Manzil ialah satu set ayat-ayat suci al-Qur'an al-Kareem
yang digunakan untuk mencegah dan merawat sihir dengan cara pengubatan Islam. Kita cuma ikhtiar,
Allah jua yang mempunyai kuasa untuk menyembuh. Ianya mengenail kelebihan ayat
Manzil. Manzil mengandungi beberapa ayat al-quran yang telah diajar oleh
Rasulullah SAW kepada sahabat RA sebagai shifa (penawar dan ubat) dari beberapa
jenis penyakit rohani dan jasmani serta sebagai pelindung dari sihir. Hadith
sahih mengenai amalan ini terdapat di dalam kitab HAYATUS SAHABAH (Jilid 3
mukasurat 74) yang dikarang oleh as-Syeikhul Kabir Maulana Yusuf rah. Hadith
ini telah dikeluarkan oleh Imam Ahmad, Hakim dan Tirmizi.
Fadhilat Manzil ini terlalu
banyak dan dari pengalaman kebanyakan orang, Manzil ini sangat mujarab untuk
menyembuh penyakit sihir, jin dan lain-lain. Dua cara untuk mengubati pesakit
ialah dengan pesakit sendiri membaca ayat-ayat tersebut ataupun orang lain
boleh membacakan dan menghembuskan ke dalam air dan air tersebut itu diminum
oleh pesakit tersebut
Suatu perkara yang sangat penting
dalam mengamalkan ayat-ayat Manzil ialah anda harus membacanya dengan penuh
tawajjuh (menumpukan sepenuh perhatian kepada Allah SWT). Sejauh mana seseorang
mempunyai keimanan dan keyakinan terhadap Allah sejauh itulah amalan ini akan
memberi manfaat. Tidak syak lagi bahawa nama-nama ALLAH SWT dan
kalimat-kalimatnya mengandungi terlalu banyak berkat. Diriwayatkan oleh Ubay bin Ka’ab r.a. : Saya duduk
di sisi Nabi SAW, datang seorang lelaki Arab lalu berkata: “Wahai Nabi Allah,
sesungguhnya aku dilanda satu musibah.” Bertanya Nabi:
“Apakah musibah tersebut ?” Dia berkata: “Sakitlamamun” (sejenis sakit yang
mengganggu kesiuman seseorang). Berkata Nabi: “Datanglah (menghampiri) aku.” Lalu
Baginda meletakkan dia di antara kedua tangannya dan berdoalah Nabi SAW dengan
membaca:
[2] Surah Al-Baqarah ayat 1 – 5.
[3] Surah Al-Baqarah ayat 163 (Wa ila hukum ilahuw-wahidun………….).
[4] Surah Al-Baqarah ayat 255 (Ayat Kursi).
[5] Surah Al-Baqarah ayat 256 – 257.
[6] Surah Al-Baqarah ayat 284 – 286.
[7] Surah ‘Ali Imran ayat 18 (Syahidallahu annahu………..)
[8] Surah ‘Ali Imran ayat 26 – 27.
[9] Surah Al-A’raaf ayat 54 – 56 (Inna Rabbakumullahullazi……………).
[10] Surah Al-Isra ayat 110 – 111.
[11] Surah Al-Mu’minun Ayat 115-118.
[12] Surah As-Saffat ayat 1 – 11.
[13] Surah Ar-Rahman ayat 33 – 40.
[14] Surah Al-Hasyr ayat 21 – 24.
[15] Surah Al-Jinn ayat 1 – 4.
[16] Surah Al-Kaafiruun.
[17] Surah Al-Ikhlas.
[18] Surah Al-Falaq.
[19] Surah An-Nas.
Berkata Ubay bin Ka’ab: Setelah itu bangunlah lelaki tersebut seolah-olah
dia tidak mengalami apa-apa masalah langsung. Klik disini untuk bacaan lanjut
Kewujudan sihir disebut dlm al-Qur'an
al-Kareem, Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir
yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman,
padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu,
akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya);
kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan
kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka
berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya
dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji
imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)".
Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir
yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka
tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir
itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka
mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat
kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun
mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat
bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka
pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui. [2:102]
Ayat-ayat manzil ini boleh dibaca sekali atau dua kali sehari (pada waktu pagi dan petang).
Bagaiman pula caranya kalau orang lain yg terkena masalah kemudian kita berniat untuk menolong org tsb dng ayat mabzil ? Mohon penjelasannya
ReplyDeleteAssalamu'alaikum Warohmatullahi ta'ala wabarokatuh.Bagaimana cara jika kita ingin menolong seseorang dengan cara membacakan ayat Manzil ,mohon penjelasannya .
ReplyDeleteMinta pesakit baca manzil tiga kali sehari (pagi selepas subuh, petang selepas Asar, dan malam sebelum tidur)... Niat sebagai zikir dan benteng diri dari kejahatan makhluk seperti jin, manusia dan haiwan.
ReplyDelete