Pages

Monday, February 11, 2013

Kelebihan Yang Mengamalkannya

Barangsiapa membaca ayat Surah yunus (81-82) sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin Allah :
1) Segala kelemahan bertukar kepada kekuatan
2) Kehinaan berganti dengan kemuliaan
3) Segala hutangnya dapat dijelaskan
4) Terhindar dari dukacita
5) Melimpah-limpah rezeki datang kepadanya
"Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata:” Apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir; sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku); sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan. (81) “Dan Allah juga sentiasa menetapkan perkara yang benar dengan kalimah-kalimah perintahNya, walaupun yang demikian dibenci oleh orang-orang yang melakukan dosa”(82). 

"Dan Kami jadikan sekatan di hadapan mereka, dan sekatan di belakang mereka . lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat'.

Kegunaan ayat ini ialah untuk menolak kejahatan musuh dan supaya mereka terkepung. Bacalah ayat ini beberapa kali pada segenggam tanah atau pasir, kemudian dihamburkan ke arah mereka. Amalkan juga setiap lepas solat fardu.

LAQAD JA AKUM RASULUN MIN AMFUSIKUM AZIZUN ALAIHI MA ANITTUM HARISUN ALAIKUM BIL MU'MININA RAUPUN RAHIM ...... FA IN TAWALLAW FAKUL HASBIYALLAHU LAA ILAHA ILLA HUWA ALAIHI TAWAKKALTU WA HUWA RABBUL ARSYIL ADZIIM......
"Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, kepada-Nya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai 'Arasy yang besar."

Itulah bunyi dari surat At-Taubah ayat 128-129. mempunyai khasiat bermacam-macam bila di amalkan secara rutin.

1. dibaca 7 x selepas solat maghrib, Insya Allah rezeki akan lancar
2. di baca 7 x selepas solat subuh, Insya Allah membentengi diri kita dari ilmu hitam
3. di baca 100 kali selepas solat hajat, Insya Allah mempercepat terkabulnya hajat.
4. dan masih banyak lagi, seperti, disukai masyarakat , di sayangi, di segani kawan maupun lawan.

23 comments:

  1. assalam, mohon utk diamalkan, mekasih

    ReplyDelete
  2. ms3126; Silakan ilmu untuk dikongsi kerana semuanya datang dari Allah

    ReplyDelete
  3. Sy ingin berkongsi pengalaman, dahulu saya peniaga yg byk hutang, sllu susah, kna sihir, sakit, sllu dipandang hina, hutang hingga mencecah jutaan rm, sy xtau nk slsaikn bagaimn, sy teringat kwn beri ayat ini dan sy amalkn sejak 2007 hingga skrg. Skrg sy dah slsaikn hutg sy. Jika Allah nk beri pertolongan, xda kesusahan bgNya dan terjadi dlm sekelip mata. Amalkanlah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullillah...Amiin...Amiin..Ya Robbil Alamin

      Delete
    2. Salam.awk amal brapa kali? Dan wktu mana?

      Delete
    3. Pengalaman sy.. sy begitu terdesak xda duit..sy baru amalkn suroh ni .. tiap kali solat fardhu.. keesokanya ada seorg hamba Allah bg sy pinjamkn duit.. Allahuakbar.. selesai mslh sy.. yakinlh dn bertawakalah apabila memohon kpd Allah.. insyaAllah..

      Delete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. Ana, benar kita sebenarnya selalu lupa pertolongan Allah, kalau kita rajin berusaha, berdoa dan bertawakkal, Inysaallah dipermudahkan segala urusan hidup kita...

    ReplyDelete
  6. Silakan Ilmu ni milik Allah... saya hanya berkongsi

    ReplyDelete
  7. blog yg sgt baik n byk beri harapan n bimbingan buat insan2 yg memerlukan :)

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum warah matullah.. Mohon dikongsi ilmu ni untuk diamalkan. T.kasih

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum warah matullah.. Mohon dikongsi ilmu ni untuk diamalkan. T.kasih

    ReplyDelete
  10. Tolong dituliskan dalil/hadis tentang amalan ini. Terimakasih

    ReplyDelete
  11. asalamualaikum... izin mnggamalknnya..

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum

    Mohon share untuk beramal

    ReplyDelete
  13. Terima Kasih atas perkongsian berguna. Mohon izin share pd yg lain.

    ReplyDelete
  14. Mohon izin/ijazah utk saya amalkan tn.

    ReplyDelete
  15. Mohon ijazah untuk saya beramal

    ReplyDelete
  16. Amalan ini terbaik- yang banyak hutang terlangsai semuanya

    ReplyDelete