Pada
suatu hari malaikatul maut datang untuk bertemu dengan Nabi Idris as lalu Nabi
Idris meminta agar malaikatul maut mencabut nyawanya dan kemudian Allah
menghidupkannya kembali. Permintaan ini dilakukan untuk Nabi Idris as
mengetahui kesakitan sakaratul maut agar taqwanya lebih mendalam dan teguh
lagi. Maka Allah memberikan wahyu kepada malaikatul maut supaya mencabut nyawa
nabi Idris dan meninggalkan ketika itu juga. Malaikatul maut menangis dan
memohon kepada Allah supaya Dia (Allah) menghidupkan kembali Nabi Idris lalu
dimakbulkan Allah.
Setelah
di dapati Nabi Idris as sudah hidup kembali, malaikatul maut bertanya: “Ya
saudaraku, bagaimana rasanya kesakitan maut?” Jawab Nabi Idris: “Sesungguhnya
ibarat terkelupasnya kulit dalam keadaan hidup-hidup, maka rasa sakit
menghadapi maut itu lebih dari 1000 kali sakitnya.” Kata malaikat maut: “Secara
berhati-hati dan tidak kasar yang telah saya lakukan khusus mencabut nyawa
engkau itu, belumlah pernah aku lakukan terhadap seseorang pun.”
Diriwayatkan
lagi bahawa Nabi Isa as telah menghidupkan beberapa orang yang telah mati
dengan keizinan Allah. Maka sebahagian orang kafir berkata: “Sesungguhnya
engkau telah menghidupkan orang-orang yang telah mati yang masih baru, yang
mungkin mereka itu belum benar-benar mati. Maka cuba hidupkan untuk kami orang
yang telah mati seperti zaman yang awal dulu.”
Kata
Nabi Isa as: “Cubalah kamu pilihkan?” Mereka berkata: Hidupkanlah untuk kami
anak Nabi Nuh as (Sam bin Nuh).” Maka Nabi Isa as pergi ke kuburnya, lalu
mengerjakan solat dua rakaat dan berdoa kepada Allah. Dan Sam bin Nuh
dihidupkan kembali, tetapi rambut dan janggutnya sudah beruban. Nabi Isa as
hairan kenapa jadi begitu. Berkata Sam bin Nuh: “Saya telah mendengar
panggilanmu dan saya mengira hari kiamat telah tiba, maka rambut dan janggut
saya berubah menjadi putih seperti ini dari sebab takutnya hari kiamat. Berkata
Nabi Isa as: “Sudah berapa tahun kau meninggal dunia?” Kata Sam: “Semenjak 4000
tahun lalu maka belumlah hilang sakit dari sakaratul maut.”
Betapa
kerapnya malaikat maut melihat dan merenung wajah seseorang, iaitu dalam masa
24 jam sebanyak 70 kali, andainya manusia sedar hakikat tersebut, nescaya dia
tidak akan lalai mengingati mati. Tetapi oleh kerana malaikat maut adalah
makhluk ghaib, manusia tidak melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak
menyedari apa yang dilakukan oleh Malaikat Izrail. Justeru itu tidak hairan
jika ramai manusia yang masih mampu bersenang riang dan bergelak ketawa,
seolah-olah dia tiada masalah yang perlu difikir dan direnungkan dalam
hidupnya. Walaupun dia sebenarnya adalah seorang yang miskin amal kebajikan
serta tidak memiliki sebarang bekalan untuk akhiratnya, dan sebaliknya banyak
pula melakukan dosa.
Sebuah
hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah
SAW bersabda yang maksudnya: “Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap
manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung
wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata
Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh
Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok
bergelak ketawa.” Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa
diperhati oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati
mati.
Golongan
ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana
mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi SAW yang menjelaskan mengenai
perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan
malaikat maut. Meskipun mata manusia hanya mampu melihat alam benda yang nyata,
tidak mungkin dapat melihat kehadiran malaikat maut itu. Namun pandangan mata
hati mampu melihat alam ghaib, iaitu memandang dengan keyakinan iman dan ilmu.
Sebenarnya
manusia itu sedar bahawa setiap makhluk yang hidup pasti akan mati, tetapi
manusia menilai kematian dengan berbagai tanggapan. Ada yang menganggap
kematian itu adalah suatu tabi’e biasa sebagai pendapat golongan atheis, dan
tidak kurang pula orang yang mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebabnya yang
zahir sahaja. Dia mengambil logik bahawa banyak kematian disebabkan oleh
sesuatu tragedi, seperti diakibatkan oleh peperangan, bencana alam seperti
gempa bumi, banjir, kebakaran dan juga kemalangan sama ada di udara, laut dan
daratan termasuk kemalangan jalan raya. Selain itu mereka juga melihat kematian
disebabkan oleh serangan penyakit yang merbahaya seperti penyakit barah, sakit
jantung, AIDS, demam denggi, ta’un dan sebagainya.
Disebabkan
manusia melihat kematian hanya dari sudut sebab musabab yang lumrah, maka
manusia sering mengaitkan kematian itu dengan kejadian-kejadian yang disebut di
atas. Jika berlaku kematian di kalangan mereka, lantas mereka bertanya, “sebab
apa si pulan itu mati, sakitkah atau kemalangankah?”. Tidak ramai manusia yang
mengaitkan kematian itu dengan kehadiran malaikat maut yang datang tepat pada
saat ajal seseorang sudah sampai, sedangkan malaikat maut sentiasa berligar di
sekeliling manusia, mengenal pasti memerhatikan orang-orang yang tempoh hayatnya
sudah tamat.
Sesungguhnya
malaikat maut menjalankan arahan Allah SWT dengan tepat dan sempurna, dia tidak
diutus hanya untuk mencabut roh orang sakit sahaja, ataupun roh orang yang
mendapat kecelakaan dan mala petaka. Jika Allah SWT menetapkan kematian
seseorang ketika berlaku kemalangan, atau ketika diserang sakit tenat, maka
Izrail mencabut roh orang itu ketika kejadian tersebut. Namun ajal tidak
mengenal orang yang sihat, ataupun orang-orang mewah yang sedang hidup rehat
dibuai kesenangan. Malaikat maut datang tepat pada waktunya tanpa mengira orang
itu sedang ketawa riang, atau mengerang kesakitan. Bila ajal mereka sudah tiba,
maka kematiannya tidak tertangguh walau sesaat.
Walau
bagaimanapun ada ketikanya Allah SWT jadikan berbagai sebab bagi sesuatu
kematian, yang demikian itu ada hikmah disebaliknya. Misalnya sakit tenat yang
ditanggung berbulan-bulan oleh seseorang, ia akan menjadi rahmat bagi orang
beriman dan sabar, kerana Allah Taala memberi peluang dan menyedarkan manusia
agar dia mengingat mati, untuk itu dia menggunakan masa atau usia yang ada
untuk berbuat sesuatu, membetulkan dan bertaubat dari dosa dan kesilapan serta
memperbaiki amalan, serta menambah bekalan untuk akhirat, jangan sampai menjadi
seorang yang muflis di akhirat kelak.
Begitu
juga orang yang mati mengejut disebabkan kemalangan, ia akan menjadi pengajaran
dan memberi peringatan kepada orang yang masih hidup supaya mereka sentiasa
waspada dan tidak lalai dari berusaha memperbaiki diri, menambah amal kebajikan
dan meninggalkan segala kejahatan. Kerana sekiranya ajal datang secara
tiba-tiba pasti akan membawa sesalan yang tidak berguna. Di kalangan orang
solihin menganggap bahawa sakit yang ditimpakan kepada dirinya adalah sebagai
tanda bahawa Allah SWT masih menyayanginya. Kerana betapa malangnya bagi
pandangan orang-orang soleh itu jika Allah SWT mengambil roh dengan tiba-tiba,
tanpa sebarang amaran terlebih dahulu. Seolah-olah Allah SWT sedang murka
terhadap dirinya, sebab itulah Allah SWT tidak beri amaran terlebih dahulu
kepadanya. Keadaan orang itu ibarat orang yang tidak menyedari adanya bahaya di
hadapannya, jika tiada amaran terlebih dahulu nescaya dia akan menjerumus ke
lembah bahaya itu.
Selain
itu Allah Taala menjadikan sebab-sebab kematian itu bagi memenuhi janjiNya
kepada malaikat maut, sebagaimana diriwayatkan oleh Saidina Abbas r.a dalam
sebuah hadis Nabi yang panjang. Antara lain menjelaskan bahawa Izrail merasa
kesedihan apabila dibebankan dengan tugas mencabut roh makhluk-makhluk bernyawa
kerana di antara makhluk bernyawa itu termasuk manusia yang terdiri dari kekasih-kekasih
Allah, iaitu para Rasul SAW, para nabi-nabi, para wali-wali dan orang-orang
solihin. Selain itu malaikat maut mengadu kepada Tuhan betapa dirinya tidak
disenangi oleh keturunan Adam, dia mungkin dicemuh kerana dia ditugaskan
mencabut roh manusia, yang akan menyebabkan orang akan berdukacita, kerana
kehilangan sanak keluarga dan orang-orang yang tersayang di kalangan mereka.
Diriwayatkan
bahawa Allah SWT berjanji akan menjadikan berbagai sebab-sebab kepada kematian
yang akan dilalui oleh keturunan Adam. Sehingga keturunan Adam itu akan memikirkan
dan mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebab yang dialami oleh mereka. Apabila
berlaku kematian, mereka akan berkata bahawa si anu itu mati kerana menghidap
sakit, ataupun kerana mendapat kemalangan, mereka akan terlupa mengaitkan
malaikat maut dengan kematian yang berlaku itu. Ketika itu Izrail tidak perlu
bersedih kerana manusia tidak mengaitkan kematian tersebut dengan kehadiran
malaikat maut, yang sememangnya diutus oleh Allah SWT pada saat mala petaka
atau sakit tenat seseorang itu bertepatan dengan ajal mereka yang sememangnya
telah tiba.
Namun
pada hakikatnya bahawa ajal itu adalah ketetapan Allah, yang telah termaktub
sejak azali lagi. Semuanya telah nyata di dalam takdir Allah, bahawa kematian
pasti tiba pada saat yang ditetapkan. Izrail hanyalah tentera-tentera Allah
yang menjalankan tugas seperti yang telah diamanahkan kepadanya. Walau
bagaimanapun adalah menjadi hak Allah Taala untuk menentukan kematian seseorang
itu sama ada bersebab atau tidak, sebagaimana yang dinyatakan pada awal tulisan
ini, bahawa ada ketikanya malaikat maut datang hendak mencabut roh seseorang,
tetapi manusia yang dikunjungi malaikat maut sedang dalam keadaan seronok
bergelak ketawa, hingga malaikat maut merasa hairan terhadap manusia itu.
Ini
membuktikan bahawa kematian itu tidak pernah mengenal, sama ada seseorang yang
sedang sakit ataupun ketika sihat dan segar bugar. Firman Allah Taala Yang
bermaksud: “Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya
mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula)
mencepatkannya. “(Surah Al-A’raf: ayat 34)
Allah
merahsiakan saat kematian kita, adalah untuk melihat sejauh mana kita
melaksanakan amalan yang telah ditetapkan kepada kita dan sedalam mana pula kita
meninggalkan larangannya. Manusia yang hatinya sentiasa ingatkan mati, akan
melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepadanya dengan lebih jujur,
bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah. Manusia begini
sentiasa merasai setiap tingkah lakunya diperhatikan oleh Allah SWT. Dan ia
juga mengetahui setiap tanggungjawab dan amanah yang dipikul akan ditanya satu
persatu oleh Allah di akhirat kelak.
Kesakitan
bila nyawa dicabut oleh malaikatul maut tidak dapat dibayangkan sama sekali.
Walau
bagaimanapun Nabi ada bersabda, maksudnya: “Bahawa Rasulullah mengingatkan
tentang mati dan keseksaannya, maka sabda Baginda: Iaitulah sakitnya 300 kali
tetakan pedang.” Bayangkanlah jika kita ditetak atau dipukul dengan kayu, rotan
mahupun besi bukan banyak, cuma sekali saja, itupun sudah tidak dapat
digambarkan kesakitannya. Inikan pula ditetak dengan 300x tetakan.
Bayangkanlah
sendiri. Cuba kita tanggalkan pula kuku daripada isinya, pastinya sakit tidak
tertahan. Daging disiat-siat dan dilapah hidup-hidup, dahaga yang amat sangat
sehingga air lautan di dunia ini tidak mampu menghilangkannya. Semuanya
ini cuma secebis dari perbandingan kesakitan maut,malah beribu-ribu kali lebih
sakitnya daripada itu. Oleh itu, untuk meringankan keseksaan roh ketika dicabut
oleh malaikat maut, maka digariskan beberapa amalan tertentu yang perlu
diamalkan. Antaranya:-
Sebelum
tidur:
- Bacalah
surah Al-Ikhlas tiga kali
- Selawat
ke atas Nabi
- Membaca
tasbih
Amalan
harian:
- Sentiasa
membaca Al-Quran
- Memelihara
solat terutama solat fardu
- Menghormati
(jangan bercakap) waktu azan diperdengarkan
- Membaca
tasbih
- Membanyakkan
sedekah
- Sentiasa
berzikir menyebut Allah
Amalan
yang perlu dijauhi:
- Dusta
- Khianat
- Mengadu
domba
- Kencing
berdiri
Sabda
Rasulullah SAW yang bermaksud: “Bersuci kamu sekalian dari buang air kecil
kerana sesungguhnya kebanyakkan seksa kubur itu dari sebab buang air kecil.”
No comments:
Post a Comment