DOA

‘Ya Allah, rahmatilah pembaca blog ini, sihatkan ia, ampunilah dosa-dosanya, berkatilah amalannya, janganlah Engkau balikkan hatinya setelah Engkau beri petunjuk dan hidayah kepadanya dan Ya Allah masukkanlah ia dan keluarganya kedalam syurga FirdausMu serta jauhkanlah ia dan keluarganya dari azab nerakaMu. Sesungguhnya Ya Allah, hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau sahajalah kami meminta pertolongan. Ya Allah jika rezeki pembaca blog ini masih diatas langit, turunkanlah ia, jika rezekinya di dalam bumi, keluarkanlah ia, jika rezekinya jauh, dekatkanlah ia, jika rezekinya haram, sucikanlah ia dan jika rezekinya sukar, Engkau permudahkanlah ia” Ya Allah kurniakanlah kepada kami segala kebaikan sebagaimana yang Engkau kurniakan kepada hamba-hamba Mu yang soleh.'

Tuesday, February 12, 2013

Amalan Bismillah 5 & 6


1. Bismillah his sami ‘il bashir allazi lai sa kamislihi shai ‘un wahuwabikul li shai ain ‘aliim.
2. Bismillah hil kholla qil ‘aliimm allazi lai sa kamislihi shai ‘un wahuwal fat ta hul ‘aliim.
3. Bismillah hillazi lai sa kamislihi shai’un wahuwal ‘alimul qhobiir.
4. Bismillah hillazi lai sa kamislihi shai’un wahuwal ‘alimul khadiir.
5. Bismilllah hil ‘azizul kariim. allazi lai sa kamislihi shai ‘un wahuwal ‘azizul kariim.
6. bismilllah hil ghofurril rahiim. allazi lai sa kamislihi shai ‘un wahuwal ghofurril rahiim. Fallah….. hu qhoirun haa fi dzon wahuwal arharmarra himiin
Tafsir Bismillah Enam :-
-Dengan nama Allah yang maha mendengar lagi maha melihat tiada yang seumpama dengannya dan maha mengetahui pada setiap sesuatu,
-Dengan nama Allah yang berkuasa menjadikan lagi maha mengetahui tiada yang seumpama dengannya yang maha pembuka lagi amat mengetahui,
-Dengan nama Allah yang tiada seumpama dengannya yang maha mengetahui lagi mengetahui perkara yang tersembunyi,
-Dengan nama Allah yang tiada seumpama dengannya yang maha mengetahui lagi berkuasa,
-Dengan nama Allah yang gagah perkasa lagi pemurah tiada yang seumpama dengannya yang maha gagah perkasa lagi maha pemurah,
-Dengan nama Allah yang maha pengampun lagi maha penyayang tiada yang seumpama dengannya yang maha pengampun lagi maha penyayang,Allah jualah sebaik-baik penjaga dan dialah maha penyayang diantara para penyayang.

Ayat bismillah enam(6) ini sangat banyak faedahnya, jika diamalkan selalu akan berkhasiat untuk menjadi selusuh kepada perempuan yang akan bersalin, menjadi penawar racun dan bisa-bisa badan, menjadi jampi untuk menghalau jin dan syaitan, terpelihara daripada segala merbahaya, seteru dan musuh, boleh dibaca ketika berperang agar mendapat kemenangan dan mengabulkan segala hajat serta Insya-Allah.

Sangat baik sekali sekiranya dapat diamalkan ayat bismillah enam pada tiap-tiap selepas solat fardhu kerana banyak sekali fadilat dan khasiatnya.
# Makbul segala hajat dan cita-cita.
# Luas rezkinya.
# Jika ditiup kpd perempuan nescaya kasih ia kepada kita.
# Menang dalam peperangan.
# Penerang hati.
# Diajuhkan dari segala penyakit.
# Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.
# Aman daripada binatang buas.
# Air laut menjadi tawar.
# Terlepas daripada terkena bunuh juka dibaca kepada tubuh badan.
# Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung.
# Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.
# Terselamat dari karam dilaut.
# Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.
# Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selam 7 hari nescaya mendengar.
# Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali insyaallah lari iblisnya.
# Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.
# Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.
# Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.
# Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.
Doa ini juga boleh digunakan kepada binatang yang termakan rumput yang diracun atau yang dipatuk ular. Kaedah rawatannya adalah dengan memberi makan rumput dan meminum air yang telah dibacakan dengan bismillah 6.

AMALLAH BISMILLAH ENAM INI KERANA IANYA MENJADIKAN SEGALA JENIS RACUN AKAN TAWAR DAN TIDAK MEMBERI MUDHARAT KEPADA PENGAMAL KALAU TERMINUM. GELAS YANG MENGANDUNGI RACUN AKAN PECAH KALAU DIPEGANG OLEH PENGAMAL BISMILLAH ENAM. INSYAALLAH.

Cara untuk merawat pesakit yang menderita kerana perkara diatas; letakkan tangan ditempat yang sakit, tahan nafas dan baca al-Fathihah dan juga ayat Bismillah Enam ini. Tiup tempat tersebut dah urut sedikit. Boleh juga dibacakan ayat ini pada air untuk disapukan pada tempat yang sakit dan untuk di minum. Angin akan keluar dari pesakit dan diikuti oleh muntah, Insya-ALLAH.

Doa ini juga boleh digunakan kepada binatang yang termakan rumput yang diracun atau yang dipatuk ular. Kaedah rawatannya adalah dengan memberi makan rumput dan meminum air yang telah dibacakan dengan doa diatas.

Panah Makrifat Untuk Menundukkan Musuh:-
1. Untuk menghadapi orang terutama sekali orang berpangkat atau garang.
2. Duduk dirumah dahulu sebelum melangkah keluar.
3. Hadirkan wajah orang yang akan dijumpai dihadapan kita.
4. Baca Bismillah 6 (3x) dan hembuskan kepada wajah orang yang kita hadirkan tadi.
5. Kemudian barulah melangkah keluar rumah.

Peringatan - Beramallah untuk mendekatkan diri kepada Allah. Apabila kita dekat dengan Allah, Allah akan mempermudahkan segala urusan kita. Fadilat Bismillah 6 yang dinyatakan hanya sebagai contoh, tapi Allah boleh memberikan kepada kita lebih daripada itu apabila kita dekat denganNya. Mungkin juga Allah tidak memberikan fadilat tersebut kepada kita, tetapi Allah menyediakan ganjaran yang besar di Akhirat. Namun, perlu kita ingat ayat tidak memberi kesan jika kita berharap padanya, pergantungan kita hanya satu iaitu ALLAH zat yang maha agung, ayat sebagai ikhtiar kita dalam amalan. Istiqomah seribu karomah.

BISMILLAH 5
Maksudnya:
1. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi penyayang.
2. Dengan nama Allah yang menyembuhkan.
3. Dengan nama Allah yang mencukupi.
4. Dengan nama Allah yang memberi kesejahteraan.
5. Dengan nama Allah yang tidak memberi mudarat sesuatu di bumi juga di langit, dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.

Khasiat Ayat Ini
1. Penawar bias
2. Penawar kepada penyakit bisa bisa tulang, bisa bisa badan, bisa batu meroyan.
3. Boleh diubati penyakit yang tidak diketahui puncanya.

Nota
Ayat ini boleh amalkan setiap kali selesai solat. Untuk penghidap gastrik Insyaallah tidak akan kena gastrik selagi kita mengamalkan ayat ini.

Tatacara
1. Membaca dengan satu nafas dgn hati yang khusyuk.
2. Ditiup ditangan atau ditempat yang sakit.
3. Sapukan di tempat yang sakit ataupun disapukan ke satu badan.
4. Kemudian iktikad seperti membuang sesuatu keluar dari badan pesakit.

Monday, February 11, 2013

Kelebihan Yang Mengamalkannya

Barangsiapa membaca ayat Surah yunus (81-82) sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin Allah :
1) Segala kelemahan bertukar kepada kekuatan
2) Kehinaan berganti dengan kemuliaan
3) Segala hutangnya dapat dijelaskan
4) Terhindar dari dukacita
5) Melimpah-limpah rezeki datang kepadanya
"Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata:” Apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir; sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku); sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan. (81) “Dan Allah juga sentiasa menetapkan perkara yang benar dengan kalimah-kalimah perintahNya, walaupun yang demikian dibenci oleh orang-orang yang melakukan dosa”(82). 

"Dan Kami jadikan sekatan di hadapan mereka, dan sekatan di belakang mereka . lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat'.

Kegunaan ayat ini ialah untuk menolak kejahatan musuh dan supaya mereka terkepung. Bacalah ayat ini beberapa kali pada segenggam tanah atau pasir, kemudian dihamburkan ke arah mereka. Amalkan juga setiap lepas solat fardu.

LAQAD JA AKUM RASULUN MIN AMFUSIKUM AZIZUN ALAIHI MA ANITTUM HARISUN ALAIKUM BIL MU'MININA RAUPUN RAHIM ...... FA IN TAWALLAW FAKUL HASBIYALLAHU LAA ILAHA ILLA HUWA ALAIHI TAWAKKALTU WA HUWA RABBUL ARSYIL ADZIIM......
"Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, kepada-Nya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai 'Arasy yang besar."

Itulah bunyi dari surat At-Taubah ayat 128-129. mempunyai khasiat bermacam-macam bila di amalkan secara rutin.

1. dibaca 7 x selepas solat maghrib, Insya Allah rezeki akan lancar
2. di baca 7 x selepas solat subuh, Insya Allah membentengi diri kita dari ilmu hitam
3. di baca 100 kali selepas solat hajat, Insya Allah mempercepat terkabulnya hajat.
4. dan masih banyak lagi, seperti, disukai masyarakat , di sayangi, di segani kawan maupun lawan.

Saturday, February 9, 2013

Mengurus Kecewa


Kita tidak mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita sendiri. Kita hanya penerima, kita bukan Pemberi. Yang memberi ialah Allah, dan Allah menegaskan apa yang diberikanNya untuk kita adalah baik belaka. Namun akal kita tidak akan mampu mengetahui rahsia di sebalik yang pahit, pedih dan sakit. Mahunya yang manis-manis sahaja. Apatah lagi nafsu… ia akan memberontak apabila terjadi sesuatu yang berlawanan dengan kehendak tabienya. Apabila berlaku sesuatu yang berlawanan dengan kehendak diri, berlakulah stres, marah dan sedih. Itu biasa. Hal itu sentiasa berlaku dalam kehidupan. Yang luar biasanya, apabila kita memilih untuk ‘berkelahi’ dengan takdir. Kita tidak menerima warna-warni kehidupan seadanya. Kita tidak berdamai dengan takdir sebaliknya memilih untuk memberontak, mempersoalkan dan melawannya. Persoalan kenapa? Mengapa? Sering menghantui jiwa.
Kecewa… semua orang pernah laluinya… lumrah hidup… tipulah kalau ada yang kata tak pernah mengalami kecewa dalam hidup nya. Rasa kecewa berlaku apabila seseorang itu gagal mendapatkan sesuatu yang dihajati, keinginannya tak dapat dipenuhi. .Dia ingin melihat sejauh mana kita mampu dan sanggup menghadapi dugaan yang diberikan… kebanyakan dari kita sering kecewa apabila impian dan rancangan hidup kita tak kesampaian…

1.Kita hangat bercinta dengan kekasih kita sehingga merancang untuk mendirikan rumahtangga.Saat-saat indah yang kita ingin kecapi hancur apabila kekasih kita di tangkap basah dengan seorang kenalan kita.

2.Kehidupan kita suami isteri bahagia dan saling mempercayai sehinggalah suatu hari kita mendengar khabar mengatakan suami atau isteri kita menjalinkan hubungan dengan teman sepejabat.

3.Keputusan kita dalam peperiksaan amat cemerlang.Kalau ikutkan petik jari semua IPTA berebutkan kita.Tetapi setelah semua rakan-rakan kita pergi mendaftar diri ke IPTA dan IPTS kita masih lagi menanti jawapan seperti buah tak gugur.

Maka apabila perkara-perkara begini berlaku dalam hidup kita kekecewaan yang amat mendalam hadir dihati kita adakala membuat kita putus asa dan mula menyalahkan orang lain malah ada yang menyalahkan takdir. Hilang akal, hilang pedoman, syaitan menguasai maka akan ada tindakkan yang menyalahi peraturan hidup, jadi;
Pujuklah diri apabila kita menghadapi musibah dengan mengatakan; "ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.. Allah telah mengatur segalanya yang terbaik untuk kita..maka kita perlu bersabar dengan apa yang berlaku"

Pujuklah diri apabila kita di fitnah dengan mengatakan; "aku tidak bimbang apabila makhluk menjauhi aku asalkan Engkau Ya Allah Sentiasa bersama denganku"

Pujuklah diri apabila apa yang dihajati tidak tercapai dengan mengatakan; "Aku hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya dan pilihan Allah lebih baik daripada pilihanku..

Apa yang kita rasai apabila kita berdepan dengan situasi tersebut? Rasa kecewa yang menghantui kita... Walaupun hanya satu perkataan yang agak kelihatan mudah, tetapi bagi yang pernah merasainya ia merupakan sesuatu yang amat sukar dilupakan. Apa yang dinyatakan di atas adalah sekadar beberapa situasi yang dialami oleh segelintir individu. Sedangkan hakikatnya setiap individu akan sentiasa berdepan dengan perasaan itu walaupun hanya di sebabkan hal-hal yang sebesar hama.

Kecewa atau hampa merupakan perasaan yang timbul apabila sesuatu perkara yang dihajati tidak tercapai.Apatah lagi jika harapan yang diberikan amat tinggi begitu jugalah besarnya kecewa yang melanda seseorang itu apabila harapan itu di hancurkan. Untuk menjadikan seseorang itu kecewa amatlah mudah. Guriskan sahaja hatinya atau lakukan sahaja perkara yang tidak disukainya. Tetapi untuk merawatnya bergantung pada kekuatan individu itu untuk memulihkan perasaannya sendiri. Kecewa itu juga mampu menjandikan sorang itu mengidap penyakit kemurungan jika tiada kekuatan dalam dirinya. Tidak hairanlah jika ada yang menjadi tidak siuman dek kerana tidak mampu mengawal atau merawat kekecewaan itu.

Ada orang kata, orang paling sabar… jika hatinya terluka dan kecewa akan mengambil masa yang paling lama untuk disembuhkan. Apabila kita renungkan ada juga kebenarannya kenyataan itu. Sorang isteri yang terlalu banyak memberikan peluang kepada suaminya untuk berubah. Cuba juga memupuk semula kepercayaan untuk suaminya walaupun tidak diendahkan. Dengan harapan suaminya akan menyedari kesetiaan dan pengorbanannya. Masih sedia memberikan peluang walaupun hatinya berkali-kali terluka. Tetapi dengan kesabaran yang ada dalam diri dan ketabahannya dia terus mengharapkan suaminya akan sedar. Tetapi,sabar itu ada takatnya. Rasa kecewa kalau dihimpun boleh menyesak dada. Apabila rasa itu meletup. Untuk merawatnya menjadi sesukar bagaimana ia mengumpul dan menahan dalam dada. Kalau rajuk yang dipilih. Lagi parah lah untuk memujuk.
Oleh itu,bukan semua orang mempunyai cara yang sama untuk merawat rasa kecewa. Ada yang lebih suka mengurung diri dalam bilik berjam-jam atau mungkin juga berhari-hari. Suasana yang suram dilihat boleh memberikannya ruang untuk mengenal diri sendiri dan mencari kesilapan diri. Ada yang memilih untuk duduk menghadap laut. Hembusan angin laut yang mendamaikan dengan deruan ombak dan kicauan burung memberikan ketenangan hati untuk berfikiran lebih rasional. Ada pula yang suka untuk berekreasi. Berjoging atau travel ke tempat-tempat yang meninggalkan banyak kenangan dalam hidup sedikit sebanyak mampu mengubat luka di hati. Ada pula yang memilih untuk melukis. Adunan warna boleh menginterpretasi apa yang ada di dalam diri kita. Jadi meluahkan perasaan di atas kanvas juga dilihat mampu mengawal perasaan yang berkecamuk dalam diri. Terdapat juga individu yang lebih selesa untuk mencari rakan yang dipercayai untuk meluahkan segala kekecewaan yang melanda. Setelah selesai bercerita kita akan lebih lega dan selesa. Secara tidak langsung rakan tadi juga boleh memberikan pandangan dan tindakan yang perlu diambil.

Apa yang penting di sini ialah walau apa juga cara yang kita lakukan untuk menstabilkan rasa kecewa itu, kita perlu memastikan diri kita berada dalam keadaan sedar dan waras sebelum sebarang tindakan kita ambil. Kerana setelah keadaan diri kita waras barulah kita boleh berfikir tentang kewajaran tindakan-tindakan tersebutl. Berfikir dan menimbang secara rasional tentang buruk baik segala aspek. Yang penting setiap tindakan yang kita ambil untuk merawat kekecewaan itu tidak menyerlahkan ketololan diri kita. Jika kita tersilap memilih, kita akan di tertawakan oleh orang yang mengecewakan kita.

Kerana bila kita dilanda kecewa,kita sepatutnya rasa diri kita mampu untuk melakukan semua perkara sendirian. Kita boleh hidup sendiri tanpa bantuan dan perhatian orang lain. Itupun jika kita memikirkan untuk terus hidup. Ada yang berfikiran cetek terus mengambil keputusan untuk membunuh diri. Apa yang kita dapat kalau kita membunuh diri? Hanya glamour seketika di dada akhbar. Kemudian orang mencerca kebodohan kita. Sepatutnya kita buktikan kepada mereka yang mengecewakan kita bahawa kita boleh terus hidup dengan kudrat yang kita ada. Buktikan kita bukan seumur hidup hendak mengharap belas dan ikhsan mereka.

Ada nasihat dari rakan yang berpesan… Jika kita merasai kecewa itu…. Duduk dan beranganlah seketika… Renungkan mengapa? Bagaimana? Kenapa? semua itu terjadi. Jangan terus mengambil tindakan yang drastik. Kerana sebab sesuatu perkara itu berlaku sedikit sebanyak disebabkan juga oleh diri kita sendiri.

Berusahalah dengan segala upaya yang dikurniakan Allah. Tidak salah, malah kita dituntut untuk mencorakkan kehidupan sendiri dengan panduan serta kekuatan yang dibekalkan oleh Allah jua. Namun, setelah berusaha dan bersusah payah semaksimumnya, letakkan segalanya di pinggiran. Jangan sekali-kali bersandarkan kepada diri, namun bertawakkal, bersangka baik dan berdoalah kepada Allah. Apapun nantinya hasilnya, katakan pada diri, “aku harap yang baik, Allah akan memberi yang baik.
”
Jika yang diharapkan berlaku, syukur. Namun sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka dan tidak disangka… sabarlah. Belum tentu itu satu keburukan. Seringkali keberkatan, kebaikan dan kejayaan dibungkus oleh takdir dengan kepahitan, kerugian dan kegagalan. Seringkali kita gagal melihat hakikat ini ketika ia sedang berlaku… namun apabila sedikit masa berlalu barulah kita sedar, rupa-rupanya Allah takdirkan kita berundur ke belakang untuk mengambil lajak bagi melonjak lebih tinggi dan lebih jauh ke hadapan.
Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untuk kita. Kita akan terus berbaik sangka kepada Allah… DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik setiap takdirNya. Ya, kita tidak akan tahu segalanya, kerana ilmu sekelumit cuma. Namun apabila Allah yang Maha Penyayang telah memilih itu kita maka yakinlah Kasih SayangNya sentiasa mendahului kemurkaanNya. Yang pahit itu akan menjadi ubat. Yang pedih itu akan menjadi penawar.

Tuesday, February 5, 2013

Kehebatan Amalan Istighfar


Apabila berdepan masalah hidup, fikiran dan perasaan menjadi resah serta bercelaru. Namun, Allah memberikan orang mukmin pelbagai jalan bagi menangani apa saja permasalahan hidup di dunia ini. Satu daripadanya, amalan istighfar untuk memohon keampunan Allah sebanyak yang boleh setiap hari sebagai ibadah. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Barang siapa memperbanyakkan istighfar, Allah melepaskan segala kesulitannya, menjadikan jalan keluar bagi kesempitannya dan mengurniakannya rezeki dari sumber yang tidak diketahui.” (Hadis riwayat Ibnu Majah) Inilah perkhabaran gembira buat mukmin yang selalu melazimkan istighfar dalam kehidupannya.
Dalam era yang serba tidak menentu hari ini ada baiknya kita menjadikan Istighfar sebagai salah satu amalan kita supaya kita sentiasa berada dilandasan yang betul disamping diberkati Allah dalam urusan kita seharian, untuk lebih membuat kita bersemangat melakukannya berikut beberapa kelebihan dan manfaat dari berIstighfar.

1. Menggembirakan Allah
Rasulullah SAW bersabda, “Sungguh, Allah lebih gembira dengan taubat hamba-Nya daripada kegembiraan salah seorang dari kalian yang menemukan untanya yang hilang di padang pasir.” (HR.Bukhari dan Muslim).

2. Dicintai Allah
Allah berfirman, “Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orang yang mensucikan diri.” (QS.al-Baqarah: 222). Rasulullah SAW bersabda, “Orang yang bertaubat adalah kekasih Allah. Orang yang bertaubat atas dosanya, bagaikan orang yang tidak berdosa.”(HR.Ibnu Majah).

3. Dosa-dosanya diampunkan
Rasulullah SAW bersabda, “Allah telah berkata,’Wahai hamba-hamba-Ku, setiap kalian pasti berdosa kecuali yang Aku jaga. Maka beristighfarlah kalian kepada-Ku, nescaya kalian Aku ampuni. Dan barangsiapa yang meyakini bahwa Aku punya kemampuan untuk mengampuni dosa-dosanya, maka Aku akan mengampuninya dan Aku tidak peduli (beberapa banyak dosanya).”(HR.Ibnu Majah, Tirmidzi). Imam Qatadah berkata,”Al-Qur’an telah menunjukkan penyakit dan ubat kalian. Adapun penyakit kalian adalah dosa, dan ubat kalian adalah istighfar.” (Kitab Ihya’Ulumiddin: 1/410).

4. Selamat dari api neraka
Hudzaifah pernah berkata, “Saya adalah orang yang tajam lidah terhadap keluargaku, Wahai Rasulullah, aku takut kalau lidahku itu menyebabkan ku masuk neraka’. Rasulullah SAW bersabda,’Dimana posisimu terhadap istighfar? Sesungguhnya, aku senantiasa beristighfar kepada Allah sebanyak seratus kali dalam sehari semalam’.” (HR.Nasa’i, Ibnu Majah, al-Hakim dan dishahihkannya).

5. Mendapat balasan syurga
“Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui. Mereka itu balasannya ialah ampunan dari Tuhan mereka dan syurga yang didalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal didalamnya; dan itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal.”(QS.Ali’Imran: 135-136).

6. Mengecewakan Syaitan
Sesungguhnya syaitan telah berkata,”Demi kemulian-Mu ya Allah, aku terus-menerus akan menggoda hamba-hamba-Mu selagi roh mereka ada dalam badan mereka (masih hidup). Maka Allah membalasnya,”Dan demi kemuliaan dan keagungan-Ku, Aku senantiasa mengampuni mereka selama mereka memohon ampunan (beristighfar) kepada-Ku.” (HR.Ahmad dan al-Hakim).
7. Membuat syaitan putus asa
Ali bin Abi thalib pernah didatangi oleh seseorang,”Saya telah melakukan dosa’.'Bertaubatlah kepada Allah, dan jangan kamu ulangi’,kata Ali. Orang itu menjawab,’Saya telah bertaubat, tapi setelah itu saya berdosa lagi’. Ali berkata, ‘Bertaubatlah kepada Allah, dan jangan kamu ulangi’. Orang itu bertanya lagi,’Sampai kapan?’ Ali menjawab,’Sampai syaitan berputus asa dan merasa rugi.”(Kitab Tanbihul Ghafilin: 73).

8. Menghalang Azab
Allah berfirman,”Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedang kamu berada di antara mereka. Dan tidaklah (pula) Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun.”(QS.al-Anfal: 33).

9. Menjauhi kesedihan
Rasulullah SAW bersabda,”Barangsiapa yang senantiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya, dan memberinya rizki dari arah yang tiada disangka-sangka.”(HR.Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad).

10.Melapangkan kesempitan
Rasulullah SAW bersabda,”Barangsiapa yang senantiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka,”(HR.Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad).

11. Memudahkan rezeki
Rasulullah SAW bersabda,”Sesungguhnya seorang hamba boleh tertahan rezekinya kerana dosa yang dilakukannya.”(HR.Ahmad, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah).

12. Membersihkan hati
Rasulullah SAW bersabda,”Apabila seorang mukmin melakukan suatu dosa, maka tercoretlah noda hitam di hatinya. Apabila ia bertaubat, meninggalkannya dan beristighfar, maka bersihlah hatinya.”(HR.Nasa’i, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Tirmidzi).

13. Mengangkat darjatnya disyurga
Rasulullah SAW bersabda,”Sesungguhnya Allah akan mengangkat darjat seorang hamba di syurga. Hamba itu berkata,’Wahai Allah, dari mana saya dapat kemuliaan ini?’ Allah berkata,’Kerana istighfar anakmu untukmu’.”(HR.Ahmad dengan sanad hasan).

14. Mengikuti sunah Rasullullah SAW
Abu Hurairah berkata,”Saya telah mendengar Rasulullah bersabda,’Demi Allah, Sesungguhnya aku minta ampun kepada Allah (beristighfar) dan bertaubat kepada-Nya dalam sehari lebih dari tujuh puluh kali’.”(HR.Bukhari).

15. Menjadi sebaik-baik orang yang bersalah
Rasulullah SAW bersabda,”Setiap anak Adam pernah bersalah, dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah yang segera bertaubat.”(HR.Tirmidzi, Ibnu Majah, al-Hakim).
16. Bersifat sebagai hamba Allah yang sejati
Allah SWT berfirman,”Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya. (Iaitu) orang-orang yang berdoa:”Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami dari siksa neraka,”(Iaitu) orang-orang yang sabar, yang benar, yang tetap ta’at, yang menafkahkan hartanya (dijalan Allah), dan yang memohon ampun (beristighfar) di waktu sahur.”(QS.Ali’Imran: 15-17).

17. Terhindar dari seorang yang zalim
Allah berfirman,”…Barang siapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.”(QS.al-Hujurat: 11).

18. Mudah mendapat anak
Allah berfirman,”Maka aku katakan kepada mereka:”Mohonlah ampun (istighfar) kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula didalamnya) untukmu sungai-sungai.” (QS.Nuh: 10-12).

19. Mudah mendapat air hujan
Ibnu Shabih berkata,”Hasan al-Bashri pernah didatangi seseorang dan mengadu bahawa daerahnya tandus, ia berkata, ‘Perbanyaklah istighfar’. Lalu ada orang lain yang mengadu bahawa kebunnya kering, ia berkata, ‘Perbanyaklah istighfar’. Lalu ada orang lain lagi yang mengadu bahwa ia belum punya anak, ia berkata,’Perbanyaklah istighfar’.(Kitab Fathul Bari: 11/98).

20. Bertambah kekuatannya
Allah SWT berfirman,”Dan (dia berkata):”Hai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertaubatlah kepada-Nya, nescaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras atasmu, dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu, dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa.”(QS.Hud: 52).

21. Bertambah kesejahteraanya
Allah SWT berfirman,”Maka aku katakan kepada mereka:”Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.” (QS.Nuh: 10-12).
22. Menjadi orang yang beruntung
Allah SWT berfirman,”Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”(QS.an-Nur: 31). Aisyah berkata,”Beruntunglah, orang-orang yang menemukan istighfar yang banyak pada setiap lembar catatan harian amal mereka.”(HR.Bukhari).

23. Keburukannya diganti dengan kebaikan
Allah SWT berfirman,”Kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal soleh; maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”(QS.al-Furqan: 70). “Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.”(QS.Hud: 114).

24. Menggambarkan sebagai seorang mukmin
Rasulullah SAW bersabda,”Tidak seorangpun dari umatku, yang apabila ia berbuat baik dan ia menyedari bahwa yang diperbuat adalah kebaikan, maka Allah akan membalasnya dengan kebaikan. Dan tidaklah ia melakukan suatu yang tercela, dan ia sadar sepenuhnya bahawa perbuatannya itu salah, lalu ia mohon ampun (beristighfar) kepada Allah, dan hatinya yakin bahawa tiada Tuhan yang boleh mengampuni kecuali Allah, maka dia adalah seorang Mukmin.” (HR.Ahmad).

25. Berkeperibadian seorang yang bijak
Seorang ulama berkata,”Tanda orang yang arif (bijak) itu ada enam. Apabila ia menyebut nama Allah, ia merasa bangga. Apabila menyebut dirinya, ia merasa hina. Apabila memperhatikan ayat-ayat Allah, ia ambil pelajarannya. Apabila muncul keinginan untuk bermaksiat, ia segera mencegahnya. Apabila disebutkan ampunan Allah, ia merasa gembira. Dan apabila mengingat dosanya, ia segera beristighfar.” (Kitab Tanbihul Ghafilin: 67).
Begitulah kedudukan istighfar sebagai mekanisme menghadapi pancaroba hidup. Tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan seandainya Allah membantu kita, begitulah sebaliknya, tiada apa boleh dilakukan tanpa pertolongan Allah. Kita seharusnya mengambil iktibar pengajaran kisah Nabi Nuh seperti diceritakan dalam al-Quran ketika Baginda menasihatkan kaumnya memperbanyakkan istighfar kepada Allah supaya segala dosa mereka diampunkan dan Allah memberi limpah kurnia hujan dan menumbuhkan rezeki kepada mereka.

Firman Allah bermaksud: “Dan (dia) berkata, wahai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertaubatlah kepada-Nya, nescaya Dia akan menurunkan hujan yang sangat deras atas kamu dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa.” (Surah Hud, ayat 52)

Nyata taubat dan istighfar adalah penyelesaian masalah hidup. Oleh itu, dalam kehidupan serba moden hari ini, amalan taubat dan istighfar mestilah tidak dicuaikan, sebaliknya dijadikan amalan harian khususnya selepas solat wajib mahupun sunat. Al-Imam Al-Qurthuby mengatakan, taubat dan istighfar seseorang mukmin itu akan diluaskan pintu rezekinya serta mampu menikmati kehidupan dengan tenteram dan bahagia.

Kita mengalami masalah mungkin disebabkan maksiat dan dosa yang kita lakukan, zahir ataupun batin. Dengan tompokan dosa itulah yang menjadi penghalang terbukanya pintu rahmat dan rezeki dari Allah. Hal itu pernah disuarakan Rasulullah SAW dalam sabda yang bermaksud: “Sesungguhnya seorang hamba itu diharamkan rezeki untuknya disebabkan dosa yang dilakukannya.” ( Hadis riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Hakim).

Sebagai hamba Allah, kita tidak harus lalai daripada bertaubat dan istighfar kerana tiada seorang manusia yang tidak dapat lari daripada melakukan dosa. Untuk melepaskan diri daripada belenggu dosa dilakukan secara sedar atau tidak, ialah dengan memperbanyakkan taubat dan istighfar kepada Allah. Janganlah menganggap diri kebal atau bersih dosa lantaran sentiasa menuruti apa saja perintah Allah kerana kita mungkin dijangkiti penyakit hati dan dosa maksiat hati juga akan menjadi penyebab timbulnya pelbagai dugaan hidup. Sesungguhnya, beruntunglah hidup seseorang mukmin yang apabila tergelincir ke lembah dosa dan merasakan dirinya jauh dari Allah, lalu berusaha keras melakukan taubat dan beristighfar. Orang ini akan disucikan kembali hatinya dan kehidupannya pasti disinari kebahagiaan melalui pelbagai nikmat.

Friday, February 1, 2013

LANGKAH-LANGKAH MEMPERKUAT JIWA


Dalam Hadis Nabi disebutkan: "Hati manusia itu ibarat sehelai kain putih yang apabila manusia itu berbuat dosa maka tercorenglah/ternodailah kain putih tersebut dengan satu titik noda kemudian jika sering berbuat dosa lambat-laun sehelai kain putih itu berubah menjadi kotor/hitam". Jika hati nurani sudah kotor maka terkunci nuraninya akan sukar menerima petunjuk dari Allah. Ada Empat Tahapan Untuk Menajamkan atau Membersihkan Mata Batin: Pertama, Mengosongkan hati dari sifat-sifat buruk seperti iri, dengki, benci, dan dari sifat keduniawian. Kedua, Membuang daya khayal yang mengganggu keyakinan hati kemudian berfikir tentang hal-hal yang ghaib yang kita ketahui. Ketiga, Istiqamah solat dan berzikir pada malam hari kerana kesepian malam dapat menambah kekyusukan hati. Keempat, Meningkatkan Iman dan Kecintaan kepada Allah iaitu mencintai Allah dari segala-galanya selalu Munajad (mohon pertolongan Allah), dan Istikharah (meminta petunjuk dari Allah SWT)
Ada beberapa langkah yang memiliki pengaruh positif terhadap kecemerlangan Cahaya Batin manusia, iaitu:
1. Zikir
2. Doa
3. Selawat Nabi
4. Makanan Halal dan Bersih
5. Berpantang Dosa Besar
6. Berhati Ikhlas dan Berpantang Tamak
7. Bersedekah (Dermawan)
8. Mengurangi Makan dan Tidur
9. Zikir Kalimah Thayyibah
10. Mengenakan Wewangian
Beberapa hal tersebut diatas apabila diamalkan, Insya Allah seseorang akan memiliki cahaya/kekuatan batin yang kuat sehingga apa yang terprogram dalam hati akan cepat terlaksana.

1. Zikir.
Zikir memiliki pengaruh yang kuat terhadap kecemerlangan cahaya batin. Hati yang selalu terisi dengan Cahaya Zikir akan memancarkan Nur Allah dan keberadaannya akan mempengaruhi perilaku yang serba positif. Kebiasaan melakukan zikir dengan baik dan benar akan menimbulkan ketentraman hati dan menumbuhkan sifat ikhlas. Hikmah zikir amatlah besar bagi orang yang ingin membangkitkan kekuatan indera keenamnya (batin). Ditinjau dari sisi ibadah, zikir merupakan latihan menuju Ikhlasnya hati dan Istiqamah dalam berkomunikasi dengan Al Khaliq. Ditinjau dari sisi kekuatan batin, zikir merupakan cara membentuk dan memperkuat Niat Hati, sehingga dengan izin Allah SWT, apa yang terdapat dalam hati, itu pula yang akan dikabulkan oleh Allah SWT. Dengan kata lain, zikir memiliki beberapa manfaat, diantaranya : Membentuk, Memperkuat Kehendak, Mempertajam Batin, sekaligus bernilai Ibadah. Dengan zikir bermakna membersihkan dinding kaca batin, ibarat sebuah sinaran lampu yang tertutup kaca yang kotor, meyebabkan cahaya-sinarnya tidak muncul keluar secara maksima. Melalui zikir, bermakna membersihkan kotoran yang melekat sehingga kaca menjadi bersih dan cahaya-sinarnya mampu memancar keluar. Sampai disini mungkin timbul suatu pertanyaan. Apakah zikir memiliki pengaruh terhadap kekuatan batin? untuk menjawab pertanyaan ini, kiranya perlu diketahui bahwa hal tersebut merupakan sebahagian dari kurnia Allah SWT. Dalam sebuah Hadis. Bahwa dengan selalu mengingat Allah menyebabkan Allah membalas ingat kepada seorang hamba-Nya "Aku selalu menyertai dan membantunya, selama ia mengingat Aku" kerana itu, agar Allah senantiasa mengingat kita, perbanyaklah mengingat-Nya dengan selalu berzikir.
2. Doa.
Seseorang yang ingin memiliki kekuatan Rohani pada dirinya, hendaklah memperbanyak doa kepada orang lain, disamping untuk diri sendiri dan keluarganya. Caranya, cubalah kita mendoakan seseorang yang kita kenal dimana orang itu sedang mengalami kesulitan. Menurut para Ahli Hikmah, seseorang yang mendoakan sesamanya maka reaksi doa itu akan kembali kepadanya, contohnya: Kita mendoakan si "A" yang sedang dirundung duka agar Allah berkenan mengeluarkan dari kedukaan, maka yang pertama kali merasakan reaksi doa itu adalah orang yang mendoakan, baru setelah itu reaksi doanya untuk orang yang dituju. Kerana itu semakin banyak kita berdoa untuk kebaikan sahabat, guru kita, orang yang dikenal/tidak dikenal, siapa pun juga, maka akan semakin banyak kebaikan yang akan kita rasakan. Sebaliknya jika kita berdoa untuk kejelekan si "A" sementara si "A" tidak patut di doakan jelek maka reaksi doa tersebut akan kembali kepada Kita. Contohnya: Kita berdoa agar si "A" jatuh dari motor, maka boleh jadi kita akan jatuh sendiri dari motor, setelah itu baru giliran si "A".

Dalam sebuah Hadis disebutkan, seseorang yang berdoa untuk kejelekan sesamanya maka doa itu melayang-layang di Angkasa, jika orang yang didoakan jelek itu orang zalim maka Allah SWT akan memperkenankan doanya, sebaliknya jika orang yang dituju itu orang baik-baik, maka doa itu akan kembali menghantam orang yang berdoa. Dari sini lalu timbul konsep "Saling Doa mendoakan” seperti guru memberikan atau menghadiahkan doa berupa surat Al Fatihah kepada muridnya. Sebaliknya murid pun berdoa untuk kebaikan gurunya. Lalu siapa yang patut disebut guru? Guru adalah orang yang memberikan informasi pengetahuan akan suatu ilmu. Dimana ilmu itu selanjutnya kita amalkan dan bermanfaat.

Dalam Hadis yang lain disebutkan bahwa doa yang mudah dikabulkan adalah doa yang diucapkan oleh seorang sahabat Secara Rahasia, Mengapa ?? ini disebabkan kerana doa itu diucapkan secara Ikhlas. Keikhlasan memiliki nilai (kekuatan) yang sangat tinggi. Kerana itu perbanyaklah berdoa atau mendoakan sesama yang sedang dirundung duka. Insya Allah reaksi dari doa itu akan kita rasakan terlebih dahulu, selanjutnya baru orang yang kita doakan, semoga.
Di samping itu, mendoakan seseorang memiliki nilai dalam membentuk kepribadian lebih peka terhadap persoalan orang lain. Jika hal ini dikaitkan dengan janji Allah; Bahwa barang siapa yang mengasihi yang dibumi maka yang dilangit akan mengasihinya, berlakulah hukum timbal balik. Siapa menanam kebajikan ia akan menuai kebajikan juga, sebaliknya jika ia menanam kezaliman maka ia pun akan menuai kezalimannya juga.
3. Selawat Nabi.
Mungkin sudah sering/pernah mendengar nasihat dari orang-orang tua kita bahwa kalau ada bahaya, kita disarankan salah satunya adalah untuk memperbanyak selawat kepada Nabi Muhammad SAW. Dengan mendoakan keselamatan kepada Nabi, Allah SWT akan mengutus para malaikat untuk ganti mendoakan keselamatan kepada orang itu. Dalam beberapa hadis Rasullullah SAW banyak kita temukan berbagai keterangan tentang afdalnya berselawat. Diantaranya : "Setiap doa itu Terdindingi, sampai dibacakan Selawat atas Nabi". (HR. Ad- Dailami).

Pada hadis yang lain yang diriwayatkan oleh Ahmad, Nasa'I dan Hakim, Rasullullah SAW bersabda, "Barang siapa membaca Selawat untuk Ku sekali, maka Allah membalas Selawat untuknya sepuluh kali dan menanggalkan sepuluh kesalahan darinya dan meninggikannya sepuluh derajat". Yang berkaitan dengan urusan kekuatan batin, terdapat dalam Hadis yang diriwayatkan Ibnu Najjar dan Jabir, "Barangsiapa ber-Selawat kepada Ku dalam satu hari seratus kali, maka Allah SWT memenuhi seratus hajatnya, tujuh puluh daripadanya untuk kepentingan akhiratnya dan tiga puluh lagi untuk kepentingan dunianya". Berdasarkan hadis-hadis itu, benarlah adanya jika orang-orang tua kita menyuruh anak-anaknya untuk memperbanyak selawat kepada anak cucunya. Kerana selain merupakan penghormatan kepada junjungannya juga memiliki impak yang amat menguntungkan dunia dan akhirat.

4. Makanan Halal dan Bersih.
Seseorang yang ingin memiliki kekuatan batin bersumber dari tenaga Ilahiyah harus memperhatikan makanannya. Baginya pantang kemasukan makanan yang haram kerana keberadaannya akan mengotori hati. Makanan yang haram akan membentuk jiwa yang kasar dan tidak beragama. Makanan yang haram disini bukan hanya dilihat dari jenisnya saja (Misal; Babi, bangkai, dll.), tapi juga dari cara dan proses untuk mendapatkan makanan tersebut. Efek dari makanan yang haram ini menyebabkan jiwa sulit untuk diajak menyatu dengan hal-hal yang positif, seperti: dibuat zikir tidak kyusuk, berdoa tidak sungguh-sungguh dan hati tidak tawakal kepada Allah.

Daging yang tumbuh dari makanan yang haram selalu menuntut untuk diberi makanan yang haram pula. Seseorang yang sudah terjebak dalam lingkaran ini sulit untuk melepaskannya, sehingga secara tidak langsung menjadikan hijab atau penghalang seseorang memperoleh getaran/cahaya Illahiyah. Disebutkan, setitik makanan yang haram memberikan efek terhadap kejernihan hati. Ibarat setitik tinta yang jatuh diatas kertas putih, semakin banyak unsur makanan haram yang masuk, ibarat kertas putih yang banyak ternoda tinta. Sedikit demi sedikit akan hitamlah semuanya. Hati yang gelap menutupi hati nurani, menyebabkan tidak peka terhadap nilai-nilai kehidupan yang mulia. Seperti kaca yang kotor oleh debu-debu, sulitlah cahaya menembus nya. Tapi dengan zikir dan menjaga makanan haram, hati menjadi bersih bercahaya.

Begitu halnya jika kita menghendaki dijaga para malaikat Allah, jangan kotori diri kita dengan darah dan daging yang tumbuh dari makanan yang haram. Inilah mengapa para ahli Ilmu batin sering menyarankan seorang calon siswa yang ingin suatu ilmu agar memulai suatu pelajaran dengan laku batin seperti puasa. Konon, puasa itu bertujuan menyucikan darah dan daging yang timbul dari makanan yang haram. Dengan kondisi badan yang bersih, diharapkan ilmu batin lebih mampu bersenyawa dengan jiwa dan raga. Bahkan ada suatu keyakinan bahwa puasa tidak terkait dengan suatu ilmu. Fungsinya hanya untuk mempersiapkan wadah yang bersih terhadap ilmu yang akan diwadahinya.
5. Berpantang Dosa Besar.
Berpantang melakukan dosa-dosa besar juga dalam upaya membersihkan rohani. Di mana secara umum berertinya berjudi, zina, mabuk, mencuri dan penyalahgunaan dadah. Walau perkara ini belum mencakup keseluruhan dosa besar tetapi kelimanya diyakini sebagai punca dari segala dosa. Judi umpamanya, seseorang yang sudah terpalit judi andai ia seorang pemimpin maka cendrung rasuah dan hanya sedikit kejujuran yang masih ada padanya. Begitu juga dengan perbuatan seperti zina, mabuk, mencuri, dan menyalahgunakan dadah diyakini sebagai hal yang mampu menghancurkan kehidupan manusia. Kerana itu orang yang ingin memiliki kekuatan batin yang hakiki hendaknya mampu menjaga diri dari lima perkara ini.

Seseorang yang sudah ketagihan satu diantara yang lima perkara ini bukan hanya rendah dipandang Allah, dipandangan manusia biasa pun ikut rendah. Nurani yang kotor menyebabkan doa-doa tidak terkabul. Beberapa langkah apabila dilakukan secara turutan, Insya Allah menjadikan manusia "Sakti" Dunia Akhirat. Getaran batinnya kuat, ibarat voltage pada lampu yang selalu di tambah getarannya sementara kaca yang melingkari lampu itu pun selalu dibersihkan melalui laku-laku yang positif.

Hikmah suatu amalan (bacaan) biasanya terkait dengan perilaku manusianya. Dalam hadisnya Turmudzi meriwayatkan, "Seseorang yang mengucapkan Laa ilaha illallah dengan memurnikan niat, pasti dibukakan untuknya pintu-pintu langit, sampai ucapannya itu dibawa ke Arsy selagi dosa-dosa besar dijauhi". Hadis ini mampu ditafsirkan bahwa suatu amalan harus diimbangi dengan pengamalan. Adanya keselarasan antara ucapan mulut dengan tindakan menyebabkan orang itu mencapai hakikatnya "Kekuatan-Kesaktian".

6. Berhati Ikhlas Jauhi Tamak.
Seseorang yang memiliki hati ikhlas, tidak rakus dengan dunia lebih memiliki kepekaan dalam menyerap pelajaraan ilmu batin. Secara logik, orang yang berhati ikhlas lebih mudah memusatkan konsentrasinya pada satu titik tujuan, yaitu persoalan yang dihadapinya. Disebutkan bahawa orang yang berhati ikhlas diperkenankan Allah SWT untuk :Berbicara, Melihat, Berpikir dan Mendengar bersama dengan Lidah, Mata, Hati dan Telinga Allah ( baca hadis Thabrani ).

Hati yang ikhlas sama dengan ketiadaan rasa tamak. Orang yang memiliki sifat ikhlas dan tidak tamak amat disukai manusia. Rasullullah SAW pernah didatangi seorang sahabat yang ingin meminta resepi agar disukai Allah SWT dan disukai sesama manusia. Rasullullah bersabda: "Jangan rakus dengan Harta Dunia, tentu Allah akan menyenangimu, dan jangan tamak dengan hak orang lain, tentu banyak orang yang menyenangimu". Hadis ini jika dikaitkan dengan kehidupan para rohani mereka memiliki power pertama kali disebabkan kerana kharismanya, jika seseorang itu banyak disukai sesamanya maka apa yang diucapkan pun akan dipercaya. Sebaliknya walau orang itu berilmu tinggi tetapi kalau tidak disukai sesamanya maka apa yang diucapkannya pun tidak akan ada yang mempercayai.
7. Bersedekah ( Dermawan ).
Bersedekah selain untuk tujuan ibadah sosial juga memiliki pengaruh terhadap menyingkirnya bahaya. Banyak hadis membahas masalah sedekah berkaitan dengan tolak-bala. Dengan banyak bersedekah, seseorang akan memperoleh limpahan rezeki dan kemenangan. Rasullullah SAW bersabda : "Wahai Manusia !! Bertaubatlah Kamu kepada Allah sebelum mati, segeralah Kamu beramal saleh sebelum Kamu sibuk, sambunglah hubungan dengan Tuhanmu dengan memperbanyak zikir dan memperbanyak amal sedekah dengan rahasia maupun terang-terangan. Tuhan akan memberi Kamu rezeki, pertolongan dan kemenangan". (HR Jabir RA)

Dalam kehidupan bermasyarakat kita boleh melilhat hikmah dari sedekah ini. Seseorang yang memiliki jiwa dermawan amat disukai sesamanya. Logiknya jika orang itu disukai banyak orang maka ia jauh dari bahaya. Kisah nyata terjadi pada suatu daerah. Dua orang yang sama-sama memiliki ilmu batin memiliki kebun mangga. Ketika hampir musim buah, mangga dari seorang dermawan itu tidak ada yang mencurinya, sebaliknya kebun mangga yang milik orang bakhil itu banyak dicuri anak-anak muda. Diberitakan, pencurian itu terjadi kerana unsur "Tidak Suka" dengan pemilik kebun. Sedangkan anak-anak muda itu mengapa tidak mau mencuri kebun milik dermawan, rata-rata mereka mengutarakan keengganannya "Ah dia orang baik jangan kita lakukan" katanya, kita ingin menang dan sakti dunia akhirat ?? perbanyaklah sedekah.

8. Mengurangi Makan dan Tidur.
Satu cara menahan nafsu yang universal yang berlaku untuk seluruh makhluk hidup adalah puasa. Ulat agar boleh terbang menjadi kupu-kupu harus berpuasa terlebih dahulu, ular agar boleh ganti kulit harus puasa terlebih dahulu dan ayam agar boleh beranak pun harus puasa terlebih dahulu. Secara budaya banyak hal yang dapat diraih melalui puasa. Orang-orang terdahulu tanpa mempermasalahkan sisi ilmiahnya aktiviti puasa telah berhasil mendapatkan segala daya utama atau keistimewaan melalui puasa yang lazim disebut khalwat (mngasingkan diri). Para rohani mendapatkan Wahyu maupun alamat ( Petunjuk ghaib melalui puasa terlebih dahulu ). Dan tradisi itu masih terus dilestarikan orang-orang zaman sekarang. Intinya sampai bilapun orang tetap meyakini dengan mengurangi makan dalam hal ini adalah puasa, seseorang akan memperoleh inspirasi baru, gerak hati.

Tradisi kita, ketika secara budaya sudah tiada lagi tempat untuk bertanya, melalui puasa seseorang boleh mendapatkan telinga yang baru dan ketika ia tak lagi mampu berkata, dengan puasa seseorang mampu memperoleh mulut yang baru. Secara logik, puasa adalah bentuk kesungguhan yang diwujudkan melalui melaparkan diri. Hanya orang-orang yang sungguh-sungguh saja yang sanggup melakukannya. Aktiviti ini jika ditinjau dari sisi ilmu batin, menunjukan bahwa kesungguhan memprogram niat itu yang akan menghasilkan kelebihan-kelebihan. Hati yang diprogram dengan sungguh-sungguh akan menghasilkan seseuatu yang luar biasa. Kerana itu dalam menempuh ilmu batin, aktiviti puasa mutlak diperlukan. Kerana didalam puasa itu tidak hanya bermakna melaparkan diri semata. Lebih dari itu, berpuasa memiliki tujuan menyingkirkan nafsu syaitan. Tidak aktifnya nafsu secara tidak langsung meninggikan taraf spiritual manusia, sehingga orang-orang yang berpuasa doa nya makbul dan apa yang terusik dalam hatinya sering menjadi kenyataan.

Menurut Imam Syafi'i dengan berpuasa seseorang terhindar dari lemah beribadah, berat badanya, keras hatinya, tumpul fikirannya dan kebiasaan mengantuk. Dari penyelidikan ilmiah puasa diyakini memiliki pengaruh terhadap kesehatan manusia. Orang-orang terdahulu memiliki ketajaman mata batin dan mujarab Ilmu jiwanya kerana kuatnya dalam mengurangi tidur malam hari. Bahkan burung hantu yang dilambangkan sebagai lambang ilmu pengetahuan pun disebabkan kerana kebiasannya "Tafakur" pada malam hari. Dalam filasofi ilmu batin, memperbanyak tafakur malam hari menyebabkan seseorang memiliki "Mata Lebar", iaitu ketajaman dalam melihat dan membaca apa-apa yang tersirat dibalik kemisterian alam semesta ini.

Bahkan ketika agama Islam datang pun membenarkan informasi sebelumnya yang dibawa oleh agama lain. Hanya Islam yang menginformasikan bahwa dengan ber-Tahajud ketika orang lain terlelap dalam tidur, menyebabkan orang itu akan ditempatkan Allah SWT pada tempat yang terpuji. Pada keheningan malam terdapat berbagai hikmah. Melawan "Nafsu" tidur menuju ibadah kepada Allah SWT dan dalam suasana hening itu konsentrasi mudah bersatu. Saat inilah Allah SWT memberikan keleluasaan kepada hamba-hamba-Nya guna memohon apa saja yang diinginkan. Banyak para rohani yang memiliki keunikan dalam ilmu batin bukan kerana banyaknya ilmu dan panjangnya amalan yang dibacanya, melainkan kerana laku prihatin pada malam harinya. Insya Allah seseorang yang membiasakan diri tafakur dan beribadah pada malam hari, maka Allah SWT akan memberikan keberkahan dalam ilmu-ilmunya.
9. Zikir Kalimah Thayyibah.
Ada hal-hal yang tersembunyi dibalik zikir kalimah Thayyibah "La ilaha illallah" pertama, zikir ini disebut sebagai sebaik-baiknya zikir, berdasarkan hadis riwayat Nasa'i, Ibnu Majjah, Ibnu Hibban, dan Hakim "Afdhaluzd dzikri La ilaha Illallaahu" yang ertinya: sebaik-baik zikir adalah La ilaha illallah. Kemudian pada hadis yang lain disebutkan bahwa dengan zikir kalimah Thayyibah ini menyebabkan pintu langit terbuka, selagi yang membaca kalimah itu orang yang menjauhi dosa-dosa besar. Sedangkan dengan mengamalkan zikir kalimah ini, sepanjang zikir ini diamalkan secara tulus ikhlas mengharap redha Allah SWT, justru Allah yang akan mengatur potensi manusia.

Dalam hadis Qudsy tersurat: "Barang siapa disibukkan zikir kepada-Ku sehingga tidak sempat memohon dari-Ku maka Aku akan memberikan yang terbaik dari apa saja yang Ku berikan". Ertinya: hikmah dari zikir kalimah Thayyibah itu, seseorang akan diberi kurnia oleh Allah SWT walau jenis kurnia itu tidak dimintanya. Ini Yang disebut dengan rezeki yang tak terduga-duga.
Hikmah lain, dari membiasakan diri berzikir kalimah "La ilaha illallah ", secara tidak langsung bererti mengecap kalimat itu pada alam bawah sedar manusia. Seseorang dalam kondisi sukar, kalimat yang reflek muncul dari alam bawah sedarnya adalah kalimat yang paling akrab dengan lidah dan hatinya.

Maka, seseorang yang istiqamah dalam zikir kalimah "La ilaha illallah", bila saat sakaratul maut hendak menjemput, Insya Allah kalimat itu yang akan muncul dari mulutnya. Dengan demikian berlakulah janji Allah SWT bahwa seseorang yang diakhir hayatnya mengucapkan kalimat "La ilaha illallah", maka syurgalah balasannya. Menyemak hal-hal dibalik kalimah Thayyibah ini, ada dua keuntungan yang boleh kita raih. Pertama keuntungan dunia berupa ketenangan hati akibat bias dari aktiviti zikir, juga keuntungan dunia berupa datangnya kurnia yang dilimpahkan yang lebih baik dibanding hamba lain yang meminta. Sedangkan pahala akhiratnya adalah menemui kematian dengan Khusnul Khotimah. Semoga kita termasuk hamba-hamba Allah yang memperoleh keuntungan dunia akhirat. Amin.
10. Memakai Wangian.
Kalau kekuatan fisik seseorang ditentukan dari ototnya. Kekuatan ilmu batin ditentukan dari roh. Memperkuat roh, salah satu caranya dengan wangian. Kerana itu orang yang sedang mempelajari ilmu batin atau ingin melestarikan kekuatan ilmu batin dalam jiwa raganya, ia dituntut selalu mengenakan wangian. Disebutkan, wangian amat dibenci setan dan disukai para malaikat. Pengertian "Wangi" disini bukan sekedar wangi kerana bau minyak wangi. Wangi yang hakiki adalah wanginya kepribadian, dan itu bererti Ahlakul Karimah. Tentu saja, melengkapi antara syariat dan hakikat itu seseorang memang disunahkan memakai wangian sekaligus menghiasi diri dengan Ahlak yang baik.