Dalam
sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Al-Hakim telah masuk ke
dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut daripada
belakang. Melihat tingkahlaku Luqman itu, setengah orang pun berkata; “Lihat
itu, orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan
kaki”. Setelah mendengar desas-desus daripada orang ramai, maka Luqman pun
turun daripada himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat
yang demikian, maka orang di kawasan itu berkata pula; “Lihat orang tuanya
berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab
anak itu”. Sebaik saja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas
belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula
berkata lagi; “Lihat itu, dua orang menaiki seekor himar, sungguh menyeksakan
himar itu”. Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan
anaknya turun daripada himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata;
“Lihat, dua orang yang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderaikan,
membazir”. Dalam perjalanan ke rumah, Luqman Al-hakim telah menasihati anaknya
tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya; “Sesungguhnya tiada seorang
pun terlepas daripada percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia
mengambil pertimbangan melainkan pertimbangan Allah SWT sahaja (pandangan manusia
yang baik boleh diambil).
Barangsiapa
mengenali kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap
sesuatu. Allah Yang Maha Sempurna itu juga ada yang mengejinya dan
membencinya. Nabi Muhammad SAW yang sopan santun lagi maksum itu juga ada yang
mengejinya dan membencinya. Jadi siapalah kita yang tidak sempurna dan banyak
kekhilafan ini. Kita manusia biasa dan jangan anggap kita luar biasa. Apapun, utamakan
pandangan Allah, jangan diutamakan pandangan manusia, biarkan manusia berkata -
kata. Yakinlah, Allah lah sebaik-baik hakim Yang Maha Adil yang paling layak
mengadili tindak tanduk kita.
Ironinya hari kita
lihat fenomena berikut kerap berlaku dikalangan masyarakat kita;
Bila kita jadi
jahat, orang benci.., bila jadi baik, orang meluat...
Bila kita ikut
suruhan agama, ada orang kata kita berlagak alim..., bila kita langgar suruhan
agama, ada orang kata... "Astaghfirullah! Apa la nak jadi… dah nak kiamat
kot?..."
Bila kita ikut
peraturan, ada orang kata kita skema a.k.a nak tunjuk baik..., bila kita
langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam takde masa depan..
Bila kita tegur
dengan baik, ada orang kata kita ni bajet bagus..., bila kita tegur dengan
kasar, ada orang kata kita ni kurang ajar...
Bila kita pakai
sopan-sopan, ada orang kata kita ni kampong gilerr..., bila kita pakai 'dedah
sana-sini'.. ada orang kata kita ni takde harga diri sebab tayang free..
Bila kita bagi
nasihat, ada orang kata "jangan sibuk jaga tepi kain orang, boleh?.....",
bila kita sindir-menyindir, ada orang kata "tak reti bagi nasihat leklok?.."
Bila kita tolong
buat kerja, ada orang kata "yang sibuk sangat nak tolong buat keja orang
lain watpe?".., Bila kita tak tolong apa-apa, ada orang kata "apesal
pemalas sangat ni? Nak minta tolong pun susah?"..
Dan sebenarnya
ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita. Apa yang kita buat semua
salah.. semuanya tak betul di mata mereka.. Kalau buat salah sudah tentunya
salah.. tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata.. ingat pesanan ini; Keputusan
yang kita ambil, langkah yang kita mula, perkara pertama yang perlu kita
fikirkan ialah pandangan Allah SWT terhadap kita.. bukan pandangan manusia....
mari kita renung-renungkan.
Bila kita berdepan
dengan BOB (Buat Orang Bersalah) dan ujian-ujian yang sebegitu, janganlah kita
bersedih dan rendah diri, serta mula merasa ‘give up’ dalam proses untuk
berubah ini. Don’t simply surrender. Jihad ini sememangnya sukar. Penuh dengan
mehnah dan tribulasi. Apa yang boleh kita lakukan bila menghadapi BOB atau
orang yang suka menjatuhkan semangat ini?
#1 : Sabar Dan
Kuatkan Hati
Inilah langkah yang
paling asas dan pertama kita perlu lakukan, iaitu bersabar. Pada mulanya
mungkin kita berasa sangat sukar untuk bersabar bila sentiasa diuji hebat oleh
orang sekeliling yang sentiasa ingin menjatuhkan semangat kita. Namun
percayalah, jika kita teruskan untuk bertahan dalam kesabaran, lama-kelamaan ia
akan membentuk hati kita untuk kuat. Memang pada mulanya kita akan selalu
menangis dan berkecil hati, namun selepas itu kita akan mendapat hati yang jauh
lebih teguh dan kuat dari sebelumnya. Pelangi akan muncul selepas turunnya hujan
yang membasahi pipi bumi..
#2 : Berpura-pura
bodoh dan buat selamba
Biasa orang-orang
dari golongan BOB ini suka menyindir dan memperlekehkan kerana bertujuan untuk
menyakitkan hati. Mereka akan lebih seronok jika kita memberi reaksi
tersinggung, kerana mereka telah berjaya mencapai tujuan mereka. Oleh apa yang
boleh kita buat? Buat mereka mereka berasa tidak seronok bila cuba untuk
menjatuhkan semangat kita. Bagaimana? Kita boleh “membodohkan” perkataan mereka
untuk menyindir kita. Contohnya, jika dia berkata “Kau ingat kau baik sangat?”
Kita boleh membalas, “Takde la baik sangat..”. Selalunya balasan seperti itu
akan menyakitkan hati mereka kembali. Namun sekadar itu sahaja, tidak perlu
kita memanjangkan perang mulut jika mereka membalas kembali. Senyum dan buat
muka selamba. Rileks dan abaikan mereka. Sebab sebenarnya, apabila seseorang itu
menyindir, mereka mengharapkan kita tersentak, atau berasa marah, rendah diri
atau tidak yakin. Sebaliknya jika kita cuma tersenyum sahaja, itu membuatkan
rancangan dia untuk ‘menjatuhkan semangat’ kita tidak menjadi. Oleh itu kekal
tenang dan senyum. Mentertawakan tetapi tidak bermaksud ingin menjatuhkan. Kadang-kadang
ada juga yang ketawa bila melihat kita, biasanya rakan-rakan rapat yang berasa
lucu dan ingin bergurau dengan kita. Mungkin mereka terkejut melihat perubahan
pada kita dan ingin mengusik kita. Bertenang, jangan cepat melatah. Layankan
sahaja gelagat mereka dan teruskan ketawa bersama mereka. Namun kita harus
pandai membezakan gurauan dan hinaan.
#3 Fokuskan kepada
apa yang kita sedang usahakan
Keep your eyes on
the ball – Istilah ini sangatlah besar maknanya bagi kita untuk tetap fokus. Memperlekehkan,
menyindir, mengejek, memalukan dan menjatuhkan semangat ini sebenarnya perkara
biasa dalam kehidupan. Pernahkan kita menyaksikan pertandingan atau perlawan
bola dipadang? Perasankah kita ada penonton yang berada dibahagian tepi padang?
ada yang mengejek dan ada juga yang memberi semangat kepada pemain. Untuk
memenangi perlawanan, pemain harus fokus pada perlawanan yang sedang dilalui
dan tidak mempedulikan perkara lain. Jika dia gagal untuk mengekalkan fokus dan
mendengar ejekan-ejekan, pasti dia tidak akan dapat beraksi dengan baik dan
mudah ditewaskan. Jadi ibaratkan diri kita seperti pemain bola diatas padang
yang sedang berusaha memenangi perlawanan. Yang menjadi masalah, kadang-kadang
disebalik kata-kata kata semangat yang kita terima, pasti ada terselit juga
kata-kata yang menjelekkan dan negatif. Bagaimana untuk kita menghadapi perkara
ini? Berdirilah atas kaki kita sendiri. Jangan tentukan diri kita berdasarkan
kata-kata dari orang lain. Jadilah diri kita sendiri dan yakinlah dengan
perubahan yang kita buat kerana Allah ini adalah tepat dan terbaik. Jika kita
memikirkan kata – kata orang lain, kita akan menjadi seseorang yang bergantung
pada orang lain, dan membiarkan pendapat orang lain mengendalikan kita. Kita
bukan semudah itu untuk menjadi loser!
#4 Mengelakkan Diri
Dari Mereka, jika perlu..
Apabila kita
menghadapi situasi di mana kita berhadapan dengan sahabat yang memang kuat
menyindir atau orang yang terlalu aggresif memprovokasi kita, sebaiknya kita
menghindar diri buat sementara waktu. Lebih baik kita mendiamkan diri dan
jangan mendekati orang tersebut dan carilah tempat yang membuat kita selesa. Ini
dapat mengelakkan kita berasa sakit hati dan pergaduhan. Sebagai seorang
muslim, kita digalakkan untuk segera berwuduk kerana dengan berwuduk akan dapat menenangkan fikiran kita. Lebih berkesan lagi jika kita mengamalkan membaca
surah Yassin dan memperbanyakkan istigfar.
Penutup: Berdoalah
kepada Allah
Jelas, hakikatnya dari
99 kebaikan yang kita dilakukan boleh tertutup dengan 1 kejahatan yang kalau dilakukan.
Walaupun sebenarnya kita tidak melakukan kejahatan berkenaan. Penyakit hati
manusia ini sukar untuk dikikis. Apabila tidak bendung, makin bercambah dalam
diri. Manusia sebegini fikiran dan hatinya terlalu negatif. Dapat sesuatu isu
terus dirasakan negatif. Terus menerus memang serong terhadap manusia lain.
Tiada sesiapa yang dapat mengubah tafsiran dan tanggapan ini, hanyalah diri
sendiri jua.
Jadi sekiranya kita
tidak mampu mengawal mereka yang senantiasa membuat penilaian terhadap manusia
lain ini, makanya kita redhakan saja. Itu yang terbaik. Manusia akan terus
berkata-kata dan berfikiran negatif. Jadi, utamakan pandangan Allah SWT
daripada penilaian manusia. Semua orang sedia maklum, sebaik mana pun kebaikan
yang ditaburkan oleh seseorang tu, orang tetap mengata yang bukan-bukan. Orang
tetap berfikiran negatif. Ada saja cacat cela. Ada saja yang tak kena. Lumrah
sebagai insan manusia. Tapi kita tahu, bukan semua orang begitu. Mungkin
segelintir daripada kita. Yang masih punya rasa tidak berpuas hati dengan
manusia lain. Jadi, rahmatilah mereka. Dan kita terus jadi diri sendiri. Jadi
diri sendiri hanya bermatlamatkanNya. Terus lakukan apa sahaja yang kita rasa
itu adalah baik untuk kita. Baik untuk semua.
Apabila kita telah
melakukan kesemua tips diatas tadi, tetapi belum juga berhasil, maka langkah
terakhir kita adalah berdoa kepada Allah, menyerahkan semuanya kepada Allah. Memohon
agar sahabat, jiran tetangga dan orang – orang ini dihilangkan penyakit hatinya
kerana sifat menjatuhkan semangat orang itu merupakan penyakit hati. Semoga memberi manfaat.
Artikel diatas cumalah pandangan saya yang naif berdasarkan pengalaman saya. Mungkin
kalian ada pengalaman atau tips yang boleh dikongsikan? Catatkan apa yang
bermain dalam fikiran kalian sekarang pada ruangan komen dibawah.
No comments:
Post a Comment