”

Saturday, November 15, 2014

Mencari Redha Allah Atas Karenah Manusia

Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Al-Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut daripada belakang. Melihat tingkahlaku Luqman itu, setengah orang pun berkata; “Lihat itu, orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki”. Setelah mendengar desas-desus daripada orang ramai, maka Luqman pun turun daripada himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di kawasan itu berkata pula; “Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu”. Sebaik saja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi; “Lihat itu, dua orang menaiki seekor himar, sungguh menyeksakan himar itu”. Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun daripada himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata; “Lihat, dua orang yang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderaikan, membazir”. Dalam perjalanan ke rumah, Luqman Al-hakim telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya; “Sesungguhnya tiada seorang pun terlepas daripada percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan pertimbangan Allah SWT sahaja (pandangan manusia yang baik boleh diambil).
Barangsiapa mengenali kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap sesuatu. Allah Yang Maha Sempurna itu juga ada yang mengejinya dan membencinya. Nabi Muhammad SAW yang sopan santun lagi maksum itu juga ada yang mengejinya dan membencinya. Jadi siapalah kita yang tidak sempurna dan banyak kekhilafan ini. Kita manusia biasa dan jangan anggap kita luar biasa. Apapun, utamakan pandangan Allah, jangan diutamakan pandangan manusia, biarkan manusia berkata - kata. Yakinlah, Allah lah sebaik-baik hakim Yang Maha Adil yang paling layak mengadili tindak tanduk kita.

Ironinya hari kita lihat fenomena berikut kerap berlaku dikalangan masyarakat kita;
Bila kita jadi jahat, orang benci.., bila jadi baik, orang meluat...
Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita berlagak alim..., bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata... "Astaghfirullah! Apa la nak jadi… dah nak kiamat kot?..."
Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kita skema a.k.a nak tunjuk baik..., bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam takde masa depan..
Bila kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni bajet bagus..., bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni kurang ajar...
Bila kita pakai sopan-sopan, ada orang kata kita ni kampong gilerr..., bila kita pakai 'dedah sana-sini'.. ada orang kata kita ni takde harga diri sebab tayang free..
Bila kita bagi nasihat, ada orang kata "jangan sibuk jaga tepi kain orang, boleh?.....", bila kita sindir-menyindir, ada orang kata "tak reti bagi nasihat leklok?.."
Bila kita tolong buat kerja, ada orang kata "yang sibuk sangat nak tolong buat keja orang lain watpe?".., Bila kita tak tolong apa-apa, ada orang kata "apesal pemalas sangat ni? Nak minta tolong pun susah?"..
Dan sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita. Apa yang kita buat semua salah.. semuanya tak betul di mata mereka.. Kalau buat salah sudah tentunya salah.. tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata.. ingat pesanan ini; Keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula, perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan Allah SWT terhadap kita.. bukan pandangan manusia.... mari kita renung-renungkan.

Bila kita berdepan dengan BOB (Buat Orang Bersalah) dan ujian-ujian yang sebegitu, janganlah kita bersedih dan rendah diri, serta mula merasa ‘give up’ dalam proses untuk berubah ini. Don’t simply surrender. Jihad ini sememangnya sukar. Penuh dengan mehnah dan tribulasi. Apa yang boleh kita lakukan bila menghadapi BOB atau orang yang suka menjatuhkan semangat ini?

#1 : Sabar Dan Kuatkan Hati
Inilah langkah yang paling asas dan pertama kita perlu lakukan, iaitu bersabar. Pada mulanya mungkin kita berasa sangat sukar untuk bersabar bila sentiasa diuji hebat oleh orang sekeliling yang sentiasa ingin menjatuhkan semangat kita. Namun percayalah, jika kita teruskan untuk bertahan dalam kesabaran, lama-kelamaan ia akan membentuk hati kita untuk kuat. Memang pada mulanya kita akan selalu menangis dan berkecil hati, namun selepas itu kita akan mendapat hati yang jauh lebih teguh dan kuat dari sebelumnya. Pelangi akan muncul selepas turunnya hujan yang membasahi pipi bumi..

#2 : Berpura-pura bodoh dan buat selamba
Biasa orang-orang dari golongan BOB ini suka menyindir dan memperlekehkan kerana bertujuan untuk menyakitkan hati. Mereka akan lebih seronok jika kita memberi reaksi tersinggung, kerana mereka telah berjaya mencapai tujuan mereka. Oleh apa yang boleh kita buat? Buat mereka mereka berasa tidak seronok bila cuba untuk menjatuhkan semangat kita. Bagaimana? Kita boleh “membodohkan” perkataan mereka untuk menyindir kita. Contohnya, jika dia berkata “Kau ingat kau baik sangat?” Kita boleh membalas, “Takde la baik sangat..”. Selalunya balasan seperti itu akan menyakitkan hati mereka kembali. Namun sekadar itu sahaja, tidak perlu kita memanjangkan perang mulut jika mereka membalas kembali. Senyum dan buat muka selamba. Rileks dan abaikan mereka. Sebab sebenarnya, apabila seseorang itu menyindir, mereka mengharapkan kita tersentak, atau berasa marah, rendah diri atau tidak yakin. Sebaliknya jika kita cuma tersenyum sahaja, itu membuatkan rancangan dia untuk ‘menjatuhkan semangat’ kita tidak menjadi. Oleh itu kekal tenang dan senyum. Mentertawakan tetapi tidak bermaksud ingin menjatuhkan. Kadang-kadang ada juga yang ketawa bila melihat kita, biasanya rakan-rakan rapat yang berasa lucu dan ingin bergurau dengan kita. Mungkin mereka terkejut melihat perubahan pada kita dan ingin mengusik kita. Bertenang, jangan cepat melatah. Layankan sahaja gelagat mereka dan teruskan ketawa bersama mereka. Namun kita harus pandai membezakan gurauan dan hinaan.

#3 Fokuskan kepada apa yang kita sedang usahakan
Keep your eyes on the ball – Istilah ini sangatlah besar maknanya bagi kita untuk tetap fokus. Memperlekehkan, menyindir, mengejek, memalukan dan menjatuhkan semangat ini sebenarnya perkara biasa dalam kehidupan. Pernahkan kita menyaksikan pertandingan atau perlawan bola dipadang? Perasankah kita ada penonton yang berada dibahagian tepi padang? ada yang mengejek dan ada juga yang memberi semangat kepada pemain. Untuk memenangi perlawanan, pemain harus fokus pada perlawanan yang sedang dilalui dan tidak mempedulikan perkara lain. Jika dia gagal untuk mengekalkan fokus dan mendengar ejekan-ejekan, pasti dia tidak akan dapat beraksi dengan baik dan mudah ditewaskan. Jadi ibaratkan diri kita seperti pemain bola diatas padang yang sedang berusaha memenangi perlawanan. Yang menjadi masalah, kadang-kadang disebalik kata-kata kata semangat yang kita terima, pasti ada terselit juga kata-kata yang menjelekkan dan negatif. Bagaimana untuk kita menghadapi perkara ini? Berdirilah atas kaki kita sendiri. Jangan tentukan diri kita berdasarkan kata-kata dari orang lain. Jadilah diri kita sendiri dan yakinlah dengan perubahan yang kita buat kerana Allah ini adalah tepat dan terbaik. Jika kita memikirkan kata – kata orang lain, kita akan menjadi seseorang yang bergantung pada orang lain, dan membiarkan pendapat orang lain mengendalikan kita. Kita bukan semudah itu untuk menjadi loser!
#4 Mengelakkan Diri Dari Mereka, jika perlu..
Apabila kita menghadapi situasi di mana kita berhadapan dengan sahabat yang memang kuat menyindir atau orang yang terlalu aggresif memprovokasi kita, sebaiknya kita menghindar diri buat sementara waktu. Lebih baik kita mendiamkan diri dan jangan mendekati orang tersebut dan carilah tempat yang membuat kita selesa. Ini dapat mengelakkan kita berasa sakit hati dan pergaduhan. Sebagai seorang muslim, kita digalakkan untuk segera berwuduk kerana dengan berwuduk akan dapat menenangkan fikiran kita. Lebih berkesan lagi jika kita mengamalkan membaca surah Yassin dan memperbanyakkan istigfar.

Penutup: Berdoalah kepada Allah
Jelas, hakikatnya dari 99 kebaikan yang kita dilakukan boleh tertutup dengan 1 kejahatan yang kalau dilakukan. Walaupun sebenarnya kita tidak melakukan kejahatan berkenaan. Penyakit hati manusia ini sukar untuk dikikis. Apabila tidak bendung, makin bercambah dalam diri. Manusia sebegini fikiran dan hatinya terlalu negatif. Dapat sesuatu isu terus dirasakan negatif. Terus menerus memang serong terhadap manusia lain. Tiada sesiapa yang dapat mengubah tafsiran dan tanggapan ini, hanyalah diri sendiri jua.

Jadi sekiranya kita tidak mampu mengawal mereka yang senantiasa membuat penilaian terhadap manusia lain ini, makanya kita redhakan saja. Itu yang terbaik. Manusia akan terus berkata-kata dan berfikiran negatif. Jadi, utamakan pandangan Allah SWT daripada penilaian manusia. Semua orang sedia maklum, sebaik mana pun kebaikan yang ditaburkan oleh seseorang tu, orang tetap mengata yang bukan-bukan. Orang tetap berfikiran negatif. Ada saja cacat cela. Ada saja yang tak kena. Lumrah sebagai insan manusia. Tapi kita tahu, bukan semua orang begitu. Mungkin segelintir daripada kita. Yang masih punya rasa tidak berpuas hati dengan manusia lain. Jadi, rahmatilah mereka. Dan kita terus jadi diri sendiri. Jadi diri sendiri hanya bermatlamatkanNya. Terus lakukan apa sahaja yang kita rasa itu adalah baik untuk kita. Baik untuk semua.
Apabila kita telah melakukan kesemua tips diatas tadi, tetapi belum juga berhasil, maka langkah terakhir kita adalah berdoa kepada Allah, menyerahkan semuanya kepada Allah. Memohon agar sahabat, jiran tetangga dan orang – orang ini dihilangkan penyakit hatinya kerana sifat menjatuhkan semangat orang itu merupakan penyakit hati. Semoga memberi manfaat. Artikel diatas cumalah pandangan saya yang naif berdasarkan pengalaman saya. Mungkin kalian ada pengalaman atau tips yang boleh dikongsikan? Catatkan apa yang bermain dalam fikiran kalian sekarang pada ruangan komen dibawah.

Tuesday, November 11, 2014

Pengucapan Yang Betul Dalam Islam

Assalamu alaikum wbrt wahai sahabat-sahabatku. Kali ini ingin saya kongsikan yang berkaitan ucapan-ucapan mahmudah yang sepatutnya kita amalkan dalam kehidupan seharian. Malangnya, ada antara ucapan-ucapan ini disalah guna oleh orang ramai lantaran terkeliru. Terima kasih kepada kepada individu yang mengumpulkan maklumat berharga ini.
1. Perkataan SUBHANALLAH (MAHA SUCILAH ALLAH)
Ianya diucapkan tatkala kita melihat sesuatu perkara yang menggembirakan kita ataupun perkara-perkara yang hebat lagi ajaib. Contohnya tatkala kita melihat orang yang tidak cedera walaupun terlibat di dalam kemalangan. Tujuan kita mengucapkan "SUBHANALLAH" iaitu seolah-olah kita mendidik diri kita: "Wah! hebatnya orang itu, tak cedera langsung. Tapi Allah lebih Maha Hebat kerana itu semua tidak akan berlaku melainkan dengan izin Allah Ta’ala".

Ianya diucapkan juga apabila kita melihat ada apa-apa perkataan ataupun perbuatan yang menyebabkan seseorang itu syirik kepada Allah. Contohnya kita ucapkan "SUBHANALLAH" apabila melihat ada orang yang menyembah berhala-berhala. Di dalam hati kita ketika itu seolah-olah kita berkata: "Allah Ta’ala Maha Suci dan tiada kena-mengena langsung sebagai Tuhan yang mereka anggap itu". Lihatlah firman Allah Ta’ala berikut: “Dialah Allah yang tidak ada sama sekali Tuhan yang layak disembah kecuali Dia Yang Maha Berkuasa, Maha Suci, Maha Selamat, Maha Memberi Keamanan, Maha Peneguh, Maha Mulia, Maha Gagah-Perkasa, Maha Besar, Maha Sucilah Allah daripada apa yang mereka sekutukan" Surah al-Hasyr : ayat 23

Lihat penggunaan "SUBHANALLAH" ataupun yang semakna dengannya melalui ayat Al-Quranul Karim di bawah ini: “Maha Sucilah Tuhan yang telah memperjalankan hamba-Nya di waktu malam (Israk) dari Masjid al-Haram (di Mekkah al-Mukarramah) ke Masjid al-Aqsa (di Palestin) yang telah Kami berkati sekitarnya , agar Kami menunjukkan kepadanya (Nabi Muhammad SAW) beberapa tanda kekuasaan Kami. Sesungguhnya Dia (Allah) adalah Tuhan Yang Maha Mendengar Lagi Maha Melihat" Surah al-Israk, ayat 1

Ya! peristiwa Israk-Mikraj adalah satu peristiwa yang ajaib lagi hebat, namun sehebat-hebat peristiwa itu, lebih hebat lagi Tuhan yang telah mengatur dan mencipta peristiwa itu, Tuhan itulah Allah Ta’ala Yang Maha Hebat, Yang Maha Mendengar segala doa Nabi-Nya SAW dan tohmahan puak-puak yang tidak mempercayai kisah itu dan Maha Melihat segala-galanya. Dan Maha Sucilah Allah daripada segala sifat-sifat yang tidak sepatutnya dilemparkan kepada Dia. Ucapan “SUBHANALLAH" ini juga dikenali sebagai “TASBIH".
2. Ucapan "ALHAMDULILLAH" (“Segala puja-puji hanyalah untuk Allah" ataupun "Segala syukur dan terima kasih hanyalah untuk Allah".
Ianya diucapkan sebagai puja-pujian dan bersyukur di atas segala nikmat yang Allah Ta’ala berikan kepada kita. Contoh ayat Al-Quranul Karim yang menerangkan hal ini ialah: “Dan Kami cabut segala macam dendam yang berada di dalam dada mereka; mengalir di bawah mereka sungai-sungai dan mereka berkata: "Segala puji bagi Allah yang telah menunjuki kami kepada (syurga) ini. Dan kami sekali-kali tidak akan mendapat petunjuk kalau Allah tidak memberi kami petunjuk. Sesungguhnya telah datang rasul-rasul Tuhan kami, membawa kebenaran." Dan diserukan kepada mereka: "ltulah syurga yang diwariskan kepadamu, disebabkan apa yang dahulu kamu kerjakan" Surah al-‘Aaraf, ayat 43

Ayat di atas menerangkan nikmat yang diperolehi oleh orang-orang yang beriman kelak di hari akhirat iaitu nikmat mendiami syurga yang dijanjikan kepada mereka dahulu. Lihat! para penghuni syurga nanti akan mengucapkan “ALHAMDULILLAH" sebagai berterima-kasih dan bersyukur di atas ganjaran yang Allah Ta’ala berikan kepada mereka dan disebabkan Allah Ta’ala telah mengutuskan kepada mereka wahyu dan panduan melalui Para Rasul a.s. Kita juga wajib mengucapkan syukur kepada Allah Ta’ala di atas nikmat sampainya Islam kepada kita dan masih ramai lagi para ulama’ rh, kerana tanpa Islam dan bimbingan para ulama’ rh, tidaklah kita layak masuk ke dalam syurga Allah Ta’ala kelak.

Lihat lagi firman Allah Ta’ala di dalam Surah al-Kahf, ayat pertama: "Segala puja-puji hanyalah untuk Allah (Tuhan ) yang telah menurunkan kepada hamba-Nya kitab dan tidak pula Allah ciptakan baginya ada sebarang kebengkokan (pertentangan dan perselisihan di antara satu ayat dengan ayat yang lain)". Kita juga wajib bersyukur kepada Allah Ta’ala di atas nikmat adanya kitab Al-Quranul Karim sebagai panduan hidup kita, yang mana tanpanya, pastilah kita tidak akan menemui kebenaran dan kejayaan di dunia dan di akhirat.

Selain itu ianya diucapkan apabila kita dipuji, contohnya apabila orang memuji kita lantaran kejayaan kita, lalu kita pun menjawab: “Alhamdulillah, saya berjaya “(Diucapkan ucapan “Alhamdulillah” agar kita tidak lupa bahawa sehebat mana pun usaha kita, ianya tentu tidak akan berjaya jika tidak diizinkan oleh Allah Ta’ala). Ucapan “ALHAMDULILLAH" ini juga dikenali sebagai “ TAHMID".
3. Ucapan “ALLAHU AKBAR" (Allah Maha Besar)
Ianya diucapkan di dalam beberapa situasi:
1 – Apabila berada di tempat yang tinggi.
2 – Apabila berada di dalam ketakutan.
3 – Sebagai teriakan untuk menakutkan dan menggerunkan musuh-musuh Allah Ta’ala.
4 – Sebagai "pembakar semangat" para pejuang Islam.
5 – Ketika azan , takbiratul ihram dan takbir hari raya.

Ucapan ini dikenali juga sebagai "TAKBIR".
4. Ucapan "LA ILAHA ILLALLAH" (Tidak ada sama sekali Tuhan yang layak disembah melainkan Allah)
Masyarakat Arab biasanya menyebut kalimah ini apabila melihat sesuatu yang menggerunkan ataupun peristiwa yang mengerikan. Kalimah ini adalah inti-pati dan dasar ajaran Islam . Silalah melihat kitab-kitab zikir dan wirid yang sahih (seperti RIYADHUS SOLIHIN oleh Al-Imam an-Nawawi rh ataupun KALIMUT TOIYIB oleh Al-Imam Ibnu Taimiyah rh) untuk mengetahui fadhilat-fadhilat kalimah Tauhid ini.

Ia dikenali juga dengan gelaran "TAHLIL".
5. Ucapan "BISMILLAH" (Dengan Nama Allah)
Ucapan ini dikenali sebagai "BASMALAH". Dilakukan sebagai menunjukkan adab di antara seseorang hamba dengan Allah Ta’ala ketika melakukan perkara-perkara yang diredhai-Nya. Ertinya di sini ialah: "Bismillah" digunakan untuk melakukan perkara-perkara yang diredhai oleh Allah Ta’ala sahaja. Seolah-olah tatkala kita membacanya kita turut sama beriktiqad: "Aku menyebut nama Allah ini supaya kerja yang aku lakukan ini dirahmati dan diberkati oleh-Nya".

Adapun jika digunakan untuk perkara-perkara yang dilarang, maka ia adalah haram bahkan kadang-kadang boleh membawa kepada murtad kerana dianggap menghina kesucian ataupun mempersendakan Allah Ta’ala. Contohnya:
A. Membaca "Bismillah" untuk menyembelih binatang-bintang yang tidak disembelih untuk tujuan yang dibenarkan ( seperti untuk mandi safar, untuk “membuka gelanggang silat", untuk "menyemah" rumah, untuk"menjamu" penunggu dan jin dan sebagainya
B. Membaca "Bismillah" untuk melakukan jampi-jampian yang dilarang oleh agama kita.
C. Membaca "Bismillah" “ untuk tikam nombor ekor, toto dan lumba kuda serta sebarang perjudian.
D. Membaca “"Bismillah" (supaya selamat konon-kononnya) untuk mengintai orang mandi.
E. Membaca "Bismillah" untuk makan dan minum apa-apa yang haram.
F. Membaca "Bismillah" kuat-kuat (agar didengar oleh orang ramai) ketika membuka warong demi melariskan jualan.
6. Ucapan "MASYAALLAH" (Apa yang Allah Kehendaki)
Diucapkan ketika melihat apa-apa yang baik dan indah. Diucapkan juga ketika melihat perkara-perkara yang luar biasa dan hebat (sama seperti Tasbih). Tidak boleh digunakan sebagai ucapan tatkala melihat sesuatu yang dilarang , contohnya menyebut "MA SYA ALLAH" ketika melihat wanita-wanita yang berpakaian seksi sebab kalimah itu bermakna "Apa-apa yang Allah kehendaki", sedangkan Allah Ta’ala tidak pernah sama-sekali menyuruh wanita-wanita berpakaian seksi di hadapan bukan suaminya. Dan begitu juga tidak boleh mengucapkan kalimah ini tatkala melihatpelakon- pelakon yang seksi-seksi di TV. Hati-Hati dan fahami baik-baik penggunakan kalimah dan ucapan ini. Ucapan ini diistilahkan sebagai: " AL-MASYIAH"
7 Ucapan “A’UZUBILLAHI MINASY SYAITANIR RAJIM" (Aku memohon perlindungan Allah daripada syaitan yang direjam (terkutuk)
Diucapkan sebagai memohon perlindungan dan keselamatan kepada Allah Ta’ala daripada segala jenis gangguan, sama ada gangguan syaitan ataupun bala-bencana. Diucapkan juga sebagai memulakan bacaan ayat-ayat suci Al-Quranul Karim. Ucapan ini digelar sebagai "AT-TA’AWWUDZ"
8. Ucapan "LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAH" (Tidak adalah daya-upaya dan kekuatan (yang sebenar/yang terutama) melainkan dengan izin (pertolongan) Allah)
Diucapkan apabila melihat perkara-perkara yang tidak disukai ataupun apabila kita tidak terdaya untuk melakukan sesuatu. Dan diucapkan apabila kita merasai kekurangan dan kelemahan yang ada pada diri kita seperti sedang berhadapan dengan jumlah musuh yang lebih ramai daripada pihak kita. Ucapan ini dikenali sebagai "AL-HAUQALLAH"
9. Ucapan "INSYA ALLAH" (Jika diizinkan Allah)
Diucapkan apabila kita berjanji untuk menyempurnakan hajat seseorang. Ataupun apabila hati kita berat 70 % untuk memenuhi janji itu maka bolehlah kita menyebut “INSYA-ALLAH”, tetapi jika kita memang tidak mahu memenuhi hajat itu ataupun hati kita memang berat 70 % untuk tidak memenuhinya, maka tidaklah wajar kita menggunakan kalimah ini. [Hasil temuramah di antara Al marhum S.S Dato’ Ishak Baharom, Bekas Mufti Selangor Darul Ehsan dengan salah sebuah majalah di Malaysia]. Ucapan ini dikenali sebagai "TAWAKKUL" (Tetapi masyarakat Melayu memanggilnya sebagai tawakkal)
10. Ucapan “BARAKKALLAHU FIK” (Semoga Allah memberkati engkau)
Diucapkan kepada seseorang yang kita cintai ataupun sebagai doa baginya. Menurut sunnah ucapan yang seumpama ini diucapkan juga kepada mereka yang baru berkahwin. Ucapan ini dikenali sebagai "AT-TABARRUK".
11. Ucapan “JAZAKALLAHU KHAIRAN” (Semoga Allah membalas jasa-baikmu itu dengan kebaikan)
Ucapan ini sebagai tanda terima kasih kita pada seseorang. Boleh juga diucapkan dengan “JAZAKALLAHU KHAIRAN KATSIRAN" (Semoga Allah membalas jasa-baikmu itu dengan kebaikan yang banyak). Boleh juga diucapkan dengan "JAZAKALLAHU KHAIRAL JAZAK" (Semoga Allah membalas jasa-baikmu dengan balasan yang paling baik). Adalah SALAH dan TIDAK BETUL jika sekadar mengucapkan "JAZAKALLAHU"(Semoga Allah membalasmu…) Membalas dengan apa? Ayat ini jadi ayat tergantung! Apabila kita diucapkan sedemikian rupa, maka respon kita pula ialah:"JAZANA WA IYYAK". Erti respon itu ialah: "Semoga Allah juga membalas (kebaikan yang kau ucapkan tadi) kepada kita semua dan juga kepada dirimu. Ianya dikenali sebagai kalimah "ASY-SYUKR"
12. Ucapan “INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI’UN" (Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali)
Diucapkan apabila ditimpa sesuatu yang tidak dikehendaki seperti banjir, kemalangan, kecurian dan seumpamanya. (Walhal orang-orang kita hanya mengucapkannya tatkala mendengar berita kematian seseorang). Firman Allah mengenai ucapan ini: "Orang-orang yang sabar itu apabila mereka ditimpa musibah mereka akan berkata: Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali” Surah al-Baqarah, ayat 155. Ucapan ini dikenali sebagai"LIL ISTIRJAA’/TARJIE"
13. Ucapan "HASBUNALLAHU WA NI’MAL WAKIL" (Cukuplah bagi kami ini Allah itu sebagai sebaik-baik pelindung/penolong)
Diucapkan sebagai tanda kita ini berserah diri dan bergantung harap (bertawakkal) kepada Allah Ta’ala semata-mata. Dan ia juga merupakan ucapan “pembakar" semangat keberanian orang-orang yang beriman. Contohnya diucapkan tatkala menghadapi serangan musuh. Firman Allah Ta’ala yang mengisahkan keimanan para sahabat r.a menjelang Perang Badar: Orang-orang yang mentaati Allah dan Rasul itu apabila dikatakan kepada mereka: "Sesungguhnya manusia (musyrikin Quraisy) telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah kepada mereka", maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab:
"Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung" Surah Ali ‘Imran , ayat 173. Ucapan ini dikenali sebagai"AL-HASBANA".

Semoga kita semua dapat keredhaan Allah dengan amalan kita sepanjang hayat.


Saturday, October 25, 2014

Keutamaan Bangun Subuh - Antara Kesihatan dan Agama

Pukul berapakah kita biasanya bangun daripada tidur?Jika hari bekerja atau sekolah, mungkin kita mampu untuk bangun lebih awal namun jika hari cuti umum, adakah kita mampu untuk bangun seperti hari-hari lain ? Amat rugi jika kita menghabiskan waktu yang sangat bermanfaat untuk tidur. Sabda Rasulullah SAW, "Ya Allah berikan keberkatan kepada umatku pada waktu pagi." riwayat al-Tarmizi
Sebenarnya, sewaktu kita tidur ada yang sedang menantikan kita. Dia tidak pernah tidur dan sentiasa hendak mengganggu kita bahkan waktu tidur. Siapa? syaitan lah yang selalu hendak menggoda kita. Ketika kita tidur, dia datang membawa 3 rantai untuk merantai seluruh badan kita. Pertama kita dirantai pada kepala, kedua badan dan ketiga pada kaki. Syaitan mengikat pada seluruh badan kita supaya kita malas untuk bangun pada waktu subuh. Tapi walaupun ikatan rantai ini begitu kuat, ada caranya untuk kita melepaskannya. Nabi kita mengajarkan tiga perkara untuk meleraikan ikatan semua rantai ini.

Pertama, ketika bangun bacalah Bismillah dan doa bangun tidur. Maka terlepaslah ikatan rantai yang pertama. Kedua lepas bangun, kita terus ke bilik air dan ambil wudhuk. Maka terlepaslah ikatan yang kedua. Terakhir kita dirikanlah solat, maka terlepaslah ikatan yang ketiga. Kita tafakur sejenak, imbas semula ke belakang. Adakah semua rantai tersebut sudah terlepas dari badan kita? Mungkin kita sehari-hari merasa tidak bermaya, tidak tenang dan berserabut disebabkan masih ada rantai yang belum putus di badan kita. Kalau ada, cepat-cepatlah mencari kunci untuk meleraikannya..., rajin-rajinlah berzikir, berselawat dan bertasbih kerana syaitan kan terseksa bila bibir tidak henti-henti melakukannya

Tidur yang nyenyak dan sempurna sangat penting. Jika kita tidak tidur dengan baik, racun dalam tubuh kita akan terkumpul dan ini akan mempengaruhi tahap kesihatan serta emosi kita. Punca utama kerosakan hati adalah:
·       Tidur terlalu lewat dan bangun lambat adalah penyebab utama
·       Tidak buang air kecil di pagi hari.
·       Terlalu banyak makan.
·       Tidak mengambil sarapan.
·       Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan.
·       Mengambil terlalu banyak bahan pengawet, aditif, pewarna makanan, dan perasa tiruan.
·       Mengambil terlalu banyak makanan berminyak. Jangan mengambil terlalu banyak makanan berminyak walaupun makanan yang menggunakan minyak goreng terbaik seperti minyak zaitun. Elakkan mengambil makanan berminyak ketika kita dalam keadaan letih, kecuali ketika badan sedang dalam keadaan betul-betul fit.
·       Mengambil terlalu banyak makanan juga boleh memberikan beban berlebihan kepada hati. Sayuran seeloknya harus dimakan mentah atau dimasak 3-5 bahagian sahaja. Sayuran yang dimasak harus dimakan dalam satu sajian dan tidak disimpan.
Kita harus mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dalam kehidupan. Amalan pemakanan yang sihat sangat penting bagi memastika tubuh kita untuk menyerap dan menyingkirkan bahan kimia yang tidak diperlukan oleh tubuh. Fahami bagaimana tubuh kita berfungsi:

Malam (9pm – 11pm): Adalah masa untuk menyahkan/membuang toxic chemicals (de- toxification) yang tidak diperlukan dari sistem antibodi (lymph nodes). Dalam waktu ini kita seharusnya dalam keadaan tenang dan suasana yang relaks seperti mendengar berzikir. Jika seorang surirumah dalam ketika ini masih menjalankan aktiviti hariannya seperti mencuci pinggan atau mengawasi anak-anak membuat kerja rumah, ini akan memberikan kesan negatif pada kesihatannya. Sebolehnya cuba hindari, jangan amalkan hingga melewatkan masa berehat

Malam di (11pm-1am): Proses de-toxification dalam hati, dan secara idealnya harus dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (1am – 3am): Proses de-toxification di bahagian hempedu, idealnya juga dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (3am – 5am): Proses de-toxification di bahagian paru-paru. Oleh kerana itulah kebiasaannya bagi yang sedang mengalammi batuk, ketika ini kita akan mengalami batuk yang sangat kuat. Memkitangkan proses de-toxification telah sampai ke saluran pernafasan, kita tidak perlu mengambil ubat batuk ketika ini kerana ianya akan memnganggu proses pembuangan toksin tersebut.

Awal pagi (5am – 7am): Proses de-toxification di bahagian usus besar, kita harus mengosongkan usus.

Pagi (7am – 9am): Penyerapan gizi pada usus kecil, kita harus sarapan pada masa ini. Kepada mereka yang sedang sakit, sarapan harus lebih awal iaitu sebelum pukul 6:30 pagi. Makan pagi sebelum 7:30am sangat berguna bagi mereka yang ingin kekal cergas. Mereka yang tidak sarapan, mereka harus mengubah kebiasaan mereka. Namun jika kita terlewat mengambil sarapan sehingga pukul 9am-10am sekalipun, itu masih lebih bagus daripada tidak bersarapan sama sekali. lewat dan bangun terlalu lambat akan mengganggu proses membuang bahan kimia yang tidak diperlukan dalam tubuh.
Tengah malam sampai 4am juga adalah waktu untuk sumsum tulang menghasilkan darah. Oleh kerana itu, dapatkan tidur yang sempurna dan jangan tidur terlalu lewat. Ramai di kalangan kita yang mengalami kesukaran untuk bangun awal pagi dan mendirikan solat Subuh di awal waktu. Masalah ini terjadi atas beberapa sebab; antaranya ia telah menjadi tabiat, tidur lewat dan perasaan malas. Berikut adalah beberapa panduan atau tips yang boleh dicuba oleh kita bagi mengatasi masalah ini:
1. Tidur awal; sekitar 10 atau 11 malam supaya tidur kita mencukupi.
2. Ambil wuduk sebelum tidur.
3. Tanam azam di dalam diri untuk bangun awal.
4. Baca surah Al-Mulk, tiga Qul dan doa sebelum tidur.
5. Pasangkan niat; ‘Aku nak bangun pukul sekian kerana Allah.’
6. Maafkan semua orang sebelum tidur.
7. Elakkan makan makanan berat sebelum tidur.
8. Elak diri dari melakukan maksiat sebelum tidur.
9. Gunakan jam loceng atau alarm di telefon bimbit untuk membantu kita. Pastikan ia berkualiti.
10. Minta tolong orang lain seperti ibu atau rakan untuk mengejutkan kita. Mungkin minta mereka simbahkan air atau urut ibu jari kita sekiranya masih sukar untuk bangun!

Sebagai orang islam, tujuan kita bangun di awal pagi adalah untuk menunaikan solat subuh. Paling baik, jika kita dapat menunaikan secara berjemaah di masjid, namun manfaat bangun awal bukan sahaja memberikan pahala yang besar kerana solat di masjid, bahkan ia sebenarnya mengandungi banyak manfaat dari sudut kesihatan.Maka sebab itulah islam amat menggalakkan kita untuk bangun di awal pagi dan mengelakkan kita tidur selepas waktu subuh. Berikut adalah merupakan manfaat yang kita perolehi dengan bangun di awal pagi:

1.FIKIRAN MENJADI LEBIH SEGAR.
Bangun seawal pagi sebelum matahari terbit dapat membuatkan fikiran kita menjadi lebih segar dan ia mampu mengurangkan tekanan dan strees dalam diri kita.Fikirkan yang segar akan membuatkan kerja-kerja yang di lakukan pada hari tersebut menjadi lebih efisien dan efektif. Hormon-hormon koristol mula meningkat dalam badan kita untuk menyediakan badan kita bekerja dengan berkualiti.

2.DAPAT MENGAMBIL SARAPAN.
Bangun di awal pagi membolehkan kita mengambil sarapan dengan selesa sebelum ke pejabat atau sekolah. Sarapan merupakan amalan yang sangat penting kerana ia membekalkan tenaga kepada otak dan juga seluruh badan kita untuk aktiviti seharian. Bahkan kajian menunjukkan pengambilan sarapan pada awal pagi tidak akan menyumbang kepada kegemukan kerana makanan yang dimakan akan cepat dihadam dan digunakan oleh badan kita yang mengalami kadar metabolisme yang tinggi pada waktu itu. Sebaliknya jika tidak mengambil sarapan, ia boleh merosakkan sel-sel otak kerana kekurangan glukosa dan sumber tenaga.

3.DAPAT MELAKUKAN AKTIVITI SENAMAN.
Senaman pada waktu pagi merupakan satu aktiviti yang sangat baik kepada badan kita. Bahkan senaman pada waktu pagi membolehkan kita menyedut udara yang sangat bersih dan nyaman. Pastinya kita tidak akan temui udara sebersih itu pada waktu lain kerana akan dicemari oleh habuk-habuk dan juga asap-asap kenderaan. Kita juga akan dapat menikamati pancaran cahaya matahari pada waktu pagi yang sangat bermanfaat untuk kita. Rasulullah SAW bersabda: "Ya Allah berilah keberkatan kepada umatku pada waktu pagi" terutama sekali bagi menjana vitamin D demi kebaikan tulang dalam badan kita.

4.TIDAK TERGESA-GESA DAN TERBURU-BURU.
Jika kita bangun lewat, tentu sekali kita akan tergesa-gesa dalam mempersiapkan segala sesuatu dalam satu masa. Keja yang dilakukan dengan tergesa-gesa akan membuahkan hasil yang tidak menarik. Bahkan,kita akan tertinggal banyak barang yang penting seperti dompet, buku dan sebagainya kerana kita tidak memfokuskan kepada sesuatu yang kita lakukan pada waktu itu. Jadi, bangun awal pagi membolehkan kita merancang aktiviti dengan sempurna dan terancang.
Kita tengok kebaikan bangun awal pagi dari sudut agama
Allah menjadikan dan memberi serta mentakdirkan rezeki kita. Namun Allah telah menyuruh kita berusaha untuk mendapatkan atau mencari rezeki itu. Bermulanya terbit fajar hingga terbenam matahari, rezeki yang kita ushakan itu hendaklah dari usaha kita sendiri serta punca sumber yang halal. Sebagaimana Rasulullah SAW yang tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadith yang berbunyi:
“Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi”. Untuk itu, para fuqaha’ memakruhkan tidur selepas solat subuh.

Telah thabit dari Nabi bahawasanya Baginda berdoa kepada Allah supaya memberkati umatnya yang berpagi-pagi, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ashab as-Sunan yang empat dan Ibn Hibban dalam Sahihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah r.ha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda: “Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari”(Diriwayatkan al-Baihaqi)

Berkata Nabi di dalam hadith yang diriwayatkan oleh at-Tabarani di dalam al-Awsath: “Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkata dan kejayaan”. Oleh itu para fuqaha’ menetapkan kemakruhan tidur selepas solat Subuh, dan dinukilkan oleh Imam as-Safarini mengenai kemakruhan tidur selepas solat Subuh dan Asar: “‘Dimakruhkan tidurmu wahai mukallaf selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah waktu mencari rezeki dan berusaha (syara’ dan ‘uruf) di sisi orang yang beraqal.”. Dan dalam hadith: “Ya Tuhanku, berkatilah umatku yang berpagi-pagi” Diriwayatkan at-Tirmizi, Abu Daud dan selainnya. Disebutkan ulama’ bahawa tidur selepas solat Subuh adalah makruh, dikecualikan dari kemakruhan ini adalah mereka yang berjaga malam untuk qiyam dan uzur.

Rezeki ialah harta atau apa-apa yang dikurniakan oleh Allah SWT dan dapat dimanfaatkan manusia secara baik. Pengertian rezeki sebenarnya bukan sahaja berupa harta. Apa-apa sahaja yang disedekahkan kepada makhluk Allah adalah rezeki. Orang yang mendapat rezeki yang banyak dan mudah disebut murah rezeki. Murah rezeki yang halal itulah harapan dan hasrat setiap orang yang mengharap keredhaan Allah.

Kita tengok pula kebaikan bangun awal pagi dari sudut kesihatan
Fakta 6 kelebihan dan kebaikan mandi sebelum subuh. Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. Oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan kita. jika kita mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan kita. Antara kelebihan dan kebaikan mandi sebelum subuh adalah seperti berikut:

1. Kulit lebih lembut dan halus - Pada waktu pagi selalunya kita akan memasang “water heater” untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika kita memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. Begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

2. Melancarkan peredaran darah - Jika peredaran darah kita lancar maka tubuh badan kita akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. Malah kita juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3. Meningkatkan kesuburan - Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila kita mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi - Untuk kita yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk kita mengurangkan penyakit kita. Insyaallah, dengan izin Allah, jika ia diamalkan selalu, penyakit kita akan pulih.

5. Mengurangkan tekanan serta tenang - Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat kita yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik untuk kita menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kepada mandi pagi sebelum subuh.

6. Meningkatkan sel darah putih - Mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. Oleh itu, kita tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.

Kebaikan bangun awal pagi mengikut kata pakar / usahawan yang berjaya dan terkenal

Apabila menjalankan perniagaan, ia mungkin kelihatan seperti waktu sehari tidak pernah mencukupi. Waktu pagi jarang digunakan untuk aktiviti, dan mungkin ini boleh menjadi kunci bagi meningkatkan produktiviti kita.  Selama 15 tahun, Presiden Starbucks Michelle Gaas telah menetapkan jam loceng beliau pada pukul 4.30 pagi untuk aktiviti berjogging. Gretchen Ruben, penulis popular “The Happiness Project” (Harper Perennial, 2011) akan bangun pada pukul 6 pagi dan bekerja selama satu jam sebelum keluarganya bangun dari tidur. Pakar pengurusan masa, Laura Vanderkam telah menekankan kelebihan bangun awal pagi dan bagaimana menggunakan masa pagi ini dengan lebih cekap lagi di dalam buku penulisan beliau “What The Most Successful People Do Before Breakfast” (Portfolio Trade, 2013). Berikut adalah beberapa kelebihan bangun di awal pagi.
Kemungkinan besar kita tidak akan menghadapi gangguan di waktu awal pagi

Seorang usahawan memenuhi masanya dengan cepat. Jika kita menunggu sehingga waktu petang atau malam bagi melakukan sesuatu yang manfaat diri sendiri seperti bersenam atau membaca, kita mungkin tidak akan dapat lakukannya. “Terdapat banyak halangan peribadi yang akan dihadapi dalam lingkungan pukul 4 petang. Waktu yang berkemungkinan kurang gangguan adalah di awal pagi pada pukul 6 pagi.” kata Vanderkam.

Kita mempunyai tekad yang lebih tinggi di awal pagi

Walaupun kita bukan seorang yang suka bangun pagi, kita mungkin akan merasa tekad yang lebih tinggi jika bangun di awal pagi berbanding waktu di sebelah petang. “Tekad kita umpama seperti otot manusia yang akan menjadi letih apabila digunakan secara berlebihan,” kata Vanderkam.

Bangun di awal pagi memberi peluang kepada kita untuk menetapkan tenaga positif bagi hari tersebut. Pernahkah kita menghadapi situasi di mana kita lupa untuk menetapkan waktu pada jam loceng atau terlupa menyediakan sarapan pagi buat anak-anak? Kita akan dapat rasakan bahawa dengan memulakan aktiviti awal pagi dalam keadaan negatif, ia boleh menjejaskan emosi serta produktiviti kerja sepanjang hari tersebut. Vanderkam memberitahu, dengan bangun di awal pagi, kita berpeluang memulakannya dengan mempunyai perasaan seperti orang berjaya (tenaga positif) dan mempengaruhi aktiviti harian dengan lebih produktif lagi.

Kita sudah tahu kebaikan bangun awal pagi, sekarang kita boleh buat pilihan untuk berubah atau terus bangun lewat.