DOA

‘Ya Allah, rahmatilah pembaca blog ini, sihatkan ia, ampunilah dosa-dosanya, berkatilah amalannya, janganlah Engkau balikkan hatinya setelah Engkau beri petunjuk dan hidayah kepadanya dan Ya Allah masukkanlah ia dan keluarganya kedalam syurga FirdausMu serta jauhkanlah ia dan keluarganya dari azab nerakaMu. Sesungguhnya Ya Allah, hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau sahajalah kami meminta pertolongan. Ya Allah jika rezeki pembaca blog ini masih diatas langit, turunkanlah ia, jika rezekinya di dalam bumi, keluarkanlah ia, jika rezekinya jauh, dekatkanlah ia, jika rezekinya haram, sucikanlah ia dan jika rezekinya sukar, Engkau permudahkanlah ia” Ya Allah kurniakanlah kepada kami segala kebaikan sebagaimana yang Engkau kurniakan kepada hamba-hamba Mu yang soleh.'

Saturday, May 25, 2013

Perjalanan Hidup Manusia


Setiap Islam wajib mempercayai Hari Kiamat. Terdapat 5 alam yang dilalui oleh setiap manusia iaitu :
1. Alam Roh
- Alam dimana setiap manusia berjanji menyembah Allah dan mengikuti segala suruhan dan meninggalkan laranganNya. Manusia dihidupkan selepas Nabi Adam.
2. Alam Rahim
- Selama 120 hari berada didalam rahim (tidak lagi mengingati segala peristiwa Alam Roh)
3. Alam Dunia
- Manusia hidup didalam satu alam yang amat-amat singkat tetapi amat-amat penting untuk alam yang seterusnya. - Hidup purata sehingga 65tahun-75tahun
4. Alam Kubur
- Alam Kubur adalah bersamaan 40 tahun. 1 tahun bersamaan 1000 tahun didunia. Hadis Imam At Tirmudzi menerusi Abi'Sa'id ; Rasulullah SAW bersabda :" Sungguhnya Kubur itu adalah suatu kebun antara kebun-kebun Syurga ataupun satu lubang antara lubang-lubang Neraka"
5. Alam Mahsyar
- Alam Mahsyar adalah bersamaan 300 tahun. 1 tahun bersamaan 50,000 tahun didunia. Alam Mahsyar dimulakan apabila 2 tiupan sangkakala ditiupan oleh Malaikat Israfil. Tiupan pertama mematikan semua kehidupan manakala tiupan yang kedua menghidupkannya kembali dimana bumi memuntahkan isinya.

- * Dalam riwayat dinyatakan Kaabah akan berjalan masuk bersama dengan bumi Mekah dan Madinah bersama isi buminya apabila kiamat tiba (termasuk orang beriman yang mati di Mekah/Madinah). Sunat untuk kita berniat untuk mati di Mekah atau Madinah sahaja. Haram berniat untuk mati ditempat yang lain.

- Rasullullah SAW yang pertama sekali dibangkitkan dimana Rasullullah SAWbertanya pada Jibrail " Dimana kamu tinggalkan umatku"

# Didalam Surah Al-Waaqi'ah Allah menyebutkan dipermulaan keadaan/suasana Kiamat Besar dimana manusia terbahagi kepada tiga golongan :
1. Muqarrabiin (Orang yang didekatkan kepada Allah); iaitu orang-orang yang dapat memasuki Syurga diperingkat awal.
2. Abraar (Baik-kebaikan); iaitu orang-orang yang baik-baik mereka ini ialah golongan Kanan (Golongan Bertuah Peringkat Kedua)
3. Fujjaar (Jahat-jahawan); iaitu orang-orang yang jahat-jahat; mereka ini ialah golongan kiri (golongan celaka/sial).
 Kemudian Allah menyebutkan diakhirnya keadaan Kiamat Kecil dimana manusia terbahagi kepada tiga golongan juga iaitu;
1. Muqarrabiin.
2. Golongan Kanan.
3. Golongan Pendusta Yang Sesat.

Peristiwa di Padang Mahsyar
- Manusia dibangunkan dalam keadaan telanjang melainkan mereka yang beriman. Jalan masing-masing tidak kenal antara satu kecuali 7 golongan. Mengikut Riwayat , Rasullullah SAW dan Nabi Ibrahim AS diberi pakaian terlebih dahulu diikuti yang lain (para Nabi, Sahabat dan mereka yang beriman). 7 golongan :
1. Pemimpin yang adil
2. Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid
3. Lelaki yang bersedekah tetapi tidak diketahui
4. Orang muda yang taat kepada perintah Allah
5. Lelaki yang diajak oleh wanita, tetapi dia menolak dengan kata "Aku takut pada Allah"
6. Lelaki yang senantiasa mengingati Allah dan takut pada Allah
7. Bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
(Didalam Al-Quran jika ia dirujuk sebagai lelaki maka ada juanya bermaksud atau bersama perempuan)

Setelah 40 tahun (di Mahsyar) iaitu 1 tahun bersamaan 50,000 tahun didunia, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi".. maka yang mengetuai setiap kumpulan ialah para ulama dan para ambia. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam menyatakan beliau juga ada melakukan dosa kerana memakan buah larangan di syurga.. maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Rasullullah SAW memohon kepada Allah dan syafaat baginda telah meletakkan Padang Mahsyar menjadi tempat
- Soal Jawab
- Membaca catatan amalan
- Hisab

*Manakala orang kafir dan syaitan akan dikumpulkan disekeliling Neraka Jahanam. "Oleh itu, demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Sesungguhnya Kami akan himpunkan mereka yang kafir itu beserta syaitan-syaitan di Padang Mahsyar, kemudian Kami akan bawa mereka duduk bertelut di keliling Neraka Jahanam." Surah Maryam Ayat 68. Kemudian manusia meniti Siratul Mustakim yang mana perjalanannya mengambil masa 15,000 tahun perjalanan (persamaan didunia tidak dinyatakan). Dan setiap 1000 manusia yang meniti hanya tinggal 1 sahaja yang akan berada di titian sirat (iaitu merekayang beriman dan beramal soleh) untuk meneruskan perjalanan ke syurga (sepantas kilat bagi mereka yang beriman) . 999 manusia akan jatuh kebawah dari sirat dan akan tiba didasar neraka setelah 60 tahun.
(*Mengikut Riwayat, anak yang meninggal sewaktu kecil akan menunggu ibubapanya diatas sirat).

*Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi, Di sisi "Sidratul-Muntaha"; Yang di sisinya terletak syurga "Jannatul-Makwa".(Nabi Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa "Sidratul-Muntaha" itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga. Surah An-Najm Ayat 13-16

*Kesimpulannya : Mati adalah benar, hidup kembali di Alam Barzah dan Alam Akhirat adalah benar. Amatlah ruginya jika kita leka di dunia yang masanya sungguh singkat namun amalan dan sumbangan kita terhadap agama Allah amatlah besar pada ketika itu untuk menghadapi Alam seterusnya. Diceritakan kisah didalam Al-Quran dimana manusia akan menyesali diatas kelalaian mereka didunia sebaik sahaja melihat api neraka…… Wallahuwa'lam.

Rujukan :
Tazkirah Ustaz Zawawi UIA - Kursus Pengurusan Jenazah MAS pada
# Suka-Duka Roh di Alam Barzah - Abdullah Al-Qari
*Diambil dari Kitab/Al-Quran oleh penulis Dari Abdullah bin 'Amr RA., Rasulullah SAW. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

Sunday, May 19, 2013

Antara Pakaian dan Aurat Dalam Islam


Apakah fungsi pakaian menurut Syari’at Islam?
Pakaian adalah nikmat Allah untuk melindungi badan manusia, menutup aurat mereka dan juga sebagai perhiasan bagi mereka. Fungsi-fungsi pakaian ini dijelaskan oleh Allah di dalam al-Quran; “Dan Allah menjadikan bagi kamu pakaian-pakaian yang memelihara kamu dari panas dan sejuk, juga pakaian-pakaian yang memelihara kamu semasa berjuang” (an-Nahl, ayat 81).
 “Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat”. (al-A’raf:26).

Dalam ayat 26 dari surah al-A’raf di atas, ada tiga jenis pakaian yang disebut oleh Allah;
1. Pakaian untuk menutup aurat
2. Pakaian untuk perhiasan
3. Pakaian takwa

Menurut ulamak; “اللباس” dalam ayat tersebut ialah pakaian untuk menutup aurat. Adapun “الريش” ialah apa yang diambil/dipakai supaya nampak cantik pada luarannya, iaitu untuk perhiasan. Yang pertama (iaitu “اللباس”) adalah keperluan asas, sementara yang kedua adalah sampingan. Adapun pakaian takwa, menurut Ikrimah; maksudnya ialah pakaian orang-orang bertakwa pada hari kiamat. Menurut Ibnu ‘Abbas pula; ia bermaksud amal soleh dan kelakuan yang baik. Menurut Ibnu Aslam; ia adalah pakaian yang dipakai oleh seorang yang takutkan Allah, lalu ia menutup auratnya.[1]

Apakah syarat-syarat pakaian lelaki?
1. Hendaklah menutup kawasan aurat
2. Tidak jarang hingga menampakkan kulit tubuh (khususnya kawasan aurat)
3. Tidak sendat hingga menampakkan bentuk kawasan aurat
4. Tidak menyerupai pakaian perempuan
4. Tidak berlebihan atau menzahirkan kesombongan
6. Bukan pakaian syuhrah
7. Bukan diperbuat dari material yang diharamkan iaitu sutera.
8. Tidak menyerupai pakaian orang kafir atau golongan fasiq.

Apakah syarat-syarat pakaian wanita? [2]
1. Hendaklah menutup aurat
2. Tidak jarang atau nipis yang menampakkan kulit badan
3. Tidak ketat atau sendat hingga menampakkan bentuk tubuh
4. Tidak menyerupai pakaian lelaki
5. Tidak menyerupai pakaian orang kafir atau golongan fasiq
6. Tidak berlebihan dan menzahirkan kesombongan
7. Bukan pakaian syuhrah
8. Tidak mempunyai hiasan atau corak yang menarik pandangan lelaki.

Apa dalil bahawa pakaian mesti menutup aurat?
Pertama, tujuan pakaian antaranya adalah untuk menutup aurat sebagaimana ayat di atas tadi. Kedua, terdapat dalil yang cukup jelas dari al-Quran dan as-Sunnah yang memerintahkan orang-orang Islam supaya menutup aurat. Ketiga, para ulamak telah sepakat atas kewajipan menutup aurat ini.
Apa dalil tidak harus memakai pakaian yang jarang atau sendat?
Dalilnya ialah sabda Nabi SAW; “Dua golongan dari ahli neraka yang aku belum melihat kedua-duanya iaitu; (1) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu untuk memukul manusia dengannya, dan (2) Wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencederungkan orang lain kepadanya. Kepala-kepala mereka umpama bonggol-bonggol unta yang senget. Mereka ini tidak akan dapat memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya di mana bau syurga dapat dicium dari jarak perjalanan sekian sekian jauh”. (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah RA.)

Di dalam hadis di atas, Nabi SAW. menegaskan; salah satu golongan yang akan menjadi ahli neraka ialah wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang, yakni mereka berpakaian tetapi di sisi agama mereka sebenar tidak berpakaian. Ia merangkumi yang berikut;[3]
1. Wanita-wanita yang memakai pakaian yang nipis yang masih menampakkan kulit atau bayangan tubuh mereka. Mereka berpakaian pada nama, namun telanjang pada hakikatnya.
2. Memakai pakaian yang menutup sebahagian aurat dan mendedahkan sebahagian lagi (yakni tidak menutupkan secara menyeluruh kawasan aurat yang wajib ditutup).
3. Memakai pakaian yang ketat atau sendat hingga menampak bentuk tubuh.

Apakah dalil tidak harus pakain lelaki menyerupai pakaian wanita dan sebaliknya? Kerana Rasulullah melaknat orang lelaki yang meniru wanita dan wanita yang meniru lelaki sebagaimana yang diceritakan oleh Ibnu ‘Abbas RA; “Rasulullah SAW. telah melaknat lelaki-lelaki yang meniru-niru perempuan dan wanita-wanita yang meniru-niru lelaki”. (Riwayat Imam Bukhari).

Bagaimana yang dikatakan meniru itu? Dan apa contohnya?
Iaitu setiap pakaian yang khusus untuk lelaki iaitu diketahui oleh masyarakat bahawa ia sememangnya untuk lelaki, tidak harus untuk wanita memakainya. Begitu juga, pakaian yang khusus untuk perempuan iaitu diketahui oleh orang ramai bahawa ia sememangnya untuk wanita, tidak harus lelaki memakainya. Contohnya; wanita yang memakai seluar lelaki dan lelaki yang memakai kain wanita. Di dalam hadis diceritakan; suatu hari Nabi SAW. masuk menemui isterinya Ummu Salamah. Ketika itu Ummu Salamah sedang memakai tudungnya. Lalu Nabi berkata kepadanya; “Lilitlah dengan satu lilitan sahaja, bukan dengan dua lilitan”. (Riwayat Imam Abu Daud dan al-Hakim. Menurut al-Hakim; hadis ini soheh. Tashih al-Hakim dipersetujui oleh Imam az-Zahabi. Lihat; Faidhul-Qadier, hadis no. 7744).

Menurut ulamak; tegahan Nabi di atas tujuannya ialah supaya cara pemakaian tudung oleh perempuan tidak menyerupai cara pemakaian serban oleh kaum lelaki iaitu dengan melilit di kepala dengan beberapa lilitan.[4]

Apakah dalil pengharaman sutera ke atas lelaki?
Iaitulah sabda Rasulullah SAW; “Diharamkan memakai sutera dan emas ke atas lelaki-lelaki umatku dan dihalalkan bagi wanita-wanita mereka”. (Riwayat Imam at-Tirmizi dari Abi Musa al-Asy’ari RA.. Menurut Imam at-Tirmizi; hadis ini hasan soheh).

Dalam hadis yang lain baginda bersabda; “Sesiapa memakai sutera di dunia, ia tidak akan dapat memakainya lagi di akhirat”. (Riwayat Imam Bukhari, Muslim dan Ahmad dari Abi Umamah RA). Adakah sutera tiruan juga dilarang? Sutera yang diharamkan oleh hadis ialah sutera asli yang diperbuat dari benang dari ulat sutera. Itu yang dimaksudkan oleh hadis. Adapun sutera tiruan (yang dibuat dari bahan lain dari sutera asli itu iaitu benang dari ulat sutera) ia tidaklah termasuk dalam larangan hadis. Sesuatu yang tidak termasuk dalam larangan Syarak ia kekal dalam hukum asalnya iaitu harus. Namun jika sifat kain sutera tiruan itu adalah terlalu lembut iaitu menyerupai kain wanita, sebaik-baiknya orang lelaki tidak memakainya kerana tidak bersesuaian dengan penampilan seorang lelaki.[5]

Apa dalil dilarang pakaian yang menyerupai orang kafir atau orang-orang fasiq?
Iaitu sabda Nabi SAW; “Sesiapa yang menyerupai suatu golongan, maka ia dari golongan tersebut”. (Riwayat Imam Abu Daud dari Ibnu ‘Umar RA). Menurut Imam Ibnu Kathir; hadis ini merupakan larangan keras terhadap perbuatan meniru orang kafir sama ada dalam ucapan, perbuatan, pakaian, perayaan, ibadah dan sebagainya yang tidak disyariatkan untuk kita (umat Islam).[6]

Bagaimana yang dikatakan meniru itu? Apa contohnya?
Setiap pakaian yang memberi gambaran kepada orang lain bahawa si pemakainya adalah kafir atau menunjukkan bahawa ia adalah fasiq (tidak menjaga agama, yakni suka melakukan maksiat), maka ia termasuk dalam pengertian meniru orang kafir atau golongan fasiq. Contohnya; memakai pakaian yang mempunyai lambing salib atau lambang-lambang agama lain. Saidina ‘Ali menceritakan; aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda; “Jauhilah kamu dari memakai pakaian para Rahib. Sesiapa memakai pakaian seperti mereka atau menyerupai mereka, dia bukanlah dariku” . (Riwayat Imam ar-Rhabrani dalam al-Mu’jam al-Ausat. Menurut Imam Ibnu Hajar; sanadnya adalah La Ba’sa Bihi. Lihat; Fathul-Bari, bab al-Baranis).[7]


Apa dalil larangan berlebihan dan menzahirkan kesombongan dalam berpakaian?
Iaitu firman Allah; “…dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan….”. “Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri”. (al-Hadid: 23)

Sabda Rasulullah SAW; “Sesiapa yang melabuhkan pakaian/kainnya kerana sombong, nescaya Allah tidak akan memandangnya pada hari kiamat”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Apa maksud pakaian Syuhrah? Apa dalil larangan terhadapnya?
Pakaian Syuhrah bermaksud pakaian yang dipakai untuk dikenali oleh orang lain, yakni untuk menunjulkan perbezaan diri dengan orang lain. Tujuannya sama ada untuk berbangga-bangga di hadapan orang lain dengan perasaan takjub dan besar diri (takbur) atau untuk menunjuk-nunjuk kezuhudan dengan perasan riyak dan nifak (berpura-pura). Dalil larangan pakaian Syuhrah ini ialah sabda Rasulullah; “Sesiapa memakai pakaian kemasyhuran, nescaya Allah akan memakaikan kepadanya pakaian kehinaan pada hari kiamat nanti. Kemudian ia akan dibakar dengan pakaiannya ke dalam neraka”. (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasai dan Ibnu Majah dari Ibnu ‘Umar RA.)

Ada seorang lelaki bertanya Ibnu ‘Umar RA.; “Apakah pakaian yang baik untuk aku pakai?”. Jawab Ibnu ‘Umar; “Pakailah pakain yang sekira-kira kamu tidak akan diperlekehkan oleh orang-orang bodoh (as-sufaha’) (kerana buruknya pakain itu dan tidak ada nilai) dan tidak dikeji oleh orang-orang cerdik (hukama’) (kerana melampaui had kesederhanaan)”. (Riwayat Imam at-Thabrani).

Apakah dalil dilarang pakaian wanita mempunyai corak yang menarik perhatian lelaki?
Kerana ia termasuk di dalam pengertian tabarruj yang dilarang oleh al-Quran iaitu firman Allah; “dan hendaklah kamu (wahai isteri-isteri Nabi) tetap di rumahmu dan janganlah kamu bertabarruj (yakni berhias dan bertingkah laku) seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu ….”. (al-Ahzab: 33)

Menurut ulamak; at-Tabarruj bermaksud seorang wanita mendedahkan perhiasannya atau kecantikannya yang mendorong syahwat lelaki.[8] Pengertian tabarruj bukan hanya khusus kepada mendedahkan aurat sahaja, tetapi merangkumi semua perlakuan untuk menarik perhatian lelaki termasuk stail berpakaian, cara berjalan, cara bercakap, solekan dan sebagainya.

Adakah pakaian kanak-kanak juga perlu mematuhi cirri-ciri pakaian di atas?
Ya. Hukum bagi kanak-kanak juga adalah serupa. Dilarang ibu-bapa atau penjaga memakaikan kepada anak lelaki pakaian untuk perempuan dan begitu juga diharamkan memakaikan kepada anak perempuan pakaian untuk lelaki. Diceritakan bahawa suatu hari Saidina Umar RA. melihat anak lelaki Zubair dipakaikan kepadanya pakaian dari sutera. Lalu Umar mengoyaknya dan berkata; “Janganlah kamu memakaikan kepadanya pakaian dari sutera”. Begitu juga, Ibnu Mas’ud pernah mengoyak pakaian sutera yang dipakaikan kepada anak lelakinya.[9]
Dikecualikan dalam masalah aurat. Kanak-kanak yang belum baligh tidaklah dituntut menutup aurat sebagaimana tuntutan ke atas orang dewasa. Namun ibu-bapa wajib melatih anak-anak dengan adab-adab Islam (termasuk adab berpakaian menutup) untuk membiasakan mereka apabila baligh nanti.[10]

Adakah Islam melarang berpakaian cantik?
Islam mengharuskan memakai pakaian yang cantik dan lawa tetapi janganlah melanggar had-had yang ditetap Allah, jangan membazir dan jangan takbur atau bongkak. Imam Muslim meriwayatkan dari Ibnu Mas’ud, bahawa Rasulullah SAW. bersabda; “Tidak masuk syurga seorang yang ada sifat takbur dalam hatinya walau sebesar biji sawi”. Lalu berkata seorang lelaki; “Jika seorang lelaki suka memakai pakaian yang cantik dan memakai kasut yang lawa, adakah dia juga dikatakan takbur?”. Lalu jawab baginda; “Tidak! Allah itu cantik dan Ia sukakan kecantikan. Yang dikatakan takbur itu ialah enggan menerima kebenaran (iaitu sombong terhadap kebenaran) dan memandang rendah terhadap manusia”.

Apa makna jilbab?
Di dalam al-Quran Allah memerintahkan wanita-wanita beriman memakai jilbab sebagaimana firmanNya; “Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal[11], karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha pengampun lagi Maha penyayang”. (al-Ahzab: 59)

Menurut Imam Abu Bakar ibnu al-‘Arabi; para ulama’ berikhtilaf dalam mentafsirkan jilbab. Namun lafaz-lafaz yang mereka gunakan hampir memberi pengertian yang serupa di mana asasnya ialah pakaian yang menutup/melitupi badan. Dengan pengertian ini, maka ayat di atas merupakan arahan kepada sekelian wanita Islam supaya menutup badan mereka. Jika digabungkan ayat di atas dengan ayat dari surah an-Nur (iaitu ayat 31), maka had yang mesti ditutup ialah dari hujung rambut hinggalah ke tapak kaki kecuali muka dan dua tangan. Di sisi sebahagian fuqaha’, dikecualikan juga dua kaki. Pakaian yang dipakai untuk menutup badan itu hendaklah tidak jarang hingga menampakkan bayangan kulit dan juga tidak ketat hingga mendedahkan bentuk tubuh….[12]

Adakah terdapat fesyen tertentu bagi pakaian dalam Islam?
Tidak ada fesyen tertentu yang ditetapkan Islam bagi pakaian. Ia terserah kepada manusia untuk menentukannya mengikut pengalaman dan kebiasaan masing-masing kerana hal ini termasuk dalam perkara-perkara duniawi yang diberi kebebasan kepada manusia untuk menentukannya. Syarak hanya menetapkan pakaian hendaklah menutupi aurat, tidak jarang, tidak ketat/sendat dan sebagainya tadi. Adapun bentuk, fesyen dan cara pemakaiannya, maka terserah kepada kebiasaan atau kehendak manusia selagi tidak bercanggah dengan ciri-ciri pakaian yang ditetapkan tadi.[13]

Apa hukum memakai pakaian labuh hingga melebihi buku lali?
Ada perbezaan antara lelaki dan wanita. Bagi wanita, digalakkan ia melabuhkan pakaiannya hingga menutupi keseluruhan kaki. Diriwayatkan dari Sofiyyah binti Abi ‘Ubaid RA. yang menceritakan; Ummu Salamah (salah seorang isteri Nabi SAW.) semasa Nabi menyebutkan tentang celaan terhadap orang yang melabuhkan kain sarungnya, beliau bertanya; “Bagaimana dengan kaum wanita wahai Rasulullah? (yakni adakah mereka juga turut dilarang melabuhkan pakaian)”. Baginda menjawab; “Labuhkan sejengkal sahaja”. Ummu Salamah bertanya lagi; “Bagaimana jika masih terdedah kaki mereka?”. Nabi menjawab; “Labuhkan sehasta sahaja. Jangan lebih dari itu”. (Riwayat Imam Abu Daud dan at-Tirmizi).[14]

Adapun bagi lelaki, ada perbezaan pandangan di kalangan ulamak;[15]
1. Menurut segolongan ulamak; haram melabuhkan pakaian di bawah buku lali secara keseluruhannya. Pengharaman ini berdalilkan beberapa hadis antaranya sabda Nabi SAW; “Kain sarung yang di bawah dari dua buku lali adalah di dalam neraka” (Riwayat Imam al-Bukhari dari Abu Hurairah RA.).[16]

2. Menurut sebahagian ulamak yang lain; diharamkan jika ada niat berbangga-bangga atau menyombong diri. Jika tanpa niat tersebut, tidaklah haram. Ini kerana terdapat hadis yang mengaitkan pengharaman melabuhkan pakaian itu dengan niat tersebut. Antaranya sabda Nabi SAW; “Allah tidak memandang[17] (yakni tidak akan memberi rahmatNya) kepada orang yang melabuhkan pakaiannya kerana menyombong (atau berbangga-bangga diri)”. (Riwayat Imam Muslim dari Ibnu ‘Umar RA.)

Lebih jelas lagi, ada hadis menceritakan tatkala Nabi SAW. berkata “Sesiapa melabuhkan pakaiannya kerana menyombong diri, Allah tidak akan memandang kepadanya pada hari kiamat”, Abu Bakar pun berkata kepada baginda; “Ya Rasulullah SAW., kain sarungku akan melabuh kecuali aku memegangnya”. Nabi berkata; “Engkau bukanlah dari golongan orang-orang yang melakukannya (yakni melabuhkan pakaian) kerana ingin menyombong”. (Riwayat Imam al-Bukhari, Abu Daud dan an-Nasai dari Ibnu ‘Umar RA.).

Walaupun tidak haram, hukumnya adalah makruh. Imam Nawawi dalam kitabnya Syarah Soheh Muslim, tatkala menghuraikan hadis di atas beliau menyebutkan antaranya; “Tidak harus melabuhkan pakaian hingga ke bawah buku lali jika dengan tujuan menyombong diri. Jika bukan dengan tujuan tersebut, hukumnya adalah makruh…Kadar yang disunatkan ialah hingga ke tengah betis. Jika dari tengah betis hingga ke buku lali (tanpa melepasinya), hukumnya adalah harus. Jika labuh hingga melepasi buku lali, hukumnya adalah makruh kecuali ada niat menyombong diri, maka hukumnya adalah haram”.[18]

Adakah disunatkan membaca doa ketika memakai pakaian?
Abi Sa’id al-Khudri RA. menceritakan; “Adalah Rasulullah SAW. apabila memakai pakaian baru, baginda akan menyebut nama pakaian baru itu sama ada serban, baju atau selendangnya, kemudian baginda membaca; Maksudnya; “Ya Allah! Untukmu segala pujian. Engkaulah yang memakaikanku pakaian ini. Aku memohon kepadaMu kebaikan pakaian ini dan kebaikan tujuan ia dibuat. Aku berlindung dari kejahatan pakaian ini dan kejahatan tujuan ia dibuat”. (Riwayat Imam at-Tirmizi dan Abu Daud. Menurut Imam at-Tirmizi; hadis ini adalah hasan).

Adakah harus wanita memakai seluar?
Harus dengan syarat-syarat berikut;[19]
1. Seluar itu dibuat khusus untuk wanita. Tidak harus ia memakai seluar lelaki kerana diharamkan wanita menyerupai lelaki.
2. Ia memakainya di bahagian dalam, yakni dilitupi oleh pakaian lain yang tidak menampakkan bentuk tubuhnya.
3. Jika tidak dilitupi dengan pakaian luar, tidak harus ia memakainya kecuali di hadapan suami atau mahramnya atau di hadapan wanita lain. Adapun di hadapan lelaki-lelaki ajnabi, tidak harus ia memakainya kerana pemakaian seluar sahaja (tanpa pakaian luar) menampakkan bentuk tubuh.

Digalakkan wanita memakai seluar di bahagian dalamnya (yakni di samping pakaian luar) kerana ia lebih menjaga aurat.[20]

Adakah Syarak menetapkan warna tertentu bagi pakaian wanita?
Syarak tidak menetapkan warna tertentu bagi pakaian wanita, begitu juga bagi pakaian lelaki. Namun hendaklah pakaian wanita tidak terlalu terang warnanya hingga menarik perhatian lelaki atau mempunyai corak yang boleh membangkitkan ghairah atau mencuri pandangan lelaki kepadanya. Kerana itu, para ulamak menyukai jika wanita memakai pakaian berwarna gelap kerana ia kurang menarik perhatian berbanding warna lain.[21]

Apakah warna yang paling baik bagi pakaian lelaki?
Warna putih. Dari Samurah bin Jundab RA. bahawa Rasulullah SAW. bersabda; “Pakailah pakaian berwarna putih kerana sesungguhnya ia lebih suci dan lebih baik dan kafankanlah dengannya jenazah-jenazah kamu”. (Sunan at-Tirmizi, an-Nasai, Ibnu Majah, Musnad Imam Ahmad)

Hadis di atas menunjukkan keutamaan pakaian putih dari pakaian-pakaian berwarna lain. Disunatkan memakai pakaian berwarna putih dan mengkafankan jenazah dengan kain yang berwarna putih. Begitu juga, pakaian putih adalah paling baik dipakai untuk menghadiri solat Jumaat, solat Jamaah, bertemu ulamak atau pembesar.[22]

Adakah harus memakai pakaian berwarna lain dari putih?
Ya, Harus. Walaupun Nabi SAW. menyukai warna putih, namun dalam pemakaian baginda sendiri tidaklah baginda hanya memakai pakaian berwarna putih sahaja. Baginda juga memakai pakaian berwarna lain dari putih. Perhatikan hadis-hadis berikut;
1. Aisyah RA. menceritakan; “Rasulullah SAW. keluar pada suatu pagi dengan memakai kain yang diperbuat dari bulu hitam”. (Riwayat Imam Muslim, at-Tirmizi dan Abu Daud)

2. Qailah binti Makhramah RA. menceritakan; “Aku melihat Nabi SAW. dan pada badan baginda terdapat dua kain sarung yang telah lusuh (buruk) yang dicelup dengan za’faran, namun warna za’faran itu telah pun pudar”. (Riwayat Imam at-Tirmizi)

3. Abi Rimsah menceritakan; “Aku melihat Nabi SAW. dan baginda memakai dua kain burdah berwarna hijau”. (Sunan an-Nasai, Abu Daud, Musnad Ahmad)

4. ‘Aun bin Abi Juhaifa’ meriwayatkan dari bapanya yang menceritakan; “Aku melihat Rasulullah SAW. memakai kain/pakaian berwarna merah dan aku lihat seolah-olah (putih) bercahaya dua betis baginda”. Berkata Sufyan (yang merupakan antara perawi hadis ini); “Kami berpandangan kain yang dimaksudkan itu ialah Hibarah”. (Riwayat at-Tirmizi, Imam Ahmad dan Imam at-Thabrani)

5. Al-Barra’ bin ‘Azib RA. menceritakan; “Aku tidak pernah melihat seorang pun dari manusia yang lebih kacak dengan pakaiannya berwarna merah dari Rasulullah. Rambut baginda panjangnya hampir mencecah dua bahunya”. (Sunan an-Nasai, Soheh Muslim, Musnad Ahmad)

Nota Hujung;
[1] Tafsir al-Jalalain dan Tafsir Ibnu Kathir.
[2] Al-Halal wa al-Haram, hlm. 161-162.
[3] Al-Albisah Wa az-Zinah, hlm. 127.
[4] Lihat; ulasan Imam Abu Daud dalam Sunannya (Kitab al-Libas, Bab Fi al-Ikhtimar). Lihat juga; al-Albisah Wa az-Zinah, hlm. 186).
[5] Fatwa Syeikh al-Munajjid (http://www.islam-qa.com/ar/ref/30812/الصناعي).
[6] Lihat; Tafsir al-Quran al-Adziem, surah al-Baqarah, ayat 104.
[7] Al-Albisah Wa az-Zinah, hlm. 183.
[8] Fathul-Qadier, Imam as-Syaukani.
[9] Tasyabbuh Yang Dilarang di Dalam Fiqh Islam, Jamil bin Habib al-Luwaihiq, hlm. 138-139.
[10] Fatawa Ulama’ Baladil-Haram, hlm. 748.
[11] Yakni mudah dikenali bahawa mereka adalah wanita merdeka, bukan hamba. Atau mudah dikenali bahawa mereka adalah wanita Islam, bukan wanita kafir. (Lihat as-Asas fi at-Tafasir).
[12] Dipetik dari Fatwa mufti Mesir tahun 1981 iaitu Syeikh Jadul-Haq ‘Ali Jadul-Haq. (Rujukan; Mausu’ah Fatawa Dar al-Iftak al-Mishriyyah, ter. Majlis al’A’la Li asy-Syuun al-Islamiyyah, Mesir).
[13] Dipetik dari Fatwa mufti Mesir tahun 1981 iaitu Syeikh Jadul-Haq ‘Ali Jadul-Haq. (Rujukan; Mausu’ah Fatawa Dar al-Iftak al-Mishriyyah, ter. Majlis al’A’la Li asy-Syuun al-Islamiyyah, Mesir).
[14] Syarh as-Sunnah, Imam al-Baghawi, 7/11.
[15] Al-Albisah Wa az-Zinah, hlm. 170-173.
[16] Maksud hadis ialah; kawasan kaki yang dikenai oleh kain sarung yang dilabuhkan melepasi dua buku lali, kawasan itu akan diazab di dalam neraka sebagai balasan kepada pemakainya (ulasan Imam al-Khattabi. Lihat; al-Albisah Wa az-Zinah, hlm. 170).
[17] Yakni Allah tidak akan merahmatinya atau tidak akan memandangnya dengan pandangan rahmat (Lihat; al-Albisah Wa az-Zinah, hlm. 169).
[18] Syarah Soheh Muslim, juz. 14, Kitab al-Libas Wa az-Zinah.
[19] Al-Albisah Wa az-Zinah, hlm. 130 dan 187. Fatawa ‘Ulama’ Baladil-Haram, hlm. 750.
[20] Al-Albisah Wa az-Zinah, hlm. 201.
[21] Al-Albisah Wa az-Zinah, hlm. 126. Fatwa Syeikh al-Munajjid (baca di; http://www.islam-qa.com/ar/ref/898).
[22] Raudhatul-Muttaqien, 2/314.

Saturday, May 18, 2013

Fakta Pentingnya Air Pada Kehidupan Manusia


Air sememangnya keperluan di dalam hidupan harian kita. Dan semua orang sudah sedia maklum mengenainya. Dan semua pasti dan tahu 70% daripada kandungan badan kita terdiri daripada air bukan? Mari kita ketahui apakah keajaiban air dalam memberi kita kesihatan terhadap tubuh badan.

1. Kekal bentuk badan yang cantik dengan air.
Kita ingin menurunkan berat badan? Air boleh meningkatkan metabolisma badan kita dan membantu untuk kita berasa kenyang. Tukarkan air manis yang kita sering minum kepada air suam. Juga sebelum makan, minum sedikit air untuk memudahkan kita merasa lebih kenyang dengan cepat. Kita juga pernah mengalami perkara yang sama apabila kita makan diselangi dengan air. Kita akan rasa cepat kenyang daripada biasa. Apabila kita minum air yang sejuk, badan kita akan cuba untuk meningkatkan suhu air tersebut dan ia membantu membakar kalori dalam proses tersebut.

2. Air membantu meningkatkan tenaga kita.
Apabila kita berasa letih dan haus, terus dapatkan air. Ini kerana badan kita mengalami dehidrasi dan ia menyebabkan kita merasa letih. Terutama sekali ketika kita melakukan senaman mahupun jogging. Tidak perlu tunggu untuk minum air. Segera dapatkan air sekiranya kita berasa haus. Sekiranya kita mempunyai cukup air, jantung kita tidak perlu bersusah payah untuk pam darah kita keseluruh badan.

3. Air mampu mengurangkan stres.
Seperti yang disebutkan, 70% hingga 80% badan kita terdiri daripada air. Sama juga seperti otak. Apabila kita mengalami dehidrasi (kekurangan air), badan dan minda kita juga turut stres. Apabila kita berasa haus sahaja, itu memberikan signal yang kita mengalami dehidrasi. Untuk memastikan kita kurangkan stres, sediakan segelas air di atas meja dan cuba untuk minum dengan lebih kerap.

4. Bentuk otot kita dengan air.
Minum air membantu mengelakkan kekejangan otot dan melincirkan otot di dalam badan. Apabila kita minum air dengan cukup, kita mampu melakukan senaman dengan lebih lama dan lebih kuat tanpa perlu bersusah payah.

5. Mencantikkan kulit kita.
Jika kita perasan, terdapat sesetengah orang yang menjadikan minum air sebagai tabiat harian. Contoh terbaik adalah kaum Cina. Jika kita perasan setiap kali mereka ke sekolah, mereka pasti akan membawa satu botol air suam bersama mereka. Tidak kira masa. Dan apabila diperhatikan kulit muka mereka, kebanyakan mempunyai kulit muka yang licin dan bersih. Apabila kita dehidrasi, garisan-garisan halus dan juga kedutan akan menjadi lebih ketara. Dengan kerap meminum air, kulit akan dihidrasikan, menjadikan muka kita nampak lebih muda dan cantik. Ia juga dapat membersihkan kotoran dan melancarkan peredaran darah dan menjadikan kulit kita lebih bersinar dan bersih.
6. Air melancarkan proses penghadaman.
Selain serat, air juga penting untuk penghadaman. Air membantu melarutkan bahan buangan menjadikan ia mudah untuk dikeluarkan melalui saluran penghadaman. Apabila kita mengalami dehidrasi, badan kita akan menyerap semua air tersebut dan menyebabkan usus besar kita menjadi kering dan menjadi bertambah sukar untuk kita keluarkan sisa buangan badan.

7. Air mengurangkan pembentukan batu karang.
Kadar pembentukan batu karang semakin bertambah disebabkan ramai yang kurang minum air. Air membantu melarutkan garam dan mineral di dalam air kencing di mana garam mineral tersebut antara bahan yang membentuk kristal dan menyebabkan batu karang. Batu karang tidak terbentuk dalam keadaan air kencing yang tidak pekat dan cair. Jadi, kurangkan risiko kita dengan minum banyak air!

Adakah kita minum air dengan cukup?

Melalui saranan pakar pemakanan, kita harus minum sekurang-kurangnya 2 liter air setiap hari iaitu bersamaan dengan 8 gelas air. Dan air yang kita minum bukanlah air yang mengandungi gula, tetapi air suam ataupun air mineral. Sekiranya kita kuat bersenam, keperluan kita untuk minum air juga turut bertambah.


Penting sangat kah air kosong didalam badan kita? Mari kita andaikan sistem badan kita ibarat sebuah engin kenderaan, apabila tangki air radiotar kenderaan kering, sertamerta overhetaing akan berlaku. Begitulah sebaliknya. Perlukah kita meminum air sebanyak 8 gelas setiap hari? Ramai yang tak tahu Mengapa 8 gelas? Dari mana datangnya nombor ajaib ini? Pada tahun 1945, National Acedemy of Sciences of the United States Food and Nutrition Board, telah menerbitkan satu cadangan nutrient yg harus diambil setiap hari. Ia mencadangkan pengambilan air yang digalakkan bagi seorang dewasa ialah 2.5 liter (kita2 8 gelas) setiap hari. Jumlah 2.5L ini berdasarkan kiraan mL air diperlukan untuk setiap kalori makan yang diambil. (Kita memerlukan kira-kira 2500 cal setiap hari).

Mengapa air sangat perlu? Ketika kita makan, usus dihujung perut akan mengecut menyebabkan makanan berada di dalam perut untuk seketika bagi tujuan penghadaman. Air yang diminum digunakan untuk mjadikan makanan ini menjadi cecair. Setelah makanan menjadi lembut ianya akan dihantar ke usus untuk tujuan serapan. Jika kita tidak cukup minum air, sistem pencernaan akan mengambil cecair dari darah, perut dan usus agar makanan yg hendak diproses akan menjadi lembik dan cair sebelum dihantar ke usus kecil.

Boleh kah kita bayangkan apa akan terjadi kepada sistem badan kita jikalau air tak mencukupi? Penunjuk terbaik adalah warna air kencing; sama ada KUNING cair atau PEKAT. Antara tanda kekurangan air termasuk
* Cepat letih, kanak-kanak jadi kurang aktif
* Terlalu dahaga
* Mulut kering
* Mengantuk
* Air kencing sedikit dan pekat
* Air mata terlalu sedikit atau tiada apabila menangis
* Lemah otot
* Sakit kepala dan pening

Pada keadaan lebih serius, individu terbabit mungkin mengalami masalah:
* Kurang berpeluh
* Mata cengkung
* Tekanan darah rendah
* Kulit menjadi kering dan tidak kenyal (bila ditekan, lambat kembali ke bentuk asal)
* Denyutan jantung menjadi cepat
* Demam
* Meracau
* Pengsan


Pemilihan air juga adalah penting untuk memastikan kita mendapat 100% manfaat daripadanya. Menyuruh seseorang itu untuk minum air bukan bererti seseorang itu perlu minum teh tarik, kopi tarik, atau segala jenis minuman yang manis-manis. Tetapi seeloknya, dapatkan air yang nampak lebih asli seperti air, nampak rupa fizikalnya seperti air, dan rasanya juga seperti air. Air apakah itu? Tentulah ianya “Air Masak” atau sesetengah memanggilnya “Air Kosong”.

Wednesday, May 8, 2013

Antara Emosi dan Kesihatan - Perlu Diurus Sebaiknya


Manusia tidak luput dari terkena penyakit. Semenjak dari kecil, manusia sudah mengenal sakit, sampai menjelang ajalnya sering dibayangi oleh berbagai-bagai penyakit. Untuk mengatasi penyakit, telah dicuba dengan berbagai-bagai cara pengubatan. Walaupun ilmu kedoktoran maju begitu pesat sekali tetap masih ada penyakit yang tidak diketahui sebabnya. Walaubagaimanapun, Ilmu pengubatan alternatif dan holistik telah membahagikan penyebab penyakit kepada tiga golongan besar.

Pertama, penyakit yang datangnya dari luar tubuh, masuk ke badan melalui kulit, lalu menyerang meridian (jalur bujur) tubuh dan selanjutnya menyerang organ dalam. Termasuk dalam kategori ini adalah penyakit yang disebabkan oleh angin, dingin, panas, lembab, kering, api serta penyakit menular.

Kedua, penyebab penyakit dari dalam yang berasal dari emosi (perasaan) penderita. Termasuk dalam kategori ini adalah tujuh jenis emosi iaitu gembira, marah, khuatir, berfikir, sedih, takut dan terkejut.

Ketiga, penyebab penyakit yang tidak termasuk golongan pertama dan kedua. Dalam kelompok ini contohnya kebiasaan hidup yang tidak teratur (makann minum, bekerja, rehat dll), kegiatan bersenggama yang berlebihan serta luka dan gigitan binatang.

Adalah wajar bila setiap individu mempunyai ketujuh-tujuh emosi seperti tersebut diatas. Tidak mungkin seseorang individu itu tidak mempunyai rasa gembira, marah, khuatir, takut, sedih, berfikir dan terkejut. Di dalam pengubatan allternatif dan holistik, emosi yang berlebihan secara langsung akan mempengaruhi organ dalam tubuh. Berikut ini adalah pengaruh tujuh emosi terhadap organ tubuh kita.
SEDIH
Emosi sedih akan timbul bilamana seseorang dihadapkan pada keadaan yang mengecewakan, menggelisahkan atau muncul sebagai akibat penderitaan kerana luka atau sakit. Bila kita sedihkan sesuatu maka emosi ini akan mengganggu perjalanan energi/tenaga. Aliran energi/tenaga akan menjadi lambat bahkan boleh membuat aliran tersebut akan terhenti buat sementara waktu atau tersumbat. Kesedihan yang berlebihan akan menggangggu kerja paru-paru dan jantung. Kerana organ dalam saling berhubungan. Emosi sedih yang berlebihan akan mempengaruhi hati dan organ lainnya bahkan yang parahnya akan mengakibatkan terputusnya hubungan antara jantung dan pericardium (selaput jantung). Akibatnya berlaku pendarahan melalui dubur dan uretra.
MARAH
Hati adalah raja kepada tubuh badan. Kebaikannya akan membuahkan tingkahlaku yang baik dan sebaliknya keburukannya akan membuahkan tingkahlaku yang buruk. Pada keadaan yang normal, hati bekerja dengan baik. Namun begitu ada emosi negatif yang menjadi musuh kepada tubuh kita iaitu kemarahan. Marah akan merangsang hati. Bila marah bergolak, energi/tenaga yang ada di hati akan berbalik naik ke atas, aliran darah naik ke atas serta bergolak. Sebab itu seseorang yang dalam kemarahan, wajahnya akan menjadi merah padam dan badannya akan bergetar.

Ada pepatah yang mengatakan bahawa hati sakit (sebagai organ) disebabkan oleh sakit hati (sebagai perasaan). Orang yang sedang marah ibarat sedang membawa bara api yang sangat panas. Api itu diharapkan akan dilemparkan kepada orang lain namun sebaliknya api itu tidak akan mencederai sesiapa melainkan akibat buruk akan ditanggung oleh diri sipemarah itu. Hati berhubungan dengan kandung hempedu. Kerana kemarahan yang membara akan mengakibatkan rosaknya fungsi hempedu itu. Maka yang akan menanggung kesakitan adalah sipemarah itu.
KHUATIR
Bila kita mengkhuatirkan sesuatu perkara atau insiden seperti keadaan anak kita yang kemalangan, suami sakit jantung, kita sendiri diserang kanser otak dan sebagainya maka aliran energi/tenaga pada tubuh kita akan tergangggu bahkan akan lambat. Kekhuatiran yang berlebihan akan menghentikan perjalanan energi/tenaga buat sementara atau tersumbat dan akan mengganggu kerja paru-paru yang hubungannya sangat dekat dengn usus besar. Tidak hairanlah orang yang khuatir akan menekan-nekan dadanya tempat paru-parunya berada. Paru-paru dilambangkan dengan warna putih. Kerana itulah orang yang khuatir, wajahnya menjadi pucat. Ini bererti energi/tenaga diparu-parunya tidak seimbang.
BERFIKIR
Al Hassan berkata: “Berfikir sesaat lebih baik daripada ibadah sepanjang malam” dan Ibn Abas mengatakan bahawa: “Memikirkan kebaikan merangsang untuk mengamalkannya. Dan menyesali keburukan merangsang untuk meninggalkannya”. Berfikir dikatakan juga meliputi penggunaan akal, kecerdikan atau fikiran untuk memecahkan ,masalah. Berfikir juga dikaitkan dengan berkhayal atau melamun di saat seseorang mencuba memecahkan seseuatu persoalan yang hanya merupakan khayalan dan buka realiti.

Gangguan ke atas fungsi limpa atau kerja limpa akan berlaku sekiranya seseorang itu terlalu banyak berfikir. Seterusnya akan mengganggu juga aktiviti perut kerana limpa dan perut mempunyai hubungkait yang begitu erat sekali. Tidak hairanlah seseorang yang terlalu banyak berfikir akan mengalami sakit perut akibat dari gastrik. Semua pergerakkan tendon/otot akan terganggu.
TERKEJUT
Seseorang apabila dia menduga sesuatu akan berlaku tetapi yang terjadi itu adalah tidak terduga maka akan membuat dia merasa terkejut dan akibatnya jiwa akan tertekan. Terkejut dapat mempengaruhi dan dipengaruhi oleh fungsi buah pinggang. Terkejut yang berlebihan akan membuah buah pinggang dan jantung terluka. Kerana buah pinggang dan jantung mempunyai hubungan yang istimewa. Orang yang mempunyai buag pinggang yang baik biasanya mempunyai fungsi jantung yang baik juga. Jantung yang kuat membuat seseorang tetap bertenang. Orang yang tenang tidak mudah dikejutkan oleh sesuatu yang di luar dugaan. Dapat disimpulkan, orang yang mudah terkejut biasanya mempunyai fungsi jantung yang lemah.
TAKUT
Berlakunya ketegangan mental akan memunculkan rasa takut. Ketakutan seseorang individu berbeda dengan ketakutan individu yang lain. Ada yang takut melihat ular, anjing, takut pada ketingggian, takut berbicara hadapan orang ramai dan sebagainya.

Fungsi buah pingggang dan limpa akan terganggu bila ketakutan yang berlebihan berlaku pada seseorang individu. Sebuah rumah telah dimasuki beberapa orang perompak. Mereka telah mengugut akan merogol si isteri dan anak-anak gadis yang ada di rumah jika si suami tidak menunjukkan tempat simpanan wang. Tentu pada waktu itu, mereka dalam ketakutan yang teramat sangat. Selepas perompak itu melarikan diri dengan barang rompakan mereka, jiran-jiran datang ke rumah mangsa untuk membantu mereka dan di dapati bahawa si suami telah terkencing di tempat mereka diikat. Ini bererti ketakutan telah membuat fungsi buah pinggang menjadi tidak karuan dan akhirnya secara tidak sengaja air kencing pun keluar.
GEMBIRA
Semua manusia inginkan kegembiraan. Kalau dapat mereka tidak mahu bertemu dengan kesedihan, ketakutan, kekhuatiran, kemarahaan dalam kamus hidup mereka. Akan tetapi sudah menjadi sunnatullah bahawa kejadian di alam ini adalah dalam berpasangan. Bila ada kesedihan, mesti ada kegembiraan. Gembira adalah tanda fungsi jantung dalam keadaan normal. Ini bererti darah, kelenjar limpa dan aliran tenaga berjalan dengan lancar dan baik. Manifestasinya badan sihat. Namun bila kegembiraan melebihi had, perjalanan tenaga dalam tubuh akan bergolak dan tersebar sehingga semangat yang tersimpan di jantung akan bergolak juga. Pada saat gembira, aliran tenaga akan menjadi perlahan.

Banyak contoh yang menunjukkan terlalu gembira akan mengakibatkan bencana pada diri seseorang. Mungkin kita pernah mendengar cerita dimana seorang ayah meninggal dunia kerana terlalu gembira apabila mendapat khabar bahawa anaknya dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara. Pada hal dia tidak menyangka sedemikian. Ini adalah satu fenomena yang menyatakan bahawa sewaktu kegembiraan melonjak, aliran tenaga menjadi terlalu laju dan telah menyebabkan berlakunya kerosakan pada jantung kerana tidak dapat menampung kelajuan tenaga yang datang secara mendadak.
Sebagai kesimpulan, faktor emosi merupakan sesuatu yang perlu diwaspadai. Individu yang mempunyai fikiran yang positif biasanya mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik. Oleh itu kendalikanlah perasaan dengan sebaik-baiknya agar kita menjadi seorang individu yang sihat. -Halaqah

Tuesday, May 7, 2013

Antara Mengumpat dan Fitnah


Mengumpat itu adalah perbuatan mengeji atau mengutuk orang lain di luar pengetahuan orang tersebut. Fitnah pula adalah mengada-adakan sesuatu yang tidak ada atau mengaitkan diri seseorang dengan sesuatu yang tidak benar. Ia terhasil daripada persepsi atau gambaran dan bukannya berdasarkan realiti. Rasulullah SAW bersabda: Tahukah kamu apa itu memfitnah?

Para sahabat berkata: “Allah dan Rasulnya lebih mengetahui”. Baginda bersabda: Memfitnah adalah mengatakan sesuatu tentang saudara (Muslim) ketika dia tidak ada dan yang dia tidak suka. Ditanya: “Wahai Rasulullah jika kekurangan itu sungguh ada dalam diri seorang Muslim, maka apa yang harus aku dikatakan?” Baginda menjawab: Jika apa yang dikatakan itu benar, maka itu adalah mengumpat. (riwayat Muslim) Fitnah ini bukan hanya berlaku sekarang. Saidatina Aishah juga pernah difitnah, begitu juga fitnah yang membawa kepada kematian khalifah Uthman Ibn Affan. Mengapa ia berlaku?

Dalam sejarah awal Islam, fitnah adalah berbentuk perbuatan mengadu domba atau melaga-lagakan orang. Sebabnya, orang Arab ketika itu masih kuat dipengaruhi semangat assabiyah atau kedaerahan. Apabila nabi wafat, maka berlaku cubaan merampas kuasa oleh orang Muhajirin di Saqifah Bani Saad. Bagaimanapun, cubaan itu berjaya dipatahkan oleh Saidina Abu Bakar dan Umar. Selain itu, orang Yahudi menabur fitnah untuk memecah-belahkan masyarakat. Malah, pada ketika itu juga ada golongan yang ekstrem sehingga mewujudkan syiah (penyokong kuat) pemimpin tertentu seperti syiah Abu Bakar dan syiah Ali.

Dalam al-Quran, Allah berfirman, …dan ingatlah (angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada membunuh…(al-Baqarah: 191). Mengapakah begitu besar ancaman fitnah ini kepada masyarakat?

Ayat di atas menjelaskan bahaya fitnah dalam masyarakat. Antara sebabnya adalah fitnah itu boleh dibaratkan sebagai pembunuh senyap yang boleh menjadikan sesiapa sahaja mangsanya. Mangsanya pula akan tertekan dan masyarakat jadi porak peranda. Berbanding dengan membunuh, ia hanya melibatkan nyawa. Sebab itu, dalam Islam hukum merampas barang orang dan mencuri berbeza. Mencuri hukumnya lebih berat kerana ia mengambil barang orang lain secara senyap dan menyebabkan masyarakat rasa tertekan dan tidak tenteram. Walhal, merampas barang orang walaupun berdosa tetapi hukumannya adalah dengan membayar ganti rugi.
Di akhirat, orang yang menabur fitnah akan diseksa kerana ia adalah dosa besar. Bagi Muslim, perbuatan tersebut akan menghilangkan ‘status’ sebagai Muslim. Allah turut menjelaskan betapa buruknya perbuatan mengumpat dan fitnah itu menerusi firman-Nya yang bermaksud: “…dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah sesetengah kamu mengumpat setengah yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka makan daging saudaranya yang telah mati?…” (al-Hujurat: 12) Sedangkan Islam menyuruh umatnya menutup keburukan yang dilakukan oleh saudara sesama Muslim. Bagi mereka yang menyembunyikan keburukan ini, maka Allah akan sembunyikan keburukan mereka di akhirat. Ini dijelaskan menerusi sabda Rasulullah SAW. Dalam surah al-Hujurat ayat 6, kita diingatkan supaya berhati-hati apabila menerima berita daripada orang fasik. Persoalannya, bagaimana hendak mengetahui kefasikan seseorang itu?

Pengajaran yang lebih penting dalam ayat ini adalah membudayakan berhati-hati apabila menerima berita daripada orang kita ragui. Demikian juga apabila mendapat berita sama ada melalui khidmat pesanan suara (SMS), khabar angin, tuduhan melulu atau melalui Internet yang boleh dipertikaikan kejujurannya atau ada udang di sebalik batu, maka ini juga tergolong dalam kategori fasik.

Tentang maksud fasik ini, ulama berbeza pandangan. Ada yang berkata, fasik itu ialah orang yang pernah membuat dosa besar. Satu pihak lagi mengatakan fasik itu ialah orang yang pernah melakukan dosa besar atau yang sentiasa membuat dosa besar. Ada juga berita-berita kecil yang disensasikan oleh media. Dan ada juga berlaku di mana orang yang terlibat itu seronok sebab berita tentang dirinya dapat liputan meluas. Padahal natijahnya ia menimbulkan kekacauan dalam masyarakat.Apabila masyarakat, terutama anak muda terbiasa hidup dalam suasana fitnah menjadi perkara biasa, mereka akan hilang sensitiviti. Akhirnya masyarakat jadi kucar-kacir dan menghakis idealisme perpaduan dalam Islam.
Apakah sikap dan tindakan yang perlu dilakukan oleh mangsa fitnah itu tadi? Di dunia, mangsa berhak pertahankan diri dan minta pihak yang memfitnah itu kemukakan bukti dan kenyataan bagi menyokong kebenaran dakwaan tersebut. Dari segi doktrinnya, mereka tetap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah di mahkamah. Dari segi agama, mangsa perlu bersabar dan tidak melakukan fitnah balas kepada orang yang memfitnah atau kepada pihak ketiga. Kadang-kadang, kejadian ini adalah cubaan Allah untuk menguji keimanan seseorang. Baginda SAW sendiri pernah difitnah. Namun, fitnah atau tohmahan itu akan melahirkan peribadi yang lebih utuh.

Namun, jika sudah tidak mampu ditanggung atau ditahan lagi, kita akan melenting dan boleh membawa kepada kehancuran. Apabila terkena fitnah atau musibah, ia bukanlah 100 peratus keburukan. Mungkin yang kena fitnah itu akan terima sokongan ramai yang bersimpati dengannya. Barangkali juga kesulitan dan ujian Allah ini baik untuk kita sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “…Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik untuk kamu dan dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu perkara padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah) Allah jualah yang yang mengetahui semuanya itu, sedang kamu tidak mengetahuinya.” (al-Baqarah: 216).

Mari kita hayati kata-kata Imam Ghazali, “kekuatan itu bukan terletak orang yang boleh bergusti atau menang tetapi orang yang kuat ialah yang boleh menahan diri daripada bertindak liar apabila mereka dalam keadaan marah”. Kebanyakan pemimpin dunia mempunyai sifat begini. Malah dalam Islam, kita juga perlu beriman dengan qada dan qadar. Ini membolehkan kita berasa tenang dan tidak resah gelisah walau apa pun yang berlaku kerana semuanya telah ditentukan Allah. Malah pergantungan terakhir adalah pada Allah Yang Esa. Bagi budaya peradaban yang lebih tinggi, adalah dicadangkan supaya mangsa fitnah itu bersyukur kerana mujur tidak difitnah lebih besar daripada yang sekarang.

Apa pula reaksi orang Islam apabila berhadapan dengan hal sebegini? Setiap Muslim tidak boleh terima bulat-bulat tohmahan atau fitnah yang disampaikan kecuali setelah diperiksa kesahihannya. Sebab itu Islam sangat menentang sifat jahiliah iaitu sifat yang menggunakan persepsi semata-mata untuk menentukan kebenaran atau tidak. Sebaliknya, umat Islam perlu menggunakan keyakinan data ilmiah dalam menentukan benar atau salah sesuatu berita itu.
Bagi pengikut mana-mana individu, apabila berhadapan dengan fitnah hendaklah mereka bertenang dan tidak bertindak melampau. Sebagai manusia, kita bukan maksum (terpelihara daripada dosa). Malah, apabila berlaku kematian kita menyebut Inna Lillahi wa Inna Ilaihirajiiun (dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali). Apabila mendapat nikmat pula kita menyebut Alhamdulillah (segala puji bagi Allah). Mereka yang tunjukkan reaksi bukan menunjukkan sifat Muslim yang ideal. Bukanlah langsung kita tidak boleh bereaksi spontan seperti rasa marah. Yang dilarang ialah rasa marah yang berpanjangan. Sebabnya apabila emosi menguasai, kita tidak lagi menggunakan akal. Sedangkan yang sepatutnya akal menguasai emosi atau nafsu manusia. Yang perlu kita ingat adalah apabila Allah turunkan bala, ia akan mengenai semua orang sama ada yang melakukan maksiat atau orang yang beriman.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksa-Nya.” (al-Anfal: 25)

Ehsan - Share moivasi