Apapun yang terjadi, Berjalanlah tanpa henti, Air mata tertahan, Waktu untuk dijatuhkan, Nanti kita kan tahu, Betapa bijaknya hidup, Sepahit apapun ini, Pelajaran yang bererti
DOA
‘Ya Allah, rahmatilah pembaca blog ini, sihatkan ia, ampunilah dosa-dosanya, berkatilah amalannya, janganlah Engkau balikkan hatinya setelah Engkau beri petunjuk dan hidayah kepadanya dan Ya Allah masukkanlah ia dan keluarganya kedalam syurga FirdausMu serta jauhkanlah ia dan keluarganya dari azab nerakaMu. Sesungguhnya Ya Allah, hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau sahajalah kami meminta pertolongan. Ya Allah jika rezeki pembaca blog ini masih diatas langit, turunkanlah ia, jika rezekinya di dalam bumi, keluarkanlah ia, jika rezekinya jauh, dekatkanlah ia, jika rezekinya haram, sucikanlah ia dan jika rezekinya sukar, Engkau permudahkanlah ia” Ya Allah kurniakanlah kepada kami segala kebaikan sebagaimana yang Engkau kurniakan kepada hamba-hamba Mu yang soleh.'
Tuesday, September 13, 2011
Pejam Celik ...
Bermula dimasukkan kehospital atas sakit pinggang yg tak mampu dipikul kesakitannya. Barulah saya merasakan betapa kita jarang atau leka pada kesihatan pada diri sendiri. Benar Allah menguji kita dengan ujian-ujian yang kita tidak tahu mengapa demikan terjadi, biasa kita mengeluh dan mula menghitung andai kesihatan tidak berakhir apakah ini pengakhirannya. Mula muhasabah diri bahawa ada kesilapan yang dilakukan tapi tak mampu nak disingkap semula, akhirnya saya akur suka atau tidak saya perlu menghadapi apa saja kemungkinan. Alhamdullillah dapat saya lalui dengan tenang dan reda disamping doa dari isteri dan anak-anak tersayang.
Setelah pulih dari rehat yang panjang, terpaksa melalui tanggungjawab yang berat atas amanah yang dipertanggunjawabkan. Awalnya rasa tidak mampu kerana fizikal dah mula lemah tapi bila melihat mereka yang berada disekeliling juga sokongan dari anak-anak tersayang saya kuatkan juga semangat yang sudah menuju kepenghujung. Berkat kepercayaan pada diri saya jalani dengan tabah walau adakala terkucil rasa dalam diri kerana sesuatu yang tak mampu dipenuhi. Entah berapa kali terkeluar dari bibir, mahu saja meletakkan surat perletakan jawatan. Mengalah bukan satu sikap saya tapi mencuri semangat yang hilang itu agak lambat kerana perlu ada kekuatan dalam diri. Ya Allah sesungguhnya ketentuan Mu adalah yang terbaik.
Mengurus hati bukan perkara mudah, ia harus diurus dengan berhemah dan bersesuaian dengan yang punya diri. Adakala perkara yang remeh menjadi persoalan dan yang lebih merumitkan bilamana ketidakfahaman sengaja ditunjukkan, biasanya saya kembali kepada penyataan ini, ‘Sesungguhnya Allah SWT jika mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil malaikat Jibril dan berkata: "Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!" Maka Jibril pun mencintainya, lalu Jibril mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit dan berkata: "Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia." Maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini." (Hadis Riwayat Bukhari). Indah bukan, inilakh yang selalu menjadi pegangan saya, walau berhadapan dengan sesiapa saja. Terima kasih kepada yang memahami diri ini. Akan saya jaga ketulusan, keikhlasan dan kejujuran pada mereka yang memahaminya.
Dipenghujung kisah kali ini banyak pengajaran dan pengalaman yang saya kutip. Benar kata pepatah pengalaman menjadi guru yang terbaik. Singgah sebentar diteratak desa yang telah lama ditinggalkan, sunyi sungguh sekeliling, aman, tenang dan jauh disudut hati bertuahnya menjadi insan pilihan. Terfikir dibenak kepala jangan cepat mengandai kalau belum lagi ketentuan. Kali ini banyak saya berserah pada yang Empunya, syukur tak terhingga kerana masih diberi laluan dan peluang untuk meneruskan perjalanan ini.
Celik pejam celik pejam … kena teruskan perjalanan ... celik pejam celik pejam … Allah Maha Penyayang,tetap ada peluang kalau kita berdoa, oleh kerana tak pejam-pejam dan masih celik muhasabah diri bahawa Allah yg menentukan segalanya jadi dikesempatan ini saya ucapkan - Taqabbal Allahu minna wa minkum wa kullu ‘aamin wa antum bikhayr.
No comments:
Post a Comment