2. Terlalu Tertutup
Demikian pula dengan sikap terlalu tertutup, hal ini akan
menghambat komunikasi. Padahal komunikasi sangat penting bagi menjaga
keharmonisan setiap hubungan. Baik lelaki mahupun wanita ingin mengetahui
pengalaman, perasaan dan keinginan pasangannya. Tapi perlu ada batasnya supaya
tidak mendatangkan fitnah
3. Terlalu Terbuka
Orang yang bersikap umumnya menyenangkan dan mesra. Namun sikap
yang terlalu terbuka juga kadangkala menjadi tidak menyenangkan. Orang yang
terlalu terbuka biasanya mengungkap isi hatinya tanpa melihat situasi dan
keadaan, sulit menyimpan rahsia, dan yang lebih buruk adalah kebiasaan bicara
dulu , berfikir kemudian serta melampau had sempadan. Perkara yang sebegini
boleh menimbulkan rasa menyampah yang adakala memualkan. Jadi perlu ada
batasnya.
4. Terlalu Cerewet
Ada sebahagian kita yang kurang menyedari, betapa buruknya bila terlalu
cerewet. Jika seorang ibu cerewet kepada anaknya yang masih kecil mungkin masih
dapat dimaafkan. Namun cerewet kepada pasangan amat menyesakkan, meskipun
dengan alasan “Kerana aku sayang padamu”. Pada satu tahap akan merimaskan
pasangan atau orang lain, akhirnya menimbulkan pergaduhan.5. Terlalu Sensitif
Mereka yang terlalu perasa atau sensitif akan membuat orang lain merasa tidak bebas untuk mengungkapkan perasaanya, kerana takut melukai hatinya. Padahal dalam hubungan yang sihat kedua belah pihak seharusnya saling mengungkapkan perasaannya dengan bebas memberi pendapat dan pandangan. Kadangkala gurauan juga dapat mengguris perasaan mereka yang terlalu sensitif sehingga pasangannya tiada mood untuk berlawak jenaka bagi menceriakan suasana.
6. Terlalu Mengongkong
Kita memerlukan kebebasan atau ruang untuk melakukan aktiviti
yang kita sukai, untuk menekuni apa yang dipelajarinya, untuk bergaul dengan
teman-temannya dan untuk menjadi dirinya sendiri. Jika ada yang terlalu
mengongkong, mungkin untuk sementara pasangannya dapat bertahan atau
memahaminya, namun tidak untuk jangka panjang. Dia akhirnya akan bosan dan
berontak sehingga boleh menjejaskan hubungan.
7. Terlalu Memperlekeh
Kita juga tidak menyukai bila ada yang tidak menghargai, apalagi
memperlekehkannya. Kita perlu bersikap lebih bijak untuk tidak membuat orang
lain merasa direndahkan baik oleh sikap mahupun ucapan yang dihamburkan. Bila
kita hendak memperbaiki seseorang yang terlalu banyak kelemahannya, kita
perlulah mendorongnya untuk berubah sedikit demi sedikit dgn cara yang
sewajarnya iaitu tidak memperlekehkannya.8. Terlalu Memiliki
Tidak ada seorang pun yang betul-betul ingin dimiliki oleh orang lain. Walaupun dia yang kita sayangi, namun bukan milik peribadi kita. Jadi biarkan dia juga dimiliki oleh dirinya sendiri, oleh teman-temannya, oleh keluarganya dan oleh orang lain. Kita perlu memberi ruang agar kita tidak keterlaluan mengongkong.
9. Terlalu Menyanjung
Kebiasaan memuji dan saling menghargai memang perlu. Selain untuk
merapatkan hubungan, ia juga penting untuk meningkatkan rasa percaya diri dan
orang lain. Tetapi kalau kita terlalu sering menyogoknya dengan pujian dan
sanjungan, kita tidak saja merosak erti sebenar pujian , tetapi juga membuat orang
lain merasa bosan. Dia juga menganggap kita tidak ikhlas.
10. Terlalu Menuntut
Meskipun setiap dari kita perlu dipacu semangatnya, namun
terlalu menuntut bukanlah cara yang baik. Kita juga ada had kesabarannya dalam
melayan karenah pasangan kita yang terlalu menuntut itu dan ini. Lama-kelamaan
dia akan jadi bosan dan tidak lagi mahu menurut kehendak pasangan kita. Jadi
berpada-padalah.Menjadi terbaik bukannya keterlaluan sebaliknya gunakan kebijaksanaan agar setiap apa yang kita lakukan akan menghasil natijah-natijah yang mengembirakan semua pihak. Walau apa pun kita perlu melihat peraturan-peraturan yang ada agar tidak tersasar yang boleh menimbulkan fitnah.
No comments:
Post a Comment