Hujan,
air jernih dari langit yang setiap titisnya adalah rahmat, membawa rezeki
kepada seluruh hidupan di muka bumi. Namun masih ada yang sanggup mengeluh dan
membenci. Hujan yang dianggap sebagai penghalang untuk mereka melakukan sesuatu
aktiviti luaran.
Kisah Hujan dalam Al Quran - Alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana melimpah rezekinya kepada seluruh umat manusia. Kisah Hujan ada ceritakan dalam Al Quran. Seperti yang terkandung dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 22. Dialah Yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit·sebagai atap, dan Dia menurunkan air hujan dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezeki untukmu, kerana itu janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah, padahal kamu mengetahui.
Kisah Hujan dalam Al Quran - Alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana melimpah rezekinya kepada seluruh umat manusia. Kisah Hujan ada ceritakan dalam Al Quran. Seperti yang terkandung dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 22. Dialah Yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit·sebagai atap, dan Dia menurunkan air hujan dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezeki untukmu, kerana itu janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah, padahal kamu mengetahui.
Ketika
hujan turun... suasana panas akan menjadi dingin. Air yang turun membasahi bumi
menyejukkan bahang udara yang panas. Suasana menjadi suram dan kelam. Cahaya
mentari dilindungi oleh awan hitam. Kebanyakan aktiviti luaran akan terhenti
seketika. Binatang juga tidak terkecuali. Masing-masing perlukan perlindungan
dari kebasahan. Dikala inilah masa yang sesuai untuk kita menikmati ketenangan sambil
merenung titisan hujan yang turun. Suasana kelam yang dingin dan nyaman memberi
rasa kedamaian dan keinsafan.
Masa
untuk merenung seketika akan kekuasaan Ilahi... menjadikan hujan, titisan air
yang turun dari langit. Menjadikan hujan untuk menyejukkan udara yang panas.
Menjadikan hujan, memberikan semua makhluk sumber air untuk kehidupan. Menjadikan hujan sebagai
sumber pertumbuhan pepohon dan tanaman.
Satu
kitaran yang kompleks dalam aturan alam... secara ringkasnya, air di bumi
meruap naik ke udara lalu membentuk awan dan akhirnya kembali jatuh semula
kebumi sebagai hujan... Begitulah juga kehidupan kita di dunia ini, bak air
hujan... DariNya kita datang...dan akhirnya kepadaNya jua kita kembali.
Begitulah aturannya... Sebagaimana hujan, kita juga mempunyai sebab dan
tanggungjawab dalam mengharungi kehidupan ini.
Pabila
turunnya hujan... anda renungkanlah seketika. Hujan yang turun memberi seribu Rahmat
dari Ilahi buat setiap makhluk dan hidupan di muka bumi ini. Semoga kita
sentiasa bersyukur dan menghargai setiap kejadian dan jangan kita lupa... berdoalah.
Dikhabarkan dari Aisyah r.a mengatakan bahawa Rasulullah SAW apabila melihat hujan, baginda berkata: ”Semoga
hujan yang bermanfaat.”
Dan
ketahuilah ketika hujan adalah satu tempat doa mustajab dari Allah SWT. “Dua
doa yang tidak pernah ditolak; doa ketika waktu adzan dan doa ketika waktu
hujan”. (HR. Hakim/dishahihkan oleh Adz-Dzahabi) Doa ketika hujan: اَللَّهُمَّ صَيِّبًا
نَافِعًا Allahumma Shoyyiban Na’fian - "Ya Allah turunkanlah hujan yang
bermanfaat (HR. Bukhari)..
Air
Hujan Itu Tawar dan Boleh Diminum.
“Maka
terangkanlah kepadaKu tentang air yang kamu minum. Kamukah yang menurunkannya
dari awan ataukah Kami yang menurunkan? Kalau Kami kehendaki , nescaya Kami
jadikan dia masin, maka mengapakah kamu tidak bersyukur?” (Surah Al Waaqiah
56:68-70). “…dan Kami beri minum kamu dengan air yang tawar?”
(Surah Al Mursalat, 77:27). “Dialah Yang telah menurunkan air hujan dari langit
untuk kamu, sebahagiannya menjadi minuman dan sebahagiannya(menyuburkan) tumbuh
tumbuhan, yang pada (tempat tumbuhnya) kamu menggembalakan ternakmu (Surah An
Nahl , 16:10)
Seperti
telah kita ketahui, air hujan berasal dari penguapan air dan 97% merupakan
penguapan air laut yang masin. Namun, air hujan adalah tawar. Air Hujan
bersifat tawar kerana adanya proses fizikal yang telah ditetapkan Allah. Berdasarkan
sunnatullah ini, dari mana pun asalnya penguapan air ini, samada dari air laut
yang masin, atau dari danau yang mengandung banyak mineral, atau dari dalam
lumpur, airnya yang menguap tidak pernah mengandung bahan lain apapun dari
asalnya.
Air
hujan akan jatuh ke tanah dalam keadaan murni dan bersih, sesuai dengan
ketentuan Allah: “….Kami turunkan dari langit air yang amat bersih.” (Surah Al
Furqan 25:48) Maha suci Allah dengan segala kalamNya.
Rahsia
Alam di sebalik Hujan - Hujan juga selalu dikaitkan dengan pelbagai erti dan
maksud. Namun adakah kita tahu Keistimewaan dan Rahsia Alam di sebalik titisan
air dari langit ini. Berikut ialah beberapa Fakta Menarik disebalik Hujan yang
jarang diketahui umum.
2.
Air jatuh ke bumi dengan kelajuan yang rendah kerana titis hujan memiliki
bentuk Teardrops yang meningkatkan daya geseran atmosfera dan membantu hujan
turun ke bumi dengan kelajuan yang lebih rendah. Andai kata bentuk titis hujan
berbeza, atau andaikan atmosfera tidak memiliki sifat geseran, akan berlakulah
kemusnahan setiap kali turunnya hujan.
3.
Ketinggian minimum awan hujan adalah 1.200 meter dan ketinggian maksimum 10.000
meter.
4.
Efek yang ditimbulkan oleh satu titis air hujan yang jatuh dari ketinggian
tersebut sama dengan objek seberat 1 kg yang jatuh dari ketinggian 15 cm.
5.
Dianggarkan 16 juta tan/saat air dari bumi tersejat ke langit untuk membentuk
awan hujan.
6.
Dalam satu tahun, dianggarkan berat·kuantiti air yang terlibat dalam kitaran hujan
mencapai 505x1012 tan.
7.
Butiran air hujan berubah bentuk sehingga beratus kali setiap saat.
8.
Jika butiran air hujan itu dibekukan, ia akan membentuk keping kristal yg
indah, tidak seperti air biasa yang di sejukbekukan.
9.
Setelah hujan turun, tanah, lalang, rerumput akan mengeluarkan bau wangi
istimewa yang dinamakan Petrichor.
10.
Hujan memiliki kemampuan untuk menghipnotis manusia untuk meresonansikan
ingatan masa lalu. Di dalam hujan, ada lagu yang hanya boleh didengar oleh
mereka yang rindu.
1.
Elakkan memandu terlalu laju kerana ia bukan sahaja membahayakan nyawa pemandu
dan pemandu lain, tetapi juga menyebabkan enjin dibasahi air.
2.
Elakkan menekan brek apabila kereta tergelincir – Ini mungkin menyebabkan
kereta terbabas, cara terbaik ialah kawal pemanduan menggunakan kemudi
(steering), namun ia hanya berkesan untuk kereta yang dipandu perlahan sahaja.
3.
Kurangkan memandu di lane/lorong kanan sekali. Kita sendiri pernah alami
apabila kenderaan dari arah berlawanan melalui lopak air dan menyebabkan
percikan ke cermin hadapan kereta kita dan menghalang pandangan ke depan.
Percikan berlaku selama lebih kurang 1 saat, boleh mendatangkan bahaya jika
sedang memandu laju.
4.
Jika keadaan hujan semakin lebat dan keadaan gelap dan kabus mengganggu
penglihatan, berhenti seketika di kawasan rehat bagi mengelakkan kecelakaan
atau kemalangan.
5.
Jangan menyalakan lampu kecemasan (hazard), kerana lampu itu sepatutnya
dinyalakan apabila BERHENTI sahaja. Kalau tak percaya, baca semula buku lesen
L.
6.
Selepas meredah jalan dinaiki air, elakkan terus memandu laju kerana sistem
brek tidak berfungsi sepenuhnya berikutan permukaan brek yang basah.
7.
Jangan memandu mengekori terlalu rapat dengan kereta hadapan. Jalan tengah
licin, kalau kereta depan brek mengejut, tak ke naya?
Berhati-hatilah
kerana hujan menyejukkan suasana, jangan kita pula memanaskan kembali.
No comments:
Post a Comment