“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya
pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa
yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah
berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala
kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi
orang-orang yang terpedaya” – (Al Imran: 185)
Ingatkanlah kematian kita itu dari detik ke detik dan dari
saat ke saat. Justeru Allah tidak janjikan kematian kita di waktu tua. Begitu
juga Allah tidak janjikan kematian kita disebabkan sakit. Tidak pun sakit boleh
mati juga. Hal ini sepatutnya tidak payah diberitahu. Semua orang tahu, akan
pengalaman bersama. Ada orang mati kecil, ada orang mati muda, ada orang mati
tua. Ada orang mati tanpa sebab apa-apa. Sedang rehat-rehat atas kerusi
tiba-tiba terlintuk saja. Ditengok nafas sudah tiada. Oleh itu janganlah
senang-senang hati dengan kematian. Kematian bila-bila masa berlaku. Kita
tunggulah kematian itu dari nafas ke nafas. Agar kita tidak ada angan-angan
yang melalaikan. Hendak membangun, membangunlah. Tapi ingatlah waktu itu boleh
mati. Hendak maju, majulah tapi kematian boleh berlaku di waktu itu. Hendak
kejar kekayaan kejarlah. Tidaklah salah selagi halal tapi ingatlah mati. Ingatlah
mati di dalam sebarang hal. Agar kita tidak lalai, jiwa sentiasa takut dan
gentar dengan Tuhan. Bila jiwa takut dengan Tuhan. Kita takut hendak membuat
dosa di dalam sebarang hal.
Sesiapa pun tidak dapat menduga bilakah saat kematiannya
akan tiba. Sebab itu ramai yang masih leka dan tiada persediaan 'menanti' saat
kematian yang datang secara tiba-tiba. Allah SWT berfirman: "Setiap yang
hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan
sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali." (Al-Anbiya: 35) Apa
yang perlu kita ketahui hidup sesudah mati kerana tiada apa lagi boleh kita
lakukan selain menunggu balasan dari apa yang kita lakukan sebelum mati, samada
azab dari kekufuran kita atau rahmat dari amal kebaikan kita. Janji Allah SWT
itu pasti, “Hai manusia, Sesungguhnya janji Allah adalah benar, Maka
sekali-kali janganlah kehidupan dunia memperdayakan kamu dan sekali-kali
janganlah syaitan yang pandai menipu, memperdayakan kamu tentang Allah” (Fatir:
5)
Nabi Muhammad SAW menjerit dari atas mimbar lalu bersabda:
Marilah kepadaku, wahai umatku! Wahai sesiapa yang beriman dan tidak melihatku.
Aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aku sentiasa memohon kepada Allah
Taala untukmu! Umat Nabi Muhammad SAW berkumpul di sisinya.
Terdengar suara seruan: “Wahai Adam! Ke marilah kepada
Tuhanmu!”
Nabi Adam as berkata: “Wahai Muhammad! Tuhanku telah
memanggilku. Muga-muga Dia akan meminta kepadaku.”
Nabi Adam as pergi menemui Allah SWT. Allah SWT berfirman
kepadanya: “Wahai Adam! Bangunlah dan hantarkan anak-anakmu ke neraka!”
Nabi Adam as bertanya: “Berapa ramai untukku kirimkan?”
Allah SWT berfirman: “Setiap seribu orang yang kamu ingin
hantarkan seorang ke syurga, 999 dari orang-orang itu kau hantarkan ke neraka.”
Allah SWT berfirman lagi: “Wahai Adam! Sekiranya Aku tidak
melaknat orang yang berdusta dan Aku haramkan pembohongan, nescaya Aku akan
mengasihi anakmu keseluruhannya. Akan, tetapi, Aku telah janjikan syurga bagi
orang yang mentaatiKu Neraka pula bagi orang yang menderhakaiKu Aku tidak akan
memungkiri janji Wahai Adam! Berhentilah di sisi Mizan (timbangan). Sesiapa
yang mempunyai berat pada kebaikannya daripada dosanya walaupun seberat biji
sawi, bawalah dia untuk memasuki syurga tanpa perlu berunding denganKu!
Sesungguhnya Aku telah menjadikan bagi mereka, satu kejahatan dengan satu dosa.
Manakala satu kebaikan dengan sepuluh pahala agar memberitahu mereka bahawa,
sesungguhnya Aku tidak akan memasukkan mereka ke dalam neraka melainkan setiap
yang kembali akan dikembalikan dengan dosa bagi orang yang melampaui batas.”
Nabi Adam as berkata: “Tuhanku! Penguasaku! Engkau lebih
utama bagi menghisab berbanding aku. Hamba itu adalah hambaMu dan Engkau Maha
Mengetahui sesuatu yang ghaib!”
Selepas peristiwa Zalzalah (Hari Kiamat)… Allah SWT akan
menyeru Nabi Adam bangkit dari kubur menuju ke hari neraka… dan Allah SWT
berfirman pada ketika itu, setiap 1000 jiwa yang diciptakan, 999 akan ke neraka
(nauzubillahminzalik)… dan digambarkan jika seorang bayi mendengar akan berita
itu, nescaya berubanlah rambut bayi tersebut…” (HR Sahih Bukhari)
Dalam lautan manusia yang berbondong-bondong di Yaumil
Mahsyar. Sejak Adam sehingga manusia terakhir, nanti akan ada manusia yang
meminta agar dikembalikan ke dunia untuk beramal. Tetapi masa itu sudah lewat. Dunia
telah hancur lebur. Hilang bagai puing-puing. Terpelanting. Tika bumi
dikiamatkan, segala-galanya tiada. Takhta, kekuasaan, tidak ada lagi dalam
sebutan. Yang ada hanyalah penantian yang panjang. Harta dan anak pinak,
semuanya tidak boleh menolong. Semuanya sibuk dengan urusan peribadi. Semuanya
menunggu ulang tayang video hidup tika di atas bumi, entah berapa ribuan tahun
menanti di padang pengadilan. Usahlah menanti untuk kembali ke bumi asalmu. Itu
menjadi mimpi di siang hari. Hari-hari sesudah Mahsyar, tanpa penghujungannya.
Syurga dan neraka itu ada bezanya.
1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya
seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali
Izrail & beberapa malaikat yg lain.. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa
malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya
“Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia
sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha
Perkasa”. Ini menunjukkan kebesaran dan keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha
Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil as dihidupkan,
seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup
semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang
rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut
“Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia
umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.
5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan
telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka
sangat takut dan bimbang tentang nasib dan masa depan yang akan mereka hadapi
kelak.
6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti
guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar.
Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan
kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak
dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap
manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan
dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya.
Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang
dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh
makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang
berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas
kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik
dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai
menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga
peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada
amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
10. Terdapat satu kolam kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama
Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin
sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika
diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat
tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari
kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia
mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik
kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
1. Pemimpin yang adil.
2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.
4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana
Allah.
5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia
menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui
orang ramai).
7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu
mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar,
semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian
mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun
pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan
Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam as menyatakan beliau juga
ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya
berjumpa Nabi Nuh as, Nabi Ibrahim as, Nabi Musa as, Nabi Isa as (semuanya
memberikan sebab seperti Nabi Adam as) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah
SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah
SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat
hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu
terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang
sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan
suara yang amat kuat sehingga `Arasy itu tiba dibumi.
15. `Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk
kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh
4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana
yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia
dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
16. Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy
yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil
dari `Arasy umpama cincin ditengah padang. Dalam bahasa mudah ia umpama
singgahsana yang terletak dihadapan istana.
17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut.
Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan
masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan
tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini
telah ditulis oleh malaikat Hafazhah/Raqib dan `Atid/Kiraman Katibin.
18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin
masing-masing. Orang kafir dan munafik beratur bersama pemimpin mereka yang
zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad
SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang
pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya,
malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil
dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan
mukmin.
21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan
satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai
lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap
untuk menimbang dosa.
22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para
imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan
Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap
akan ditimbang.
24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan
berkata-kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan.
Semua akan di adili oleh Allah SWT dengan Maha Bijaksana.
25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada
orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara
sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian
sirat.
26. Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat:
Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan
mempercepatkan hisab.
Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari
neraka.
Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.
27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan
izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini
berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang
yang lain.
28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan
menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan
(titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti
sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi
orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan
masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun
menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang
binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan
api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi
setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya 1 sahaja
yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Sewaktu Nabi Adam baru turun ke muka bumi, keadaan
sekeliling gelap gelita. Maka Allah memperintahkan Jibril menghantar sedikit
cahaya api untuk kegunaan Nabi Adam di bumi. “Wahai Jibril, pergilah engkau
meminta sedikit api neraka dari Zabaniyah. Dia malaikat yang menjaga api
neraka”.
Lantas Jibril menemui Zabaniyah.
Jibril: Wahai Zabaniyah, Allah perintahkan aku meminta
sedikit api neraka darimu untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan Adam.
Zabaniyah: Banyak mana sedikit api neraka yang engkau mahu?
Jibril: Berilahku sebesar buah tamar.
Zabaniyah: Wahai Jibril, jika aku memberi api neraka sebesar
buah tamar, nescaya akan cairlah tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan bumi.
Jibril: Jika begitu berilah separuh dari buah tamar.
Zabaniyah: Jika separuh dari buah tamar ini engkau letakkan
di dunia nescaya tidak akan turun walau setitik air hujan dan tidak ada
tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti.
Memandangkan keadaan yang rumit ini maka Jibril as pun
menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yg perlu di hantar ke dunia.
Allah SWT pun memerintahkan supaya Jibril mengambil sebesar
ZARAH sahaja dari api neraka utk di bawa ke dunia. Maka Jibril as pun mengambil
api neraka sebesar zarah dari Zabaniyah tetapi oleh kerana kepanasan yg
keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa di sejukan dengan mencelupnya
sebanyak 70 kali kedalam sungai di syurga dan sebanyak 70 buah sungai. Selepas
itu Jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakkan diatas sebuah
bukit yang tinggi. Sejurus setelah diletakkan api tersebut, tiba-tiba bukit itu
terus meleleh dan cair.Maka cepat-cepat malaikat Jibril mengambil semula api
tersebut dan menghantar semula ke neraka. Hanya sisa-sisanya sajalah yang
terdapat di dunia ini seperti api yang sering kita gunakan untuk pelbagai
keperluan termasuk api gunung berapi dan sebagainya.
PENGAJARAN
Itulah api neraka. Kepanasan api neraka yang sebesar zarah
yang terpaksa disejukan dalam 70 buah sungai dengan sebanyak 70 celup setiap
sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasannya
bagaimana dengan api di neraka itu sendiri nanti.
“Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah
permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu
serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang
tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering
dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti)
ada azab yang keras dan ada ampunan dari Allah serta keredhaan-Nya. Dan
kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu” (Al Hadid: 20)
Yang menolak kedatangan 2 peristiwa ini tidak mengapa.
Teruskan dengan kehidupan kalian, yang masih beriman dan mempercayainya,
persiapkanlah diri kita.