DOA

‘Ya Allah, rahmatilah pembaca blog ini, sihatkan ia, ampunilah dosa-dosanya, berkatilah amalannya, janganlah Engkau balikkan hatinya setelah Engkau beri petunjuk dan hidayah kepadanya dan Ya Allah masukkanlah ia dan keluarganya kedalam syurga FirdausMu serta jauhkanlah ia dan keluarganya dari azab nerakaMu. Sesungguhnya Ya Allah, hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau sahajalah kami meminta pertolongan. Ya Allah jika rezeki pembaca blog ini masih diatas langit, turunkanlah ia, jika rezekinya di dalam bumi, keluarkanlah ia, jika rezekinya jauh, dekatkanlah ia, jika rezekinya haram, sucikanlah ia dan jika rezekinya sukar, Engkau permudahkanlah ia” Ya Allah kurniakanlah kepada kami segala kebaikan sebagaimana yang Engkau kurniakan kepada hamba-hamba Mu yang soleh.'

Monday, October 10, 2011

Keajaiban Solat Tahajud dan tatacara mengerjakannya



Sungguh luar biasa jika kita mengetahui keajaiban dari Solat Tahajud. Iaitu dengan melakukan Solat yang dilakukan pada sebahagian malam hari ini, apa yang kita hajatkan InsyaAllah akan terkabul. Dan pada kesempatan ini juga akan saya sampaikan pengertian beserta tata caranya melakukan Solat tersebut.


Dalam sebuah hadist menerangkan “Dari Abu Hurairah ra. diterangkan bahwa ada seorang sahabat bertanya : Solat apakah yang lebih utama selain dari Solat fardhu yang lima?. Kemudian Rasulullah SAW menjawab : “Wa minallahi fatahajjad bihiinaa filatan laka ‘asaa ayyab ‘atsaka rabbuka maqaaman mahmuuda.” (Ertinya = Firman Allah: Dan pada sebahagian malam hari, bersolat tahajudlah kamu sebagai ibadah tambahan, mudah-mudahan Allah mengangkat kamu ketempat yang terpuji. (QS. Al Isra :79)

Pengertian dari solat tahajud adalah solat yang dikerjakan pada malam hari ketika terbangun dari tidur, meskipun tidurnya hanya sebentar. Jika solat tersebut dikerjakan sebelum tidur, maka solat tersebut tidak dianggap sebagai solat tahajud, melainkan hanya solat sunah biasa.

Solat tahajud dikerjakan minima dua rakaat dan maksima tidak terbatas bilangan rakaatnya. Adapun waktu untuk mengerjakan solat tahajud iaitu sesudah Solat Isya’ sampai sebelum subuh.

Rentang waktu malam tersebut dapat dibagi menjadi tiga bahagian, iaitu :

1. Sepertiga malam pertama : kira-kira pukul 19.00 – 22.00
2. Sepertiga malam kedua : kira-kira pukul 22.00 – 01.00
3. Sepertiga malam ketiga : kira-kira pukul 01.00 – 04.00

Sedangkan Lafadz niat dari Solat tahajud adalah :

Ussallii sunnatan tahajjudi rak’ataini lillaahi ta’aalaa

Sesudah selesai solat, hendaknya membaca doa sebagai berikut :
Allaahumma lakal hamdu anta qayiyimus samaawaati wal ardli waman fii hinna wa lakal hamdu laka mulkus samaa waati wal ardli, wa lakal hamdu anta nuurus samaawaati wal ardli, wa lakal hamdu antal haqqu wawa’dukal haqquwa liqaa’uka haqqun wannabiyyuuna haqqun, wamuhammadun shalallaahu ‘alaihi wassalama haqqun wassaa’atu haqqun. Allaahumma laka aslamtu wa bika aamantu, wa ‘alaika haakamtu faghfirlii maa qaddamtu wamaa akhkhartu wamaa asrartu, wamaa a’lantu antal muqaddimu, wa antal mu’akhkhiru laa illaaha illaa anta walaa ilaaha ghairuka walaa haula wa laa quwwata illaa billaahi.

(Ertinya : Ya Allah, bagiMu segala puji, Engkau penegak langit dan bumi serta segala isinya. BagiMu jua segala puji, Engkau raja penguasa langit dan bumi serta segala isinya, dan bagiMulah segala puji, Engkau cahaya langit dan bumi. Dan bagiMulah segala puji, Engkau benar, janjiMu benar, pertemuan denganMu benar, firmanMu benar, surga itu benar, neraka itu benar, para nabi itu benar, Nabi Muhammad SAW itu benar dan hari kiamat itu benar. Wahai Allah kepadaMu juga aku berserah diri, denganMu aku beriman, kepadaMu aku bertawakal, kepadaMu aku kembali, kepadaMu aku rindu dan kepadaMu pula aku berhukum. Oleh kerana itu ampunilah dosa-dosaku, baik dosa yang terdahulu maupun dosa yang akhir, yang tersembunyi dan yang tampak. Engkau Dzat yang terdahulu dan Dzat yang terakhir, tidak ada Tuhan kecuali hanya Engkau atau tidak ada Tuhan selain Engkau, serta tiada daya dan kekuatan kecuali hanya dengan izin Allah.

Kemudian setelah membaca doa di atas, diteruskan dengan memperbanyak membaca istighfar di bawah ini :
Allaahumma anta rabbi laa ilaaha illaa anta khalaqtanii wa anaa ‘abduka wa anaa ‘alaa ‘ahdika wa wa’dika mastatha’tu a’uudzubika min syarri maa shana’tu abuu-u laka bini’matika ‘alayya wa abuu-u bidzanbii faghfirlii fa innahu laa yaghfirudz dzunuuba illaa anta.

(Ertinya: Ya Allah. Engkau adalah Tuhanku, tiada Tuhan yang patut disembah melainkan Engkau, Dzat yang menjadikan kami dan kami adalah hambaMu, dan kami pun dalam ketentuanMu serta janjiMu semampu apa yang telah kami lakukan, kami berlindung kepadaMu dari kejahatan apa saja yang kami perbuat, kami mengakui kenikmatan yang telah Engkau berikan kepada kami dan kami juga mengakui dosa kami, karena itu berilah ampunan kepada kami, sebab sesungguhnya tidak ada yang boleh memberi keampunan kecuali hanya Engkau.

Berdasarkan hadist Rasulullah Muhammad SAW, solat tahajud memiliki 9 keutamaan, yang terbagi menjadi 5 keutamaan di dunia dan 4 keutamaan di akhirat kelak.Hadis yang menjelaskan keutamaan solat tahajud adalah: “Barang siapa mengerjakan solat Tahajud dengan sebaik-baiknya, dan dengan tata tertib yang rapi, maka Allah SWT akan memberikan 9 macam kemuliaan : 5 macam di dunia dan 4 macam di akhirat.”

Adapun 5 keutamaan sholat tahajud di dunia adalah:

• Akan dipelihara oleh Allah SWT dari segala macam bencana.
• Tanda ketaatannya akan nampak kelihatan dimukanya.
• Akan dicintai para hamba Allah yang soleh dan dicintai oleh semua manusia.
• Lidahnya akan mampu mengucapkan kata-kata yang mengandung hikmah.
• Akan dijadikan orang bijaksana, yakni diberi pemahaman dalam agama.

4 keutamaan di akhirat kelak. adalah:

• Wajahnya berseri ketika bangkit dari kubur di Hari Pembalasan nanti.
• Akan mendapat keringanan ketika di hisab.
• Ketika menyebrangi jembatan Sirhatal Mustaqim, boleh melakukannya dengan sangat cepat, seperti  halilintar yang menyambar.
• Catatan amalnya diberikan ditangan kanan.

Demikianlah keajaiban dari solat tahajud, pengertian berserta tata caranya. Mudah-mudahan bermanfaat. Semoga kita semua selalu mendapat redha Allah SWT. Amin

Sunday, October 2, 2011

Janganlah Berputus Asa

Semua yang bergelar insan pastinya telah, pernah, dan akan berhadapan dengan pelbagai bentuk ujian, cabaran, masalah, kesulitan, atau kegagalan. Itulah hakikat insan yang hidupnya pasti berhadapan dengan pelbagai ujian dan cabaran. Bahkan Allah SWT sendiri menjelaskan hal ini melalui firmanNya dalam AlQuran: “Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?” Dan dalam ayat yang lain Allah menerangkan: “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan; Kami telah beriman sedang mereka tidak diuji lagi?”
Ujian yang dihadapi berbeza antara seorang insan dengan insan yang lain. Ada yang diuji dengan kegagalan dalam sesuatu perkara, ada yang diuji dengan penindasan dan masalah, ada yang diuji dengan kebaikan, kekayaan, kemiskinan dan bahkan ada juga yang diuji dengan kesalahan, dosa-dosa, dan sebagainya. Pendek kata, semua orang pernah dan akan diuji. Persoalan yang penting yang ingin disampaikan bukanlah sekadar untuk membezakan bentuk ujian tersebut namun apa yang lebih penting bagaimana kita menghadapi ujian dan cabaran tersebut.
Jadi apakah tindakan kita dalam berhadapan dengan ujian tersebut. Adakah kita perlu kecewa dan marah atau berputus asa apabila berhadapan dengan pelbagai bentuk ujian tersebut? Bukankah sepatutnya sebagai seorang Muslim kita sepatutnya menjadikan ujian tersebut sebagai batu loncatan yang mengubah kita menjadi seorang yang lebih baik dan mengubah keadaan tersebut menjadi lebih baik. Bukankah Allah telah menyatakan: “Allah tidak akan sekali-kali mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum tersebut sendiri yang mengubahnya”
Inilah hebatnya orang Islam, kerana prinsip hidupnya yang jelas dan bermatlamat telah digariskan dengan jelas dalam Islam.Benarlah kata – kata Umar yang sangat terkenal akan hal ini. “Kita adalah satu bangsa yang dimuliakan dengan Islam dan sekiranya kita mencari kemuliaan selainnya pastinya kemuliaan yang kita kecapi akan hilang”. Pendek kata, janganlah kita berputus asa dalam berhadapan dengan ujian tersebut. Allah menyatakan dengan jelas dalam AlQuran bahawa sifat putus asa bukanlah sifat seorang Muslim. Seorang Muslim adalah seorang yang tidak mengenal erti putus asa dan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dalam apa jua perkara. Bukankah Allah swt telah menjelaskan hal ini dalam menceritakan kisah Nabi Yaakub dan anak-anaknya: ” Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusof dan saudaranya, Dan janganlah kamu putus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari Rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir”.
Bahkan sehingga pelaku-pelaku dosa sekalipun tidak dibenarkan berputus asa sama sekali kerana sememangnya sifat ini adalah sifat yang terlarang bahkan keampunan Allah SWT itu sangat luas. Allah menjelaskan hal ini dalam sebuah ayat yang sugguh indah maknanya: Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya dialah jua yang Maha Pengampun; lagi Maha Mengasihani”.
Kalau dalam hal inipun dilarang berputus asa apatah lagi hal – hal yang lain. Tapi alangkah berbezanya realiti Muslim hari ini yang mudah sahaja berputus asa apabila gagal dalam sesuatu perkara atau mudah saja menyerah kalah apabila menghadapi cabaran yang sukar. Ikutilah teladan Rasulullah SAW dan sahabat – sahabat serta generasi Islam yang awal yang sentiasa bersemangat dan bersungguh- sungguh dalam apa jua bidang sekalipun. Ayuh wahai pemuda untuk kita bangkit kembali dan pastikan kita sentiasa cekal dan jauhilah sikap berputus asa. Penulis teringat kisah seorang pendaki gunung yang pernah mencatat masa yang terpantas yang mana telah menjadi Qadar Allah untuk pemuda tersebut mangalami kemalangan sehingga tidak memungkin lagi dia untuk mendaki. Namun alangkah positifnya pemuda ini dengan menjelaskan: “jika sebelum ini aku boleh melakukan 100000 perkara tapi kini aku masih boleh melakukan 1000 perkara lagi”.
Lihatlah pemuda ini yang sentiasa pro aktif dan berfikiran positif. Dan secara logikalnya, hari ini kita melihat kebanjiran pelbagai jenis buku yang sebenarnya tidak mahu membiarkan manusia dalam keadaan berputus asa. Ada sahaja buku yang ditulis untuk membantu kita memperbaiki keadaan kita. Kalau tidak pandai berbahasa ada sahaja buku yang menjelaskan bagaimana untuk menguasai bahasa tersebut, jika dalam keadaan stress juga ada sahaja buku yang menjelaskan bagaimana menghadapinya pendek kata semuanya Ada jalan dan ianya terletak kepada kita sama ada kita mahu atau tidak atau kesimpulan yang mudah ianya tidak mahu kita berputus asa kerana Sesutu maslah atau cabaran yang timbul pasti ada jalan keluarnya.
Jika kita pernah gagal, ini tidak bermakna kita akan gagal selama-lamanya. Persoalan yang penting bukanlah bagaimana kita akan gagal tetapi persoalannya adalah bagaimana kita akan mengendalikan dan berhadapan dengan kegagalan tersebut. Allah SWT tidak pernah bersikap zalim terhadap hamba Nya. Bahkan Dia Maha Adil dalam segala sesuatu. Sebaliknya manusialah yang mempunyai sifat gopoh. Mereka selalu menghadapi Qadha’ Allah dengan rasa kesal dan tidak reda, lebih-lebih lagi kalau yang menimpanya itu sesuatu yang pahit. Dia mengira kalau dia mendapat kesenangan itu membuktikan bahawa Allah reda kepadanya. Sebagaimana dia mengira bahawa Allah benci kepadanya jika ia mendapat bencana.Inilah gambaran akal manusia yang sangat terbatas. Sedangkan Allah menafikan sekeras kerasnya anggapan yang salah dan keliru tersebut di dalam firman-Nya: “Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dimuliakan-Nya dan diberikan-Nya kesenangan, maka dia berkata: Tuhanku telah memuliakanku. Adapun apabila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya maka dia berkata: Tuhanku menghinakanku. Sekali-kali tidak (demikian).
Anggapan manusia pada kedua-dua keadaan diatas adalah keliru. Sebenarnya kelapangan atau kesempitan rezeki adalah ujian Allah terhadap hamba-Nya. Apakah mereka akan bersyukur atau kufur nikmat, apakah boleh sabar menghadapi cubaan atau panik. Balasan untuk seseorang yang kelak akan diterimanya adalah sesuai dengan sikapnya menghadapi ujian-ujian diatas. Balasan bukan terletak pada apa yang diperolehi seseorang di dunia ini samada senang atau susah. Kesimpulannya, janganlah kita berputus asa. Jadi bagaimanakah kita menghadapinya?: 
• Sentiasa ingat bahawa setiap ujian yang menimpa adalah untuk menuntut kita untuk menjadi yang lebih baik. Rasulullah SAW menjelaskan: “Sungguh mengkagumkan keadaan seorang mukmin, keadaan mereka sentiasa dalam kebaikan. Tidak terjadi hal yang demikian itu melainkan bagi seorang mukmin. Jika mendapat kesenangan ia bersyukur dan hal itu merupakan kebaikan. Dan jika ia tertimpa kesusahania bersabar dan itu juga merupakan kebaikan baginya”.
• Sentiasa memohon pertolongan Allah dalam segenap hal dan bertawakal kepada Allah. Dari Abdullah Bin Mas”ud RA, bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yanny selalu ditimpa kesedihan/kegundahan maka hendaklah dia membaca: “Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-mu, dan anak abdi-Mu, dan anak-anak-Mu, dan (berada) didalam genggaman-mu, ubun-ubunku ditangan-Mu, dan berlaku keatas (diri) ku hukum-Mu, dan adil padaku ketentuan-Mu, aku memohon kepadaMu dengan semua nama milik-Mu, (samada) yang Engkau namakan diri-Mu dengannya, atau yang Engkau turunkan dia di dalam kitab-Mu, atau yang Engkau simpan tersembunyi di alam ghaib disisi-Mu; kiranya Engkau jadikanlah Al Quran sebagai penghibur hatiku, dan sebagai penawar kesedihanku dan kedukaanku”. Tidak seorang hambapun yang membaca doa tersebut melainkan Allah hilangkan kedukaannya dan diganti-Nya (kesedihan itu) dengan kegembiraan. Dan dalam firman Allah menjelaskan: “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya engkau (Wahai Muhammmad) tentangKu, (maka jawablah) sesungguhnya Aku ini hampir, Aku menjawab seruan sesiapa yang berdo`a kepadaKu apabila dia berdo`a. Maka hendaklah dia menyahut seruan (menunaikan perintahKu) dan beriman kepadaKu mudah-mudah mereka selalu berada di atas petunjuk”.
• Bersabar dan Bersikap pro aktif serta tidak reaktif apabila menghadapi cabaran dan ujian. Sentiasa memikirkan peluang dan apa yang boleh dilakukan untuk memperbaiki keadaan tersebut dan bukannya dengan bereaksi dengan emosi dan hawa nafsu. Ingatlah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. 

Akhir kata marilah bersama- sama kita menghayati sebuah Hadith Rasulullah SAW,Sabda Nabi s.a.w kepada Ibnu `Abbas ketika itu dia masih kecil: Maksudnya: Wahai anak kecil! Sesungguhnya aku ingin mengajarmu beberapa kalimat, iaitu, jagalah Allah (jagalah perintahNya) nescaya Allah menjagamu. Jagalah Allah (jaga perintahNya) nescaya engkau dapati Dia berada di hadapanmu (menunaikan keperluanmu). Apabila engkau memohon pohonlah daripada Allah. Apabila engkau meminta pertolongan minta tolonglah daripada Allah. - Ehsan: Ibnu Abdullah

Wednesday, September 28, 2011

MENCARI YANG TERBAIK

Perancangan Allah adalah yang terbaik, malah ketentuan Nya menjadikan kita akur Kebesaran, Keagungan dan Kemuliaan pada zatNya. Sebaik mana kita merancang, setepat mana kita melakukannya tetap Allah menjadi pemutus pada apa yang kita mahukan. Berdoa adalah jalan terbaik untuk memohon limpah perkenanNya agar apa yang kita harap dapat dikurniakan sebaik mungkin.
Berdoa

Hari ini sebahagian dari kita masih tercari-cari haluan hidup samada positif atau sebaliknya. Ramai yang gagal kerana silap pengkiraan mahupun tersasar. Namun ada yang berjaya tapi masih gagal menghadapi kenyataan kerana masih ada yang tidak kena. Hakikatnya kita lupa sifat kehambaan yang ada pada diri lantas membelakangi Allah dengan lupa bersyukur atas nikmatNya. Mari kita renung kembali perkara2 yang dibawah untuk kita ambil iktibar dimana kesilapan yang telah kita lakukan atas sebab diluar kesedaran kita lantas kita mula menyalahkan yang lain;

1. Lepaskanlah rasa khuatir dan ketakutan
Dua perkara ini hanyalah imaginasi fikiran akan suatu kejadian di masa hadapan yang belum tentu akan terjadi. Dan kebanyakan perkara yang kita khuatiri dan takuti tidak pernah terjadi. It’s all only in your mind. Suamiku ada perempuan lain ka? Kita yang mereka-reka idea dalam kepala, takut tak tentu pasal, lama2 kita percaya idea yang kita sendiri reka dan berlakulah perbalahan kita suami isteri…

2. Buanglah dendam
Kebanyakan orang memang susah untuk membuang rasa dendam dalam diri. Dendam dan amarah yang disimpan didalam diri hanya akan menyedut tenaga dari diri kita dan hanya mendatangkan kelelahan jiwa kita. Buang sahaja! Orang yang paling baik akhlak ialah yang memaafkan orang sebelum tidur. Kita akan jadi tenang dan kurang datang penyakit2 darah tinggi, stress dan sewaktu dengannya. Kalau ada silap sikit, jangan berdendam... mereka pun manusia biasa macam kita, apakah kita tak berbuat silap???

3. Berhentilah mengeluh
Mengeluh bererti selalu tidak menerima apa yang telah ada saat ini, senang cerita tidak mensyukuri nikmat yang sedia ada. Secara tidak sedar, kita telah membawa beban yang negatif. Belajarlah mensyukuri nikmat. Ada insan ni mengeluh TAK TAU nak makan apa tengahari ni… Ya Allah kat Somalia ada orang yang TAK ADA apa nak di makan hari ni dan esok hari… Kalau hari ni kita dapat rezeki RM5 ja, pun syukur sebab ada orang yang tak dapat apa2 pun hari ni… kalau hari ni kita sakit lutut tak boleh nak bergerak, syukur sebab dah 42 tahun Allah beri kita kemudahan bergerak ke sana ke mari… Allah tarik nikmat bergerak 1 hari ja.. Dapat suami malas tak tolong kita di rumah, jangan mengeluh... sekurangnya suami kita tak panas baran, sepak terajang kita atau paksa kita jadi jalang... BERSYUKURLAH

4. Bila ada masalah, selesaikan satu persatu
Hanya inilah caranya untuk menangani setiap persoalan satu demi satu. Jangan beban diri dan jiwa dengan segala macam perkara sekaligus. Kita ini lemah, banyak kekurangan. Bersabar. Lelaki ni nampak macam tenang macam tak dak masalah, tapi sebenarnya kepala berserabut berselirat urat2 otak.. jadi kalau kita boleh selesaikan masalah, kita cuba dulu... satu persatu... InsyaAllah semua akan beres. Kita bukan ‘Superman’ yang boleh selesai semua masalah dalam sehari... kalau dah buntu baru la minta tolong dari yang sepatutnya...

5. Tidurlah dengan nyenyak
Semua masalah yang timbul tidak perlu di bawa ke bilik tidur. Bila bincang masalah atas katil... perang dingin mula berlaku maka tidurlah kita dalam keadaan suami marah maka malaikat pun melaknati kita sepanjang malam. Perkara tersebut buruk dan tidak sihat. Biasakan tidur dengan nyenyak, nyaman dan damai. Besar mana pun masalah, esok ja la bincang, malam2 peluk dan gengam tangan suami erat2... kasih sayang pun bercambah, dosa pun gugur celah2 jari...

6. Jauhi urusan orang lain
Biarkan masalah orang lain menjadi urusan mereka sendiri. Mereka memiliki cara tersendiri untuk menangani setiap masalahnya melainkan orang meminta pertolongan kita kalau tidak tak payah meyibuk. Kekadang mereka tak mau kita tahu masalah mereka. Begitu juga suami kadang2 kita tau dia banyak masalah, jangan kita paksa dia kongsi dengan kita, InsyaAllah dia akan cerita juga tapi biar dia ambil masa dia untuk mula bercerita.

7. Hiduplah pada saat ini, bukan masa lalu
Nikmati masa lalu sebagai kenangan. Janganlah bergantung padanya. Fokuskan hidupmu pada kejadian saat ini kerana apa yang kita miliki adalah saat ini, bukan kelmarin dan bukan esok. Kalau kita asyik mengenang peristiwa lampau kita tak boleh maju ke hadapan. Kenanglah walaupun setahun lagi ia tetap akan jadi kenangan dan kita MEMANG dah tak boleh nak ubah apa2pun, kalau kita dah buat silap kita jadikan iktibar, sempadan atau tauladan supaya tidak diulang kesilapan. Yang penting hari ini, manfaatkan sebaiknya dalam mencari redha Allah kerana esok belum pasti…mungkin kita mati esok. Jadi berbaktilah pada keluarga kita sebaiknya hari ni.

8. Jadilah pendengar yang baik
Ketika menjadi pendengar, kita akan belajar dan mendapatkan idea-idea baru yang berbeza dengan orang lain. Kalau kita menyampuk orang tengah bercakap, tengoklah tentu lepas ni dia tak mau kongsi masalah dia dengan kita lagi...

9. Berfikirlah positif
Rasa tertekan/tension adalah dari fikiran negatif. Kembalilah berfikiran positif. Bertemanlah dengan orang-orang yang berfikiran positif dan terlibatlah dengan kegiatan-kegiatan yang positif. Semua yang berlaku pasti ada sebab dan hikmahnya. Allah tidak pernah buat kerja yang sia2 atau menyusahkan hambaNya. Kita hanya boleh merancang, Allah yang tentukan.. tak semua yang kita rancang atau idamkan akan menjadi milik kita…



10. Bersyukurlah
Bersyukurlah atas perkara-perkara kecil yang membawa kita pada perkara-perkara yang besar. Sekecil apapun kurnia/nikmat yang kita terima, akan menghasilkan perkara-perkara yang besar dan selalu membawa kita kepada KEBAHAGIAAN saat kita sedang bersyukur. Kalau hari ni suami kita bawak balik ikan masin, dah lama kita makan ayam dan daging, sesekali tukar selera.... Alhamdulillah sekurang2nya kita masih diberi nikmat makan dan rezeki makanan…Kalau dapat suami tak berapa hensem, syukur berbanyak2 sekurang2nya kurang sikit kerisauan perempuan lain nak goda suami kita... yang paling penting syukur sekurang2nya kita ada suami, ada orang sampai sekarang masih mencari2...

Carilah yang terbaik dari yang terbaik dan jadilah hamba yang tahu serta sentiasa bersyukur .....



Saturday, September 24, 2011

Perkara Ajaib Tersembunyi di Dalam Minda


Apakah anda bersetuju jika saya katakan terdapat banyak perkara ajaib tersembunyi di dalam minda?
1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda
Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.
Demikianlah apabila anda tidak lansung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.
Sebaliknya apabila anda mula berkata ”Aku malaslah hari ini”, “Aku boringla hari ni”, anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, ”Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.”
2) Berkomunikasi dengan minda ke minda
Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan.
Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda. Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda.
Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.
3) Daya magnet dalam fikiran beremosi
Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran.
Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.

4) Mengawal minda untuk lebih berjaya
Tiada siapapun yang boleh membuatkan anda marah jka anda sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya. Jika anda memang tidak mahu marah anda tidak akan marah.
Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik, diiya-iyakan, diransang-ransang dan disungguh-sungguhka n, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya.
5) Dua pemikiran dalam masa yang sama
Anda mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon. Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut dengan anda. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya. Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi.
6) Minda teransang melalui solat dan doa
Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yag erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-nya. Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus.
Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa.
Dipetik daripada buku “Membina Imaginasi Cemerlang”, ms 123-126

Tuesday, September 13, 2011

Pejam Celik ...

Pejam celik, pejam celik ...dah berlalu Ramadhan yang penuh berkat, pejam celik, pejam celik ....Syawal yang penuh syahdu juga menuju kepenghujungnya....makin banyak pejam celik...makin banyak masa yang dah pun berlalu meninggalkan kita dengan pahala & dosa yang kita tidak tahu seberapa banyak telah kita lakukan, sebelum pejam dan tak celik-celik lagi, mampukah kita menebus kesilapan atau dosa masa lalu untuk kita berhadapan dengan Allah SWT ... Tiada siapa yang tahu bila akan sampai waktunya. Namun kita kena teruskan perjalanan yang telah pun kita pilih, kita lalui. Andai dapat kita menebus segala dosa-dosa lalu alangkah bahagia diri. Semua hanya andaian yang adakala kita masih tersasar dek kerana kelekaan kita … Subhanallah, Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.
Bermula dimasukkan kehospital atas sakit pinggang yg tak mampu dipikul kesakitannya. Barulah saya merasakan betapa kita jarang atau leka pada kesihatan pada diri sendiri. Benar Allah menguji kita dengan ujian-ujian yang kita tidak tahu mengapa demikan terjadi, biasa kita mengeluh dan mula menghitung andai kesihatan tidak berakhir apakah ini pengakhirannya. Mula muhasabah diri bahawa ada kesilapan yang dilakukan tapi tak mampu nak disingkap semula, akhirnya saya akur suka atau tidak saya perlu menghadapi apa saja kemungkinan. Alhamdullillah dapat saya lalui dengan tenang dan reda disamping doa dari isteri dan anak-anak tersayang.

Setelah pulih dari rehat yang panjang, terpaksa melalui tanggungjawab yang berat atas amanah yang dipertanggunjawabkan. Awalnya rasa tidak mampu kerana fizikal dah mula lemah tapi bila melihat mereka yang berada disekeliling juga sokongan dari anak-anak tersayang saya kuatkan juga semangat yang sudah menuju kepenghujung. Berkat kepercayaan pada diri saya jalani dengan tabah walau adakala terkucil rasa dalam diri kerana sesuatu yang tak mampu dipenuhi. Entah berapa kali terkeluar dari bibir, mahu saja meletakkan surat perletakan jawatan. Mengalah bukan satu sikap saya tapi mencuri semangat yang hilang itu agak lambat kerana perlu ada kekuatan dalam diri. Ya Allah sesungguhnya ketentuan Mu adalah yang terbaik.
Mengurus hati bukan perkara mudah, ia harus diurus dengan berhemah dan bersesuaian dengan yang punya diri. Adakala perkara yang remeh menjadi persoalan dan yang lebih merumitkan bilamana ketidakfahaman sengaja ditunjukkan, biasanya saya kembali kepada penyataan ini, ‘Sesungguhnya Allah SWT jika mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil malaikat Jibril dan berkata: "Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!" Maka Jibril pun mencintainya, lalu Jibril mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit dan berkata: "Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia." Maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini." (Hadis Riwayat Bukhari). Indah bukan, inilakh yang selalu menjadi pegangan saya, walau berhadapan dengan sesiapa saja. Terima kasih kepada yang memahami diri ini. Akan saya jaga ketulusan, keikhlasan dan kejujuran pada mereka yang memahaminya.

Dipenghujung kisah kali ini banyak pengajaran dan pengalaman yang saya kutip. Benar kata pepatah pengalaman menjadi guru yang terbaik. Singgah sebentar diteratak desa yang telah lama ditinggalkan, sunyi sungguh sekeliling, aman, tenang dan jauh disudut hati bertuahnya menjadi insan pilihan. Terfikir dibenak kepala jangan cepat mengandai kalau belum lagi ketentuan. Kali ini banyak saya berserah pada yang Empunya, syukur tak terhingga kerana masih diberi laluan dan peluang untuk meneruskan perjalanan ini. 

Celik pejam celik pejam … kena teruskan perjalanan ... celik pejam celik pejam … Allah Maha Penyayang,tetap ada peluang kalau kita berdoa, oleh kerana tak pejam-pejam dan masih celik muhasabah diri bahawa Allah yg menentukan segalanya jadi dikesempatan ini saya ucapkan - Taqabbal Allahu minna wa minkum wa kullu ‘aamin wa antum bikhayr.

Seruan Kembali ...

Maaf, lama sudah meninggalkan laluan ini kerana singgah dipelabuhan dunia untuk melunaskan tanggunjawab yang diamanahkan, Alhamdullillah akhir tertunai sudah dan bakal meneruskan perjalanan ini ... Insyaallah andai ada yang menarik akan saya kongsi untuk tatapan anda semua ... Selamat Maju Jaya

Thursday, October 7, 2010

Mencipta Kejayaan

Kejayaan tidak mungkin hadir dengan mudah, perlu dibayar dengan perancangan yang tepat dan berkesan serta komitmen yang bersungguh dan tinggi, disamping sujud dan doa yang penuh tawadduk kepada Allah maka kecapilah kejayaan itu dengan kehebatan yang telah anda lakukan bersama insan-insan yang anda sayangi. Inilah ungkapan yang timbul di benak fikiran saya ketika ini untuk mengungguli kejayaan dalam hidup yang mana setiap manusia mendambakannya. Sehina manapun orang atau setinggi mana pun kedudukan seseorang, kejayaanlah dalam hiduplah yang melengkapan pencariannya untuk mencapai matlamatnya. Bagaimana nak Berjaya? Inilah pertanyaan pertama yang dihamburkan kepada saya oleh setiap orang yang saya kenali bila berbual pasal kejayaan.
Biasanya saya bertanya kepada mereka apa yang dia mahu pada kehidupan ini, harta yang melimpah, rumah yang besar, kereta mewah atau kebahagian yang mutlak. Hampir semua terkedu dengan soalan saya malah ada yang menjawab entah tak tau. Sedihkan bila usia kehidupan sudah dipertengahan masih ada yang tidak tahu halatuju mereka. Lantas saya memengang dan menepuk bahu mereka sambil berkata tidak apa dan masih belum terlambat untuk memperbaiki atau memperbaharui. Gejala ini disebabkan kurang keyakinan diri disamping tidak fokus dalam dalam apa saja yang dilakukannya dan mungkin juga kerana persekitaran mereka yang telah tersedia apa saja yang dimahukan. Contoh mereka yang dilahirkan dalam keluarga yang mempunyai apa saja. Keseluruhannya saya tidak menyalahkan mereka kerana mungkin didikan yang kurang tepat atau pendedahan tentang hakikat kehidupan itu tidak mengikut landasan yang sebenar. Sekiranya diberikan kriteria yang betul tapi perlaksanaan dibiarkan bersendirian tanpa tindakkan lanjut dan bimbingan sehingga mereka boleh berdikari. Dalam menyelesaikan permasaalahan ini saya lebih suka mengambil tindakkan menang-menang kerana hasilnya amat produktif iaitu mereka berjaya dan kita puas hati disamping bantuan yang diberikan akan diperturunkan pada yang lain dalam konsep infiniti dan istiqamah.

Perkara pertama yang saya tekankan pada mereka adalah ‘Kehebatan Diri’. Setiap orang ada kehebatan diri masing-masing sebab itu lahirnya Jurutera, Doktor, Peguam, Guru, Akauntan dan bermacam lagi. Ada yang tidak percaya yang mereka ini hebat sebab tak tahu macam mana nak keluarkan kehebatan diri itu. Lantas saya bawa mereka kembali kesaat pertama mereka dijadikan oleh Allah melalui penyatuan kedua ibubapa mereka. Firman Allah, ‘Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari pati yang berasal dari tanah. (Pati yang berasal dari tanah, ialah pati makanan yang berasal dari tumbuh-tumbuhan dan tanaman yang tumbuh di bumi).Kemudian Kami jadikan pati itu setitis air benih (air mani), pada tempat penetapan yang kukuh. Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging, kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa ketul daging, kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang, kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya (keadaannya yang asal serta ditiupkan roh padanya). Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik baik Pencipta’(surah Al-Mu'minun,juz kelapan belas ayat 12, 13 & 14). Setiap benih yang dikeluarkan oleh ayah untuk bencantum dalam rahim ibu mengandungi jutaan kembar atau adik-beradik mereka. Sewaktu proses ini setiap sel berlumba atau berhempas-pulas untuk sampai ke ovari ibu untuk menjadi manusia pilihan. Hebat tak, berjuta bukan sedikit tapi kita yang berjaya menjadi insan pilihan dan kemudian dilahirkan kedunia menjadi ‘insan terpilih’. Kalau kita tidak hebat kenapa kita tidak biarkan saja antara yang berjuta itu keluar dan bukannya kita. Bermakna kita dah hebat dari awal lagi jadi bangun dan keluarkan kehebatan itu. Biasanya mereka baru tersedar dari lamunan yang mereka dah nampak apa makna kehebatan pada diri mereka. Waktu begini saya mula menanamkan semangat untuk mula berjuang mencari titik kejayaan bagi diri mereka. Jangan biarkan mereka luntur semangat, sentiasa mengingatkan diri mereka harus meneruskan kehidupan mereka dengan cara yang betul mengikut landaskan yang ditetap oleh Allah sejak azali lagi.
Seterusnya dalam keadaan bersemangat mereka bersungguh untuk melakukannya tapi akan berhadapan dengan masaalah. Kalau mereka tidak diterangkan selanjutnya akan timbul rasa serbasalah atau mampukah mereka berhadapan dengan bermacam-macam ujian dan halangan dihadapan mereka. Ini sedikit sebanyak akan membuatkan mereka rasa rendah diri dan mula memberi alasan yang adakala memang logik. Dengan penuh kasih sayang saya bentangkan pada mereka apa sebenarnya masaalah. Masaalah perlu diselesaikan dengan cara yang betul dan tepat supaya tidak lagi menjadi masaalah. Saya perkatakan pada mereka, cari dahulu punca masaalah dan dari mana datangnya. Selesaikan masaalah tersebut sebaik mungkin samada kecil, besar, ringan, berat, susah atau senang sehingga betul-betul boleh diselesaikan. Andaikata masaalah itu datang kembali sebenarnya kita yang bermasaalah kerana tidak dapat menyelesiakan masaalah tersebut dengan betul jadi uruskan semula sampai selesai. Jadi kalau kita amalkan selalu perkara begini lazimnya akan menjadi kebiasaan dalam kita menyelesaikan masaalah dan apa yang dihadapi dapat kita tempuhi dengan jayanya. "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216

Kehidupan ini bukanlah permainan, bukanlah hanya untuk bersenang-senang, bukan pula hanya senda gurau belaka. Kehidupan ini tak lain adalah ujian bagi seorang manusia. Sebuah jalan untuk menuju kepada kehidupan yang kekal abadi. Manusia diuji sesuai dengan kemampuannya, ada yang diuji dengan hartanya, kedudukannya dan anak – isterinya. Semua tidak lain adalah untuk mengetahui keimanan seseorang. Mengetahui siapakah yang pantas untuk mendapatkan kemenangan di hari akhir kelak. "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286. Masih saya ingat lagi ketika alam persekolahan dimana ayah dan ibu bukan ada pekerjaan yang tetap atau bergaji, hanya bekerja sebagai petani. Segala keperluan untuk meneruskan kehidupan perlu dicari, usahakan sebelum kita menikmat. Kalau nak makan sayur, saya kena menanam dahulu baharu dapat merasakannya. Begitu juga nak makan nasi perlu ke bendang untuk menanam dan menuai padi sebelum dijadikan beras. Berlandaskan konsep ini menjadi sebati dijiwa saya, apa saja keperluan dalam hidup perlu diusahakan dahulu sebelum menikmatinya. Perkara begini saya ambil sebagai asas untuk memastikan anak-anak saya untuk mencapai kejayaan. Percayalah tiada yang percuma didunia dalam mencipta kejayaan yang mutlak … nanti saya sambung kebahagian ke 2